Isnin, 27 September 2010

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


Sangat Penting Punya Olang..

Posted: 26 Sep 2010 07:06 AM PDT

hujung minggu banyaklah majlis jamuan hari raya di sana-sini. orang perseorangan, syarikat, parti dan sesiapa yang mampu akan buat rumah terbuka. ini budaya kotaraya meraikan hari raya selepas seminggu beraya di kampung. kalau berkesempatan aku akan pergi.
satu tempat yang aku paling tak suka masuk jika ke majlis begini ialah tempat khas 'VIP'. kat situ berlonggok YB, Datuk datin atau mereka yang perasan penting.
Apa perlunya tempat VIP? mungkin ada yang kata perlu tapi apa perlu sangatkah tempat VIP dalam sebuah majlis makan? keperluan mendesak apa?
kalau nak bersembang sesama VIP, masa lainlah. Kan selalu bermeeting atau berclubbing bersama? Luangkan masa bersama orang ramai. Sembang dengan kawan masa lain. Sangat berbesar hati rakyat terbanyak jika VIP sanggup makan semeja dan bersenda dengan mereka di khemah tanpa kasta. Rasulullah saw macam inilah. Baginda kelihatan 'tiada beza' dengan orang awam tetapi karisma tetap terserlah. Makan ambil sendiri seperti orang lain tak perlu dihidang dalam pinggan berbalut kain renda atau ada hidangan udang panjat daun. Hapuskan budaya membodek.
Aku pernah meminati tokoh-tokoh tertentu dan pernah menghadiri majlis-majlis begini semata-mata teruja akan kehadiran mereka. Tetapi selalunya hampa kerana melihat mereka dari jauh saja tak dapat dekat. Ada yang datang dari jauh.
Aku pernah juga tergolong dalam golongan yang diVIPkan. Berbaju batik berkasut kilat, dilayan hebat. Tapi aku rasa macam bukan aku. Getik. Macam bagus.
Kalau kita hargai rakyat, sayangi dan hargai mereka berilah perhatian. Wakil rakyat bukan tuan tetapi wakil penyampai suara rakyat. Kalau tidak, masa pilihanraya nanti janganlah duduk bersila di anjung rumah rakyat, mendukung bayi membodek rakyat atau memeluk nenek tua. Duduk saja dalam rumah VIP kamu.

Tiada ulasan: