Justice For All |
- Mahader Juara Lawak Musim Baru??
- 2 Suspek Perlu Buat Laporan Polis, Jika Benar-Benar Dipukul
- Ahli Keluarga Sosilawati Jangan Melawan Hukum Allah
- Parti Baru Sarawak, PERS Ingin Sertai Pakatan..Makin Kecutlah BN Sarawak Lepas Ni
- Azmin Ali Lebih Baik Jadi Kerani PKR Jika Gagal Selesaikan Isu Kawasan Sendiri
- Senarai 20 Raja Terkaya Di Dunia
- Shamsul Iskandar Mengamuk..Lapor Pada SPRM Akan Sikap Polis Yang Korup
- Mahkamah Kanggaroo Bebaskan 5 Mahasiswa Daripada Tuduhan Khianat
- Persis Macam Kes Sosilawati : Lagi Kes Bunuh Melayu Islam
- Kes Pembunuhan Sosilawati : Suspek Dibawa Kembali Ke Ladang, Firma Guaman
- Akhbar Mana Yang Fitnah Kata Sosilawati Dirogol???
- Apa Nak Jadi Dah Malaysia Nih?? 2 Lagi Dilaporkan Hilang Di Banting
- Peguam Suspek Pembunuh Sosilawati Dikatakan Pelakon Lucah, Pernah Memiliki 2,000 Gambar Lucah
- Khary Jamaluddin Menang Ke Atas Anwar
- Kisah Pembunuhan Sosilawati Akan Difilemkan Oleh Penerbit Filem Tamil
- SYABAS Minta Pampasan 380 Juta, Tapi Kerajaan Selangor Pula Akan Saman SYABAS Kerana Pecah Kontrak
- USM Bakal Disaman
- Bekas majikan berperangai keji
- Eye On Malaysia Projek Gajah Putih..Bila Nak Cabut Benda Tu
- Rakyat Terengganu perlu tolak pemimpin ‘jahat’, ‘lemah’
- Macam2 Zaman Najib : Guru Agama Perkosa Gadis
| Mahader Juara Lawak Musim Baru?? Posted: 24 Sep 2010 08:16 PM PDT Mahathir macam raja lawak Astro ALOR SETAR, 25 Sept: Peringatan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara dianggap sebagai bahan jenaka dari seorang raja lawak Astro yang baru. "Kenyataannya itu saya anggap sebagai kemunculan seorang raja lawak Astro baru dengan dailog jenaka dan bahan lawak yang mampu membuatkan orang ramai sama ada generasi baru atau lama ketawa hingga tidak kering gusi. "Sesuai sangatlah dengan watak tuanya, beliau menggantikan pelawak-pelawak yang seusianya seperti Ibrahim Din, M. Zain dan 'ahli mesyuarat tingkap' lain yang telah tiada, dan kini tinggal Dr Mahathir seorang sahaja lagi," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sinis yang ditemui pada majlis penyerahan tajaan FusionExcel International kepada Persatuan Bolasepak Melayu Kedah, petang semalam. Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa, kuasa dan suara orang Melayu akan lenyap sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) terus diberi peluang memerintah negara ini pada masa pilihan raya akan datang. Menurut Mahfuz, Umno dan Barisan Nasional (BN) telah diberi peluang memerintah negara sejak 53 tahun yang lalu dan sepanjang tempoh itu, mereka terbukti gagal meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan sekaligus meletakkan kaum itu tertinggal jauh di belakang. "Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi meminta kerajaan mendedahkan fakta dan kedudukan sebenar ekonomi orang Melayu yang tertinggal sejak negara merdeka dan ini bukti jelas orang Melayu jauh kebelakang apabila dari kalangan mereka sendiri yang mempersoalkannya. "Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sejak 40 tahun lalu juga tidak berupaya memajukan orang Melayu dan ini menguatkan lagi hujah bahawa mereka gagal membela orang Melayu. "Apakah Umno dan BN nak minta tambahan masa lagi 53 tahun atau 40 tahun untuk memajukan orang Melayu? Kuasa dan suara orang Melayu akan terus hilang kalau mereka diberi peluang lagi untuk memerintah negara," katanya.HRKH |
| 2 Suspek Perlu Buat Laporan Polis, Jika Benar-Benar Dipukul Posted: 24 Sep 2010 06:10 PM PDT Kalau kena pukul, dakwalah. Janganlah berkokok macam anjing. Kalau benarlah mereka dipukul, nampaknya polis Malaysia langsung tak ikut prosedur siasatan. Macam kes Anwar dahulu, bukan peringkat inspektor cabuk yang pukul, tapi Ketua Polis Negara yang pukul. Kalau ada hukuman Qisas kat negara ini, sudah tentu si Rahim Nor tu kena pukul balik kat mata kiri. Biar lebam macam dia buat kat Anwar dahulu.. 2 suspek utama dakwa kena pukul diminta buat laporan KUALA LUMPUR: Dua beradik peguam yang juga suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya diminta membuat laporan polis sekiranya mereka dipukul dan dipaksa menandatangani dokumen oleh pasukan itu sepanjang berada dalam tahanan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata laporan itu perlu dibuat dalam tempoh terdekat supaya siasatan menyeluruh dapat dilakukan. "Sehingga kini, polis belum menerima sebarang laporan daripada pihak berkenaan dan sekiranya perkara itu berlaku, buat laporan polis dengan segera," katanya dalam kenyataan di sini, semalam. Kelmarin, peguam yang mewakili dua beradik itu, D P Vijandran memaklumkan salah seorang anak guamnya dipukul dan ditendang sehingga mendatangkan kecederaan di belakang badan. Perkara itu dimaklumkan ketika pertemuan pertama Vijandran dan dua anak guamnya selama 15 minit di IPKKL. Vijandran turut mendakwa, permintaan anak guamnya untuk mendapatkan rawatan berhubung kecederaan yang dialami tidak diendahkan polis. Pada masa sama, Bakri turut menjelaskan lapan suspek yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Rabu lalu adalah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. "Polis mahu memastikan semua suspek berada dalam keadaan baik serta mengenal pasti sebarang kecederaan mahupun penyakit yang dialami suspek sebelum dibenarkan berjumpa peguam mereka. "Selain tujuan itu, tiada sebarang pemeriksaan lain dilakukan," katanya. Sosilawati, 47, dibunuh bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, di sebuah ladang persendirian di Banting pada 30 Ogos lalu. Sementara itu, peguam suspek utama kes pembunuhan Sosilawati sedang berbincang dengan anak guam dan keluarga mereka untuk membuat laporan polis dalam waktu terdekat ini. Salah seorang peguam berkenaan, Ravi Nekoo, berkata laporan polis itu sedang dirangka dengan meneliti pelbagai aspek, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan inti patinya. "Laporan polis itu sekiranya difailkan nanti bukanlah terhadap media," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. |
| Ahli Keluarga Sosilawati Jangan Melawan Hukum Allah Posted: 24 Sep 2010 05:06 PM PDT Nak tanya semua. Bolehke waris keluarga Sosilawati saman suspek peguam itu?? Nanti saya akan bagi jawapannya selepas ini... Anak Sosilawati setuju keluarga saman suspek bunuh KUALA LUMPUR: Anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, memberi persetujuan keluarga mereka untuk memfailkan saman terhadap semua suspek pembunuhan kejam jutawan kosmetik itu. Pengasas dan peguam kanan Kamarudin & Partners, Kamarudin Ahmad, berkata perkara itu disahkan dalam mesyuarat selama satu setengah jam antara pihaknya dengan Erni yang hadir bersama seorang adik perempuannya di pejabat firma guaman berkenaan, pagi semalam. "Mereka bersetuju dengan cadangan untuk mengambil tindakan undang-undang menuntut ganti rugi atas kehilangan tempat bergantung (ekoran pembunuhan Sosilawati) akibat perbuatan menyebabkan kematian secara bersalah ke atas mangsa. "Saya juga sudah meminta kerjasama Erni untuk menghubungi keluarga dua mangsa lain, Noorhisham Mohammad (pegawai kredit CIMB Bank) dan Kamaruddin Shansuddin (pemandu peribadi Sosilawati), bagi mendapat penyertaan mereka dalam tuntutan saman ini. "Keluarga seorang lagi mangsa, Ahmad Kamil Abd Karim (peguam Kamarudin & Partners cawangan Putrajaya), masih mempertimbangkan cadangan itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Kamarudin berkata, jumlah saman yang akan difailkan terhadap semua suspek kes berkenaan secara keseluruhannya mencecah RM20 juta. Mengenai kadar tuntutan ganti rugi untuk waris Sosilawati saja daripada jumlah itu, beliau berkata, perkara berkenaan masih pada peringkat perbincangan awal dan belum diputuskan lagi. Namun, katanya, Erni akan mengadakan sidang media minggu depan berhubung tuntutan ganti rugi itu dan juga penubuhan Tabung Pendidikan Anak Permata Kasih untuk membantu keperluan pendidikan anak semua mangsa. Sementara itu ditanya pandangan serong segelintir pihak yang menganggap usaha dilakukannya sebagai mencari publisiti semata-mata pula, Kamarudin berkata, soal berkenaan tidak timbul. "Datuk Sosilawati adalah anak guam firma guaman ini di cawangan Putrajaya. Oleh itu apabila berlaku kes sebegini, kami bertanggungjawab untuk meneruskan khidmat kepada anak beliau supaya mereka terbela. "Bagaimanapun, saya tidak kesal dengan pandangan sedemikian kerana itu hak masing-masing dan saya menghormatinya. Perkara ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus membantu, malah ramai yang memberi sokongan kepada usaha dilakukan," katanya. Bukan setakat publisiti, tapi kerana akal yang pendek, lawan apa yang Allah tetapkan. Mana boleh dalam islam, kalau hukuman bunuh dibalas bunuh, kita minta duit daripada pembunuh itu. Melainkan wali orang yang dibunuh itu, menuntut diyat atau memaafkan si pembunuh. Tapi sekarang, ada ke ahli keluarga Sosilawati memaafkan suspek. Kalau nak sangat diyat, maka sudah tentu pembunuh itu boleh dihukum bunuh balik. Ini bukan saya yang memandai-mandai. Ini dalilnya.. Dalilnya adalah dari firman Allah, "Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas di dalam membunuh" [TMQ al-Isra' (17):33]. FirmanNya yang lain, "Diwajibkan atas kamu qisas berkenaan orang-orang yang dibunuh" [TMQ al-Baqarah (2):179]. Ayat ini diperincikan lagi oleh Rasulullah dengan baginda menjelaskan melalui sabdanya bahawa selain qisas, wali bagi pihak yang terbunuh boleh memilih samada meminta diyat yang berupa 100 ekor unta ataupun memberikan kemaafan kepada si pembunuh. Imam Abu Daud meriwayatkan dari Abu Syuraih al-Khaza'i, ia berkata, aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, "Barangsiapa tertumpah darahnya atau disakiti, maka ia boleh memilih salah satu dari tiga pilihan, boleh mengqisas atau mengambil tebusan (diyat) atau memaafkan...". Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Amru bin Syua'ib dari bapanya, dari datuknya bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, "Barangsiapa yang membunuh dengan sengaja, maka keputusannya diserahkan kepada waliwali pihak yang terbunuh. Mereka berhak membunuh atau mengambil diyat yakni 30 unta dewasa, 30 unta muda dan 40 unta yang sedang bunting, atau mereka juga berhak memaafkannya" Terdapat banyak lagi hadis yang senada dengan hadis di atas yang menjadi dalil yang sangat jelas bahawa hukuman bagi pembunuhan yang disengajakan adalah qisas, atau pihak wali meminta diyat atau memaafkan. Jadi kalau Keluarga Sosilawati mahu pembunuh dihukum mati, maka mereka tak boleh buat saman. Ini yang diajarkan oleh Allah dan Rasul. Jika rasa gah nak lawan ALLAH dan Rasul serta biarkan arwah diseksa dikubur, samanlah. Sedangkan terang-terang ayat Al-Quran dan Hadith suruh pilih 3, sama ada pembunuh itu dihukum mati, atau waris mohon diyat (saman), atau waris memaafkan pembunuh itu. Dan kalau takde duit sangat, tuntutlah hutang suspek itu terhadap keluarga mangsa, bukannya dengan menyaman suspek yang jelas tersasar dari hukum islam. Oooppps..lupa rupanya. Undang-undang kat Malaysia, undang-undang kafir. Jadi tak hairanlah benda-benda macam ini berlaku.Wali kepada pihak yang terbunuh langsung tidak diberi pilihan memilih hukuman, walhal di dalam Islam, wali mempunyai tiga pilihan. Bahkan pihak yang melakukan tuntutan (pendakwaan) adalah kerajaan (pendakwaraya), bukannya ahli waris mangsa, Padanlah muka orang islam. Kerana memilih UMNO laknatullah sebagai pemerintah mereka.. |
| Parti Baru Sarawak, PERS Ingin Sertai Pakatan..Makin Kecutlah BN Sarawak Lepas Ni Posted: 24 Sep 2010 04:05 PM PDT Dilaporkan bahawa parti baru, Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS) ingin sangat-sangat sertai Pakatan Rakyat. Bahkan jika PR enggan terima mereka, mereka akan masuk bertanding tiga penjuru dengan PR dan BN. Apalagi PR, buatlah perancangan.. Kalau nampak berpotensi, terimalah parti ini. Tapi kena siasat dulu, mana tahu kalau parti ini ditaja oleh BN. Bila dah menang dengan PR, tiba-tiba melompat pula ke BN..kot-kotlah..janganlah biarkan katak beranak 2 kali, macam yang Ibrahim Ali buat tuh.. Parti politik baru Sarawak ingin sertai pakatan pembangkang SIBU, 24 Sept – Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS), parti terbaru yang akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik, mengulangi lagi hasratnya untuk menyertai Pakatan Rakyat negeri. Presiden penaja Salleh Mahli, seorang ahli perniagaan berkata sebuah pakatan pembangkang yang bersatu akan mampu untuk memberikan cabaran kepada Barisan Nasional (BN) pada pihan raya negeri akan datang. Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada mangsa kebakaran kaum Penan di penempatan Long Luar dan and Long Kajang di pedalaman daerah Belaga di Bahagian Kapit, katanya parti itu telah memaklumkan Bagaimanapun pemimpin PR belum lagi memberikan jawapan, mungkin mereka ragu-ragu bahawa PERS adalah parti tajaan BN, tambahnya. Pada majlis itu seorang paderi yang kini menjadi aktivis sosial Micheal Jok menerima cek sumbangan itu yang diadakan di rumah panjang Iban Rh.Sudan di Naman dekat sini. Salleh juga menyampaikan sumbangan kepada seorang wakil penduduk Orang Ulu, Uma Balui, Labuway, Nahajalay di daerah itu untuk membina sebuah kolam rawatan air untuk bekalan air mereka. Katanya PERS akan bertanding dalam 30 kerusi pada pilihan raya akan datang jika parti itu diterima masuk ke dalam PR manakala 41 kerusi lain akan ditandingi oleh parti lain dalam pakatan itu. "Tetapi jika mereka sekali lagi tidak menerima kita, kita akan bertanding dalam semua 71 kerusi," katanya ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang hanya akan berpihak kepada BN. Mengenai PERS, beliau berkata jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan pendaftarannya menjelang pilihan raya akan datang, parti itu akan meletakkan calonnya sebagai calon bebas. Salleh berkata PERS ditubuhkan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi khasnya penduduk luar bandar dengan menggalakkan mereka menanam pokok Jatropha yang mempunyai potensi sangat baik dalam ekonomi. – Bernama |
| Azmin Ali Lebih Baik Jadi Kerani PKR Jika Gagal Selesaikan Isu Kawasan Sendiri Posted: 24 Sep 2010 02:02 PM PDT Bukan nak kutuk, tapi kena beritahu juga pada semua,. Yang memang si Ahli Parlimen Gombak ini, langsung tidak kuat bekerja. Banyak masalah di sekitar Gombak, masih gagal diselesaikannya. Ambil contoh isu penebangan bukit Taman Melati, si Azmin Ali ini gagal buat apa-apa. Yang ada cuma terpekik terlolong nak jawatan sahaja.. Kalau Azmin Ali tak perform, tukar je dengan orang lai Ukay Bistari: Selesai masalah kami undi, pembeli beri BN dan PR kata dua
Gambar: Pengerusi Persatuan Pemilik Hartanah UKB (PHUKB) Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman foto: The Star AMPANG, 24 Sept — Para pembeli rumah Ukay Bistari di Hulu Kelang, projek yang kini terbengkalai, memberi kata dua akan mengundi kepada perikatan - sama ada BN atau Pakatan Rakyat — yang sanggup menyelesaikan masalah mereka sebelum pilihan raya umum ke-13. Kata dua mereka muncul di tengah-tengah usaha keras PR dan BN mahu menambah kedudukan mereka di Dewan Undangan Negeri Selangor. PR mengambil alih kerajaan negeri, yang paling kaya di negara ini, menerusi pilihan raya umum dua tahun lalu. "Dalam tindakan terdesak terakhir ini, para pembeli yang kebanyakannya penduduk kawasan Parlimen Ampang dan Gombak kini menawarkan peluang kepada kerajaan negeri dan pusat dalam tender yang unik bagi memberi undi blok kepada kerajaan yang sedia membantu masalah perumahan kami," kata Pengerusi Persatuan Pemilik Hartanah UKB (PHUKB) Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman dalam emel kepada media hari ini. "Kami boleh memberi jaminan kepada mereka bahawa (kami ada) minimum 4,000 undi dalam pilihan raya umum akan datang," kata beliau lagi. The Malaysian Insider difahamkan tindakan agresif pembeli-pembeli terbabit sudah cukup untuk menjatuhkan wakil PR di kerusi Parlimen Gombak dan Ampang serta kerusi DUN Bukit Antarabangsa. Kata dua mereka sekali gus memberi gambaran bahawa rakyat tidak peduli mengenai politicking yang wujud sekarang, sebaliknya mahu masalah-masalah setempat yang dihadapi diselesaikan. Ia juga memberi amaran kepada PR bahawa penguasaan mana-mana negeri termasuk Selangor bukan sesuatu yang kekal jika masalah seumpama itu tidak diselesaikan. Dr Rafick memberitahu The Malaysian Insider hari ini, kesemua 2,000 ahli PHUKB menyokong rancangannya dan sanggup melakukan apa sahaja bagi membolehken masalah perumahan mereka diselesaikan. "Setakat minggu lalu, kami menerima pengesahan bahawa bank undi yang terjamin adalah seramai 6,000 orang," kata beliau sambil menambah mereka juga sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan rakan-rakan mereka dan jiran masing-masing. "Kami akan bercakap atas satu suara dalam isu ini," kata beliau. Daripada jumlah itu, 68 peratus pengundi adalah dari kawasan Parlimen Ampang, 30 peratus dari Gombak dan baki dari kawasan lain. Beliau mendakwa jika kerajaan PR mengetepikan permintaan mereka, kemungkinan wakil rakyat semasa akan dibuang undi keluar dan digantikan oleh BN. "Berdasarkan paten undi dan keputusan pilihan raya umum lalu, bilangan undi yang kami tawarkan sudah cukup untuk mengubah kedudukan Ahli Parlimen Gombak dan Ampang serta ADUN Bukit Antarabangsa," tegas beliau. Naib Presiden PKR Azmin Ali merupakan Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa manakala Ketua Wanitanya Zuraida pula Ahli Parlimen Ampang.Bagi membuktikan ikhlas dalam niat mereka, ahli-ahli PHUKB akan berhimpiun di tapak projek pada 3 Oktober untuk menaikkan kain rentang 6.6 meter x 10 meter (20 kaki x 30 kaki) menghala ke arah Jalan Lingkaran Tengah untuk meluahkan pendirian mereka. "Kami sudah penat menjadi mangsa dalam semua perundingan bagi menyelesaikan isu ini, yang terbengkalai sejak 2003," katanya. "Kerajaan negeri Selangor telah campur tangan dan menjadikan keadaan lebih buruk bagi kami. "Kami juga mengadakan perbincangan menerusi kerajaan persekutuan, melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi sehingga kini tiada masa yang diselesaikan," katanya. Dr Rafick juga melahirkan rasa kecewa dengan kerajaan negeri Selangor yang lebih banyak fokus ke atas pilihan raya PKR berbanding isu-isu lain yang lebih penting. "Saya sangat kecewa. Dalam kapasiti peribadi, saya mengundi Azmin dalam pilihan raya tetapi nampaknya beliau telah mengecewakan saya," katanya. Azmin akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan pusat PKR bulan depan. "Kami telah memberikan pemaju-pemaju satu peluang. Kami juga sudah bercakap dengan kerajaan Selangor, kementerian. "Adalah jelas, ia memerlukan kekuatan politik untuk menyelesaikan masalah ini. Sebab itu kami tiada pilihan, dan perlu melakukan yang ini," kata Dr Rafick. Menurut laporan kemajuan PHUKB yang dikeluarkan Februari lalu, projek pembangunan perumahan Ukay Bistari bernilai RM200 juta dimulakan oleh sebuah syarikat dikenali sebagai Damai Bistari Sdn Bhd, yang dimiliki penuh oleh Intelbest Corporation Sdn Bhd. Damai Bistari, menurut Dr Rafick, diuruskan oleh Tan Sri Chan Ah Chye yang merupakan penasihat korporatnya. Chan juga pengarah eksekutif Talam Corporation Bhd, syarikat yang terpaksa memperoleh sokongan kewangan kerajaan negeri Selangor berjumlah RM392 juta untuk diselamatkan daripada hutang. Projek Ukay Bistari melibatkan 1,800 unit rumah kos rendah, apartmen kos sederhana, apartmen servis. rumah-rumah teres, lot-lot kedai dan pejabat. Sejak dilancarkan 98 peratus unit sudah habis dijual tetapi pembangunannya berhadapan dengan masalah ekoran kesukaran kewangan. Ini satu isu yang Azmin Ali perlu lihat..kalau gagal selesai, lebih baik jadi kerani PKR jelah..Lebih baik Adun Hulu Kelang, Saari Sungib yang rajin turun padang..(sini) |
| Senarai 20 Raja Terkaya Di Dunia Posted: 24 Sep 2010 11:00 AM PDT Dilaporkan oleh World's Richest Royal, bahawa Raja Thailand adalah raja paling kaya di dunia. Diikuti oleh Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang telah menduduki tempat kedua dengan nilaian harta RM20 billion. Tertanya-tanya juga, mana kedudukan Tengku Faris Petra ya, Sultan Kelantan V. Tentu tak sekaya mereka ini. Yelah, buat apa kaya tapi di sisi Allah, miskin papa kedana.. Apapun harta tak kekal mana, yang kekal hanyalah akidah... 1. Thailand's King Bhumibol Adulyadej, worth $30 billion
2. Brunei's Sultan Haji Hassanal Bolkiah, worth $20 billion
3. Saudi Arabia's King Abdullah bin Abdulaziz Al Saud, worth $18 billion
4. UAE's President Sheikh Khalifa bin Zayed al-Nahayan, $15 billion
5. Dubai ruler Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum, worth $4.5 billion
6. Liechtenstein's Prince Hans-Adam II, worth $3.5 billion
7. Morocco's King Mohammed VI, worth $2.5 billion
8. Qatar's Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani, worth $2.4 billion
9. Prince Albert II of Monaco, worth $1 billion
10. His Highness the Aga Khan, worth $800 million
11. Oman's Sultan Qaboos bin Said, worth $700 million
12. Britain's Queen Elizabeth, worth $450 million
13. Kuwait's Sheikh Nasser Al-Mohammad Al-Ahmad Al Jaber Al-Sabah, worth $350 million
14. The Netherland's Queen Beatrix, worth $200 million
15. Swaziland's King Mswati III, worth $100 million
|
| Shamsul Iskandar Mengamuk..Lapor Pada SPRM Akan Sikap Polis Yang Korup Posted: 24 Sep 2010 10:01 AM PDT Marah betul Shamsul Iskandar kat polis ni..sampaikan diadukan ketidak profesional polis kat SPRM..bravo Shamsul.. Shamsul ke SPRM serah bukti, beri keterangan PUTRAJAYA 24 Sept. - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin hari ini hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan dan menyerahkan bukti berhubung dakwaannya yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya. Beliau tiba di ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 3.20 petang dan selesai memberi keterangan sejam kemudian. Ketika ditemui pemberita Shamsul Iskandar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bukti yang diserahkan kepada SPRM, sebaliknya mengulangi kenyataannya menafikan polis pernah menghubunginya supaya tampil memberi keterangan berhubung dakwaannya itu. "Saya tidak tahu menahu apa-apa mengenai perkara itu. Saya hanya tahu melalui media dan sepatutnya saya dimaklumkan mengikut saluran undang-undang yang betul. "Saya hendak tahu apa kesalahan saya, apa yang perlu saya jelaskan, apa jenis kerjasama yang boleh saya berikan," katanya. Samsul berkata, jika ingin memanggil beliau untuk memberi keterangan polis perlu menggunakan prosedur undang-undang seperti yang termaktub dalam Kanun Acara Jenayah. - Bernama |
| Mahkamah Kanggaroo Bebaskan 5 Mahasiswa Daripada Tuduhan Khianat Posted: 24 Sep 2010 09:00 AM PDT Alhamdulillah..menang juga rakan-rakan seperjuang di kampus dulu. Apapun keadilan tetapu diutamakan. Siapa penconteng sebenar, kita serah pada Allah S.W.T.. * Menarik juga kalau penghakiman penuh dapat kita baca. Boleh tutup mulut-mulut mereka yang kata mahkamah kembali adil dan keputusan mahkamah sudah diaturkan.. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes Rosmah 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM). Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan. Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur. Lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya - dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan. Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi. Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama. Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama. Semua itu, gara-gara mahasiswa berkenaan dikaitkan dengan contengan perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Rozana dalam penghakimannya pagi ini berkata dalam pertuduhan seksyen 436 pihak pendakwaraya gagal membuktikan elemen-elemen penting dalam pertuduhan bahawa semua tertuduh telah melakukan khianat dan mempunyai niat bersama. Katanya lagi, tiada keterangan bagi mengenal pasti bahan api serta kesan kerosakan daripada bahan api berkenaan. Manakala bagi seksyen 447 pula, pendakwaraya gagal membuktikan niat bersama tertuduh untuk melakukan kesalahan tersebut. Sementara bagi seksyen 427 pula, Rozana berkata pihak pendakwaraya turut gagal membuktikan bahan api yang digunakan ke atas permaidani merah berkenaan adalah bahan petrol. "Setelah meneliti dan menimbang semua keterangan daripada saksi pendakwaraya, exibit dan hujah, mahkamah mendapati, di atas penilaian mahkamah, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. "Dengan ini melepaskan tertuduh dan membebaskan terhadap tiga pertuduhan itu tanpa memanggil untuk pembelaan," kata Rozana. -mk
|
| Persis Macam Kes Sosilawati : Lagi Kes Bunuh Melayu Islam Posted: 24 Sep 2010 08:20 AM PDT Bunuh orang di Malaysia dah jadi macam tembak gagak. Hari-hari ada je kes bunuh. Khabarnya jenayah ini dilakukan oleh gangster India. Tak kata salah, nak kata pun salah. Apapun kena terima hakikat, memang ramai gangster India ni kat KL. Cubalah check bangsa apa yang tarik kereta, kalau tak bangsa India. Apa dah jadi bangsa ini?? Ini semua gara-gara pemimpin MIC yang sibuk kumpul harta, daripada menjaga kebajikan masyarakat India. 1 Malaysia? Tuiih...langsung tak de maknanya.. 7 lelaki diberkas Bunuh Seorang Melayu GOMBAK: Misteri pembunuh kejam seorang lelaki yang disumbat di dalam guni sebelum mayatnya dicampak ke tepi jalan berhampiran Taman Perindustrian Ehsan Jaya, di sini, terbongkar selepas polis memberkas tujuh lelaki termasuk dua warga Indonesia kerana disyaki membunuh mangsa terbabit. Suspek dipercayai anggota kumpulan gengster membunuh mangsa beramai-ramai menggunakan parang sebelum mayat mangsa dimasukkan ke dalam guni dan dibuang di kawasan pembuangan sampah pada 30 Ogos lalu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah yang dihubungi berkata, semua suspek ditahan dalam serbuan berasingan di Batu Caves, Selayang, Subang Jaya dan Klang bermula jam 11.45 malam kelmarin sehingga 6 pagi semalam. "Hasil siasatan lanjut, semua suspek mengaku membunuh mangsa dan seorang daripada mereka membawa polis ke tempat mangsa dibunuh. "Suspek sama turut menunjukkan tempat mereka membuang dua parang yang digunakan untuk menetak mangsa," katanya. Beliau berkata, suspek pertama berusia 22 tahun ditangkap di sebuah pangsapuri di Jalan A/2D, Taman Seri Murni, Selayang, Batu Caves, pada pukul 11.45 malam kelmarin. Pada pukul 12.30 tengah malam pula, katanya, seorang lagi suspek berusia 40 tahun diberkas di sebuah rumah di Taman Selayang Bahagia, Batu Caves. "Susulan itu, kami memberkas lima lagi suspek. Antaranya ialah suspek berusia 23 tahun di Taman Selayang Jaya pada pukul 1.45 pagi semalam. "Ia diikuti tangkapan seorang lagi suspek berusia 24 tahun di Plaza Tol Seafield, USJ5, Subang Jaya, pada pukul 5.30 pagi dan rakannya berusia 23 tahun di sebuah rumah di Jalan Yusuh Shahbudin Off Jalan Raja, Taman Sentosa, Klang, pada pukul 6 pagi," katanya. Beliau berkata, hasil siasatan, semua suspek yang menganggotai satu kumpulan penjenayah itu dipercayai terbabit kes pembunuhan seorang lelaki, Borhan Sulong, 20-an yang dibunuh dengan kejam di Taman Perindustrian Ehsan Jaya. Selain itu, katanya, suspek sama juga dipercayai terbabit kes samun sebuah lori kargo di stesen minyak Shell di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), pada Rabu lalu. Pada 30 Ogos lalu, seorang kontraktor sampah berasa curiga lalu menghubungi polis apabila menemui satu guni yang kelihatan seperti berisi mayat ketika memeriksa sampah Taman Perindustrian Ehsan Jaya, di sini. Polis yang membuat pemeriksaan menemui mayat seorang lelaki dibunuh kejam dengan kesan tetakan di kepala, muka, badan dan lengan. Siasatan mendapati mayat yang masih berpakaian lengkap kemeja-T dan seluar panjang itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di situ. Menurut Abdul Rahim, hasil siasatan, seorang suspek turut membawa polis ke sebuah kawasan semak di belakang Blok F, Pangsapuri Intan Baiduri, yang membawa kepada penemuan dua parang yang masih mempunyai kesan darah dipercayai digunakan dalam kejadian itu. (sumber) |
| Kes Pembunuhan Sosilawati : Suspek Dibawa Kembali Ke Ladang, Firma Guaman Posted: 24 Sep 2010 07:35 AM PDT Nampaknya nak cukupkan kertas siasatan. Maka pihak polis sekali lagi pergi ke tempat suspek bunuh Sosilawati dan 3 yang lain. Bahkan ke Pejabat Peguam pun, polis pergi sekali. Baguslah. Lakukanlah amanah anda. Jangan biarkan penjenayah terlepas. Pada masa sama, janganlah kes tu kalah di peringkat mahkamah kerana kelemahan pihak polis jalankan siasatan. Memang perkatan tiada prima facie kes, adalah perkataan yang kurang enak didengar.. Pasukan forensik polis dan suspek dibawa ke ladang milik suspek
BANTING: Pasukan forensik polis hari ini melawat lagi ladang ternakan milik salah seorang suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Ladang yang terletak di Ladang Gadong Tanjung Sepat, Banting, Selangor adalah tempat dipercayai Sosilawati, 47, pemandunya Kamarudin Shansuddin, 44, peguam peribadinya Ahmad Kamil Abd Karim, 32 ,dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad,38, dibunuh dan dibakar selepas dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu. Pada 13 September lalu, polis mengesahkan keempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. Tinjauan mendapati sebuah van dan kenderaan pacuan empat roda dari unit forensik, sebuah Mitsubishi Pajero berwarna biru dan sebuah van yang dipercayai membawa suspek tiba di Ladang Gadong petang tadi dengan diiringi oleh kereta peronda polis. Enam kereta dengan dua daripadanya mempunyai logo Jabatan Forensik kelihatan memasuki Ladang Gadong, lokasi penyiasatan kes pembunuhan empat individu itu. Sementara itu, suspek utama kes pembunuhan berkenaan dilihat dibawa ke hadapan sebuah firma guaman di Jalan Kemboja, Off Jalan Sultan Alam Shah Banting.
Bagaimanapun, dia tidak masuk ke firma guaman tetapi hanya menunjukkan petak meletak kenderaan di hadapan firma berkenaan dan anggota forensik mengambil gambar di kawasan itu. Kemudian dia dilihat menaiki sebuah daripada enam buah kereta yang beredar dari kawasan firma itu. Sepanjang unit forensik dan suspek berada di ladang ternakan milik salah seorang suspek itu, polis mengawal ketat tempat berkenaan dan berada kira-kira 600 meter dari kawasan ladang berkenaan. Pihak media tidak dibenarkan melepasi tempat polis berkawal di hadapan sebuah kuil Hindu di Ladang Gadong itu. Pasukan forensik dan anggota polis yang berada di ladang ternakan itu kemudiannya beredar ke arah Banting. Tidak dapat dipastikan berapa jumlah suspek yang dibawa ke lokasi itu tetapi kelihatan empat lelaki berbaju warna oren dan seorang lagi berbaju ungu di dalam kereta Proton Waja dan meninggalkan Ladang Gadong.- Bernama |
| Akhbar Mana Yang Fitnah Kata Sosilawati Dirogol??? Posted: 24 Sep 2010 06:49 AM PDT Akhbar manakah yang buat fitnah ni...Utusan Malaysia ke..nanti saya akan bagi jawapannya lepas ini.. Polis nafi kenyataan sebuah akhbar mengatakan Sosilawati dirogol
KUALA LUMPUR: Polis hari ini menafikan laporan media yang mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan mangsa pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dirogol. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam satu kenyataan di sini menafikan laporan itu, yang disiarkan di muka depan sebuah harian berbahasa Melayu semalam bertajuk '8 suspek jalani ujian sperma: Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati dirogol'. Mohd Bakri berkata, tujuan kelapan-lapan suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan adalah bagi memastikan kesemua suspek dalam keadaan baik serta (untuk) mengenal pasti jika ada sebarang kecederaan mahupun penyakit yang dialami semua suspek sebelum dibenarkan berjumpa dengan peguam mereka," katanya dalam kenyataan itu. Bakri berkata selain itu, tiada sebarang pemeriksaan lain dipohon oleh PDRM kepada pihak hospital ke atas kesemua suspek berkenaan. Laporan akhbar itu mendakwa kesemua suspek termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di HKL dua hari lalu. Difahamkan juga sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol. Dikatakan juga bahawa pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama minggu lalu berikutan ada penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan. Sumber yang diperoleh oleh akhbar berkenaan juga mengatakan bahawa proses itu sebahagian daripada prosedur standard Operasi PDRM khusus untuk melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah. Bakri juga mengulas laporan yang disiarkan di muka surat enam sebuah harian berbahasa Inggeris hari ini yang bertajuk 'Suspect Claims Abuse By Cops' mengenai dakwaan bahawa suspek dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati dipukul dan dipaksa menandatangani beberapa dokumen oleh polis. "Pihak polis ingin menasihatkan pihak berkenaan supaya membuat laporan polis dengan segera bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan. 'Datuk' itu dan adiknya yang juga seorang peguam adalah suspek pertama yang ditahan polis pada 9 September di Banting, manakala enam lagi ditahan pada 10 September," katanya. Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan polis sudah mendapat perintah tahanan reman sehingga 30 September ini bagi membantu siasatan berhubung kes itu. - Bernama Akhbar yang buat fitnah ini adalah akhbar Berita Harian. Memang besar tajuk dia semalam. Ini tajuknya : 8 suspek jalani ujian sperma :Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati juga dirogol. Tak pecaya. Cuba klik di sini |
| Apa Nak Jadi Dah Malaysia Nih?? 2 Lagi Dilaporkan Hilang Di Banting Posted: 24 Sep 2010 06:00 AM PDT Ada lagi rupanya orang hilang di banting. Ini mesti polis bangsat Banting tak buat kerja ni. Atau makan roswah. Kalau sorang dua hilang takpelah. Ni sampai berbelas-belas apa hal? Mereka tak tahu jadi polis ke?? Atau kena makan suap. Jarak balai polis dengan pejabat suspek pembunuh yang dekat pun, polis gagal tangkap pembunuh bersiri ini.. Susulan kes Sosilawati: Dua lagi aduan orang hilang di Banting
KUALA LUMPUR, 24 Sept: Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam mendakwa menerima dua aduan berhubung kehilangan anggota keluarga di Banting, Selangor yang dipercayai ada kaitan dengan peguam yang merupakan suspek utama kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain semalam. Manikavasagam berkata aduan tersebut dibuat oleh keluarga mereka semalam dengan mendakwa mangsa hilang kira-kira lapan hingga sembilan bulan lepas setelah berurusan dengan suspek utama dalam urusan berkaitan penjualan tanah. "Laporan polis juga telah dibuat oleh mereka," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Manikavasagam mendakwa satu daripada laporan itu dibuat di balai polis Rawang, Selangor bagaimanapun Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah menafikan menerima laporan seumpama itu. Anggota Parlimen yang tidak pasti di mana satu laporan dibuat juga enggan mendedahkan identiti mangsa dan berjanji akan mendedahkannya esok. Beliau hadir bersama S.Usharani, isteri kepada usahawan dari India, Allal Kanthan Muthuraja yang dilaporkan hilang bagi menyerahkan bukti penting iaitu sebuah telefon bimbit yang merakam perbualan telefon antara Usharani dengan seorang peguam yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik itu, kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Turut dirakam ialah perbualan telefon antara Usharani dengan seorang lelaki yang mendakwa beliau adalah pegawai polis dari Bukit Aman bernama ASP Suresh. Mereka bagaimanapun tidak dapat menyerahkan bukti tersebut berikutan Ismail tidak ada di pejabatnya dan hanya dapat berjumpa dan menyerahkan bukti tersebut pada minggu depan. Bagaimanapun, Usharani hanya dapat menyerahkan memorandum yang mengandungi salinan laporan polis yang dibuat tentang kehilangan suami beliau, salinan pasport, salinan surat beranak anak-anaknya dan salinan surat beliau kepada Pesuruhjaya India kepada unit perhubungan awam Bukit Aman hari ini. Manikasavagam berkata ia bagi membantu polis menyiasat kehilangan suami Usharani. Semalam Usharani mendedahkan menyimpan dua rakaman percakapan dalam bahasa tamil melalui telefon bimbitnya yang boleh dijadikan bahan bukti. Rakaman perbualan pertama pada 28 Januari membabitkan beliau dengan peguam yang merupakan suspek utama pembunuhan Sosilawati. Dalam perbualan itu, lelaki berkenaan menafikan bersama suaminya dan menyatakan beliau sedang berada di luar negara manakala rakaman kedua pula ialah perbualannya dengan seorang lelaki yang mengaku pegawai polis berpangkat ASP dari Bukit Aman yang meminta wang 10 lakhs (RM1 juta) bagi membebaskan suaminya yang ditahan polis kerana kesalahan dadah.
Usharani yang menetap di Ramapuram, Chennai, India mendakwa suaminya, Muthuraja tiba di Malaysia pada 18 Januari lepas untuk bertemu dua sahabat karibnya, iaitu dua beradik yang juga peguam yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Sosilawati. Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani dating ke Malaysia dan membuat laporan polis pada 8 September lepas di Banting. -Bernama- |
| Peguam Suspek Pembunuh Sosilawati Dikatakan Pelakon Lucah, Pernah Memiliki 2,000 Gambar Lucah Posted: 24 Sep 2010 05:05 AM PDT Rupa-rupanya peguam yang wakili suspek kes bunuh Sosilawati adalah pelakon filem lucah. Ini bukan fitnah, tapi kenyataan. Tanyalah mereka yang pernah hidup pada tahun awal 90an, tentu kenal kes ini. Siapakah tidak akan lupakan aksi seks terus-menerus selama 45 minit tanpa henti dalam pita seks itu. Bahkan dilaporkan pada awal pita itu, terdapat klip video yang dimulai dengan nyanyian tamilwood. Pita seks itu dikatakan pelbagai jenis dan ia termasuklah aksi jijiknya dengan seorang penyampai berita Cina yang cantik. Vijandran juga pernah dikaitkan dengan 2,000 keping gambar dan negatif serta sebelas video tape lucah! Malah, "pelakon wanita" didalam video tersebut telah mati akibat membunuh diri! Selepas tersebar pita itu oleh Karpal Singh yang mencabar di luar Dewan, maka si Vijandran telah meletak jawatan sebagai Speaker Timbalan Dewan Rakyat dan kembali menjadi peguam. Sebelum itu, dia dikenali ramai sebagai ayam taruhan Samy untuk lawan Datuk S. Subramaniam ketika itu sebagai Timbalan Presiden MIC. Semasa menjadi peguam, Majlis Peguam pernah menolak permohonannya perbahurui sijil amalan guaman untuk membolehkannya terus menjadi peguam. Namun ia dapat diselesaikan setelah peguam tersebut merayu beberapa kali di Mahkamah Rayuan. Sejak itu, namanya terus tenggelam dalam arena politik negara ini. Tup..tup..dia muncul kembali. Muncul menjadi peguam kepada suspek pembunuh. Memang sesuai sangatlah bila pelakon lucah jadi peguam kepada pembunuh. Patutlah semacam punya statement bila dia memburukkan pihak Polis melakukan siasatan. Apapun biarlah sistem keadilan tentukan, kisah dia tak bermoral adalah kisah belakang. Yang penting janganlah putar keling dan menipu..sudahlah.. Ini sumber daripada WIKIPEDIA:
Pita video lucah Vijandran muncul setelah rumah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vinjandran dimasuki pencuri pada 8 Ogos 1988 . Pencuri tersebut telah mencuri 11 pita video dipercayai aksi lucah D.P Vijandran yang tersimpan dalam sebuah peti besi . Ibu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu turut diugut. Dua bulan kemudian , Datuk Megat Junid Megat Ayub selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa 4 orang lelaki telah ditahan dan sedang disiasat oleh pihak polis PDRM kerana memiliki pita video tersebut. Pada 6 Disember 1989 , Karpal Singh seorang peguam dan ahli parlimen Jelutong , Pulau Pinang telah membangkitkan isu pita video lucah tersebut. Pada 11 Disember 1989 beliau menamakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vijandran sebagai lelaki dalam video tersebut. D.P Vijandran segera menafikan hal itu dan menutup suis pembesar suara Karpal Singh dan mengarahkan Karpal Singh keluar dari Dewan Rakyat. Tetapi Karpal Singh terus membuat dakwaan di luar parlimen dan mendesak V.P Vijandran meletak jawatan . Lalu D.P Vijandran membuat saman malu terhadapnya. Datuk Zaman Khan selaku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah , PDRM menjelaskan bahawa Polis Bukit Aman akan menyerahkan laporan penuh kepada Kementerian Dalam Negeri. Terdapat percanggahan kenyataan antara Datuk Zaman Khan dengan Peguam Negara , Tan Sri Abu Talib Osman. Tan Sri Abu Talib menasihati polis memusnahkan kesemua 11 pita video dan 4 sampul surat yang dicuri dari rumah D.P Vijandran sedangkan semua itu boleh menjadi barang kes / bahan bukti terpenting di mahkamah. Seksyen 413 Kod Prosedur Jenayah menyatakan hanya majistret mempunyai kuasa memusnahkan bahan bukti. Itupun melalui peraturan yang ketat. Sebaliknya Tan Sri Abu Talib menyatakan beliau tidak melanggar sebarang undang-undang kerana telah mendapat persetujuan daripada pemiliknya, D.P Vijandran, tokoh masa depan MIC. Ironinya, mengapa D.P Vijandran tidak didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 24(1) Akta Penapis Filem 1952 iaitu memiliki video lucah. Denda RM10,000 dan 6 bulan penjara boleh dikenakan atau kedua-duanya sekali serta membuat laporan palsu kepada polis. Majlis Peguam membidas tindakan Peguam Negara yang bertindak tidak mengikut undang-undang sedia ada. Tetapi Peguam Negara hanya berdiam diri dan enggan menjawab sebarang tohmahan. Pada 1988, Peguam Negara dan Majlis Peguam bertelagah berhubung pemecatan Tun Salleh Abbas selaku Ketua Hskim Negara. Percanggahan berlaku kerana Tan Sri Abu Talib menyatakan barang kes dimusnahkan setelah mendapat kebenaran D.P Vijandran sementara Datuk Zaman Khan menyatakan polis sedang menyiasat. S.M Mohd Idris selaku Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hairan bagaimana pita video itu dimusnahkan setahun tahun (1988). Masyarakat mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar. Peguam Negara sepatutnya memberitahu seawal mungkin , bukan selepas setahun dimusnahkan. Mengapa mesti dimusnahkan ?. M.G Pandhithan yang juga bekas Naib Presiden MIC ketika itu menyatakan tokoh tertentu jelas terbabit dan D.P Vijandran harus meletakkan jawatan sebelum menjadi isu politik menjelang Pilihan raya umum Malaysia 1990. Datin Paduka Hajah Rahmah Osman selaku Ketua Pergerakan Wanita Semangat 46 mahu D.P Vijandran meletakkan jawatan sebagaimana pemimpin politik Jepun meletakkan jawatan apabila terbabit dengan skandal membabitkan geisha dan skandal penyelewengan dana parti politik. |
| Khary Jamaluddin Menang Ke Atas Anwar Posted: 24 Sep 2010 04:05 AM PDT Nampaknya Mahkamah Kangaroo sudah buat hal kembali. Bila kes Anwar saman Mahathir, soal bahasa pun diketepikannya permohonan Anwar untuk saman si Mahathir ini. Tapi bila Anwar timbulkan isu KJ tak masukkan notis kehadiran (dalam erti kata mudah), kehadiran nak ke mahkamah dan dah dapat penghakiman ingkat (Judgement in default), tapi mahkamah berpihak pada KJ pula. Walaupun ia isu kecil, kenapa ada ultra vires. Masa Mahader menang kes dulu, peguam mamak ni guna isu kecil yang peguam Anwar failkan permohonan guna bahasa Inggeris , sedangkan ia di dalam Bahasa Malaysia. Tapi bila Anwar timbulkan isu notis kehadiran KJ..ini yang Anwar dapat.. Khairy menangi rayuan ketepikan penghakiman ingkar KUALA LUMPUR 24 Sept. - Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari ini berjaya dalam rayuannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap beliau dalam saman fitnah RM100 juta terhadapnya. Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd. Yusof membenarkan rayuan Khairy dengan kos RM4,000. Beliau membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam yang mewakili Khairy, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam yang mewakili Anwar, S.N. Nair. Khairy merayu terhadap keputusan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Nazri Yahya yang menolak permohonannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Anwar daripada Mahkamah Tinggi. Nazri memutuskan penyerahan writ saman ke atas Khairy adalah sah. Pada 4 Disember 2008, Anwar memperoleh penghakiman ingkar daripada Mahkamah Tinggi terhadap Khairy apabila Ketua Pemuda UMNO itu gagal memasukkan kehadiran selepas writ saman itu diserahkan ke atasnya. Khairy memfailkan permohonan untuk mengetepikan penghakiman itu pada 20 Februari 2009. - Bernama |
| Kisah Pembunuhan Sosilawati Akan Difilemkan Oleh Penerbit Filem Tamil Posted: 24 Sep 2010 03:15 AM PDT Dilaporkan bahawa kes kehilangan Muthuraja panas di India. Ini kerana Muthuraja ada kaitan dengan industri perfileman di India dan ia dikenali ramai. Yang sedihnya, wartawan di sana menulis laporan kehilangan Muthuraja dalam bentuk sinis dengan memberi amaran kepada ahli perniagaan dari India agar lebih berhati-hati semasa berurusan dengan orang Malaysia, hatta orang keling sekalipun. Apapun baguslah berita itu jadi panas di India, biar dunia tahu betapa parahnya jenayah di negara ini. Dan mungkinkah kes pembunuhan Sosilawati dan Muthuraja, akan dijadikan jalan cerita di India. Mungkin Sivagi akan jadi hero, dan akan import Zambry Mamak jadi peguam suspek pembunuh itu...ia tak mustahil berlaku berdasarkan tulisan di bawah ini.. Sosila Malai Mere Minkijar Inspector Sahab Mungkin sekarang ini ramai pengarah dan pengeluar filem Bollywood sedang memikirkan untuk membuat satu cerita filem yang ada kaitan dengan kisah pembunuhan Sosilawati oleh peguam yang menjadi suspek utama dalam kes tersebut. Di tangan pengarah-pengarah filem Bollywood, cerita ini akan menjadi lebih menarik yang tentunya dipenuhi oleh elemen-elemen suspen dan thriller, yang membuatkan penonton cemas dan tidak boleh duduk diam di kerusinya. Seperti biasa dalam filem-filem Bollywood akan ada pegawai-pegawai polis yang tamak yang boleh dibeli oleh samseng berprofil tinggi. Pegawai-pegawai polis ini akan melindungi kerja-kerja gelap ketua samseng yang berpengaruh ini, dan sebagai balasan, pegawai-pegawai polis ini akan mendapat habuan yang besar dari ketua samseng tersebut. Di sana akan ditonjolkan seorang manusia yang mempunyai dua wajah yang berbeza. Di satu wajah dia dilihat sebagai seorang peguam memperjuangkan keadilan dan membela rakyat yang memerlukan pembelaan, dan di sebalik itu dia seorang yang kejam, yang sanggup membunuh ramai orang untuk memenuhi agenda dan kepentingannya. Sudah terbayang juga kepada kita filem itu akan disulami oleh tarian-tarian yang ditarikan oleh penari-penari wanita jelita yang berpakaian menjolok mata bagi menghiburkan tetamu-tetamu istimewa ketua samseng tersebut, berlangsung dalam kediaman mewah lagi eksklusif. Untuk menjadikan lebih menarik lagi dan tidak mengeciwakan penonton, watak Sosilawati dalam cerita ini tidak akan dimatikan, sebaliknya dia mungkin menjadi hero yang akan menggunakan segala kepintarannya untuk mendedah dan menghapuskan kerja-kerja jahat si peguam itu. Penonton tentu sentiasa berasa cemas melihat Sosilawati, seorang perempuan, cuba melepaskan diri dari cengkaman peguam yang berpura baik itu. Sedangkan di kawasan itu hampir tidak ada jalan untuk keluar, di kawal rapi dan bertembok tinggi. Di akhir cerita filem yang penuh aksi ini, penonton berasa lega, Soliwati akhirnya dapat melepaskan diri, peguam jahat dan polis yang bersubahat dengannya ditangkap dan akan dihadapkan ke makamah untuk dihukum atas segala kesalahan yang mereka lakukan. Saya tidak nampak, jika kisah ini mahu difilemkan oleh pengeluar filem di Negara kita seperti Datuk Yusuf Haslam, akan menjadi satu filem yang menarik. Kerana pengarah filem kita terikat dengan etika, polis mesti dilihat baik di dalam filem. Kalau mahu difilemkan juga, ia tidak lebih kelihatan seperti siri drama Gerak Khas di RTM yang membosankan penonton itu. (kisah ini dipetik di sini) |
| SYABAS Minta Pampasan 380 Juta, Tapi Kerajaan Selangor Pula Akan Saman SYABAS Kerana Pecah Kontrak Posted: 24 Sep 2010 02:49 AM PDT Syabas..memang syabas..suka menyusahkan rakyat. Dan sekarang diri mereka pula susah, kerana dikhabarkan kerajaan PR Selangor akan saman Syabas kerana pecah kontrak. Selangor tak layan tuntutan RM308 juta Syabas SHAH ALAM 24 Sept. - Kerajaan Selangor tidak akan melayan tuntutan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang mahu kerajaan negeri itu membayar pampasan RM308 juta kerana enggan menaikkan tarif air. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, kerajaan negeri berpendapat Syabas tidak layak menaikkan tarif kerana rakyat Selangor masih berdepan dengan pelbagai masalah air. "Antara masalah itu termasuklah bekalan air yang teruk, bekalan air yang tidak berkualiti dan peratusan air tidak berhasil yang tinggi disebabkan penyelenggaraan paip yang buruk dan telah mengakibatkan kerajaan negeri kerugian berjuta ringgit," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Berasaskan itu juga katanya, kerajaan negeri yakin mempunyai hak dan alasan kukuh untuk mengheret Syabas ke mahkamah kerana kegagalan mematuhi beberapa asas penting dalam perjanjian konsesi air yang ditandatangani. - Bernama |
| Posted: 24 Sep 2010 01:12 AM PDT KOTA BHARU - "Saya akan saman kerana kecuaian pihak hospital yang tertinggal kain kapas dalam rahim isteri saya selepas melahirkan anak telah menyebabkan saya kehilangan orang tersayang." Itulah kata Musa Abdul Kadir, 44, yang mendakwa kecuaian pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian ketika melakukan pembedahan yang menjadi punca isterinya mati di hospital itu Selasa lalu. Menurut Musa dari Kubang Kerian, isterinya, Aumil Khairri Abd. Razak, 44, yang melahirkan bayi keempatnya di HUSM pada pukul 7.03 malam 17 Ogos lalu mengadu sakit yang teramat di dalam perut tiga jam kemudian. "Selepas ujian X-ray, doktor mendapati ada satu objek tertinggal di dalam perut selepas pembedahan melahirkan anak kami. "Selepas memberi kebenaran, doktor HUSM melakukan pembedahan kedua pukul 2 petang pada 22 Ogos dan dua keping kain kapas berjaya dikeluarkan di sebelah kiri dan kanan rahim isteri saya," ceritanya lagi. Menurutnya, pada 25 Ogos, isterinya mengalami demam panas dan meracau kerana terlalu sakit menyebabkan doktor memberinya ubat tahan sakit sehingga membawa kepada koma selama dua minggu sebelum meninggal dunia. |
| Bekas majikan berperangai keji Posted: 24 Sep 2010 12:31 AM PDT NEW YORK - Bekas Presiden firma Bulletproof Enterprises, David Brooks (gambar) yang pernah disabitkan melakukan penipuan saham dan perdagangan haram telah disaman oleh seorang bekas pekerja wanitanya, Jessica Poolt kerana melakukan gangguan seks, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut dokumen Mahkamah Tinggi Manhattan di sini, wanita itu mendakwa Brooks menuntut dia memakai skirt pendek tanpa seluar dalam. Wanita itu turut menyatakan dalam dokumen tersebut, terdapat gambar-gambar wanita bogel di apartmennya yang menjadi tempat bermesyuarat kakitangan syarikat yang terpaksa dihadirinya. Menurut wanita itu yang sudah berkahwin, Brooks turut bertanya soalan yang menyentuh peribadi seperti hubungan asmara dengan suaminya. Dokumen mahkamah tersebut menyatakan Brooks akan menambahkan beban kerja jika dia menentang gelagat keji majikannya di syarikat pembuat peralatan kalis peluru itu. Saman itu tidak menyatakan jumlah pampasan yang dituntut oleh wanita tersebut. - Agensi |
| Eye On Malaysia Projek Gajah Putih..Bila Nak Cabut Benda Tu Posted: 23 Sep 2010 11:49 PM PDT Eye on Malaysia jadi 'gajah putih'
KEADAAN di sekitar tapak Eye On Malaysia berhampiran muara Sungai Melaka yang terbiar dan dikotori sampah sejak menghentikan operasi pada Februari lalu.\ MELAKA 22 Sept. – Orang ramai mahu kerajaan negeri bertegas dengan syarikat pemilik Eye On Malaysia bagi mempercepatkan rundingan mengeluarkan buaian gergasi itu yang terbiar tanpa operasi sejak tujuh bulan lalu. Rata-rata mereka berpendapat, buaian roda gergasi itu kini bukan sahaja menjejaskan sektor pelancongan negeri, malah menyakitkan mata memandang apabila melihat persekitarannya tidak dijaga rapi. Tinjauan Utusan Malaysia di Eye on Malaysia yang terletak bersebelahan tapak projek Marina Melaka, di muara Sungai Melaka hari ini mendapati ada kebenarannya. Kawasan yang dahulunya dijaga rapi dengan landskap yang indah kini kelihatan seperti tapak pembinaan apabila sisa sampah dan kayu bertaburan di sana sini. Khemah niaga yang dahulunya tersergam indah kini semakin mereput sehingga hampir menyembah bumi. Landskap yang begitu indah sebelum ini kini digantikan dengan pokok-pokok liar yang turut tumbuh di celah-celah longkang sehingga menyakitkan mata memandang. Bagi Mohd. Helmi Hassan, 27, kewujudan Eye On Malaysia kini boleh diibaratkan sebagai projek gajah putih yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada negeri ini. "Saya harap, kerajaan negeri dapat bertegas dengan pemilik buaian roda gergasi supaya mereka segera memindahkannya kerana lebih lama ia dibiarkan, semakin menyakitkan mata. "Semakin lama tempat ini terbiar, semakin mencemarkan produk pelancongan negeri sedangkan tapak itu mungkin boleh digantikan dengan produk-produk lain," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali Tan, 42, berkata, dia menyambut baik hasrat kerajaan negeri memindahkan Eye On Malaysia dan menggantikannya dengan buaian roda gergasi lebih besar dengan ketinggian 82 meter serta mempunyai 58 gondola. Namun apa yang mengecewakan katanya, sehingga kini, masih tidak menampakkan apa-apa perkembangan positif sebaliknya tapak Eye On Malaysia terus terbiar tanpa penjagaan. "Saya tengok, tapak Eye On Malaysia ini sangat strategik kerana terletak berhampiran dengan pesisir laut dan saban hari ramai penduduk dan pengunjung datang ke sini. "Saya yakin, buaian roda gergasi yang baru nanti akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan hasil pembangunan itu tentu akan membuatkan kawasan sekitarnya membangun," tambahnya. Kemelut yang melanda roda gergasi bermula 15 September 2009 apabila Fitraco NV, sebagai pemilik asal buaian gergasi itu memfailkan saman terhadap Eye On Malaysia Sdn. Bhd. dan MST Ad Suria Sdn. Bhd. (MST) selepas syarikat terbabit gagal melunaskan tunggakan hutang bagi menyewa dan membawa buaian berkenaan ke Malaysia pada 2006. Bagaimanapun pada 8 Februari lalu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur membenarkan permohonan pemilik syarikat dari Belgium itu untuk mengeluar dan memindahkan roda gergasi itu dari Muara Sungai Melaka. Dengan perintah tersebut bermakna, Fitraco NV selaku plaintif boleh membuat apa sahaja termasuklah menjual roda gergasi itu selepas mengambilnya balik daripada pemilik roda itu di negara ini. Buaian gergasi itu telah dipindahkan dari Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur ke muara Sungai Melaka pada September 2008 dan beroperasi secara rasmi pada 7 November 2008. |
| Rakyat Terengganu perlu tolak pemimpin ‘jahat’, ‘lemah’ Posted: 23 Sep 2010 11:06 PM PDT KUALA LUMPUR, 22 Sept: Rakyat Terengganu harus 'celik' dalam memilih pemimpin agar tidak berhadapan dengan pelbagai masalah akibat kelemahan pemimpin yang dipilih. Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pemimpin yang wajar dipilih ialah pemimpin yang mengamalkan dasar Islam yang sebenar, bukan mengambil sebahagian sahaja untuk kepentingan politik mereka. "Rakyat Terengganu kena pilih pemimpin yang mempunyai agenda Islam yang jelas dan mesti tengok individu yang memperjuangkan dasar agama, bukan memperjuangkan dasar kebangsaan atau pembangunan semata-mata atau sesuatu yang tidak lengkap dan tidak syumul. "Perjuangan Islam ialah perjuangan yang syumul yang membabitkan pembangunan, akhlak, adat dan semua sekali," kata Nik Zawawi ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbalahan berpanjangan di antara penyokong-penyokong bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Penyokong-penyokong Idris mendakwa Ahmad sebagai 'bodoh' dan 'tidak pandai memerintah negeri' manakala penyokong-penyokong Ahmad pula menyifatkan Idris sebagai 'jahat dan 'tidak tahu adab'. Nik Zawawi mengakui kepimpinan Idris semasa menerajui negeri dahulu hanyak memberi tumpuan kepada pembangunan materialistik serta meninggalkan ajaran Islam. Ahmad pula ujarnya, memang lemah dari sudut pengurusan dan juga tidak mementingkan ajaran Islam. "Bagi saya, dua-dua kepimpinan begini tidak berguna. Kepimpinan Idris dahulu memang banyak memberi perhatian kepada pembangunan semata-mata dan meninggalkan masalah adab sopan termasuk dengan Sultan dan meninggalkan banyak ajaran Islam yang menyebabkan banyak kecacatan berlaku. "Ahmad Said pula memang dari sudut pentadbiran negeri memang lemah di samping dia meninggalkan ajaran Islam," katanya yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat. Tambahnya, pemimpin yang tidak mengamalkan dasar Islam akan berdepan dengan pelbagai masalah termasuk masalah pembangunan, akhlak dan moral. "Oleh kerana pemimpin Umno oleh kerana dasarnya lari daripada Islam, maka kita dapat lihat kecacatan di pelbagai aspek. "Sebab itu kalau kita tengok di negara kita bukan sahaja di Terengganu, di negeri yang lain pun, soal keruntuhan moral amat ketara," ujarnya. Justeru, beliau mengingatkan rakyat Terengganu agar tidak membuat kesilapan dalam memilih pemimpin dan meletakkan agama sebagai kriteria utama. "Kalau tidak meletakkan Islam di hadapan, kita akan berdepan dengan masalah yang sama sebagaimana kita pernah pilih pemimpin-pemimpin sebelum ini. "Kita tidak ada pilihan yang lain kecuali kita kena tukar dasar itu sendiri yang mana pemimpin yang bakal kita pilih ialah pemimpin yang membawa dasar agama yang lengkap, barulah negara kita selamat," katanya. |
| Macam2 Zaman Najib : Guru Agama Perkosa Gadis Posted: 23 Sep 2010 09:45 PM PDT Umpan RM10, penjara 10 tahun KUALA TERENGGANU: Umpan RM10 yang diberikan seorang guru mengaji al-Quran sebelum merogol anak muridnya lima tahun lalu akhirnya dibalas dengan hukuman penjara 10 tahun selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Hakim Che Mohd Zulkifly Jusoh memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh yang berusia 62 tahun bermula dari tarikh sabitan semalam selepas mengambil kira faktor usia tua dan pengakuannya yang insaf atas perbuatannya. Tertuduh yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan mangsa yang kini berusia 19 tahun didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral itu pada 11 Jun 2005, kira-kira jam 3 petang di Kampung Pak Madah, Bukit Payong, Marang selepas mangsa mengaji al-Quran dengan lelaki berkenaan di sebuah surau. Mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun pergi ke rumah saudara tertuduh, namun saudaranya tidur dan dia mengambil keputusan pulang sebelum terserempak tertuduh yang menggosok lengan dan bahu mangsa. Tertuduh seterusnya mengumpan mangsa dengan memberikan wang RM10 dan membawa masuk mangsa ke dalam sebuah bilik sebelum bertindak merogol selepas menanggalkan pakaian mangsa sehingga bogel. Mangsa yang membuat laporan polis bersama keluarganya pada 23 Jun 2005 kira-kira jam 6 petang, menjalani pemeriksaan di hospital dan doktor mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa dan selepas itu tertuduh ditangkap di rumahnya di Kampung Pak Madah, keesokannya. Ketika pertuduhan dibacakan, tertuduh yang mempunyai empat isteri serta 11 anak kelihatan tenang dan dengan rela hati mengaku bersalah. "Kita (saya) akui segala keterangan dan kira nak mengakulah (salah) dan sedia dijatuh hukuman, kasihan pada dia (mangsa)," kata Shamsuddin. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohd Asaari Salleh.
|
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





n. Lebih baik letak orang yang pandai buat kerja, bukannya pandai berkata-kata macam burung kakak tua..



























Tiada ulasan:
Catat Ulasan