Sabtu, 25 September 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Saja nak tanya Reezal Merican - ke mana hasil cukai arak, judi dan babi...

Posted: 25 Sep 2010 07:30 AM PDT

AJK Pemuda Umno yang juga ahli Umno dalam bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang , Reezal Merican Naina Merican, nampaknya bersungguh-sungguh 'memperjuangkan' untung nasib Melayu Pulau Pinang. Keghairahannya semakin menjadi-jadi setelah BN/Umno tewas dalam pilihan raya lepas di Pulau Pinang.

Ada saja yang tak kena dengan pentadbiran negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Reezal Merican, elok juga kita rujuk kepadanya sebagai 'cek', iaitu rujukan mesra orang Tanjong kepada orang yang lebih muda sama seperti mereka merujuk kepada orang yang lebih tua sebagai mamak, mamu, mami, atta ataupun nana dan aci.

Reezal, cek tentu tau dan pandai cari modai nak tegork dan nana, saya bahasakan diri saya sebagai abang walaupun boleh jadi bapa kepadanya, suka tengok cara cek keluark 'press statement'. Cek memang tera.


Cuma satu yang nana nak tanya kat cek bab duit judi yang cek kata kerajaan negeri Pulau Pinang guna dok bantu orang miskin. Nana nak tau kalu-kalu benda yang sama dibuat oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain dan kerajaan persekutuan. Mana la tau kot-kot cek boleh jawab.

Nana nak tanya pasai duit atau cukai yang dikutip hasil daripada pengimportan arak, pengeluaran lesen judi, cukai yang dikutip atas keuntungan kasino di Genting Highlands, cukai-cukai yang dikutip hasil keuntungan loteri, Sports Toto dan Magnum.

Duit tu semua pi mana kalau tak masuk dalam hasil kerajaan persekutuan dan ada yang masuk dalam kutipan hasil kerajaan negeri.

Dengan itu, segala cukai dan kutipan hasil penjualan arak, hasil judi dan hasil keuntungan ladang-ladang ternakan babi dan hasil eksport babi ke Singapura disatukan dalam hasil atau perolehan negara. Duit tu juga diguna atau dibelanja untuk pembangunan negara termasuk membina rumah-rumah ibadat, sekolah, hospital dan kemudahan awam lain.

Hasil itu juga diguna untuk membantu orang miskin di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk mereka yang beragama Islam.

Tak kan kerajaan asingkan hasil daripada sumber haram itu daripada jumlah hasil keseluruhan yang dikutip sama ada melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Pejabat-pejabat Tanah, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya, daripada hasil atau cukai yang bukan haram. Tentu tidak.

Oleh itu, pasai apa cek Reezal Merican bangkitkan sumbangan yang dikatakan dibuat oleh Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada kerajaan negeri untuk bantu orang miskin di negeri cek sendiri.

Dah tentu tak dak beza dengan apa yang dibuat oleh kerajaan-kerjaan Negeri dan kerajaan Persekutuan. Jadi pasai apa nak jadikan satu isu ..... jangan lah jadi macam si periuk yang dok kata si belanga hitam sedangkan diapun hitam macam tu juga.

Cek Reezal kena pi belajar main politik lagi dengan tok guru Abdullah, la ni Tun Abdullah, cucu Pak Hassan Kontong atau Kwantung, pasai mungkin ada benda yang dia tak peturunkan kat cek.

[Sumber]

Sosilawati: Jentolak Dibawa Masuk Ke Ladang Gadong

Posted: 25 Sep 2010 07:00 AM PDT

KUALA LANGAT, 25 Sept (Bernama) -- Sebuah jentolak dilihat dibawa masuk ke Ladang Gadong di Tanjong Sepat di sini petang tadi, iaitu lokasi pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain.

Jentera berkenaan memasuki kawasan itu dengan diiringi sebuah kereta peronda polis kira-kira 4.30 petang sebelum meninggalkan kawasan ladang kira-kira 6.15 petang.

Sebelum itu pihak media yang berkampung di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat melihat 12 kenderaan MPV polis dan forensik serta sebuah van yang membawa empat suspek, keluar dari perkarangan IPD itu kira-kira 3.45 petang dan masuk ke ladang berkenaan pada 4 petang.

Media bagaimanapun dihalang memasuki kawasan ladang itu dan terpaksa menunggu di simpang berhampiran kuil, iaitu kira-kira 600 meter dari ladang milik suspek utama kes pembunuhan tersebut.

Namun pergerakan polis yang berlaku itu difahamkan mempunyai kaitan dengan kes lain tetapi melibatkan suspek utama kes Sosilawati.

Tiga Suspek Kes Sosilawati Ditahan Semula Bagi Kes Bunuh Ahli Perniagaan India

Posted: 25 Sep 2010 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Tiga suspek kes pembunuhan kejam jutawan komestik Datuk Sosilawati Lawiya, termasuk dua peguam adik beradik, ditahan semula bagi membantu siasatan polis berhubung pembunuhan seorang ahli perniagaan dari India.

Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap ketiga-tiga suspek Ahad.

Kehilangan ahli perniagaan berkenaan, Allal Kathan Muthuraja, turut dikaitkan dengan suspek kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain, apabila dia dilapor hilang selepas dijemput kedua-dua peguam itu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba di Malaysia 18 Jan lepas.

Rabu lepas, polis mengesahkan Muthuraja, 34, yang dilaporkan hilang sejak awal tahun ini, telah dibunuh.

Isteri mangsa, S.Usharani, 24, membuat laporan mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Banting pada 8 Sept lepas, dan memberi keterangan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

Ketiga-tiga suspek sebelum ini ditahan reman selama seminggu sejak 12 Sept lepas, berhubung kes pembunuhan Sosilawati, 47, pemandu peribadi Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32.

Tempoh tahanan reman mereka kemudian dilanjutkan seminggu lagi dan berakhir Sabtu.

Keempat-empat mangsa pembunuhan kejam itu dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 Sept lepas, polis mengesahkan kesemua mangsa telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor.

Pegawai Malaysia Belum Puas Hati Dengan Keadaan Perkampungan Sukan

Posted: 25 Sep 2010 06:00 AM PDT

Oleh P. Vijian

NEW DELHI, 25 Sept (Bernama) -- Walaupun hanya tinggal lapan hari lagi bermulanya Sukan Komanwel 2010 di sini, para pegawai Malaysia belum berpuas hati dengan keadaan di perkampungan sukan berkenaan.

"Saya masih menaruh harapan, banyak lagi kerja yang perlu disiapkan (di tempat di mana atlet Malaysia akan menginap). Kerja pemasagan paip, bekalan elektrik dan kebersihan perlu diperbaiki.

"Kami harap segalanya akan siap menjelang Selasa ini apabila atlet kita tiba.Kami mendesak mereka (penganjur) menyiapkannya, ada beberapa kemajuan," kata pengurus besar Sukan Komanwel Malaysia Jefri Ngadirin kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata makanan dan hal berkaitan kesihatan tidak menjadi isu kerana ia diberi perhatian sewajarnya oleh penganjur.

Delegasi Malaysia dengan tujuh anggota yang diketuai Jefri, tiba di Delhi dua malam lepas, untuk memeriksa keadaan venue dan zon kediaman atlet, selepas pihak penganjur sukan itu gagal menyiapkan segala kemudahan yang diperlukan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Hingga hari ini, para pekerja termasuk lelaki dan wanita, kebanyakan mereka dari beberapa negeri berdekatan, masih kelihatan bertungkus-lumus membersihkan ibu negara India itu yang akan menjadi tumpuan warga media dari seluruh dunia beberapa hari lagi.

Dari 3 hingga 14 Okt, hampir 7,000 atlet akan berkampung di Delhi untuk mengambil bahagian dalam edisi kesembilan Sukan Komanwel yang julung kalinya diadakan di India.

Pasukan boling padang dengan 15 anggota merupakan kumpulan atlet pertama Malaysia yang tiba di Delhi malam tadi dan mereka terpaksa menginap di sebuah hotel di bandar raya itu kerana bilik penginapan mereka di perkampungan sukan berkenaan masih belum disiapkan.

Mereka bagaimanapun berpindah ke perkampungan itu tengah hari ini dan memulakan latihan.

Malaysia akan menghantar kira-kira 200 atlet serta 90 pegawai ke sukan itu untuk mengambil bahagian dalam 14 acara.

Delhi, yang sebelum ini dilanda suasana suram, bertukar menjadi sebuah bandar raya yang meriah apabila pasukan asing mula tiba, walaupun pada mulanya banyak negara yang keberatan untuk mengambil bahagian berikutan kebimbangan bahawa temasya sukan itu akan menghadapai kegagalan kerana menerima kritikan hebat di peringkat antarabangsa.

Musim monsun yang melanda utara India beberapa minggu sebelum ini dan menimbulkan kebimbangan akan berlaku banjir serta serangan wabak denggi di beberapa bahagian di Delhi, juga telah reda.

Sukan Komanwel 2010 akan berlangsung dalam kawalan keselamatan ketat apabila kerajaan India mengerahkan beribu-ribu anggota pasukan separa tentera dan komando yang lengkap bersenjata supaya bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Sah, Dr Chan Akan Bertanding Pada Pilihan Raya Negeri Akan Datang

Posted: 25 Sep 2010 05:30 AM PDT

MIRI, 25 Sept (Bernama) -- Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan Hong Nam akan tetap mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau pada pilihan raya negeri akan datang.

Katanya parti itu mendapati beliau masih merupakan calon terbaik untuk bertanding mengekalkan kerusi tersebut iaitu salah satu daripada tiga kerusi DUN yang dikuasai oleh parti itu dalam kawasan bandaraya Miri.

"Saya sendiri tidak mahu bercakap mengenainya tetapi jelasnya ia mengenai parti. Saya masih perlu membawa parti untuk meraih kejayaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat SUPP Miri di sini.

Dr Chan, 74, pernah menjadi Anggota Parlimen Lambir pada 1982 sebelum menjadi ADUN Miri bermula 1983 dan 1987, kemudian sebagai ADUN Piasau (sebelum itu dikenali DUN-Miri) pada 1991, 1996, 2001 dan 2006.

Mengenai cabaran sengit bagi SUPP pada pilihan raya negeri akan datang, Dr Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, berkata mereka masih perlu berdepan dengan keadaan itu.

Pada pilihan raya negeri 2006, SUPP tewas lapan daripada 19 kerusi yang ditandinginya kepada calon-calon daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ditanya kemungkinan berdepan dengan beberapa calon pembangkang bagi kerusi beliau, katanya, sesiapa sahaja bebas untuk bertanding menentangnya.

"Saya masih ingat bertanding menentang empat hingga lima calon dalam pilihan raya," kata ahli politik veteran yang memegang kerusinya sejak 1991.

Selain beliau, katanya, penyandang bagi dua lagi kerusi DUN di bandaraya Miri -- Andy Chia Chu Fatt (Pujut) dan Datuk Lee Kim Shin (Senadin), kemungkinan akan dikekalkan untuk bertanding pada pilihan raya negeri kali ini.

Katanya parti itu sudah hampir memuktamadkan senarai calon parti bagi menghadapi pilihan raya negeri dan akan hanya mengumumkan barisan calon pada masa yang sesuai.

Insya Allah, Pakatan Akan Tawan Sarawak

Posted: 25 Sep 2010 05:00 AM PDT

Taib umum terus terajui kepimpinan BN


KUCHING, 25 Sept — Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan secara rasmi kesediaannya untuk terus menerajui kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dan kerajaan negeri.

Pengumuman tersebut sekaligus menepis spekulasi yang timbul berkaitan dengan kedudukannya berikutan kenyataannya dibuat pada 24 Ogos lalu menyatakan beliau bersedia berundur.

Taib yang merupakan Ketua Menteri paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac 1981 itu berkata walaupun ada di kalangan keluarganya tidak bersetuju namun oleh kerana khidmatnya masih diperlukan rakyat akhirnya mereka memahami keputusannya.

"Mereka sekeluarga bersetuju (agar saya) tidak menghampakan harapan rakyat Sarawak," katanya di Hangar Hornbill Skyway di sini hari ini.

"Bagi saya sendiri walau apa pun terjadi saya akan terus menolong negeri Sarawak," katanya di hadapan lebih 7,000 orang yang terdiri daripada menteri kabinet negeri, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), penyokong parti komponen BN Sarawak dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Pemimpin yang berusia 74 pada tahun itu bagaimanapun enggan menyatakan berapa lama beliau akan terus menerajui tampuk pemerintahan negeri namun berkata proses pembentukan satu pasukan bagi menerajui kepimpinan akan datang kini sedang dilakukan.

Taib berkata, sudah sampai masa penyokong dan anggota parti komponen BN Sarawak untuk menangkis dakyah palsu pembangkang yang hanya tahu mengkritik segala usaha yang dibuat oleh kerajaan.

Beliau memberi jaminan akan meneruskan visi kerajaan negeri untuk menjadikan negeri Sarawak sebagai antara negeri termaju menjelang 2020.

Pada 24 Ogos, Taib dipetik sebagai berkata yang beliau masih belum memutuskan untuk bertanding dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-10 yang tempoh penggal berakhir pada Julai tahun depan.

Taib sebelum ini ialah ADUN Asajaya sebelum bertukar ke kawasan DUN Balingian pada 2001. — Bernama

Live Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan

Posted: 24 Sep 2010 10:45 PM PDT


Live Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan
Originally uploaded by Atendent

Petang ni khabarnya melayu perkasa berhimpun di depan keretapi pasir mas. Betul ke yang nak rasmi ni melayu?haha..

Kertas jemputan di betebaran di merata tempat, nak mengajak kononya perhimpunan ini untuk membangkitkan semangat.

Kesian, melayu umno pun dah tak percaya sama najib dan rosmah. Kesian, di kelantan umno berbalah sama umno!

Live! Wang ehsan,Wakil Umno Hina TGNA!

Posted: 24 Sep 2010 08:06 PM PDT


Live! Wang ehsan,Wakil Umno Hina TGNA!
Originally uploaded by Atendent

Wakil umno dok syok sendiri ceramah pasal wang ehsan. Hari ni wakil ni mengaku bahawa kelantan ada minyak dan gas.

Wakil umno ni hina tok guru, katanya dah nak mati baru tok guru rasa tak bangga jadi melayu. Wakil ni juga mengatakan tok guru hanya pandai bercakap agama saja, tapi tak pandai menggunakan ilmu yang ada.

Sekarang ramai makcik yang hadir dah lena, tak pun dok sembang pasal hal rumah tangga. Kesian wakil umno, sampaikan tepuk tangan pun kena paksa.

Masa ni wakil umno ni dok bagitau yang mereka sedang menggunakan kuasa untuk mengugut kakitangan kerajaan supaya menyokong umno, kalau tidak pegawai ni akan ditukar.

Kalau macam ni Pas Kelantan jangan risau la, UMNO takan dapat rampas kerajaan kelantan dari Pas.

Live! Wang ehsah,Terima kasih Tok Pa?

Posted: 24 Sep 2010 07:24 PM PDT


Live! Wang ehsah,Terima kasih Tok Pa?
Originally uploaded by Atendent

Ni suasana dalam majlis penyampaian wang ehsan di salah sebuah sekolah dalam kelantanya. Khabarnya penyampaian ini dijalankan serentak di beberapa buah sekolah rendah.

Di dalam banner ada gambar Tok Pa tersenyum bangga. Dasar muka pencuri yang tak malu.

Sekarang wakil umno sedang berucap, menerangkan berkaitan 1 malaysia. Orang ramai di belakang syok dok bersembang. Kesian!

Sila klik gambar untuk tatapan yang lebih jelas. Terima kasih kepada team kerabu bersuara yang melaporkan.

Live! Umno Juara Rakyat di borang?

Posted: 24 Sep 2010 06:32 PM PDT


Live! Umno Juara Rakyat di borang?
Originally uploaded by Atendent

Ni borang jemputan penerimaan wang ehsan. Tertulis perkataan umno juara rakyat? Memalukan! Dah la rampas hak rakyat kelantan.

Tiada ulasan: