Kami Sokong Tokguru |
| Posted: 13 Sep 2010 06:27 PM PDT |
| Dengar Betul-Betul nasihat Gaban Melayu Ni Posted: 13 Sep 2010 04:25 PM PDT |
| Posted: 13 Sep 2010 05:53 AM PDT ![]() Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua. "Bismilhhari Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010. "Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi.," katanya. Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, kerabat negeri, kepimpinan dan pegawai negeri. -harakahdaily- -ijoks2009- Tuanku faris memang seorang yang layak sebagai raja memerintah negeri serambi Mekah ini,sebagai seorang raja yang berjiwa rakyat ,yang sentiasa cakna akan masaalah rakyat jelata dan baginda juga seorang raja yang ada segalanya yang lengkap untuk menjadi pemimpin tertinggi negeri Kelantan.Tuanku Faris seorang raja yang bukan saja berpendidikan dalam bidang akedemik tetapi juga mempunyai kesedaran dan minat yang yang tinggi dalam bidang agama,Tuanku dilihat tidak kekok untuk menghadirkan diri di masjid-masjid untuk mengikuti kuliah-kuliah pengajian agama bersama rakyat jelata. Saya sebagai rakyat kelantan,merasa sangat gembira apabila mendengar berita Tuanku Faris di sahkan sebagai raja Kelantan yang baru. Kami sekelian rakyat kelantan sangat berbesar hati berada dibawah naungan tuanku,seorang raja berjiwa rakyat dan sentiasa mengambil tahu dan cakna akan masaalah rakyat jelata. Semoga negeri Kelantan akan terus gah bersama gandingan Ulamak dan Raja yang berjiwa Islam. Daulat Tuanku! ,Daulat Tuanku! ,Daulat Tuanku!, Allahuakbar !! |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan