Selasa, 21 September 2010

al-brangi

al-brangi


DNA siap Khamis depan: Keadaan sampel 'amat teruk'

Posted: 21 Sep 2010 02:40 AM PDT

Ujian DNA ke atas sampel serpihan tulang yang dijumpai hasil dari kerja-kerja men'dulang' di sungai berdekatan dengan Ladang Gadong di Tanjong Sepat, Banting besar kemungkinan akan selesai pada hari Khamis akan datang.

Ujian dan penganalisa adalah lebih kurang 60% siap di mana sampel itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada Khamis lepas.

Sampel tersebut adalah dalam keadaan yang amat teruk dimana mangsa dikatakan dibakar dan abunya serta serpihan tulang yang rentung dibuang ke dalam sungai berdekatan tempat kejadian.

Jabatan Kimia terpaksa mendapat kerjasama daripada Hospital Kuala Lumpur untuk mengenalpasti serpihan itu dari mana-mana bahagian anggota badan sebelum ujian DNA dilaksanakan.

Ujian DNA juga dijalankan ke atas beberapa objek yang dijumpai ditempat kejadian seperti jam tangan, kunci kereta dan telefon-tangan yang dipercayai milik mangsa.

Semoga kes ini mendapat pembelaan yang sewajarnya......semoga yang dituduh mendapat hukuman yang sewajarnya......semoga seluruh ahli keluarga mangsa banyak bersabar dalam ujian ini.

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Sosilawati serta Allahyarham-Allahyarham Ahmad Kamil, Kamaruddin Shamsuddin dan Noorhisham Mohammad. ( sumber .)

Blog anti-Zaid untuk jatuhkannya?

Posted: 20 Sep 2010 10:30 PM PDT

Tidak berdetik langsung di hati ini untuk mencampuri urusan dalaman parti PKR.

Tetapi bila memikirkan apabila PKR berkocak di hulu......kerohnya sampai ke hilir jugak.

Sedikit sebanyak akan menjejaskan keutuhan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Tidak guna kita mempersembahkan peluru 'hidup' dengan percuma dan senyum manis pada Umno/BN untuk menembak kita kembali.

Apa kewajaran diwujudkan blog khas untuk menjatuhkan Datuk Zaid?

Selebihnya sila baca di SINI .

Politikus ala-ala 'cowboy'

Posted: 20 Sep 2010 05:00 PM PDT

Ha ha ha......Sudah gaharu, cendana pula......sudah tahu, bertanya pula.

Ha ha ha buat-buat tak tahu pulak......buat-buat malu pulak.....budak tadika Kemas pun tahu jawabnya.

Pemimpin yang tak 'bela' gengster tapi perangai macam gengster ......usahkan pemimpin politik India.....pemimpin politik Melayu yang perangai macam gengster pun ramai.....dalam NGO pun ramai jugak yang perangai macam gengster.

Dialog dara bunting......alahai.....

Posted: 20 Sep 2010 06:00 AM PDT

Penyelia 'Sekolah Termengandung' bersama dua kakitangan menemubual murid mengandung anak zina. Agak2nya perbualan mereka berkemungkinan berkisar seperti berikut.

Kakitangan 1 : Macamana adik boleh terjebak dalam perzinaan ini?

Murid : Kami lakukan suka sama suka......redho meredhoi.....malah kami ikhlas

Kakitangan 2 : Bila dan dimana?

Murid : Pada malam menyambut tahun baru dan setiapkali ada event besar seperti malam Kemerdekaan, Hari Valentine dan sebagainya. Kami lakukan hanya di Hotel Bajet......kadang di Dataran je.

Kakitangan 3 : Tak malu ke.? Tak takut ke...kot2 termengandung?

Murid : Apa nak dimalukan......kawan-kawan pun sama gak.....buat benda yang sama. Mula2 takut gak.....mula2 rancang nak buang bayi kalau lahir.....tapi dah ada sekolah ini.....tak jadilah.

Kakitangan 1 : Tak takut dosa ke?

Murid : Takut gak.....tapi mereka yang menyemarakkan penzinaan lagi berdosa. Siapa suruh buat konsert hingga pagi. Kami anak muda teruja untuk pergi.

Kakitangan 2 : Apa cadangan kamu untuk mengurangkan gejala ini.

Murid : Tutupkan pintu maksiat,

Kakitangan 3 : Tapi itu pilihan kamu. Nampaknya kamu ni pandai dalam Agama.

Murid : Mereka yang alim dalam Agamalah bertanggungjawab mendesak pemerintah menutup pintu maksiat. Mereka pun turut berdosa sama dengan saya. Saya buat dosa melibat hanya saya sorang.....tapi 'mereka' menyemarakkan maksiat melibatkan ribuan orang senasib dengan saya.

Semua kakitangan : Kamu tersilap masuk sekolah ni.....sepatutnya kamu masuk sekolah Agama.

Murid : InsyaAllah selepas bersalin saya akan sambung pengajian saya ke sekolah Agama. Saya sudah bertaubat sekarang.....tapi bagaimana dengan mereka yang alim dalam Agama dan pemerintah.....sudahkah mereka bertaubat?????

Semua kakitangan : Menoleh antara satu sama lain dan sepakat mengatakan.....betul jugak kamu nih.

Tiada ulasan: