DIALOG RAKYAT |
- Kertas undi palsu dirampas
- Bila pemimpin bodoh dari negara kita ditertawakan...
- Dua Suspek Kes Ugut Isteri Jutawan India Direman Tujuh Hari
- Umno, Utusan Politikkan Pembunuhan Sosilawati
- Tahyul: Siaran tv hari raya tidak bina minda
- Seorang lagi lelaki ditahan bantu kes ahli perniagaan India yang hilang
- Perkasa terus gesa Najib perjelas 1 Malaysia elak BN hilang undi
- Sosilawati: Laporan polis pada Utusan, MT PERKASA
- Anwar: Pelabur lari, perincian MBE diragui
- 13 sudah layak tanding naib presiden PKR
- Anwar dapat pencalonan pertama presiden PKR
- Kes Sosilawati: Pekida berkabung, bakar kain rentang
- Umno Desak Polis "Tutup Mulut" TV Selangor
- Hanya Satu Call Boleh Dapatkan Khidmat Seks - Iklan Bercambah Di Akhbar Arus Perdana
- Pesakit Mental Dijumpai Mati Dalam Wad Dipercayai Dibunuh Rakan
- Nik Aziz Mahu Peranan Wartawan Dengan Ulama Seiring
- Laporan Penuh Kes Bunuh Sosilawati Dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara Minggu Depan
- Dulu Mahathir Guna Utusan Jatuhkan Pak Lah, Kini Hentam Najib Pula
- Muhammad kini berehat, ikuti perkembangan dari jauh
- Ketua AMK Perak ‘lega’ 4 ketua AMK keluar parti
- AMK gesa SPRM siasat 16 projek mega NKRA Sabah
- Hubungan Umno Kelantan Dengan Perkasa Tiada Masalah – Awang Adek
- 500 Projek Kampung WIFI Di Sarawak Mulai Oktober
- Khir: PERKASA lebih 'besar' dari Pemuda Umno
| Posted: 18 Sep 2010 07:34 AM PDT Oleh Ustaz Saiful Bahri Begitulah pilihanraya yang diadakan di Negara-negara Islam sendiri. Apatah lagi ne Kita sedia maklum penipuan dan salah-laku yang dilakukan oleh Umno-Bn demi mengekalkan kuasa mereka sejak separuh abad yang lalu. Bahkan semenjak kerajaan Pas yang pertama di Terengganu pada tahun 1959 lagi, kita sudah mengetahui feel perangai Umno dalam menjatuhkan kerajaan Pas di Terengganu ketika itu dan bahkan kejatuhan pemerintahan Pas di Terengganu pada tahun 2004 dibawah perancangan Idris Jusoh pun sedia termaklum.Tetapi tidakkah kita berpegang dengan firman Allah Swt: قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Surah al-Imran: 26 Kita teramat yakin bahawa sampai masanya kekuasaan itu dikurniakan kepada yang berhaq. Betapa banyaknya tipuhelah Firaun & Namrud tetapi akhirnya tumbang juga. Ingatlah Allah Swt mengetahui segala=galanya. Firman Allah Swt:- وَمَكَرُوا مَكْرًا وَمَكَرْنَا مَكْرًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ Dan merekapun merencanakan makar dengan sungguh-sungguh dan kami merencanakan makar (pula), sedang mereka tidak menyadari. Surah al-Naml : 50 Di dunia ini merupakan tempat ujian. Meskipun kita tidak dikurniakan anugerah kemenangan di dunia, pastinya kemenangan di akhirat sudah menanti. Yang penting kita istiqamah bersama perjuangan. Bersama pemimpin dengan sabar menongkah arus tribulasi yang pastinya semakin sukar dan penuh pancaroba. Ada orang yang inginkan kemenangan yang segera. Jika gagal mereka kan gugur tetapi biarlah Allah terus memilih kita untuk bersama jalan ini meskipun jauh dan sukar. Firman Allah Swt:- لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَاتَّبَعُوكَ وَلَكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, Pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa sukar oleh mereka. Surah at-Taubah : 42 Lihat berita yang berlaku dibumi Afghanistan. Penuh dengan tipu-helah yang kita rasakan tiada lubang kemenangan untuk Islam. Tetapi percayalah, Islam pasti menang. KABUL – Seorang pegawai pilihan raya di sebuah wilayah di Afghanistan memberitahu semalam ribuan kertas undi palsu telah dirampas sebelum pengundian memilih wakil Parlimen bermula pada minggu ini.Ketua Jawatankuasa Kebebasan Pilihan Raya, (IEC), Waheedullah Osmani di wilayah Ghazni berkata, ejen-ejen perisikan merampas 3,000 kertas undi yang dicetak di Pakistan semalam. Penduduk Afghanistan akan membuang undi pada Sabtu ini bagi memilih 249 Ahli Parlimen dengan lebih 2,500 calon bertanding di 34 daerah. Pilihan raya Presiden pada tahun lepas melibatkan penipuan kebanyakannya berpihak kepada Presiden Hamid Karzai. Pilihanraya kali ini dijangka lebih baik dan lebih sempurna yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan. Betul ke? Kerajaan yang diperintah oleh Hamid Karzai yang merupakan talibarut Ameriaka Syarikat yang menggantikan dahulunya kerajaan pimpinan Najibullah, boneka Russia. Bagaimana dengan Najib yang memimpin Negara Malaysia kita? Apakah dengan mendapat khidmat nasihat daripada Yahudi APCO, kita akan merasa PRU-13 kerajaan akan lebih telus dan jujur? http://ustsaifulbahri.blogspot.com/ | |||||||
| Bila pemimpin bodoh dari negara kita ditertawakan... Posted: 18 Sep 2010 07:31 AM PDT Oleh Penarik Beca 14 September lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad tulis posting bertajuk "Mala Pada hari ini juga, Bernama melaporkan berita bertajuk "Najib adakan lawatan kerja ke Singapura pada 19 September". Tak kisahlah tu. Perdana Menteri la katakan, mesti la dia kena main-main sarkas diplomasi dengan negara jiran.
Kawan saya tanya saya, "Are we, i.e. Malaysia going to get snookered again?" Dia kata kat saya, "Can you highlight this condition in your blog? The country need to know which IDIOT agree to this condition". | |||||||
| Dua Suspek Kes Ugut Isteri Jutawan India Direman Tujuh Hari Posted: 18 Sep 2010 07:00 AM PDT BERNAMA SEPANG: Mahkamah Majistret Litar di sini, Sabtu membenarkan permohonan polis untuk menahan reman dua suspek kes ugut isteri seorang jutawan India yang dilaporkan hilang di Banting, di sini sejak awal tahun ini. Majistret Hurman Hussain membenarkan kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengugut isteri jutawan itu yang juga warganegara India, S.Usharani, 24. Kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan perbuatan mengugut Usharani bagi memperoleh wang RM100,000 sebagai pendahuluan 10 peratus daripada RM1juta yang kononnya bagi membebaskan suamninya, Allal Kathan Muturaja. Jutawan berumur 34 tahun itu dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini.Kedua-dua lelaki itu dibawa ke mahkamah kira-kira jam 9 pagi tadi dan perintah reman itu dikeluarkan kira-kira sejam kemudian. | |||||||
| Umno, Utusan Politikkan Pembunuhan Sosilawati Posted: 18 Sep 2010 06:54 AM PDT Oleh Dzulkarnain Taib SHAH ALAM - Desakan Ketua Penerangan Umno Selangor supaya polis mengambil tindakan ke atas portal berita TV Selangor milik kerajaan negeri timbul daripada sikap negatif dan kebencian terhadap Pakatan Rakyat sehingga mahu menyekat dan mengekang usaha media membantu pihak berkuasa mengurangkan kadar jenayah di negara ini. Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata beliau kesal sikap yang ditunjukkan oleh Abdul Shukor Idrus kerana dilihat menghalang usaha murni TV Selangor membuka ruang diskusi berhubung bukan sahaja berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakan beliau tetapi juga mengenai masalah jenayah berat yang semakin membimbangkan masyarakat. "Ketika saya ditemubual oleh TV Selangor apa yang saya katakan selari dengan komen Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar iaitu sekiranya pihak polis sedari awal lagi telah menyiasat beberapa kes yang berhubungkait dengan peguam yang menjadi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati sudah tentunya beliau tidak dibunuh. Apa yang saya persoalkan sama seperti apa yang dikatakan Tan Sri Ismail. "Media hanya timbulkan persoalan samada ada 'cover up' atau wujud elemen rasuah mengapa kes-kes terdahulu tidak disiasat secara mendalam dan terperinci walhal laporan polis adalah terhadap suspek yang sama yang didakwa terlibat dalam pembunuhan Sosilawati," tegas Shamsul ketika dihubungi Suara Keadilan. Beliau berkata pemimpim Umno dan media milik parti itu, Utusan Malaysia seolah-olah ingin mempolitikkan kes pembunuhan usahawan wanita tersebut dan bukan megambil peranan pro-aktif sebagaimana TV Selangor untuk mereda atau menurunkan kadar jenayah. Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeru Kuang mendesak TV Selangor disiasat kerana didakwa menyiarkan laporan mempersoalkan kewibawaan pihak polis berhubung siasatan terhadap suspek utama pembunuhan Sosilawati. Beliau mendakwa kenyataan Shamsul yang disiarkan portal berita itu telah menjejaskan imej Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta mengganggu prosespenyiasatan. Sehubungan itu laporan akhbar yang sama pada 16 September juga memetik kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang bercadang memanggil Shamsul berhubung komen beliau yang disarkan TV Selangor. Namun Shamsul berkata pihaknya sedang menimbangkan untuk menyaman Khalid kerana kenyataan beliau telah mencalar kredibililitinya sebagai Ketua AMK dan seorang peguam. | |||||||
| Tahyul: Siaran tv hari raya tidak bina minda Posted: 18 Sep 2010 06:39 AM PDT
| |||||||
| Seorang lagi lelaki ditahan bantu kes ahli perniagaan India yang hilang Posted: 18 Sep 2010 06:38 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR — Seorang lelaki tempatan ditahan di Kampung Laksamana, Batu Caves dekat sini tengah malam tadi bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang ahli perniagaan warga India di Banting, Selangor tahun ini. Tangkapan itu adalah susulan kepada penahanan seorang lelaki berusia 34 tahun di Taman Wilayah, Selayang petang semalam bagi kes yang sama. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menerusi laman social Facebooknya berkata lelaki berusia 21 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 12.15 tengah malam. Ahli perniagaan yang dikenali sebagai A. Muthuraja itu dilaporkan hilang sejak tiba di negara ini dari Chennai, India pada 18 Jan lalu selepas dikatakan berjumpa dengan seorang peguam yang juga rakannya di Banting. Isterinya S. Usharani membuat laporan polis di Banting pada 8 Sept lepas. Kedua-dua lelaki yang ditangkap itu dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam terbabit yang juga merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. | |||||||
| Posted: 18 Sep 2010 06:37 AM PDT TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Tempoh tahanan reman seorang peguam yang mendakwa dirinya bergelar "Datuk" bersama adiknya dan seorang lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kes kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dilanjutkan sehingga 25 September ini. Majistret Mohd Azeli Ibrahim hari ini membenarkan lanjutan tahanan reman ke atas ketiga-tiga lelaki yang berumur lingkungan 30 dan 40an itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenai kes tersebut. Perintah dikeluarkan Mohd Azeli di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil di sini, iaitu tempat semua suspek terbabit ditahan. "Datuk" itu dan adiknya yang juga seorang peguam adalah suspek pertama yang ditahan polis pada 9 September di Banting, manakala enam lagi ditahan pada 10 September. Sementara itu seorang jurucakap polis mengesahkan bahawa tempoh reman ke atas lima lagi suspek disambung hingga Khamis ini. Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Pada 13 September lepas polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayatnya dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor | |||||||
| Perkasa terus gesa Najib perjelas 1 Malaysia elak BN hilang undi Posted: 18 Sep 2010 06:36 AM PDT TERKINI
Gesaan ini dibuat oleh Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali sehari selepas Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menafikan konsep 1 Malaysia sudah gagal. Bulan lalu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mencabar Najib menjelaskan idea beliau itu sambil membawa satu resolusi berkaitan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sambil mendakwa konsep 1 Malaysia bukan soal berkaitan kesamarataan melibatkan semua kaum. "Konsep 1 Malaysia jika dinyatakan oleh Perdana Menteri sedang bergerak dengan baik, Perkasa rasa masih perlu diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya kepada semua lapisan masyarakat," kata Syed Hassan dalam satu kenyataan hari ini. Beliau mendakwa Perkasa mendapat maklum balas daripada kebanyakan orang Melayu di akar umbi berkaitan konsep 1 Malaysia. "Ia masih mengelirukan. Ini suara akar umbi yang pimpinan perolehi," kata beliau. Syed Hassan menambah, di pihak sesetengah masyarakat bukan Melayu, Perkasa mendapati mereka beranggapan ia adalah satu usaha menyamatarafkan semua kaum dalam pembahagian kekayaan negara dan dengan tidak ada kaum dilayan istimewa berbanding yang lain. "Semua dianggap sama. Perkasa sangat bimbang jika tidak diusahakan dengan lebih jitu untuk memperjelaskan konsep 1 Malaysia ini ia akan membuatkan sesetengah masyarakat tertentu akan menolak Umno dan BN," kata beliau. Syed Hassan menambah Perkasa menerima konsep 1 Malaysia sepertimana yang pernah ditegaskan oleh Najib di Parlimen tidak lama dulu bahawa ia berpaksikan Perlembagaan Persekutuan. Semalan, Najib berkata gagasan 1 Malaysia adalah ''kerja dalam pelaksanaan'', yang akan mencapai objektifnya dengan sokongan dan komitmen padu daripada semua lapisan rakyat. Beliau menegaskan gagasan 1 Malaysia serta langkah transformasi yang sedang dilaksanakan kerajaan ialah satu proses yang berterusan. Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan tahun lepas, kata Najib, tidak boleh direalisasikan sepenuhnya hari ini. "Ingin saya jelaskan di sini, apa yang telah kerajaan lakukan setakat ini hanyalah merupakan permulaan daripada apa yang kita harap dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam beberapa tahun yang akan datang. "Saya tidak gemar dengan tanggapan bahawa apabila sesuatu perkara tidak berhasil, masyarakat akan mengatakan ''oh... 1 Malaysia tidak berkesan''. Ini tidak betul. "Saya ingin menyatakan bahawa ia (1 Malaysia) merupakan kerja dalam pelaksanaan, dan kami memerlukan komitmen penuh daripada semua rakyat Malaysia untuk mencapai matlamatnya," kata Najib yang memperkenalkan konsep April 2009 selepas dilantik menjadi perdana menteri keenam. Mengenai pendirian Najib tentang peranan Perkasa, Syed Hassan berkata kenyataan beliau adalah satu kenyataan seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada semua lapisan masyarakat. "Tanggungjawab seorang Perdana Menteri kepada masyarakat ada banyak cara. "Melalui NGO-NGO adalah salah satu caranya. Jadi kenyataan Perdana Menteri itu tidak khusus kepada Perkasa saja. Ia kepada semua NGO. "Dan, tidak kecualikan Perkasa dalam hal ini tidak bermakna Perdana Menteri setuju dengan semua desakan Perkasa," katanya. Namun kata Syed Hassan, menjauhi Perkasa pasti itu bukan tindakan yang tepat yang Najib rasakan. "Kalau NGO seperti Hindraf yang tidak berdaftar pun kerajaan BN ambil kira suara mereka mengapa NGO seperti Perkasa yang sah tidak boleh didekati. "Saya sangat teruja kenyataan Perdana Menteri tersebut dan ia diharap tidak disalahertikan oleh pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan menuduh Perdana Menteri dan Umno mempunyai agenda tertentu," katanya. Kata beliau, Perkasa menekankan dengan sejelasnya seperti sebelum ini bahawa tiada hubungan istimewa Umno dengan Perkasa. "Dan, Perkasa amat berterima kasih dengan kenyataan Perdana Menteri itu. "Perkasa percaya Umno dan BN sentiasa ambil kira desakan dan pandagan Perkasa dan NGO-NGO lain," kata beliau. Syed Hassan menambah, pihak yang menganggotai NGO adalah rakyat dan tindakan menjauhi NGO bermakna menjauhi rakyat. | |||||||
| Sosilawati: Laporan polis pada Utusan, MT PERKASA Posted: 18 Sep 2010 05:51 AM PDT
Menurut Setiausaha DAP Selangor Lau Weng San (gambar) berkata, kenyataan Mohd Zahid yang disiarkan akhbar Umno itu - yang didakwanya cuba mengaitkan DAP dengan kes itu - tidak berasas dan bertujuan memburuk-burukkan DAP.
"Lebih-lebih lagi, polis telah menahan suspek yang berkenaan dan siasatan masih berjalan dan semua pihak harus membiarkan proses perundangan berjalan lancar," katanya. Kelmarin, Utusan melaporkan Mohd Zahid mempersoalkan kenapa DAP langsung tidak bersuara bagi mengutuk pembunuhan kejam tersebut, sedangkan sebelum ini parti berkenaan gah mendakwa organisasi mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak semua pihak. Bekas exco Pemuda PKR itu mempersoalkan sama ada tindakan itu berkaitan dengan dakwaan bahawa suspek utama adalah ahli seumur hidup DAP. Menulis dalam blognya hari ini, Lau yang juga ADUN Kampung Tunku berkata beliau membuat laporan polis itu hari ini di Petaling Jaya. Beliau juga meminta polis menyiasat Mohd Zahid dan akhbar harian berbahasa Melayu itu bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan. | |||||||
| Anwar: Pelabur lari, perincian MBE diragui Posted: 18 Sep 2010 05:49 AM PDT
| |||||||
| 13 sudah layak tanding naib presiden PKR Posted: 18 Sep 2010 05:48 AM PDT
Daripada 18 cabang yang telah bermesyuarat sejak semalam, Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin mendahului di depan dengan lapan pencalonan. Shamsul mendapat pencalonan daripada tiga cabang di Sabah, tiga di Kedah dan masing-masing satu di Kelantan dan Pahang.
Manakala tiga lagi naib presiden pada masa ini Azmin Ali, Mustafa Kamil Ayub dan Lee Boon Chye mendapat enam pencalonan. Turut mendapat jumlah yang sama Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman. Selain itu, calon yang turut melayakkan diri setelah mendapat dua pencalonan minimum ialah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (4), Naib Presiden Jeffry Kitingan (3), Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (2), anggota biro politik Chua Jui Meng (2), Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dan ahli majlis pimpinan pusat PKR Ansari Abdullah (2). Manakala Pengarah Strategik PKR Tian Chua, ahli parlimen Kuala Langat Abdullah Sani, ahli parlimen Padang Serai P Gobalakhrisnan dan Senator Zamry Yusof dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam masih belum layak. | |||||||
| Anwar dapat pencalonan pertama presiden PKR Posted: 18 Sep 2010 05:46 AM PDT
Pencalonan tunggal itu setakat ini diperoleh daripada cabang Arau yang bermesyuarat hari ini.
Tengku Putra yang juga salah seorang perwakilan cabang itu memberitahu Malaysiakini, dalam keputusan yang dicapai secara undi angkat tangan itu, pencalonan Anwar disokong oleh 54 perwakilan manakala tujuh berkecuali. Menurut Tengku Putra lagi, sebelum pengundian dijalankan terdapat eorang perwakilan yang bangun membantah cadangan itu kerana Anwar sebelum ini enggan dicalonkan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan kali ini. Bagaimanapun, menurutnya bantahan itu tidak diterima kerana tidak mendapat sokongan daripada perwakilan.
Walaupun kemungkinan besar menolaknya, Anwar bagaimanapun masih memerlukan lagi satu pencalonan bagi bagi melayakkannya bertanding jawatan tersebut. Daripada 18 cabang keputusan pencalonnnya sudah diketahui hari ini, Wan Azizah - presiden PKR sekarang - setakat ini jauh di depan Anwar dengan pencalonan sebanyak 17. | |||||||
| Kes Sosilawati: Pekida berkabung, bakar kain rentang Posted: 17 Sep 2010 10:43 PM PDT
Majlis itu diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang pada jam 12.00 tengah hari diketuai oleh Pengerusi hal ehwal khas Pekida Shahril Abdul Aziz.
Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shahril menyalahkan majlis peguam yang didakwanya "gagal membersihkan peguam-peguam yang bermasalah". "Sepatutnya Majlis Peguam mengambil langkah-langkah yang lebih tepat dengan mengasingkan peguam-peguam bermasalah dengan membuat penyataan terbuka di dalam media ataupun memperkenalkan kad kuasa yang mesti diperbaharui setiap tahun sebelum peguam-peguam mahu menjalankan perniagaan mereka," katanya. Justeru, Shahril mencadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat majlis berkenaan. Sebelum ini, dilaporkan seorang peguam merupakan suspek utama kes pembunuhan kejam itu. Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Roslan Dahaman dan Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (PERWARIS) Rahimuddin Md Harun. Sejurus selepas tamat sidang media itu, kelihatan beberapa orang yang hadir membakar kain rentang bertulis "Presiden majlis peguam mesti letak jawatan" tanda tidak puas hati mereka. | |||||||
| Umno Desak Polis "Tutup Mulut" TV Selangor Posted: 17 Sep 2010 10:42 PM PDT TV SELANGOR SHAH ALAM : Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus mendesak polis menyiasat portal berita TV Selangor kerana menyiarkan laporan yang mempersoalkan kewibawaan polis dalam menyiasat suspek utama pembunuhan Sosilawati. Abdul Shukor mendakwa laporan TV Selangor memetik kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin mengenai kegagalan polis mengambil tindakan terhadap suspek berkenaan sebelum pembunuhan Sosilawati dan tiga oang lain, menjejaskan imej pihak berkuasa itu. Utusan Malaysia hari ini memetik Abdul Shukor sebagai mendakwa laporan TVSelangor itu mengganggu proses siasatan kes Sosilawati. "Tidak ada sebab untuk beliau (Shamsul Iskandar) dan TV Selangor masing-masing membuat kenyataan serta menyiarkan laporan sedemikian. Umum mengetahui bahawa kes pembunuhan tersebut sedang dalam siasatan pihak polis, kata beliau kepada Utusan Malaysia. Anehnya, Abdul Shukor tidak mahu sebarang tindakan dikenakan ke atas akhbar New Straits Times kerana menyiarkan rungutan orang ramai mengenai siasatan polis terhadap kes Sosilawati. Seperti Utusan, New Straits Times (NST) adalah sebuah lagi akhbar arus perdana kawalan Umno-Barisan Nasional. Dalam laporan NST bertarikh 16 September, beberapa penduduk melahirkan rasa kesal kerana polis hanya mengambil tindakan terhadap suspek berkenaan selepas pembunuhan Sosilawati. Mereka merasakan pembunuhan kejam itu boleh dielakkan jika polis telah bertindak lebih pantas dan telus atas beberapa laporan polis yang dibuat terhadap suspek berkenaan sejak 10 tahun lalu. Malah salinan laporan itu turut dihantar kepada mantan Menteri Besar Khir Toyo tetapi tidak ada tindakan diambil, menurut NST. Samsul sebelum ini mengkritik kepimpinan Tan Sri Musa Hassan selaku Ketua Polis Negara ketika beberapa laporan polis dibuat terhadap suspek berkenaan tetapi tidak ada tindakan dikenakan. Suspek utama bersama adiknya dan beberapa konco mereka hanya ditangkap susulan pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain ekoran perlantikan Tan Sri Ismail Omar sebagai Ketua Polis Negara yang baru. | |||||||
| Hanya Satu Call Boleh Dapatkan Khidmat Seks - Iklan Bercambah Di Akhbar Arus Perdana Posted: 17 Sep 2010 10:32 PM PDT KOSMO ![]() ANTARA iklan penjagaan kesihatan di akhbar yang sebilangannya turut menawarkan perkhidmatan seks. KUALA LUMPUR - Hanya dengan satu panggilan sahaja, anda boleh membuat tempahan untuk mendapatkan khidmat seks! Itu antara taktik terbaru yang digunakan oleh segelintir pengusaha rumah urut di sekitar Lembah Klang terutama yang beroperasi secara haram. Jika sebelum ini lelaki hidung belang yang ingin mendapatkan khidmat seks perlu mengunjungi rumah-rumah pelacuran, kini semakin banyak rumah urut yang turut menawarkan perkhidmatan tersebut. Apa yang lebih mengejutkan, dengan berselindung di sebalik nama pusat urut, rawatan kecantikan atau penjagaan kesihatan, pengusaha terbabit kini berani mengiklankan premis mereka di dalam media cetak. Dengan memaparkan jenis perkhidmatan yang disediakan serta nombor telefon untuk dihubungi tanpa meletakkan nama lokasi yang lengkap, pasti ramai yang menyangka iklan itu hanya menawarkan perkhidmatan urutan sahaja. Wartawan Kosmo! yang cuba membuat siasatan dengan menghubungi tiga buah rumah urut di sekitar Lembah Klang yang mengiklankan perniagaan mereka di dalam akhbar mendapati kesemuanya menawarkan perkhidmatan seks. Seorang pekerja rumah urut yang dikenali sebagai Farah ketika dihubungi berkata, premis tempatnya bekerja yang terletak di Jalan Ipoh kerap dikunjungi sejak diiklankan di dalam akhbar. | |||||||
| Pesakit Mental Dijumpai Mati Dalam Wad Dipercayai Dibunuh Rakan Posted: 17 Sep 2010 10:29 PM PDT BERNAMA KOTA BAHARU: Seorang lelaki yang menghidap penyakit mental ditemui mati di dalam wad psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini Jumaat, dipercayai akibat dipukul. Mohamad Idris, 64, dari Kampung Jambu, Rambutan Rendang dekat sini dipercayai dibelasah oleh seorang lagi pesakit yang mendapat rawatan di hospital itu ditemui oleh petugas di wad tersebut kira-kira pukul 5.10 pagi ini. Jurucakap polis ketika dihubungi berkata Mohamad ditemui dengan kesan kecederaan di bahagian kepala dan muka dipercayai akibat dipukul selain dihentak secara bertubi-tubi. "Polis belum menangkap sesiapa berhubung kes ini, namun kami percaya telah dapat mengenal pasti suspek," katanya. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati. Sementara itu anak Mohamad, Norzilawati, 28, ketika ditemui di hospital itu berkata ayahnya sudah lama menghidap sakit mental dan dihantar ke hospital itu semalam untuk mendapatkan rawatan. "Saya dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 8 pagi oleh pihak hospital dan saya redha dengan takdir. Biarlah pihak polis menyiasat dengan terperinci apa yang berlaku ini," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Zahruddin Abdullah ketikadihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu namun enggan mengulas lanjut kerana masih dalam siasatan. | |||||||
| Nik Aziz Mahu Peranan Wartawan Dengan Ulama Seiring Posted: 17 Sep 2010 10:28 PM PDT MSTAR ONLINE KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu wartawan dan ulama memainkan peranan yang seiring untuk menjamin keselamatan ummah di dunia dan akhirat. Mursyidul Am PAS itu berkata tanggungjawab kedua-dua golongan ini adalah sama iaitu mengabdikan diri kepada Allah. "Tinggal lagi, ulama menyampaikan dakwah melalui lisan manakala wartawan menyebarkan maklumat melalui mata pena. "Oleh itu, mereka hendaklah bergerak seiring untuk kepentingan dan kesejahteraan ummah dunia dan akhirat," katanya berucap di majlis dialog Menteri Besar Kelantan dengan wartawan anjuran Urusetia Penerangan Negeri, di sini, pada Jumaat. Hadir sama, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Abdul Rahman Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Ladang Rakyat Dr Azmi Razali Azmi. Nik Abdul Aziz berkata beliau mahu golongan wartawan bertanggungjawab terhadap penulisannya kerana mereka juga akan turut dipersoalkan di akhirat kelak seperti ulama. Beliau tidak menolak kemungkinan wujudnya ulama upahan seperti juga wartawan upahan kerana tidak menjalankan tugas berlandaskan etika kewartawanan dan sebagai ulama upahan, mereka tidak menyampaikan dakwah yang betul kepada umat Islam sebagaimana ajaran agama sebenarnya. Ditanya sama ada beliau akan terus menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, beliau berkata, ia terpulang kepada pucuk pimpinan parti. "Saya tidak pernah menawarkan diri untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya, kecuali pertama kali ketika kerajaan campuran Barisan Nasional (BN)-PAS, pada 1974," katanya. Menurutnya, keputusan sama ada bertanding atau tidak pada pilihan raya ke-13 nanti bergantung kepada kehendak pucuk pimpinan parti kerana beliau mengakui telah lama berkhidmat dalam parti dan semakin uzur. | |||||||
| Laporan Penuh Kes Bunuh Sosilawati Dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara Minggu Depan Posted: 17 Sep 2010 10:26 PM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Laporan lengkap siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dijangka dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara minggu hadapan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pihaknya yakin bahawa mereka telah berjaya mengumpulkan bukti-bukti kukuh bagi mengaitkan dan mengheret suspek ke muka pengadilan. "Polis percaya kes pembunuhan melibatkan Sosilawati dan empat rakannya itu telah dapat diselesaikan berdasarkan tindakan yang telah diambil dan bahan-bahan bukti yang telah berjaya diperoleh. "Kertas siasatan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dinilai, berkemungkinan minggu hadapan...kita yakin siasatan kita punya bukti yang kukuh," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada Jumaat. Beliau berkata keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada serpihan tulang yang dipercayai milik mangsa pembunuhan kejam itu yang dijumpai di sekitar tempat kejadian, hanya akan diperoleh sekurang-kurangnya empat hari lagi. "Tulang-tulang berkenaan baru dihantar ke Jabatan Kimia, Hospital Kuala Lumpur semalam dan difahamkan ia memerlukan masa sekurang-kurangnya empat hari untuk proses penganalisaan. "Selepas ujian patologi itu selesai barulah kita dapat menentukan dan mengenal pasti profil DNA serpihan tulang tersebut sama ada ia milik Sosilawati dan tiga yang lain atau bukan," kata Mohd Bakri. Beliau berkata polis juga telah menghentikan operasi mencari bahan bukti di Ladang Gadong dan Sungai Panchau, Banting, Selangor bermula hari ini, bagaimanapun anggota polis masih berkawal di tempat itu dan ia masih ditutup kepada orang ramai. "Misi mencari bahan bukti dihentikan hari ini dan jika selepas ini kita dapati ada keperluan atau masih ada lagi benda-benda yang perlu dicari atau dilakukan, kita akan sambung lagi operasi," katanya. Mohd Bakri berkata dua pasukan khas telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung tragedi pembunuhan keempat-empat mangsa dan kes kehilangan tiga lagi individu serta seorang wanita yang mati dibunuh sebelum ini. Beliau berkata bagi kes Sosilawati dan tiga rakannya, pasukan khas tersebut diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah manakala bagi pasukan menyiasat individu hilang ia diketuai oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi Datuk Hadi Ho Abdullah. "Setakat ini kita telah kenal pasti suspek terlibat dalam empat kes lain iaitu tiga kes individu hilang selepas mengadakan pertemuan dengan suspek utama di mana kita tidak menolak kemungkinan mereka turut menjadi mangsa bunuh selain satu kes wanita mati ditikam di hadapan rumahnya tahun lepas," katanya. Beliau turut memberi amaran sekali lagi kepada media terutamanya media arus perdana agar tidak melampaui batas dengan melaporkan berita yang tidak sahih dan spekulasi yang boleh menggugat keadilan. Mohd Bakri berkata terlampau banyak artikel dan kenyataan yang memetik sumber, didapati bercanggah, tidak tepat dan diputar belit yang membolehkan pemberita dan editor bertanggungjawab dipanggil untuk memberi penjelasan atau menyatakan kewajaran berita mereka di mahkamah undang-undang nanti. "Dakwaan mangsa disembelih, 17 mangsa dibunuh suspek, mangsa diumpan dengan cek, sungai dipenuhi dengan ratusan tulang, anjing pembunuh dan beberapa lagi dakwaan yang menggunakan sumber adalah spekulasi dan tidak menggambarkan kejadian sebenar, hanya mengganggu siasatan. "Jangan buat andaian bukan-bukan, sebenarnya hasil pengakuan suspek - Sosilawati dan tiga rakannya diikat, dipukul dan ditikam sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai," katanya. Beliau turut mengesahkan, setakat ini hanya lapan suspek ditahan dan polis sedang meneliti sekiranya masih ada lagi mereka yang terlibat dalam kes ini. Katanya, pekerja kepada peguam yang kononnya bergelar 'Datuk' itu disifatkan sebagai taksub dengan ketuanya, malah ada yang telah bekerja selama 15 tahun dengan suspek tersebut. "Suspek utama yang tidak pernah dikurnia gelaran Datuk itu telah dibekukan asetnya namun jumlahnya akan kita umumkan kelak dan suspek juga tidak meminta wang tebusan daripada keluarga mangsa sebelum ini," katanya sambil menambah polis telah mengambil keterangan dan DNA keluarga kepada semua mangsa. Beliau berkata tempoh reman lima suspek disambung hingga Khamis ini manakala tiga lagi akan tamat esok dan polis akan memohon untuk menyambung reman mereka untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Tambahnya, masyarakat perlu faham bahawa proses pendakwaan kes itu adalah dalam bidang kuasa Peguam Negara dan menjatuhkan hukuman sama ada suspek bersalah atau tidak adalah kuasa mahkamah, bukannya polis. Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah sebelum keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. | |||||||
| Dulu Mahathir Guna Utusan Jatuhkan Pak Lah, Kini Hentam Najib Pula Posted: 17 Sep 2010 10:16 PM PDT Oleh Fazli Othman SHAH ALAM - Media milik Umno, Utusan Malaysia yang digunakan sebagai agen untuk memfitnah Pakatan Rakyat kini menjadi 'senjata makan tuan' apabila akbar itu mula merasai peranannya semakin mengkucar-kacirkan parti itu. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata akhbar itu dilihat sedang digunakan sebagai platform untuk menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk menjatuhkannya. Ujar beliau, bekas pemimpin Umno itu kini giat menggunakan Utusan untuk mengeluarkan kenyataan menyokong dan mengkritik antara satu sama lain termasuk satu ketika dahulu mendesak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi supaya melepaskan jawatannya. "Saya melihat ada satu agenda tersembunyi yang didalangi oleh seseorang untuk menjatuhkan Najib. Ini satu krisis dalaman Umno dan saya tidak melihat tindakan akhbar itu sebagai hak kebebasan bersuara. "Semua sedia maklum bahawa Tun Mahathir mempunyai peranan di Utusan untuk melakukan gerakan seperti mana yang dilakukan terhadap Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) satu ketika dahulu. "Tun Mahathir sewaktu krisisnya dengan Pak Lah mengatakan bahawa (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin lebih layak mengambil tempat Pak Lah kerana dia lebih berani daripada Najib untuk mendesak Pak Lah lebih cepat melepaskan jawatan," komen Ahli Parlimen Pokok Sena itu dalam laman blognya. Katanya lagi, Abdullah pula menganggap Muhyidin merupakan orang yang menikamnya dari belakang dengan kenyataan yang dibuat di Singapura, dengan menggunakan negara jiran itu untuk mengkrtitik kepimpinan beliau. Sehubungan itu Mahfuz berkata kini jelas kepada rakyat khususnya orang Melayu untuk menilai baik dan buruk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kononnya membela nasib orang Melayu. "Sekarang ini terserah kepada orang Melayu untuk membuat penilaian bahawa nasib kaum Melayu bukan menjadi satu agenda kepada mana-mana pihak untuk dijadikan landasan perjuangan tapi hanya sebagai alat untuk politik dalaman Umno. "Saya tidak nampak Perkasa membela nasib orang Melayu keseluruhannya, hanya sekadar merebut peluang di kalangan pemimpin mereka atas nama Melayu," kata beliau lagi. | |||||||
| Muhammad kini berehat, ikuti perkembangan dari jauh Posted: 17 Sep 2010 10:14 PM PDT BERNAMA SHAH ALAM - Walaupun tidak lagi memegang jawatan dalam parti atau kerajaan, bekas Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata beliau masih lagi memerhatikan perkembangan semasa politik dan UMNO di Selangor. | |||||||
| Ketua AMK Perak ‘lega’ 4 ketua AMK keluar parti Posted: 17 Sep 2010 10:12 PM PDT PETALING JAYA: Empat pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang Perak yang mengumumkan keluar PKR hari ini didakwa mempunyai masalah disiplin dalam parti. Malah, salah seorang daripada pemimpin terbabit dikatakan telah dipecat keahliannya oleh Lembaga Disiplin PKR Pusat kira-kira dua minggu lalu, manakala tiga yang lain dikenakan tindakan amaran.
"Mereka didapati berkomplot dengan Umno untuk memburukkan PKR dan cuba menghasut untuk menarik ahli AMK yang lain supaya bertindak keluar PKR. "Mereka juga didapati mengadakan pertemuan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang melompat dari PKR dan menyertai Umno, Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering) Mei lalu," kata Ketua AMK Perak Abdul Yunus Jamhari ketika dihubungi FMT. Dalam sidang media di Ipoh tengahari tadi, Bernama melaporkan Ketua AMK Cabang Parit Faizal Effendi Hasim bersama Ketua AMK Cabang Kampar Rosli Abdullah, Pemangku Ketua AMK Padang Rengas Ahmad Shahrul Zamsuri, dan Timbalan Ketua AMK Kuala Kangsar mengumumkan keluar parti atas alasan hilang keyakinan terhadap PKR. Namun bagi Abdul Yunus, pengunduran pemimpin terbabit diibaratkan sebagai proses 'pembersihan dalaman' parti. "Faizal Effendi dipecat oleh Lembaga Disiplin PKR Pusat dua minggu lalu, manakala tiga yang lain diberikan surat tunjuk sebab. "Kami ada bukti mereka terlibat dalam komplot untuk 'memancing' beberapa pimpinan dan ahli PKR untuk lompat parti dengan taktik kotor berupa sogokan wang dan tawaran projek. "PKR Perak telah pun menghidu perbuatan mereka sejak April lalu dan percaya tindakan mereka keluar parti itu juga ada kaitan dengan bekas Ketua Cabang PKR Ipoh Barat Fauzi Muda yang turut keluar PKR dan berperanan sebagai 'broker' dan bersekongkol dengan Jamaluddin dan Osman Jailu," katanya. Abdul Yunus yang juga Adun Kuala Kurau berkata, tindakan Faizal Effendi dan tiga yang lain itu sedikit pun tidak menjejaskan kepimipinan PKR di negeri itu. Malah Yunus berkata pihaknya kini bersedia mengemukakan 'muka baru' pemimpin yang lebih berkaliber dan setia selepas melalui beberapa tapisan untuk pemilihan cabang negeri yang bermula 18 September ini. "Kami rasa 'lega' kerana mereka sendiri yang hendak keluar parti. Jadi saya harap dengan barisan muka baru selepas pemilihan cabang nanti saya harap Umno hentikanlah permainan 'politik kotor' mereka itu," katanya. Sementara itu, Bernama hari ini turut melaporkan seramai 72 Wanita PKR Cabang Ipoh Barat mengumumkan keluar parti hari ini atas alasan hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti. Wakil kumpulan itu, Siti Aminah Mansor mendakwa cabang berkenaan kini menjadi parti perkauman kerana hanya mempunyai anggota daripada satu kaum sahaja. Namun Ketua PKR Wanita Perak Fathmawati Salim menafikan isu tersebut dan menganggap ia hanya sebagai cubaan untuk menggoyahkan kepimpinan PKR negeri itu "Nama Siti Aminah Mansor pun saya tidak pernah dengar, malah Pemangku Ketua Cabang Ipoh Barat Francis turut mengesahkan kepada saya tidak wujud ahli daripada cabangnya yang keluar parti. "Sejak dari tahun lepas lagi kita dengar ada ahli dari Ipoh Barat yang keluar parti sehingga 100 orang, tapi bila disiasat kami dapati individu yang dikatakan itu tidak wujud," katanya ketika dihubungi FMT. | |||||||
| AMK gesa SPRM siasat 16 projek mega NKRA Sabah Posted: 17 Sep 2010 10:10 PM PDT FREE MALAYSIA TODAY
Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Zainuddin Hassan, berkata beliau mendapat maklumat bahawa setiap kontraktor yang bersetuju syarikat mereka dipinjam atau disenaraikan nama di dalam tender terhad telah 'dibayar' saguhati antara RM30,000 hingga RM50,000 oleh kontraktor utama yang ditawarkan kontrak berkenaan.
"Tender terhad tersebut dipanggil sekadar memenuhi syarat. Inilah tipu helah kerajaan Barisan Nasional, terutama Menteri KKLW yang menyalahguna kuasa untuk memberikan 16 kontrak mega kepada kontraktor milik proksi dan kroninya," ujarnya seperti dilapur laman web berita Sabahkini. Zainuddin berkata beliau telah menemui beberapa kontraktor yang syarikat mereka disenaraikan tanpa persetujuan ahli lembaga pengarah. Dalam pada itu, Zainuddin turut menggesa agar Kementerian Kewangan membatalkan kelulusan memanggil tender terhad kerana senarai kontraktor yang dikemukakan sekadar 'mencukupkan korum' dan tidak berwibawa langsung untuk menyertai 16 tender berkenaan. Tegas Zainuddin lagi, ada kontraktor yang hanya menumpang pejabat dan tidak mempunyai kakitangan dan tidak pernah mendapat kontrak kerajaan sejak antara dua hingga empat tahun lalu. "Jika KKLW menggunakan prosedur tender kerajaan dan arahan perbendaharaan, hanya kontraktor yang layak sahaja akan disenarai pendek untuk ditemuduga atau disenaraikan untuk kelulusan sebelum mereka diberi borang tender," ujar Zainuddin. Menurut Zainuddin, pihaknya juga mempunyai bukti bahawa projek menaiktaraf jalan Kibbas-Mohimboyan, Ranau telah dianugerahkan kepada UPKO menggunakan salah satu daripada lapan syarikat yang disenaraikan. "Kita turut mendapat maklumat, projek membina jalan Kampung Bangkahak Baru-Kampung Zing, Kota Belud yang menyenaraikan sembilan kontraktor untuk menyertai tender terhad, khabarnya diberikan kepada proksi Menteri KKLW iaitu orang bekas ketua Pemuda Umno bahagian," kata Zainuddin yang akan membuat pendedahan lanjut jika diperlukan SPRM. | |||||||
| Hubungan Umno Kelantan Dengan Perkasa Tiada Masalah – Awang Adek Posted: 17 Sep 2010 10:06 PM PDT BERNAMA
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata yang berbeza ialah beberapa perkara yang diperjuangkan oleh Perkasa mengenai kepentingan orang Melayu, tidak boleh diterima oleh Umno.
"Ini kerana Umno mempunyai tanggungjawab yang lebih besar bagi menjaga kepentingan semua kaum di negara ini," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra Aidilfitri dan penubuhan Persatuan Mahasiswa Daerah Bachok (Persada) di Tangok pada hari Khamis. Lebih 300 orang pelajar yang sedang menuntut di pelbagai institut pengajian tinggi awam dan swasta menyertai majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Umno bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Hussain. Awang Adek yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata Perkasa menyamai dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain yang mempunyai hubungan baik dengan Umno. "Di Bachok sendiri hampir keseluruhan anggota Perkasa terdiri daripada anggota Umno bahkan ada yang menduduki jawatan penting dalam badan NGO ini. "Walaupun perjuangan Umno dengan Perkasa hampir sama iaitu memperjuangkan nasib orang Melayu berdasarkan Perlembagaan Negara, tetapi ada yang didesak oleh Perkasa, Umno tidak boleh menerimanya kerana perjuangan Umno berlandaskan amalan kesederhanaan," katanya. Beliau berkata hakikat itu perlu difahami oleh rakyat Kelantan terutama oleh anggota Umno supaya mereka tidak dimanipulasi oleh sesetengah pihak lebih-lebih lagi parti pembangkang. | |||||||
| 500 Projek Kampung WIFI Di Sarawak Mulai Oktober Posted: 17 Sep 2010 10:05 PM PDT FREE MALAYSIA TODAY
Beliau berkata projek berkenaan merupakan satu daripada usaha-usaha yang dikenal pasti di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara (NIB) bagi mempercepatkan sasaran penembusan jalur lebar 50 peratus isi rumah menjelang akhir tahun ini.
Berucap semasa melancarkan projek kedua seumpamanya di Rh. Guntol di Nanga Bekiok di Merurun dekat sini hari ini, projek itu akan disedikan menerusi dana dan program Pembekalan Perkhidmatan Universal (USP). Anggota masyarakat akan dibekalkan dengan kemudahan lengkap internet dengan infrastruktur sewajarnya serta penggunaan berkaitan untuk menikmati faedah dan manfaat teknologi komunikasi moden. "Bagi kawasan penduduk yang tidak diliputi dalam program USP, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memperuntukan dana bagi memperkenalkan kira-kira 100 unit pusat Kg Wifi yang lebih kecil," katanya seperti dilapur Bernama. Beliau berkata kira-kira 50 pusat seumpamanya akan beroperasi dalam tahun ini manakala bakinya tahun depan. Mengenai program Netbook 1Malaysia, yang merupakan satu lagi usaha jalur lebar, di bawah program fasa permulaan, sejumlah 14,500 unit telah diedarkan kepada pelajar sekolah menengah yang layak dan pemimpin masyarakat di Sarawak. Beliau berkata ia akan diedarkan di 29 kawasan terpilih yang mempunyai jaringan kemudahan internet dan setiap kawasan diperuntukan dengan 500 unit. | |||||||
| Khir: PERKASA lebih 'besar' dari Pemuda Umno Posted: 17 Sep 2010 04:52 PM PDT
Dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini sebelum ini, bekas menteri besar Selangor itu berkata, beliau tidak tahu mengapa pergerakan Pemuda Umno tidak memainkan peranan tersebut.
"Mungkin NGO lebih banyak bersuara berbanding Umno, (tetapi) Umno ada strateginya sendiri (iaitu) cuba untuk mendekati masyarakat terlebih dahulu. "(Presiden Umno) Datuk Najib (Razak) beritahu kita, turun ke bawah, jumpa lebih banyak (anggota) masyarakat (dan) dan bersama dengan mereka. Itu strategi kita," katanya lagi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini. Beliau juga mendakwa, Umno kini berjaya mengukuhkan kedudukannya di kawasan majoriti Melayu di Selangor, hasil daripada kempen 'Selamatkan Selangor.' Ini merupakan kejayaan peringkat awal, sebelum mereka mula memasuki kawasan majoriti bukan Melayu, kata Khir lagi. Teguh di belakang PERKASA Khir menyuarakan pandangan beliau itu sebelum perkembangan terbaru yang dilihat meletakkan Najib dalam kedudukan yang tidak menyenangkan untuk menyatakan pendiriannya terhadap hubungan antara Umno-PERKASA. Ini diperhatikan apabila penaung NGO berkenaan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah memberikan amaran bahawa Umno bakal kehilangan sokongan sekiranya ia bertindak memusuhi PERKASA.
Khir pula berdiri teguh di belakang PERKASA. Katanya, pertubuhan itu wajar diberikan ruang untuk bersuara, seperti mana kebebasan yang dinikmati kumpulan yang menumpukan kepentingan kaum lain. "Macam (pertubuhan) Suqiu, yang menjadi tempat untuk masyarakat Cina menimbulkan keprihatinan mereka terhadap pendidikan, hak masyarakat Cina, perkara-perkara seperti itu. "Kalau nak negara terbuka, jadi kena terbukalah. Jangan bila PERKASA buat kita suruh tutup mulut dia. Orang lain kita suruh buka mulut pula. Kalau terbuka, biar terbuka, biar semua orang bersuara," katanya lagi. Khir juga menolak tanggapan bahawa kekalahan Umno BN dalam dalam pilihan raya umum sebelum ini disebabkan keangkuhan parti tersebut. 'Pakatan lebih angkuh' Malah, pemimpin dalam Pakatan Rakyat sekarang mungkin lebih angkuh apabila enggan menerima teguran-teguran yang disuarakan oleh pembangkang di negeri itu, kata Khir lagi.
"Teo ini jika Tuanku tak keluarkan arahan dia akan masuk masjid juga. Masalahnya kerajaan negeri tak boleh ditegur. Kalau kita tegur secara baik (dan) dia dengar (teguran), tak ada masalah. Benda ini (pernah) berlaku. (ADUN Andalas, Dr) Xavier (Jayakumar) pernah ceramah di Masjid di Andalas. "Dah tegur, kenapa buat lagi? Adakah kerajaan negeri menerima teguran? Adakah terlalu angkuh? Xavier ditegur secara baik, tak ada isu besar. Tapi kenapa buat lagi? Jangan terperanjat jika satu hari nanti ada bukan Islam membaca khutbah, mungkin," katanya lagi. Jelasnya, tindakan untuk menakut-nakutkan masyarakat Islam dengan kenyataan tersebut merupakan satu langkah yang perlu . "Masalahnya sekarang, kalau kita tak beri satu fear factor kepada orang, orang akan biasa (dengan) perkara ini. Patutnya kes ini tak payah sampai Tuanku terlibat," tambahnya. Khir juga berkata, berdasarkan pertemuan dengan masyarakat akar umbi di Selangor, beliau dapat menyimpulkan bahawa pilihan raya akan datang di negeri itu akan lebih tertumpu kepada isu-isu melibatkan kos sara hidup rakyat. "Saya lihat, isu yang akan datang -- rakyat tak gembira tentang taraf hidup yang tinggi. Saya kurang setuju bila katakan subsidi ancaman untuk rakyat dan kerajaan. Kerajaan perlu fikirkan bagaimana untuk mengurangkan kos hidup dan pada waktu yang sama tambah pendapatan. Ini yang orang risaukan, harga minyak naik, beras, gas. Orang sekarang merungut," katanya lagi. Negara kebajikan Tambahnya, kerajaan hari ini menganggap subsidi kepada orang ramai sebagai satu ancaman, sedangkan hampir semua kerajaan di dunia mengambil pendekatan "negara kebajikan." "Pucuk pimpinan perlu fikirkan balik. Saya tahu apa yang rakyat mahukan sebab saya di bawah. Rakyat merungut kos hidup semakin tinggi. Itu tak dapat dinafikan. Saya pun terasa. Beras dulu RM18 sekarang RM24. (Harga) gas, beras, tol, minyak (juga meningkat)," katanya.
Katanya, sebelum kerajaan BN tumbang di Selangor, satu kajian yang dilakukan Institute of Management and Development (IMD), menunjukkan pentadbiran kerajaan itu mencatat 81 peratus markah. Kajian oleh firma Switzerland itu melibatkan 70 indikator, meliputi kemajuan dari segi infrastruktur, kecekapan perniagaan persendirian, kecekapan kerajaan dan pembangunan ekonomi, kata Khir. "Daripada indikator itu kalau kita capai tahap markah 75 peratus maka diangap negeri atau kawasan itu maju. Sebab itulah pada 2002, kita buat dengan IMD dan kita dapat hanya 60 markah. Tapi pada 2005 kita tingkatkan pada 76.5 peratus. "Jadi kalau (menteri besar) Tan Sri Khalid (Ibrahim) hendak melihat tentang pencapaiannya sama ada lebih baik ataupun tidak, sepatutnya dia gunakan syarikat yang sama ataupun pertubuhan yang sama dengan kaedah indikator yang sama barulah boleh kata dia lebih baik daripada BN. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



ysia according to LKY
KUALA LUMPUR— Perkasa yang baru-baru ini berhadapan polemik dijauhi Umno-BN, hari ini mengulangi pendirian mendesak Datuk Seri Najib Razak agar menjelaskan konsep 1 Malaysia jika tidak mahu ditolak dalam pilihan raya umum ke-13.











Tiada ulasan:
Catat Ulasan