Sabtu, 25 September 2010

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ucapan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang di Rumah Terbuka Peringkat Negeri pada 22 September 2010

Posted: 25 Sep 2010 01:38 AM PDT

Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff
Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Para wartawan dan hadirin yang saya kasihi,

Terlebih dahulu, kita memanjat kesyukuran kepada Tuhan kerana berkesempatan untuk berkumpul di sini pada hari ini bagi bersama-sama meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri 2010 peringkat negeri Pulau Pinang.

Walaupun saya seorang bukan Islam, namun Hari Raya Aidilfitri ini sememangnya dekat di hati saya kerana kemeriahan bulan Ramadhan dan Syawal yang turut dikongsi bersama menerusi jemputan ke banyak majlis berbuka puasa dan rumah terbuka sahabat-handai sepanjang hampir dua minggu yang lalu.

Justeru, saya dapat merasakan bahawa sambutan Aidilfitri sebagai antara peluang dan medan terbaik untuk mempereratkan ukhwah atau hubungan sesama orang Islam dan kaum-kaum lain terutama masyarakat berbangsa Cina dan India di negara tercinta ini.

Suasana kunjung-mengunjung oleh kalangan masyarakat Cina dan India ke rumah terbuka kawan-kawan berbangsa Melayu sambil bersalam-salaman dan menjamu juadah yang disediakan ternyata menafikan kononnya berlaku ketegangan kaum di negara oleh anasir-anasir anti rakyat yang jahat. Saya kesal dan sedih saya dikaitkan dengan fitnah gambar saya kononnya sedang menyembelih lembu untuk dijadikan korban. Sebenarnya yang sembelih untuk Hari Korban adalah Menteri Besar Perakk Dato' Seri Nizar tetapi kepalanya dipotong dan digantikan dengan kepala saya.

Sebelum itu, nama saya turut difitnah kononnya menggantikan nama Yang DiPertuan Agong semasa khutbah Jumaat, mengharamkan Perarakan Maulud dan penganjuran bazaar Ramadhan semata-mata mahu menampakkan saya sebagai anti-Melayu, anti–Islam. Yang terbaru adalah wang zakat digunakan oleh Kerajaan Negeri dan RM100 penghargaan warga Emas adalah daripada wang judi. Mana mungkin bila kuasa beri lesen judi datangnya daripada Kerajaan Pusat.

Namun, pada masa yang sama, semua orang tahu saya menambah peruntukan pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam sebanyak 100 peratus, daripada RM 12.5 juta pada 2008 kepada RM 24.3 juta pada 2009, memberi sumbangan Ihya Ramadhan kepada masjid dan surau, menghormati para huffaz, bantuan kepada sekolah agama rakyat . Kerajaan negeri Pulau Pinang menjadi yang pertama mengharamkan judi bola sepak. Inilah puncanya semua cabaran ini.

Pada hadirin yang saya hormati,

Justeru, dalam bulan kemenangan Syawal tahun ini, saya menyeru semua umat Islam di negeri ini agar memulakan azam baru untuk menghindari berita-berita berbaur fitnah dan jahat, mencari kebenaran serta mempereratkan hubungan sesama kita dan Kerajaan Negeri bagi bersama-sama membawa Pulau Pinang ke tahap yang lebih tinggi dalam tahun-tahun mendatang.

Kerajaan Negeri turut berharap pemberian duit raya RM500 dan buat pertama kali RM 250 kepada Guru KAFA pada awal bulan ini kepada kakitangan kerajaan negeri sedikit-sebanyak membantu menampung perbelanjaan musim perayaan sekeluarga dan semoga kerajaan negeri Pakatan Rakyat mampu untuk terus memberikan manfaat kepada lebih ramai lagi menerusi pendekatan CAT.

Pada hadirin yang saya hormati,

Akhir kata, saya bagi pihak kerajaan negeri Pulau Pinang dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua penduduk beragama Islam di Pulau Pinang dan semoga rakan-rakan dari masyarakat Cina dan India dapat memeriahkan perayaan.

Saya akhiri ucapan ini dengan dua rangkap pantun :-

SEMBAHYANG RAYA DI PAGI HARI

ZIARAH PUSARA DI SINARI MENTARI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KERAJAAN NEGERI


Hari Raya Bulan Berharga

Adil Ditegak Rakyat Dijaga

Kerajaan Rakyat, Harapan Bersinar

Amar Maaruf Nahi Mungkar



Sekian, terima kasih.

LIM GUAN ENG
catitan : lihat fitnah terbaru Umno Tanjung [di sini] end

Umno tiada hak bicara soal agama dan moral

Posted: 25 Sep 2010 01:17 AM PDT


Mana mungkin Umno boleh berbicara soal mendaulatkan Islam jika pemimpinnya sendiri terlibat dengan syarikat yang menganjurkan perjudian.

Apa mungkin Umno berbicara soal membela nasib bangsa jika pemimpinnya mendapat keuntungan daripada syarikat judi yang terbukti membawa lebih banyak kerosakan kepada masyarakat.

Bagaimana mungkin Umno boleh berbicara soal membela negara jika pemimpinnnya sendiri terlibat dengan menganjurkan perjudian yang prinsip penjudi ialah sanggup menggadai apa sahaja asalkan mendapat keuntungan.

Dengan sebab itu, Umno sudah hilang hak dan kewibawaan untuk berbicara soal membela agama, banga dan negara.

Bagaimana Umno hendak menjustifikasikan mereka mempertahankan kod kedaulatan agama dan moral jika pada masa yang sama pemimpinnya begelumang dengan kegiatan tersebut.

Umno dan Genting

Genting Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara diasaskan pada 30 Julai 1968.

Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971, Genting Highlands Hotel Sdn. Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad.

Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian terbesar di rantau ini.

Di bawah bendera Genting, dua syarikat utamanya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad.Penglibatan Umno dalam syarikat perjudian ini telah berlangsung dan warisannya masih kekal sehingga ke hari ini.

Umno melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini dikendalikan oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk di atas kapal peranginan.

Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah yang mana syarikat berkenanaan merupakan syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi dan kasino.

Yayasan Noah kini diwarisi oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah cucu kepada Tan Sri Noah.

Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad.

Antaranya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.

Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad.

Ini memperlihatkan penglibatan Umno dalam aktiviti perjudian sudah bertaut sejak dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan muda dalam Umno.

Umno dan Magnum 4D

Magnum 4D Berhad sebelum ini dikenali sebagai Leisure Management Berhad. Ia kadang kala lebih popular di kalangan kaki ekor sebagai tempat pelaburan.

Magnum 4D mempunyai lapan wilayah Magnum 4D Sdn Bhd iaitu Magnum 4D Selangor, Perak, Penang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pantai Timur dan Malaysia Timur. Semua Magnum 4D wilayah ini menjadi anak syarikat Magnum 4D Berhad.

Syarikat ini mempunyai kepentingan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan. Ini berikutan pegangan saham Menteri Kewangan Diperbadankan melalui dua syarikat yang memegang saham di dalam magnum 4D.

Pertamanya ialah Multipurpose Berhad yang menyaksikan pegangan 7,723,285 saham oleh Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam syarikat itu dan Multipurpose pula memiliki 461,473,178 saham di dalam Magnum dan 60,502,000 saham dalam 4D.

Ini menjadikan menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai pegangan tidak langsung melalui Multipurpose di dalam `pusat pelaburan mingguan tersebut.

Keduanya, Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D.

Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.

Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.

Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham.

Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham.

Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.

Laman blog ini akan dfiaktifkan semula ...

Posted: 25 Sep 2010 12:57 AM PDT


Syukur alhamdulillah dengan bantuan seorang sahabat, kini laman blog ini telah dapat diakses semula pagi tagi dan insya Allah akan kembali aktif semula seperti mana biasa.

Sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat tersebut yang sering membantu ana disaat-saat yang diperlukan.

Tiada ulasan: