Muslimeen United |
- Sokongan rakyat Kelantan pada PAS makin kukuh
- Terbukti Nyata Polis Bertindak Mengikut Telunjuk UMNO
- Duit raya: Sami terima Dirham Kelantan
- MAHATHIR KETAKUTAN !! ... Jika PR memerintah habis semua kerja busuknya terbongkar!
- Datuk Shukri Buat Laporan Polis Terhadap Akhbar Kosmo Dan Utusan
- Melayu Terkaya Di Malaysia.
- SARANAN PAKATAN RAKYAT : SABAH MENUJU AUTONOMI?
- Ngerii...Polis Terkejut,Jumpa Hampir 300 Fragmen Tulang Di Dasar Sungai Pachau
- Memang Binatang Jika Guna Kriket Pukul Mangsa
- Pemimpin Jahat Tidak Laksana Islam
- M.Rajoli Kembali Ke Rahmatullah
| Sokongan rakyat Kelantan pada PAS makin kukuh Posted: 18 Sep 2010 06:39 AM PDT KOTA BHARU, 18 Sept: Kejayaan PAS mentadbir Kelantan diraikan oleh setiap lapisan masyarakat yang kini menyambut tahun ke-20 dengan sokongan rakyat yang semakin kukuh.
Ketika ditemui di majlis tersebut, beliau berkata, sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Kelantan terhadap pimpinan ulama di bawah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh dijadikan kayu pengukur. (Gambar: Tun Guru Nik bdul Aziz dan Salahuddin bersama ketua kaum Sikh.) Justeru, katanya dakwaan Umno bahawa sokongan terhadap PAS semakin berkurangan amat tidak berasas. "Pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan dan parti di Kelantan kini, kita boleh lihat sambutannya yang begitu memberangsangkan dan dakwaan Umno yang mengatakan rakyat Kelantan sudah bosan dengan PAS tersasar sama sekali," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah pula memberitahu golongan muda yang berada di luar Kelantan juga semakin memahami dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri berkata, ini dapat dibuktikan apabila kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan) yang setiap tahun mengadakan majlis ramah mesra bersama pimpinan kerajaan negeri juga mendapati kehadiran anak muda untuk bersama Menteri Besar semakin meningkat. "PAS akan sentiasa bekerja keras bagi mempertahankan Kelantan pada PRU ke-13 nanti dan golongan muda akan menjadi tumpuan utama," kata beliau lagi. Majlis Rumah Terbuka PAS negeri yang diadakan setiap tahun, hari ini menyaksikan kehadiran 40 sami dari seluruh negeri yang makan bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka telah menerima sumbangan duit raya dalam bentuk dirham yang disampaikan sendiri oleh Tuan Guru pada majlis yang diadakan di Dataran Stadium Sultan Mohamad ke IV. - Hrkh |
| Terbukti Nyata Polis Bertindak Mengikut Telunjuk UMNO Posted: 18 Sep 2010 06:39 AM PDT
SHAH ALAM 18 SEPT: Polis Shah Alam hari ini mengarahkan kakitangan TVSelangor yang terbabit dalam menyiarkan laporan mengenai siasatan terhadap suspek utama dalam kes Sosilawati untuk memberi kenyataan. Laporan itu bersabit dengan komen Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin mengenai kegagalan polis mengambil tindakan terhadap suspek berkenaan sebelum pembunuhan Sosilawati dan tiga orang lain. Bingkas bertindak terhadap TVSelangor, polis Shah Alam bagaimanapun belum memberi sebarang kenyataan bersabit laporan fitnah Utusan Malaysia yang mengaitkan DAP dengan suspek utama kes itu. DAP Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap laporan Utusan itu yang disifatkan berniat jahat dan berbentuk hasutan. Dalam surat kepada TvSelangor yang dihantar ke pejabat TVS petang tadi, polis Shah Alam meminta editor, penulis dan penyampai berita memberi keterangan kepada pihaknya selewat-lewatnya hari isnin. Siasatan polis itu bersabit laporan bertajuk 'Empat rekod jenayah suspek Sosilawati, Mengapa Tidak Ada Tindakan', disiarkan oleh TVSelangor pada 13 September lalu. Shamsul, mempertikaikan siasatan polis sebelum ini terhadap kes-kes jenayah yang mempunyai hubung kait dengan suspek pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati ketika polis di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Hassan. Akhbar New Straits Times (NST) turut memaparkan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap kelewatan polis bertindak atas laporan polis terhadap suspek adik-beradik berkenaan yang dibuat sejak 10 tahun lalu. Namun setakat ini tidak ada tindakan dikenakan terhadap NST mahupun Utusan Malaysia yang merupakan akhbar arus perdana di bawah kawalan Umno-Barisan Nasional. -TVS |
| Duit raya: Sami terima Dirham Kelantan Posted: 18 Sep 2010 01:10 AM PDT KOTA BHARU, 18 Sept: Seramai 40 sami mendapat duit raya sebanyak dua dirham sempena majlis Sambutan Hari Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Kelantan, hari ini. Para sami yang diundang khas masing-masing mendapat duit raya berupa dua dirham itu disampaikan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaik sahaja mereka selesai menjamu selera.
Acara kemuncak yang menjadi acara yang ditunggu-tunggu khususnya kanak-kanak, majlis penyampaian duit raya oleh para pimpinan kepada mereka. Hampir 1,000 kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah beratur untuk mendapatkan duit raya masing-masing. Puluhan ribu rakyat Kelantan hadir pada acara tahunan itu di samping 20 orang Palestin, masyarakat India, Cina, Siam dan Sikh. Terdahulu Tuan Guru turut melawat lebih 25 buah gerai yang disediakan oleh PAS seluruh kawasan, Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat di samping Nisa'. Turut mengambil bahagian agensi kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan lain-lain lagi. Antara juadah yang disediakan kepada orang ramai sate, nasi dagang, kuih muih, nasi bukhari, nasi arab, gulai kawah, pelbagai jenis laksa, lemang dan lain-lain lagi. Dianggarkan hampir 100,000 cucuk sate dan aiskrim disediakan untuk para tamu. Turut hadir pada majlis itu, Exco kerajaan negeri, wakil-wakilrakyat, anggota Parlimen, pemimpin parti peringkat negeri dan kawasan. Di samping menikmati juadah yang disediakan, para hadirin di majlis yang bermula jam 12.00 tengah hari turut dihiburkan dengan lagu-lagu berunsur dakwah yang disampaikan oleh Kumpulan Dikir Hijrah Ar-Rasy yang diketuai Ausri Hussin. -Hrkh |
| MAHATHIR KETAKUTAN !! ... Jika PR memerintah habis semua kerja busuknya terbongkar! Posted: 18 Sep 2010 01:09 AM PDT Menurut Mahathir, walau apapun alasan, Melayu wajib bersatu di bawah Umno!. Hanya UMNO yang berhak memegang kuasa!. UMNO ialah tuan!,hanya UMNO yang layak memerintah!, hanya UMNO yang boleh membawa negara Malaysia maju!. Selain dari UMNO yang memerintah, negara ini tidak akan maju. Itulah diantaranya,.. kata-kata keramat, kata-kata puaka,.. kata-kata khurafat yang telah disemai dan diresap kedalam pemikiran pemimpin dan pengikut-pengikut UMNO ! sejak dulu dan kini!. Tak ada lagi istilah "selama-lamanya!" (kerana UMNO akan menemui ajal!) Selama ini Mahathir dan UMNO tak jemu-jemu mengatakan mereka adalah pejuang bangsa, pejuang agama dan negara. Mereka menganggap bangsa Melayu lebih mulia dari bangsa lain! Malah mereka sanggup meletakkan bangsa Melayu lebih tinggi dari martabat Islam! Ini terbukti apabila banyaknya hukum-hukum dan syariah Islam diketepikan! Astaghfirullahhal'azim!! Sampai macam itu sekali !! Jadi apa lagi yang boleh diharap kepada UMNO? Melayu itu Islam, Islam itu Melayu seperti yang mereka war-warkan amat tidak menepati, malah songsang!! Hukum Islam mereka buat acuh tak acuh, sekali ikut, sekali tidak, separuh ikut, separuh tidak. Mereka mahu Islam ikut kehendak mereka! wajarkah? Semestinya Islam yang memerintah!! Bukan diperintah!! Hari ini Mahathir begitu lantang seolah-olah hendak mengugut orang Melayu supaya bersatu di bawah Umno. Selain dari penyatuan dalam UMNO, seolah-olah Melayu tidak boleh bersatu, padahal, PAS juga bersatu, PKR juga bersatu, malah kedua-duanya telah bersatu dalam satu himpunan atau pakatan yang lebih besar iaitu PAKATAN RAKYAT. Terbaru !.. sementara UMNO belum benar-benar tenggelam Mahathir dan Ibrahim Ali telah membina sebuah kapal baru yang dinamakan "PERKASA", sebuah badan NGO Melayu yang tidak dapat lari dari bau-bau perkauman. Barangkali semua penumpang kapal UMNO akan dipindahkan ke dalam kapal PERKASA sedikit hari lagi!. Kita lihat perkembangannya nanti........ Mahathir kata orang-orang Melayu akan hilang kuasa politik jika tidak menyokong UMNO ! Ooo Tidak !!. Orang Melayu tak akan hilang kuasa kerana PAS ada !.. Yang hilang cuma Bahtera UMNO yang telah reput, itu saja. Biarkanlah bahtera UMNO karam dan tenggelam !!. Tenggelamlah kamu wahai UMNO dan jadilah kamu penghuni tetap di perut laut Cina Selatan,... Parti yang sombong, bongkak! gelojoh, rakus dan zalim memang wajar menerima balasan!! Apabila giliran PAS menang menjadi kenyataan ! Melayu akan bersatu bersama PAS, Melayu akan menang bersama Islam !! ... PAS sudah bersedia menggantikan UMNO. Orang Melayu tak perlu risau dan takut!. PAS akan membela nasib orang Melayu, PAS akan membawa orang Melayu kesatu distinasi yang lebih cemerlang.!! Bersama PKR dan DAP Malaysia akan menjadi negara maju mengikut acuan Pakatan Rakyat! Berbalik kepada Dr Mahathir.. mengenai isu khutbah Jumaat di Pulau Pinang baru-baru ini,..yang juak-juak UMNO selewengkan... Mahathir dengan serius membantah tindakan khatib yang mendoakan semoga Allah beri hidayah buat Lim Guang Eng !!... Lalu keluarlah kenyataan bodoh dan dangkal dari kepala hotak Mahathir!,,.. Katanya.. " Perbuatan tersebut telah mencemarkan Islam!,..Tidak mustahil, Islam bukan lagi agama rasmi Malaysia satu masa nanti !! " Aduhh !! satu tuduhan yang tidak berasas, buruk, lagi jahat!!. Tidakkah Dr Mahathir sedar bahawa selama 53 tahun UMNO memerintah, Islam telah diperkotak-katik oleh mereka sendiri?. Jadi isu yang cuba dihebuh-hebuhkan itu tak relevan langsung !! Mujur! rakyat Malaysia yang bersih hati dan jiwa tidak melatah ! mereka faham!. Kecuali beberapa kerat orang UMNO yang teringin sangat nak menari ikut Mahathir! Nampaknya, ramai pemimpin UMNO sekarang ini cakap mengarut dan merapu. Tun Dr Mahathir turut merapu dan sengaja mencari isu. Mahathir sengaja memekakkan telinga dan buat pekak badak. Beliau buat-buat tak faham dengan senario politik negara ketika ini. Yang pasti disaat ini Mahathir teramat takut sebenarnya. Mimpi ngeri sentiasa mendatanginya! Andainya Pakatan Rakyat memerintah habislah aku !! Oleh : rahimothman |
| Datuk Shukri Buat Laporan Polis Terhadap Akhbar Kosmo Dan Utusan Posted: 18 Sep 2010 01:05 AM PDT
Sepertimana yang telah diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias, di dalam sidang media beliau di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada 15 September 2010, satu laporan polis telah dibuat oleh Dato' Sukri Mohamed (gambar) ke atas akhbar Kosmo! di atas laporan (tentang sidang akhbar Dato' Sukri Mohamed di Pejabat Sultan Kelantan pada 14 September 2010) bertajuk "Gelaran ayah bonda ditarik" yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 September 2010.Kandungan laporan akhbar Kosmo! yang dipertikaikan adalah: 1. "Sehari selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra semalam bertindak menarik balik gelaran 'Tuanku' daripada ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra." 2. "Turut ditarik balik ialah gelaran 'Tengku' yang diberikan kepada bondanya, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid." 3. "Anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd. Shukri Mohamed berkata, penarikan kedua-dua gelaran itu dibuat kerana ia hanya diberikan kepada Sultan dan Raja Perempuan." ![]() Tujuan laporan polis ini dibuat adalah kerana laporan akhbar Kosmo! ini menggambarkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, telah bertindak zalim ke atas ayahanda dan bonda Baginda dengan menarik balik gelaran 'Tuanku' dan gelaran 'Tengku' daripada ayahanda dan bonda Baginda hanya sehari selepas Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan sedangkan pada hakikat sebenarnya Baginda tidak pernah berbuat demikian manakala Dato' Sukri Mohamed pula tidak pernah mengucapkan perkataan-perkataan demikian atau perkataan-perkataan yang membawa maksud demikian di dalam sidang akhbar tersebut. Laporan akhbar Kosmo! ini telah membuat satu tuduhan yang amat berat kepada kedua-dua Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan dan Dato' Sukri Mohamed serta merupakan satu fitnah yang sengaja diada-adakan di mana perbuatan memfitnah adalah merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Siasatan ke atas laporan ini sedang dibuat oleh pihak polis. Selain membuat laporan polis ini, Dato' Sukri Mohamed juga telah membuat satu permintaan bertulis kepada akhbar Kosmo! supaya mengemukakan permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis di atas laporannya itu. Permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis ini diminta dibuat di dalam akhbar itu di dalam masa 24 jam dari tempoh penghantaran notis itu. Permintaan bertulis yang sama telah turut dibuat ke atas akhbar Sinar Harian di atas laporan bertajuk "Gelaran 'Tuanku' ditarik balik" yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 September 2010 di mana kandungan laporan akhbar Sinar Harian yang dipertikaikan adalah: 1. "Gelaran 'Tuanku' dan 'Tengku' yang dikurniakan kepada Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid akan ditarik balik berikutan pemasyhuran anakandanya, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan kelmarin." 2. "Ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Shukri Mohamed berkata, penarikan balik gelaran itu dilakukan kerana gelaran tersebut hanya diberikan kepada Sultan dan Raja Perempuan." Permintaan bertulis yang sama juga telah dibuat ke atas akhbar Utusan Malaysia di atas laporan bertajuk "Gelaran 'Tuanku' Sultan Ismail dan 'Tengku' pada Raja Perempuan Kelantan gugur" yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 September 2010 di mana kandungan laporan akhbar Utusan Malaysia yang dipertikaikan adalah: 1. "Gelaran 'Tuanku' yang dipakai bekas Sultan Kelantan dan 'Tengku' pada Raja Perempuan Kelantan sebelum ini gugur secara automatik berikutan pemasyhuran anakanda sulung baginda berdua, Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan di Istana Balai Besar kelmarin." 2. "Ketika menjelaskan perkara tersebut, jurucakap Istana Kelantan yang juga Ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Shukri Mohamed berkata, gelaran 'Tuanku' dan 'Tengku' hanya diberikan kepada Sultan yang memerintah serta permaisuri baginda sahaja." Salah satu dari tiga akhbar ini, iaitu akhbar Sinar Harian, telah mengemukakan permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis di atas laporannya itu pada 16 September 2010. Akhbar-akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia pula telah gagal mengemukakan permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis di atas laporannya itu dan kini bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada Dato' Sukri Mohamed. -thekelantaninsider
|
| Posted: 17 Sep 2010 04:03 PM PDT Tan Sri Robert Kuok terus mempertahankan kedudukkan sebagai rakyat Malaysia terkaya di Malaysia dengan kekayaan sebanyak US$ 12 bilion. Tempat kedua masih kekal ditangan Tan Sri Ananda Krishnan dengan aset sebanyak US$ 8.1 bilion dan tempat ketiga ialah Tan Sri Lee Shin Cheng sebanyak US$ 4.6 bilion. No.8- Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ( $ 1.7 bilion ) ![]() No.11- Tan Sri Azman Hashim ( $ 660 juta ) ![]() No.21- Datuk Kamarudin Meranun ( $ 300 juta ) ![]() No.23- Datuk Shahril & Shahriman Shamsuddin ( $ 270 juta ) ![]() No.26- Datuk Mokhzani Mahathir ( $ 215 juta ) No.27- Ahmayuddin bin Ahmad ( $ 210 juta ) ![]() No.32- Datuk Nazir Razak ( RM 145 juta ) ![]() No.33- Raja Datuk Seri Eleena Sultan Azlan Shah ( $ 141 juta ) ![]() No.35- Tan Sri Rozali Ismail ( $ 136 juta ) ![]() No.39- Datuk Hamed Sepawi ( $ 120 juta ) ![]() No.40- Datuk Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir ( $ 110 juta ) |
| SARANAN PAKATAN RAKYAT : SABAH MENUJU AUTONOMI? Posted: 17 Sep 2010 03:53 PM PDT Sabah menyertai Malaysia 47 tahun yang lalu.45 tahun sebelum Anwar bercita-cita melangkah kaki ke Putrajaya dengan bantuan wakil-wakil di Sabah.Sabah sebenarnya memperoleh kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963 dan kemudiannya menyertai Persekutuan Malaysia 16 hari kemudian.Sejarah telah membuktikan betapa Sabah adalah sebuah wilayah yang kaya dengan hasil bumi sehingga menggamit minat SBUB menguasai Sabah.Pun begitu,entah di mana silapnya,walaupun setelah menyertai Malaysia,Sabah masih gagal mendapat hak sewajarnya daripada kekayaan negeri mereka malah sehingga kini masih menjadi negeri mempunyai rakyat termiskin di Malaysia.Menurut buku Rancangan Malaysia ke-9,Sabah disenaraikan negeri termundur di Malaysia manakala 24 peratus rakyat di negeri tersebut dikategorikan sebagai miskin. Oleh hal yang demikian,maka wajarlah mengapa pemimpin dan rakyat Sabah mempersoalkan kewajaran mereka terus berada dalam Malaysia.Seperti yang pernah dibangkitkan oleh Dato' Seri Anifah Aman,wakil Kimanis,Jika tiada lagi tempat dalam banglo sekarang (BN), apa salahnya mereka berpindah ke rumah teres (pembangkang). Apa guna kalau duduk di banglo tapi sesetengah orang (saja) yang menikmatinya. Kita dalam banglo pun tinggal di tepi tandas saja," membuktikan betapa Sabah didiskriminasi dalam soal pembangunan.Kini,RMK telah menginjak kepada rancangan ke 10.Pun begitu,masih lagi rakyat Sabah yang masih hidup seperti keadaan pramerdeka tanpa kemudahan yang sewajarnya.Pelik juga,Sabah yang tidak menerima penarikan royalti semestinya mempunyai wang yang banyak bagi membangunkan negeri.Baru-baru ini pula,Jeffrey Kitingan pula menyifatkan betapa tuan rumah "Hari Malaysia" adalah sebuah negeri yang mundur.Maka,jelaslah betapa pembangunan di Sabah tidak akan terlaksana dengan jayanya selagi berada di bawah pimpinan Barisan Nasional yang mengkhianati semangat persekutuan.Bukan sahaja Sabah,negeri-negeri Pakatan sendiri dinafikan hak selaku negeri yang membentuk Persekutuan.Lihatlah betapa Kelantan yang telah 20 tahun dianaktirikan.Ternyata keindahan dan kemajuan Malaysia hanyalah dapat dirasakan di ibu negara Kuala Lumpur.Apa yang menyedihkan,negeri-negeri yang menyumbang hasil petroleum kepada Persekutuan dianaktirikan sedemikian rupa. Walaubagaimanapun,tawaran Anwar bagi memberi kuasa autonomi kepada Sabah sekiranya Pakatan menguasai Malaysia adalah suatu tawaran yang agak melebih walaupun pada dasarnya memberikan kebaikan pada Sabah.Ketika melancarkan Pakatan Sabah baru-baru ini,pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat berikrar bagi memberikan kuasa autonomi pada Sabah.Dengan ini,Sabah berhak menentukan sendiri hala tuju pembangunan negeri mereka.Jika ini berlaku,ianya memberikan satu lembaran baru kepada sejarah negeri.Bagi pandangan penulis sendiri,Anwar sepatutnya tidak terlalu lebih dalam menawarkan kelebihan tersebut kepada Sabah kerana ianya sama sekali bertentangan dengan semangat Persekutuan.Hal ini kerana negeri dan Persekutuan sendiri sedia maklum akan Senarai Negeri dan Senarai Persekutuan yang telah termaktub.Kita bimbang sekiranya Sabah berjaya mendapat kuasa autonomi,lain-lain negeri juga akan turut sama mendesak perkara serupa pada Persekutuan.Mungkin jika ditakdirkan PR mentadbir Malaysia tetapi BN masih kekal di Sabah,adakah Anwar sanggup memberikan autonomi pada Sabah sedangkan kita tahu pimpinan BN Sabah adalah tidak boleh diharap? Secara umumnya,tawaran Anwar kepada Sabah ini jelas menunjukkan betapa Barisan Nasional punya sebab untuk risau di Sabah.Pakatan Rakyat secara terus-menerus memperkukuh kedudukan mereka di Sabah malah kini dilihat sebagai alternatif kepada rakyat Sabah.Kini,sedikit demi sedikit kubu BN ketika PRU 12 dihakis oleh hakisan ombak tsunami politik 2008.Untuk rekod,daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah,22 dikuasai BN,1 DAP dan 2 SAPP(Bebas).Oleh itu,Pakatan Rakyat kini melihat akan perlunya kuasa politik BN dileburkan di Sabah.BN perlu berhati-hati,mungkin mereka boleh memandang sinis sahaja akan isu ini,tetapi pada hakikatnya Pakatan Rakyat terutamanya PKR sudah mula berakar umbi di Sabah.Jangan terkejut bahawa cabang PKR terbanyak adalah di Selangor dan diikuti oleh Sabah!Betapa dalam masa tidak sampai tiga tahun,keahlian PKR Sabah makin berkembang dan cabang-cabang mula ditubuh di hampir semua parlimen. Apapun,keinginan PKR untuk menguasai Sabah kini makin jelas.Persoalannya,adakah rakyat Sabah akan menerima cadangan dan manifesto PR dalam pilihanraya akan datang.Sesungguhnya Pemilihan PKR 2010 di Sabah perlu menjadi asas kepada pembentukan kepimpinan anak negeri yang boleh memacu Sabah keluar dari kemunduran.Persoalannya,siapakah yang bakal diangkat sebagai calon Ketua Menteri Sabah nanti?Dan ketika ini,penulis kira lebih baiklah kita berfikir semula kewajaran autonomi di Sabah. ketika angin berpuput, berarak menuju negeri pergunungan. |
| Ngerii...Polis Terkejut,Jumpa Hampir 300 Fragmen Tulang Di Dasar Sungai Pachau Posted: 17 Sep 2010 03:47 PM PDT Sungai Panchau dekat sini kemungkinan memiliki lebih banyak rahsia mengerikan daripada yang dibayangkan.Di sebalik air sungai yang keruh itu mengandungi ratusan fragmen tulang manusia, dipercayai dijadikan sebagai 'kubur berair' bagi mangsa bunuh. Difahamkan, polis menjumpai lebih 300 fragmen tulang manusia dari dasar sungai yang terletak hanya antara empat dan lima kilometer daripada ladang berlakunya pembunuhan empat individu. Menurut seorang pakar yang mengendalikan pembakaran mayat sejak 20 tahun, apabila badan manusia itu dibakar, ia akan meninggalkan kira-kira 20 sehingga 25 fragmen tulang yang dapat dilihat. Setakat ini, polis sedang menyiasat pembunuhan ngeri jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dan mengesahkan sekurang-kuranya lapan laporan mengenai individu hilang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama ke berkenaan. Selain Sosilawati, tiga individu lain adalah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu dan seminggu selepas itu cebisan mayat mereka dijumpai dalam Sungai Panchau dan beberapa sungai lain berhampiran Ladang Gadong. Jumlah fragmen tulang yang banyak menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai mereka yang lain mungkin dibunuh di ladang terbabit sebelum Sosilawati bersama tiga individu. Sumber yang mempunyai kaitan dalam penyiasatan itu berkata, fragmen tulang dianalisis oleh pasukan khas forensik dan jabatan kimia bagi mengenal pasti latar belakang mereka. Pasukan polis forensik memulakan pencarian di sungai berkenaan sejak Ahad lalu dan menjumpai dua pisau, beberapa jam tangan dan barangan kemas. Polis telah melantik dua pasukan khas manakala penyiasat melakukan tugas mereka sepanjang masa di lokasi kejadian. Polis turut meneliti laporan kehilangan beberapa individu yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lalu bagi mengenal pasti terdapat kaitan dengan suspek utama yang merupakan adik-beradik peguam. "Diharapkan, kita dapat menyelesaikan beberapa kes yang dibuka semula dengan petunjuk-petunjuk baru ini," menurut satu sumber. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, satu pasukan khas kini menyiasat semua laporan kehilangan individu yang mempunyai kaitan dengan suspek. "Tiada satu pun akan terkecuali dan semua laporan orang hilang akan disiasat," katanya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pada Ahad, terdapat empat kes orang hilang yang disiasat semula berdasarkan laporan polis dibuat oleh keluarga yang mempunyai kaitan dengan adik-beradik peguam. Satu sumber berkata, antara mereka yang hilang dipercayai 'dihapuskan' adalah seorang warga India, seorang wanita tempatan dan dua lelaki. Difahamkan polis di bahagian pemalsuan wang akan memohon Majlis Peguam supaya aset dua peguam terbabit dibekukan. |
| Memang Binatang Jika Guna Kriket Pukul Mangsa Posted: 17 Sep 2010 03:43 PM PDT
Kes Sosilawati: Pemukul Kriket Mungkin Antara Senjata Yang DigunakanKUALA LUMPUR: Sebatang pemukul kriket yang ditemui di Sungai Panchau, Banting, dekat sini, mungkin satu daripada senjata yang digunakan dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu yang lain. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, pemukul kriket itu merupakan sebahagian daripada objek yang ditemui di sungai dalam gerakan mencari bukti pembunuhan tersebut. "Antara objek yang dijumpai dari sungai ialah pemukul kriket yang dipercayai satu daripada senjata pembunuhan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, di sini Jumaat. Sosilawati, 47, peguam Ahmad Kamal Abdul Karim, 32, pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, dan pemandu Kamaruddin Shamsuddin, 44, dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu dipercayai dibakar sebelum abu mereka ditabur di sekitar sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting seminggu kemudian. Mohd Bakri berkata, polis menjangkakan akan memperoleh laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA)daripada cebisan tulang yang dijumpai dalam sungai dan juga ladang tersebut dalam tempoh empat hari lagi. Beliau menambah, buat masa ini polis telah menghentikan usaha mengumpul bahan bukti daripada sungai dan juga ladang yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan yang menggemparkan negara itu. Mohd Bakri juga berkata, polis percaya telah membina kes yang kuat terhadap peguam dua beradik tersebut dan enam lagi yang ditahan dalam siasatan. "Bagaimanapun, kawasan terbabit masih dikawal kerana kita mungkin akan meneruskan siasatan jika diperlukan," katanya. Beliau juga mengesahkan bahawa pihaknya kini menyiasat kes pembunuhan lain yang berkaitan dengan peguam tersebut, termasuk seorang wanita yang dibunuh di Banting pada April lalu. Polis juga telah memperoleh perintah lanjutan reman terhadap lima suspek sehingga 23 September ini. "Kita juga akan mendapatkan lanjutan reman untuk tiga lagi suspek esok (Sabtu)," katanya. Semasa ditanya jika siasatan dalaman perlu diadakan berhubung kurangnya tindakan dalam laporan orang hilang sehingga pembunuhan berprofil tinggi Sosilawati, Mohd Bakri berkata: "Biar kami fokus pada pembunuhan ini dahulu." Beliau menambah, polis juga masih belum menghubungi pihak berkuasa India dan Interpol mengenai kehilangan seorang warga negara berkenaan selepas kali terakhir dilihat berjumpa dengan peguam terbabit. "Sekiranya dan apabila kami memerlukan bantuan berkaitan kes, kami akan menghubungi mereka," katanya. Mohd Bakri juga mengingatkan media untuk menghentikan membuat spekulasi dalam kes tersebut dan membiarkan polis menjalankan tugas mereka. "Tolong beri kami masa dan ruang untuk membuat penyiasatan. Jangan biarkan ia tergelincir dengan maklumat salah," tambah beliau. -mstar Apa lagi ungkapan yang boleh menggambarkan kekejaman manusia jika menggunakan pemukul kriket untuk memukul mangsa sehingga mati apatah lagi kepada seorang wanita? Sukar hendak dibayangkan keadaan sewaktu itu, namun biarlah yang melakukannya menerima hukuman yang sepatutnya. -GB |
| Pemimpin Jahat Tidak Laksana Islam Posted: 17 Sep 2010 03:41 PM PDT
|
| M.Rajoli Kembali Ke Rahmatullah Posted: 17 Sep 2010 03:39 PM PDT
Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu. "Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya di sini hari ini. Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya. Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'. M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya. Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 November 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah. Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.-Bernama |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Ini dibuktikan kehadiran rakyat ke majlis Sambutan Aidilfitri PAS Kelantan yang mencecah 15,000 orang pada tahun ini, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Tuan Guru dan isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak antara kenamaan yang hadir pada majlis tahunan itu.
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan