Kelab Greenboc |
- Tengku Faris Dimasyurkan Sultan Kelantan Yang Baru
- Mahathir, Si Tikus Derhaka Yang Dah Lama Hancurkan Melayu
- Daftar Pemilih Baru, PAS Dan PKR Ketinggalan
- Berlaku Transaksi Jutaan Ringgit Dari Akaun Mangsa Ke Akaun Suspek
- Najib Dalam Dilemma. Akan Dipaksa Letak Jawatan??
- Siasat Siapa Orang Kenamaan Di Belakang Pembunuh
- Tengku Muhammad Faris Petra Dimasyhurkan Sebagai Sultan Kelantan Pada Hari Ini
- Datuk Inikah Yang Akan Hadapi Hukuman Gantung Sampai Mati
- Mangsa Dipukul Hingga Mati Sebelum Dibakar. Siapa "Datuk" Yang Ditahan itu?
- Polis Periksa Tulang Berwarna Kelabu Kehitaman
- Terkini: Suspek Bongkar Beberapa Kejadian Culik-Bunuh
- TERKINI: Peguam Bergelar Datuk, Adik dan 6 Pekerja Ditahan
| Tengku Faris Dimasyurkan Sultan Kelantan Yang Baru Posted: 12 Sep 2010 10:45 PM PDT Tengku Faris dimasyhurkan Sultan Kelantan baruTuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini. Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini. "Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini," katanya. Sementara itu, tiada Persidangan Dewan Undangan Khas Negeri Kelantan diadakan hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan. Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Halim Hamad ketika dihubungi berkata, majlis yang diadakan di Kota Darulnaim, pejabat pentadbiran negeri hari ini adalah majlis jamuan raya dan bukannya sidang dewan. Dalam pada itu, kesemua wartawan tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan di Kota Darulnaim kerana mempercayai adanya sidang dewan khas bermula pada 10 pagi. Wartawan-wartawan hanya dibenarkan menunggu di balai pengawal pada pintu masuk Kota Darulnaim. Mereka ditunjukkan sekeping surat oleh pengawal dari Unit Protokol Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak membenarkan sebarang liputan dibuat. Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pemangku Raja Kelantan akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan hari ini setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja. – Bernama
|
| Mahathir, Si Tikus Derhaka Yang Dah Lama Hancurkan Melayu Posted: 12 Sep 2010 10:14 PM PDT Mahathir Sesal Tak Sudah Hancurkan Masa Depan MelayuMantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dihantui mimpi ngeri atas dosa lampaunya kerana melakukan banyak kesilapan besar membohongi rakyat terutama berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membabitkan orang Melayu selama 22 tahun mentadbir negara. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata Dr Mahathir kini seolah-olah diselubungi rasa amat bersalah sehingga menyebabkan beliau ketakutan disebabkan formula Model Ekonomi Baru (MEB) yang di bawa dan diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih buruk berbanding DEB semasa zamannya. Ini kerana MEB berlandaskan acuan untuk membangunkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi melalui pendekatan lebih inklusif berdasarkan meritokrasi tetapi pada masa yang sama meminggirkan kepentingan golongan Bumiputera. "Mahathir pada jangkaannya mengharapkan dasar MEB yang diperkenalkan Najib adalah dasar yang lebih baik dan dapat memulihkan semula kegagalan yang telah beliau lakukan kepada golongan Bumiputera semasa era pentadbirannya dahulu. "Sebaliknya apa yang berlaku, MEB tidak langsung menyentuh mengenai kepentingan mahupun cara untuk melindungi kaum Bumiputera. Sebab itu kita melihat Mahathir sering memberikan kritikan terhadap Najib sehingga dalam masa sama menampakkan beliau sebenarnya sedang menghalang Najib daripada meneruskan agenda pelaksanaan Model Ekonomi Baru di negara ini," katanya Azankepada Suara Keadilan. Beliau mengulas berhubung kritikan Dr Mahathir dalam blognya 24 Ogos lalu yang menghentam dasar meritokrasi dan menganggap mereka yang menyokongnya sebagai keliru. "Mahathir yang kita kenali amat pintar dalam strategi politik dan bijak memainkan emosi manusia dalam isu seumpama ini. "Beliau mempunyai mesej tertentu untuk dirinya menebus dosa dan membersihkan tangannya daripada kekotoran yang dilakukannya kepada orang Melayu selama 22 tahun pemerintahannya "Orang Melayu telah tercicir, lumpuh dan mundur hampir dalam semua sektor kehidupan, sosio-ekonomi, sosial, bahasa Melayu, pendidikan bahkan agama Islam," tegas Azan lagi. Kesan dasar Perdana Menteri keempat itu menurut Azan telah memangsakan majoriti orang Melayu dan Bumiputera kecuali segelintir golongan atasan, kroni dan elit Umno yang mengaut kekayaan secara rakus. Paling parah kata beliau ialah orang Melayu yang tinggal di luar bandar dan kawasan setinggan dalam bandar termasuk juga orang bukan Melayu yang berada dalam kelompok yang sama. Jelas Azan lagi, DEB yang bermula pada 1970 sehingga 1990 sepatutnya telah berjaya meningkatkan ekuiti ekonomi orang Melayu kepada 30 peratus sebagaimana sasaran tetapi dalam tempoh 22 tahun Dr Mahahtir menerajui negara yang mampu dicapai hanya 19 peratus sahaja. Sehubungan itu, Azan meramalkan sekiranya Najib masih mahu melaksanakan MEB, besar kemungkinan Dr Mahathir akan membongkarkan satu rahsia besar yang telah disembunyikannya selama lebih dua dekad berkaitan DEB dalam masa terdekat. "Apabila Mahathir menyembunyikan sesuatu fakta, bermakna dia membohongi rakyat Malaysia selama lebih 22 tahun malah mungkin 30 tahun. "Antara igauan ngerinya, Mahathir sama sekali tidak boleh melupakan tentang dasar Pandang Ke Timur yang berkait dengan Jepun dan Taiwan. "Sekarang Jepun sedang membongkarkan satu-persatu berhubung usahasama negara itu dengan Mahathir dahulu yang menyebabkan negara itu gagal dan dilanda masalah ekonomi dan akhirnya rakyat menolak kerajaan waktu itu (Parti Liberal Demokrasi) dan menukar pemimpin mereka. Azan berkata akibat budaya rasuah, nepotisme dan kronisme yang dibenarkan berleluasa di bawah pentadbirannya Dr Mahathir kini terpaksa melalui kehidupannya sekarang dengan penuh penyesalan. "Oleh sebab itu, Mahathir tidak sanggup dirinya disumpah oleh rakyat Malaysia untuk kali kedua. Cukuplah berpuluh tahun dia menipu rakyat. Dia juga tidak mahu pisang berbuah dua kali di bawah pentadbiran Najib," ulas beliau. Beliau kini dilihat menyokong kuat kumpulan ekstremis Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menyebabkan sokongan terhadap Umno-Barisan Nasional dikalangan pengundi bukan Melayu semakin merosot. -SK
|
| Daftar Pemilih Baru, PAS Dan PKR Ketinggalan Posted: 12 Sep 2010 09:07 PM PDT PUTRAJAYA: Parti-parti politik bersaing dalam pendaftaran pemilih baru, dengan lebih separuh daripada 301,653 pemilih baru didaftarkan melalui saluran parti sejak awal tahun hingga Jun lepas. Sebanyak 56 peratus atau sejumlah 169,850 pemilih baru didaftar oleh penolong pendaftar daripada kalangan wakil parti politik, kata Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Zainal Abidin Mat Said. Daripada jumlah itu, DAP mencatat pendaftaran pemilih paling tinggi iaitu 55,321 orang, diikuti oleh Umno dengan 54,872 pemilih didaftar manakala Pas dan PKR masing-masing mendaftar 38,618 dan 13,098 pemilih. Katanya, penolong pendaftar daripada wakil parti politik dibayar RM1 bagi setiap pendaftaran. Zainal Abidin berkata, selain melalui saluran parti politik, Pendaftaran Pemilih Luar Pejabat dan Program Outreach yang dijalankan oleh SPR berjaya mendaftar 72,434 pemilih baru dan 24,663 penukaran alamat bagi tempoh yang sama. Pada masa yang sama, kaunter Pejabat Pos turut menjadi pilihan orang ramai mendaftar sebagai pemilih apabila ia mencatatkan 37,142 pendaftaran baru dan 11,903 penukaran alamat. Zainal Abidin berkata, sejumlah 345,261 pendaftaran pemilih dicatat dari Jan hingga Jun lalu, dengan 301,653 pemilih baru dan 43,608 penukaran alamat. Daripada jumlah itu, Johor merupakan negeri yang mencatat pendaftaran paling tinggi iaitu 56,663 orang, diikuti Selangor (46,764 orang) dan Pulau Pinang (36,841 orang). - BERNAMA Ulasan GB Halo PAS dan PKR, apa sudah jadi? Daripada jumlah 301,653 pemilih baru: DAP : 55,321 UMNO: 54,872 PAS : 37,142 PKR : 13,098 Tidak dilaporkan jumlah yang didaftarkan oleh MCA dan MIC, atau SPR terlupa di dalam "grand designnya"? Daripada jumlah tersebut juga diberitahukan bahawa, Johor: 56,663 Selangor : 46,764 Pulau Pinang : 36,841 Meskipun tiada angka pecahan parti-parti untuk negeri-negeri berkenaan, namun menilik angka-angka tersebut, ia seperti satu perencanaan UMNO BN untuk mempertahankan Johor, merampas Selangor dan Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat. PAS dan PKR tidak boleh leka. Mesti ada arahan dari Presiden parti untuk mempastikan gerakan daftar pemilih baru parti masing-masing dipergiatkan. Saidina Ali berpesan: "Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun." |
| Berlaku Transaksi Jutaan Ringgit Dari Akaun Mangsa Ke Akaun Suspek Posted: 12 Sep 2010 07:41 PM PDT Kes bunuh Sosilawati: Transaksi jutaan ringgitBerlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun Datuk Sosilawati dengan seorang suspek yang ditahan berikutan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terbabit dan tiga lagi individu. Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain. "Susulan penemuan wang terbabit, semua aset dan wang milik suspek utama terbabit akan dibekukan. Polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan daripada mana sumber wang terbabit diperoleh," katanya. Menurutnya, polis mendapati dalang utama berstatus Datuk terbabit mempunyai kekayaan melampau. Berdasarkan maklumat, peguam terbabit sebelum ini dipercayai pernah beberapa kali berurusan dengan Sosilawati, 47, berhubung urusan jual beli hartanah termasuk terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang. Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati dengan anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa yang meningkat. "Ada kemungkinan faktor itu menyebabkan suspek 'gelap mata' dan merancang untuk menyapu semua wang terbabit dengan membunuh mangsa bersama tiga yang lain," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, yang ditemui berkata, polis menemui sejumlah wang dalam jumlah amat 'besar' di dalam akaun milik suspek utama berkenaan. Beliau yang ditemui di Banting, semalam, berkata, berdasarkan siasatan berlaku pemindahan wang ke dalam akaun bank milik suspek dan siasatan masih dijalankan bagi memastikan dari mana sumber wang itu diperoleh. "Polis akan siasat secara rapi adakah wang terbabit diperoleh secara haram atau melalui pemerasan jenayah terhadap ramai mangsa lain sebelum ini," katanya. Selain itu, maklumat polis turut mendakwa Sosilawati berkemungkinan ditahan dan dibunuh suspek utama yang berang selepas mangsa enggan membawa wang tunai seperti dijanjikan pada 30 Ogos lalu. Wang yang sepatutnya dibawa seperti dipersetujui antara kedua-dua belah pihak turut menjadi punca semua mangsa ditahan sebelum dibawa ke ladang maut terbabit. Berdasarkan maklumat diperoleh, suspek dianggap popular di kalangan penduduk sekitar Banting di sini, selain turut dikenali polis berikutan pejabat guamannya yang terletak tidak jauh dari Balai Polis Banting. "Bagaimanapun, polis sedang menyiasat kemungkinan suspek turut terbabit dengan aktiviti gangterism selain menggunakan kaedah bakar mayat untuk menghilangkan bukti," katanya. -hmetro |
| Najib Dalam Dilemma. Akan Dipaksa Letak Jawatan?? Posted: 12 Sep 2010 07:12 PM PDT Amaran Mahathir: Umno akan kalah teruk jika abai PerkasaSERI KEMBANGAN, 12 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi sokongan kepada Perkasa hari ini dengan memberi amaran, Umno boleh kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 jika parti dominan Barisan Nasional itu memutuskan untuk menyisihkan pertubuhan hak Melayu tersebut. "Mereka (Umno) sudah pun berpecah, dan langkah menjauhkan diri daripada Perkasa akan menyebabkan Umno semakin berpecah," kata bekas perdana menteri ini kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau sini hari ini. Sehubungan itu kata Dr Mahathir, Umno tidak seharusnya menjauhkan diri daripada Perkasa kerana tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan mereka kehilangan lebih banyak undi berbanding prestasi dua tahun lalu. "Dalam pilihan raya umun lalu, jurang perbezaan undi sangat keci. Jika anda kehilangan sokongan, anda mungkin kalah teruk dalan pilihan raya (umum ke-13). "Umno tidak kukuh. Kita tidak boleh mengetepikan sesiapa sebab dengan kita kehilangan 100 atau 200 orang, kita mungkin kalah di bahagian-bahagian tertentu," kata beliau sambil menambah, pada pilihan raya umum lalu ahli-ahli Umno juga telah mengundi PAS. Dengan menekankan prinsip asas hanya boleh bermusuhan dengan satu pihak bukannya dengan semua, Dr Mahathir berkata, Umno seharusnya menjalin hubungan rapat dengan sebanyak kumpulan yang boleh berbanding bertelagah sesama sendiri. Ditanya sama ada Umno akan kerugian jika menjauhkan diri dari Perkasa, Dr Mahathir berkata: "Kita tidak mampu berbalah dengan ramai orang. Jika anda mahu bertengkar, bertengkarlah dengan seorang, bukan semua." Sementara itu, menyokong sentimen ayahnya, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak melihat sebarang keuntungan mengapa Umno memilih untuk menjauhkan diri daripada Perkasa di mana perjuangan kedua-dua pihak itu adalah sama iaitu memperjuangkan hak orang Melayu. "Saya tidak nampak bagaimana saya harus tidak menyokong mereka. Saya bukan anggota Perkasa tetapi jika mereka mempelawa saya kepada majlis, saya akan pergi," katanya pada majlis itu. Kira-kira 10,000 pelawat dari pelbagai kaum dan kewarganegaan menghadiri majlis rumah terbuka itu.
Ulasan GB Najib dalam dilemma. Isu Perkasa boleh pada bila-bila masa memaksa beliau turun dari kerusi PM. Menyokong Perkasa bererti membunuh gagasan 1Malaysianya sendiri, malah akan menerima kritikan keras serta kehilangan undi dari rakan-rakan BN yang bukan-Melayu. Menidakkan Perkasa bererti beliau perlu bersedia berhadapan dengan keris-keris telanjang UMNO yang konon memperjuang bangsa di dalam Perhimpunan UMNO nanti. Samada menyokong atau menentang Perkasa, salah satu kumpulan akan mengugut Najib untuk turun dari kerusi PM. Lebih buruk dari nasib yang menimpa Pak Lah satu ketika dulu dimana Najib dikatakan secara halus telah memaksa Pak Lah meletak jawatan. Giliran Najib pula akan tiba. Balasan yang diterima kerana merampas hak orang secara kotor, menggunakan wang dan istana merampas Perak dari PR. Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. |
| Siasat Siapa Orang Kenamaan Di Belakang Pembunuh Posted: 12 Sep 2010 04:16 PM PDT Terkejut juga GB apabila membaca entri Pak Bakaq tentang wujudnya pihak yang cuba mempolitikkan pembunuhan Sosilawati.Beliau menyatakan terdapatnya SMS berbau perkauman yang beredar yang antara lain berbunyi:
Yang jelas penghantar SMS itu tak lain dari kalangan UMNO totok. Kerana yang dihentamnya ialah DAP, PKR dan PAS. Sungguh aneh. Kerana yang dihentam tak pula dimasukkan MIC dan MCA yang menjadi rakan karib UMNO. Kedua, GB minta semua baca petikan dari akhbar kosmo ini:
Tidakkah jelas di situ bahawa "Datuk" itu mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan? Orang kenamaan yang bagaimanakah boleh melindungi Datuk berkenaan jika bukan kenamaan dari kalangan mereka yang memegang kuasa di peringkat pusat/kementerian? Kedua, beberapa hari selepas Tan Sri Musa diumumkan persaraannya, Musa Hassan telah mendedahkan mengenai kisah campurtangan mereka di Kementerian Dalam Negeri terhadap tugas polis. Memetik kata-kata Pak Bakaq: Ramai sangat orang kata Umno peralatkan polis. Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sendiri kata "All kinds of people interfere. People from the ministry itself, outsiders and people with vested interest who want to do things that are not right" (lihat The Star 7/9/10 "IGP speaks out against third party interference" dan video di sini). Oleh kerana Musa menyebut kementerian, mana-mana kementerian pun tidak dikuasai oleh mana-mana menteri selain dari Umno dan BN. Justeru itu, kini semakin terang mengenai kenyataan Musa itu bahawa ada pihak tertentu menghalangnya menjalankan tugas selaku KPN untuk bertindak (kes pembunuhan Sosilawati adalah kes terakhir Musa sebagai KPN) kerana "Datuk" itu mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan yang "berkemungkinannya" dari KDN yang dimaksudkan Musa itu. Kini, rakyat bertanya: siapakan orang-orang kenamaan itu? Ia perlu dicari dan didedahkan, ia perlu disegerakan penyelesaiannya. Apa hubungkaitnya dengan kes Sosilawati? Ada persen dari RM4 juta? Sebelum ini berapa yang sudah disodok? Namun sistem kerajaan dibawah pemerintahan UMNO BN sentiasa melepaskan dan melindungi pihak-pihak sebegini kerana UMNO BN menguasai sistem kehakiman negara. Diletakkannya bekas penasihat UMNO sebagai Ketua Hakim Negara. Dijadikan peguam Negara sebagai kuda tunggangan untuk mempastikan hakim-hakim boleh dicucuk hidungnya. Jika tidak, pecat atau tukarkan hakim itu ke tempat lain.
Apa yang hendak diharapkan di bawah pemerintahan Najib. Najib sendiri telah memulakan satu precedent yang jahat sebelum beliau memegang jawatan Perdana Menteri iaitu merampas negeri Perak secara hina menggunakan wang dan istana. Seorang pembaca blog GB menulis di karpet hijau:
Najib and UMNO, you'll fall, the most terrible way. What goes around,comes around. What you give, you get back. |
| Tengku Muhammad Faris Petra Dimasyhurkan Sebagai Sultan Kelantan Pada Hari Ini Posted: 12 Sep 2010 03:23 PM PDT Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010Kelantan Insider: 1. Dengan izin Allah, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dijangka akan dimasyhurkan (tetapi bukan ditabalkan) sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. 2. Pemasyhuran ini adalah dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 23A yang telah dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) melalui Warta Kerajaan Kelantan bertarikh 22 Julai 2010. 3. Perkara 23A ini berbunyi: "Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat 23A. Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang Pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini." 4. Kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) 5. Perkara 3(2) ini berbunyi: "Syarat-syarat mengenai - (a) naik Takhta Kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu; (b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri; (c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya; (d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan (e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja, bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain." 6. Selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja Kelantan kepada ayahanda dan bonda Baginda, Baginda telah memastikan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran Baginda kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). 7. Perincian mengenai kesemua perkara ini dijangka akan dijelaskan oleh Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias, di dalam satu sidang media yang dijangka akan diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 2 petang hari yang sama. 8. Sukacita ditegaskan bahawa Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, memang bercakap benar apabila menyatakan bahawa beliau belum menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri upacara ini sewaktu beliau berkata demikian. 9. Ketidakselesaan kami ke atas tindakan sebuah akhbar tempatan mendedahkan, di samping ketidaksediaan kami mengumumkan, perkara ini lebih awal adalah disebabkan kesedaran kami mengenai wujudnya cubaan untuk menggagalkan upacara ini. 10. We hereby would also like to take this opportunity to reply to lawyer Rashid Zulkifli's assertion, as reported in today's Malaysiakini, that he will challenge the legality of this proclamation on the ground that the Regent, by virtue of the Regent being only the Regent instead of the Sultan, does not have the power to make these constitutional amendments. 11. Our simple answer to lawyer Rashid Zulkifli is: Please kindly take the trouble to read, if you had not, or reread, if you had, the ruling made by the High Court judge, Justice Mohamad Ariff Md Yusof, on 29 January 2010, with regard to this matter. 12. For the benefit of everyone, here is what the learned judge said: (i) "the definition of the term "His Royal Highness" under the Kelantan Constitution would refer to the Regent in cases when the Sultan is incapacitated from attending to the affairs of the state". (ii) "there is no limitation imposed to the Regent to exercise his power and functions during the period". Di sini disertakan laporan akhbar mengenai keputusan Hakim Mohamad Ariff Md Yusof yang disebutkan. Disebabkan kami perlu memenuhi janji kami tetapi dalam masa yang sama kami menghadapi masalah untuk meng"upload" dokumen-dokumen rasmi kerajaan yang berkaitan, maka dokumen-dokumen ini akan dimuatkan di dalam Posting 33 yang akan disiarkan di dalam blog ini sebaik sahaja proses peng"uploadan"nya diselesaikan. ALLAHU AKBAR! Lihat dokumen di sini |
| Datuk Inikah Yang Akan Hadapi Hukuman Gantung Sampai Mati Posted: 12 Sep 2010 01:22 PM PDT Sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. Itu jelas. Rakyat terus mencari-cari identiti "Datuk" yang ditahan polis. Polis tidak boleh sekat dan tidak boleh marah. Keinginan untuk mengetahui siapa Datuk itu semakin tinggi selagi polis tidak mendedahkan identitinya dengan mengheret suspek ke mahkamah.Inikah Datuk yang disyaki Membunuh Sosilawati? Ini adalah gambar-gambar suspek yang ditahan oleh pihak polis berikutan kes pembunuhan Dato Sosilawati.. ![]() Perhatikan lelaki yang berpakaian warna oren.. Perhatikan juga wajah lelaki yang ditengah-tengah ini.. ![]() Berdasarkan laporan oleh The Malaysian Insider di SINI seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar "Datuk", telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka telah ditahan berikutan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi. Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati. Cuba baca Notis yang dikeluarkan oleh Bar Council dibawah yang dikeluarkan pada 31 Mac 2007.. DALAM PERKARA AKTA UNDANG-UNDANG PROFESYEN 1976 Ini pula berita yang mengaitkan ladang berkenaan dengan seorang penguam yang bergelar Datuk.. Kes Sosilawati: Polis Berkampung Di Lokasi Sejak 2 Minggu Lalu KUALA LANGAT: Sudah dua minggu ramai polis dilihat di sekitar Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini bagi melakukan siasatan. Keadaan itu disedari penduduk sekitar sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dan andaian. Bagaimanapun ia terungkai ekoran penemuan empat mayat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 bersama tiga individu lain. Ketua MIC Cawangan Taman Gadong, M. Mohan, 53, berkata, beliau mendapat tahu berita tersebut apabila pihak polis mula mengawal pergerakan keluar masuk di simpang ke ladang terbabit pada Sabtu. "Ketika itu saya mahu ke Kuil Sri Maryaman yang terletak di laluan masuk berkenaan. Saya dimaklumkan polis bahawa mereka sedang melakukan siasatan. Ini pertama kali kejadian seumpama ini berlaku di sini," katanya di sini pada Ahad. Difahamkan, Ladang Gadong itu dimiliki seorang peguam bergelar datuk yang pernah dicari polis bagi membantu siasatan. Ladang milik persendirian berkeluasan tiga ekar itu mempunyai ternakan ayam, lembu dan kambing. Sementara itu, tinjauan mStar Online di rumah banglo Sosilawati pada 11:30 pagi, lebih 10 wartawan dan jurugambar telah berkumpul di depan kediaman mewah itu.sepenuhnya sila baca di SINI Cuba bezakan antara kedua-dua gambar dibawah ini dengan gambar-gambar diatas ![]() Sumber gambar dari SINI ![]() Sumber gambar dari SINI Jadi.. Adakah mereka ini, Dato dan Adik lelakinya yang ditahan kerana disyaki membunuh Sosilawati ?-twitter
|
| Mangsa Dipukul Hingga Mati Sebelum Dibakar. Siapa "Datuk" Yang Ditahan itu? Posted: 12 Sep 2010 07:33 AM PDT Jutawan Sosilawati, tiga lagi dipukul hingga mati dan dibakarPembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat dekat sini, sekali gus mengakhiri misteri kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu. Tambah memeranjatkan lagi, berikutan kejadian itu, seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar "Datuk", telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka. Perkembangan terbaru ini menambah senarai kes pembunuhan kejam yang negara pernah saksikan sebelum ini — antara kes bunuh dan rogol penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang turut dibakar. Kes-kes lain termasuklah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan. Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pyla dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof menyifatkan pembunuhan Sosilawati bersama tiga lagi mangsa sebagai satu "pembunuhan kejam." Ketika ditemui di Masjid Tanah, Melaka berkata beliau menasihati rakyat supaya mempunyai fikiran lebih waras dan bertindak secara profesional sekiranya menghadapi sesuatu kemelut dan diselesaikan secara baik. Selepas dinantikan lebih 12 jam sejak malam tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar. Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, kata Mohd Bakri pada sidang akhbar di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Langat hari ini. Beliau berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkara itu, bagaimanapun, polis masih memerlukan pengesahan daripada bahagian forensik dan Jabatan Kimia. "Apa yang boleh saya sahkan sekarang ialah selepas pengakuan suspek, peluang kesemua mangsa ditemui masih bernyawa adalah sangat tipis," kata beliau dipetik Bernama. Polis telah menghantar pasukan forensik dan kimia bagi mencari bahan bukti di kawasan tersebut, selain pakar patologi serta unit anjing pengesan. Seorang kakitangan forensik yang enggan dikenali berkata mereka tercium bau petrol di kawasan di mana keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar. Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan ini untuk urusan pembelian tanah. Seminggu selepas itu, polis menjumpai kereta BMW Sosilawati di Apartmen Angsana di USJ 1, Subang Jaya serta kereta BMW Ahmad Kamil di kawasan perumahan di depan sebuah hotel di Subang Jaya. Mohd Bakri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, dan polis Kuala Lumpur akan menjalankan siasatan memandangkan kali terakhir kesemua mangsa dilihat adalah ketika mereka meninggalkan pejabat Sosilawati di Kuala Lumpur. Mengenai motif kejadian tragis itu, beliau berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati. Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati. Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan difahamkan polis telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap mereka bagi membantu siasatan berhubung kes itu. Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing. Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu. Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka. "Dia juga dikenali sebagai broker tanah. Tetapi kami amat terkejut apabila dia ditahan," katanya. Sementara itu, seorang pemilik tanah yang terletak berhampiran kawasan kejadian berkata, ladang tersebut dilengkapi pintu elektronik dan tiada sesiapapun dibenarkan masuk. -TMI
Ulasan GB Rakyat mencari jawapan. Siapa pegiam yang bergelar "Datuk" yang dikenali ramai itu? Maklumat dari twitter menyatakan Datuk itu ialah Patmanathan. Hanya polis yang boleh mengesahkannya. |
| Polis Periksa Tulang Berwarna Kelabu Kehitaman Posted: 12 Sep 2010 05:36 AM PDT Penyelam Polis Marin Cari Bahan Bukti Pembunuhan SosilawatiGambar: Anggota polis unit skuba bersiap sedia untuk menyelam ke dalam sebuah anak sungai Kancong Laut yang dipercayai tempat pembuangan abu mayat pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya berhampiran Ladang Gandong, Tanjong Sepat dekat Morib di sini, hari ini.-- foto BERNAMA Pasukan penyelam Polis Marin, Ahad menjalankan kerja menyelam di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut, di sini, untuk mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lain. Tinjauan Bernama berhampiran sungai itu yang terletak di jalan utama menuju Banting-Tanjung Sepat mendapati pasukan polis memeriksa bahan yang kelihatan seperti tulang berwarna kelabu kehitam-hitaman. Daripada pemerhatian, terdapat beberapa penandaan (marking) diletakkan pada bahan-bahan itu. Memandangkan para wartawan tidak dibenarkan menghampiri kawasan operasi itu, mereka terpaksa berpusing di sekitar kawasan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Polis pada Ahad mengesahkan bahawa Sosilawati dan tiga orang lain mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat. Tiga orang lagi itu ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. Operasi polis ini menarik perhatian orang ramai yang cuba memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang sedang berlaku. Sementara itu, orang ramai turut berkumpul di satu kawasan yang terletak kira-kira 600 meter dari Ladang Gadong, tempat di mana mangsa-mangsa dipercayai dibakar. Kira-kira pukul 6 petang, polis mengarahkan mereka bersurai dan hanya membenarkan wartawan berada di situ. - BERNAMA |
| Terkini: Suspek Bongkar Beberapa Kejadian Culik-Bunuh Posted: 12 Sep 2010 03:24 AM PDT Suspek kes Sosilawati bongkar lagi kejadian culik-bunuhGambar: Seorang suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ketika dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil hari ini. Polis turut menyiasat beberapa kes culik dan bunuh berdasarkan keterangan yang diberikan oleh suspek-suspek kes Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain yang didapati dibunuh dan dibakar. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin berkata, empat suspek pertama yang ditahan Jumaat lalu mendedahkan mereka terlibat dalam kes yang sama tahun lalu. "Kami sedang menyiasat keterangan mereka," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini hari ini. Tiga lagi orang ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. Laporan akhbar hujung minggu lalu mendakwa kehilangan Sosilawati Lawiya bersama tiga individu terbabit dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar "Datuk" yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah di Banting pada 30 Ogos lalu. Difahamkan, ahli perniagaan terbabit yang dikatakan mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan, dipercayai berperanan sebagai broker dalam urus niaga tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang itu. Ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan. Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah. Pagi tadi, pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat dekat sini bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan empat mangsa terbabit. Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu. Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki. -TMI
|
| TERKINI: Peguam Bergelar Datuk, Adik dan 6 Pekerja Ditahan Posted: 12 Sep 2010 01:14 AM PDT Peguam Bergelar Datuk, Adik Dan Enam Pekerja Ditahan Ekoran Kematian SosilawatiGambar:ERYI Dekritawati Yuliana Bukhari, 25, anak sulung kepada Datuk Sosilawati mengadakan sidang media di hadapan rumahnya di Gombak. Manakala gambar bawah, wartawan dan orang ramai menunggu di jalan masuk ke kawasan ladang yang dipercayai lokasi kes pembunuhan di Ladang Gandong, Tanjung Sepat, Morib dekat Banting. - Foto Azahan Rosli/BERNAMA Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini. Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd Bakri berkata polis membuat tangkapan pertama pada 10 Sept melibatkan lima orang. Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan manakala seorang lagi suspek ditahan Ahad. Beliau berkata hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa. Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. Bagaimanapun, Mohd Bakri berkata beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam. Mengenai motif kejadian, beliau berkata ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urusniaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati. -- BERNAMA
Ulasan GB Rakyat tertanya-tanya, jika polis sudah mendapat petunjuk awal dan dikatakan telah berkampung sejak 2 minggu lalu di kawasan kejadian, bagaimana pembunuhan tersebut boleh berlaku juga? |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





.jpg)










Tiada ulasan:
Catat Ulasan