MANDOR.BLOGSPOT.COM |
| Akhbar Media Arus Perdana Di ambang Kebangkrapan. Posted: 12 Sep 2010 06:00 PM PDT by GB Akhbar-akhbar Malaysia kini sedang mengalami kejatuhan di dalam edarannya apabila pembaca beralih kepada Internet untuk berita-berita terkini dan kisah skandal mirip tabloid untuk bacaan hiburan dan sensasi mereka. Edaran akhbar arus perdana — The Star, New Straits Times, Utusan Malaysia dan Berita Harian — telah merudum sejak lima tahun belakangan ini, malah di dalam beberapa kes begitu dramatik sekali. Hanya satu akhbar terkecuali iaitu akhbar harian Cina Sin Chew yang memperlihatkan peningkatan. Angka-angka dari Audit Bureau of Circulations (ABC) menunjukkan dalam masa 2005 ke 2009, edaran The Star jatuh dari 310,000 ke 287,000 (-7.4 peratus), the New Straits Times dari 139,000 ke 111,000 (-20 peratus), Utusan Malaysia dari 213,000 ke 169,000 (-21 peratus) dan Berita Harian dari 204,000 ke 155,000 (-24 peratus). Walau bagaimana pun Sin Chew, menyaksikan lompatan dari 324,000 ke 382,000 (+18 peratus). Arah-aliran menurun ini berterusan untuk tahun ini dengan edaran NST menjunam bawah 100,000 naskah beberapa hari sebelum ini. Selain dari kejatuhan di dalam edaran, akhbar arus perdana juga tidak dapat dijual banyak di luar Lembah Klang, sehingga menjurus persoalan samada mereka upaya untuk mempengaruhi pendapat orang awam sepertimana yang diharapkan oleh Barisan Nasional (BN). The Malaysian Insider difahamkan editor-editor kanan akhbar ingin memberikan pandangan alternatif dan pembangkang lebih luas dengan kawalan ketat dari Putrajaya dan Umno tetap berterusan. Kombinasi perubahan citarasa dengan ledakan persaingan Internet telah menyebabkan kejatuhan ini. Ramai pembaca korporat telah beralih membaca akhbar online dan mengurangkan langganan untuk pejabat mereka. Masyarakat awam pula dilihat begitu bosan dengan darama politik dengan pendapat bahawa media arus perdana begitu dikawal oleh kerajaan dan dilihat menapis berita-berita yang disiarkan. Satu kajian dari pihak bebas, Merdeka Center menemukan 54 peratus Melayu dan 55 peratus Cina tidak percaya dengan laporan dari media arus perdana. Pelajar-pelajar kolej pula, samada tidak yakin dengan media arus perdana atau mengabaikannya terus, lebih suka mempelbagaikan sumber untuk mendapatkan maklumat dan hiburan. -petikan dati TMI Terjemahan bebas GB./Tranungkite |
| PEMILIHAN PKR - LAPORAN BERITA HARIAN DISANGKAL Posted: 12 Sep 2010 10:51 AM PDT BENARKAH pendapat dan ulasan dari Berita Harian bertarikh 09 Sept 2010 (Khamis) yang menyebut betapa YB Azmin Ali sebenarnya tidak mendapat sokongan ramai bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR? Akhbar pro Umno tersebut turut memetik beberapa pandangan penulis blog Pro PR termasuk keputusan semasa undian(Poll) yang disiarkan di dalam blog saya. Sememangnya keputusan semasa di dalam blog saya menunjukkan Dato Zaid Ibrahim mendahului YB Azmin di dalam pemilihan pengunjung untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Begitu juga Poll menunjukkan bahawa Chegu Bard (Badrul Hisham) mengatasi penyandang Ketua AMK sekarang iaitu Shamsul Iskandar bagi jawatan Ketua AMK. Apa yang penting kita ketahui bahawa majoriti pengunjung blog saya telah membuat pengakuan bahawa mereka adalah penyokong PAS dan besar kemungkinan mereka adalah ahli PAS, tetapi turut membuat undian di dalam blog tersebut. Begitu juga, bukan sedikit jumlah pengunjung yang mengaku mereka adalah penyokong Umno/Ahli Umno yang besar kemungkinan turut membuat undian dan sudah tentunya penyokong Umno ini mahukan kepimpinan PKR diterajui oleh tokoh yang mereka fikir agak lemah agar boleh menguntungkan Umno. Statistik parti mana yang disokong oleh para pengunjung blog saya juga dipaparkan di dalam blog tersebut. Ini menjelaskan bahawa keputusan Poll siapakah yang mendapat sokongan dari ahli-ahli PKR tidak boleh dijadikan ukuran sebenar, termasuk calon bagi jawatan Ketua AMK. Ini adalah kerana yang turut mengundi di dalam blog berkenaan belum tentu terdiri dari ahli-ahli PKR. Hanya ahli-ahli PKR sahaja yang bakal menentukan pemimpin mereka. Poll yang diadakan adalah hanya sebagai panduan dan memudahkan congakan yang bakal dibuat oleh calon-calon sebelum bertanding. Saya hairan di mana Berita Harian mendapat maklumat kebanyakan blog menyokong Dato Zaid Ibrahim, sedangkan akhbar tersebut hanya memetik satu blog yang membuat ulasan positif ke arah Dato Zaid. Jika kita buka banyak blog-blog Pro PR, kebanyakan mereka juga dilihat mempunyai pandangan yang positif terhadap YB Azmin dan tidak kurang juga yang berkecuali. Mungkin ada beberapa sebab mengapa akhbar pro Umno ini seperti tidak senang sekiranya YB Azmin dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR. Ketokohan YB Azmin bukan kerana beliau tokoh yang dikatakan hampir dengan DS Anwar, tetapi beliau adalah pejuang yang berani dan telah membuktikan pengorbanannya terhadap perjuangan menuntut keadilan. Kepetahan YB Azmin di dalam berpidato tidak kalah dengan bekas Ketua AMK yang `belot' dahulu iaitu raja sesumpah Ezam. Terus terang dikatakan seandainya anak DS Anwar sendiri jika bertanding dengan YB Azmin, belum tentu anak tokoh reformasi itu boleh menang dengan mudah. Hujah yang menyebut bahawa jika YB Azmin menang jawatan Timbalan Presiden PKR adalah semata-mata kerana DS Anwar dibelakangnya adalah satu hujah yang dangkal. Dato Zaid mungkin digemari oleh majoriti ahli dan penyokong PKR yang bukan Melayu, kerana Dato Zaid dilihat lebih liberal. Saya merasakan agak sukar untuk ahli dan penyokong PKR berbangsa Melayu untuk tidak memilih YB Azmin bagi jawatan penting itu. Namun demikian, PKR tidak akan rugi barang sedikitpun jika salah seorang tokoh ini tewas. Kemungkinan besar juga Umno ingin sekali melihat YB Azmin tewas kerana tokoh ini dilihat lebih agresif di dalam menyerang Umno sejak era reformasi lagi. Hubungan baik YB Azmin dengan tokoh-tokoh penting PAS juga salah satu sebab Umno ingin melihat beliau tewas kepada Dato Zaid. Umno masih mengharapkan modal lapok dan isu peribadi untuk menyerang Dato Zaid sekiranya Dato Zaid dipilih menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR sekaligus untuk mencemarkan imej PKR sepertimana yang telah mereka lakukan sewaktu PRK Parlimen Hulu Selangor yang lalu./wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan