MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- ANAK MAIDIN SEBAGAI PENASIHAT `KASIM PATOLAN' DALAM TIGA ABDUL
- NEGERI DI BAWAH PR MENDAPAT KEPERCAYAAN PELABUR
- NAIB PRESIDEN PKR - YB FUZIAH SALLEH PUNYAI HARAPAN CERAH
| ANAK MAIDIN SEBAGAI PENASIHAT `KASIM PATOLAN' DALAM TIGA ABDUL Posted: 21 Sep 2010 12:12 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS ANAK Maidin yang digelar Zam di dalam kenyataannya di sini, menyeru agar Umno melupakan PAS bagi membentuk perpaduan Melayu. Agak ganjil bagi kita mendengar seseorang yang telah dilupakan oleh partinya sendiri, menasihatkan partinya itu untuk melupakan PAS. Siapa agaknya yang mahu mendengar cakap-cakap Anak Maidin ini? Budak Tadika Kemas pun mungkin fikir beratus kali untuk mengguna pakai cakap orang terbuang seperti beliau. Anak Maidin yang pernah menjadi bahan ketawa seluruh dunia kerana bahasa Inggeris nya yang `hulu' atau `kekampongan' sewaktu diwawancara oleh sebuah Stesyen TV asing suatu ketika dahulu, kini cuba untuk tampil mencari publisiti. Tuduhannya bahawa PAS pernah menghasut PM yang pertama agar merampas harta orang-orang Cina selepas peristiwa 13 Mei, sehingga sekarang gagal beliau buktikan. Mahu bukti bagaimana kerana Anak Maidin ini mengambil orang yang sudah mati sebagai `saksi'. Itulah tahap pemikiran Anak Maidin yang pernah menjadi `bos' di Kementerian Penerangan. Soal perpaduan Umno - PAS tidak lagi disebut orang termasuk dari pimpinan Umno lebih-lebih lagi PAS. PAS telah menghumban isu ini ke tepi longkang walaupun terdapat beberapa pemimpin Umno terhegeh-hegeh ingin mengutipnya kembali. Tiba-tiba pula Anak Maidin ini cuba melagukan semula isu ini, kununnya sebagai Penasihat Dua Puluh Persen dalam cerita Tiga Abdul. Adakah Anak Maidin percaya Umno mahu menerima nasihatnya itu? Nasihat Tun Mahathir yang jauh lebih berwibawa dari Anak Maidin pun Umno tidak pakai, maka buang masa sahaja beliau ingin menasihatkan Umno. Tun tidak mahu Umno menjauhi Perkasa, adakah Umno turuti? Pada saya, lebih baik Anak Maidin kurangkan bercakap agar kebekuan otaknya tidak banyak diketahui orang. Amat tepat sekali para pengundi di kawasannya dulu menolak Anak Maidin di dalam PRU Ke 12 dengan majoriti yang amat besar sekali. Otak yang berada di lutut tidak layak untuk menjadi Wakil Rakyat apatah lagi menjadi Penasihat./wfauzdin.blogspot.com | ||||
| NEGERI DI BAWAH PR MENDAPAT KEPERCAYAAN PELABUR Posted: 20 Sep 2010 05:00 AM PDT
Walaupun negara mengalami kemerosotan pelaburan asing, negeri pimpinan Pakatan Rakyat seperti Kedah dan Selangor didakwa terus mampu menarik pelaburan luar . Menurut Ketua Pengerangan PAS, Idris Ahmad (gambar), pada tahun lalu Kedah berjaya menarik pelaburan asing sebanyak RM1.837 bilion dan Selangor RM7.755 bilion. "Ini menunjukkan bahawa pelabur masih percaya kepada negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat; dalam masa yang sama kerajaan pusat merungut, pelabur tidak datang kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang," katanya. Kelmarin, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hasrat kerajaan untuk menjana pelaburan bernilai RM 2.2 trilion dalam masa sepuluh tahun - yang mana 92% datang dari pelaburan swasta - pasti menimbulkan kemusykilan tatkala pelabur menjauhi pasaran kita. Katanya, Laporan Bank of America Merill Lynch berkaitan pasaran negara begitu membimbangkan apabila Malaysia didapati antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik. Bagaimanapun, beberapa pemimpin BN, khusunya Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir melihat tindakan pembangkang yang sering memburuk-burukkan nama negara sebenarnya menyebabkan ramai pelabur asing takut untuk datang, dan ia mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009. Beliau dilaporkan berkata walaupun tindakan pembangkang itu ditujukan kepada kerajaan BN tetapi pihak luar akan melihatnya sebagai keburukan negara.
"Kalau inilah kenyataan daripada anggota kabinet kerajaan BN yang bertanggungjawab mengenai kewangan dan pelaburan ke negara ini, maka BN eloklah menyerahkan mandat kepada Pakatan Rakyat supaya lebih banyak pelabur datang ke negara ini," katanya Peliau juga berkata, dalam perdebatan isu itu, alasan yang paling lucu keluar daripada mulut Tun Dr Mahathir bahawa pelabur luar tidak ada wang untuk melabur. Idris juga mempersoalkan bagaimana pelabur hendak datang ke negara ini jika melihat kepada beberapa peristiwa kontroversi dalam negara seperti, "pencabulan" royalti minyak Kelantan, kes VK Lingam dan pengambilahihan kerajaan Perak. "Pelabur yang hendak datang ke negara ini, bukan pelabur dalam skim Pak Man Telo. "Mereka mempunyai pakar-pakar pelaburan dan mengkaji tentang keberangkalian serta prospek pelaburan yang lebih kondisif," katanya./Malaysiakini | ||||
| NAIB PRESIDEN PKR - YB FUZIAH SALLEH PUNYAI HARAPAN CERAH Posted: 20 Sep 2010 02:13 AM PDT SATU-satunya calon unggul dari kalangan wanita PKR yang patut dinobatkan sebagai Naib Presiden PKR adalah Ahli Parlimen Kuantan iaitu YB Fuziah Salleh. Kewajaran memilih beliau bukan kerana beliau satu-satunya calon wanita yang bertanding di kerusi Naib Presiden, tetapi kebolehan serta ketokohan beliau sememangnya harus diakui. Sehingga artikel ini ditulis, diberitakan pencalonan dari Cabang-Cabang PKR yang mencalonkan YB Fuziah Salleh sebagai Naib Presiden adalah sebanyak 62 pencalonan iaitu 85 % dari Cabang-Cabang yang telah membuat keputusan. Beliau juga memperolehi 1 pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden yang saya rasakan sudah pasti beliau menolak untuk dicalonkan ke jawatan No. 2 tersebut. Setakat ini sokongan yang diberikan kepada Serikandi dari Pahang ini amat membanggakan, mudah-mudahan akan terus dikekalkan sehingga ke hari penentuan nanti. YB Fuziah sebelum ini telah diberi berbagai tugas dan tanggungjawab parti kepadanya dan beliau telah membuktikan segalanya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Beliau juga telah membuktikan keupayaannya menjadi Ahli Parlimen yang sentiasa menjalankan amanah rakyat di kawasannya dengan adil dan ikhlas. Peranan yang telah dimainkan oleh YB Fuziah Salleh selaku Wakil Rakyat terutamanya di Pahang telah mendapat perhatian dari MB Pahang sendiri yang pernah memuji kehebatan MP Kuantan ini. Beliau seorang tokoh PKR yang tidak menimbulkan sebarang kontroversi di dalam parti dan sentiasa mematuhi arahan kepimpinan dan dasar parti. Saya yakin, memilih YB Fuziah untuk salah satu kerusi Naib Presiden amat menguntungkan parti di samping membuktikan betapa PKR sentiasa memberi pengiktirafan kepada golongan wanita untuk bersama memperjuangkan nasib rakyat dan parti. Marilah kita bersama memberikan peluang kepada YB Fuziah Salleh untuk membuktikan bahawa wanita juga mampu menjadi barisan hadapan di dalam objektif kita menuju ke Putrajaya./wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
"Ini menunjukkan bahawa pelabur masih percaya kepada negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat; dalam masa yang sama kerajaan pusat merungut, pelabur tidak datang kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang," katanya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Idris secara sinis mengucapkan "tahniah" kepada Mukriz dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah atas dakwaan masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan