AdukaTaruna |
| Pembunuh Sosilawati : 'Datuk' di zaman Barisan Nasional bakal terlepas? Posted: 18 Sep 2010 08:43 AM PDT 1. Di atas gua kopipes animasi yang dibuat oleh rakyat Malaysia. Betul atau tidak, tidak boleh percaya 100% sebagaimana kita tak percaya kepada PDRM 100%. 2. Tiba-tiba plak siasatan penganugerahan Datuk kepada pembunuh itu gagal menemui petunjuk. Mengikut kepercayaan gua, itu adalah arahan yang menyuruh PDRM siasat sejauh sekian, setakatsekian sahaja. Jangan lebih dari itu. Itu adalah kepercayaan gua. Jikalah benar kepercayaan gua, alangkah baiknya kita mengetahui Sultan Melayu mana yang menganugerahkan Datuk kepada si pembunuh itu. Ianya akan tercatat dalam sejarah tamadun Melayu. 3. 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu mula mengganas pada 2005. Berkubu di Selangor. Penjahat hanya berkuasa di kubu sendiri. Penjenayah yang mendapat perlindungan politik di kawasan A, pasti akan melakukan jenayah di kawasan A. Bodoh jika dia membunuh dan melupuskan mayat di kawasan B. Pemimpin UMNO Selangor menikus sebaik sahaja kes ini pecah? Mungkin gua terlepas pandang. Tiada kutukan dari Khir Toyo, Rahman Pahlil dan lainnya. 4. Cakap2 dari kedai kopi di kawasan perumahan polis Padang Tembak, yakni majoriti ahli kopi terdiri dari anggota polis sendiri, UMNO sedang cemas jika gambar pembunuh Sosilawati itu bersama pimpinan UMNO Selangor tersebar di internet. Itu cakap2 dari mereka. Gua sampaikan sahaja. 5. Disampaikan oleh pakar DNA bahawa sample dari mayat yang hangus secara total dan telah diurai oleh agen pengurai adalah sukar untuk didapatkan DNA nya itu. Di sini, kita boleh tahu, mengapa si pembunuh, 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu merancang keluarga mangsa hanya membuat laporan polis selepas 3 hari. 6. 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu berhak mendapatkan khidmat peguam ketika kesnya dibicarakan. Gua nak tengok peguam mana yang membela 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu. Walaupun kita perlu professional, atas tajuk taktikal politiknya, peguam yang mempunyai hubungan kepartian akan mendamagekan imej party.
"Saya hanya meminta mereka menakutkan mangsa. Tetapi mereka melakukan lebih dari itu. Jika saya tahu kesemua pekerja saya yang diarahkan menakutkan mangsa itu mempunyai kes jenayah sebelum ini, pasti saya tidak akan meminta mereka menakut-nakutkan mereka. Sepanjang pengetahuan saya, mereka adalah pekerja yang baik dan disiplin. Saya mempunyai rekod kedatangan mereka sebagai bukti mereka pekerja yang baik sepanjang dalam pengetahuan saya."
(Wajah selamba dan yakin 'Datuk' di zaman Barisan Nasional.) 7. Terdapat satu persamaan antara kes Sosilawati dengan Altantuya.
|
| You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan