Kerabu Bersuara ® |
- BALIK KAMPUNG : BUDAYA BERCAKAP POLITIK
- IAEA: Iran boosts nuclear work
- Sosilawati beli kerepek, kuih di Banting Khamis lalu
- Graduan Ramadan
- Perpaduan: Apa sebenarnya terjadi?
- Ganyanglah!
- Selamat Hari Raya Dan Bersara Musa Hassan
- Zaid Tak Jadi Ghafar Jika Bersama PAS
- Sebabnya orang Indonesia marahkan Malaysia
- Perutusan Aidilfitri - Presiden PAS
- Parti Cinta: PKR kekal gantung tiga pemimpin, sembilan dimaaf
- Rakan, keluarga tak percaya Sosilawati diculik, tiada transaksi bank
- Polis ada petunjuk, yakin temui jutawan kosmetik
- Azmin Dan Zaid Jangan Bawa Petaka Dalam PKR
- Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu & Yang Jangan DiLakukan
- ‘Dilema’ umat Islam AS sambut Aidilfitri, peringati peristiwa 11 September
- Pandangan Nurul Izzah Kena Tepat Kepada Golongan Berpandangan Sempit
- Johan Jaaffar, Farid Ridzuan Perlu Letak Jawatan
- Kerajaan Pakatan Rakyat Tidak Rompak Harta Rakyat Seperti Umno-BN
- Tuduhan terbit DVD ‘Sidang DUN Pokok’ ke atas Adun DAP ditangguh
- Ahli Majlis MPK Buat Aduan Fitnah Terhadap Dua Blog Pro Umno
- KBGM Jahil Perlembagaan Telah Dipinda 40 Kali Dalam 53 Tahun
- KENYATAAN MEDIA DR. SYED HUSIN ALI TENTANG ISU PERKASA - NURUL IZZAH
- Dua kereta ditemui di Subang Jaya, nasib Sosilawati masih ‘misteri’
- Si Cicak Dan Harimau Tua
| BALIK KAMPUNG : BUDAYA BERCAKAP POLITIK Posted: 07 Sep 2010 03:00 PM PDT Dunia sekali lagi menyaksikan anak – anak perantauan akan kembali ke lubuk hati keluarga tersayang menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Sebagai seorang insan yang bermaklumat tentang perkembangan politik negara semasa diperantauan sewajarnya inilah medan terbaik menyampaikan kepada saudara mara, rakan taulan sebagainya sebagai tanda kita adalah duta – duta rakyat yang cintakan keadilan dan kebenaran. Mantapkan kepakaran masing – masing dengan dengan lunak dan berhemah secara bersantai semasa bersama – sama dengan mereka kerana ` gigi dan lidah ` ini mampu mengugat kerajaan yang besar. Ingatlah bahawa negara kita tidak adil sejak azali lagi ....jika adil sudah lama bukan umNO dan Bn yang pemerintah Malaya ini. Dengan tenang mengingatkan apa – apa pun yang disampaikan mestilah lunak dan elakkan emosi kerana setiap emosi itu akan menghilangkan rasional perbincangan kerana pihak pendengar hanya nampak emosi semata – mata. Begitu juga jika terlalu banyak ` joke `pendengar juga akan tenggelam isu yang dibangkitkan kerana mereka hanya nampak lawaknya sahaja. Elakkan budaya malu tak bertempat kerana kini orang asli juga telah bijak bermaklumat. Jika kita malu kita di ibaratkan seperti seorang guru yang ` first time ` mengajar di perkampungan orang asli dulunya melihat anak – anak gadis sunti mereka mandi tanpa pakaian. Kata cikgu ini tadi ` hey…tak malu ke mandi tanpa pakaian `…kata pula gadis – gadis ` apa nak dimalukan orang yang tengok yang malu ` maka ` terkanjei ` cikgu ni tadi. Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan katanya tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekalahan adalah motivasi untuk terus berjuang lebih kuat bukan berpatah semangat.Biarpun kalah dari sudut undi,namun Pakatan Rakyat tetap menang dari aspek moral. Selagi hidup kita di muka bumi ni masih ada, perjuangan menegakkan syiar Islam mesti diteruskan, Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun dan ia harus diteruskan dalam semua aspek. Sokongan pelbagai kaum kepada Pakatan Rakyat jelasnya cukup membuktikan Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik rakyat negara ini. Selain itu kekalahan itu menurutnya menjadikan ikatan antara parti dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh berdepan Pilihan Raya Umum akan datang. Teman kagum dengan kenyataan terbaru Mursyidul Am ini juga ingin mengingatkan diri teman sendiri bahawa perjalanan kita masih jauh dan ianya memerlukan komitmen dan pengorbanan tinggi seluruh pendokongnya. Dalam pada itu kebimbangan kita kerana ada segelintir pendokong jamaah Islam ini tidak serius dan hanya bangga menjadi anggotanya sahaja.Kita lihat sejenak bahawa banyak isu mutakhir negara memihak kepada Pakatan Rakyat dan Islam itu sendiri.Sejauh mana kita yang mengaku memperjuangkan kesuciaan Islam ini dan berusaha memberikan maklumat dan penerangan kepada masyarakat. Teman teringatkan apa yang pernah ditulis oleh Tuan Haji Subky Latif dalam suatu artikel bahawa Islam tidak akan menang selagi solat Subuh tidak seperti solat Jumaat.Ini mengambarkan bahawa kerja amal islami memerlukan kekuatan diri dan mental. Terdapat ada diantara kita hanya bersemangat bercakap isu semasa hanya dikalangan sesama sendiri di markaz,masjid, surau sahaja, bila berdepan dengan mad`u atau masyarakat ada diantaranya mengelakkan diri dari bercakap kebenaran.Malah kalau kita peka terdapat banyak artikel dan isu semasa dalam internet yang boleh ambil untuk sebaran kepada masyarakat. Ada juga kes didapati seseorang yang bersemangat suka memulakan isu di masjid, kedai makan sehingga menjadi panas....tetapi selepas itu hamba Allah ini angkat punggung lalu meningallkan tempat dan melepaskan baton untuk membiarkan dikalangan yang kurang bermaklumat menjawab bagi pihaknya. Berdasarkan pengalaman teman masih ada dikalangan anggota jamaah termasuk kepimpinan rasa malu dan tiada inisiatif untuk mengambil kesempatan menterjemahkannya dalam bentuk tindakan untuk edaran ditengah – tengah masyarakat. Malang bagi kita yang mengaku beriman dan yakin dengan perjuangan hanya mampu mengucapkan tahniah sahaja.Kebanyakan bahan bercetak seperti risalah,buletin yang yang diterima untuk edaran kepada rakyat,masyarakat dan pengundi hanya berani kita edarkan dikalangan anggota sendiri malah ada juga yang dijumpai terperosok, ` tereban ` [ loghat Perak bermaksud : bersepah – sepah ] dan terbiar di markaz – markaz tanpa siapa peduli untuk mengedarkan kepada masyarakat tadi.Oleh kerana tanpa maklumat akhirnya masyarakat terus dilanda dungu dan sangsi kepada perjuangan Islam ini.Ini adalah salah kita sebenarnya.Ingatlah ` information is power `. Ada dikalangan pimpinan juga hanya bijak berpidato,berseminar,berkertas kerja,berdiskusi dan sebagainya,tetapi turun ke bawah dengan alasan demi alasan.Terkadang – kadang yang dapat hanya ` political mileage ` semata – mata.Juga ada diantara mereka gah dengan jawatan dan mewah dalam tindakan. Pimpinan yang terbaik ialah pimpinan yang mampu melahirkan.Idola teman ialah Cikgu Abdul Wahab [ Pimpinan PAS Kedah ] yang ditendang kesana kemari mengajar jauh dan dekat mampu menubuhkan cawangan sehingga mengerunkan lawan. Kita hanya pandai menyalahkan orang lain menggunakan media,ajensi kerajaan dalam memberikan penerangan batil mereka,tetapi kita hanya bangga menjadi penonton setia dan mencemuh diatas tindakan mereka. Rebutlah peluang ini dan kerana sebenarnya rakyat dan masyarakat ramai merindui sentuhan kita dan bukannya retorik kita.Giatkan kempeni budaya bercakap kebenaran dan bercakap politik kerana kita semua adalah duta - duta ditengah - tengah masyarakat. Yakini bahawa ` yang batil akan pergi apabila datangnya kebenaran `. [Sumber] |
| IAEA: Iran boosts nuclear work Posted: 07 Sep 2010 10:00 AM PDT uranium despite four rounds of UN sanctions [GALLO/GETTY] UN nuclear watchdog concerned about country's expansion of low-enriched uranium production by 15 per cent. (Al Jazeera) Iran's total production of low-enriched uranium has risen by around 15 per cent since May to reach 2.8 tonnes, according to a restricted UN report. The report, obtained by news agencies on Monday, said that the International Atomic Energy Agency (IAEA), a Vienna-based UN agency, remained concerned about possible activity in the Islamic Republic to develop a nuclear payload for a missile. "Iran has estimated that, between February 9 2010 and August 20 2010 ... 22 kilogrammes or UF6 enriched up to 20 per cent has been produced" at its pilot fuel enrichment plant in Natanz, the report said. The White House called the report "troubling" and said that it showed Tehran was still trying to develop a nuclear weapons capability. "The IAEA's latest report on Iran again demonstrates that Iran is refusing to comply with its international nuclear obligations, and continues its effort to expand its nuclear program and move closer to a nuclear weapons capability," Tommy Vietor, the White House spokesman, said. Despite four rounds of UN sanctions, Iran is continuing to enrich uranium at its plant in Natanz. UN inspectors barred The Islamic republic says it needs the 20 per cent enriched uranium for a research reactor that makes radioisotopes for medical purposes, but the West fears the material is ultimately intended for a nuclear weapon. Speaking to Al Jazeera from Tel Aviv, Meir Javedanfar, the author of The Nuclear Sphinx of Tehran, said: "Iran has now overcome the biggest hurdle in its enrichment process." "The distance between 20 per cent, which can be used for both civilian and military [purposes], and 90 per cent enriched uranium, which is for military purposes only, is very small." "[It] is much smaller than between three and a half per cent to 20 per cent." The IAEA also voiced concern about what it called Iran's "repeated objection to the designation of experienced inspectors hampers the inspection process and detracts from the agency's ability to implement safeguards in Iran." "[It] thereby detracts from the agency's capability to implement effective and efficient safeguards in Iran." The complaint follows Iran's recent decision to strip two experienced inspectors of the right to monitor Tehran's nuclear activities after they reported undeclared nuclear experiments conducted by Tehran. According to Iran, the reporting by the two experts was inaccurate. But the IAEA said it had "full confidence in the professionalism and impartiality of the inspectors concerned, as it has in all of its inspectors." The report is being circulated to the IAEA's 35-nation board and to the UN Security Council. |
| Sosilawati beli kerepek, kuih di Banting Khamis lalu Posted: 07 Sep 2010 08:49 AM PDT KUALA LANGAT, 7 Sept — Hartawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dilihat membeli kerepek dan kuih di sebuah kedai di Kampung Sungai Lang, Banting di sini untuk diberikan kepada kakitangannya sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma sebelum dilaporkan hilang sejak seminggu lepas. Menurut seorang pekerja di kedai kerepek berkenaan, Kerepek House Fazz Enterprise kira-kira dua kilometer dari pekan Banting, Sosilawati dan seorang lelaki datang ke kedai itu Khamis lepas. Pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Ina itu berkata Sosilawati datang kira-kira pukul 2 petang sebelum membeli beberapa jenis kerepek termasuk kerepek pisang, bawang, jejari bilis serta kuih dam, sanggul mak dara dan almond london. "Dari perbualan saya dengan Datuk (Sosilawati) ada beritahu kuih itu untuk kakitangannya, saya berbual kerana sebagai pekerja saya melayan Datuk selaku pelanggan. "Lebih-lebih lagi saya pengguna produk kecantikan yang diasaskan Datuk iaitu Nouvelle Visages," katanya yang menambah Sosilawati memakai baju warna merah jambu dan seluar jenis legging hitam ketika datang ke kedai itu. Ina berkata dalam perbualan itu, Sosilawati hanya memaklumkan beliau ada urusan perniagaan di pekan Banting. Katanya Sosilawati dan lelaki yang dipercayai peguamnya itu beredar dari kedai berkenaan dua jam kemudian. Ahad lepas, Sosilawati dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya selepas dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak. Difahamkan Sosilawati tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya yang beliau mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari, namun selepas tiga hari, beliau tidak pulang ke rumahnya sehingga ke hari ini. Semalam, dua buah kereta mewah dipercayai milik Sosilawati dan seorang peguamnya ditemui oleh orang awam di dua lokasi berbeza di Subang Jaya. Kereta terbabit iaitu BMW X5, dipercayai milik Sosilawati ditemui di parkir kenderaan di Pangsapuri Angsana, USJ 1, Subang Jaya manakala BMW 5 siri dipercayai milik peguamnya ditemui berhadapan sebuah rumah teres berdekatan sebuah hotel di Subang Jaya. — Bernama |
| Posted: 07 Sep 2010 08:30 AM PDT Oleh Maznah Daud Beberapa hari saja lagi madrasah ramadan 1431 akan menutup pintunya buat selama-lamanya. Tidak ada seorang pun yang berpeluang memasukinya lagi. Jika bernasib baik mungkin ada peluang untuk memasuki madrasah seumpamanya pada tahun hadapan. Jika tidak, maka inilah peluang terakhir yang telah diberikan. Kebiasaannya seseorang yang baru tamat dariapada mana-mana madrasah akan dinilai dan ditanya tahap pencapaiannya, lulus atau tidak, dan kalau lulus, mendapat gred berapa? Umum mengakui bahawa Ramadan adalah sebuah madrasah atau sekolah, sebuah bengkel atau pusat latihan untuk menjana individu yang bertakwa. Kini, kita yang berpeluang memasuki madrasah Ramadan tahun ini sedang melalui ujian terakhir dan akan keluar beberapa hari, malah beberapa jam saja lagi. Apakah pencapaian kita? Lulus atau sebaliknya? Bagaimana mahu mengukurnya? Untuk mengukurnya, boleh diperhatikan pada perubahan sifat serta sikap sendiri selepas tamatnya ibadat puasa pada bulan Ramadan. Pertama: Puasa bererti menahan diri. Menahan diri sama ertinya dengan sabar. Sabar mempunyai banyak kategori serta peringkatnya; sabar menanggung kesusahan, sabar dalam mengerjakan suruhan Allah azzawajalla, sabar dalam menjauhi larangan-Nya dan sabar ketika marah. Justeru orang yang telah berjaya menjalani ibadah puasa selama sebulan sepatutnya mencapai gred cemerlang dalam subjek sabar. Kedua: Ramadan adalah bulan al-Quran. Setiap muslim yang berpuasa berusaha sedaya upaya untuk khatam al-Quran sekurang-kurangnya sekali sepanjang bulan Ramadan. Membaca al-Quran boleh khatam dalam masa sebulan, bukan sekali, malah beberapa kali pun boleh. Tetapi memahami al-Quran, menghayati dan melaksanakan titah perintahnya tidak mungkin tercapai dalam masa sebulan. Maka mereka yang telah khatam baca al-Quran dalam bulan Ramadan mestilah mendampingi al-Quran secara berterusan sepanjang tahun selagi hayat dikandung badan. Hal ini kerana al-Quran merupakan hidayah, rahmah, mau'izhoh (nasihat), furqan (pembeza), nur dan syifa' (penawar). Ketiga: Qiam. Qiamullail atau bangun untuk solat pada waktu malam adalah antara ciri utama bulan Ramadan. Apakah pada bulan-bulan selain Ramadan ia tidak dituntut dan digalakkan? Sesungguhnya qiamullail adalah ciri yang ada pada orang yang bertakwa sebagaimana disebut dalam firman Allah yang bermaksud: "...Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)." (Az-Zariat 51:17-18) Keupayaan menunaikan solat malam (terawih) antara 8 hingga 20 rakaat atau lebih setiap malam sepanjang Ramadan sepatutnya menjadi pendorong bagi memotivasikan diri untuk terus mengekalkan tabiat solat malam sehingga menjadi satu budaya dalam kehidupan. Solat malam adalah solat sunat yang paling afdal selepas solat fardhu. Keempat: Sedekah. Puasa mendidik Muslim agar bersyukur di atas segala nikmat terutamanya nikmat sihat serta dapat menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman yang lazat-lazat. Rasa syukur melahirkan perasaan insaf dan simpati terhadap golongan yang kurang berada. Kemudian, terbentuk sifat pemurah dan suka menderma. Sebagaimana murahnya Allah mencurah nikmat ke atas kita, begitulah pula murahnya kita membantu makhluk-makhluk-Nya. Kelima: Jihad. Berjaya mengalahkan nafsu sepanjang Ramadan merupakan langkah permulaan ke medan jihad menentang musuh-musuh agama dan kemanusiaan. Orang yang tidak berjaya menewaskan nafsu yang berlegar dalam diri sendiri tidak akan mampu menewaskan musuh di luar dirinya. Wahai graduan Ramadan! Medan jihad melambai-lambai memanggil namamu. Musuh agama, musuh-musuh kemanusiaan berkeliaran bermaharajalela di mana-mana. Bangkit dan hadapi mereka dengan semangat waja. Keenam: Kebebasan. Puasa benar-benar mengajar erti kebebasan yang hakiki. Orang yang berpuasa tidak tunduk kepada tuntutan siapa saja, hatta nafsu sendiri. Dia hanya tunduk kepada Allah dan perintah-Nya sahaja. Tidak ada satu kuasa pun yang boleh menundukkannya hatta desakan nafsu sendiri. Betapa hebat pengabdian orang yang berpuasa! Dia tidak makan walaupun perut terasa lapar, tidak minum walaupun tekak begitu haus tanpa mendapat keizinan daripada Allah azzawajalla! Orang tua-tua pernah bermadah, 'ikut hati mati, ikut nafsu lesu'. Orang yang berpuasa hanya ikut perintah Allah. Hatinya tidak akan mati dan jiwanya tidak akan lesu. Di sinilah letaknya kemuliaan orang yang berpuasa. Dia telah membebaskan dirinya daripada segala belenggu, sama ada tuntutan nafsu, hasutan syaitan juga kehendak manusia. Dia hidup hanya untuk Allah dan beramal kerana Allah. MalaysiaHarmonis.com |
| Perpaduan: Apa sebenarnya terjadi? Posted: 07 Sep 2010 08:00 AM PDT Oleh - Ong Tee Keat Negara kita telah bebas daripada penjajahan selama 53 tahun, namun rakyat kita masih belum lagi terlepas daripada cengkaman persepsi dan pemikiran lama. Tahun ini, soal perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama sekali lagi dibangkitkan menjelang perayaan Hari Kebangsaan. Yang bezanya kali ini memperlihatkan mesej yang berupa teguran menyatakan wujudnya risiko kehancuran negara sekiranya negara terus terganggu-gugat oleh polemik perkauman dan agama yang membara. Kenyataan demi kenyataan yang berbaur cabar-mencabar antara satu sama lain bukanlah sesuatu polemik yang baru, tetapi hanya sekadar ulangan kata-kata menyinggung perasaan yang lapuk. Ejekan yang menyifatkan bukan Bumiputera sebagai kaum asing atau pendatang; serta secara lantang mencabar mereka balik ke negara asalnya semakin terserlah. Ini satu petanda yang cukup buruk kerana ejekan sedemikian bukan saja di bibir mulut orang politik, malahan sekarang secara terbuka ia dilafaz oleh pendidik di depan khalayak ramai. Tidaklah mustahil kiranya gelagat yang berbaur perkauman ini menjadi ikutan anak murid nanti. Nampaknya, sudah tiba masanya kita menerokai kemungkinan menggubal satu undang-undang yang boleh dikenali sebagai Akta Perhubungan Kaum. Ia berbeza daripada Akta Hasutan yang sedia ada kerana bukannya semua kata-kata atau gelagat yang diskriminatif adalah berunsurkan hasutan. Dalam erti kata lain, Akta Hasutan tidak semestinya memadai untuk menghukum mereka yang bergelagat sedemikian rupa. Selagi Kerajaan tidak bertindak tegas terhadap kata-kata dan gelagat diskriminatif melalui perundangan, maka selama itulah kontroversi yang sama akan terus menghantui kita. Setiap kali kes sedemikian dibiarkan tanpa sebarang tindakan, apa yang kelihatan berikutnya mungkin sekadar keredaan pada zahirnya, namun tahap terjejasnya perpaduan antara kaum kita tidaklah terhitung buat jangka masa panjang. Mungkin semua pihak yang terlibat dalam politik negara, baik orang parti mahupun NGO, perlu tepuk dada tanya selera: apa yang sebenarnya terjadi kepada perpaduan negara yang telah pun kita usahakan sekian lama? Dari kes-kes ejekan yang berbaur perkauman baru-baru ini, cukup ternyata budaya toleransi yang kita tegakkan selama ini tidak meninggalkan kesan yang diharap-harapkan. Lebih-lebih lagi takuk minda yang terserlah dalam kalangan masyarakat majmuk kita masih lagi dibelenggu dalam perspektif Zero Sum, yakni kepentingan sesuatu kaum hanya akan terbela dengan merugikan kepentingan kaum yang lain. Ini bertentangan sama sekali dengan kaedah "Menang-menang" (Win-win approach) yang mengutarakan pendekatan membawa berkat kepada semua pihak. Sebagai seorang ahli politik, saya boleh faham kenapa ada orang politik yang sanggup mempertikaikan meritokrasi sehingga menyamakannya dengan amalan perkauman, walaupun saya tidak boleh menerima logiknya. Di belakang perhitungan politik peribadi atau perkauman sempit, apakah orang yang berhujah demikian tidak sedar bahawa terkikisnya amalan meritokrasi di bumi sendiri hanya akan melemahkan lagi daya saing masyarakat kita apabila berdepan dengan cabaran luar. Saya setuju kita perlu diberi peluang saksama untuk bersaing, baik di negara sendiri mahupun di persada antarabangsa; namun adalah mustahil kalau tahap pencapaiannya juga perlu diberi jaminan tertentu. Saya agak terkilan mendapati soal ini masih lagi dikupas dari perspektif perkauman. Tidaklah wajar bahkan cukup menghinakan apabila meritokrasi dianggap monopoli satu-satu kaum yang tertentu sahaja, khasnya kaum bukan Bumiputera. Ini secara tidak langsung menidakkan kejayaan kaum Bumiputera dalam menegakkan keyakinan diri serta daya saingnya dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Datuk Seri Ong Tee Keat adalah bekas Menteri Pengangkutan. Beliau juga adalah Ahli Parlimen Pandan. |
| Posted: 07 Sep 2010 07:30 AM PDT Oleh Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh "Namun kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang ajar!" - Presiden Soekarno Itu adalah petikan daripada ucapan Ganyang Malaysia, sebagai reaksi kepada demonstrasi anti-Indonesia di Kuala Lumpur yang berlangsung tanggal 17 September 1963 di mana lambang Garuda Pancasila dari kedutaan Indonesia diturunkan oleh Samy Vellu yang masih muda, dan oleh pemberita Berita Harian ketika itu Khalid Yunus. Lambang itu telah diturunkan dari bangunan Kedutaan Indonesia di Jalan Ampang dan diheret dengan skuter dan motosikal ke kediaman Perdana Menteri ketika itu, di Jalan Dato Onn. Mereka telah memaksa Tunku yang enggan memijak lambang tersebut dengan mengusung Tunku dan diletakkan di atas lambang itu. Zaman konfrontasi Demonstrasi tersebut adalah berpunca daripada konfrontasi yang dilancarkan oleh Presiden Soekarno dan juga serangan militia Indonesia terhadap kita dengan menawan Balai Polis Tebedu pada 12 April 1963. Presiden Soekarno pada waktu itu berpendapat Malaysia hanya sebuah boneka Inggeris, dan pembentukan Persekutuan Malaysia hanya akan menguatkan pengaruh Inggeris di rantau Nusantara sekaligus mengancam kemerdekaan Indonesia. Pemimpin Indonesia melihat pembentukan Persekutuan Malaysia sebagai satu perlanggaran perjanjian Manila Accord, dan sebagai bukti kolonialisme dan imperialisme Inggeris. Pada 28 Mei 1966 di sebuah persidangan di Bangkok, Kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia telah mengumumkan bahawa konflik di antara kedua-dua pihak sudah selesai dan satu perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos. Namun demikian, semangat Ganyang Malaysia masih hidup dan membara di kalangan rakyat Indonesia. Malah Ganyang Malaysia mempunyai belasan ribu orang peminat dalam laman sosial Facebook, sehingga kini. Semangat Ganyang Malaysia juga melahirkan satu lagi label baru untuk Malaysia, yang dikenali sebagai Malingsia. Ini berikutan dengan dakwaan yang Malaysia mencuri budaya Indonesia, dari wayang kulit hinggalah ke lagu Rasa Sayang. Selain daripada itu, kes Pulau Sipadan, Pulau Ligitan, Pulau Ambalat, kes keganasan PDRM terhadap juri Karate Indonesia ketika Kejohanan Karate Asia 2007, kes penderaan pembantu rumah Nirmala Bonat, kes keganasan rumah tangga Manohara Odelia Pinot (gambar atas), isu gaji minima pekerja Indonesia dan yang terbaru Polis Marin Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menjadi subjek kemarahan warga Indonesia. Kemarahan Indonesia baru-baru ini Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia baru-baru ini, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing. Kedua-dua negara kemudian membebaskan tahanan-tahanan itu pada 17 Ogos lalu. Barangkali peristiwa itu dijadikan suatu alasan untuk melahirkan kemarahan warga Indonesia yang telah disimpan sekian lama dalam hati mereka. Mereka melahirkan rasa tidak puas hati dengan melempar najis manusia ke dalam perkarangan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, selain memijak, membakar, menconteng dan menodai Jalur Gemilang dengan najis yang sama. Mengapa kerajaan kita bertindak sebegini rupa sehingga maruah Negara diperjijikan oleh warga Indonesia? Mengapa kerajaan Malaysia membenarkan kapal Israel, Zim Genova berlabuh di Pelabuhan Klang pada 7 Jun yang lalu, tetapi bertindak keras terhadap jiran kita sendiri? Mengapa isu kecil ini diperbesarkan lebih daripada isu Zim Genova? Bagaimana pula dengan Kapal-kapal perang China yang mendarat di Kepulauan Spratley? Mengapa Kerajaan tidak bertindak ke atas mereka? Inikah yang dikatakan sebagai tidak berlembut dalam menangani isu yang dilihat mencemarkan kedaulatan Negara? Kita terhutang budi kepada buruh Indonesia Jika diperhatikan, ekonomi Negara banyak terhutang budi kepada buruh-buruh dan pekerja dari Indonesia. Sewajarnya kita memberi layanan dan kompromi yang lebih longgar kepada republik tersebut, berbanding mana-mana kuasa asing lain. Sememangnya kita tidak harus berlembut dalam isu kedaulatan Negara, tetapi itu tidak bermakna kita harus dangkal dan angkuh dalam mempertimbangkan baik buruk sesuatu tindakan itu. Tidak salah rasanya jika kerajaan memohon maaf untuk menjaga hati rakyat Indonesia, dan pada masa yang sama menjaga maruah Malaysia. Sebaliknya, Malaysia kini dilihat sebagai satu Negara menindas bukan sahaja rakyatnya sendiri tetapi juga rakyat Indonesia sehinggakan langsung tidak dihormati warga Indonesia. Barangkali kita harus meninggalkan ego, dan keangkuhan untuk kebaikan bersama. Pada waktu ini, Kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja berdepan dengan ketidakpuasan rakyat kita sendiri, tetapi kini berdepan dengan kemarahan rakyat Indonesia. Apa yang lebih menghairankan adalah reaksi rakyat Malaysia sendiri yang tidak terkata-kata dengan tindakan jijik warga Indonesia. Mungkinkah rakyat kita berpendapat bahawa tindakan itu memang wajar melihatkan kerenah Kerajaan Malaysia yang tidak menentu dan sukar difahami? Apa yang pasti, rakyat Malaysia tidak menyalahkan Indonesia dalam isu ini, sebaliknya memerhati kesalahan dan kesilapan kita sendiri. Tidak lagi menjadi rahsia, bahawasanya rakyat Malaysia memandang rendah terhadap pekerja-pekerja asing dari negara-negara Asia, khususnya Asia Tenggara, dengan pengecualian bagi warga Singapura. Tidak dapat dinafikan bahawa Kerajaan Malaysia sememangnya terkenal dalam penciplakan. Lihat sahaja Jalur Gemilang, lagu Negaraku, Rukun Negara, 1Malaysia, kereta-kereta nasional, malah Putrajaya sendiri tidak lari daripada "pengaruh" luar. Kita bukan mengakui semua tuduhan dan dakwaan rakyat Indonesia, tetapi kita faham akan reaksi dan tindakan mereka, kerana kita sendiri sudah tidak mampu untuk mempertahankan tindakan-tindakan Kerajaan kita yang tidak masuk akal. Akhir kata, kami berharap "salah faham" yang berlaku antara kedua-dua Negara ini tidak berterusan, jangan sehingga berlaku pertempuran bersenjata. *Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas. |
| Selamat Hari Raya Dan Bersara Musa Hassan Posted: 07 Sep 2010 07:00 AM PDT ADA rasa sedih dan kesian juga di hati saya kepada bakal bekas KPN, Musa Hassan apabila mendengar luahan hatinya kepada media sempena persaraanya 12 September ini. Musa Hassan perlahan-lahan telah mulai menyedari bahawa kukunya yang panjang telah mulai patah dan akan tercabut. Dia akan melalui peralihan untuk menjadi seorang biasa kini. Selalunya manusia akan merasai langit itu tinggi dan bumi itu rendah apabila kuasa duniawinya ditarik. Selama berkuasa, dipuja dan ditakuti orang, kekadang biru langit tidak terpandang mata dan hijau rumput dibumi tidak terjamah oleh kaki sama sekali. Biasalah. Ada dua perkara yang disebut Musa pada sidang akhbar perpisahan itu yang menyebabkan saya seakan sedih dan kesian kepadanya. Pertama ialah mengenai canmpur tangan (katanya isu lapok) dalam polis yang tidak dapat diatasi oleh Musa. Bererti selama beliau jadi KPN beliau tidak dapat mennggunakan kuasa prerogatif beliau sebagai ketua polis. Beliau tidak dapat menjadikan pasukan polis Malaysia sebuah pasukan keselamatan berintegriti. Bererti juga beliau hanya jadi papet dalam polis kerana kuasanyan tidak dihormati. Musa tidak menyebut pihak mana yang mencampuri urusan politik, cuma menegaskan ia adalah dari KDN. Yang sahihnya bukan dari kalangan polis. Dua entiti dalam KDN sama ada pegawai kerajan atau pun orang politik. Kalau Musa tidak bersara beliau tidak akan menyebut perkara itu. Hanya selepas tidak ada kuasa beliau baru mempersoalkan. Kelewatan ini orang boleh pertikaikan kalau Musa tidak senang dengan campur tangan itu kenapa beliau sedia menerima penyambungan kontrak dua kali. Ini bermakna Musa akur kerana mahukan kedudukan itu walaupun ia tidak membawa erti buatnya. Di sini menunjukkan beliau lebih mementingkan glamour daripada integriti sebagai seorang anggota polis. Kedua ialah apabila Musa menjelaskan beliau tidak diberitahu mengenai penamatan kontraknya itu tidak akan disambung. Beliau tahu apabila ianya diumumkan. Sekali lagi keadaan ini menyebabkan orang boleh membuat penialian sendiri mengenai Musa dan sejauh mana ianya dihormati oleh pihak KDN sendiri. Apa yang berlaku ke atas Musa itu memalukan dan satu penghinaan kecil. Sepatutnya beliau diberi tahu secara baik. Bila beliau tidak diberitahu orang dapat menilai sejauh mana kedudukan dan penghormatan kepadanya. Bagaimana pun Musa tidak payah bersedih atas apa yang berlaku. Kerana sebelum ini beliau juga melalukan kesilapan atau tindak tanduknya dengan kuasa dimilikinya menyebabkan ramai orang tidak senang dan terkedu hati. Misalnya cara beliau memakai bintang di bahu meninggalkan senior lain menjadi buah mulut. Musa tidak salah. Salahnya orang yang mengangkatnya itu. Kalau Musa seorang ikhlas dan berintegriti beliau tidak sedia memakai bintang-bintang itu. Seekor beruk yang tidak tahu memanjat pokok dia tidak akan berlagak sebagai pandai kerana bila ribut bertiup dia akan jatuh ke bumi. Tetapi lumrah dan adat dapat bercerita kenapa terjadi demikian. Misalnya kalau orang tidak cukup inchi (5 kaki 3 inchi) tetapi dapat jadi polis, bermakna adalah rasuah kecil di situ atau berlaku sesuatu yang diluar normal dan kebiasaan. Saya masih ingat seorang orang kampung saya walaupun tangannya pekal - bengkok, kerana jatuh dati pokok kelapa tetapi dia diterima menjadi askar. Kenapa, sebabnya pegawai atasan adalah saudaranya. Di sini menunjukkan hubungan kekeluargaan atau budi peribadi kadang kala boleh membatalkan syarat-syarat sah lain. Itulah manusia. Maka kepada Musa Hassan usahlah bersedia. Apa yang berlaku ke atas diri anda dan kita semua, adalah penuh hikmah dan keadilan. Cuma keadilan dan hikmah itu saja kita tidak dapat hendak menilainya kerana egoi dan kebebalan kita. Guankanlah masa pencen yang dianggap masa tersisa ini unutk melakukan kebajikan dan memperbaiki kesilapan lampau. Tuhan Maha Pengampun dan menerima taubat. Seperti mana kata anda selepas 12 Septmber nanti anda hendak jadi rakyat yang baik. Mungkin semasa menjadi KPN anda bukan seorang warganegara yang tidak baik. Malangnya negara ini kerana memilik seorang KPN dari seorang rakyat yang tidak baik. Mat Maslan tetap ingat bagimana tilam diusung ke mahkamah oleh anak buah Musa. http://msomelayu.blogspot.com/ |
| Zaid Tak Jadi Ghafar Jika Bersama PAS Posted: 07 Sep 2010 06:30 AM PDT ![]() Sebaik sahaja Zaid meninggalkan Umno, saya terdengar hujung-hujung telinga bahawa Zaid Ibrahim ingin menyertai PAS. Khabarnya, ada pemimpin tertinggi PAS yang ditemuinya dan hasrat itu dinyatakan. Saya tidak tahu lagi apa yang terjadi selepas itu. Cuma tidak berapa lama kemudian saya dengar Zaid menyertai PKR. Bagi saya, tindakan Zaid meninggalkan Umno amat saya syukuri. Penyertaannya dalam PKR sangat mengembirakan. Asalkan dia tidak bersama Umno, sama ada dia bersama PAS atau PKR, itu tidak perlu dipersoalkan lagi. Namun kenyataan terbaru Zaid bahawa dia kecewa dengan PKR agak mengecewakan. Menurutnya, di dalam PKR, dia yang pernah digelar wira suatu masa dulu kini dilabelkan sebagai pengacau. Perkembangan ini dilihat kurang sihat. Apatah lagi apabila ini semua berlaku berpunca daripada 'perebutan jawatan' dalam parti itu. Walau pun pemimpin PKR adalah orang lama dalam politik, tetapi PKR tetap parti 'muda'. Dalam parti semuda PKR, sepatutnya perebutan jawatan tidak perlu berlaku. Kesan perebutan jawatan sangat besar. Lukanya parah. Pengalaman berlaku perebutan jawatan dalam PAS sendiri meninggalkan luka yang mengambil masa panjang untuk sembuh. Adakah PKR mengheret sama budaya Umno dalam parti mereka? Adakah pemimpin PKR tidak belajar daripada apa yang berlaku kepada Umno apabila berlaku perebutan jawatan? Kebimbangan paling ketara ialah apabila jawatan dalam parti dijadikan tiket untuk mendapat jawatan dalam kerajaan. Jika ditakdirkan PR menawan Putrajaya, tentulah mereka yang berjawatan kanan dalam parti yang menang akan mendapat jawatan sebagai anggota kabinet. Adakah itu yang direbutkan? PKR perlu sedar bahawa gelagat mereka berpolitik, atau politiking dalaman mereka diperhatikan oleh rakyat. PKR jangan terlalu ghairah sehingga rakyat meluat kepada gelagat sumbang itu. PKR jangan terlalu gahirah untuk merebut jawatan di peringkat tinggi kerana mengidamkan kerusi menteri atau timbalan menteri. PKR perlu menjenguk ke bawah dan melihat semula sejauh manakah keupayaan jentera mereka di peringkat akar umbi. Adakah PKR sedar bahawa jentera mereka di peringkat cabang pun belum mencukupi. Apa guna berpucuk hijau jika akarnya tidak teguh? Selama manakah pucuk hijau itu boleh bertahan? Saranan saya, kalau Zaid Ibrahim sudah tidak tahan lagi dengan gelagat pemimpin PKR yang ada, beliau sepatutnya bersama PAS sahaja. Di dalam PAS beliau tidak akan jadi Ghafar Baba. [Sumber] |
| Sebabnya orang Indonesia marahkan Malaysia Posted: 07 Sep 2010 06:00 AM PDT Perjanjian penubuhan Malaysia ditandatangani di London pada Julai 9, 1963 tetapi disiytihar secara rasmi pada September 16, 1963 oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan, kemudian bersama Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia. Penubuhan Malaysia menerima tentangan hebat daripada Indonesia di bawah Presiden Sukarno yang melancarkan konfrantasi dengan slogan 'Ganyang Malaysia'. Pemimpin Indonesia itu melihat pembentukan persekutuan Malaysia sebagai satu perlanggaran perjanjian Manila Accord, dan sebagai bukti kolonialisme dan imperialisme Inggeris. Bagi rakyat negara ini yang mengingati sejarah, pada Mei 28, 1966 di sebuah persidangan di Bangkok, kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia telah mengumumkan bahawa konflik di antara kedua-dua pihak sudah selesai dan satu perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos. Namun demikian, semangat Ganyang Malaysia masih hidup dan membara di kalangan rakyat Indonesia malah sampai ke hari ini. Adakah anda akan terkejut jika diberitahu bahawa halaman 'Ganyang Malaysia' mempunyai 12,852 peminat dalam laman sosial Facebook. Semangat Ganyang Malaysia juga melahirkan satu lagi label baru untuk Malaysia, yang dikenali sebagai 'Malingsia'. Ini berikutan dengan dakwaan yang Malaysia mencuri budaya Indonesia, dari wayng kulit hinggalah ke lagu Rasa Sayang. Selain daripada itu, kes Pulau Sipadan, Pulau Ligitan, Pulau Ambalat, kes keganasan PDRM terhadap juri karate Indonesia ketika kejohanan Karate Asia 2007, kes penderaan pembantu rumah Nirmala Bonat, kes keganasan rumah tangga Manohara Odelia Pinot, isu gaji minima pekerja Indonesia dan yang terbaru polis marin Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menjadi subjek kemarahan warga Indonesia. Orang Indonesia marah Layanan majikan Malaysia terhadap pekerja asing khususnya dari Indonesia ini sering tidak mendapat toleransi daripada kaum keluarga yang berada di Indonesia. Majikan yang tidak membayar gaji (seperti di dalam kes projek pembinaan Istana Negara), majikan mendera pekerjanya (kes Nirmala Bonat) dan pada April lalu berlaku pula kes tembakan polis yang mendakwa tiga pekerja asing Indonesia itu perompak, pembunuh dan penjenayah. Pengarah eksekutif Migrant Care, sebuah badan pemantau pemasalahan pekerja asing, Anis Hidayah memberitahu orang ramai yang berhimpun di hadapan Pejabat Kedutaan Malaysia di Indonesia pada Mac 16 bahawa selepas 40 hari, tiada sebarang tindakan diambil terhadap kes tembakan tersebut. Beliau telah menggesa badan hak asasi seperti Amnesty International dan Human Rights Watch untuk memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia. Di dalam kes tersebut, tiga pekerja asing; Abdul Sanu, Musdi, dan Muchlis ditembak mati oleh pihak polis ketika berada di Danau Kota Putri, Kuala Selangor. Hasil bedah siasat mendapati ketiga-tiga mereka ditembak dari jarak dekat. Di dalam kes Nirmala Bonat, perjalanan kes deraan pembantu rumah itu Nirmala Bonat (berumur 19 tahun semasa kes berlaku) berlangsung selama 110 hari melangkaui tempoh empat setengah tahun. Sejak beliau membuat laporan polis, Nirmala ditempatkan di tempat perlindungan di Pejabat Kedutaan Besar Indonesia sehingga Januari 2008. Disebabkan proses perbicaraan yang memakan masa panjang, Nirmala telah memohon untuk pulang ke negaranya. Majikan Nirmala, suri rumah Yim Pek Ha, pula memulakan keterangan dengan mengatakan keburukan serta kekurangan Nirmala dalam menjalankan tugasnya di rumah yang tidak sempurna. Tetapi pekerja-pekerja asing sering mengadu bahawa mereka tidak disediakan dengan tempat tinggal yang memadai. Antara kes-kes yang pernah dilaporkan ialah mereka dipaksa untuk tinggal bersesak-sesakan di dalam sebuah bilik, dalam keadaan yang kotor. Keadaan sedemikian sering mengundang kepada penyakit berjangkit. Ada juga yang maut atas keadaan sedemikian. Terdapat juga kes di mana kemalangan berlaku ke atas buruh-buruh asing ini atas persekitaran yang merbahaya. Mereka sepatutnya dibayar pampasan atas kemalangan sedemikian tetapi malangnya, berdasarkan kebanyakan kes, mereka dihantar pulang sahja ke negara masing-masing. Pihak penguatkuasa pula sering menjalankan operasi penangkapan buruh-buruh asing. Tindakan sedemikian sering menggugat kehidupan mereka. Orang Malaysia tidak bertanggungjwab Menurut duta Indonesia di Malaysia, Rusdihardjo, dalam jangamasa empat tahun kebelakangan ini, pejabat beliau telah menerima sebanyak 26 kes (2008) penderaan terhadap pembantu rumah. Majikan di Malaysia juga tidak dikehendaki untuk memenuhi piawai minimum kecuali perkara-perkara yang terkandung di dalam perjanjian bersama (MoU) di antara Malaysia-Indonesia. Justeru, ramai pekerja-pekerja domestik tidak diberikan cuti oleh majikan mereka. Agen-agen juga sering lari dari tanggungjawab apabila pekerja-pekerja domestik ini diserahkan kepada majikan masing-masing. Sehubungan dengan kes tersebut,pegawai-pegawai tinggi Indonesia dan kumpulan hak asasi manusia berterusan mendesak agar kerajaan Malaysia memperketatkan pekerja-pekerja asing yang seramai lebih kurang dua juta yang kini berada di Malaysia. Setelah diteliti konvensyen antarabangsa, Malaysia tidak pun meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Hak Perlindungan Pekerja Asing dan Ahli Keluarga Mereka yang diwujudkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 1990. [Sumber] |
| Perutusan Aidilfitri - Presiden PAS Posted: 07 Sep 2010 05:30 AM PDT |
| Parti Cinta: PKR kekal gantung tiga pemimpin, sembilan dimaaf Posted: 07 Sep 2010 05:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Sept – Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengambil keputusan untuk memaafkan sembilan daripada 12 pemimpinnya dari Sabah yang dikaitkan dengan percubaan mahu menubuhkan Parti Cinta Sabah tahun lalu. Bagaimanapun hukuman ke atas tiga pemimpin dikekalkan. "Setelah dikaji semula hujah-hujah rayuaan yang diterima, kepimpinan parti mendapati setiap mereka mengakui terbabit dan dengan jelas melafazkan kekesalan atas kesilapan mereka dan memberi jaminan bersedia mendokong perjuangan parti seterusnya jika diberi pertimbangan oleh parti," kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan dikeluarkan. Pun begitu kata beliau, kepimpinan parti berpendapat mereka yang merupakan pemegang jawatan utama dalam pendaftaran Parti Cinta Sabah iaitu presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung tidak boleh dilepaskan tanggungjawab dalam kesalahan ini. Oleh itu jelas beliau, Biro Politik dengan kuasa yang dimandat oleh Majlis Pimpinan Pusat berpendapat hukuman penggantungan keanggotaan ke atas tiga anggota tersebut dikekalkan. Mereka ialah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Shah dan Moses Iking. "Untuk sembilan anggota yang lain iaitu Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas, Slyvester Mujim, Innocent Makajil, Nasir Sami, Harry Manisit, Rubbin Guribah, Gosibin Yosundang dan Guandee Kohoi dilepaskan daripada penggantungan setahun dengan amaran keras tidak mengulangi kesilapan sama," katanya lagi. Saifuddin memberitahu Biro Politik dalam mesyuaratnya semalam telah meneliti setiap satu surat rayuan yang telah dihantar oleh 12 anggota yang terlibat dalam penubuhan Parti Cinta Sabah yang sebelumnya mereka telah disabitkan kesalahan oleh Jawatankuasa Disiplin dengan digantung keanggotaan parti selama setahun berakhir 3 Januari depan. Mereka dikenakan hukuman itu dua minggu lalu. Kata beliau, mereka juga diingatkan untuk menunjukkan kelakuan baik pada sepanjang menjadi anggota parti. "Parti tidak akan ada sekelumit keraguan untuk memecat sebarang individu sekiranya perkara ini berulang," katanya. Setelah meneliti kesemua pemohonan rayuan, Biro Politik berpendapat bahawa keterlibatan 12 anggota tersebut sebagai ahli jawatankuasa penaja Parti Cinta Sabah adalah tindakan serius. Serentak itu kata beliau PKR memandang berat perkara ini dan tidak akan bertoleransi dengan sesiapa yang didapati terlibat dalam aktiviti yang serupa. |
| Rakan, keluarga tak percaya Sosilawati diculik, tiada transaksi bank Posted: 07 Sep 2010 04:30 AM PDT GOMBAK, 7 Sept – Seorang kawan rapat kepada jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang hilang sejak 30 Ogos lalu, tidak percaya usahawan kosmetik itu telah diculik lebih-lebih disebabkan duit, kerana sehingga kini tiada tanda-tanda transaksi pengeluaran wang dibuat dari akuan miliknya. Dia yang enggan namanya dikenali berkata selain itu pihak keluarga Sosilawati sehingga kini tidak menerima sebarang bentuk ugutan sekiranya beliau telah diculik. "Kalau beliau (Sosilawati) diculik mesti keluarganya akana menerima surat ugutan minta wang tebusan tapi sehingga hari ini masih tiada apa-apa. "Selain itu, semenjak beliau hilang saya diberitahu oleh anaknya bahawa tiada transaksi pengeluaran wang dibuat dari akuan beliau," katanya ketika ditemui sebaik sahaja keluar dari rumah Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak di sini. Tambah beliau, anak-anak Sosilawati masih lagi trauma kerana ibu mereka hilang sejak akhir bulan lalu. Ketika ditanya mengenai dakwaan kononnya Sosilawati membawa wang RM4 juta, dia berkata perkara itu agak mustahil. "Mustahil Sosilawati akan keluarkan wang sebanyak itu kerana beliau boleh mengeluarkan cek. "Anak-anak beliau juga melenting apabila ada laporan akhbar kata ibu mereka membawa wang sebanyak itu," katanya. Sementara itu, adik lelaki Sosilawati, Masturi, 42, berkata dia sudah berada di rumah kakaknya itu sejak seminggu lalu untuk menjaga anak-anak Sosilawati. "Saya sudah seminggu berada di sini untuk jaga anak-anak kakak saya. "Sehingga kini kami tidak terima sebarang surat ugutan dan kami masih menanti perkembangan terbaru," katanya. Usaha The Malaysian Insider untuk menemui anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, tidak berhasil. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata sehingga kini masih tidak perkembangan terbaru tentang kehilangan Sosilawati. "Setakat ini masih tiada perkembangan terbaru, jika ada saya akan maklumkan kemudian," katanya. Sosilawati, 47, dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya setelah dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak, sejak 30 Ogos lalu. Beliau dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari, namun gagal berbuat demikian sehingga kini. Ahli perniagaan itu dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi dan seorang pegawai bank sejak 30 Ogos lepas dan difahamkan Sosilawati membawa wang jutaan ringgit. Polis kini menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kes kehilangan jutawan itu. Sosilawati merupakan bekas isteri kumpulan Lefthanded, Jamaludin Elias atau lebih dikenali Nash. Sosilawati dan Nash, 50, telah berkahwin pada 16 November 2006 sebelum bercerai secara sah dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada 26 Mei 2009. Laporan media semalam menyebut sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting. Malam tadi polis telah menemui dua kereta mewah dipercayai millik Sosilawati dan seorang peguamnya ia ditemui di dua lokasi berbeza di Subang Jaya dekat sini malam tadi. The Malaysian Insider difahamkan kereta BMW M5 dengan nombor pendaftaran WTL 11, dipercayai milik Sosilawati ditemui di parkir kenderaan di Pangsapuri Angsana di Persiaran Subang Mewah manakala BMW 5series, bernombor pendaftaran AAJ 5, dipercayai milik peguamnya ditemui berhadapan dengan sebuah rumah teres berdekatan Pusat Perubatan Subang dan hotel berhampiran. Kedua-dua kenderaan itu ditemui sekitar 10 malam tadi. Bernama melaporkan sehingga berita ini ditulis, tengah malam tadi, terdapat dua pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman sedang mengambil bukti dan maklumat lanjut dari dua kawasan penemuan kereta berkenaan. |
| Polis ada petunjuk, yakin temui jutawan kosmetik Posted: 07 Sep 2010 04:00 AM PDT SHAH ALAM, 7 Sept — Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata pihaknya telah mempunyai maklumat berhubung kehilangan pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi sejak 30 Ogos lepas. Beliau berkata berdasarkan maklumat itu pihaknya yakin dapat menemui keempat-empat mereka. "Kita ada maklumat-maklumat tertentu. InsyaAllah kita akan dapat jumpa mereka ...kita ada maklumat," katanya pada sidang media semasa lawatannya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sempena persaraannya, di sini hari ini. Beliau diminta mengulas perkembangan terkini berhubung kehilangan Sosilawati, 47, dan tiga lagi iaitu peguamnya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pemandu peribadinya Kamarudin Shansudin, 47 dan pegawai CIMB Bank Norhisham Mohammad, 38. Mengulas lanjut, Musa berkata polis kini menyoal siasat semua anggota keluarga mereka yang hilang bagi mengesan jejak terakhir keempat-empat individu berkenaan termasuk siapa yang mereka bercadang untuk berjumpa pada hari tersebut. "Buat masa ini kita sedang mencari orang yang nak berjumpa dengan dia (Sosilawati), yang dipercayai seorang peguam yang mengatakan nak menjalankan kontrak penjualan hartanah," katanya. Musa juga berkata tidak ada tanda mencurigakan ditemui polis pada kereta Sosilawati yang dijumpai di Subang Jaya semalam. Sosilawati dilaporkan gagal pulang ke rumahnya sehingga hari ini selepas keluar untuk ke Banting, Selangor dipercayai bagi menguruskan jual-beli tanah di sana pada 30 Ogos lepas. — Bernama |
| Azmin Dan Zaid Jangan Bawa Petaka Dalam PKR Posted: 07 Sep 2010 01:00 AM PDT SEBETULNYA tidak ada hak untuk saya merasai lebih bimbang daripada ahli PKR mengenai perkembagan parti itu menjelang pemilihan pemimpin yang sedang berjalan kini. Saya tidak perlu untuk merasa cemas dan tidak pun tahu kenapa harus bimbang. Saya bukan ahli PKR hanya pemerhati dan simpati tinggi kepada PKR yang bergabung dengan Pas dan DAP menerusi Pakatan Rakyat yang berazam untuk menumbangkan BN. Sebagai orang yang telah lama diperintah oleh kerajaan UBN yang mengetahui akan kebaikan dan keburukkannya, saya mahu melihat Pakatan Rakyat mengubah suasana itu. Pengubahan ini tidak kira sama ada dengan mengambil alih kerajaan ataupun melakukan kritikan dan teguran sehinggakan kerajaan BN menjadi sebuah kerajaan yang benar-benar efisyen dalam membela rakyat. Tetapi terus terang saya katakan, saya amat bimbang dan cemas dengan apa yang menjelang kongres parti itu untuk mengadakan pemilihan pemimpin waktu ini. Pertandingan merebut jawatan dalam PKR terutamanya di peringkat Timbalan Presiden menjadikan saya 'ugah' hati. Firasat saya kurang baik mengenai hal ini. Sekiranya tidak dialpakan dan tidak dibendung ia mungkin boleh menyebabkan berlaku keretakan dalam PKR yang semua orang tidak mahu menenguknya. Sesuatu yang sungguh malang kalau PKR mengalami keretakan. Orang-orang seperti saya sedang menunggu-nunggu akan keupayaan dan kemampuan PKR bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Kemenangan besar PKR dalam pilihan raya didoakan akan menjadi lebih besar. Tetapi kalau takdir ini berlaku ia boleh merombak mood umum untuk menyaksi pilihan itu kelak berpihak kepada Pakatan Rakyat. Mulanya pertandingan ini dikira akan berlaku dalam suasana kekeluargaan dan penuh mahabbah saja. Ia tidak lebih dari satu kewajiban menurut pelembagaan saja. Pertandingan ini juga memberi peluang kepada mereka yang merasa layak untuk jadi pemimpin. Tidak lebih dari itu. Ia bukan satu peperangan yang haus mencederakan atau mematikan sesiapa. Pertandingan itu adalah demi menyihat dan mewaraskan semua pihak. Itu sepatutnya berlaku. Tetapi melihat kepada gelagat dan penyokong dua orang calon yang akan merebut jawatan itu, iaini Zaid Ibrahim dan Mohd Azmin Ali, ia menyerlahkan kepada suasana yang kurang baik dan ada tanda-tanda menjadi kejam atau lebih kejam. Perasaan persauaraan dalam parti tidak terserlah. Demikiannya juga kualiti keduanya sebagai pemimpin tertinggi gagal ditunjukkan. Ingat kedua mereka dilihat sebagai aset penting parti kalaupun tidak bakal mengganti Anwar di masa akan datang. Kenyataan-kenyataan, bentuk kempen, propaganda dilakukan kini memberi gambaran perebutan itu seperti berlaku antara dua ahli yang berbeza parti dan perjuangan. Seolah keduanya tidak berada di bawah renungan mata yang satu. Beberapa laporan dan kejadian berhubung itu yang masuk ke telinga saya amat amat mendukacitakan sekali. Perhatikan apa yang telah dicatat Zaid dalam blognya. Beliau mendedahkan kononnya ada orang cuba mengupah bloger agar menulis sesuatu yang buruk mengenai dirinya. Kononnya juga bloger itu akan menulis yang beliau mengupah RM20,000 kepada cabang untuk memastikan beliau dicalon. Kalaulah benar dakwaan Zaid itu betapa buruk dan busuknya proses pemilihan dalam PKR. Jelas sekali budaya dan tradisi syaitan yang diamalkan dalam Umno turut menular ataupun diguna pakai dalam PKR. (Saya harap tidak betul dan pendedahan itu sebagai satu tektik saja). Zaid juga sebelum itu dakwa ada orang yang hendak jadikannya sebagai Ghafar Baba (Allahyarham) di mana telah dimalukan dalam Umno sehingga tidak cukup pencalonan untuk merebut jawatan timbalan presiden bersama Anwar. Ertinya menurut pendedahan Zaid itu ada usaha dijalankan supaya beliau tidak mendapat pencalonan mencukupi itu bertanding. Kalaulah dakwaan Zaid itu benar, kenapa sampai jadi begitu sekali. Kenapa harus menggunakan tektik buruk dan celaka itu. Kenapa harus sampai hendak malukan Zaid. Bukankan Zaid aset penting kepada kemajuan PKR itu sendiri? Saya rasa sebagai parti baru yang sifatnya lebih terbuka, telus, ikhlas dan demokratik dari Umno seharusnya perbuatan itu tidak berlaku. Begitu juga tindakan bersama oleh beberapa Ahli Parlimen dan Senator PKR yang membuat kenyataan menyokong Azmin Ali untuk jawatan itu tidak patut berlaku. Tindakan itu sekali lagi menggambarkan sikap kurang bijak dan cuba mempamerkan keretakan dalam PKR. Kenapa harus ada endorsement sebegitu? Pada saya tektik untuk mempengaruhi perwakilan cabang dengan membuat kenyataan bersama itu boleh membuka ruang perbalahan dalam PKR. Keadaan yang dimulakan itu akan buruk sekiranya ada pula pihak-pihak lain membuat kenyataan sebaliknya dengan menyokong Zaid. Tindakan sebegitu telah membuka pekong PKR sendiri kepada musuh. Musuh dengan mudah menganggap yang ahli PKR dan Senatornya telah berpihak. Selalu terjadi dalam parti politik pergaduhan yang mulanya kecil akan membesar dan kesannya terbawa sampai ke rumah. Ia kadang kala tidak akan mudah hapus dan akan dikenang sampai ke bila-bila. Sejarah sudah menunjukkan semua itu. Apapun keadaan masih boleh dikawal. Ia belum melarat jauh lagi. Anwar Ibrahim selaku orang tua dan penasihat parti hendaknya bangkit segera membuat teguran. Beliau harus menegur kedua pihak supaya tidak menggunakan tektik kotor dalam perlawanan. Beliau tidak boleh membiarkan atas kepercayaan kedua mereka itu manusia cerdik. Apa juga yang penting mengingatkan mereka atau sesiapa saja bahawa pertandingan itu satu keperluan bukan satu kemestian mereka jadi pemimpin. Kita tidak mahu rakyat akan membuat kesimpulan perebutan itu sebagai kegelojohan nafsu kedua-dua calon itu. Adalah malang kalau gara-gara itu nanti akan terdengar orang mengatakan PKR sebelum apa-apa sudah bergaduh, kalau Anwar jadi PM mungkin pergaduhan akan lebih teruk lagi kerana berebut jawatan dan kuasa. Baik Azmin atau Zaid kalau hendak berseteru pun biarlah secara senyap. Bergaduhlah seperti laki bini yang educated di mana pertengakran mereka jangan sampai ke telinga anak-anak di luar bilik. Bergaduhlah dalam bilik. Amalkan apa yang dilakukan suami isteri yang bergaduh separuh malam saja kemudian baik sampai ke pagi. Itulah pemimpin yang bijak dan profesional. Jangan baik Zaid atau Azmin membawa petaka baru dalam PKR. http://msomelayu.blogspot.com/ |
| Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu & Yang Jangan DiLakukan Posted: 07 Sep 2010 12:30 AM PDT Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati 'tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya. Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan. Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan 'peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan 'gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah. Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya. "waste of time!!" katanya lagi. Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah). Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini. Sebagaimana kata-kata hukama :- الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164) BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA? Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?. Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam. Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya : دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari) Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan. Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW : من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 ) Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina 'benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari). Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan. MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH? Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?. Bergembiralah Orang Yang Membersihkan Hatinya di RamadhanSecara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :- 1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya. 2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan. 3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan. 4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT. 5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas) Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan. TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI Bagi sesiapa yang ingin memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati sebuah rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari. Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya. Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah selesai musim cuti hariraya. Dan sebagaimana sedinya ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka Al-Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya. Demikianlah para mukmin soleh dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat memilukan bagi mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman. RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :- 1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri . Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya". 2) Menjamah makanan sebelum keluar. Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..." 3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ; Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya. 4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu". Disebut dalam sebuah riwayat : قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 ) 5) Memakai pakaian terbaik yang ada ; Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam). 6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ; Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari) 7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi. RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :- 1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi. 2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah. 3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram. 4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai. 5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin) 6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini. 7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh. Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat. Selamat Hari Raya Idil Fitri "Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal" Sekian dahulu, Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ 27 Ramadhan 1428 H 9 Oktober 2007 Ulang siar pada 25 Sept 08 ( 25 Ramadhan 1429 H) |
| ‘Dilema’ umat Islam AS sambut Aidilfitri, peringati peristiwa 11 September Posted: 07 Sep 2010 12:00 AM PDT NEW YORK, 7 Sept — Masyarakat Islam di Amerika Syarikat mengambil langkah mempertigkatkan kawalan keselamatan masjid dengan turut mengharapkan bantuan pemimpin agama-agama lain selain menyiarkan iklan ikrar setia menjelang hari ulang tahun mempertingati peristiwa 11 September. Malah berbanding tahun-tahun sebelum ini, umat Islam pula akan menyambut kedatangan Aidilfitri pada hari yang sama ataupun selang sehari. Kedua-dua detik penting itu disambut hujung minggu ini. Jika 1 Syawal jatuh pada Jumaat ini, bermakna sambutan ulang tahun peringatan peristiwa 11 September akan diadakan pada keesokan hari. Sebaliknya, jika tidak, kemungkinan 1 Syawal dan ulang tahun hari peringatan itu akan jatuh pada hari yang sama. Umat Islam di Malaysia dijangka akan menyambut 1 Syawal Jumaat ini. Begitu juga kebanyakan negara Islam yang lain. Masyarakat Islam di Amerika Syarikat bimbang ulang tahun peringatan kesembilan itu akan mencetuskan suasana tidak senang kepada mereka. Mengambil kira perkembangan semasa, matlamat utama komuniti Islam bukan sahaja melindungi umat Islam tetapi juga menghalang mereka daripada sebarang tindakan jika berhadapan dengan provokasi pihak tertentu. Satu protes dijangka diadakan di sini Sabtu ini berhubung idea membina pusat kebudayaan Islam dan masjid di mana ia dipercayai akan disertai oleh Geert Wilders, anggota perundangan Belanda yang dilaporkan anti-Islam. Pada hari yang sama di Gainesville, Dove World Outreach Center merancang untuk membakar al-Quran. "Kita boleh menjangkakan mereka yang kurang waras sahaja akan berbuat demikian, tetapi kami tidak mahu mencetuskan histeria di kalangan umat Islam," kata Victor Begg dari Majlis Pertubuhan Islam Michigan. "Rakyat Amerika, pada umumnya, menyokong pluralisme. Maklumat tidak tepat menyebabkan kekeliruan macam ini," kata beliau. Hari ini, Persatuan Islam Amerika Utara dijadual mengadakan mesyuarat dengan pemimpin agama Kristian, Islam dan Yahudi di Washington untuk menangani gelombang kebimbangan dan sikap tidak bertolak ansur ekoran pelan membina pusat kebudayaan Islam dan masjid berhampiran dengan Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam peristiwa serangan pengganas 11 September 2001. Pusat-pusat Islam di kebanyakan bandar raya meningkatkan pemantauan dan menjalin kerjasama rapat dengan pihak berkuasa keselamatan. Malah ada juga tanggapan bahawa sambutan Aidilfitri kali ini juga akan dianggap sebagai satu bentuk tindakan "meraikan" perbuatan kumpulan pengganas yang disaksikan di bumi Amerika Syarika sembilan tahun lalu. "Kami memberitahu setiap orang agar peka dengan situasi dan melaporkan apa-apa tindakan yang diragui kepada pihak polis dan memanggil kami," kata Ramzy Kilic dari Majlis Hubungan Islam Amerika cawangan Tampa. Sambutan ulang tahun memperingati peristiwa 11 September 2001 sentiasa menjadi satu cabaran buat masyarakat Islam di Amerika Syarikat, yang diperhatikan dengan rapat sejak itu. Berbanding tahun-tahun lalu, sambutan memperingati perisitwa dilihat agar 'tegang' kerana masyarakat Islam memenangi tuntutan untuk membina pusat kebudayaan Islam beserta sebuah masjid. Pusat-pusat Islam sejauh Tennessee dan California juga berhadapan dengan protes dan serangan balas ganas ekoran pelan itu. Di New York barat, polis memberitahu bahawa sekumpulan remaja mengeluarkan kata-kata kesat, mengaktifkan sistem penggera kereta dan melepaskan tembakan di pekarangan masjid Lake Ontario. Pada 23 Ogos lalu, kumpulan yang menyokong dan menentang rancangan untuk membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid di Manhattan, berhampiran WTC yang menjadi sasaran pengganas sembilan tahun lalu, mengadakan perhimpunan bagi mempertahankan pendirian masing-masing dengan kawalan ketat polis, semalam. Ucapan-ucapan yang beremosi, dengan sokongan politik, memberi tumpuan ke atas rancangan mahu membina premis itu yang hanya dua blok jauh dari WTC, yang diserang anggota rangkaian Al-Qaeda dan mengorbankan kira-kira 3,000 orang pada 11 September 2001. Parti Republikan menentang projek itu dengan menyerang Presiden Barack Obama, dari Demokrat, menjelang pilihan raya separuh penggal, di mana parti itu bekerja keras untuk mengekalkan penguasaan di Kongres. Mereka yang menentang pembinaan pusat itu, yang termasuk dewan solat, mendakwa lokasi premis itu tidak sensitif kepada persekitaran dan bimbang akan memberi teduhan kepada pelampau agama. Dalam pada itu, mereka yang menyokong projek itu berkata pihaknya mempunyai kebebasan beragama dan perlu mempromosikan toleransi dan persefahaman. Obama dan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg sebelum ini mengatakan bahawa mereka menyokong hak bagi masyarakat Islam membina pusat itu manakala Republikan termasuk bekas calon jawatan Naib Presiden Sarah Palin menentangnya. Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan tersebut, 3 Ogos lalu. Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar RM300 juta (AS$100 juta). Suruhanjaya itu mendapati bahawa bangunan sedia ada, yang berusia 152 tahun berkenaan, dua blok dari tapak WTC yang ranap, bukan premis yang istimewa untuk memenuhi kriteria dijadikan bangunan ternama. Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat. —Agensi |
| Pandangan Nurul Izzah Kena Tepat Kepada Golongan Berpandangan Sempit Posted: 06 Sep 2010 11:30 PM PDT SHAH ALAM 7 Sept - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata pucuk pimpinan Umno hanya bercakap tentang 1Malaysia, tetapi pada hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu. Senator Dr Syed Husi Ali menegaskan pandangan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu dan 'ketuanan Melayu' tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi yang wujud hanya 'kedudukan istimewa', telah mengoncang pendapat golongan yang berfikiran sempit. "Sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk PM Najib telah menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yangdibuat oleh YB Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa. "Nyata sekali pandangan serta cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai telah menyengat dan mengena tepat pada sasaran. "Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali," kata Dr Syed Husin dalam kenyataannya hari ini," tegas beliau. Beliau berkata prinsip Nurul Izzah, selari dengan pendirian yang diambil oleh KEADILAN serta juga PAkatan Rakyat ialah mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang mengenai kedudukan Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa. |
| Johan Jaaffar, Farid Ridzuan Perlu Letak Jawatan Posted: 06 Sep 2010 11:00 PM PDT Oleh Faizal Ezzany SHAH ALAM 7 Sept - Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Eksekutif, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan didesak meletakkan jawatan segera dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya diatas kecuaian membenarkan penyiaran iklan Aidilfitri yang berunsur syirik sejak seminggu lalu. Walaupun iklan tersebut telah ditarik balik sejak dua hari lalu namun kesan dan pengaruh elemen syirik yang dianjur oleh iklan tersebut dijangka memberi kesan mendalam kepada golongan belia serta kanak-kanak. Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) yang dimiliki oleh Media Prima dianggap tidak langsung mengambil berat tentang isu sensitiviti agama Islam apabila menyiarkan iklan Aidilfitri yang mirip kepada sambutan perayaan Hari Natal. Beliau berkata penyiaran iklan tersebut telah menimbulkan bantahan dan kemarahan umat Islam di negara ini malah iklan itu seolah-olah menggalakkan unsur syirik ditengah-tengah masyarakat Islam di Malaysia. "Tindakan TV3 menamatkan penyiaran iklan tersebut bukan dapat menyelesaikan segala-galanya atau meredakan kemarahan umat Islam tetapi mereka yang berperanan seperti pengurusan tertinggi syarikat perlu mengambil seluruh tanggungjawab ke atas penyiaran iklan itu. "Menamatkan penyiaran iklan tersebut bukan satu jawapan kepada bantahan yang diterima daripada rakyat dan ia tidak tamat disitu sahaja, apa yang pasti dan paling penting adalah Johan Jaaffar serta Farid Ridzuan perlu tampil untuk membuat penjelasan secara terbuka kepada rakyat dan memohon maaf bagaimana perkara tersebut boleh terlepas. "Saya pasti bagi mengembalikan suasana tenang kedua-dua mereka perlu meletak jawatan, ini sebagai tanda mereka mengambil tanggungjawab atas segala apa yang berlaku," tegas Salahuddin kepada Suara Keadilan. Salahuddin juga melontarkan persoalan samada firma komunikasi antarabangsa pro Zionis-Israel, Apco Worldwide menjadi dalang disebalik penyiaran iklan dan adakah Apco juga mahu rencah 1Malaysia dicapai melalui iklan tersebut. Beliau juga menyarankan agar kerajaan memantau dengan tegas sebarang iklan yang mempunyai unsur syirik yang boleh memesong akidah umat Islam. "Iklan tersebut jelas mempunyai unsur syirik yang mana boleh memesongkan akidah seseorang terutamanya kanak-kanak yang mempunyai sifat keinginan mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Kita risau tanpa tindakan segera perkara yang memesongkan ini akan bersemadi di dalam diri kanak-kanak yang mengikuti iklan tersebut. "Kita tidak mahu acuan yang digunakan untuk memastikan konsep 1Malaysia ini mendapat perhatian rakyat terus mencemar sambutan Aidilfitri yang bakal tiba nanti," ujar beliau lagi. Dalam iklan yang disiarkan sejak Khamis lalu, sempena sambutan Aidilfitri, TV3 menggambarkan seorang Pak Haji mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan. Penyiaran tersebut menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak. Iklan itu juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha. Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 yang banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer atau 'computer generated imaging' (CGI). |
| Kerajaan Pakatan Rakyat Tidak Rompak Harta Rakyat Seperti Umno-BN Posted: 06 Sep 2010 10:30 PM PDT Oleh Nazar Hashim BUKIT MERTAJAM 7 Sept - Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat tidak mengamalkan prinsip rompak hasil mahsul negeri dan kemudian mengagihkan sedikit daripadanya kepada rakyat seperti mana yang menjadi budaya Umno-Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan disebabkan ketelusan Pakatan Rakyat, maka Umno-BN menyerang bertubi-tubi kerajaan negeri Pulau Pinang dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana memberi ancaman kepada agenda merompak harta rakyat. "Jika mereka merompak wang rakyat, balak, tanah dan saham untuk diagihkan kepada kroni bagi memenuhi temolok mereka dan sebahagian daripada itu diagihkan kepada orang miskin bukanlah satu tindakan yang betul. "Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah jauh bezanya daripada Umno-BN. Kita tidak merompak hak orang lain. Kerajaan pimpinan Lim Guan Eng memberikan wang penghargaan berdasarkan kepada perbelanjaan yang berhemah dan berjimat cermat. "Merompak, mengambil hak orang lain, mengagihkan kepada kroni dan penyokong sahaja bukan menjadi amalan dalam mana-mana kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat," tegas Anwar lagi semasa menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan waris warga emas yang meninggal dunia di Dewan Mutiara, Bukit Mertajam Ahad lalu. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengiktiraf golongan warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dengan syarat mereka telah mendaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang bagi menerima sumbangan RM100 seorang. Sehingga ini seramai 107,625 warga emas telah pun menikmati wang penghargaan tersebut. Ia juga menunjukkan peningkatan lebih 25,000 warga emas mendaftar dibandingkan seramai 83,000 warga emas sahaja yang mendaftar sebelum ini. Manakala bagi waris kepada warga emas yang kematian ibu dan bapa akan menerima RM1,000 sebagai sumbangan mengurangkan beban yang ditanggung waris. Sehingga 24 Ogos 2010, sejumlah 776 pewaris telah menerima sumbangan itu yang melibatkan kos sebanyak RM776,000 yang salurkan melalui sistem i-sejahtera yang diwujudkan oleh kerajaan negeri. "Dalam tempoh yang singkat pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah berjaya membela nasib rakyat. Sistem pemerintahan yang bijak mampu memberi manfaat kepada kerajaan dan juga rakyat. "Oleh kerana itu sokongan dan dokongan yang diberikan rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir beberapa buah negeri harus ditingkatkan lagi bagi mencapai hasrat kita menuju ke Putrajaya," tambah Anwar. Turut hadir pada majlis sumbangan tersebut termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman serta Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy. |
| Tuduhan terbit DVD ‘Sidang DUN Pokok’ ke atas Adun DAP ditangguh Posted: 06 Sep 2010 10:15 PM PDT Oleh Clara Chooi IPOH, 7 Sept — Pasukan pendakwa raya menangguhkan pertuduhan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Perak Ong Boon Piow yang dikatakan menerbitkan DVD "haram" "Sidang DUN Pokok" 3 Mac lalu. Menurut Timbalan Pendakwa Raya Mark Netto, pertuduhan ke atas Adun Tebing Tinggi itu ditangguhkan ekoran arahan daripada ketua pendakwa raya negeri. Tiada alasan khusus diberikan berhubung perubahan keputusan di pihak pendakwa raya tetapi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa langkah itu berkaitan dengan usaha konspirasi pihak kerajaan. ADUN Pantai Remis Nga Kor Ming memberitahu The Malaysian Insider bahawa tidak mungkin hanya Ong seorang sahaja yang menghasilkan DVD berhubung kejadian itu. Ketika kemuncak krisis politik Perak, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional juga mengeluarkan terbitan itu dan mengedarkan 50,000 salinan menjelang sidang DUN 7 Mei 2009. "Ini bermakna mereka juga perlu mengenakan tuduhan ke atas (Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr) Zambry (Abd Kadir) dan (Exco Kerajaan Negeri) dari MCA Datuk Dr Mah Hang Soon kerana mereka juga bertanggungjawab terhadap penerbitan bahan seumpama itu," kata beliau. Ong sepatutnya dikenakan tuduhan pagi ini di Ipoh di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki bahan-bahan terbitan yang tidak diluluskan. |
| Ahli Majlis MPK Buat Aduan Fitnah Terhadap Dua Blog Pro Umno Posted: 06 Sep 2010 10:00 PM PDT Oleh Faizal Ezzany CYBERJAYA 6 Sept - Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Lee Kee Hiong hari ini membuat laporan terhadap dua laman sesawang selangordaily.com dan juga pembangkangselangor.com di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung dakwaan fitnah terhadap beliau yang disiarkan di dalam laman web terbabit. Beliau yang hadir bersama peguamnya, Tiew Way Keng telah bertemu dengan seorang pegawai penyiasat SKMM di sini bagi mengadu terhadap fitnah tersebut dan menggesa SKMM dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggungjawab mengendalikan sesawang tersebut. "Pada Jumaat yang lepas saya telah membuat satu laporan polis berhubung dakwaan fitnah yang telah disiarkan oleh dua laman sesawang selangordaily.com dan juga pembangkangselangor.com. Susulan daripada laporan polism itu, hari ini saya juga membuat aduan di SKMM atas alasan yang sama dan berharap SKMM akan membuat siasatan segera berhubung dakwaan fitnah itu. "Selain itu juga saya berharap SKMM juga dapat mengambil tindakan undang-undang kepada pengendali laman web itu. "Bagi saya apa yang diperkatakan oleh laman sesawang tersebut adalah fitnah dan bagi membantu siasatan tersebut saya tidak dapat memberi penjelasan sepenuhnya terhadap apa yang didakwa. Untuk pengetahuan pihak polis juga telah melakukan siasatan daripada laporan yang telah saya kemukakan itu. "Sebenarnya mereka tidak mempunyai apa-apa tujuan melainkan ingin menjatuhkan serta memalukan saya, bagi saya apa yang mereka lakukan tidak akan kemana-mana jika budaya politik sedemikian digunakan oleh mereka," jelas Lee yang juga merupakan pengarah biro pendidikan DAP Selangor. Dalam pada itu, Way Keng menjelaskan pihaknya sedang meneliti bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap fitnah itu dan beliau berharap kes ini dapat disegerakan. "Kita akan merujuk kes tersebut di bawah peraturan Komunikasi dan Multimedia Akta 1998 (Akta 558) dan dalam masa yang sama pihak saya juga sedang mengkaji bentuk tindakan yang akan diambil," kata beliau. Sebelum itu selangordaily.com mendakwa Kee Hiong terbabit dengan aktiviti mengumpul dana politik untuk DAP melalui penyelewengan invois dan menaikkan harga. Selain itu juga laman sesawang pembangkangselangor.com menuduhnya terlibat dengan beberapa kegiatan rasuah. Beliau menuntut polis supaya menyiasat penulis laman sesawang itu dan dakwaan yang dibuat terhadapnya bagi membersihkan nama baiknya. |
| KBGM Jahil Perlembagaan Telah Dipinda 40 Kali Dalam 53 Tahun Posted: 06 Sep 2010 09:30 PM PDT SHAH ALAM 7 Sept - Badan Peguam menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh Kelab Belia Graduan 1Malaysia (KBGM) terhadap Kempen Perlembagaanku adalah akibat kurangnya pemahaman dan maklumat berkenaan kempen tersebut lebih-lebih lagi mengenai Perlembagaan Persekutuan. Dalam satu kenyataan media semalam, PresidenBadan Peguam, Ragunath Kesavan berkata kebimbangan KBGM bahawa buku-buku panduan yang dikeluarkan oleh kempen itu (Buku Panduan Rakyat) yang bersifat menghasut adalah tidak benar sama sekali. "Tujuan kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang Perlembagaan di kalangan rakyat Malaysia kerana ia memberi makna kepada negara kita. Ia langsung tidak menjadi matlamat Badan Peguam untuk cuba membuat pindaan terhadap Perlembagaan. "Kempen ini tidak bersifat kepartian dan kami mengambil segala usaha untuk menjalinkan usahasama dengan semua pihak yang mahu bekerjasama dengan kami. Setakat ini, aktiviti-aktiviti kami telah dihadiri dan disokong oleh seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, seorang Ketua Menteri, dua Menteri Besar, Ahli-ahli Parlimen termasuklah Yang DiPertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat dan pihak lain," jelas Ragunath. Beliau menegaskan kerisauan utama KBGM adalah berhubung kandungan Buku Panduan Rakyat yang mengatakan Perlembagaan boleh dipinda oleh ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat Malaysia. "Ini sememangnya ada dinyatakan di dalam Perlembagaan. Dalam pengetahuan kami, Parlimen telah meminda Perlembagaan lebih daripada 40 kali dalam masa 53 tahun yang lalu dengan lebih kurang 650 pindaan individu. "Secara amnya, pindaan Perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga ahli-ahli Parlimen. Namun demikian, terdapat beberapa peruntukan di dalam Perlembagaan seperti yang berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu, yang hanya dapat dipinda dengan kebenaran Majlis Raja-raja," kata beliau lagi. Ragunath menolak dakwaan KBGM bahawa kempen tersebut dibiayai oleh NGO asing anti-kerajaan. Beliau menjelaskan kempen PerlembagaanKu tidak mengaut sebarang keuntangan dan ia dibiayai sepenuhnya oleh Badan Peguam Malaysia disamping menerima sumbangan daripada pelbagai pihak, termasuklah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, badan politik dan bukan politik dan juga rakyat Malaysia. "Kempen PerlembagaanKu bertujuan untuk memaklumkan rakyat Malaysia tentang apa yang dinyatakan di dalam Perlembagaan. Ia mengalakkan orang ramai untuk membaca Perlembagaan dengan sendiri dan mempelajari tentang apa yang terkandung dan tidak terkandung di dalam Perlembagaan. "Dalam hal ini, kami percaya kebimbangan KBGM dapat diatasi dengan ilmu pengetahuan berkenaan Perlembagaan. Kami menjemput KBGM untuk mengadakan perbincangan dan sedia bekerjasama dengannya untuk bersama-sama 'Merakyatkan Perlembagaan'," ujar Ragunath. |
| KENYATAAN MEDIA DR. SYED HUSIN ALI TENTANG ISU PERKASA - NURUL IZZAH Posted: 06 Sep 2010 09:00 PM PDT Sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk PM Najib telah menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yang dibuat oleh YB Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa. Nyata sekali pandangan serta cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai itu menyengat dan mengena tepat pada sasaran. Pendirian ketiga-tiga menteri itu membukti kan dengan jelas bahawa pucuk pimpinan Umno hanya bercakap tentang satu Malaysia, akan tetapi pada hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu. Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya 'kedudukan istimewa'. Begitu jugalah tidak terdapat slogan 'ketuanan Melayu' dalam Perlembagaan. Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali. Namun begitu Nurul Izzah, selari dengan pendirian yang diambil oleh KEADILAN serta juga PAKATAN mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang mengenai kedudukan Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa. DR SYED HUSIN ALI TIMBALAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT |
| Dua kereta ditemui di Subang Jaya, nasib Sosilawati masih ‘misteri’ Posted: 06 Sep 2010 08:31 PM PDT Oleh G. Manimaran KUALA LUMPUR, 7 Sept — Dua kereta mewah dipercayai milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan seorang peguamnya, yang dipercayai hilang sejak 30 Ogos lalu, ditemui oleh di dua lokasi berbeza di Subang Jaya dekat sini malam tadi. The Malaysian Insider difahamkan kereta BMW M5 dengan nombor pendaftaran WTL 11, dipercayai milik Sosilawati ditemui di parkir kenderaan di Pangsapuri Angsana di Persiaran Subang Mewah manakala BMW 5series, bernombor pendaftaran AAJ 5, dipercayai milik peguamnya ditemui berhadapan dengan sebuah rumah teres berdekatan Pusat Perubatan Subang dan hotel berhampiran. Kedua-dua kenderaan itu ditemui sekitar 10 malam tadi. Bernama melaporkan sehingga berita ini ditulis, tengah malam tadi, terdapat dua pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman sedang mengambil bukti dan maklumat lanjut dari dua kawasan penemuan kereta berkenaan. Difahamkan kenyataan media berhubung penemuan itu akan dikeluarkan pagi ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan penemuan kereta terbabit bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Ketika ditanya sama ada kesemua mangsa sudah dikesan, Ku berkata: "Belum." Polis Selangor juga memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihkanya dimaklumkan ada menerima maklumat mengenai penemuan kereta tetapi enggan mengulas lanjut kerana kes ini dikendalikan oleh Kuala Lumpur. Dua kereta dan peguamnya ditemui beberapa jam selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata senarai panggilan telefon terakhir Sosilawati dan tiga yang lain dipercayai dapat membuka laluan penyiasatan berhubung kehilangan mereka. Musa berkata pihaknya sedang menunggu data tersebut dan yakin butiran lanjut mengenai kejadian itu akan terungkai sebaik sahaja perincian penggunaan telefon oleh keempat-empat mereka diteliti. "Kita perlu siasat kesemua anggota keluarga yang terlibat. Setakat ini kita belum dapat apa-apa petunjuk lagi. "Antara yang kita siasat adalah panggilan telefon (panggilan terima dan panggilan keluar) kesemua mangsa untuk siasatan lanjut," katanya. Hanya satu laporan saja diterima polis berhubung kehilangan keempat-empat individu tersebut iaitu pada Khamis lepas daripada keluarga Sosilawati. Satu sumber berkata, sebelum hilang, Sosilawati yang merupakan bekas isteri penyanyi terkenal dikatakan telah meninggalkan pejabatnya bagi menghadiri majlis berbuka puasa. Namun, selepas meninggalkan pejabat itu, telefon bimbit milik wanita terbabit gagal dihubungi menyebabkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Rita membuat laporan di Balai Polis Gombak. Sosilawati, 47, dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya setelah dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak, sejak 30 Ogos lalu. Beliau dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari, namun gagal berbuat demikian sehingga kini. Ahli perniagaan itu dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi dan seorang pegawai bank sejak 30 Ogos lepas dan difahamkan Sosilawati membawa wang jutaan ringgit. Polis kini menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kes kehilangan jutawan itu. Sosilawati merupakan bekas isteri kumpulan Lefthanded, Jamaludin Elias atau lebih dikenali Nash. Sosilawati dan Nash, 50, telah berkahwin pada 16 November 2006 sebelum bercerai secara sah dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada 26 Mei 2009. Laporan media semalam menyebut sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting. Sosilawati menghadiri Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam 26 Ogos lalu dan memaklumkan mahkamah bahawa wang RM1.38 juta yang digunakan untuk membayar hutang rumah serta dilaburkan dalam tiga akaun atas nama Nash adalah hasil titik peluhnya sendiri. Sosilawati memfailkan tuntutan agar wang pemberian sebanyak RM1.38 juta dikembalikan kepadanya manakala dua pertiga daripada keuntungan, bonus dan dividen daripada saham-saham turut diberikan kepadanya. Beliau juga dikatakan menghadiri majlis berbuka puasa rasmi pada 29 Ogos lalu. |
| Posted: 06 Sep 2010 07:30 PM PDT KATA orang kalau harimau sudah tua dan sakit gigi, maka cicak mengkarung pun berani mendekatinya. Tetapi sewaktu ia kuat dan hebat, usahkan hendak mendekatinya mendengar namanya saja sudah kecut perut. Itu bukan gaumannya lagi, kalau mendengar ngaumannya saja orang sudah terberak dan terus demam. Begitulah apa yang berlaku ke atas kerajaan UBN yang ditulangi Umno dalam menghadapi kes pemuda Cina bernama Wee Meng Chee (Namewee) yang dikatakan menerbit lagu yang berunsur perkauman dan mengecam kaum Melayu. Umno tidak ubah sang belang yang malang itu dan Namewee adalah hanya seekor cicak saja. Kenapa saya kata begitu, kerana walaupun berbagai pihak mendesak supaya diambil tindakan terhadap pemuda Cina itu tetapi nampaknya kerajaan UBN berat untuk berbuat demikian. Kali ini kerajaan UBN berfikir panjang sebelum bertindak, tidak seperti biasa, cepat dan rakus kadang-kadang tanpa usul periksa sehingga menimbulkan implikasi buruk. Sehingga kini belum ada apa-apa tindakan dikenakan ke atas pemuda ini. Berbagai pihak termasuk pahlawan Melayu juga sudah membuat desakan. Mereka semua semacam nak marah dengan sikap panjang akal kerajaan kali ini. Pihak polis memberi tahu siasatan sudah dibuat dan kertas siasatan akan diserahkan kepada peguam negara. Itu, Riza Marican Naina Marican mempertikaikan kelewatan kerajaan bertindak ke atas pemuda Cina ini. Beliau lantas mempertikaikan kenapa dalam kes-kes lain disegerakan tetapi kes pemuda Cina ini lembab. Keadaan ini menghairankan beliau. Pahlawan muda Umno Temerloh pula mendesak supaya pemuda Cina ini ditahan di bawah ISA. (Ini sudah melampau!). Ketuanya Megat Asri Abdul Jalil meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas memandangkan kesalahan dibuat pemuda Cina itu berulang dan boleh mencetuskan api perkauman. Memang dalam kes Namewee ini seakan ada berat sebelah oleh kerajaan. Beberapa individu yang melakukan kesalahan hampir sama, cepat dibawah ke mahkamah. Ada dua tiga budak Melayu yang melakukan tindakan bersalahan dengan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media kerana dikatakan menghina raja terus diseret ke mahkamah. Bukan payah unttuk mengetahui kenapa kerajaan UBN berfikir panjang untuk bertindak kali ini. Semua ini ialah kerana sejarah lalu. Kejadian-kejadian lalu yang membabitkan orang Cina telah mengajar kerajaan UBN untuk berfikir panjang. Umno hanya berani dengan Melayu tetapi pengecut dengan orang Cina kerana terlalu ingin mengambil hati. Misalnya apa yang menimpa Teoh Beng Hock sangat ditakuti oleh kerajaan UBN. Hingga kini kes kematian Beng Hock di ibu pejabat SPR Selangor belum selesai. Tengoklah mayatnya walaupun sudah dikebumikan tetapi digali balik. Kematian itu telah menjadi kontroversi dan menghiris hati orang Cina. Tragedi itu juga bukan saja hebuh di dalam 'ini negeri', tetapi di luar sana juga. Jadi UBN tidak mahu penahanan atau tindakan tidak berhati-hati ke atas pemuda Cina itu nanti akan menimbul masalah. Silap menahannya ia akan dijadikan modal politik. Bagi UBN implikasi dari apa yang berlaku ke atas Beng Hock itu cukup mengesankan dan mengajarnya dalam melakukan sebarang tindakan. Persoalannya di sini apakah kerajaan UBN menjaga kepentingan Umno sehinggakan sanggup membiarkan orang yang pada mata rakyat boleh menimbulkan masalah? Kalaulah benar begitu ini menunjukkan kelemahan ketara kerajaan UBN. Beginilah kalau kerajaan terlalu memikirkan soal nasib dan masa depan parti yang menjadi kerajaan sehingga bersikap jinak dengan penjenayah. Apa yang menjadi amalan UBN selama ini nampaknya sudah mula meracun dirinya sendiri. Keadaan inilah menjadikan pemuda Cina dari Muar Johor berkenaan tidak serik dan makin berani melakukan aksi dan tindakan yang bertentangan dengan Rukun Negara. Pemuda Cina ini sudah memikirkan bahawa beliau tidak mudah untuk diambil tindakan. Dia juga tahu kalau dia masuk penjara dan mahkamah dia dibela. Mudahnya, pemuda Cina ini cerdik kerana pandai membaca ramalan bintang. Dia tahu kalau beliau dikenakan tindakan akan ada orang membelanya. Yang belanya bukan saja kaum sejenisnya, tetapi segelintir Melayu yang sudah lupa makan secara duduk bersela juga akan bangkit membelanya. Sesiapa pun boleh menjadi jahat kalau sudah pasti akan di bela kelak. Dalam negara ini bukan mudah untuk menjadi hero, kamu sokong dan pertahankan satu kaum, kaum itu akan membela kamu selama-lamanya. Ertinya sikap perkauman masih bermaharajalela di negara ini. Sekali lagi 52 tahun Umno memerintah negara ia gagal untuk menghapuskan nalusi perkauman. Jadi dalam keadaan Umno sudah jadi harimau tua ini, bukan saja perbuatan dan aksi yang membabitkan Namewee itu akan berlaku, tetapi banyak lagi. Semua yang berlaku itu bukan disengajakan tetapi cabaran untuk kerajaan UBN. Kepada para pahlawan Melayu tidak usahlah mendesak berlebih-lebihan sangat. Insaflah bahawa Umno yang kini sudah menjadi harimau tua itu sudah tidak bermaya lagi. Mendesak kerajaan UBN bertindak ke atas kes seperti Namewee itu menjadikan Umno semakin sakit saja. Bukan begitu Mat? Mat mana? Mat Maslanlah! http://msomelayu.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan