Isnin, 27 September 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Terkini..! Usia baru dua tahun tapi dah jadi tuhan ...?

Posted: 27 Sep 2010 05:30 AM PDT

"Amaran Perkasa: Kami kekal NGO, tapi boleh tentukan nasib ahli politik
Oleh G Manimaran
September 27, 2010

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Pertubuhan bela hak Melayu Perkasa tetap akan kekal sebagai sebuah badan bukan kerajaan, tetapi memberi amaran mereka ada kuasa untuk menentukan masa depan seseorang ahli politik dan parti politik.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, pasti pertubuhan berusia dua tahun itu yang ditubuhkan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas tidak akan menjadi parti politik.

"Perkasa tidak akan menjadi sebuah parti politik. Itu yang pasti. Tapi Perkasa boleh menentukan kedudukan seseorang pemimpin politik," kata beliau merujuk kepada kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Naziz Aziz kepada Awang Selamat petang semalam.

"Itu amaran Perkasa, tak payahlah Nazri menggesa Perkasa menjadi parti politik.

"Kami tahu apa kami lakukan. Kami ingin satukan orang Melayu. Kami tolak pemimpin Melayu yang memecahbelahkan orang Melayu," kata Syed Hassan."

Sepenuhnya di sini.

Inna lil-Lah ... Sah PRK DUN

Posted: 27 Sep 2010 02:42 AM PDT

"Adun Galas kembali ke rahmatullah
Wartawan Kita

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.

Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.

Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang."

Sepenuhnya di sini.

Aik ...? Tak kan nak ada PilihanRayaKecil ...?

Posted: 26 Sep 2010 11:29 PM PDT

"Berikut adalah kenyataan Kamarul Baharin dalam facebooknya:

"PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin.""

Sedutan dari sini.

Aik ...? Siapa berPeluk Erat lagi berEmosi ni ...?

Posted: 26 Sep 2010 04:38 PM PDT

Aik ...? Siapa berPeluk Erat lagi berimosi ni ...?

Sumber gambar di sini.

Tiada ulasan: