Era Pasca |
- FOTO UMNO DESPERADO MENCARI AHLI!
- CASINO (JUDI) di SABAH
- Rakyat Terengganu perlu tolak pemimpin ‘jahat’, ‘lemah’
| FOTO UMNO DESPERADO MENCARI AHLI! Posted: 22 Sep 2010 11:31 PM PDT Kahkahkah Cabutan bertuah menanti anda! Lihat desperado nya UMNO! kahkahkah Baik buat hadia no EKOR.. kahkahkah Sape berminat nak cari bini leh telepon no ini! 07-4161600 CIK Shikin... servis baik Kat Johor nih.. takkan lah!! hahaha budak 18 tahun keatas yang masuk UNIVERSITI jangan joint sebab Budak U haram joint POLITIK kahkahkah bagi mat-mat rempit 18tahun keatas masuk lah.... hahaha! |
| Posted: 22 Sep 2010 06:05 PM PDT Orang Sabah leh pilih... Nak ada casiono atau tak.. Kalau nak jadi TEXAS Mesia, Korang undilah BN akan datang... Kalau nak jadi sebuah Negara Makmur undilah Pakatan Rakyat! SHAH ALAM 22 SEPT 10: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada kerajaan Umno-BN akan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi). Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar, menurut portal Malaysian Insider. Projek itu dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri. "Kami mahukan pentadbiran Najib untuk bersikap telus dan menyatakan samada ia memang bercadang atau telah pun memberikan kelulusan untuk membina sebuah kasino di Sabah," Anwar dipetik sebagai berkata. "Ada tanda-tanda bahawa kelulusan untuk membina kasino akan diberikan atas alasan untuk memastikan projek hijau itu berwibawa dan menguntungkan. Perdana Menteri harus memberi pengesahan atau penafian yang tegas atas isu ini," tambah Anwar. Cadangan pembinaan kasino itu didedahkan setelah kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi sukan kepada sebuah syarikat milik jutawan Vincent Tan. Namun setelah dikritik oleh Pakatan Rakyat dan orang ramai, termasuk masyarakat bukan Islam, Najib menarik balik kelulusan itu. Tidak dapat dipastikan sama ada pembinaan kasino baru di Sabah, jika diluluskan, akan membabitkan syarikat milik Vincent Tan sebagai 'pampasan' kepada ahli perniagaan itu atas kehilangan lesen judi sukan berkenaan. "Baru dua bulan isu lesen judi sukan reda, muncul pula berita mengatakan kerajaan mahu membina sebuah kasino. Bagaimanakah ia akan menguntungkan pembayar cukai?," kata Anwar. "Rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara ini di bawah pimpinan Najib. Nampaknya apa yang sedang dilakukan oleh pentadbiran Najib ialah untuk mempopularkan judi," kata Anwar. (tvS) |
| Rakyat Terengganu perlu tolak pemimpin ‘jahat’, ‘lemah’ Posted: 22 Sep 2010 09:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 22 Sept: Rakyat Terengganu harus 'celik' dalam memilih pemimpin agar tidak berhadapan dengan pelbagai masalah akibat kelemahan pemimpin yang dipilih. Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pemimpin yang wajar dipilih ialah pemimpin yang mengamalkan dasar Islam yang sebenar, bukan mengambil sebahagian sahaja untuk kepentingan politik mereka. "Rakyat Terengganu kena pilih pemimpin yang mempunyai agenda Islam yang jelas dan mesti tengok individu yang memperjuangkan dasar agama, bukan memperjuangkan dasar kebangsaan atau pembangunan semata-mata atau sesuatu yang tidak lengkap dan tidak syumul. "Perjuangan Islam ialah perjuangan yang syumul yang membabitkan pembangunan, akhlak, adat dan semua sekali," kata Nik Zawawi ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbalahan berpanjangan di antara penyokong-penyokong bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Penyokong-penyokong Idris mendakwa Ahmad sebagai 'bodoh' dan 'tidak pandai memerintah negeri' manakala penyokong-penyokong Ahmad pula menyifatkan Idris sebagai 'jahat dan 'tidak tahu adab'. Nik Zawawi mengakui kepimpinan Idris semasa menerajui negeri dahulu hanyak memberi tumpuan kepada pembangunan materialistik serta meninggalkan ajaran Islam. Ahmad pula ujarnya, memang lemah dari sudut pengurusan dan juga tidak mementingkan ajaran Islam. "Bagi saya, dua-dua kepimpinan begini tidak berguna. Kepimpinan Idris dahulu memang banyak memberi perhatian kepada pembangunan semata-mata dan meninggalkan masalah adab sopan termasuk dengan Sultan dan meninggalkan banyak ajaran Islam yang menyebabkan banyak kecacatan berlaku. "Ahmad Said pula memang dari sudut pentadbiran negeri memang lemah di samping dia meninggalkan ajaran Islam," katanya yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat. Tambahnya, pemimpin yang tidak mengamalkan dasar Islam akan berdepan dengan pelbagai masalah termasuk masalah pembangunan, akhlak dan moral. "Oleh kerana pemimpin Umno oleh kerana dasarnya lari daripada Islam, maka kita dapat lihat kecacatan di pelbagai aspek. "Sebab itu kalau kita tengok di negara kita bukan sahaja di Terengganu, di negeri yang lain pun, soal keruntuhan moral amat ketara," ujarnya. Justeru, beliau mengingatkan rakyat Terengganu agar tidak membuat kesilapan dalam memilih pemimpin dan meletakkan agama sebagai kriteria utama. "Kalau tidak meletakkan Islam di hadapan, kita akan berdepan dengan masalah yang sama sebagaimana kita pernah pilih pemimpin-pemimpin sebelum ini. "Kita tidak ada pilihan yang lain kecuali kita kena tukar dasar itu sendiri yang mana pemimpin yang bakal kita pilih ialah pemimpin yang membawa dasar agama yang lengkap, barulah negara kita selamat," katanya. Hazayani Zakaria Harakah |
| You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan