Justice For All |
- Kes Pembunuhan Sosilawati : 5 Pekerja Pejabat Guaman Suspek Bawa Keluar Fail
- Tolong Siasat, Dari Mana Mamak Rezal Kaya Luarbiasa, Kahwin 2, Satu Dengan Artis
- Analisis PRK Galas : PAS Hanya Boleh Menang Jika Pilihanraya Bersih & Bebas Dari Roswah
- Blog Adun UMNO Sg Rapat, YB Hamidah Osman Kata Orang Cina Celaka, Kurang Ajar
- PERKOSE Gila Meroyan Kat Depan Dewan Himpunan Cina Semalam
- Kes Pembunuhan Sosilawati : Lokasi 'Kubur' Tanam Mangsa Ditemui
- Alhamdulillah..2 Personaliti Terkenal Barat Masuk Islam
- Ali Rustam Mungkin Suka Juga Kat Budak Ini Yang Bawa Teman Lelaki Masuk Rumah Ketika Neneknya Tidur
- Macam2 Zaman Najib : 16 Pelajar Politeknik Disingkir Kerana Khalwat
- Jom Kita Bantu Sultan Ni Buat Istana
- Pasukan F1 Malaysia Banyak Masalah, Selalu Kalah Dalam Grand Prix
- Gambar & Video Wanita Berzina Direjam Tahun 2010
- Pemimpin Berjiwa Rakyat, Hugo Chavez Menang Besar Dalam Pilihanraya Venezuela
- Patutlah Mahader Jadi Perkasa 2-3 Minggu Ini..Rupanya Ada 'Dalang' Di Sebalik Keperkasaan Mahader
- Lawak.Minta UMNO Jangan Bertanding Di PRK Galas Demi Melayau
- Speaker Hantar Surat Kepada SPR Maklum Kekosongan Dun Galas, PRK Dijangka Sebelum 29 November Depan
- Suspek Bunuh Sosilawati Mungkin Didakwa Jumaat Ini
- Nazri Sms Kata Ahli UMNO Samseng, Bodoh, & Bacul
- Seorang Bapa Kecewa Polis Lembab Buat Kerja
- Macam2 Zaman Najib : Pensyarah Kangkung Rogol Student
- Menteri Lembik, Khaled Nordin Bertelagah Dengan Timbalannya, Dato' Saifudin
- Blog UMNO Fitnah Lagi.. Kali Ini Giliran Dr Xavier Yang Kena
- PRK Dun Galas : PAS Sentiasa Bersiap Siaga
| Kes Pembunuhan Sosilawati : 5 Pekerja Pejabat Guaman Suspek Bawa Keluar Fail Posted: 28 Sep 2010 08:35 PM PDT Fail-fail ni tentu akan dijadikan bukti untuk keterangan dokumen 5 pekerja bawa keluar fail dari firma guaman suspek utama KUALA LUMPUR 28 Sept. - Empat wanita dan seorang lelaki yang dipercayai pekerja firma guaman suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, hari ini membawa keluar berpuluh-puluh fail dari pejabat berkenaan. Kelima-lima mereka yang diiringi empat anggota polis itu dipercayai memindahkan fail-fail tersebut yang sebelum ini dikendalikan oleh suspek utama kes tersebut untuk diuruskan oleh firma guaman lain. Pekerja firma dan anggota polis itu memasuki pejabat di tingkat atas bangunan tiga tingkat tersebut pukul 11 pagi ini, sebelum keluar dengan timbunan fail. Fail-fail berkenaan disusun di dalam but belakang sebuah Proton Wira manakala selebihnya dibawa menggunakan sebuah kereta Perodua Kancil. Kedua-dua buah kenderaan itu dipercayai milik pekerja-pekerja firma guaman berkenaan. Pejabat firma guaman yang masih menjadi kawasan larangan itu kemudian dikunci semula oleh pegawai polis selepas kerja-kerja pengambilan fail tersebut selesai dilakukan. Sementara itu, tinjauan di Ladang Gadong, Tanjung Sepat yang merupakan lokasi pembunuhan dilakukan mendapati tiada kawalan polis dilakukan di jalan masuk ke ladang berkenaan. Berikutan itu, pihak media dapat menghampiri ladang milik suspek yang kini dikawal oleh dua anggota polis. Terdahulu, isteri kepada hartawan India yang dilaporkan hilang dan turut menjadi mangsa peguam bergelar Datuk itu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini. Usharani, 26, tiba di IPD itu pada pukul 10.30 pagi dengan ditemani pengawal peribadinya sebelum dilihat keluar pukul 6.45 petang. Dia dikatakan memberi keterangan terakhir sebelum pulang ke Chennai pada pukul 9 pagi esok. Sosilawati, 47, bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah. Berikutan kehilangan usahawan wanita itu, polis pada 9 dan 10 September lalu, menahan lapan suspek bagi membantu siasatan kes tersebut. |
| Tolong Siasat, Dari Mana Mamak Rezal Kaya Luarbiasa, Kahwin 2, Satu Dengan Artis Posted: 28 Sep 2010 07:45 PM PDT Nah mamak. Haritu syok sangat serang Kerajaan Pulau Pinang, sekarang tolong jawab juga isu ini... Dari mana kekayaan luarbiasa ahli keluarga Reezal Merican ? Reezal Merican Naina Merican Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas perlu mendedahkan kepada umum dari mana sumber kekayaan ahli keluarganya secara tiba-tiba. Bapanya cuma seorang kakitangan awam biasa di Jabatan Pengangkutan Jalan manakala ibunya seorang jururawat desa. Semasa hayatnya bapanya memiliki sebuah lori kecil empat tayar bagi menjalankan perniagaan 'gas masak'. Reezal sendiri selepas tamatkan pengajian di IPTA, bekerja dengan Shahrizat Abdul Jalil. Secara tiba-tiba apabila mendampingi Abdullah Badawi keluarga ini sudah mempunyai rumah harga berjuta-juta di Shah Alam, projek di sana-sini dan begitu juga memiliki banyak kereta mewah. Orang Penang terkejut dengan kemewahan luar biasa keluarga Naina Merican ini dan berharap Reezal dapat memberitahu sumber kekayaan ahli keluarganya. Orang ramai berpendapat jika ianya dari sumber halal - tidak mengapa. Jika dari sumber haram, orang Islam lebih rela menjauhi harta dan keluarga seumpama itu.-rakyat marhaen Saya pun nak tambah. Memang kaya betul si mamak nih..siap pasang dua orang bini. Dan bini mudanya adalah seorang artis terkenal iaitu, Sharifah Norhazleenda atau lebih dikenali Lin. Mereka telah berkahwin pada 20 Mac 2005 lalu dalam satu majlis ringkas yang diadakan dekat Cheras.Lin,33 adalah bekas isteri penyanyi Yantzen.Mereka berdua bercerai pada tahun 2004. Ini gambar isteri Rezal Naina nih..
Dan ini pula isteri tuanya (biodata lengkap ada kat sini). Dan ada 3 orang anak pun. Yang hairannya, banyak betul duit mamak nih..buat kerja haram ke.
Itulah sebabnya UMNO dan Barisan Nasional bermati-matian enggan mengistiharkan harta yang mereka kira "harta emak bapa" mereka. |
| Analisis PRK Galas : PAS Hanya Boleh Menang Jika Pilihanraya Bersih & Bebas Dari Roswah Posted: 28 Sep 2010 06:50 PM PDT ![]() Jelas PRK Dun Galas akan berlangsung tak lama lagi. Walaupun ada suara sumbang pemimpin PAS minta agar UMNO tak bertanding demi perpaduan melayu. Tapi ia pasti takkan diendahkan oleh UMNO, yang lebih pentingkan kuasa daripada melayu. Apatah lagi islam yang sudah lama dicampak ke dalam tong sampah oleh parti sekular ini. Jadi PRK Galas nak tak nak, akan dilangsungkan tak lama lagi. Kerana ikut perlembagaan, ia perlu dijalankan 60 hari selepas kekosongan dan perlu dalam tempoh 3 tahun selepas PRU 12 lalu. Maknanya PRK di negara ini hanya boleh diadakan sebelum 8 Mac 2011 nanti (tempoh 2 tahun sebelum pembubaran secara automatik, adalah tidak boleh dilaksanakan PRK). Sedikit analisis tentang Dun Galas yang terletak di Parlimen Gua Musang. Galas adalah kawasan separa bandar kerana ia terletak dalam bandar Gua Musang, yang lokasi Gua Musang itu sendiri adalah lokasi terpencil. Galas dikelilingi oleh 2 Dun lain yang dimenangi oleh UMNO. Jadi memang peluang untuk PAS menang adalah 50-50. Cuma mungkin bila diadakan PRK, ianya tampak sukar untuk PAS pertahankan kemenangan. Tapi ia juga mustahil untuk UMNO menang di Dun tersebut. Ikut sejarah sejak Dun ini ditubuhkan pada tahun 1986, PAS hanya menang sekali sahaja iaitu pada pru 12 lalu. Manakala pada 1990 dan 1995, ia dimenangi oleh Semangat 46. Mungkin kerana faktor Ku Li. Dan UMNO menang 3 kali iaitu pada 1986, 1999, dan 2004. Jadi jelas ia kawasan hitam buat PAS. Apapun dari sudut pola selepas PRU 12, jelas bahawa PAS boleh menarik nafas lega kerana bilangan undi merosot hanyalah sedikit sahaja dalam mana-mana PRK. Bahkan PAS boleh berbangga kerana selepas PRU 12, Pas boleh merampas Kuala Terengganu daripada UMNO. Jadi jelas bahawa tak mustahil PAS boleh pertahankan kerusi ini, tetapi akan mendapat tentangan sengit daripada UMNO. Cuma satu je syarat PAS untuk menang kali ini, iaitu pilihanraya hendaklah bersih dan bebas daripada rasuah. Jika ia bebas, memang peluang PAS untuk menang adalah cerah.. Pilihanraya Umum 1986 N.39 Galas Jumlah Pengundi 7039 Jumlah Keluar Mengundi 4926 1. Zakaria Hassan ( BN ) 3420 2. Ibrahim Abdullah ( PAS ) 1281 Majoriti 2139 – BN
Pilihanraya Umum 1990 N.39 Galas Jumlah Pengundi 8737 Jumlah Keluar Mengundi 6429 1. Hj Zakaria Hj Hassan ( BN ) 1760 2. Hj Omar Mohamed ( S46 ) 4465 Majoriti 2705 – S46
Pilihanraya Umum 1995 N.43 Galas Jumlah Pengundi 11,231 Jumlah Keluar Mengundi 7953 1. Omar Mohamed ( S46 ) 4056 2. Zakaria Hassan ( BN ) 3163 3. Nik Ismail Wan Idris ( AKIM ) 205 Majoriti 893 – S46
Pilihanraya Umum 1999 N.43 Galas Jumlah Pengundi 12,091 Jumlah Keluar Mengundi 8705 1. Zulkifli Mohamad ( PKR ) 3072 2. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 5336 Majoriti 2264 – BN
Pilihanraya Umum 2004 N.45 Galas Jumlah Pengundi 8972 Jumlah Keluar Mengundi 6805 1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 4184 2. Chek Hashi Sulaiman ( PAS ) 2455 Majoriti 1729 – BN
Pilihanraya Umum 2008 N.45 Galas Jumlah Pengundi 10,330 Pecahan Pengundi Melayu 65.81% Cina 22.03% India 1.81% Lain lain 10.32% 1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 3753 2. Che Hashim Sulaiman ( PAS ) 4399 Majoriti 646 - PAS |
| Blog Adun UMNO Sg Rapat, YB Hamidah Osman Kata Orang Cina Celaka, Kurang Ajar Posted: 28 Sep 2010 06:00 PM PDT Gempar, blog adun Sungai Rapat, Si Hamidah menghina kaum cina. Ini tulisan di blog tersebut, yang boleh dilihat di sini.. Komen: memang kaum cina sudah kurang ajar dua orang guru melayu dicemoh sedangkan Namewee disanjung ,kata nak 1 Malaysia konon boleh jalanlah........orang melayu bukannya bodoh cuma PKR dan PAS sahaja yang masih bengap Nah..memang YB ni peniup api perkauman. Apa lagi pengundi dun Sungai Rapat terutamanya pengundi Cina yang berjumlah 7966 orang (atau 27.63% daripada 28,830 pengundi), tolaklah pemimpin perkauman ini. Jangan biarkan pemimpin yang suka mainkan isu perkauman, hidup di muka bumi Malaysia ini. Dahla sokong 2 ekor pengetua yang rasis, pastu kata cina kurang ajar. Kalau marah sangat kat Namewee, dakwalah dibawah Akta Hasutan, bukannya seperti orang bodoh, kokok sana sini kononnya cina nak pijak melayu UMNO. Si Hamidah ni dulu menang pun dengan majoriti 636 undi. Jadi jangan biarkan pemimpin ini hidup lama lagi. Orang cina, melayu dan lain-lain perlu kuburkan dia dalam pru akan datang. Kalau biarkan si Hamidah ni hidup lama-lama dalam politik, bermakna kita menternak virus perkauman yang boleh hancurkan negara ini kelak. |
| PERKOSE Gila Meroyan Kat Depan Dewan Himpunan Cina Semalam Posted: 28 Sep 2010 05:07 PM PDT ![]() Dilaporkan malam tadi bahawa kira-kira 50 orang anggota Perkose timbulkan kekecohan di luar pekarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Ini kerana NGO bodoh itu membantah tindakan Namewee yang melancarkan albumnya yang kononnya dikatakan berunsur perkauman. Geng giler ini dilihat tiba ke pekarangan dewan itu kira-kira pukul 8.45 malam dan mula membakar gambar Namewee yang diedit macam khinzir, sebelum melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee. Weei buat malu je mengaku melayu, islam. Tapi perangai macam kafir. Macam Mr Bean. Kalau benarlah Namewee menghasut, buatlah laporan polis dan dakwa di mahkamah. Bukannya jadi giler, pergi demontrasi pastu seperti biasa, mencarut-carut. Lainkali kalau nak mencarut tu, pakailah topeng. Janganlah buat malu kat orang melayu yang lain. Yang peliknya, polis yang bodoh dan roswah biarkan je si NGO melayau ni berdemontrasi. Sedangkan perhimpunan mereka tiada lesen. Sedangkan kalau pembangkang, berdemontrasi dalam rumah pun, pihak polis akan kerjakan. Ini gambar-gambar & video himpunan orang gila sasau ini.. Dan terbukti perhimpunan ini didalangi oleh Perkose melalui Ketua Wiranya yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara. Memang takde kerja lain je perkose nih..malukan orang melayu betul ada perangai melayu giler macam Perkose nih.. Ini dia wajah sebenar 'wirawan' perkose ini. Dahla gila perkauman, pastu tak bermoral pulak tuh..
![]() |
| Kes Pembunuhan Sosilawati : Lokasi 'Kubur' Tanam Mangsa Ditemui Posted: 28 Sep 2010 03:46 PM PDT Dah macam kubur pembunuhan beramai-ramai lah pulak.. Lokasi baru diperiksa KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain akan dibincangkan dengan Peguam Negara dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi. SIASAT LANJUT...dokumen penting dibawa keluar dari pejabat suspek utama, semalam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin berkata, polis kini dalam proses menyiapkan siasatan berdasarkan arahan terbaru Jabatan Peguam Negara untuk memantapkan kertas siasatan kes berkenaan. "Kami akan berbincang dengan pihak Peguam Negara sekiranya ada perkara lain yang perlu disiasat lagi bagi memastikan kertas siasatan berkenaan benar-benar lengkap sepenuhnya," katanya semalam. Sambil menyifatkan perkembangan siasatan kes berkenaan sebagai 'positif', Mohd Bakri menjelaskan beberapa lokasi baru di sekitar Banting turut diperiksa kerana dipercayai menjadi lokasi suspek membuang mayat mangsa lain. Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan lokasi baru berkenaan dan meminta media memberi ruang dan masa kepada polis menjalankan siasatan menyeluruh. Katanya, polis masih menunggu keputusan ujian DNA yang akan disertakan dalam kertas siasatan berkenaan sebelum diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. "Keputusan lengkap ujian DNA diketahui sebaik semua spesimen dan bukti di lokasi kejadian dianalisis makmal forensik," katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Kontinjen, di sini, semalam. Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Polis pada 13 September lalu mengesahkan empat daripada lapan suspek ditahan mengaku memukul keempat-empat mangsa sehingga mati, membakar mayat mereka sebelum abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Banting, Selangor. |
| Alhamdulillah..2 Personaliti Terkenal Barat Masuk Islam Posted: 28 Sep 2010 01:16 PM PDT Alhamdullilah! Aktres Terkenal Britain dan Bekas Hos MTV Peluk Islam Aktres terkenal Britain Myriam Francois-Cerrah dikenali umum selepas menjadi pelakon kanak-kanak dalam filem hit "Sense and Sensibility". Kini, dia menjadi lebih popular berikutan tindakannya memeluk agama Islam. Langkahnya itu menambahkan lagi golongan pertengahan yang berpelajaran memeluk Islam di Britain. Menurut Myriam, Peristiwa 11 September telah menjadi motif sebenar keinginannya untuk mengetahui tentang agama Islam. Hasilnya, dia memeluk Islam selepas meyakini kebenaran yang dibawa oleh agama ini. Myriam menggelarkan Nabi Muhammad SAW sebagai lelaki yang membawa keamanan. Berpandukan kehidupan Rasullulah, Myriam bertekad untuk mengubah jalan hidup dan kariernya. Sementara itu, bekas hos MTV Jerman, Kristianne Backer pula menegaskan bahawa dia tidak pernah menyesal memeluk agama Islam, walaupun berita pemelukannya itu menerima kecaman dan maklum balas negatif daripada pihak media.
Katanya, "Saya telah berjumpa dengan orang terkenal dan penting, namun kehidupan saya tetap kosong. Kini, saya dari "Empty-V", dari hiburan kepada "inner-tainment". Saya mengalami krisis selama bertahun-tahun dengan berulang-alik ke sana sini, berada di atas pentas, tinggal di rumah sendirian, dan kekosongan. Saya tidak tahu sebab saya berbuat demikian dan kemudian Islam muncul dalam hidup saya." Sebelum memeluk Isla, Kristianne telah menemui Sarah Joseph, seorang mualaf, yang juga merupakan editor untuk majalah Emel untuk meminta nasihat dan pandangan. Menurut Sarah, propaganda yang dibuat untuk memburuk-burukkan Islam bukan menyebabkan mereka menjauhi Islam, tetapi mengajak orang kepadanya. Video sebelum masuk islam ??????????????????..Ini masuk islam atau islam masuk keluar???? |
| Ali Rustam Mungkin Suka Juga Kat Budak Ini Yang Bawa Teman Lelaki Masuk Rumah Ketika Neneknya Tidur Posted: 28 Sep 2010 11:46 AM PDT Seorang lagi calon sekolah mengandung Ali Rustam SEGAMAT: Tindakan seorang remaja berusia 15 tahun yang membawa masuk teman lelakinya ketika datuk dan neneknya sedang nyenyak tidur, terbongkar apabila emak saudaranya menemui lelaki itu bersembunyi dalam almari pakaian, ketika datang ke rumah berkenaan untuk mengejutkannya ke sekolah, dalam kejadian di Labis, dekat sini awal pagi Sabtu lalu. Pelajar tingkatan tiga itu dikatakan berani membawa masuk teman lelakinya yang berusia 17 tahun dan bekerja di sebuah bengkel membaiki kenderaan selepas mendapati datuk dan neneknya tidur, manakala beberapa saudaranya termasuk keluarga emak saudara tiada di rumah kerana menemani ahli keluarga mereka yang dirawat di hospital. Remaja yang tinggal dengan keluarga datuknya sejak berusia lapan tahun selepas kematian ibu kandungnya, pada mulanya dikatakan hanya bersembang dengan teman lelakinya di luar rumah berkenaan sebelum membawa masuk teman lelakinya ke dalam bilik selepas menyedari datuk dan neneknya sudah tidur pada kira-kira jam 11 malam. Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata tindakan lelaki berkenaan bermalam bersama remaja perempuan itu hanya disedari oleh emak saudaranya yang tinggal berhampiran rumah berkenaan yang mahu mengejutkannya untuk ke sekolah, kira-kira jam 7.30 pagi. Abdul Majid berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan dibuat oleh emak saudara mangsa dan remaja berkenaan juga turut dibawa ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan kesihatan. |
| Macam2 Zaman Najib : 16 Pelajar Politeknik Disingkir Kerana Khalwat Posted: 28 Sep 2010 10:45 AM PDT
BATU TUJUH - Tindakan segelintir pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun, yang mencemari nama institut dengan melakukan kesalahan jenayah syariah seperti kes khalwat menyebabkan 16 pelajarnya disingkir daripada pengajian sepanjang 2009. Pengarah PSMZA, Zolkarnain Jobshi berkata, daripada jumlah itu, 10 daripadanya membabitkan penuntut lelaki manakala enam penuntut wanita. Bagaimanapun, katanya, statistik Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) untuk 2010 sehingga Ogos mencatatkan penurunan dengan hanya empat penuntut perempuan dikenakan tindakan tatatertib kerana terbabit kes khalwat. Zolkarnain berkata, dari segi pembabitan penuntutnya dengan kes jenayah narkotik pula, enam penuntut PSMZA ditahan polis kerana terbabit dalam kes penyalahgunaan dadah membabitkan kesalahan memiliki dan me-ngambil dadah pada 2009 berbanding hanya satu kes pada 2010. "Pembabitan penuntut sama ada dalam kesalahan jenayah syariah atau sivil tahun ini didapati menurun berbanding tahun sebelumnya. "Pencapaian ini adalah hasil kerjasama erat kita dengan :polis, penguat kuasa agama dan keberkesanan program pembentukan disiplin diri yang dilaksanakan pada peringkat institut," demikian katanya pada majlis sambutan hari raya Aidilfitri serentak Pelancaran Teknologi Hijau di PSMZA, dekat sini, pagi semalam. Zolkarnain berkata, dalam hal berkaitan salah laku, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tatatertib termasuk menyingkirkan mereka dari institut jika kesalahan yang dilakukan berjaya dibuktikan. Menyentuh soal keselamatan dalam kampus pula, Zolkarnain berkata, pemasangan kamera litar tertutup di beberapa lokasi strategik dalam PSMZA berjaya me-ngurangkan kadar jenayah terutama kes kecurian harta benda. "Pada 2010, sebanyak lapan kes dilaporkan berkaitan kecurian motosikal, namun sejak pemasangan CCTV, tiada kes kecurian motosikal dilaporkan. "Ia satu perkembangan yang baik dan memberi mesej yang jelas bahawa pendekatan seumpama ini berjaya mengurangkan kadar jenayah dalam kawasan kampus," katanya. |
| Jom Kita Bantu Sultan Ni Buat Istana Posted: 28 Sep 2010 09:48 AM PDT Sultan Sulu cari dana RM5 juta bina istana KUALA LUMPUR 27 Sept. - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu yang sah memberitahu, beliau memerlukan kira-kira RM5 juta bagi membangunkan semula Istana Darul Jambangan yang musnah akibat bencana alam pada 1932.
Datu Mudarasulail Kiram Ibni Almarhum Sultan Muhd. Mahakuttah Kiram (gambar) berkata, apabila siap kelak, istana itu akan dibangunkan sebagai pusat pentadbiran dan pemerintahan Kesultanan Sulu. Kata Datu Mudarasulail Kiram, pihaknya mengharapkan ada pihak yang bermurah hati membantu melaksanakan hasratnya itu memandangkan aset Kesultanan Sulu yang dianggarkan bernilai hampir RM9 bilion masih tidak dapat digunakan kerana dibekukan pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) sejak sekian lama. "Beta telah lama mencari pelbagai dana untuk membina semula Darul Jambangan. Kami tidak boleh menunggu terlalu lama dan mengharapkan aset yang dibekukan itu. Kami perlu membina istana itu dahulu," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini. Dalam pada itu, Datu Mudarasullail Kiram mendakwa, dirinya mendapat pengiktirafan dan pengesahan dari Rumah Bichara Kesultanan Sulu sebagai waris kepada ayahandanya itu pada 1991 dan seterusnya ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang sah. "Ketika Sulu bergolak berikutan peperangan antara Kerajaan Filipina dan puak Islam Mindanao pada 1974, ayahanda Beta secara rahsia telah menghantar Beta ke Sabah. "Kemangkatan ayahanda Beta pada 1986 menyebabkan pemerintahan di Sulu kucar-kacir. Sewaktu Beta masih berada di Malaysia dan seolah-olah dilupakan, sultan-sultan palsu pula tumbuh bagai cendawan," katanya. "Ada antara mereka yang mengaku sebagai Sultan Sulu ini menjual anugerah dan gelaran Datuk kepada orang ramai terutama dari Malaysia," katanya. |
| Pasukan F1 Malaysia Banyak Masalah, Selalu Kalah Dalam Grand Prix Posted: 28 Sep 2010 08:44 AM PDT Kah..kah dah kata dah. Buat apa masuk F1 guna duit rakyat, kalau pencapaian setakat duduk di tangga belakang. Pastu bergaduh soal jenama pula. Lotus Racing seolah-olah nafi kepentingan negara - Razali SEPANG 28 Sept. – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim melihat hasrat Lotus Racing Team yang dimiliki Datuk Seri Tony Fernandes menukar nama pasukan itu kepada Team Lotus seperti mengenepikan jenama Lotus Racing dan seolah-olah menafikan kepentingan negara. Beliau berkata, penukaran nama pasukan itu jika berlaku, tidak lagi menjadi satu jenama Malaysia kerana Lotus merupakan anak syarikat kepada syarikat kereta nasional Malaysia Proton Berhad. "Tindakan Tony pasti mengundang pelbagai isu dan kekecewaan daripada sesetengah pihak. Ini soal kita punyai pasukan yang terus melupakan kepentingan negara," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini, hari ini. Pada minggu lepas di Grand Prix Singapura, Fernandes mengumumkan bahawa Lotus Racing akan menukar namanya kepada Team Lotus bermula tahun depan setelah dikatakan mendapat hak daripada pihak ketiga David Hunt. Tony dikatakan mahu menukar nama pasukan itu selepas membeli Team Lotus Ventures daripada Hunt. Semalam, Pengerusi Proton dan Kumpulan Lotus, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh menafikan Hunt mempunyai hak ke atas jenama Team Lotus dan berkata, syarikat kereta nasional itu akan terus menyokong kumpulan itu dalam mempertahankan hak kumpulan itu. – Bernama Kereta Lotus Terbakar Di GP Singapura Kelmarin Grand Prix Singapura berakhir dengan suram buat Lotus Racing apabila jentera Heikki Kovalainen terbakar pada pusingan terakhir sekaligus menyaksikan kedua-dua pemandu pasukan itu gagal menamatkan perlumbaan. Jarno Trulli sebelum itu menghadapi masalah kegagalan hidraulik pada lap 26, menamatkan cabaran beliau selepas permulaan yang baik pada awal perlumbaan. Walaupun dihalang oleh pelbagai rintangan, prinsipal pasukan itu, Tony Fernandes tetap positif. "Perlumbaan malam ini menandakan satu anjakan ke hadapan buat kami," ujar Tony. "Kami akan menggunakan semua yang dipelajari hari ini untuk memastikan kami kembali dengan lebih hebat pada 2011." Kovalainen pula sudah semakin hampir untuk menamatkan perlumbaan sebelum jenteranya terbakar. "Saya rasa injap pelepas tekanan minyak kereta saya pecah lalu menyebabkan kebakaran tersebut. "Kami sudah hampir pasti tamat di tempat ke-15 tapi apakan daya, inilah perlumbaan," gurau beliau. Kekecewaan pula menyelubungi Trulli selepas masalah hidraulik yang seringkali menyukarkan beliau sepajang musim menyerang kembali. "Permulaan saya agak baik tapi masalah mula timbul lama kelamaan," menurut Trulli. "Minggu ini agak sukar bagi saya tapi saya berharap dapat menebus kekecewaan di Suzuka, yang merupakan antara litar kegemaran saya." -astroarena
|
| Gambar & Video Wanita Berzina Direjam Tahun 2010 Posted: 28 Sep 2010 07:54 AM PDT Wanita direjam kerana berzina GAMBAR yang disiarkan oleh stesen televisyen ABC menunjukkan beberapa orang lelaki yang merupakan anggota Taliban di lokasi hukuman rejam ke atas seorang wanita yang didakwa berzina di Pakistan. ![]() ISLAMABAD - Seorang wanita ditanam pada paras dada sebelum sekumpulan lelaki melontar batu berulang kali ke arahnya, lapor sebuah akhbar semalam. Rakaman tersebut yang disiarkan stesen penyiaran ABC menunjukkan anggota-anggota Taliban merejam seorang wanita sehingga mati di barat daya Pakistan. Hukuman rejam kerana berzina biasa dilaksanakan di Iran dan Arab Saudi. Namun, wanita itu dipercayai direjam sehingga mati setelah dia dilihat bersama seorang lelaki bukan muhrim. Hukuman tersebut dipercayai dilaksanakan dua bulan lalu di wilayah Orakzai. Klip video berkenaan yang dirakamkan dengan menggunakan telefon bimbit diseludup keluar oleh seorang anggota Taliban yang menyaksikan pelaksanaan hukuman itu sebelum ia diserahkan kepada saluran televisyen Al Aan, di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Klip itu juga boleh ditonton di laman YouTube. |
| Pemimpin Berjiwa Rakyat, Hugo Chavez Menang Besar Dalam Pilihanraya Venezuela Posted: 28 Sep 2010 07:12 AM PDT
PARA penyokong Presiden Venezuela, Hugo Chavez bersorak riang setelah beliau diumumkan menang pilihan raya di luar Istana Miraflo di Caracas,, semalam. – REUTERS CARACAS 27 Sept. – Parti pimpinan Presiden Hugo Chavez memenangi sebilangan besar kerusi pada pilihan raya Kongres di Venezuela semalam tetapi disekat oleh lawan daripada menguasai majoriti dua pertiga. Parti Sosialis pimpinan Chavez memenangi sekurang-kurangnya 90 daripada 165 kerusi Dewan Perhimpunan Kebangsaan, manakala perikatan pembangkang mendapat sekurang-kurangnya 59 kerusi setelah hampir semua undi dikira, kata Presiden Majlis Pilihan Raya Kebangsaan, Tibisay Lucena, awal hari ini.
Katanya, kerusi lain sama ada dimenangi oleh sebuah parti kecil atau belum dapat dipastikan pemenangnya. Keputusan kiraan awal diumumkan lapan jam selepas berakhirnya pengundian semalam kerana berlaku persaingan sengit di beberapa kawasan pilihan raya, kata Lucena. Pemimpin perikatan pembangkang, Ramon Guillermo menyifatkan kelewatan itu sebagai 'tidak boleh diterima'. Beliau mendakwa kiraan pembangkang menunjukkan calon-calon anti-Chavez memenangi lebih separuh daripada undi ramai. Pembangkang yang memulaukan pilihan raya Kongres yang lalu pada 2005, meningkatkan keanggotaannya daripada 11 kerusi yang diduduki oleh ahli dewan yang berpaling tadah daripada kem Chavez di Dewan Perhimpunan sekarang. Musuh Chavez mencapai matlamat mereka untuk menyekat sekutu beliau daripada memperolehi sekurang-kurangnya dua pertiga majoriti di dewan tersebut. Dengan majoriti dua pertiga, ahli Kongres pro-Chavez telah dapat meminda undang-undang tanpa tentangan dan secara unilateral melantik pegawai tinggi termasuk hakim Mahkamah Agung dan anggota majlis pilihan raya. – AP |
| Patutlah Mahader Jadi Perkasa 2-3 Minggu Ini..Rupanya Ada 'Dalang' Di Sebalik Keperkasaan Mahader Posted: 28 Sep 2010 06:18 AM PDT Amboi..amboi..meriahnya mahader dikelilingi wanita-wanita yang cantik. Sedap noo, 'berpoya-poya' ketika isteri tiada di sini. Siap lambai sampai masuk kereta lagi. Memang first class layanan untuk mahader. Sebab itulah mahader sejak kebelakangan ni Perkasa semacam je... Kalau tok guru Nik Aziz, Tok Guru Hadi Awang, mati hidup semula pun muslimat PAS takkan berani buat macam Puteri UMNO buat kat Mahader ni. Memang puteri UMNO takde nilai harga, sanggup gadaikan maruah demi UMNO. Apa? Dah gatal sangat ke ha..? Jadilah bini no 2 hingga 4 pemimpin UMNO lain, bukannya gedik kat si tua tu. Kesian dia, bukanke kubur dah kata mari..takkanlah nak biarkan mahader terus bernyawa lagi. Puteri..puteri..elok tak payah pakai nama puteri. Pakai perempuan lagi elok. Harin tu dah dikelilinginya si Muhyiddin itu, hari ini pula dibuatnya kat mahader.. Apapun pemimpin UMNO perlu tanya diri sendiri dulu, Kenapa Puteri mereka gedik semacam. Jawapannya mudah. Anak beranak pemimpin atasan pun spesisi gedik juga. Anak bini dedah aurat sana sini. Contoh terbaik kat Mahader. Isterinya dari muda sampai keronyot, masih tak pakai tudung lagi. Anak dan menantu, usahlah kira. Masuk ratu cantik sudah tentu menang punya... |
| Lawak.Minta UMNO Jangan Bertanding Di PRK Galas Demi Melayau Posted: 28 Sep 2010 05:14 AM PDT UMNO takkan ikutnya saranan pemimpin PAS ini. Dahla berbau kerajan perpaduang, pastu macam anjing menyalak bukit je bunyinya. Baca ini dua kali.. Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara. Kenapa orang melayu. Kenapa tak islam? tentu orang kg akan baca berita ni akan kata, PAS dan UMNO sama jah. Galas: PAS minta BN tak tanding demi perpaduan Melayu KOTA BARU, 28 Sept – PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu. Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara. "Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri di sini, hari ini. Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus semalam. Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil. – Bernama |
| Speaker Hantar Surat Kepada SPR Maklum Kekosongan Dun Galas, PRK Dijangka Sebelum 29 November Depan Posted: 28 Sep 2010 04:19 AM PDT Speaker Kelantan dah bagi surat maklumkan kekosongan kerusi Dun Galas. Nampaknya akan ada PRK Dun itu dalam masa 60 hari dari sekarang. Ini tercatat dalam Perkara 46(5) Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan yang menyatakan bahawa : Sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh dipastikan oleh suruhanjaya Pilihan Raya bahawa ada kekosongan: Maknanya selewat-lewatnya sebelum 28 November depan. Mungkin SPR buat lepas pembentangan bajet kot. Bagi memberikan ruang buat bos mereka, BN untuk terus mengula-gulakan rakyat.. Speaker maklumkan kekosongan kerusi DUN Galas KOTA BHARU 28 Sept. - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan telah pun menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memaklumkan kekosongan kerusi DUN Galas berikutan kematian wakil rakyatnya, Chek Hashim Sulaima semalam. Speakernya, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara tersebut melalui sepucuk surat yang difakskan ke ibu pejabat SPR kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini. Beliau berkata, pihaknya turut menghantar surat susulan melalui pos laju selepas menerima salinan sijil kematian wakil rakyat berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari. "Kita kemudiannya terus menghantar surat kepada SPR melalui faksimile bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN Galas, disusuli dengan surat yang dihantar menggunakan pos laju," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. - Utusan |
| Suspek Bunuh Sosilawati Mungkin Didakwa Jumaat Ini Posted: 28 Sep 2010 03:34 AM PDT Nampaknya jumaat ini, akan ada sebutan terhadap kes ini. Ia tak lain dan tak bukan, untuk elak suspek dilepaskan dari tahanan reman. Dibimbangi suspek akan padamkan bahan bukti atau lari ke luar negara. Kes Bunuh Sosilawati: Peguam Tidak Tahu Bila Pelanggan Akan Didakwa
KUALA LUMPUR: Peguam Ravi Nekoo yang mewakili dua adik beradik peguam yang ditahan berhubung pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, berkata beliau tidak tahu bila pelanggannya dan enam lagi suspek akan didakwa. "Perintah tahanan reman pelanggan saya akan berakhir hari Sabtu, jadi saya rasa mereka mungkin didakwa Jumaat ini, atau polis mungkin memutuskan untuk memohon tempoh tahanan dilanjutkan kepada majistret," katanya kepada Bernama pada Selasa. Ravi akan menulis kepada pemangku ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Omar Mammah, bagi membolehkan beliau dan seorang lagi peguam mempunyai akses kepada suspek kerana kedua-dua pelangggannya yang berumur 41 dan 38 tahun kini ditahan kontinjen polis negeri itu. "Setakat ini, hanya sekali polis memberikan akses kepada kami dan isteri suspek bertemu mereka. Bagaimanapun, kami mahu bertemu dengan mereka tanpa kehadiran pegawai polis," katanya. Beliau berkata berdasarkan undang-undang, peruntukan Seksyen 28A(5) Kanun Prosedur Jenayah membenarkan peguam mempunyai akses kepada pelanggannya dalam penglihatan pegawai polis, tapi bukan pendengaran. "Dalam kata lain, mereka (polis) boleh menyaksikan perbualan kami namun mereka tidak boleh mengikutinya. Kami perlukan privasi sepenuhnya dalam perkara ini, yang telah dinafikan sejak kunjungan pertama lagi," katanya. Beliau berkata, polis telah mengguna pakai Seksyen 28A(8) Kanun Prosedur Jenayah yang menyatakan peguam mungkin mengganggu bukti, atau mereka bimbang suspek akan melarikan diri. Sosilawati, 47, pemandu peribadi Kamaruddin Shansuddin, 44, peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru di sini Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu selepas mereka dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah. Pada 13 September lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka dipukul sehingga mati, mayat mangsa dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. "Mereka sudah pun mempunyai lebih daripada 14 hari untuk mengumpul bukti daripada suspek, maka kini berikan akses untuk kami bertemu dengan pelanggan kami," katanya yang turut meminta polis membenarkan enam lagi suspek dalam kes itu diberikan akses bertemu peguam mereka. Ravi juga berkata pada masa ini, hanya beliau dan isterinya, Pushpa Ratnam berada dalam pasukan pembelaan bagi kes itu, manakala seorang lagi peguam iaitu D.P.Vijandran belum memutuskan sama ada akan menyertai mereka atau tidak. - BERNAMA |
| Nazri Sms Kata Ahli UMNO Samseng, Bodoh, & Bacul Posted: 28 Sep 2010 02:40 AM PDT PERGADUHAN SMS DIANTARA NAZRI DENGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO GELANG PATAH.. Watak dalam interaksi sms ini ialah: Sang Nila Utama – SNU: Bekas Penulis dan Moderator Kelab Maya UMNO Malaysia yang juga ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah. DS Nazri: Y.B Dato' Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz, Menteri diJabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen Padang Rengas
SNU: As'kum w.b.t, YB Dato' Seri Mohd. Nazeri bin Tan Sri Abd. Aziz, hari ini org Melayu telah dikejutkan dgn kenyataan Dato' Seri menyatakan YABhg Tun Dr. Mahathir sebagai racist berikutan kenyatan beliau mengenai module BTN tidakperlu dirombak. Izinkan saya menyatakan beberapa perkara dalam isu ini. 1) Tun Mahathir membuat kenyataan tersebut apabila beliau diajukan soalan oleh pemberita berikutan kenyataan pihak pembangkang mengenai module BTN yg perlu dirombak. 2) Kenyataan Tun mahathir adalah sebagai bekas seorg PM ke 4 dan Presiden UMNO ke 5 yg mana kenyataan beliau didapati menyebelahi Kerajaan BN dan UMNO di bawah kementerian JPM. 3) Tidakkah Dato' Seri sedar bahawa module BTN selama ini adalah seiring dengan kehendak dan matlamat perjuangan bangsa Melayu sepertimana yg termaktub di dalam perlembagaan UMNO yg mulia selain menanamkan semangat jati diri dan patriotisma terhadap keseluruhan rakyat Malaysia. Ini bermakna kenyataan Dato Ser' adalah menentang Kerajaan BN dan boleh ditafsirkan sebagai pembelot terhadap perjuangan org2 Melayu Islam melalui UMNO. Justru, saya sebagai org Melayu yg beragama Islam rakyat Malaysia yg berdaulat ingin melafazkan atas nama Allah Yg Maha Besar lagi Maha Berkuasa, atas darah pejuang2 Melayu yg mengalir kebumi bertuah ini krn menuntut kemerdekaan serta memilihar kedaulatan Melayu dan Islam dengan ini mengutuk sekeras2nya kenyataan yg dibuat oleh Dato' Seri Mohd Nazeri terhadap YABhg Tun Dr. Mahathir sebagaimana yang tersebut selagi mana bangsa Melayu Islam wujud di muka bumi bertuah ini. Semuga Allah SWT memberi hidayah kpd Dato' Seri untuk menginsafi diatas perbuatan yg dilihat sebagai petualang terhadap bangsa dan agama sendiri. DS Nazri: Sukahati awak, saya langsung tak peduli kerana yg lemahkan kerajaan melayu ialah kritikan mahadir tak henti2. Ini hak saya, dia kritik orang, jgn jadi bacul takut kritikan saya! SNU: Sememangnya org yg malas berfikir akan mengatakan kritikan Tun M adalah punca Kerajaan BN lemah. Kenapa pemimpin sperti Dato' Seri tidak mahu mengkaji fakta2 didlm kritikan Tun M betul atau salah? Sebenarnya faktor utama yg menjadikan kerajaan BN lemah adalah pemimpin UMNO yg amalkan rasuah dan berkelakukan bongkak dengan masyarakat pengundi seperti saya. Pemimpin yg bacul pula adalah pemimpin yg cepat melatah apabila berhadapan dengan kebenaran dan lebih teruk lagi apabila disergah oleh pihak pebangkang. DS Nazri: Awak nak jadi Tuhan, nak hukum saya apahal….? Saya ada pandangan saya, itu hak saya, kalau takut di lambung ombak jgn berumah di tepi pantai…. saya tak heranlah! SNU: Nampaknya Dato; Seri melatah apabila saya menyentuh soal rasuah sehingga menuduh saya nak jadi Tuhan jatuh hukum terhadap Dato' Seri. Kalau Dato' Seri tidak takut dilambung ombak kenapa hanya berani kritik Tun Mahathir tanpa berhadapan dengannya utk dapatkan penjelasan lanjut dan kenapa pula kelihatan Dato' Seri tunduk dengan desakan pembangkang dalam isu ni…? Saya tahu la kenapa Dato' Seri tak eran dalam hal ni dan saya yakin ramai org2 politik pun tahu. DS Nazri: Saya bila2 masa boleh jumpa Tun. Saya tak takut siapa. Soalnya mahukah dia jumpa saya? Aturlah, beritahu saya bila dan di mana. Dan saya nak tahu apasal awak sms saya dan bukan Tun. Jadi sapa yg takut di sini. SNU: Soalnya adakah Dato' Seri sudah buat permohonan jumpa Tun M…? Jgn petikai kenapa saya sms Dato Seri' dan bukan Tun M kerana isunya sekrg bukan nak tentukan siapa berani dan siapa bacul. Itu cara org yg tidak bertamadun dan tidak bermoral, kerana kita dalam UMNO tak amalkan budaya samseng dan kurang ajar. DS Nazri: Samseng tu awak, tak tamadun, saya tak kenal awak, mana awak dapat no telefon saya? Kalau jantan awak jumpa saya di parlimen sekarang. SNU: Etika perjuangan tak perlu petikai dari mana dapat itu dan ini. Seseorang pejuang harus sentiasa redha hadapi apa sahaja yg hadir tanpa banyak persoalan. Lagipun saya bukan nak cari gaduh atau musuh dengan mana2 pemimpin UMNO seperti Dato' Seri. Saya hanya gunakan hak saya sepertimana Dato' Seri gunakan hak sendiri untuk kritik Tun M. Dato' Seri harus ingat kedudukan dan kerusi yg Dato' Seri perolehi sekarang adalah datangnya daripda kuasa rakyat seperti saya. Untuk berjumpa Dato' Seri, saya tiada masalah, tetapi bukan sekarang kerana saya berada di luar KL. Insya'allah saya akan berhadapan dengan Dato' Seri untuk menggali isi perut perjuangan yang sejati demi Melayu dan Islam. DS Nazri: Awak bukan rakyat dan pengundi saya, saya peduli apa. Pengundi saya kenal saya. Sebab itu saya menang 4 kali. Awak tak kenal saya jangan cuba nak ugut. Saya akan tunggu awak, jangan jadi bacul. Bagi tahu saya bila, saya akan tunggu. SNU: Memang la saya bukan pengundi di tempat Dato' Serin tetapi saya memberi gambaran bahawa saya adalah RAKYAT serta antara pengundi yang sentiasa mengundi BN setiap kali PRU dan saya juga ahli UMNO. Tak kira la tempat mana seseorang rakyat itu mengund. Memang benar Dato' Seri menang di tempat sendiri sebanyak 4 kali, tapi adakah majoriti yg Dato' Seri perolehi pada PRU yang lepas meningkat naik? Adakah Dato' Seri yakin akan sentiasa menang pada PRU seterusnya? Jelas kelihatan sikap Dato' Seri yang sangat bongkak dan takbur serta pentingkan diri sendiri tanpa melihat prestasi BN secara menyeluruh. UMNO dan BN tidak memerlukan pemimpin yang setajat tahu memang kerusi parlimen ditempat sendiri sahaja TANPA melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk Alif Ba TA secara komprehensif. Jika keadaan ini berterusan maka UMNO akan dipimpin oleh pemimpin yg tiada kualiti dan tiada arah yg jelas untuk membela bangsanya dan agamanya. Saya cadangkan Dato Seri' segera mentertai kembali kem BTN untuk merawat jati diri sayangkan bangsa dalam diri Dato' Seri. DS Nazri: Tak payah nak ajar saya tentang politik. Kalau BN nak kalah pun ialah kerana Tun duk hentam kerajaan tak habis2. Awak pegi nasihat orang tua tu. Apapun bacul jumpa saya paham! SNU: Saya bukan ajar Dato' Seri, tapi saya terangkan pekara yang saya fikir Dato' Seri harus tahu dan sedar mengenai UMNO, tapi malangnya Dato' Seri sedang berada di satu dunia khalayan dan syok sendiri diatas kerusi parlimen yang dimenangi dengan majoriti yang menjunam teruk. Menuduh faktor Tun Mahathir sebagai punca prestasi buruk BN pada PRU12 yang lepas adalah satu sikap bacul yang nyata yang Dato' Seri harus faham. Bagaimana pula faktor Pak Lah dan menantunya KJ serta rekod buruk peribadi seseorang calon BN yang terlibat dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa serta moral? Sepatutnya pemimpin seperti Dato' Seri harus bermuhasabah diri dan insaf apa yang telah melanda BN dan UMNO disepanjang penguasaan Pak lah selama lebih kurang 5 tahun, bukannya berterusan bersikap angkuh dan bongkak. Jadi Dato' Seri lah yang perlu dinasihat bukannya Tun Mahathir. DS Nazri: Awak ni bukan aje bacul tapi buta! Tak baca interview Tun Daim. Apapun jangan lari, saya tak tahu awak kat mana tapi saya ada di Parlimen. Bagi tahu bila nak mari, saya akan tunggu. Apa pun, saya menteri, awak tu apa? Habuk pun takdak… bacul!! SNU: Tak guna jadi orang yang celik dapat melihat tapi TAK NAMPAK apa yang dilihat, lebih baik jadi si "buta" sungguhpun tak dapat melihat tapi sentiasa nampak melalui hati dan akal. Saya tak pernah lari setiap kali berjuang bersama UMNO. Saya berada di JB. Antara kita tak perlu nak petikai siapa bacul sepatutnya itu bukan standard pemikiran Dato' Seri yang bertaraf seorang Menteri. Memang saya tahu Dato' Seri adalah Menteri dan tak perlulah nak bandingkan dengan saya yang Dato' Seri anggap sebagai habuk kerana bila dalam kubur nanti badan kita akan jadi habuk juga, masa tu adakah pangkat Menteri yang Dato' Seri bangga-banggakan itu akan dapat kekalkan jasad tidak menjadi HABUK..? Berapa umur Dato' Seri sekarang dan berapa tahun lagi kah Dato Seri mampu bertahan untuk kekal jadi Menteri? DS Nazri: Itu kata awak, hakikatnya saya Menteri dan MP dan peguam, awak tu apa nak di buktikan, ahli UMNO bodoh, tak tahu rakyat dah tolak dan kalau tak berubah terus hancur bangang!
SNU: Saya juga punyai kedudukan dan berpendapatan tinggi dalam sebuah syarikat konglomerat, tapi tak perlulah saya nak nyatakan dan banggakan. Di Malaysia ramai juga peguam cabuk dan menipu, makan duit haram, tapi nasib Dato Seri' agak baik kerana menang bertanding melalui platform UMNO dan BN lalu dapat jadi Menteri yang sedang mengalami kemerosoton undi dan sokongan rakyat. Tunggulah bila sampai waktunya apabila pangkat dan kedudukan ditelan takdir, itulah hakikat sebenar akan tiba nanti. DS Nazri: Ha… dah nak jadi penyokong Nik Aziz, doa bala kepada orang lain, awak ni orang Pas menyamar UMNO? Tak pe saya nak masuk undi dalam dewan sekarang. Saya memang nak jumpa awak. Bagi saya tarikh, saya tunggu. SNU: Ini nombor keahlian UMNO saya 0265XXXX, Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah, Negeri Johor. Jika perlu, sila la buat pengesahan. Saya merujuk kembali text saya sebelum ini, tiada satu ayat pun menunjukan saya mendokan bala kepada Dato' Seri sepertimana Nik Aziz mendokan bala terhadap PM. Sungguh pelik, Dato' Seri yang berkelulusan dalam bidang perundangan boleh membuat justifikasi yang lari daripada text saya sebelum ini. Selamat bersidang di dewan yang mulia. Semuga kita dapat berjumpa satu hari nanti. sumber (sini) |
| Seorang Bapa Kecewa Polis Lembab Buat Kerja Posted: 28 Sep 2010 01:21 AM PDT Bapa kesal suspek kes rogol gagal ditangkap GERIK 27 Sept. - Seorang bapa kesal kerana polis sehingga kini masih gagal menangkap suspek yang merogol anak perempuannya berusia 17 tahun sehingga melahirkan anak luar nikah, tiga bulan lalu. Menurut Rosli Abd. Kadir, 47, dia telah membuat laporan di Balai Polis Gerik, lapan hari selepas dimaklumkan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, bahawa anaknya telah melahirkan anak, 29 Mei lalu. Katanya, bagaimanapun kes itu sehingga kini tiada perkembangan. "Ketika kejadian, anaknya itu yang masih bersekolah serta tiga anaknya dijaga oleh bekas isteri dan suami barunya di Felda Lawin Selatan. "Saya telah bertanya kepada anak dan isteri saya siapa melakukan perbuatan itu tetapi mereka seolah-olah hendak menyembunyikan sesuatu. "Saya mahu pihak polis menyiasat kes itu secara menyeluruh dan mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti bapa bayi itu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Mahad Nor Abdullah ketika ditemui memberitahu, polis sukar menjalankan siasatan kerana mangsa tidak mahu menceritakan kejadian sebenar. "Namun, setelah didesak beberapa kali, mangsa akhirnya memberitahu dia dirogol di dalam ladang getah Felda Lawin Selatan ketika menolong bapa tirinya mengutip getah beku. "Mengikut keterangan mangsa, dia dirogol oleh seorang lelaki memakai topeng muka semasa ditinggalkan berseorangan oleh bapa tirinya yang pergi ke kedai untuk menjual getah beku," katanya. Beliau berkata, polis juga telah menyoal siasat pekerja-pekerja ladang getah terbabit tetapi gagal menemui sebarang bukti. TAJUK-TAJUK BERITA LAIN: |
| Macam2 Zaman Najib : Pensyarah Kangkung Rogol Student Posted: 28 Sep 2010 12:38 AM PDT Pelajar dakwa dirogol, dipukau jadi isteri bekas majikan KUALA LUMPUR 27 Sept. - Seorang pelajar di sebuah institusi pengajian mendakwa dirogol bekas majikannya yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di ibu negara. Mangsa yang ingin dikenali sebagai Angah, 20, mendakwa kejadian itu berlaku kira-kira dua tahun lalu ketika dia bekerja sebagai pembantu lelaki itu. Mangsa juga mendakwa dia dibawa ke selatan Thailand atas alasan urusan kerja namun dipukau dan dinikahkan dengan pensyarah itu. "Saya masih tidak mengetahui status saya kerana semasa nikah dijalankan saya dalam keadaan tidak sedar. Apabila diminta mengemukakan bukti surat nikah, pensyarah itu enggan memberikannya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami tekanan perasaan akibat dituntut menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri tanpa kerelaan. Angah berkata, dia merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ibu bapanya kerana bimbang dengan ugutan dan tekanan diberikan oleh pensyarah tersebut. "Ibu bapa saya tidak mengetahui peristiwa yang saya alami, namun, oleh kerana tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi, saya akhirnya memberitahu mereka," ujarnya. Berikutan itu, katanya, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 20 September lalu tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil setakat ini. Tambahnya, dia juga telah berhenti bekerja dengan pensyarah terbabit, namun lelaki itu terus mengekori dan memberi tekanan kepadanya. |
| Menteri Lembik, Khaled Nordin Bertelagah Dengan Timbalannya, Dato' Saifudin Posted: 27 Sep 2010 11:46 PM PDT KESILAPAN Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menyusun kabinetnya kini terserlah apabila berlaku beberapa pertelagahan antara menteri dengan timbalan menteri, sekaligus menunjukkan tidak ada persefahaman. Paling ketara, hubungan 'tak mesra' ini antara Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohamad Khaled Nordin dengan timbalannya, Saifuddin Abdullah. Ia bukan baru tetapi sejak awal-awal lagi, apabila Saifuddin pernah mengumumkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membangunkan Universiti Pertahanan di Pahang. Kenyataan Saifuddin yang mendahului Menteri itu, kemudiannya dinafikan Mohamad Khaled, walaupun, Saifuddin kemudiannya mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Pahang sudah meluluskan tanah untuk tujuan tersebut. Ia kemudiannya senyap begitu sahaja. Terbaru, Saifuddin yang nampaknya beria-ia bersetuju untuk membenarkan mahasiswa aktif berpolitik, tidak mendapat persetujuan Mohamad Khaled. Namun, dalam beberapa siri, Saifuddin yang pernah bertelagah dengan bekas Naib Cencellor UiTM, Tan Sri Ibrahim Abu Shah, tetap mempertahankan bahawa pelajar perlu dibenarkan berpolitik. Pendirian Saifuddin disenangi PAS. Malahan, ada cadangan Saifuddin mahu dilantik mengetuai kaukus Parlimen mengenai isu ini tetapi baru-baru ini, Saifuddin yang dijadualkan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Pemuda PAS, menangguhkan hasrat tersebut, tanpa memberi apa-apa alasan. Isu yang diperjuangkan Saifuddin ini mendapat sokongan Ketua Pergerakan Pemuda Umno. Khairy Jamaluddin pernah mengeluarkan kenyataan mengenainya tetapi dibidas Mohamad Khaled yang mengatakan Pemuda Umno tidak perlu berkokok kerana isu itu boleh dibincangkan dalam Majlis Tertinggi (MT) Umno dan beliau, akan patuh jika Umno mengarahkannya. Khairy Jamaluddin kemudiannya senyap. Tetapi, baru-baru ini, Saifuddin mengeluarkan kenyataan mengatakan Perdana Menteri bersikap terbuka mengenai isu ini, padahal, suatu ketika dahulu sudah ada pengumuman bahawa kabinet menolak cadangan tersebut. Ramai yang tertanya-tanya, apakah Saifuddin lebih berkuasa dari Mohamad Khaled di KPT? Atau, PM bersikap talam dua muka, menolaknya ketika dibincangkan dalam kabinet tetapi menerimanya ketika berbincang dalam MT? Yang mana satu lebih betul? Adakah Saifuddin yang betul atau Mohamad Khaled yang betul? Kenapa PM Najib nampaknya membiarkan isu ini diperbahaskan secara terbuka, ketika kabinet sudah memutuskan untuk menolaknya? Inilah kelemahan Najib sebenarnya. Dia melantik menteri bukan dari kalangan MT dan timbalan menteri pula, salah seorang anggota MT. Satu ketika, Mohamad Khaled merasakan dia 'lebih besar' dari timbalannya tetapi, satu ketika lain, timbalannya merasakan dia lebih besar dari menterinya! Kabinet Najib, isu timbalan menteri bertelagah dengan menteri sudah banyak kali berlaku. Dulu, pernah Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin membidas timbalannya, Dr Puad Zarkashi kerana bercakap mendahuluinya isu profesion perguruan perlu dilesenkan. Dari kalangan menteri, Mohamad Khaled sebenarnya seorang yang boleh dianggap senior. Beliau tidak menduduki kerusi MT kerana kalah (dapat tempat ke empat dari tujuh calon) merebut salah satu dari tiga Naib Presiden Umno. Kebetulan, ketika dia bertanding, ada dua lagi calon dari Johor yang turut menawarkan diri iaitu Dato' Seri Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Syed Hamid Albar. Undi yang diterima Mohamad Khaled agar besar. Namun, disebabkan Najib tidak mampu menambah bilangan wakil MT dari Johor setelah Hishammuddin menang kerusi naib, Muhyiddin menang kerusi Timbalan Presiden, Dato' Dr. Abdul Latiff Ahmad menang kerusi MT, Najib melantik dua MT tambahan, iaitu Dato' Razali Ibrahim (Naib Ketua Pemuda) dan Dato' Abdul Ghani Othman (Menteri Besar) menjadikan ada lima wakil Johor dalam MT sekarang. Dari segi logiknya, Najib sepatutnya melantik Mohamad Khaled, tetapi Najib melantik Rais Yatim yang jauh undinya jika dibandingkan dengan undi yang dikutip Rais bagi kerusi Naib Presiden. Najib tentunya mempunyai alasannya sendiri mengapa dia melantik Rais dan tidak melantik Mohamad Khaled – tetapi kesannya sekarang, Mohamad Khaled yang menjadi menteri terpaksa mempunyai timbalan menteri yang menang kerusi MT. Tentulah Mohamad Khaled kekok. Apa yang dibincangkan dalam MT, Mohamad Khaled tidak tahu, tetapi apa yang Mohamad Khaled bincang dalam kabinet, timbalannya perlu tahu melalui mesyuarat pasca kabinet. Dalam banyak hal, timbalan menteri sebenarnya tidak boleh melebihi menteri. Tetapi, malang bagi Mohamad Khaled, timbalan menterinya ini adalah Ahli Parlimen Temerloh dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh. Maknanya dia orang Pahang, satu negeri dengan Perdana Menteri. Mungkin atas sebab itu, Saifuddin boleh mengatakan dia lebih rapat dengan Najib daripada Mohamad Khaled. Kebetulan, Mohamad Khaled dikenali sebagai orang Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terselamat dari penyingkiran, seperti yang berlaku terhadap Datuk Seri Mohamad Zin Mohamad (Menteri Kerja Raya) dan Dato' Idris Harun (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi). Hari ini, ketika Khaled mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau tidak ada halangan untuk menurut apa sahaja keputusan Umno untuk melihat semula kebenaran mahasiswa aktif politik, tentunya dia berasa pelik mengapa timbalannya tidak berbincang terlebih dahulu dengannya untuk membawa semula cadangan itu ke MT. Benarkah MT mengambil maklum dan berbincang secara khusus isu ini atau, Saifuddin mengadakan pertemuan sendiri dengan Perdana Menteri atas sifatnya sebagai 'orang Pahang'. Isu ini bukan isu main-main. Jika benar-benar kerajaan mahu membenarkan mahasiswa aktif politik, segala sekatan dan halangan yang ada hendaklah dibuang – khususnya AUKU. Jika tidak membenarkan, buatlah secara teliti kerana yang bakal menjadi mangsa dalam isu ini ialah mahasiswa dan masa depan mereka. Ia bukan perkara mudah. Ia bukan perkara kecil. Adalah lebih baik jika Perdana Menteri menubuhkan satu jawatankuasa membuat kajian menyeluruh dan bukan bergantung dari laporan dan cadangan Saifuddin Abdullah seorang sahaja. Saifuddin juga perlulah lebih berhemah, kerana dia bukan orang politik sebenarnya, kecuali aktif dengan pertubuhan belia dan sedikit waktu dahulu banyak menulis artikel mengenai pemikiran dan sifat orang muda. Jangan kerana pertelagahan antara dia dengan Mohamad Khaled, akhirnya universiti, pusat pengajian tinggi yang menjadi tempat kegemilangan pelajaran dijadikan medan untuk mengejar populariti ahli politik terdesak. Lebih penting, jangan pula ketika Saifuddin sudah menyediakan kertas cadangannya, tiba-tiba Najib memindahkannya ke kementerian yang tidak ada kaitan langsung dengan universiti. Dan tentunya Saifuddin lebih bersedia untuk bersama-sama mahasiswa di kementerian sekarang daripada kementerian yang sibuk dengan tender dan projek. - SAFAR JUMAAT |
| Blog UMNO Fitnah Lagi.. Kali Ini Giliran Dr Xavier Yang Kena Posted: 27 Sep 2010 10:56 PM PDT Hari ini Dr Xavier kata dia tak tumbuk atau tendang siapa pun. Ini beritanya, siap ada video PETALING JAYA 28 SEPT: Penyandang Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Raja Dr Xavier Jayakumar menyangkal dakwaan yang beliau menumbuk calon lawan pada pemilihan peringkat cabang itu. Habis tu yang blogger UMNO Laknat ni kata Xavier mengamuk> Kenapa ya/ Sah diorang ni buat fitnah. Inilah blog yang haram ditengok, kerana penulisnya fasik, beritanya penuh fitnah dan lucah.. Hebat..! Syabas..! EXCO Selangor, Xavier Jeyakumar Tendang Dan Tumbuk Calon Ketua Cabang Kota Raja LIVE FROM TROPICANA SUBANG - XAVIER Di TUMBUK- Ribuan Ahli PKR Di Sana Sedang ...... |
| PRK Dun Galas : PAS Sentiasa Bersiap Siaga Posted: 27 Sep 2010 09:30 PM PDT
- Pengalaman Manek Urai Harus Jadi Sempadan PAS sentiasa bersedia menghadapi sebarang pilihanraya termasuk pilihanraya kecil DUN Galas berikutan ADUNnya Che Hashim Sulaiman yang telah kembali ke rahmatuLlah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat berkata PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) pilihanraya kecil perlu diadakan kerana masih belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lalu. Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut. "Apabila SPR terima notis rasmi, baru kita akan adakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Galas. Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lalu. "Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan," kata Wan Ahmad. Sehubungan itu, Speaker DUN Kelantan, Ustaz Mohd Nassuruddin Daud, berkata beliau akan menulis surat kepada SPR sebaik menerima sijil kematian Allahyarham. "Sebagaimana biasa laporan bertulis akan dibuat secepat mungkin sebaik menerima laporan kematian dari pihak keluarga atau pihak berwajib. "Kita tunggu sijil kematian Allahyarham sebelum menulis surat kepada SPR bagi menyatakan kekosongan DUN Galas," katanya ketika dihubungi pihak media
Takziah Kepada Keluarga Chek Hashim Ketika mengucapkan takziah kepada keluarga Chek Hashim, Tuan Guru Nik Aziz menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilanggan bagi PAS. Katanya walaupun Che Hashim bukanlah seorang yang banyak pengalaman kerana baru dalam politik, tetapi beliau berjaya membantu perjuangan Islam melalui PAS. Menurutnya, PAS sedaya upaya membantu Che Hashim untuk mendapat rawatan termasuk dua kali di China dan hospital dalam Negara. "Saya mengucapkan takziah banyak-banyak kepada keluarga dan rakyat di kawasan beliau, minta Tuhan ampunkan segala dosanya," katanya. Speaker DUN Kelantan Mohd Nassuruddin Daud menyifatkan pemergian Chek Hashim sebagai kehilangan seorang pemimpin muda yang berwibawa dan banyak berjasa kepada rakyat khususnya di kawasan Gua Musang. "Kita harap keluarga Allahyarham dapat bersabar dan menerima ketentuan Ilahi sebagai satu ujian," katanya. DUN Galas DUN N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini bersempadan dengan DUN N43 Nenggiri disebelah utara, Merapoh, Pahang Darul Makmur dan Cameron Highland di sebelah selatan. Mempunyai 6 kawasan petiundi majoriti Orang Asli, 2 kawasan petiundi majoriti Cina dan 5 kawasan petiundi majoriti Melayu, menjadikan jumlah kawasan petiundi kesemuanya 13. Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli) Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas YB Chek Hashim Selema mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan. Tiga kategori kawasan iaitu kawasan kampung tradisional termasuk setinggan, kawasan bandar termasuk kawasan perumahan dipinggir bandar yang didiami oleh golongan pertengahan, manakala kawasan yang ketiga pula ialah kawasan kampung orang asli. Dun Galas merupakan pusat pentadbiran Parlimen Gua Musang yang sekarang ini sedang berkembang pesat. Walaupun kawasan ini bukan merupakan bandar industri, tetapi kawasan ini lebih popular sebagai bandar transit, dimana ia merupakan pintu masuk dari pahang melalui Kuala Lipis, dari Perak melalui Simpang Pulai, Ipoh dan Cameron Highland, Saingan Sengit Wanita Pemuda Umno & Bahagian Berita pemergian Chek Hashim, walaupun disambut dengan kesedihan oleh ahli dan penyokong PAS, , ada pihak yang menunggu-nunggu berita tersebut sekian lama. Sejak kedengaran khabar allahyarham Che Hashim sakit pada tahun 2009, sekurang-kurangnya tiga pihak dalam Umno bahagian Gua Musang yang telah bersaing bagi merebut tempat untuk bertanding. Antara tokoh yang paling menonjol adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor yang pastinya akan membawa suara wanita Umno seluruh Kelantan bahkan seluruh Malaysia ke pedalaman Gua Musang itu. Selain Wan Hazani, Ketua Pemuda Bahagian Bazlan Baharuddin dilaporkan telah mengorak langkah awal, mendekati pengundi dan berkempen secara kecil-kecilan, sejak berita Allahyarham Chek Hashim mengidap barah kritikal tahun lalu. Bazlan yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, sudah tentu akan membawa lobi pemuda Umno Malaysia yang sudah lama hanya sayup-sayup kedengaran Namun, sudah pasti orang lama Umno yang cukup terkenal, yang juga Ketua Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ada suara tertentu yang tidak boleh dotolak olek kepimpinan Umno Malaysia. Pengajaran dari PRK Manek Urai Bagi PAS, PRK manek Urai harus dijadikan sempadan, pengalaman yang cukup berharga menghadapi siri pilihanraya kecil selepas Tsunami Mac 2008. Setiap PRK sejak Permatang Pauh bukan lagi permainan bola diperingkat kampung, samada PRK peringkat DUN atau Parlimen, ia sudah menjadi permainan peringkat kebangsaan. Oleh itu, PAS Kelantan perlu berhati-hati dan tidak hanya menjadikan sentimen kenegerian sebagai aset ampuh yang boleh mencipta kejayaan. Kejayaan tipis 65 undi dinegeri yang dikuasai PAS selama 20 tahun, hampir-hampir memalukan pendokong Pakatan Rakyat seluruh negara. |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






































































Tiada ulasan:
Catat Ulasan