Murai Anak Emas |
| Umno Menyimpang Di Sabah 50% Bekas USNO Keluar Umno Posted: 23 Sep 2010 01:49 AM PDT KEGEMILANGAN kerajaan USNO suatu ketika dahulu masih segar dalam ingatan para pengikutnya di seluruh negeri Sabah, malah rata-rata menyatakan hasrat mereka untuk terus berada dalam USNO meskipun pun ia telah terkubur sekian lama dan tidak dapat dipulihkan pendaftarannya oleh ROS, walaupun beberapa usaha telah dilakukan sebelum ini. Demikian dinyatakan pemimpin veteran yang juga mantan Naib Presiden USNO Datuk Haji Karim Ghani ketika dihubungi pada pagi Jumaat bersamaan 1 Syawal Hari Raya Adilifitri pertama melalui talian bimbitnya 012-8679263. Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Negara (Senator) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah seterusnya berkata, adalah dipercayai bahawa kira-kira lebih 50 peratus bekas ahli USNO yang menyertai UMNO tetapi bertindak keluar dan menyertai beberapa pemimpin lain untuk menghidupkan USNO setelah mereka melihat kelibat UMNO sudah lari menyimpang jauh dari matlamat asalnya. "Jadi, dalam keadaan sebegini, kita tidak tahu apa akan terjadi sekiranya lebih 50 peratus bekas ahli-ahli USNO menentang UMNO dalam pilihanraya akan datang ini jika tiada usaha untuk membetulkan keadaan ini. Sebab itu saya paparkan nombor telefon bimbit untuk mendapatkan respon daripada bekas-bekas ahli USNO di seluruh Sabah tentang ketidak sokongan mereka terhadap UMNO sebelum saya membuat laporan kepada pihak pusat," tegas beliau. Tegasnya lagi, para penyokong USNO yang enggan menyokong UMNO berada dalam keadaan tersepit yang boleh disifatkan mereka kini berada di persimpangan pergentingan jalan yang sukar untuk diputuskan arah mana jalan yang harus dituju untuk dilalui. Mereka (penyokong USNO) merasa amat kecewa kerana beberapa usaha menghidupkan semula USNO telah ditolak oleh ROS termasuklah penubuhan Kelab USNO. Datuk Karim ketika menyingkap bermulanya kemalapan sokongan rakyat terhadap USNO dapat dibuktikan dalam pilihanraya umum bermula pada tahun 1976 kerana USNO sekadar meraih kemenangan dalam 20 kawasan DUN; tahun 1981 3 DUN dan tahun 1985 12 DUN. Hasil keputusan 3 penggal pilihanraya umum ketika itu, ternyata sokongan rakyat terhadap USNO sudah terus menerus menurun malah tidak mempunyai harapan langsung untuk berkuasa semula di Sabah. Senario politik di Sabah terus berkocak apabila PBS yang berkuasa menerajui kerajaan di Sabah ketika itu bertindak keluar dari gagasan BN sekitar tahun 1990-an memaksa kehadiran UMNO datang ke Sabah setelah Allahyarham Tun Mustapha ketika itu Presiden USNO memikirkan bahawa USNO tidak mampu menumbangkan kerajaan PBS, pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang terlalu kuat pada ketika itu. "Kita jemput UMNO ke Sabah bukan kerana apa, tetapi kita mahu menumbangkan kerajaan PBS itu sahaja. Tetapi di sebalik itu kita tidak pula menjangka kelibat UMNO selepas beberapa tahun kebelakangan ini sehingga berlaku ramai bilangan ahli bekas USNO berpaling tadah keluar dari UMNO. So…ini yang kita mahu selidiki," tambah beliau lagi. Ketika ditanya peranan beliau ketika membentangkan satu kertas kerja pembentukan Malaysia sekitar tahun 1962 anjuran CiGMa sebuah badan NGO yang turut dihadiri mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Simon Sipaun seolah-olah tidak merestui pemesongan Persekutuan tentang sejarah pembentukkan Malaysia beliau berkata: "Kita huraikan apa yang sebenar-benarnya berlaku pada ketika itu, khususnya kaedah pembentukan Malaysia daripada tiga wilayah Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak (Singapura menarik diri kemudiannya pada tahun 1965). So, buat apa kita berbohong untuk lari daripada fakta asalnya," tegas beliau. |
| Perkasa pertubuhan kaki lima Apa Perkasa Lakukan Pada Melayu Kelantan ? Posted: 22 Sep 2010 05:58 PM PDT
Perkasa memang bacul, sedang kan Kelantan negeri kelahiran boss nya, di biar kan Umno memperlakukan dengan banyak perkara telah umno menafikan hak2 negeri dan rakyat yang di jamin oleh perlembagaan. Kalau benar perkasa memperjuang kan melayu, nah ! ini lah satu2 nya negeri yang paling ramai melayu mendiami nya, antara perkara patut perkasa perjuang kan bersama2 rakyat Kelantan ialah isu Royalti Petroleum dan Gas, yang mana hasil itu telah di rompak dengan rakus oleh umno dan geng2 BN, dengan hasil itu mereka gunakan sewenang2 dengan berjoli dan dan memasukan kedalam poket pemimpin2 mereka. Paling dayus dan bacul Umno Kelantan turut sama bersekongkol dengan perkasa, sememang nya umno kelantan harap dapat bergantung hayat pada perkasa, dari segi orang yang berotak waras, perkasa tidak relevan dalam konteks Kelantan, malah Umno juga tidak relevan, kerana Umno RASUAH, sudah layu dan terbukti gagal memartabat kan melayu selama ini. Umno kini di gerbang kehancuran di negeri2 selama ini di anggap kubu Umno, maka di situ lah yang sepatut nya perkasa dan Umno bersama2 menjaga nya. Lupa kah boss perkasa, suara2 mu yang berdegar2 entah hapa2 itu, sehingga boleh memperdaya orang2 bodoh semacam umno itu, ada kah suara mu itu dari mandat orang Pasir Mas ?, sedangkan belum tentu mereka rela itu adalah kehendak mereka. Tak lain dan tak bukan ialah untuk membalas dendam, ini perangai orang yang kecewa tidak mendapat tempat atau tidak mendapat kehendak hati mereka, mereka boleh melaku kan apa saja, walau terkeluar dari norma2 manusia. Boss perkasa parti bagi nya sebagai wakaf tempat berhenti sementara, tak selesa wakaf itu akan di runtuhkan, kalau menumpang rumah orang macam kera sumbang, tak pandai sesuai diri, akhir nya tuan rumah halau, akhir nya hidup lah di kaki2 lima. Perkasa adalah pertubuhan kaki lima, kabur arah tujuan nya, sebab itu dia boleh menerpa ke mana2 arah, yang nyata adalah RASIS. |
| You are subscribed to email updates from Murai Anak Emas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan