D'Perbatasan |
- GEMPAR 500 Ahli PAS Keluar Parti Di DUN GALAS!!!
- Batal Kes Konspirasi II
- Malaysia Lebih Untung Jika Tidak Ada Perbicaraan Anwar
- PKR menjadi parti "focus" di Malaysia
- Dari mana kekayaan luarbiasa ahli keluarga Reezal Merican ?
- DALAM PKR ! MASIH ADA VIRUS UMNO
- UMNO Jangan Takutkan Orang Kampung
- Permohonan cabar Auku ditolak
- PKR di ganggu Kerana ia Kuat
- Star-Utusan Malaysia : Mana Satu Betul ?
- Nik Aziz Tempelak Pemuda UMNO
- Umno BN alami fobia di penghujung hayat
- Kekecohan mesyuarat PKR kerana demokrasi parti belum matang
- Mengapa saya ajak Perkasa berdebat?
| GEMPAR 500 Ahli PAS Keluar Parti Di DUN GALAS!!! Posted: 28 Sep 2010 08:46 AM PDT Kira-kira 500 ahli PAS keluar parti di DUN Galas kerana tidak yakin dengan PAS dan kerajaan negeri Kelantan.Mereka terdiri dari beberapa orang Ketua Cawangan dan ahli-ahli PAS yang sudah lama berjuang dengan PAS. Salah seorang jurucakap kumpulan tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan berkata mereka sudah muak dengan PAS dan kerajaan negeri kerana hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu mentadbir dan tidak tahu buat kerja. Ini adalah antara contoh berita-berita yang sudah pasti akan dimuatkan di dalam media pengampu BN tidak lama lagi sebagai bahan kempen BN untuk meraih sokongan rakyat di DUN Galas. Selain dari berita di atas kemungkinan tajuk-tajuk berita lain ialah :- a) Kelantan negeri mundur b) DUN Galas tiada pembangunan c) Ramai orang miskin di DUN Galas dan sebagainya .............. p/s: Jangan terkejut ini cuma contoh tapi tunggulah kemunculan penipuan dan pembohongan media pengampu BN tidak lama lagi. |
| Posted: 28 Sep 2010 08:39 AM PDT Ahli seumur hidup DAP, Dr Chen Man Hin percaya keberanian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan pertuduhan konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat membantu melonjakkan pelaburan langsung asing (FDI) negara.Dalam kenyataan media hari ini, beliau mengingatkan Presiden Umno itu supaya berhati-hati dan mengambil kira pendapat masyarakat antarabangsa. "Kami memberi amaran, masyarakat antarabangsa tidak akan diam berdiri dan berpeluk tubuh melihat orang yang tidak bersalah cuba dipersalahkan dan dihukum penjara. "Jika tidak, FDI yang turun 81 peratus pada 2009 akan jatuh lebih jauh lagi, malah mungkin ada pelaburan sifar, yang bererti berakhirnya Model Ekonomi Baru dan 1 Malaysia," katanya lagi. Terkini, seorang lagi tokoh perniagaan antarabangsa, Richard Branson menasihati Najib betapa imej Malaysia di mata pelabur tercalar berikutan pertuduan terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Sebelum ini, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore; Pengerusi IMF, Stiglitz; bekas Editor Asian Wall Street Journal, Barry Wain dan bekas Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, John Croft , semuanya mengutuk konspirasi terhadap Anwar. Walaupun Najib hanya memiliki kuasa eksekutif dan secara teknikalnya tiada kuasa dalam sistem perundangan tetapi kerajaan Umno Barisan Nasional dikatakan ada 'pengaruh tersendiri' bagi membatalkan pertuduhan itu, jika mahu. Sehubungan itu, Dr Chen menyarankan Najib segera membatal pertuduhan berkenaan jika mahu pelabur asing menanam modal di negara ini sekali gus membantu Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. "Kritikan demi kritikan di persada antarabangsa jelas menunjukkan dunia mengecam tindakan kerajaan terhadap Anwar," katanya dan menambah, DAP sentiasa mengkritik sebarang bentuk konspirasi terhadap Anwar. |
| Malaysia Lebih Untung Jika Tidak Ada Perbicaraan Anwar Posted: 28 Sep 2010 08:24 AM PDT Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekali lagi menimbulkan keraguan mengenai tahap sokongannya kepada Datuk Seri Najib Razak apabila berkata Malaysia tentunya berupaya menarik lebih banyak pelabur jika tidak ada pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim."Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik. Maka, biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita, Bernama memetik Muhyiddin sebagai berkata. "Jika ditanya secara peribadi, jika saya mahu melihat kes ini terjadi dalam mahkamah Malaysia, saya tidak mahu ianya berlaku di mahkamah Malaysia. Saya ingin agar Malaysia bebas daripada semua ini," tambah Muhyiddin. Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata kes Anwar tidak ada kena-mengena dengan kerajaan. Muhyiddin mengulas kenyataan pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson, bahawa perbicaraan melibatkan Anwar telah menjejaskan reputasi Malaysia dan meminta Najib untuk campurtangan bagi memastikan keadilan untuk mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Kenyataan Muhyiddin itu dilihat sebagai cubaan lemah untuk mempertahankan kritikan antarabangsa dan di dalam negara terhadap Najib dalam menangani isu pendakwaan Anwar atas tuduhan liwat. Ramai pihak menganggap tuduhan itu mempunyai motif politik, lebih-lebih lagi selepas pengadu Saiful Bukhari Azlan mengaku berjumpa Najib dua hari sebelum membuat laporan polis. Najib pada mulanya enggan mengaku berjumpa dengan Saiful tetapi kemudian mengubah nada selepas perjumpaan itu didedahkan dalam blog-blog dan portal berita. Pendakwaan terhadap Anwar diteruskan walaupun pemeriksaan pakar mendapati tidak ada tusukan pada dubur Saiful untuk menyokong dakwaan kononnya beliau mangsa liwat. Peguam Anwar juga gagal mendapatkan keterangan yang diberi oleh Saiful kepada polis atau sampel bahan bukti lain untuk menyediakan pembelaan anak guam mereka. Mahkamah Tinggi turut menolak permohonan untuk menggugurkan kes itu walaupun menerima bahawa Saiful mengadakan hubungan sulit dengan pendakwaraya kes itu. Semua ini menguatkan persepsi bahawa Anwar sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik yang meperalatkan polis dan badan kehakiman. Muhyiddin sebelum ini dilihat sebagai memperlekehkan konsep 1Malaysia yang dicanang oleh Najib apabila berkata beliau menganggap dirinya berjiwa Melayu lebih daripada anak Malaysia. Dari RM |
| PKR menjadi parti "focus" di Malaysia Posted: 28 Sep 2010 08:19 AM PDT Bukalah mana-mana akhbar beberapa hari ini. PKR menjadi parti focus surat-surat khabar tu, berita tv tak usah kiralah, Awani sungguh ghairah mengeluarkan berita keburukan PKR, dan jangan kira lagi TV 1 dan 3.Kalaulah berita-berita ini boleh dipakai, PKR sudah pun hancur. Tidak ada lagi PKR. Apa yang berlaku didalam PKR seolah-olah parti itu sudah ditalqinkan oleh TV dan surat-surat khabar ni. Wah, bukan main Muhyiddin Yassin, berbicara tentang demokrasi, kononnya PKR tak mengerti demokrasi, Menteri-Menteri lain dan MB Perak nampak begitu puas kononnnya apa yang berlaku didalam PKR adalah kemusnahan PKR dan dengan sini memperli PKR. Inilah kekuatan PKR sebenarnya. 1 anggota 1 undi, dan pemimpin berhak menawarkan diri sebagai calon. Mereka tegak diatas kekuatan sendiri, mereka tidak bertanding diatas imej orang lain, mereka bukan kroni mana-mana pemimpin. Kalau dilihat didalam pertandingan ke jawatan Timbalan Presiden, 7 nama pemimpin sudah dicalonkan, ini menunjukkan bahawa tidak ada arahan dari mana-mana pihak untuk penentuan calon dan akar umbi di seluruh Negara membuat pencalonan mengikut selera mereka. Kita tidak macam UMNO, arahan supaya orang yang tidak menurut kehendak pimpinan tidak boleh dicalonkan sehingga Tengku Razaleigh yang popular diperingkat akar umbi tidak mendapat pencalonan kecuali dari Bahagian Gua Musang sahaja. Mahathir yang pernah menawarkan diri untuk menjadi perwakilan didalam Mesyuarat Agung Tahunan Bahagiannya pun gagal mendapat tempat kerana adanya arahan supaya Mahathir tidak menjadi perwakilan didalam Mesyuarat Agung Perwakilan parti itu di Kuala Lumpur. Pencalonan untuk jawatan-jawatan didalam PKR adalah terbuka. Datuk Zaid Ibrahim bukan sahaja dicalonkan untuk Timbalan Presiden bahkan beliau dicalonkan untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Anggota MPP. Kalaulah dikatakan ada arahan, takkanlah Datuk Zaid boleh dicalonkan oleh akar umbi sebegitu sekali. Azmin Ali juga dicalonkan untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Anggota MPP. Zuraida Kamaruddin dicalonkan untuk Ketua Wanita, Naib Ketua Wanita dan AJK Wanita. Fuziah Saleh dicalonkan untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Anggota MPP. Rodziah Ismail dicalonkan untuk Ketua Wanita, Timbalan Ketua Wanita dan Anggota MPP. Anwar dicalonkan untuk Presiden dan Wan Azizah dicalonkan untuk Presiden dan Timbalan Presiden. Itulah budibicara akar umbi yang membuat pencalonan mengikut pertimbangan mereka melalui roh demokrasi yang berteras didalam PKR. Selepas ini terserah kepada pemimpin-pemimpin itu samada mahu bertanding ke jawatan-jawatan yang mereka dicalonkan atau menolak sebarang pencalonan, itu bererti dia menggunakan haknya sebagai anggota, bermakna sesiapa saja anggota PKR boleh mencalonkan, boleh dicalonkan, boleh menerima pencalonan dan boleh menolak pencalonan. Itulah roh demokrasi kalau Muhyiddin Yassin mahu belajar erti demokrasi yang lohor. Mengenai kekecuhan di beberapa cabang, ini membayangkan bahawa memang ada "teething problem" kerana inilah parti politik pertama di Malaysia yang memberikan hak satu anggota satu undi. Dan apa yang mahu dilakukan oleh PKR untuk membenteras politik wang jelas berjaya, tidak seperti UMNO hingga hampir ribuan pemimpin dipelbagai peringkat terlibat dengan rasuah politik. Pengalaman pertama pemilihan secara "direct" ini mematangkan anggota-anggota PKR, dan juga mematangkan organisasinya. Kelemahan yang ada sudah dikenalpasti, pindaan-pindaan tertentu memperbaiki perjalanan pemilihan agar dapat mengatasinya sedang dikaji dengan aktifnya oleh Setiausaha Agung parti, dan PKR akan menjelma sebagai parti politik yang kukuh, kuat, berdisiplin dan mengamalkan demokrasi yang lohor dan tulen. UMNO akan kekal sebagai parti yang mundur dari segi roh demokrasinya. |
| Dari mana kekayaan luarbiasa ahli keluarga Reezal Merican ? Posted: 28 Sep 2010 08:13 AM PDT Reezal Merican Naina Merican Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas perlu mendedahkan kepada umum dari mana sumber kekayaan ahli keluarganya secara tiba-tiba. Bapanya cuma seorang kakitangan awam biasa di Jabatan Pengangkutan Jalan manakala ibunya seorang jururawat desa. Semasa hayatnya bapanya memiliki sebuah lori kecil empat tayar bagi menjalankan perniagaan 'gas masak'. Reezal sendiri selepas tamatkan pengajian di IPTA, bekerja dengan Shahrizat Abdul Jalil.Secara tiba-tiba apabila mendampingi Abdullah Badawi keluarga ini sudah mempunyai rumah harga berjuta-juta di Shah Alam, projek di sana-sini dan begitu juga memiliki banyak kereta mewah. Orang Penang terkejut dengan kemewahan luar biasa keluarga Naina Merican ini dan berharap Reezal dapat memberitahu sumber kekayaan ahli keluarganya. Orang ramai berpendapat jika ianya dari sumber halal - tidak mengapa. Jika dari sumber haram, orang Islam lebih rela menjauhi harta dan keluarga seumpama itu. Itulah sebabnya UMNO dan Barisan Nasional bermati-matian enggan mengistiharkan harta yang mereka kira "harta emak bapa" mereka. Dari RM |
| DALAM PKR ! MASIH ADA VIRUS UMNO Posted: 28 Sep 2010 08:07 AM PDT Nampaknya Pemilihan PKR 2010 ini tak kurang panasnya macam pemilihan UMNO. Perkara-perkara negatif yang terdapat dalam pemilihan UMNO masih kelihatan berlaku dalam pemilihan PKR kali ini dan ada segelintirnya cuba membuat kecuh dan mengeruhkan perjalanan mesyuarat. Ini amat dikesali dan mendukacitakan.Diantara perkara negatif yang tak mahu kita lihat tapi sudah pun berlaku,..contoh,.. menceritakan kelemahan orang lain, menyentuh soal-soal peribadi, kondem pemimpin , mengungkit sejarah penubuhan parti dan lebih buruk lagi yang bercakap sesuatu yang tak sepatutnya!.. Malang seribu kali malang andainya nanti ada yang beranggap PKR adalah sebuah parti jelmaan UMNO!! Ini yang sangat-sangat perlu dielakkan!! Walaupun politik wang belum menunjukkan tanda-tanda tetapi tidak mustahil perkara ini akan berlaku!.. maklumlah, bekas ahli UMNO, sedikit sebanyak virusnya masih ada. Saya sarankan jika ada ahli PKR yang masih gian nak berpolitik cara UMNO, segeralah keluar parti. Ikutlah contoh Ezam, Lokman dan yang lain-lain tu! InsyaAllah anda akan dapat keuntungan jangka pendik untuk diri sendiri, bukan untuk agama,bangsa dan Negara. Kepada ahli PKR yang masih teguh prinsip dan tebal semangat refomasi nya bersabarlah!! Kuatkan iman! Bertanyalah kepada PAS,,yang sudah lebih 50 tahun bertapak tapi semangat perjuangan sedikitpun tak luntur! malah semangat ukhwah semakin kental dan segar! Politik wang tidak pernah wujud dalam kamus perjuangan PAS. Bertanyalah mereka apa rahsianya? Banyak perkara baik yang boleh dipelajari dari PAS. Ambil dan praktikkanlah! Tentang menghadapi suasana pertandingan dan pemilihan,. contohilah PAS. Keikhlasan, kejujuran dan kesopanan dalam menghadapi suasana dan mood pertandingan amat dijaga. Mereka kelihatan lebih sabar, tenang dan sentiasa redha di atas segala apa juga keputusan. Susah sangat kah nak meninggal perangai buruk orang UMNO. Sia-sia menjadi ahli PKR, jika perubahan yang hendak dibawa oleh parti dipermain atau cuba dihangat-hangat taik ayamkan. Kalau begitu sikap anda adalah lebih baik anda terjun semula kedalam tong najis itu (UMNO) daripada menyusahkan parti di belakang hari! |
| UMNO Jangan Takutkan Orang Kampung Posted: 28 Sep 2010 08:05 AM PDT Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam."Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram. "Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain. "Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan," katanya. Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan. Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan. Cukai satu hukuman "Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan. "Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini. "Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri. "Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi. Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram. "Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya. Nabi terima hadiah Yahudi Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan. "Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi. "Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya. Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom. "Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya. Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan. Dari Malaysiakini |
| Posted: 28 Sep 2010 01:37 AM PDT Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencabar Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) berhubung hak berpolitik. Kesemua pelajar jurusan Sains Politik tersebut adalah Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Wong King Chai. Hakim Datuk Aziah Ali membuat keputusan tersebut dalam kamar.Ekoran keputusan itu juga, keempat-empat mereka akan membuat permohonan injunksi bagi menghalang UKM meneruskan prosiding tatatertib ke atas mereka. Hakim membenarkan peguam yang mewakili mereka terhadap injuksi bagi menangguhkan keputusan itu untuk mengemukakan rayuan. Hakim bagaimanapun menetapkan tarikh 7 Oktober ini untuk keempat-empat mereka membuat demikian. Mereka sebelum ini ditahan polis pada 22 April lalu di pekan Rasa dan Ampang Pecah berhubung tuduhan menyokong parti politik semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Mereka kemudian didakwa di mahkamah UKM kerana melakukan kesalahan menyalahi undang-undang Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku). Bagaimanapun, mereka menafikan tuduhan itu dan mendakwa berada di Hulu Selangor bagi tujuan kajian penyelidikan akademik. Sementara itu, lebih 50 mahasiswa berkumpul di perkarangan mahkamah bagi memberi sokongan moral kepada mereka. |
| Posted: 28 Sep 2010 01:25 AM PDT ADA untung dan gunanya PKR membuka peluang kepada ahlinya di peringkat bawahan untuk memilih pemimpin. Sistem yang diperkenalkan PKR ternyata meriah walaupun ada beberapa kecacatan. Ini biasa kerana sistem berkenaan pertama kali diperkenalkan. Kasut mahal pun kalau pertama kali dipakai akan 'mengigit' dan 'mengeteik' tumit atau ibu jari.Paling bermakna ia menjelaskan kedudukan sebenar parti itu dimuka umum. Dengan adanya sistem pemilihan itu kini orang mulai celek mata dengan kekuatan PKR dan pengaruhnya yang makin melata di seluruh negara. Pergaduhan dan kekecohan di beberapa buah cabang semasa proses pemilihan menunjukkan parti berkenaan mendapat perhatian. Orang mula melihat PKR sebagai parti yang bakal mengugat Umno dan bakal menunjunag pemerintahan di masa akan datang bersama Pas dan DAP. Sebelum ini orang merasakan PKR hanya parti melukut saja. Ia dianggap sebagai tokol kayu yang hayut dalam lautan luas. Tidak ada siapa yang pedulikannya. Mesyuarat atau kongresnya sebelum ini tidak pernah mendapat sorotan dan ulasan 'live' apa lagi dari pihak lawannya. Namun hari ini setiap aktiviti dan mesyuarat cabang PKR mendapat sorotan dan ulasan. Untuk apa memantau mesyuarat PKR kalau ia tidak membimbangkan? Yang jelasnya hari ini PKR mempunyai cabang di 212 kawasan parlimen di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Paling mengejutkan juga semua cabang itu aktif. Ini terbukti bila mana semua cabang mengambil bahagian dalam proses pemilihan pemimpin masing-masing. Ini bermakna hanya 10 kawasan Parlimen saja yang ketiadaan cabang PKR. Pihak media yang memberi gambaran kekecohan di persidangan peringkat cabang itu untuk memburukkan parti berkenaan. Sebalik dari sisi lain ia menjelaskan PKR berkembang maju. Pergaduan dan kekecohan biasa itu itu sekaligus menggambarkan ahli PKR masih aktif dan elemen demokrasinya jelas. Lagi pun soal pergaduhan dalam pemilihan ini semua parti sekular kecoh melainkan Pas. Kalau mereka tidak aktif dan cabang tidak mempunyai ahli yang mencukupi korom mesyuarat, sudah pasti tidak akan ada kekcohan. Ketua dan jawatankuasa cabang boleh dilantik begitu saja. Tetapi bila ada pencalonan, pemilihan dan perbalahan ia menunjukkan PKR wujud di sesuatu kawasan itu. Mengenai kekecohan ini kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail ianya sengaja dilakukan bagi mesebotaj mesyuarat PKR. Gunanya untuk memberi gambaran yang PKR kalut. Kekecohan itu dilakukan dan diunsuri oleh orang luar yang dengki dan sakit hati melihat kepesatan PKR. Manakala satu lagi bukti menunjukkan PKR kuat dan menghantui pemikiran musuhnya apabila beberapa pemimpin Umno termasuk Muhyiddin Yassin turut sama mengulasnya. Kata Muhyiddin kekecohan itu menunjukkan kelemahan PKR dan tidak mampu memerintah negara. Untuk apa Muhyiddin sibuk untuk mengulas mengenai PKR? Jelas sekali ulasan Muhyiddin itu menggambarkan kebimbangan beliau. Perkembangan menerusi pemilihan ini menyedarikan Muhyiddin bahawa PKR bersemangat dan orang ramai mulai menaruh keyakinan kepada parti itu. Sekiranya tidak ada perasaan itu baik Muhyiddin atau sesiapa saja tidak wajar menyetuh PKR kerana pemilihan itu adalah urusan peribadi meeka. Dan kalau pun mereka yang pernah menjadi ahli parti itu atau dipecat ingin mencari sedikit wang, carilah dengan cara lain dan bukannya menganggui urusan PKR. Perbuatan mereka itu nampak sangat tidak gentleman dan tidak memahami parti politik demokrasi. |
| Star-Utusan Malaysia : Mana Satu Betul ? Posted: 28 Sep 2010 01:22 AM PDT Dalam keghairahan menyerang proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat, akhbar Star dan Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang bukan sahaja tidak disokong fakta, tetapi bercanggah antara satu sama lain.Dalam laporan muka depannya hari ini, The Star menyifatkan kekalahan pemimpin pada peringkat cabang seperti Elizabeth Wong (Petaling Jaya Utara), Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayob (Pasir Salak) dan Kamarul Baharin (Teluk Kemang) adalah kerana mereka bukan "orang Anwar Ibrahim atau Azmin Ali." Utusan Malaysia (mukasurat 3) juga merujuk kepada kekalahan tokoh-tokoh sama tetapi menyifatkan kesemua mereka sebagai "orang Anwar dan Azmin." Menurut Utusan, kekalahan mereka kononnya adalah bukti Anwar dan Azmin akan menghadapi masalah pada pemilihan peringkat nasional November depan. Mana satu yang betul? Mungkin sudah sampai masanya untuk akhbar-akhbar arus perdana mengadakan mesyuarat penyelarasan setiap hari untuk memastikan laporan yang diputar belit oleh mereka sekurang-kurangnya dibuat atas premis yang sama sebelum menjajanya kepada rakyat. Biarlah akhbar-akhbar berkenaan berpegang kepada slogan 1Malaysia, 1Fitnah dan mengelak daripada mengadakan dua tiga versi berlainan mengenai fitnah yang sama. Selain Utusan dan The Star, akhbar-akhbar lain seperti Berita Harian dan New Straits Times turut menyerang PKR atas kekecohan yang berlaku di tujuh cabang yang mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan setakat ini. Kesemua mereka mendakwa kekecohan itu mencerminkan sistem satu ahli satu undi PKR gagal, malah memetik Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai berkata kekecohan itu bukti PKR tidak ada kemampuan untuk memerintah. Fakta "kecil" yang sengaja dilupakan oleh Muhyiddin ialah kekecohan berlaku hanya pada tujuh Cabang. 159 Cabang mengadakan mesyuarat dan pemilihan tanpa sebarang masalah dan dalam suasana yang hanya menyuburkan demokrasi tulen dalam PKR. Mungkinkah Muhyiddin berkata demikian kerana beliau, seperti dalam kes gurubesar rasis baru-baru ini, juga "tidak ada kuasa" untuk mengetahui fakta-fakta relevan sebelum membuka mulutnya? Atau beliau mempunyai apa yang disebut dalam bahasa Inggeris sebagai "selective amnesia" iaitu hilang memori secara pilihan?. Pimpinan PKR tidak menafikan wujudnya masalah logistik dan keselamatan di segelintir Cabang yang memberikan kesempatan kepada samseng upahan dan bekas ahli parti itu menimbulkan kekacauan. Kemungkinan anasir-anasir ini dibiayai oleh pihak tertentu supaya tindakan mereka dirakam oleh jurugambar dan jurukamera media arus perdana demi memperlekehkan proses transformasi PKR ke demokrasi tulen, tidak boleh ditolak. Ini kerana kejayaan PKR melaksanakan pemilihan satu ahli satu undi akan menandakan satu lagi kejayaan parti itu dalam hasrat menyuburkan proses demokrasi dalam parti dan seterusnya mengembangkan hak itu kepada rakyat umumnya. Seperkara lucu mengenai dakwaan dalam laporan-laporan media arus perdana, adalah kononnya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sedang menentukan calon mana menang pada peringkat Cabang. Cukup untuk mengatakan bahawa dengan keahlian PKR mencecah hampir 500,000, adalah tidak waras untuk sesiapa mendakwa kedua-dua orang itu mempunyai keupayaan begitu besar untuk mempengaruhi minda ahli biasa dalam memilih pemimpin mereka. Mungkinkah media arus perdana masih berfikir PKR sama seperti Umno, di mana pemimpin hanya perlu membeli undi kira-kira 2,000 perwakilan untuk diangkat sebagai ahli Majlis Tertinggi? Sekali lagi, biarlah fitnah yang "dijual" oleh akhbar dan stesen televisyen arus perdana kepada pembaca dan penonton mempunyai unsur-unsur yang tidak terlalu karut, sehingga sukar untuk sesiapa menerimanya. Jangan asyik syok sendiri sahaja. |
| Posted: 28 Sep 2010 01:17 AM PDT Mursyidul Am Pas itu berkata, Anuar Safian seharusnya menyedari sumbangan yang dibuat oleh I'da World Group itu hanya berbentuk replika yang tiada nilai. "Ketua Pemuda UMNO nak cabar saya, cabar apa bendanya, dia tak fikir orang (syarikat) itu bukan bagi duit, bagi replika (cek), nak kata saya terima duit apa," katanya kepada pemberita rumahnya di Pulau Melaka, semalam. Anuar dalam satu kenyataan kelmarin, meminta Nik Aziz menyaman malu atau apa jua saman yang bersesuaian dengan fakta yang ada berkaitan isu derma RM4 bilion. Menurutnya, saman itu penting untuk membuktikan bahawa Nik Aziz tidak tahu menahu dan tiada dimaklumkan mengenai pelaburan dan wang yang didakwa diberikan kepada Kerajaan Negeri. Dalam pada itu, Nik Aziz dalam nada sinis meminta Anuar supaya menghadiri khusus berkaitan undang-undang Islam yang ingin dianjurkan oleh Dewan Himpunan Penyokong Pas. "Saya nak ketua pemuda supaya buat permohonan dalam khusus ini, faham mengenai undang-undang Islam supaya beliau faham dan malu sikit kepada mereka (orang bukan Islam)," katanya sambil tersenyum. Sebelum ini, Nik Aziz berkata, pihaknya belum merancang untuk menyaman Ida World Group yang menimbulkan kontroversi kerana mahu memberikan RM4 bilion yang dikatakan menjejaskan imej Kerajaan Pas Kelantan. |
| Umno BN alami fobia di penghujung hayat Posted: 27 Sep 2010 10:18 PM PDT Kerajaan Umno BN sekarang mengalami serangan penyakit kartun fobia, ceramah fobia, kuliah fobia, Youtube fobia, risalah fobia dan seumpamanya.Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menganggap kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah terbaru pembangkang yang memburuk-burukkan kerajaan melalui pengedaran cakera padat (CD) termasuk memuat naik bahan itu ke dalam laman web Youtube sebagai satu kenyataan orang yang takut menerima kenyataan kerana berada di penghujung hayat pemerintahan. Menurutnya, menjadi lumrah mana-mana pemerintah yang banyak mengkhianati amanah rakyat cukup bimbang dengan maklumat yang benar sampai kepada rakyat yang mereka perintah. Katanya, kerajaan Umno BN tahu mereka akan terus berkuasa selagi rakyat boleh ditipu melalui saluran berita berat sebelah. Sehubungan itu, tambahnya PAS menganggap kenyataan supaya rakyat jangan percaya dengan Youtube adalah satu kenyataan yang ketinggalan zaman, seolah-olah rakyat pada hari ini hidup di zaman batu. Sekarang, ujarnya program yang diuar-uarkan oleh kerajaan seperti koridor raya multi media sudah menjadi hantu raya kepada Umno BN, kerana apa sahaja dakyah melalui media perdana dengan pantas dijawab oleh media internet. "Mereka merasa gusar apa sahaja strategi yang dibuat tidak menjadi untuk menjerat rakyat supaya menyokong mereka," ujarnya. Ini, jelasnya menyebabkan semua berita yang dikeluarkan oleh media perdana telah dipandang sinis dan tidak boleh menaruh kepercayaan kepada rakyat. "Inilah satu bala yang menimpa kepada kerajaan BN. Inilah akibat apabila selalu berbohong dalam pemberitaan akhirnya berita benar pun rakyat kata tipu," katanya lagi. |
| Kekecohan mesyuarat PKR kerana demokrasi parti belum matang Posted: 27 Sep 2010 10:12 PM PDT Prof Madya Mohd Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, ia sekaligus memperlihatkan prinsip demokrasi di kalangan ahli belum matang. "Kalau kekecohan disebabkan kekalahan dan tidak dapat menerimanya persepsi tidak elok akan muncul di kalangan parti lain. "Tetapi kalau bantahan itu ada asas, maka parti perlu mengatasi dan menanganinya secara berhemah supaya keyakinan ahli dan penyokong kepada parti kekal," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kekecohan yang berlaku dalam mesyuarat cabang PKR. Antara yang paling kecoh ialah cabang Kota Raja, Selangor di mana beberapa individu telah membuat laporan polis. Mohd Agus juga mengulas mengenai tindakan ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan naib presiden PKR November ini. Menurutnya, tidak ada sebarang kesalahan walaupun ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan ketua umum PKR manakala emaknya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail adalah presiden PKR. "Bukan Anwar dan Dr Wan Azizah yang memilih, tetapi ahli parti, Jika ahli parti mahu Nurul Izzah menjadfi naib presiden PKR tidak ada salahnya. "Begitu juga dalam isu Khairy Jamaluddin, Datuk Mukhriz Mahayhir, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. "Jangan kata ada nepotime tetapi kena ingat mereka semua berjaya kerana dipilih dan bukannya dilantik. "Itu semua tidak perlu menjadi isu, kena terima semangat majoriti" katanya |
| Mengapa saya ajak Perkasa berdebat? Posted: 27 Sep 2010 09:57 PM PDT Sejak tulisan saya menjemput Perkasa untuk berdebat tentang kedudukan istimewa orang Melayu pada 31 Ogos lalu diterbitkan, bermacam-macam tohmahan dikeluarkan terhadap saya.Saya dipanggil pengkhianat, dituduh cuba mengelirukan rakyat, tidak matang, buta sejarah dan juga kini dilibatkan dalam siasatan polis kerana dituduh menghasut. Hairan, kerana orang yang cadangkan supaya pemilikan tanah Kampung Baru dibuka 40 peratus kepada bukan Melayu tidak pula alami nasib sama seperti saya. Saya sudah jelaskan, bukan niat untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu, tetapi sekadar mencari penjelasan tentang apa yang dilaung-laungkan oleh Perkasa tentang perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu. Apa saya hujahkan dalam tulisan sebelum ini, bukan mempersoal kedudukan istimewa orang Melayu, tetapi pelaksanaan dasar-dasar yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu dipersoalkan? Sayangnya, jemputan saya itu ditolak mentah-mentah oleh pimpinan Perkasa dengan alasan soal kedudukan orang Melayu tidak boleh didebatkan, sedangkan yang saya mahu bincang hanyalah pelaksanaan dasar-dasar yang dikatakan dibuat atas peruntukan perlembagaan. Kerana jemputan saya sudah ditolak, biarlah saya jelaskan sahaja di sini, apa sebenarnya menimbulkan kegusaran saya tentang perjuangan Perkasa dan soal kedudukan istimewa orang Melayu. Pertama soal kuota dalam perkhidmatan awam. Mengikut statistik 2009, 78.2 peratus kakitangan awam adalah Melayu, dan Bumiputera lain membentuk 7.7 peratus. Selebihnya adalah bukan Melayu dan bukan Bumiputera. Namun, kerajaan juga sedang berusaha merekrut lebih ramai bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, kerana keperluan menyampaikan perkhidmatan kepada warga pelbagai kaum. Bagaimanakah dasar kuota ini selaras dengan keperluan untuk menunjukkan kepelbagaian dalam sektor awam? Kedua, soalan yang sama juga boleh ditanya dalam hal kuota biasiswa kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Saya mahu melihat lebih banyak biasiswa diberikan sebagai usaha memastikan kesaksamaan yang boleh tercapai dengan pendidikan yang menyeluruh. Oleh itu, bukankah lebih baik sekiranya semua pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa penuh sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan? Saya juga percaya Perkasa tentu setuju dengan saya kalau dicadangkan sebahagian pendapatan Petronas (30 peratus keuntungan tahunan misalnya) disalurkan kepada satu dana pendidikan untuk biayai biasiswa anak-anak kita. Perkara ini tidak mustahil kalau akaun Petronas didedahkan kepada umum melalui Parlimen. Usaha melaksanakan tadbir urus yang cekap ini semestinya selaras dengan perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu. Ini sebenarnya lebih bermanfaat daripada laungan meminta orang Melayu mendapat lebih banyak biasiswa daripada kaum lain. Dalam bahasa mudah, apa gunanya orang Melayu mendapat tujuh biasiswa, dan kumpulan lain mendapat tiga tempat sahaja. Apa yang saya perjuangkan ialah banyakkan biasiswa kepada 100 tempat (contohnya) sudah pasti ramai orang Melayu mendapat manfaat. Kuota kemasukan ke universiti juga sebenarnya sudah diubah pada zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, supaya lebih bersemangat meritokrasi. Bukankah ini mencabuli hak keistimewaan orang Melayu, kalau mengikut apa yang telah dilaung-laungkan Perkasa? Saya juga tertarik dengan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meliberalisasikan 27 sub-sektor dalam sektor perkhidmatan. Perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan "Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini." Kepentingan ini termasuklah dalam keutamaan lesen-lesen perniagaan. Adakah ini bermakna liberalisasi ini bertentangan dengan perlembagaan? Tidakkah ia memberi kesan kepada "hak Melayu"? Oleh kerana kedudukan bahasa Melayu juga dijamin perlembagaan, bagaimana pula dengan usaha Dr Mahathir pada tahun 2003 memperkenalkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingggeris (PPSMI), yang kini sudah dihapuskan? Soal Perlembagaan tidak dibangkitkan ketika itu. Jelas, peruntukan perlembagaan itu bukanlah kaku, sebaliknya ia fleksibel dan boleh disesuaikan dengan tuntutan zaman. Mahkamah Tinggi pada Mei lalu juga isytihar PPSMI tidak bertentangan dengan perlembagaan kerana sekolah-sekolah masih mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Perkara paling besar dalam soal kedudukan orang Melayu ini tentulah pegangan ekuiti Bumiputera yang ditetapkan kadar minimum 30 peratus.Inilah dasar yang kuat dipertahankan Perkasa dan sekutunya UMNO. Dasar ini pada saya cukup kabur kerana tidak jelas apa yang dipertahankan. Adakah memperuntukkan minimum 30 peratus itu akan mengayakan seluruh orang Melayu dan nenaikkan taraf hidup orang Melayu? Adakah ia dapat menyelesaikan masalah kemiskinan bandar, yang mangsanya kebanyakannya ialah orang Melayu? Data-data berkenaan polisi ini juga sebenarnya terlalu kabur. Kajian terbitan Universiti Malaya (2002) mengatakan pegangan orang Melayu sudah mencapai 33.7 peratus, Institut Kepimpinan Strategik Asia pada 2006 pula meletakkan angka 45 peratus. Sementara pihak kerajaan pada 2006 mengatakan pegangan ekuiti Bumiputera hanya 18.9 peratus. Perbezaan angka dikatakan berpunca daripada masalah metodologi. Namun, walau apa angkanya, orang Melayu tidak mendapat faedah daripada dasar ini. Jika Perkasa bersungguh dan ikhlas, saya menjemput Perkasa untuk sama-sama mencadangkan satu dasar 'Pengagihan Semula secara Adil Kekayaan Ekuiti Bumiputera' sedia ada di dalam syarikat-syarikat tersenarai dan bukan tersenarai yang memperolehi projek kerajaan dan penswastaan dari kerajaan, konsesi lebuh raya dan penjanaan elektrik, dan syarikat berkait dengan kerajaan (GLC) untuk dijualkan 30 peratus daripada saham milik individu atau syarikat Bumiputera dengan menggunakan nilai saham par-value yang menjadi metodologi penilaian saham rasmi kerajaan kepada seramai mana orang Melayu, di mana 25 peratus saham tadi dimasukkan ke dalam Tabung Biasiswa Pendidikan dan selebih 5 peratus kepada koperasi pekerja syarikat penyumbang tadi. Baki 70 peratus masih dalam tangan pemilik dan syarikat bumiputera tadi. Untuk uji keberkesanan dasar ini, saya cadangkan kita mula dengan Kenchana Petroleum, Scomi, CIMB, Perimekar, APCO dan sebuah syarikat pembinaan yang menerima kontrak bina sebuah jambatan di Pasir Mas satu ketika dahulu. Apa yang dibangkitkan ini bukan perkara baru, kerana itu saya terkejut apabila pelbagai tohmahan ke atas saya.Debat yang saya cadangkan ini sebenarnya adalah sesuatu yang telah dijangka oleh sesetengah pengasas negara kita. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail sendiri pernah kata kedudukan istimewa adalah satu penghinaan kepada kemampuan orang Melayu. Jangan lupa Allahyarham juga anggota Kabinet pertama Tunku Abdul Rahman. Beliau mengatakan kedudukan orang Melayu akan ditentukan oleh orang Melayu sendiri. Beliau ramal dengan semakin ramai Melayu berpendidikan dan dapat keyakinan diri, mereka sendiri akan menghapuskan kedudukan istimewa itu. Tujuan saya bukan untuk hapuskan peruntukan perlembagaan itu, tetapi yang dipersoalkan ialah dasar dan pelaksanaan seperti diramalkan Tun Dr Ismail, bahawa proses perubahan hanya boleh bermula dengan muhasabah melalui perdebatan. Oleh NURUL IZZAH ANWAR * NURUL IZZAH ANWAR ialah ahli Parlimen Lembah Pantai. |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan