| [Video] Ibu Ajar Anak Berusia 2 Tahun Hisap Ganja Posted: 17 Sep 2010 07:00 PM PDT Sebelum heboh fasal ibu bapa/orang dewasa mengajar anak masing menghisap rokok. Misalnya seperti berlaku di Indonesia dan Taiwan. Sejak semalam kecoh fasal si ibu mengajar anak menghisap ganja. Kejadian yang mendapat liputan di seluruh dunia itu berlaku di Ohio, Amerika Syarikat. Cerita lanjut fasal hal ini boleh anda baca di sini. Videonya: |
| Abang Rakam Adik Diperkosa Bomoh Durjana Posted: 17 Sep 2010 05:00 PM PDT Kasihan si adik kerana kebodohan abangnya dan kerakusan bomoh lahanat! Saya petik: [HM] SEGAMAT: Lelaki bernafsu binatang ini layak digelar bomoh durjana kerana selain menjual patung bernilai RM10 pada harga RM1,000 kepada pelanggannya, dia turut membogelkan pesakit serta merogol remaja bawah umur kononnya untuk membuang sial.
Difahamkan lelaki berketurunan Siam berkenaan turut mempunyai 15 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan termasuk buang daerah, penipuan, cabul dan rogol.
Dalam kes terbaru yang dilaporkan awal Ogos lalu, suspek bukan saja mencabul seorang remaja berusia 13 tahun, malah turut merogolnya beberapa kali kononnya untuk membuang sial yang dialami mangsa sejak lahir.
Malah, dia turut memperdaya keluarga mangsa supaya membeli patung pemujaan bernilai lebih RM1,000 sedangkan barangan itu berharga sekitar RM10 di pasaran.
Mangsa yang masih bersekolah di tingkatan satu di sebuah sekolah di sini turut dipaksa melakukan seks oral dan lebih mengaibkan lagi gambar bogelnya dirakam untuk dijadikan koleksi pelik bomoh terbabit.
Menceritakan semula peristiwa hitam itu, abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Khoo, 35, berkata dia mula mengenali lelaki berkenaan yang berusia 57 tahun ketika bercuti di Terengganu sekitar 2004.
Katanya, lelaki itu amat dikenali masyarakat sekitar kerana kebolehan ajaibnya termasuk mampu menghilangkan diri selain mempunyai ramai pengikut.
"Saya tertarik dengan perubatan pelik dia apabila diberitahu rakan yang lelaki itu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk membuang sial seseorang.
"Kebetulan pula pada masa itu adik saya mahu menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dia sering gagal dalam ujian, malah lemah dari segi pembelajaran," katanya ketika ditemui di rumah mereka.
Menurut Khoo, dia bertemu suspek dan lelaki terbabit memberitahu adiknya itu dilahirkan sebagai seseorang yang akan mempunyai pelbagai masalah sepanjang hidupnya.
Terkejut dengan pendedahan itu, katanya, keluarga membawa adiknya bertemu dengan suspek yang mendakwa mampu mengubah nasibnya dengan mengadakan satu pemujaan aneh.
"Saya diarahkan lelaki berkenaan untuk menjadi pembantunya dengan merakam segala perbuatannya ketika cuba untuk memulihkan adik saya.
"Adik saya diarahkan menanggalkan pakaiannya sebelum diminta untuk duduk seperti patung Buddha dan pada masa yang sama lelaki terbabit turut mencium dan meraba adik yang kononnya disifatkan sebahagian daripada upacara pemujaan," katanya.
Mangsa yang seakan berada dalam separuh sedar hanya mengikut saja kehendak bomoh itu dan lebih menjijikkan lagi dia dipaksa melakukan seks oral sebelum lelaki terbabit merogolnya beberapa kali.
Khoo berkata, peristiwa itu berulang beberapa kali sejak setahun lalu namun nasib adiknya itu tidak berubah, malah dia kerugian lebih RM1,000 kerana dipaksa membayar harga sebuah patung.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek akhirnya berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 15 Ogos lalu ketika dia cuba melarikan diri ke Seremban. |
| ADUN BN Beri Tazkirah & MP "Ustaz" Kamal MIC Berada di Dalam Masjid Posted: 17 Sep 2010 04:00 PM PDT Cerita ini telah sensasi semalam. Tidak mengapa. Saya siarkan juga dalam blog ini. Laporan tentang hal ini mula dibongkar dan disiarkan di blog YB Khalid Samad. Kemudiannya dilaporkan oleh Malaysia Kini dan puluhan blog pro-PR. Saya petik: [MK] Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Umno tanpa syak lagi "berkura-kura", berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid.
Beliau yang juga anggota biro politik PAS juga malah mendakwa pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara"
Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan 'tazkirah'.
Terdapat juga gambar Kamalanathan - yang didakwanya digelar 'Ustaz Kamal' oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu - menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid.
Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.
"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.
"Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soalnya.
Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.
MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu. Sumber asal cerita fasal kepura-puraan UMCO dan institusi keagamaan di Selangor seperti yang ditulis dan disiarkan di blog YB Khalid Samad: Gambar 1 & 2 :- Wakil rakyat (ADUN) UMNO memberi tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid FELDA Gedangsa. Adakah beliau mempunyai tauliah? Tidak pula ditimbulkan persoalan penderhakaan kepada DYMM Sultan Selangor oleh Pengarah JAIS. Gambar 3 :- Ahli Parlimen Hulu Selangor bersama ADUN UMNO menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sg. Tengi Selatan. Semua tersenyum lebar dan tiada pula mendakwa di hina atau Masjid tercemar. Ahli Parlimen berkopiah yang telah mengeluarkan fatwa 'penghinaan' terhadap ummat Islam kerana terpaksa menerima sumbangan dari orang kafir, pun mendiamkan diri - mungkin kerana sibuk menikmati juadah raya. Saya juga difahamkan oleh seorang sahabat bahawa ada yang berkopiah kerana hendak bersikap tawaddu', tetapi ada yang berkopiah kerana hendak menyorok 'bald spot'. WaLlahu 'Alam.  Gambar 4 :- Pengerusi MAIS bersama Ahli Parlimen Hulu Selangor, yang digelar 'Ustadz Kamal' oleh beberapa perayu undi UMNO semasa PR kecil Hulu Selangor, hadir bersama dalam majlis gotong royong di perkarangan Masjid FELDA Soeharto. 'Ustadz' berkenaan memakai baju berlambang dacing walaupun di dalam kawasan Masjid. Pengerusi MAIS tidak pula memarahi beliau kerana membawa politik ke Masjid atau menanyakan samaada beliau telah bermandi hadas dengan niat dan cara yang betul. Gambar 5 :- Jika tidak nampak lambang Dacing dalam gambar 4, jelas sekali dalam gambar 5 ini. Lebih hebat, 'Ustadz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta. Ke mana perginya Ahli Parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya ummat Islam telah dihina?
Inilah yang dikatakan sebagai budaya pembohongan dan kepura-puraan mainan UMNO BN. Jika isu berhubung agama Islam pun mereka sanggup putar-belit demi menjaga kepentingan mereka, apatah lagi persoalan pengurusan kekayaan Negara. Ada yang memberitahu saya bahawa Khir Toyo sudah tidak beminat menjadi MB Selangor lagi. Hah! Sememangnyalah begitu! Setelah melihat pendekatan MB dan kerajaan negeri sekarang, pasti beliau menyedari jawatan MB tidak selumayan ketika UMNO bermaharajalela dahulu. Tugas dan kerja pula bertambah berat, pulangan pula hanya tinggal sedikit, tiada lagi 'imbuhan' sampingan dan yang dapat dikaut dari sisi kiri dan kanan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan