Kopitiam Bang Nan |
- Berhati2 guna payung tu...Itu payung bini puaka!!
- UMNO JUARA PERTAHANKAN ISLAM DAN MELAYU...
- I will be with you Nurul Izzah...Hm...ehem..!!
- Jawab jangan tak jawab....he he!!
| Berhati2 guna payung tu...Itu payung bini puaka!! Posted: 24 Sep 2010 02:15 AM PDT Begitulah pesan aku pada isteri ku.... "Jangan sampai kena tangkap polis pulak!!" Aku mengingatkan isteri ku lagi... "Kenapa pulak?" Isteri ku kehairanan. "Malaysia ni mana boleh ada gurau-senda....lukis kartunpun kena tangkap!! This is a bloody serious nation..." Aku membebel lagi.. Ini semua gara2 isteri aku nak gi ke sekolah ambil anak guna payung yang aku beli dari Zunar ketika PRK Hulu Selangor baru2 ni. Payung tu penuh kartun skandal.... Ghupe2nye betul2 terjadi...hari ni Zunar kena tangkap polis gara2 menerbitkan kompilasi kartunnya...Cartoon-O-Phobia...sama2lah kita doakan semoga dia cepat dibebaskan. Labun Kulup Sakah..kau ok ke?? Zunar ditangkap polis, buku terbaru dirampas Sep 24, 10 4:42pm Kartunis popular Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque hari ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan. Beliau kini dilaporkan dibawa kepada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya. Sebelum itu, pada sekitar jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam ini. Menurut Zunar yang sempat menghubungi Malaysiakini dan bercakap secara tergesa-gesa memberitahu pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields. "Kami diberitahu bahawa laporan polis telah dibuat berhubung penerbitan buku itu," katanya kepada Malaysiakini. Zunar berkata selain buku terbarunya itu, turut dirampas adalah beberapa lukisan kartunnya. "Saya sedang cuba melenggah-lenggah masa sehingga peguam saya tiba," katanya. [Berita penuh menyusul] |
| UMNO JUARA PERTAHANKAN ISLAM DAN MELAYU... Posted: 24 Sep 2010 12:42 AM PDT Teman cilok bulat2 dari blog Dr. MAZA... Baik jugalah kalu kisah sedih ini, PEJUANG ISLAM SEJATI bawak2 bercakap dengan teman2 barunya di seberang sana. Datin Masnah Rais yang selalu anjur kelas agama tu mungkin boleh nasihatkan suaminya tentang hukum hakam....he he... Alahai yob oii... SHANGHAI, ISLAM, MELAYU DAN 1 MALAYSIA Dr Mohd Asri Zainul Abidin ![]() Ketika saya menulis rencana ini, saya sedang berada di Shanghai dan menuju ke Xian dan Beijing. Beberapa hari lepas, pada 21hb September 2010, saya menyertai satu rombongan VVIP melawat Shanghai World Expo 2010. Satu expo yang teramat besar bermula dari Mei sehingga Oktober 2010. Hampir 200 negara menyertainya. Kos keseluruhan expo ini mungkin puluhan billion ringgit. Setiap negara membina astaka atau pavilion mereka sendiri untuk memperkenalkan negara mereka kepada dunia. Setiap negara membelanjakan puluhan, bahkan ratusan juta untuk itu. Saya difahamkan, Malaysia sendiri membelanjakan tidak kurang dari RM 20 juta untuk membina Malaysia Pavilion di expo tersebut. Di sebabkan terlalu luas kawasan expo ini, jika anda melawatnya, dalam sehari anda mungkin hanya dapat melawat sekitar belasan astaka sahaja. Terlalu luas dan terlalu ramai pengunjungnya. Target 70 juta pelawat ke expo tersebut mungkin tercapai dengan mudahnya. Bayangkan 70 juta pengunjung, melebihi dua kali penduduk Malaysia. Tinjauan Terlebih dahulu, walaupun saya datang menyertai rombongan VVIP, tulisan saya ini hanya mewakili pemerhatian saya secara peribadi. Secara umumnya, saya rasa rakyat Malaysia tahu bahawa pandangan-pandangan sebelum –insya Allah- bebas dari unsur perkauman dan fanatik. Saya berusaha bersikap adil, itulah titah agama yang luhur. Maka saya harap rencana ini dibaca dengan semangat kenegaraan dan hakikat sebuah negara bernama Malaysia. Pertamanya, saya mengucapkan jutaan terima kasih yang teramat sangat kepada pihak Kementerian Pelancongan Malaysia yang menyambut kedatangan rombongan kami dengan penuh layanan mesra. Budi baik amat dikenang. Saya juga rasa patut berterima kasih atas usaha kementerian berkenaan memperkenalkan Malaysia di expo berprestij tersebut. Atas usaha pihak kosulat Malaysia di Shanghai dan Kementerian Pelancongan, kami mendapat layanan istimewa di setiap pavilion negara-negara yang kami lawati. Alhamdulillah, dan terima kasih! Islam Namun, atas hak sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sedikit ingin memberikan pandangan peribadi di sini. Ada beberapa gambaran yang saya rasa kurang kemas dalam expo tersebut. Saya tidak pasti ia berlaku secara sengaja, atau tidak sengaja. Bagi saya, sebagai rakyat Malaysia kita wajar mengakui beberapa hakikat negara kita. Antaranya, kita berbilang agama dan bangsa. Islam adalah agama rasmi dan mempunyai penganut yang paling besar. Agama-agama lain juga wujud secara aman. Orang melayu adalah majoriti terbesar. Kaum-kaum lain juga hidup secara aman. Kita semua sepatutnya berusaha ke arah kedamaian dan keharmonian. Jika kita ingin menceritakan negara kita ini kepada dunia, inilah hakikatnya. Ia bukan soal perkauman atau fanatik agama, tetapi itulah realiti negara kita. Tiada cacatnya menceritakan realiti itu kepada dunia. Namun saya rasa, jika saya tidak tahu tentang Malaysia, saya datang ke Malaysia Pavilion di Shanghai World Expo 2010, saya mungkin akan mengagak bahawa agama Kristian adalah agama majoriti rakyat Malaysia. Tempat-tempat ibadat yang di paparkan hanyalah dua buah gereja. Itu pun bangunan binaan tinggalan penjajah Portugis, bukan binaan rakyat Malaysia. Ini seperti gambar yang saya sertakan. Entah berapa banyak masjid dan seni binanya yang cantik, namun tidak ditonjolkan. Lojiknya, tonjollah secara seimbang dengan menggambarkan kepelbagaian agama. Sudah pasti Islam sebagai agama rasmi, tidak boleh dinafikan kedudukannya, kerana itulah realiti kita. Hanya inilah dua pusat ibadat yang tertonjol di Malaysia Pavilion di Shanghai. Penulis berdiri di hadapan dua gambar tersebut yang terpapar ketika memasuki ke Malaysia Pavilion. Mungkin ada pihak berfikir, menggambarkan Islam sebagai agama yang terbesar di Malaysia kurang menarik bagi masyarakat antarabangsa. Jika itulah fikiran mereka, bererti kita cuba menafikan realiti nagara kita, dan amat tidak adil untuk penganut Islam di Malaysia. Negara-negara Islam lain tidak menafikan pun hakikat mereka. Bahkan di China sendiri, ada province (wilayah) yang majoriti penganutnya beragama Islam, iaitu Wilayah Ningxia. Dalam expo Shanghai ini, China Pavilion menonjolkan wilayah tersebut dan kehidupan penduduknya. Agama dan budaya mereka. Saya merakam beberapa gambar yang saya ambil ketika melawat pameran Wilayah Ningxia di China Pavilion. China menggambarkan kepelbagaian mereka atas konsep 'hidup di bawah satu bumbung'. ![]() Penulis bersama dengan lelaki Ningxia yang berpakaian menunjukkan kesan Islam dalam kehidupan mereka. Bahkan lebih daripada itu, pavilion yang paling mewah dan mendapat sambutan besar adalah Arab Saudi Pavilion. Dikatakan mereka membelanjakan lebih US 200 juta untuk expo tersebut. Arab Saudi cuba menonjolkan kehebatan Islam yang menjadi teras kehidupan rakyat mereka, bahkan umat Islam keseluruhannya. Kecanggihan teknologi digunakan. Mereka mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Orang ramai sanggup beratur berjam-jam untuk memasuki pavilion mereka. Begitu juga kebanyakan negara-negara Arab Teluk yang lain, tetap mengakui Islam mempunyai akar umbi dalam kehidupan mereka. Iran yang sering dituduh dengan keganasan itupun, tetap menonjolkan unsur Islam dalam kehidupan rakyat mereka. Maka, di expo yang berprestij ini, saya tidak rasa rendah diri dengan unsur Islam. Maka bagi saya, ketidak tonjolan Islam sebagai sebuah agama besar di Malaysia, amatlah tidak adil kepada penduduk majoriti sebuah negara bernama Malaysia. Jika tidak banyak, sedikit pun tetap perlu dinyatakan. Seni Begitu juga di sudut seni. Kita tidak boleh menafikan bahawa orang melayu juga mempunyai pelbagai karya seni. Sepatutnya, wajar sedikit sebanyak ditonjolkan. Ini seperti yang ditunjukkan Morocco pavilion yang menggambarkan kehalusan seni tempatan mereka. Bahkan, jika saya tidak tahu apa-apa tentang Malaysia, gambar seni lukisan yang paling besar di pavilion kita menggambarkan kaum India dan agama Hindu. Ini seperti gambar yang saya sertakan. Tidak adakah sedikit untuk kaum majoriti dan agama majoriti? Gambar-gambar lain amatlah abstrak, di samping kecil, ia boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud. ![]() Gambar seni yang terbesar yang dipaparkan di Astaka Malaysia, Shanghai World Expo 2010. Putrajaya Saya rasa kita patut berbangga dengan keindahan Bandar Putrajaya. Di sudut seni bina dan keindahan, ia adalah salah satu kejayaan. Patut ditonjolkan kepada dunia. Demikian juga binaan-binaan canggih lain dalam negara kita. Cumanya, saya gagal menemui gambaran keindahan Putrajaya di Malaysia Pavilion, Shanghai World Expo. Lebih mengejutkan, gambar pusat perjudian dan peranginan Genting terpapar di sana. Sebagai seorang muslim, saya tentu rasa rendah diri jika saya ditanya oleh pelawat asing mengenai hal perjudian itu kepada saya. Memang kita tidak nafikan ia wujud, dan saya sebagai muslim tidak pernah meredhai perkara itu. Tetapi, untuk tatapan dunia, tidakkah kita mempunyai banyak pilihan yang lain. Saya makin bingung dengan konsep 1 Malaysia ini! ![]() Gambar Genting yang ditonjolkan di Pavilion Malaysia. Kaum Negara kita mempunyai pelbagai kaum. Inilah salah satu keunikan kita. Orang melayu adalah majoriti, seterusnya diikuti kaum lain. Jika kita ingin menceritakan kepada dunia, maka ceritalah sedemikian rupa. Namun, jika saya tidak tahu apa-apa tentang Malaysia dan mengunjungi Malaysia Pavilion di Shanghai, saya akan kata kaum utama adalah kaum peranakan baba dan nyonya. Itulah gambar utama yang tertonjol. Kaum-kaum lain tidak ditonjolkan. Jika adapun, pakaian para penari yang mewakili pelbagai kaum. Itupun, hanya orang tahu dan pernah ke Malaysia mungkin akan faham. Orang luar, mereka memahami apa yang terpapar sahaja. Salah satu gambar utama semasa pintu masuk ke Malaysia Pavilion di Shanghai.Sebuah Catatan Banyak persoalan berligar di kepala saya selepas mengunjungi Shanghai World Expo ini. Di mana saya sebagai seorang muslim melayu Malaysia. Saya tidak perkauman. Sama sekali tidak. Para pembaca dapat membaca pandangan-pandangan saya sebelum yang amat anti sikap fanatik kaum atau agama. Namun, saya rakyat Malaysia yang pasti enggan haknya dinafikan. Saya tidak ingin bertanya kepada pihak yang menguruskan, tetapi saya ingin bertanya Kerajaan Malaysia yang membelanja wang rakyat melebihi RM 20 juta untuk expo ini. Di Shanghai World Expo 2010, di manakah saya sebagai rakyat muslim di bawah konsep 1 Malaysia? |
| I will be with you Nurul Izzah...Hm...ehem..!! Posted: 24 Sep 2010 12:26 AM PDT Maksud teman...kalu orang tua kerepot tu berani menyambut cabaran YB... teman akan menyaksikan debat itu secara live...he he!! Nurul Izzah dares Tun M to a debate NEWS/COMMENTARIES Friday, 24 September 2010 by Aidil Syukri, Malaysian Digest "Irresponsible and desperate attempt to destabilise the nation," said Nurul Izzah Anwar in her response to former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad's warning that Malays would lose power if Pakatan Rakyat (PR) came to power. According to the Lembah Pantai MP, not only has the race card being used to incite but also to perpetuate the only approach that UMNO and its leaders (past and present) have used with impunity which is the 'Politics of Fear'. ."The 'politics of fear' uses Article 153 as a political instrument of deceit and despair. The Malays are indoctrinated through all means available including using NGOs to continue to 'act' out a victim mentality narrative that degrades, confuses and paralyses a community to remain enslaved intellectually and emotionally first by the colonial masters and now by its new reincarnation, UMNO," said Izzah. The 'Princess of Reformasi' also added that the aim of this is none other to maintain political hegemony by the ruling Malay elite few who have enriched themselves through corruption, abuse of power and undermining the constitution relentlessly. Sadly, they have been assisted by MCA, MIC, Gerakan and the other BN component parties by their silence and omission to act responsibly. "We must fight back by emphasising on the 'Politics of Hope and Liberation', which will transform the Malay Mind from the false fear of losing their identity and economical development to a positive force that will create a confident and liberated community," urged her. "Therefore, with the aim for a constructive engagement to build a 'Better Malaysia for All Malaysians', I humbly offer to debate with Tun Dr. Mahathir to clarify if his 'fear' for the Malays is really about loss of power or in reality loss of wealth for the chosen few (Takut Melayu Hilang Kuasa atau Hilang Harta)?" she added. Utusan Malaysia has today reported Mahathir's statement that Malays would lose power if PR came to power. He implied that a Chinese or an Indian could become prime minister if PR took federal power because there was no constitutional restriction on race for the position. |
| Jawab jangan tak jawab....he he!! Posted: 23 Sep 2010 11:01 PM PDT "YB zulnordin. Hang tak payah dok komenlah usaha aku nak buat utk negeri aku. Aku jauh bukan mcm hang. Duit org sumbang utk pilihanraya hang sapu kat hang. Hang pi Dubai kutip duit utk org miskin d KBB berapa byk tak tahu tapi berapa yg hang serah. Gaji pekerja pusat khidmat hang tak bayar sampai kereta depa kena tarik. Hutang aku buat profile hang masa pilihan raya dulu hang tak bayar satu senpun. Satu lagi tok guru tu kalau nak pi belanja sendiri pun tak apa depa bkn tak pernah pi pun tapi hang jangan pikit kepala otak dia orang mcm hang kaki penipu dan pembelit." – sms Hj Zulaimi kepada Jiwo Kelate.... |
| You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Salah satu gambar utama semasa pintu masuk ke Malaysia Pavilion di Shanghai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan