MANDOR.BLOGSPOT.COM |
| MUKHRIZ KENA BERHENTI `MENARI', PELABUR SUDAH LARI Posted: 18 Sep 2010 06:00 PM PDT Oleh: Mandor MALAYSIAKINI menyiarkan kenyataan anak Tun Mahathir begini; "Tindakan pembangkang yang sering memburuk-burukkan nama negara menyebabkan ramai pelabur asing takut untuk datang ke Malaysia, dan ia mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir." (Malaysiakini) Satu kenyataan lembab, dangkal dan penuh kejahilan yang dikeluarkan oleh Mukhriz selaku Tibalan Menteri di dalam kabinet Najib. Najib wajib merasa malu kerana memiliki seorang Menteri yang selembab ini. Benar juga kata orang, dahi yang licin belum tentu bijak orangnya. Cuba sebut negara mana yang Pelabur ramai datang memajukan negara berkenaan di mana negara tersebut tiada Pembangkang? Ketika negara kita dahulu berada di dalam keadaan ekonomi cukup baik dan punyai harapan untuk maju dengan kehadiran ramai Pelabur datang ke negara ini, adakah ketika itu tidak wujud parti Pembangkang? Sejauh mana Pembangkang menjadi faktor samada Pelabur datang atau tidak ke negara ini? Apakah Mukhriz fikir Pelabur yang ingin melabur ke negara ini mempunyai otak sepertinya? Kumpulan Pelabur yang ingin melabur ke mana-mana negara sekali pun pasti akan mengkaji secara terperinci dari setiap sudut sebelum membuat keputusan datang melabur. Pastinya mereka terdiri dari para Pelabur yang bijak. Mereka tidak membaca Utusan Meloya atau TV 3 Suku sebagai panduan sebelum datang melabur ke sini. Oleh itu Mukhriz jangan cuba memperbodohkan para Pelabur dengan dakwaan karut marut seperti di atas. Wajarnya Mukhriz letak jawatan kerana gagal membantu Najib menjana pelaburan asing ke negara ini. Beliau sepatutnya `kurangkan menari' dan lebihkan kerja. Itu lah sebabnya suatu risiko yang besar apabila melantik jemaah Kabinet yang tidak bijak, tambahan pula yang tewas di dalam pertandingan parti. Ini menunjukkan pemimpin Umno tidak mampu untuk mentadbir negara, justeru itu menuding ke arah pihak lain di atas kegagalannya./mandor.blogspot.com |
| MENYANGGAH TULISAN MSO YANG NASIHAT DATO ZAID KELUAR PARTI Posted: 18 Sep 2010 10:59 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS Seorang Penulis ternama, MSO atau Mohd Sayuti Omar di dalam tulisannya mula terpengaruh dengan cerita yang dibawa oleh Dato Zaid yang bakal bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR. Saya tidak kisah jika Penulis berkenaan menyokong Dato Zaid, tetapi percaya kepada semua dakwaan Dato Zaid yang sedang berkempen itu tentulah tidak bijak buat seorang Penulis Politik terkenal. Tambahan pula, MSO dikatakan seorang Penulis Politik yang pro PR tetapi di dalam tulisannya beliau seperti menghasut agar Dato Zaid tinggalkan PKR jika tidak yakin dengan PKR lagi. Beliau juga turut menggambarkan betapa PKR kini sama seperti Umno. Di mana yang samanya PKR dengan Umno? Adakah kerana percaya bulat-bulat dakwaan Dato Zaid Ibrahim yang mendakwa kununnya beliau terpinggir, dakwaan ada kumpulan yang membuat fitnah ke atasnya walaupun sehingga kini Dato Zaid tidak melaporkan hal tersebut kepada badan disiplin yang bertanggungjawab di dalam PKR maka MSO percaya dengan Dato Zaid? Saya masih ingat, sewaktu pemilihan pucuk pimpinan di dalam Muktamar PAS dahulu pun MSO dilihat bermain penulisan secara begini juga apabila beliau condong kepada beberapa pemimpin di dalam PAS. Kini, MSO jelas memihak kepada Dato Zaid seolah-olah Dato Zaid benar-benar teraniaya. Adakah MSO ini sebenarnya penyokong PR atau sekadar Penulis yang mempunyai matlamat atau tujuan tertentu? Seorang lagi calon yang bakal bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR iaitu YB Azmin juga teruk dibelasah oleh Dato Zaid. Malahan Presiden PKR juga dicop oleh Dato Zaid sebagai `boneka' sahaja di dalam PKR. DS Anwar juga disindir oleh Dato Zaid apabila Dato Zaid menyebut jawatan Ketua Umum PKR itu tiada dalam Perlembagaan dan tidak boleh ditandingi. Apa erti ini semua? Dato Zaid baru sedarkah organisasi yang ada di dalam PKR ini? Semua orang maklum jawatan Ketua Umum PKR bukan jawatan kekal, sebaliknya hanya satu jawatan sementara untuk DS Anwar yang sekarang ini bergelut dengan fitnah liwat II ke atas beliau. Satu kaedah atau strategi parti untuk sementara waktu demi kebaikan PKR juga. Masakan Dato Zaid tidak tahu ini semua sebelum menyertai PKR? Mengapa ini semua timbul disaat beliau ingin bertanding merebut jawatan? Seandainya benar DS Wan Azizah dianggap `boneka' sahaja di dalam PKR, mengapa Dato Zaid tidak berani bertanding menentang DS Wan Azizah untuk tidak menjadi `boneka'?. Jika Presiden pun sudah jadi `boneka' , apatah lagi Timbalan Presiden. Tetapi Dato Zaid berminat bertanding untuk merebut jawatan itu. Saya `salute' YB Azmin yang tidak mencari helah atau modal yang diada-adakan untuk memburukkan calon lain. Memang kita akui, sebagai sebuah parti yang ahli-ahlinya bukan `Malaikat', tentulah ada beberapa pihak yang berkempen agak keterlaluan. Soalnya, adakah ini yang diatur oleh calon itu sendiri atau tidak? Dato Zaid, walaupun dikatakan tiada kumpulan yang bergerak untuk berkempen, tetapi suara beliau lebih lantang dari YB Azmin di dalam kempennya. Salahkah wujudnya kumpulan yang menyokong seseorang calon asalkan tidak melanggar etika kempen? Ini juga wujud di dalam PAS parti yang sentiasa berdisiplin di dalam pemilihan pucuk pimpinannya. Lihat, PAS tiada masalah kerana akhirnya yang menang diterima. /wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan