MiLo SuaM |
| N Bala Subramaniam sokong Hukum Hudud Posted: 18 Sep 2010 07:48 AM PDT ![]() Inilah yang dikatakan dunia dah terbalik, hari ini orang yang mengaku Islam secara terang-terangan mempersoal dan mempersendakan Hukum Hudud. Termasuk pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam. Perlaksanaan Hukum Hudud ditentang dengan pelbagai cara baik secara terang mahupun berselindung di sebalik kata-kata macam bagus! Tetapi orang kafir pula nampaknya lebih paham Islam dari segi Hukum Hudud, mereka lebih yakin dengan Hukum Allah berbanding Orang-orang Islam sendiri! Di bawah ini ReJaM© sertakan screenshot kenyataan Facebook seorang pemimpin bukan Islam berbangsa India, N Bala Subramaniam yang secara terang-terangan menunjukkan keyakinan beliau terhadap Hukum Hudup berhubung isu pembunuhan kejam Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati baru-baru ini. Beliau menulis "JIKA HUKUM HUDUD DI PRAKTIKAN MUNGKIN PEMBUNUH SOSILAWATI TAKUT UNTUK MELAKUKAN PEMBUNUHAN DAN PERBUATAN KEJAM YANG LAIN..." Sila klik untuk membesarkan image. ![]() ReJaM©: Alhamdulillah, pendekatan Parti Islam Se Malaysia (PAS) berjaya memberikan kefahaman tentang Islam kepada Orang-orang bukan Islam di Malaysia. Takbir Allahuakbar! |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan