Selasa, 28 September 2010

GoMalaysian

GoMalaysian


Adakah UMNO Ikhlas Untuk Menyatupadukan Melayu?

Posted: 28 Sep 2010 07:35 AM PDT










UMNO harus tarik diri daripada pilihan raya tersebut untuk mengelakkan pergesaran politik dengan PAS? supaya menyatupadukan orang Melayu di Galas? UMNO sering kata PKR dan PAS telah memecahbelahkan Melayu jadi adakah UMNO akan membuktikan keikhlasan mereka kali ini?


Aku ada beberapa untuk UMNO tentang pilihnraya kecil N45 Galas:

1) UMNO sering kali menyeru Melayu untuk bersatu dan elak daripada berpecah?

Sekiranya ya, UMNO harus tarik diri daripada pilihan raya tersebut untuk mengelakkan pergesaran politik dengan PAS? supaya menyatupadukan orang Melayu di Galas? UMNO sering kata PKR dan PAS telah memecahbelahkan Melayu jadi adakah UMNO akan membuktikan keikhlasan mereka kali ini?

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!
[ADS] Earn $$$ From Twitter & FaceBook!

2) UMNO kata pilihanraya kecil membazirkan wang?

UMNO sering kata pilihan raya kecil telah membazirkan wang rakyat. Seruan ini sering kali didengar ketika pilihan raya kecil di Permatang Pauh iaitu Wan Azizh meletak jawatan untuk membolehkan Anwar kembali ke Parlimen. Jadi adakah UMNO kali ini akan menyerahkan kerusi tersebut kepada penyadang sebelum ini iaitu PAS? selain itu, projek-projek magi mee di kawasan tersebut juga harus dihentikan untuk menjaga wang rakyat.

3) UMNO sering kata PAS adalah boneka DAP?

Adakah UMNO kali ini akan bertanding sendiri tanpa kerjasama dari parti komponen seperti MCA, MIC, Gerakan?


Saya masih tunggu UMNO untuk mengotakan janji mereka!!!

------------------------------------------------------------------

Galas: PAS minta BN tak tanding demi perpaduan Melayu

KOTA BARU, 28 Sept – PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

"Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri di sini, hari ini.

Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus semalam.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil. – Bernama

Tiada ulasan: