DUNIACACAMARBA |
- [Video] Paderi Benjamin Stephen Yang Didakwa Menghina Islam Itu Adalah Anak Melayu - 10 Ribu Melayu Johor Dimurtadkan
- [Video] Aktres Britain & Hos MTV Peluk Islam
- [Kemas Kini] Lelaki Tunjuk "BURUNG" di dalam LRT?
| Posted: 28 Sep 2010 06:00 AM PDT Sah memang paderi ini orang Melayu dan dia mengaku bahawa sudah 10 000 orang Melayu di Johor sudah dimurtadkan. Sila lihat video di bawah ini. Saya petik: [PD] Ini satu lagi maklumat yang sungguh mengejutkan kita sebenarnya. Sebelum ini Mufti Perak pernah mendedahkan bahawa beliau tahu berkenaan beribu-ribu remaja Melayu yang ingin meninggalkan agama Islam. Malah, kita juga banyak mendengar cerita berkenaan orang Melayu yang murtad dan kemudian menjadi "mubaligh" dibayar ganjaran lumayan sekiranya dapat menarik lebih ramai orang Melayu sertai agama tersebut. Malah, kita juga banyak mendengar cerita berkenaan remaja masuk gereja yang terdiri dari kalangan pelajar IPT dan juga pekerja kilang terutamanya di bandar-bandar besar di seluruh negara. Tambah memilukan, kita juga mendengar ada gadis Melayu yang tertudung litup dan berjubah rupanya sudah masuk murtad sedangkan tidak diketahui oleh ibubapa mereka. Kita juga ada mendengar, pendedahan beberapa orang paderi Kristian yang telah kembali kepada Islam bahawa mereka telah disiksa begitu teruk sekali akibat pengkhianatan tersebut. Semua cerita-cerita ini kita dengar menerusi cakap-cakap mulut dan email semata-mata. Maka kita tidak sangka rupanya memang benar cerita berkenaan orang Melayu yang murtad kemudian menjadi "mubaligh" itu. Buktinya ialah Paderi Benjamin Stephen (foto) yang mencetuskan kontroversi apabila menghina Islam dalam gereja di Sarawak itu. Video Pendedahan tentang Dirinya dan Pengakuan Bahawa 10 000 Melayu Johor Dimurtadkan: Lepas baca, kliklah sekali: |
| [Video] Aktres Britain & Hos MTV Peluk Islam Posted: 28 Sep 2010 01:00 AM PDT Aktres terkenal Britain Myriam Francois-Cerrah dikenali umum selepas menjadi pelakon kanak-kanak dalam filem hit "Sense and Sensibility". Kini, dia menjadi lebih popular berikutan tindakannya memeluk agama Islam. Langkahnya itu menambahkan lagi golongan pertengahan yang berpelajaran memeluk Islam di Britain. Menurut Myriam, Peristiwa 11 September telah menjadi motif sebenar keinginannya untuk mengetahui tentang agama Islam. Hasilnya, dia memeluk Islam selepas meyakini kebenaran yang dibawa oleh agama ini. Myriam menggelarkan Nabi Muhammad SAW sebagai lelaki yang membawa keamanan. Berpandukan kehidupan Rasullulah, Myriam bertekad untuk mengubah jalan hidup dan kariernya. Sementara itu, bekas hos MTV Jerman, Kristianne Backer pula menegaskan bahawa dia tidak pernah menyesal memeluk agama Islam, walaupun berita pemelukannya itu menerima kecaman dan maklum balas negatif daripada pihak media. Katanya, "Saya telah berjumpa dengan orang terkenal dan penting, namun kehidupan saya tetap kosong. Kini, saya dari "Empty-V", dari hiburan kepada "inner-tainment". Saya mengalami krisis selama bertahun-tahun dengan berulang-alik ke sana sini, berada di atas pentas, tinggal di rumah sendirian, dan kekosongan. Saya tidak tahu sebab saya berbuat demikian dan kemudian Islam muncul dalam hidup saya." Sebelum memeluk Isla, Kristianne telah menemui Sarah Joseph, seorang mualaf, yang juga merupakan editor untuk majalah Emel untuk meminta nasihat dan pandangan. Menurut Sarah, propaganda yang dibuat untuk memburuk-burukkan Islam bukan menyebabkan mereka menjauhi Islam, tetapi mengajak orang kepadanya. Artikel ini ditulis semula berdasarkan pautan ini. Video tentang Kristianne Backer: |
| [Kemas Kini] Lelaki Tunjuk "BURUNG" di dalam LRT? Posted: 27 Sep 2010 05:30 PM PDT Seorang pelajar mendakwa lelaki di atas menunjukkan KEMALUANNYA ketika dia menaiki sebuah gerabak LRT dari Stesen Sri Petaling ke Stesen Chan Sow Lin. Mangsa sempat mengambil gambar aksi lelaki tersebut sebelum mengirimkan gambar itu di Facebooknya. Saya kemas kini kiriman ini kerana ada pendapat di sebuah laman forum yang menyatakan bahawa ada kemungkinan seluar lelaki itu terkoyak atau si lelaki itu terlupa membetulkan zip seluarnya. Ada logiknya walaupun pelajar itu mendakwa lelaki itu menyembunyikan "burungnya" apabila ada orang lain duduk di sebelahnya. Maka saya ubah sedikit kandungan kiriman ini supaya kemungkinan-kemungkinan itu dapat disertakan. Namun, jika benar lelaki itu sengaja menunjukkan "burungnya", maka kaum hawa sewajarnya berhati-hati kerana perbuatan itu mungkin boleh berlanjutan kepada bentuk jenayah seksual yang lain. Jika berhadapan dengan situasi di atas, sila maklumkan kepada pihak bertugas di dalam LRT atau di stesen LRT tersebut atau maklumkan hal itu kepada orang yang berada berdekatan dengan anda. Saya petik: [DC] Girls, beware. There is a flasher on the prowl on the Star LRT, a student told The Daily Chilli. |
| You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan