DIALOG RAKYAT |
- Bercakap tentang Islam tapi isteri tidak menutup aurat!
- Pendedahan Ketua Polis Negara Mengemparkan!
- Si Cicak Dan Harimau Tua
- Rakan, keluarga tak percaya Sosilawati diculik, tiada transaksi bank
- Wisma Putra patut sampai mesej lebih tegas kepada Indonesia
- Najib Perlu Buktikan Teo Menyampaikan Tazkirah
- Iran Bangunkan Enjin Pencari Saingi Google Dan Yahoo
- Syed Husin: Tiada "hak istimewa Melayu" dalam Perlembagaan
- JPJ terima 26,880 rakaman MMS kesalahan trafik
- Pejabat Akhbar Sinar Harian Dimasuk Pencuri
- Laporan Polis Dibuat Terhadap Iklan Raya TV3
- Awal Syawal Di Malaysia Ditentukan Melalui Rukyah, Hisab:Jakim
- JMM Serah Bukti Kaitkan Portal Berita Dengan Bendera Kepada Polis
- Selangor Pindah Operasi Peniaga Besi Terpakai Ke Kawasan Mudah Dipantau
- Rakyat makin sedar fitnah media pro BN
- ISA: Waris kecewa tahanan ditahan tanpa notis
- Perkauman: PAS sokong Tengku Abdullah
- SU politik MB Johor selamat dikebumikan
- IGP kecewa KDN campur tangan urusan polis
- Hartawan kosmetik hilang: Polis ada petunjuk
- IGP jadi 'penarik beca' bagi tangkap pengedar dadah
- Pembikin video 'bawah pokok' tidak didakwa
- Hishamuddin Rais: Umno 'kecutkan' minda Melayu
- Santa 'Pak Haji', TV3 diminta tak ulangi kesilapan
- KJ: PERKASA punca BN hilang undi
| Bercakap tentang Islam tapi isteri tidak menutup aurat! Posted: 07 Sep 2010 05:39 AM PDT Oleh Tok Pepijat Isu MP Serdang mempunyai banyak hikmah. Banyak hikmah, kebaikan dan pengajara Mengapa? Peristiwa MP Serdang masuk surau inilah menerbitkan beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh umat Islam. Persoalan yang besarnya berkaitan dengan hukum dan peraturan Islam iaitu masuk ke surau atau masjid oleh non Muslim dan Aurat. Kita melihat sebelum peristiwa ini berlaku, MP Serdang mempunyai pengetahuan yang cetek tentang Islam. Barangkali beliau juga " prejudis" terhadap Islam. Hasil dari peristiwa ini, MP Serdang banyak "menimba ilmu" tentang Islam. Hebatnya, beliau sanggup "menadah" telinga mendengar penjelasan Mursyidul Am.Tentunya peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini "menyamai" seperti September 11. Selepas September 11, ramai rakyat Amerika mengkaji Islam dan menganuti agamanya. Satu lagi tentang aurat. Jika sebelum ini, MP Serdang dan mungkin ramai lagi non Muslim tidak memahami hukum aurat, kini mereka lebih faham lagi. Barangkali sebelum ini non Muslim melihat tudung isteri PM atau tudung isteri Menteri Penerangan adalah menepati hukum Islam, kini mereka lebih faham lagi konsep penutupan aurat yang sebenar yang dikehendaki oleh Islam. Nah, kini non Muslim boleh membandingkan yang mana satu penutupan aurat yang sebenar antara tudung isteri PM dengan tudung isteri Presiden PAS misalnya. Lagi, jika sebelum ini non Muslim memahamit tutup aurat hanya dalam lokasi surau, masjid, majlis keagamaan, Musabaqah apabila melihat isteri pembesar-pembesar negara berbuat demikian. Kini non Muslim sudah memahami bahawa itu konsep yang salah. Kini mereka tahu penutupan aurat yang yang sebenar adalah bukan sekadar lokasi tersebut. Terserlah lagi "kejahilan" isteri-isteri pembesar negara! Dua perkara yang dapat dipelajari dari peristiwa MP Serdang oleh non Muslim berkaitan aurat. Iaitu tutup aurat mestilah tutup keseluruhan rambut dan menutupnya bukan sekadar dalam surau, masjid dan majlis keagamaan. Itu belum lagi jika ada non Muslim tanya tentang hukum peluk dan cium pipi bukan mahram. Malu kita! Bila mengenangkan aksi isteri PM berbuat demikian terhadap artis Bollywood dan pemain badminton negara. Perbuatan demikianlah yang mencemarkan imej kesucian Islam. Tentang penutupan aurat ini, kita melihat masih ramai isteri-isteri pembesar negara termasuk golongan Istana tidak mengambil berat hal demikian. Sepatutnya mereka sebagai golongan pemimpin dan menjaga kepentingan Islam perlu insaf dan bertanggungjawab menjaga imej Islam pada kacamata rakyat dan non Muslim. Sesuatu yang "memalukan" jika pembesar-pembesar negara dan golongan Istana bercakap tentang pengamalan ajaran Islam yang sebenar dalam majlis rasmi, tetapi dalam hal yang sama isteri mereka tidak menutup aurat! Kita melihat tidak ramai isteri Menteri dan golongan Istana menutup aurat. Sekadar Permaisuri Agong, Tengku Puan Pahang dan isteri TPM dan isteri beberapa Menteri sahaja. Mufti-mufti dan pegawai JAKIM mestilah berani menegur dan menasihat. Mufti Harussani mesti perhebatkan dakwah anda dalam istana! Jangan asyik berpolitik. Marilah sempena Ramadhan ini, kita semua insaf tentang hal demikian. | |||||||||
| Pendedahan Ketua Polis Negara Mengemparkan! Posted: 07 Sep 2010 05:37 AM PDT Oleh Angkasanuri Selama ini, rakyat hanya mendengar dari mulut pimpinan Pakatan Rakyat dan beberapa NGO tentang campur tangan kerajaan 1Malaysia terhadap institusi keselamatan di negara ini. Polis sering kali dituduh menjadi alat dan boneka kepada kerajaan Umno-BN. Ramai yang melenting dan marah-marah dengan kenyataan itu. Menganggap segala tuduhan dan dakwaan itu fitnah dan tidak berasas. Tetapi ternyata apa yang didakwa selama ini terbukti benar bahawa kerajaan Umno-BN memang selama ini memperalatakan polis untuk menutup kelemahan,skandal dan penyelewengan untuk mengekalkan kuasa. Kenyataan ini bukan keluar dari mulut orang kampung di kedai kopi tetapi dari Ketua Polis Negara sendiri! Tan Sri Musa Hassan dalam kenyataannya semalam mengesahkan bahawa Kementerian Dalam Negeri terlibat secara langsung dalam memberi arahan sehingga menjejaskan proses sisasatan polis. Bagi saya kenyataan ini sangat bahaya kerana ia melibatkan kepentingan masyarakat dan imej negara di mata dunia. Bermakna ada pihak yang teraniaya dan dizalimi. Tidak mustahil ada penyelewengan, jenayah dan skandal yang tidak mendapat keadilan dan siasatan yang adil dan telus. Rakyat berhak tahu sejauh mana penglibatan kerajaan melalui Kementerian Dalam Negara yang mengganggu dan menjejaskan siasatan polis. Ini bukan hal main-main ini perkara besar. sebelum ini rakyat dikejutkan dengan pelbagai isu yang mengemparkan institusi keselamatan dalam negara. Rakyat masih belum lupa isu pemecatan hakim-hakim kanan satu ketika dahulu. Rakyat masih belum lupa bekas Ketua Polis Tan Sri Rahim Nor yang menumbuk hingga lebam Dato Seri Anwar Ibrahim. Isu pita rakaman Linggam masih lagi menimbulkan persoalan apakah kesudahannya. Rakyat masih tertanya-tanya apa di sebalik isu mendiang Teoh Beng Hock yang dikatakan 'mencekik diri sendiri' sebelum terjun dari bangunan SPRM.Malah banyak lagi isu yang melibatkan pihak keselamatan seperti polis dan SPRM yang menimbulkan pelbagai spekulasi dan 1001 persoalan yang masih tidak terjawab.Adakah dalam hal ini kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya terkecuali? Rakyat juga ingin tahu apakah kes yang melibatkan campur tangan dan arahan dari Kerajaan Umno-BN. Adakah ia melibatkan juga kes Liwat 1 dan Liwat 2 Dato Seri Anwar Ibrahim? Bagaimana kes berfrofil tinggi yang lain seperti penyelewengan PKFZ, kes rasuah yang melibatkan beberapa pimpinan Umno dan BN antaraya yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Dato Norza Zakaria dan ramai lagi yang umum sedia maklum. Kenyataan Ketua Polis Negara ini seolah-olah mengesahkan bahawa ada konspirasi, siasatan dan pendakwaan terpilih yang boleh menjejaskan reputasi dan berkait rapat dengan keselamatan negara. Maka satu badan siasatan bebas seperti Suruhanjaya Diraja wajar ditubuhkan bagi membersihkan imej polis dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi ini. Saya teringin mendengar komen daripada Menteri Dalam Negeri adakah dakwaan KPN ini benar dan berasas atau sekadar melepas perasaan yang terpendam menjelang detik-detik akhir persaraan beliau. http://angkasanuri.blogspot.com/ | |||||||||
| Posted: 07 Sep 2010 05:36 AM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar KATA orang kalau harimau sudah tua dan sakit gigi, maka cicak mengkarung pun berani mendekatinya. Tetapi sewaktu ia kuat dan hebat, usahkan hendak mendekatinya mendengar namanya saja sudah kecut perut. Itu bukan gaumannya lagi, kalau mendengar ngaumannya saja orang sudah terberak dan terus demam. Begitulah apa yang berlaku ke atas kerajaan UBN yang ditulangi Umno dalam menghadapi kes pemuda Cina bernama Wee Meng Chee (Namewee) yang dikatakan menerbit lagu yang berunsur perkauman dan mengecam kaum Melayu. Umno tidak ubah sang belang yang malang itu dan Namewee adalah hanya seekor cicak saja. Kenapa saya kata begitu, kerana walaupun berbagai pihak mendesak supaya diambil tindakan terhadap pemuda Cina itu tetapi nampaknya kerajaan UBN berat untuk berbuat demikian. Kali ini kerajaan UBN berfikir panjang sebelum bertindak, tidak seperti biasa, cepat dan rakus kadang-kadang tanpa usul periksa sehingga menimbulkan implikasi buruk. Sehingga kini belum ada apa-apa tindakan dikenakan ke atas pemuda ini. Berbagai pihak termasuk pahlawan Melayu juga sudah membuat desakan. Mereka semua semacam nak marah dengan sikap panjang akal kerajaan kali ini. Pihak polis memberi tahu siasatan sudah dibuat dan kertas siasatan akan diserahkan kepada peguam negara. Itu, Riza Marican Naina Marican mempertikaikan kelewatan kerajaan bertindak ke atas pemuda Cina ini. Beliau lantas mempertikaikan kenapa dalam kes-kes lain disegerakan tetapi kes pemuda Cina ini lembab. Keadaan ini menghairankan beliau. Pahlawan muda Umno Temerloh pula mendesak supaya pemuda Cina ini ditahan di bawah ISA. (Ini sudah melampau!). Ketuanya Megat Asri Abdul Jalil meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas memandangkan kesalahan dibuat pemuda Cina itu berulang dan boleh mencetuskan api perkauman. Memang dalam kes Namewee ini seakan ada berat sebelah oleh kerajaan. Beberapa individu yang melakukan kesalahan hampir sama, cepat dibawah ke mahkamah. Ada dua tiga budak Melayu yang melakukan tindakan bersalahan dengan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media kerana dikatakan menghina raja terus diseret ke mahkamah. Bukan payah unttuk mengetahui kenapa kerajaan UBN berfikir panjang untuk bertindak kali ini. Semua ini ialah kerana sejarah lalu. Kejadian-kejadian lalu yang membabitkan orang Cina telah mengajar kerajaan UBN untuk berfikir panjang. Umno hanya berani dengan Melayu tetapi pengecut dengan orang Cina kerana terlalu ingin mengambil hati. Misalnya apa yang menimpa Teoh Beng Hock sangat ditakuti oleh kerajaan UBN. Hingga kini kes kematian Beng Hock di ibu pejabat SPR Selangor belum selesai. Tengoklah mayatnya walaupun sudah dikebumikan tetapi digali balik. Kematian itu telah menjadi kontroversi dan menghiris hati orang Cina. Tragedi itu juga bukan saja hebuh di dalam 'ini negeri', tetapi di luar sana juga. Jadi UBN tidak mahu penahanan atau tindakan tidak berhati-hati ke atas pemuda Cina itu nanti akan menimbul masalah. Silap menahannya ia akan dijadikan modal politik. Bagi UBN implikasi dari apa yang berlaku ke atas Beng Hock itu cukup mengesankan dan mengajarnya dalam melakukan sebarang tindakan. Persoalannya di sini apakah kerajaan UBN menjaga kepentingan Umno sehinggakan sanggup membiarkan orang yang pada mata rakyat boleh menimbulkan masalah? Kalaulah benar begitu ini menunjukkan kelemahan ketara kerajaan UBN. Beginilah kalau kerajaan terlalu memikirkan soal nasib dan masa depan parti yang menjadi kerajaan sehingga bersikap jinak dengan penjenayah. Apa yang menjadi amalan UBN selama ini nampaknya sudah mula meracun dirinya sendiri. Keadaan inilah menjadikan pemuda Cina dari Muar Johor berkenaan tidak serik dan makin berani melakukan aksi dan tindakan yang bertentangan dengan Rukun Negara. Pemuda Cina ini sudah memikirkan bahawa beliau tidak mudah untuk diambil tindakan. Dia juga tahu kalau dia masuk penjara dan mahkamah dia dibela. Mudahnya, pemuda Cina ini cerdik kerana pandai membaca ramalan bintang. Dia tahu kalau beliau dikenakan tindakan akan ada orang membelanya. Yang belanya bukan saja kaum sejenisnya, tetapi segelintir Melayu yang sudah lupa makan secara duduk bersela juga akan bangkit membelanya. Sesiapa pun boleh menjadi jahat kalau sudah pasti akan di bela kelak. Dalam negara ini bukan mudah untuk menjadi hero, kamu sokong dan pertahankan satu kaum, kaum itu akan membela kamu selama-lamanya. Ertinya sikap perkauman masih bermaharajalela di negara ini. Sekali lagi 52 tahun Umno memerintah negara ia gagal untuk menghapuskan nalusi perkauman. Jadi dalam keadaan Umno sudah jadi harimau tua ini, bukan saja perbuatan dan aksi yang membabitkan Namewee itu akan berlaku, tetapi banyak lagi. Semua yang berlaku itu bukan disengajakan tetapi cabaran untuk kerajaan UBN. Kepada para pahlawan Melayu tidak usahlah mendesak berlebih-lebihan sangat. Insaflah bahawa Umno yang kini sudah menjadi harimau tua itu sudah tidak bermaya lagi. Mendesak kerajaan UBN bertindak ke atas kes seperti Namewee itu menjadikan Umno semakin sakit saja. Bukan begitu Mat? Mat mana? Mat Maslanlah! | |||||||||
| Rakan, keluarga tak percaya Sosilawati diculik, tiada transaksi bank Posted: 07 Sep 2010 04:15 AM PDT ![]() Suasana di rumah Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak lengang. Dia yang enggan namanya dikenali berkata selain itu pihak keluarga Sosilawati sehingga kini tidak menerima sebarang bentuk ugutan sekiranya beliau telah diculik. "Kalau beliau (Sosilawati) diculik mesti keluarganya akana menerima surat ugutan minta wang tebusan tapi sehingga hari ini masih tiada apa-apa. "Selain itu, semenjak beliau hilang saya diberitahu oleh anaknya bahawa tiada transaksi pengeluaran wang dibuat dari akuan beliau," katanya ketika ditemui sebaik sahaja keluar dari rumah Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak di sini. Tambah beliau, anak-anak Sosilawati masih lagi trauma kerana ibu mereka hilang sejak akhir bulan lalu. Ketika ditanya mengenai dakwaan kononnya Sosilawati membawa wang RM4 juta, dia berkata perkara itu agak mustahil. "Mustahil Sosilawati akan keluarkan wang sebanyak itu kerana beliau boleh mengeluarkan cek. "Anak-anak beliau juga melenting apabila ada laporan akhbar kata ibu mereka membawa wang sebanyak itu," katanya. Sementara itu, adik lelaki Sosilawati, Masturi, 42, berkata dia sudah berada di rumah kakaknya itu sejak seminggu lalu untuk menjaga anak-anak Sosilawati. "Saya sudah seminggu berada di sini untuk jaga anak-anak kakak saya. "Sehingga kini kami tidak terima sebarang surat ugutan dan kami masih menanti perkembangan terbaru," katanya. Usaha The Malaysian Insider untuk menemui anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, tidak berhasil. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata sehingga kini masih tidak perkembangan terbaru tentang kehilangan Sosilawati. "Setakat ini masih tiada perkembangan terbaru, jika ada saya akan maklumkan kemudian," katanya. Sosilawati, 47, dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya setelah dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak, sejak 30 Ogos lalu. Beliau dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari, namun gagal berbuat demikian sehingga kini. Ahli perniagaan itu dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi dan seorang pegawai bank sejak 30 Ogos lepas dan difahamkan Sosilawati membawa wang jutaan ringgit. Polis kini menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kes kehilangan jutawan itu. Sosilawati merupakan bekas isteri kumpulan Lefthanded, Jamaludin Elias atau lebih dikenali Nash. Sosilawati dan Nash, 50, telah berkahwin pada 16 November 2006 sebelum bercerai secara sah dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada 26 Mei 2009. Laporan media semalam menyebut sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting. Malam tadi polis telah menemui dua kereta mewah dipercayai millik Sosilawati dan seorang peguamnya ia ditemui di dua lokasi berbeza di Subang Jaya dekat sini malam tadi. The Malaysian Insider difahamkan kereta BMW M5 dengan nombor pendaftaran WTL 11, dipercayai milik Sosilawati ditemui di parkir kenderaan di Pangsapuri Angsana di Persiaran Subang Mewah manakala BMW 5series, bernombor pendaftaran AAJ 5, dipercayai milik peguamnya ditemui berhadapan dengan sebuah rumah teres berdekatan Pusat Perubatan Subang dan hotel berhampiran. Kedua-dua kenderaan itu ditemui sekitar 10 malam tadi. Bernama melaporkan sehingga berita ini ditulis, tengah malam tadi, terdapat dua pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman sedang mengambil bukti dan maklumat lanjut dari dua kawasan penemuan kereta berkenaan | |||||||||
| Wisma Putra patut sampai mesej lebih tegas kepada Indonesia Posted: 07 Sep 2010 04:11 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda Umno hari ini meminta Kementerian Luar menyampaikan mesej yang lebih tegas kepada Indonesia agar segala demonstrasi dan tindakan menghina Malaysia dapat dihentikan. Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata rakyat Malaysia sudah tidak boleh bertolak ansur dengan demonstrasi oleh beberapa kumpulan aktivis Indonesia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta kerana ia membabitkan maruah rakyat Malaysia. "Saya sambut baik perjumpaan antara Menteri Luar Malaysia dan Indonesia tetapi bagi saya soal persetujuan antara kedua menteri tidak ada makna sekiranya mereka masih lagi menyerang kedutaan kita di sana. "Saya khuatir perasaan sebenar rakyat Malaysia yang sabar selama ini gagal disampaikan oleh Kementerian Luar kepada Indonesia kerana kita sudah tidak boleh bertolak-ansur lagi," katanya kepada pemberita pada pelancaran Kempen Kepenggunaan Muda di sini, hari ini. Beliau mengulas hasil perjumpaan antara Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bersama rakan sejawatannya dari Indonesia Dr Marty Natalegawa di Kota Kinabalu semalam. Dalam perjumpaan itu, kedua-dua negara bersetuju untuk mengusahakan satu Prosedur Standard Operasi (SOP) dan peraturan penglibatan (ROE) sebagai garis panduan apabila mengendalikan petugas masing-masing di kawasan persempadanan perairan, agar insiden 13 Ogos lalu tidak berulang. Malaysia dan Indonesia juga bersetuju untuk melibatkan Badan Koordinasi Keamanan Laut (Bakormla) dari pihak Indonesia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam struktur jawatankuasa Sempadan Am yang sedia ada bagi tujuan ini. Khairy berkata Kementerian Luar sepatutnya menyampaikan mesej lebih tegas mengenai perasaan rakyat Malaysia serta bagaimana cara untuk menghentikan demonstrasi itu dan bukannya berkisar pada persetujuan untuk menghadapi masalah akan datang semasa perjumpaan antara kedua negara semalam. Katanya beliau memahami bahawa sistem negara itu dengan Malaysia adalah berbeza tetapi mesej tegas perlu disampaikan agar demonstrasi yang berlaku dapat dihentikan bukan sahaja ketika ini malah ia tidak akan berulang pada masa depan. Mengenai Kempen Pengguna Muda, Khairy berkata ia bertujuan member pendidikan kepada masyarakat khususnya orang muda mengenai hak mereka sebagai pengguna agar tidak mudah terpedaya dengan helah peniaga. Kempen hasil kerjasama antara Pemuda dan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) akan digerakkan hujung tahun ini di mana semua anggota Pemuda boleh digerakkan sebagai jentera dalam mengedarkan maklumat serta risalah mengenai hak pengguna kepada masyarakat. | |||||||||
| Najib Perlu Buktikan Teo Menyampaikan Tazkirah Posted: 07 Sep 2010 04:08 AM PDT KELAB GREENBOC
Jawatankuasa surau nafi dakwaan Najib MP Teo sampaikan tazkirahPengerusi jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda Azemi Ahmad yang dipecat Mais menyangkal dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menyampaikan "tazkirah" ketika mengadakan kunjungan ke premis itu akhir bulan lalu. Azemi memberitahu The Malaysian Insider bahawa perdana menteri memperoleh maklumat yang tidak tepat kerana Teo tidak sama sekali menyentuh soal-soal berkaitan dengan agama. "Jelas, beliau (Najib) memperoleh maklumat yang salah. Teo hanya bercakap mengenai skim pinjaman pendidikan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memasuki universiti awam. "Menyampaikan tazkirah bermakna beliau kena sentuh isu-isu agama, untuk bercakap mengenai Islam. Beliau tidak berbuat demikian," kata Azemi ketika dihubungi hari ini. Justeru tegas beliau, Teo dan jawatankuasa pengurusan tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ketika berucap di Gombak sempena majlis berpuasa semalam, Najib bertegas Teo telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos lalu. Najib berkata, fatwa yang dikeluarkan Mac lalu adalah jelas bahawa bukan Islam mesti memperoleh kebenaran daripada masjid dan mengenakan pakaian sopan ketika memasuki kawasan masjid dan surau. Teo memasuki ruang solat surau itu pada 22 Ogos lalu tanpa mengenakan tudung tetapi menegaskan beliau berbuat demikian dengan kebenaran pengurusan surau. Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, Teo telah melakukan satu lagi kesalahan dengan menyampaikan tazkirah ketika kunjungannya. Azemi juga menegaskan bahawa Teo tidak melanggar fatwa ekoran kegagalannya mengenakan tudung apabila memasuki ruang solat surau berkenaan. "Ia hanya sopan untuk memakai tudung. Beliau bukan Islam, jadi tidak semestinya wajib bagi beliau memakai tudung... ia hanya pilihan, dan digalakkan," katanya. "Sebagaimana saya kata tadi, sebagai seorang bukan Muslim, ia bukan satu kemestian. Ia satu obligasi dan wajib bagi Muslim memakainya," kata beliau. Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga tidak bersetuju dengan Najib bahawa Teo telah melanggar fatwa. Kata beliau, fatwa itu dengan jelas menyebut bahawa bukan Islam boleh memasuki kawasan masjid. "Saya tidak akan fokus pada soal tazkirah kerana saya tidak hadir ketika Teo menyampaikan ucapan. Tetapi sudah pasti, sebagaimana saya sebutkan sebelum ini, surau tidak harus digunakan untuk tujuan politik. "Tetapi, fokus saya sekarang ialah sama ada bukan Islam boleh memasuki masjid, dan jawapannya ialah Ya," kata beliau. Mengenai tindakan Teo tidak mengenakan tudung atau skarf, Asri berkata, ramai ahli Umno juga berbuat demikian. "Ia bukan satu kesalahan dalam kes Teo kerana beliau bukan seorang yang beragama Islam," kata beliau yang berpendapat bahawa mereka yang memasuki masjid perlu menghormati dengan menutup aurat. "Seperti juga, jika saya hendak pergi ke pejabat perdana menteri atau pejabat menteri besar, saya perlu mengenakan pakaian yang sopan untuk menghormati budaya tempat itu. Ini fahaman bersama," kata Asri. Bagaimanapun Asri menekankan bukan kesalahan Teo kerana tidak mengenakan skarf ketika berada di Surau Al-Huda. "Ia kesalahan jawatankuasa masjid, bukan Teo. Mereka sepatutnya memaklumkan beliau, dan jangan mengharapkan beliau mengetahuinya kerana beliau bukan beragama Islam. "Sebagai umat Islam dan penyelia masjid, jawatankuasa seharusnya memaklumkan kepada beliau," kata beliau lagi. Sehubungan itu beliau menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan agar mengadakan taklimat kepada semua jawatankuasa surau dan masjid untuk menentukan prosedur yang betul bagi mengelakkan salah faham seumpama itu berulang. "Siapa tahu, kemungkinan mereka mengubah fatwa sekali lagi kerana mereka melihat amalan yang berbeza di luar negara. Mereka mungkin melihat (Presiden AS) Barack Obama memasuki masjid dan mereka mungkin mengubah fatwa. "Kita perlu ada banyak keseragaman dan kita perlu menasihatkan jawatankuasa masjid tentang apa yang mereka perlu lakukan," katanya lagi. Bagaimanapun Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bersetuju dengan Najib bahawa Teo telah melanggar fatwa yang sedia ada keputusan dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan terpakai kepada semua termasuk bukan Islam. "Ia satu undang-undang dan semua orang terikat dengannya. Dalam kes ini, beliau bertindak bertentangan dengan fatwa kerana beliau tidak menutup rambut ketika masuk ke surau dan beliau juga menyampaikan ucapan di ruang solat," kata beliau. "Bukan Islam boleh masuk masjid, tetapi mereka juga mesti menghormati peraturan dan kesucian (premis). Ini bermakna mereka mesti tutup aurat," tambahnya. -TMI Najib: MP Serdang langgar fatwa masuk surau, beri tazkirah Ulasan GB 1) Najib berdusta atau mendapat maklumat dari pengampunya yang pendusta, menuduh Teo menyampaikan TAZKIRAH. Najib dan penuduhnya perlu buktikan Teo bertazkirah. Saya sendiri tidak yakin Najib tahu apakah pengertian tazkirah? 2) Najib perlu menasihat dan mengarahkan dahulu isteri kesayangannya, Rosmah, untuk menutup aurat secara sempurna sebelum meminta wanita bukan Islam berbuat demikian.3) Begitu juga halnya mufti yang bernama Harussani, yang turut dilihat cenderung untuk membela pemimpin UMNO, membuat kenyataan berikut: beliau (Teo) tidak menutup rambut ketika masuk ke surau dan beliau juga menyampaikan ucapan di ruang solat Nasihatkan dulu wanita-wanita UMNO terutama isteri PM tersebut, jika anda tidak mahu digelar sebagai ulamak ussu' - ulamak pengampu yang busuk yang hanya memandang kesalahan orang lain tetapi mendiamkan diri terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Ternyata mereka dari UMNO ini dari PM sampai ke bawah hanya cuba mencari political mileage dari isu Teo ini. Dan akhirnya mendedahkan kebebalan UMNO terhadap agama sendiri dan populariti Teo yang semakin menjulang tinggi. Rakyat beragama Islam semakin bersimpati dengan nasib Teo dan semakin meluat dengan UMNO yang jahil murakab. Serdang - akan menyaksikan di dalam pilihanraya akan datang, UMNO semakin terkangkang! | |||||||||
| Iran Bangunkan Enjin Pencari Saingi Google Dan Yahoo Posted: 07 Sep 2010 04:06 AM PDT KELAB GREENBOC
Iran telah berjanji untuk mengganti semua enjin pecari internet dengan mesin pencari buatan dalam negeri, sebagai respon terhadap berbagai keluhan yang dilontarkan pemimpin tertinggi Iran bahwa internet digunakan untuk merosak pemuda Iran. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad selama akhir bulan lalu, dilporkan oleh voanews.com telah memuji perkembangan dan penyebaran internet di dalam negeri, terhadap usaha-usaha pemerintah yang akan semakin meningkatkan kawalan akses warga Iran ke internet. Presiden menyatakan: Iran harus memulai proses pengembangan asas pengetahuannya sendiri, dan menggunakannya sebagai sebuah cara untuk membahagikan sumber daya dan maklumat. Kemudian, ia menambahkan, Iran dapat memperluas jaringan ke negara-negara tetangga, menjadi pemain global dan penyedia informasi di tingkat global. TV Iran telah mendemonstrasikan prototpe enjin pencari buatan dalam negeri yang disebut "ya haq" atau "kebenaran", nama yang pengucapannya mirip Yahoo. Ya Haq diharapkan beroperasi penuh pada 2012. Hadi Malek Parast, pengarah sebuah perusahaan teknologi milik pemerintah menterjemahkan idea presiden Iran kepada langkah yang lebih maju, dikatakan bahawa para peneliti di pejabat berita Iran Mehr kini sedang mengembangkan sebuah intranet setempat, mirip internet, sebagai akses informasi hanya pada website-website rasmi atau yang dibenarkan. Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei mengecam Barat dengan tuduhan cuba melakukan memanipulasi pada generasi muda Iran, ungkapnya dalam sebuah pidatonya baru-baru ini, yang disiarkan berulang-ulang setiap hari oleh TV Iran. Barat kini mempengaruhi generasi muda Iran dan berupaya melakukan manipulasi dan mendorong mereka untuk menyimpang dari apa yang disebutnya sebagai jalan yang "benar". Pakar internet menyatakan Iran semakin khuatir dengan bentuk-bentuk keamanan yang dipergunakan oleh Yahoo, Google dan website-website internet terkenal lainnya yang memberikan limpahan akses maklumat kepada generasi muda, yang tak dapat lagi dikawal oleh pemerintah. Meir Javedanfar, penganalisa MEEPAS Center di Tel Aviv yakin bahwa Iran berupaya meningkatkan kawalan terhadap internet dalam negeri, seperti melakukan seperti terhadap Google atau Yahoo. "Ini soal kawalan. Saya tak fikir rejim Iran akan menghentikan Yahoo dan Google dari fungsinya sebagai enjin pencari, kerana pemerintah juga memerlukannya untuk kepentingan penyelidikan dan perniagaan yang dijalankan oleh pemerinath Iran," ujar Javedanfar. "Apa yang cuba dilakukan oleh pemerintah Iran adalah melibatkan peranannya dalam pasar enjin pencari dan membawa pengguna Iran ke tapak web yang dikehendaki oleh pemerintah," tambahnya.
| |||||||||
| Syed Husin: Tiada "hak istimewa Melayu" dalam Perlembagaan Posted: 07 Sep 2010 03:58 AM PDT Syed Husin Ali Sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk Perdana Menteri Najib Razak telah menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yang dibuat oleh Nurul Izzah terhadap pemimpin PERKASA.
Pendirian ketiga-tiga menteri itu membuktikan dengan jelas bahawa pucuk pimpinan UMNO hanya bercakap tentang 1Malaysia, akan tetapi pada hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu. Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa "hak istimewa" Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya "kedudukan istimewa". Begitu jugalah tidak terdapat slogan "ketuanan Melayu" dalam Perlembagaan. Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali. Namun begitu Nurul Izzah, selari dengan pendirian yang diambil oleh KEADILAN serta juga PAKATAN mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang mengenai kedudukan Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa. *Kenyataan media oleh Syed Husin Ali selaku Timbalan Presiden PKR. | |||||||||
| JPJ terima 26,880 rakaman MMS kesalahan trafik Posted: 07 Sep 2010 03:55 AM PDT BERNAMA KOTA BAHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan menerima 26,880 aduan bergambar melalui Khidmat Pesanan Multimedia (MMS) daripada orang awam yang merakamkan kesalahan trafik dari Januari hingga Ogos lalu. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata daripada jumlah aduan itu, 16,349 sudah selesai, 4,659 kes disenarai hitam dan 5,872 lagi masih dalam siasatan. Katanya, antara kesalahan kes aduan MMS itu ialah melanggar lampu isyarat (7,890 kes); memotong garisan berkembar (2,012); memotong barisan (3,190) dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu (850) selain tidak memakai topi keledar (5,597 kes). Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat pemeriksaan di terminal bas ekspres Lembah Kampung Sireh, dekat sini, hari ini. Solah berkata, untuk musim perayaan ini, JPJ tidak akan mengadakan sekatan jalan raya sebaliknya menggunakan pendekatan yang lebih berkesan melalui aduan orang awam menggunakan MMS. Ditanya sama bantuan orang ramai dalam menggunakan khidmat aduan menerusi MMS itu menyalahi undang-undang, beliau berkata perkara itu sudah dibincangkan secara terperinci. "Ini kerana setiap aduan yang diterima perlu mempunyaiketerangan yang cukup seperti gambar, masa dan tempat kesalahan yang jelas sebelum sesuatu tindakan diambil. Kita juga akan memanggil pesalah ke pejabat JPJ terdekat untuk temu janji dan soal siasat," katanya. Mengenai pemeriksaan bas ekspres, Solah berkata JPJ telah mengadakan pemeriksaan di 32 depot atau terminal bas itu di seluruh negara bagi memastikan pengusaha syarikat bas mematuhi peraturan jalan raya. Beliau juga berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), tiada pemandu dikesan menggunakan dadah tetapi dua penumpang didapati positif HIV melalui ujian air kencing. | |||||||||
| Pejabat Akhbar Sinar Harian Dimasuk Pencuri Posted: 07 Sep 2010 03:54 AM PDT BERNAMA IPOH: Pejabat akhbar Sinar Harian cawangan Ipoh di Pusat Perniagaan Greentown di sini dimasuki pencuri malam tadi yang melarikan tiga komputer dan sebuah kamera berjumlah RM5,000. Wartawan Rubiah Nordin, 32, berkata beliau menyedari kejadian itu pada 10 pagi tadi ketika masuk untuk bertugas dan mendapati tingkap belakang pejabat pecah.Beliau kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh. Pada 5 Ogos lepas, pejabat akhbar Tamil Nesan di Jalan Chua Cheng Bok di sini turut dimasuki pencuri. | |||||||||
| Laporan Polis Dibuat Terhadap Iklan Raya TV3 Posted: 07 Sep 2010 03:52 AM PDT BERNAMA KUANTAN: Suara Anak Pahang (SUAP) hari ini membuat satu laporan polis berhubung penyiaran iklan hari raya oleh sebuah stesen televisyen swasta yang didakwa menghina umat Islam di negara ini. Laporan polis itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak SUAP, Mohd Shukri Mohd Ramli kira-kira jam 3 petang tadi di Ibupejabat Polis Daerah Kuantan di sini. Mohd Shukri berkata, pihaknya mahu satu siasatan dijalankan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam penerbitan iklan itu. "Biarpun kemaafan telah dibuat oleh pihak TV3, namun begitu kes yang cukup biadap ini perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa demi kesucian Islam di negara ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini. Katanya iklan yang disiarkan mulai 2 September lepas sebelum ditarik balik tiga hari kemudian tidak wajar diterbitkan untuk siaran tanpa sebarang penapisan oleh pihak berkenaan sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam. Beliau berkata pihaknya juga bercadang memfailkan saman terhadap Pengarah Kreatif TV3, Pengarah Urusan TV3, Media Prima dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhubung kes itu. | |||||||||
| Awal Syawal Di Malaysia Ditentukan Melalui Rukyah, Hisab:Jakim Posted: 07 Sep 2010 03:51 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Malaysia menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehcerapan) untuk menentukan awal Syawal, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. Beliau berkata perbezaan penentuan tarikh hari raya antara negara-negara Islam termasuk Malaysia disebabkan wujudnya perbezaan matlak iaitu perbezaan terbit dan terbenamnya hilal (anak bulan). Perkara itu juga bergantung kepada penentuan pihak berkuasa agama di negara masing-masing sama ada menggunakan kaedah rukyah sahaja, hisab sahaja atau kedua-duanya, katanya dalam satu kenyataan di sini. Beliau berkata hasil mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalender Islam pada 13 April lepas, satu laporan penetapan tarikh awal anak bulan syawal telah dikemukakan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi rujukan untuk menentukan awal syawal. "Kriteria imkanur rukyah ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang daripada tiga darjah," katanya. Wan Mohamad berkata satu lagi kaedah ialah ketika hilal terbenam apabila umur hilal tidak kurang daripada lapan jam (kaedah ini diambil kira selepas ijtimak berlaku). Di Malaysia, katanya, data kajian bagi tiga bulan utama iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijjah berpandukan koordinat dua titik rujukan iaitu melihat kepada koordinat Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur) dan koordinat Tanjung Chincin, Pulau Langkawi (stesen paling barat). Bagi menentukan awal Syawal 1431, proses cerapan akan dilakukan pada petang hari merukyah hilal (cerapan anak bulan) Syawal pada 29 Ramadan bersamaan 8 September (esok). Cerapan itu akan dilakukan di 30 tempat cerapan rasmi yang dimaklumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan proses cerapan di peringkat negeri lazimnya diketuai oleh mufti negeri. "Hasil cerapan akan dipanjangkan segera ke pengetahuan Penyimpan Besar Mohor Raja-raja serta diumumkan segera setelah mendapat perkenan raja-raja," katanya. | |||||||||
| JMM Serah Bukti Kaitkan Portal Berita Dengan Bendera Kepada Polis Posted: 07 Sep 2010 03:49 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan portal berita 'The Malaysian Insider' dengan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) di Indonesia. Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah, berkata bukti berbentuk dua dokumen sulit serta satu dokumen bergambar diserahkan kepada polis di Balai Polis Travers di sini, Selasa. "Kami harap bukti itu dapat membantu polis menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu," kata pemimpin badan bukan kerajaan itu kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap portal berita itu pada pukul 2.40 petang tadi. "Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pada Sabtu lepas, berkata siasatan hanya akan dijalankan sekiranya terdapat bukti dan laporan polis. Jadi, kami sudah lakukan itu (laporan dan bukti), sekarang terpulang kepada polis untuk siasat," katanya. JMM juga mendakwa 'The Malaysian Insider' mempunyai hubungan dengan tiga pemimpin Batak Kristian Bendera yang terlibat dengan demonstrasi di Indonesia. | |||||||||
| Selangor Pindah Operasi Peniaga Besi Terpakai Ke Kawasan Mudah Dipantau Posted: 07 Sep 2010 03:48 AM PDT BERNAMA SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyusun semula dan memindahkan operasi peniaga besi buruk ke kawasan yang mudah dipantau oleh pihak berkuasa bagi membendung kemungkinan peniaga membeli besi buruk yang dicuri. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perkara itu perlu dilakukan memandangkan terdapat laporan yang mendakwa segelintir peniaga membeli besi buruk yang dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kerugian kepada pihak industri terbabit. "Kita akan meminta supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan kawasan yang sesuai untuk menempatkan peniaga terbabit dari kawasan asal ke kawasan yang lebih sesuai dan lesen akan dikeluarkan kepada mereka untuk memudahkan kawalan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa. Beliau berkata bagi tujuan itu kerajaan negeri akan mengatur satu pertemuan dengan peniaga besi terpakai di negeri itu bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka. Langkah itu diambil selepas Abdul Khalid mengadakan dialog dengan pelabur utama di Selangor yang diadakan di Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) di I-City di sini, Selasa. Beliau berkata ketika sesi dialog berkenaan, wakil syarikat pelabur tempatan dan antarabangsa antara lain membangkitkan isu keselamatan yang melibatkan kejadian curi besi yang kerap berlaku serta mendatangkan kerugian kepada pihak syarikat. | |||||||||
| Rakyat makin sedar fitnah media pro BN Posted: 07 Sep 2010 03:46 AM PDT
| |||||||||
| ISA: Waris kecewa tahanan ditahan tanpa notis Posted: 07 Sep 2010 03:46 AM PDT
| |||||||||
| Perkauman: PAS sokong Tengku Abdullah Posted: 07 Sep 2010 03:43 AM PDT
| |||||||||
| SU politik MB Johor selamat dikebumikan Posted: 07 Sep 2010 03:40 AM PDT
Jenazah beliau selamat disemadikan di tanah perkuburan itu kira-kira jam 10 pagi tadi. Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, exco kerajaan negeri Johor Datuk Maulizan Bujang - yang baru sahaja pulang daripada mengunjungi allahyarham - mengesahkan perkara tersebut. Dr Gunawan, 51, meninggalkan seorang isteri, Norhayati Maarof dan tiga anak perempuan dan seorang lelaki berusia antara 13 hingga 21 tahun. Sebelum bertugas sebagai setiausaha politik menteri besar Johor pada tahun 2008, Dr Gunawan berkhidmat sebagai pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Penerangan (JASA) negeri itu. Allahyarham juga merupakan penasihat persatuan penulis negeri Johor. Sebelum ini dilaporkan Dr Gunawan yang menghidap diabetes, mengadu tidak sihat di sebelah pagi dan telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta. Beliau kemudiannya balik ke pejabatnya untuk berehat namun kemudiannya ditemui dalam keadaan terkulai dan sudah tidak bernyawa oleh beberapa kakitangan pejabat menteri besar. | |||||||||
| IGP kecewa KDN campur tangan urusan polis Posted: 07 Sep 2010 03:37 AM PDT
"Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada 'command and control' dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pahit dan manis sepanjang 41 tahun bersama pasukan PDRM itu. Katanya jika ada arahan dari pihak yang salah, masalah lapuk (campur tangan) ini akan terus menerus berlaku selain menegaskan antara pihak ketiga itu adalah orang dari kementerian, orang luar, orang yang ada kepentingan dan orang yang suka buat kacau. Selain itu beliau turut kecewa ada sesetengah anggota dan pegawai PDRM yang tidak bersama-sama menanamkan sifat integrasi dalam diri mereka ketika anggota lain berbuat sedemikian.
Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali dan akan bersara pada 12 Sept ini. Ketika ditanya mengenai bagaimana perasaannya apabila diumumkan beliau tidak akan disambung kontrak tempoh hari, Musa berkata perkara terbabit tidak diketahuinya sehinggalah pengumuman dibuat. "Tiada orang bagi tahu saya mengenai perkara itu. Saya tahu sendiri apabila ia diumumkan," katanya yang menyambut baik pengumuman itu selain berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya sepanjang perkhidmatannya.
Menurutnya masyarakat juga perlu menghormati anggota polis yang bertugas sehingga ada yang mengorbankan nyawa mereka dalam menjaga keselamatan negara. "Bila kes kematian penjenayah akibat tindakan polis, sesetengah masyarakat pandang serong. "Bagaimana dengan kematian anggota polis ketika bertugas? Jangan layan kami seperti penjenayah kerana kami juga sebahagian dari masyarakat dan kami menjaga keselamatan kamu," katanya.
"Pelan Strategi Lima Tahun PDRM tidak boleh dihentikan kerana ada pelan untuk penstrukturan semula polis untuk fokus pada tugas penting terutamanya membanteras jenayah. "Sebab itu kita wujudkan jabatan baru seperti 'terrorism and research'. Ini adalah penting supaya kita boleh bertindak dengan cepat dalam sesuatu kes," katanya. Menurut beliau ketika ini pelan terbabit baru mencapai tahap 48 peratus dan diharap pelan ini akan diteruskan yang antara lain meningkatkan kualiti penyiasatan, menambah anggota dan memperbanyakkan balai polis.
"Ya, jika ada kesempatan saya ingin melawat rakan-rakan saya di mana-mana balai atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK). "Selain itu mengajar cucu saya untuk menjadi rakyat yang lebih baik," katanya. | |||||||||
| Hartawan kosmetik hilang: Polis ada petunjuk Posted: 07 Sep 2010 03:35 AM PDT
"Kita ada maklumat-maklumat tertentu. InsyaAllah kita akan dapat jumpa mereka ...kita ada maklumat," katanya pada sidang media semasa lawatannya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sempena persaraannya, di Shah Alam, hari ini. Beliau diminta mengulas perkembangan terkini berhubung kehilangan Sosilawati, 47, dan tiga lagi iaitu peguamnya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pemandu peribadinya Kamarudin Shansudin, 47 dan pegawai CIMB Bank Norhisham Mohammad, 38.
"Buat masa ini kita sedang mencari orang yang nak berjumpa dengan dia (Sosilawati), yang dipercayai seorang peguam yang mengatakan nak menjalankan kontrak penjualan hartanah," katanya. Musa juga berkata tidak ada tanda mencurigakan ditemui polis pada kereta Sosilawati yang dijumpai di Subang Jaya semalam. Sosilawati dilaporkan gagal pulang ke rumahnya sehingga hari ini selepas keluar untuk ke Banting, Selangor dipercayai bagi menguruskan jual-beli tanah di sana pada 30 Ogos lalu. | |||||||||
| IGP jadi 'penarik beca' bagi tangkap pengedar dadah Posted: 07 Sep 2010 03:33 AM PDT
"Itu (kenangan) paling manis kerana saya tangkap pengedar dadah semasa menyamar sebagai penarik beca," katanya. Musa berkata semasa bertugas di Pulau Pinang bersama-sama Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang pada masa itu baru sahaja menyertai polis, mereka turut menyamar sebagai penjual air tebu dalam usaha memberkas pengedar-pengedar dadah di sana. Mengenai rancangan beliau selepas bersara nanti, Musa berkata beliau akan berehat dan mungkin akan mengajar orang atau cucunya mengaji, selain daripada menjaga cucunya. "Tak ada masalah, kita reda dengan apa yang Allah dah beri," katanya. Senarai nama jawatan kanan Ditanya sama ada beliau akan mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Musa berkata beliau akan mengerjakan umrah pada hari raya dan mahu berehat di Mekah. | |||||||||
| Pembikin video 'bawah pokok' tidak didakwa Posted: 07 Sep 2010 03:30 AM PDT
Dakwaan berkenaan sepatutnya dibacakan di Mahkamah Mejistret Ipoh, pagi ini tetapi dipercayai ditangguhkan atas arahan ketua pendakwa negeri. "Mereka sedang menuju arahan lanjut dari Putrajaya," katanya ketika dihubungi, sebelum keputusan berkenaan. Ong petang semalam diarahkan oleh polis untuk hadir di mahkamah berkenaan hari ini.
DVD kontroversi bertajuk "Rampasan Kuasa BN di Perak" itu memuatkan rakaman sidang tergempar dewan undang negeri Perak pada 3 Mac 2009 yang diadakan di bawah sebatang pokok yang dirakamkan oleh Ong. | |||||||||
| Hishamuddin Rais: Umno 'kecutkan' minda Melayu Posted: 07 Sep 2010 03:29 AM PDT
"Proses 'membonsai', mengosongkan dan mengejutkan orang Melayu ini berlaku lama dahulu pada zaman British. Melayu diketuai oleh pemimpin yang malas dan mereka yang malas berfikir," kata Hishamuddin pada forum 'Malays are muted too!' di Kuala Lumpur malam semalam. Aktivis kontroversial itu berkata Melayu telah lama diindoktrin supaya takut kepada idea baru dan dihantui ketuanan Cina sehingga menganggap kaum itu satu ancaman terhadap kewujudan mereka. Mengambil contoh, peranan bomoh atau pawang, Hishamuddin mendakwa Umno menggunakan taktik yang sama untuk menyakinkan orang Melayu bahawa mereka sentiasa berdepan atau berlawan dengan hantu.
"Ia seperti taktik bomoh di kampung, di mana penduduk diberitahu terdapat macam pelbagai hantu untuk ditangani...Umno menggunakan modus operandi yang sama," katanya. Hishamuddin mendakwa seperti zaman penjajah British di Malaya, Umno sedar minda Melayu yang bebas adalah ancaman terhadap parti tu. Justeru, mereka berusaha memastikan minda Melayu tidak bebas dan boleh terus dikongkong. Tambahnya, Umno tidak akan bersetuju membebaskan minda Melayu kerana akan menjejaskan kuasa parti yang memerintah itu serta penguasaan kekayaan negara oleh mereka. | |||||||||
| Santa 'Pak Haji', TV3 diminta tak ulangi kesilapan Posted: 07 Sep 2010 03:26 AM PDT
"DPP Pusat mengingatkan TV3 agar tidak mengulangi perkara ini lagi di masa akan datang serta menjaga sensitiviti umat Islam. "TV3 seharusnya mempunyai lembaga penapisan atau pemantauan syariah yang ketat agar sesuatu iklan atau filem yang ditayangkan di TV3 tidak bercanggah dengan syariah atau aqidah umat Islam serta boleh diterima oleh semua pihak," katanya dalam satu kenyataan. PAS juga kata Nasrudin mahu TV3 berhati-hati dalam setiap bahan yang mahu disiarkan dan menggesa stesen tersebut mewujudkan lembaga penapisan atau pemantauan syariah. Katanya, iklan tersebut tidak sepatutnya disiarkan langsung kerana mengundang persepsi buruk daripada masyarakat khususnya umat Islam lebih-lebih lagi ketika pada bulan Ramadan. "Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik."
Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan. Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita. Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI). | |||||||||
| KJ: PERKASA punca BN hilang undi Posted: 07 Sep 2010 03:22 AM PDT
"Itu sebabnya saya saya ambil pendirian tegas terhadap mereka. Jika ahli PERKSA, apa yang kamu boleh dapat daripada PERKASA? Tak banyak," kata Khairy (kiri) yang juga ahli parlimen Rembau. "Mereka tidak akan sokong pembangkang kerana mereka akan berikan undi pada Umno juga. Jadi kesan politik PERKASA kepada Umno adalah minimal kerana ia tidak menambahkan undi Melayu." Ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Khairy bagaimanapun berkata sekiranya anggota parti itu diminta memilih antara Umno dan PERKASA sebagai sebuah parti politik, keadaan mungkin berbeza. "Di akhirnya, kesan undi bukan Melayu terhadap Umno dan BN, disebabkan PERKSA, adalah signifikan. Dalam perkiraan politik, di akhirnya, (PERKASA) menghilangkan lebih banyak undi daripada yang ditambahnya," jelasnya.
"Soalan yang bagus. Saya tidak tahu. Saya rasa patut," katanya sambil mengambil masa untuk menjawab serta ketawa kecil. Sehubungan itu, Khairy berkata, adalah penting untuk Umno menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka berbeza sama sekali dengan PERKASA. "Saya tahu apa PM fikir tentang mereka ini. Tetapi terpulang pada beliaulah untuk memberitahu rakyat apa yang beliau rasa," katanya yang nampak keberatan mengulas lanjut. Ditanya sama ada Umno akan terus relevan di kalangan Melayu, Khairy terus mempertahankan bahawa parti berusian 64 tahun itu akan terus ada dalam lanskap politik Malaysia. "Kami akan sentiasa lebih besar daripada PERKASA," katanya sambil menyamakan Umno umpama sebuah khemah yang besar. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Nyata sekali pandangan serta cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai (Nurul Izzah, gambar kiri) itu menyengat dan mengena tepat pada sasaran.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, berkata rakyat di negara ini dengan jelas menyatakan isyarat kepada kerajaan bahawa mereka tidak boleh dipersendakan lagi.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, parti itu dapat merasakan betapa besarnya harapan pihak istana untuk rakyat dan parti-parti politik di negara ini bersatu atas nama Islam dan bukannya berpuak-puak mengikut bangsa dan kaum masing-masing.
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan