D'Perbatasan |
- Sampai bila politik emosi Melayu?
- Usah ungkit lantikan Sultan baru, simpan pahat dan tukul
- Anti PERKASA Hanya Gimik Umno
- Mahathir Sesal Tak Sudah Hancurkan Masa Depan Melayu
- Istiadat pemasyhuran Sultan Kelantan bukan rampasan kuasa
- Calon Oxford Diperlukan Untuk Ketua AMK !!
| Sampai bila politik emosi Melayu? Posted: 13 Sep 2010 08:06 AM PDT Dalam tahun 1998 dan 1999, pemecatan, penangkapan serta pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim membakar emosi orang-orang Melayu. Akibatnya, kira 65 peratus orang Melayu tidak mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 1999. Nasib baiklah orang-orang Cina dan India tetap setia kepada BN. Jika tidak, mungkin Umno dan BN dah lingkup dan musnah dalam pilihan raya yang turut menyaksikan kekalahan mengejut Lim Kit Siang dan Karpal Singh itu.Saya pun turut terheret dalam emosi membakar ketika itu. Walaupun saya pada mulanya bertakbir sakan apabila Zaharin Mohd Yassin menyampaikan berita awal bahawa Anwar dipecat, tetapi sikap tidak peduli saya bertukar marah apabila Anwar ditangkap di bawah Akta Keselamayan Dalam Negeri (ISA). Kalau babi sekalipun ditangkap di bawah ISA aku marah. Pantang sungguh aku dengan ISA. Dalam pilihan raya 2008 lalu, apabila Umno dan BN seakan-akan ditunjukkan batu nisan mereka, Umno dengan bijaknya membakar kembali emosi dan sentimen perkauman Melayu sebaik sahaja selepas pilihan raya itu. Perkembangan terkini sekali lagi menunjukkan politik emosi yang dipergunakan dengan rakus oleh Umno itu berjaya membangangkan sebahagian besar orang-orang Melayu. Pada masa yang sama, untuk melanjutkan usia politiknya dan mungkin juga untuk mendapatkan projek-projek, Datuk Ibrahim Ali mendapat idea menubuhkan Perkasa. Perkasa dan Umno bagaikan dua strikers yang begitu berjaya membikin overlapping yang merobek-robekkan PAS terutamanya. Tak kiralah walaupun MCA, MIC dan Gerakan gagal berfungsi serta nampak sangat tidak begitu relevan lagi sebagai tonggak pertahanan (nak tergelak baca luahan bongok Pak Pandir politik yang tak reti cari makan sendiri dalam berita Malaysian Insider hari ni bertajuk "MCA rebukes Dr M for interference in Umno-Perkasa fray"). Hebat sungguh politik emosi serta sihir perkauman yang membakar emosi dan menyentuh hati orang-orang Melayu. Saya tulis ni bila membaca posting Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bertajuk "Dealing with Perkasa - which is the Umno way?". Saya setuju bila dia kata Ibrahim "has found an emotional niche". Boleh jadi beliau benar apabila berkata para pemimpin Umno "cannot overcome that emotional assault". Tapi, nak overcome buat apanya?! Bukankan Umno dan Perkasa sedang membikin overlap yang cantik? Boleh jadi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi relevan untuk survival politik Umno. Tetapi bukankah Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ibrahim sendiri kelihatan begitu berjaya melakukan apa yang tidak pandai dilakukan oleh Najib? Saya malas la nak mengatakan bahawa sifat-sifat bodoh, bacul dan jahil yang ditulis oleh Ariff itu sebenarnya sedang menjadi pakaian harian Najib. Anak ningrat itu nampak sangat terhambat-hambat ke sana ke mari mencari ketrampilan kepimpinannya yang sampai hari ni pun nampaknya dia tak jumpa-jumpa. Tetapi kalau pun benar "stupidity, cowardice and ignorance" sudah menjadi darah daging Najib dan sebahagian besar kepimpinan Umno, saya kira Umno tetap tak begitu terjejas. Pertama, Umno ada sentuhan magiknya, makanan asasinya iaitu perkauman. Walaupun Umno semakin kelihatan sangat bodoh dalam soal-soal ekonomi dalam kerakusan menyental apa yang sepatutnya menjadi milik rakyat dan dia juga tak layak buka mulut fasal demokrasi, tetapi Umno nampak jelas semakin cekap, mahir dan pakar dalam membaham makanan asasinya - perkauman. Dan, dia memang nampak sangat dah berjaya sakan dengan panji-panji perkaumannya itu. Itu pertama. Kedua, bila sebut bab "stupidity, cowardice and ignorance", apa kurangnya sebahagian pemimpin PAS? Saya tak nak la menjadi jahat sangat menyembunyikan kenyataan yang amat nyata itu. Malah yang sebenarnya, persamaan itulah yang menjadi stok politik yang begitu mewah untuk melanjutkan usia status fat cat Umno. Kita, sebagai rakyat, janganlah nanti makanan yang terhidang. Kita kena buat apa sahaja yang halal di sisi Allah untuk menamatkan kekejaman pemerintahan Umno BN. Jangan lupa, anak cucu kita nak duduk dalam negara ini. Jangan biarkan negara ini terus dirompak oleh parti perasuah yang busuk hingga ke ususnya. Jangan sampai anak cucu kita kencing atas kubur kita kerana tak buat apa sangat untuk menamatkan cengkaman puaka parti itu. Sudah-sudahlah. Janganlah dibodohkan lagi oleh politik emosi dan sentimen. Dari ~penarik beca |
| Usah ungkit lantikan Sultan baru, simpan pahat dan tukul Posted: 13 Sep 2010 06:43 AM PDT Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap pelantikan Tuanku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru dapat menyelesaikan kemelut istana negeri ini. Sehubungan itu, beliau meminta segenap lapisan rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa, agar mendoakan semoga negeri ini selamat zahir dan batin serta dunia dan akhirat. Berikutan pemasyhuran itu juga, beliau tidak mahu ada lagi pihak yang mengungkit isu pelantikan Sultan Kelantan setelah Tuanku Ismail Petra gering sejak lebih setahun yang lalu, seperti kata pepatah "rumah siap pahat berbunyi". "Sekiranya ada lagi tukul dan pahat-pahat berbunyi, kita harap simpan dalam peti masing-masing," katanya kepada pemberita di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini hari ini. Beliau berkata demikian selepas majlis penghadapan dan penyerahan watikah pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru. Nik Aziz (gambar), yang juga Mursyidul Am PAS, berkata selama lebih setahun beliau menghadapi masalah untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai kemelut yang melanda istana Kelantan kerana beliau amat menghormati institusi itu.Sementara itu di Bachok, Umno Kelantan berharap pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru itu akan memakmur dan membangunkan Kelantan yang kini jauh ketinggalan berbanding negeri lain. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Umno menaruh harapan yang tinggi agar Sultan Kelantan dapat menjadikan Kelantan antara negeri yang termaju di negara ini. "Bagi pihak Umno Kelantan kita menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tuanku Sultan," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di Dewan Haji Hussin, Perupuk di sini yang dihadiri lebih 5,000 penduduk Bachok, sebilangan besarnya kaum nelayan. Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata kerajaan pusat akan terus menyalurkan pelbagai projek kepada Kelantan mengikut Rancangan Malaysia Kesepuluh, yang sedang diperincikan dan akan diumumkan bulan depan. Dalam pada itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias berkata pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan adalah selaras dengan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berikutan keadaan ayahanda baginda Sultan Ismail Petra yanggering sejak lebih setahun lalu. Kata beliau, mengikut peruntukan Perkara 23A,Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan jika setelah siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu. "Majlis Perajaan Negeri dalam sidangnya hari ini berpendapat bahawa keadaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra sekarang ini memerlukan seorang pengganti dipilih dan dilantik untuk menjadi Raja bagi menggantikan baginda mengikut Perkara 23A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). "Keputusan Majlis Perajaan Negeri tersebut telah dibuat secara sebulat suara oleh 15 orang anggota majlis yang hadir pada pagi tadi yang mengikut peruntukan itu telah memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra menjadi Raja yang memerintah," katanya pada sidang akhbar di Istana Negeri, Kubang Kerian selepas Majlis Penghadapan Penyerahan Watikah Pemasyhuran Kepada Sultan Kelantan yang baru itu. Pada tengah hari ini, Nik Aziz telah mengumumkan pemasyhuran itu di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini yang turut dihadiri Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra. Mesyuarat Majlis Perajaan Negeri itu yang diadakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim bagaimanapun tidak dihadiri dua anggotanya iaitu Anggota Parlimen Gua Musang yang juga bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dan adinda bongsu Sultan Kelantan, Tengku Amalin A'Ishah Putri. Aiseri berkata Perkara 23A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan adalah peruntukan pindaan yang telah diwartakan pada 22 Julai lalu setelah Majlis Penasihat Raja bersidang pada 18 Julai bagi membolehkan pindaan Bahagian Yang Kedua undang-undang tersebut melalui Perwawai. "Pindaan tersebut amat perlu bagi mengatasi kelompongan dalam Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berkaitan kegeringan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra yang bermula pada 14 Mei 2009 sehingga sekarang dan dikhuatiri ianya terus berlanjutan," katanya. Katanya antara kuasa dan syarat pada pindaan itu adalah berkaitan pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada takhta Raja itu atau bakal Raja atau bakal-bakal Raja dan pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada takhta kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun anggota Majlis Pangkuan Raja bagi negeri. "Saya berharap dengan kenyataan ini akan dapat memperjelaskan lagi tentang keputusan Majlis Perajaan Negeri sebagaimana yang disebutkan tadi," katanya. – Bernama |
| Posted: 13 Sep 2010 06:36 AM PDT DAP mendakwa tindakan Umno yang kononnya berbalah dan memisahkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) adalah hanya sekadar gimik politik BN yang bertujuan memancing undi.Penolong bendahari DAP pusat, Nga Kor Ming dalam kenyataan akhbarnya berkata Umno terlalu taksub dengan PERKASA sehingga membolehkan parti itu memecahkan ikatan hubungan mereka itu. Nga berhujah ahli PERKASA yang sebahagian besarnya adalah ahli Umno dan penasihat umum NGO Melayu itu yang disandang oleh bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohammad menguatkan lagi dakwaannya. Tambahnya lagi, PERKASA juga mendapat sokongan dari akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. "Dengan hubungan yang intim ini, adalah sukar untuk mempercayai bahawa Umno sekarang ini bercadang memutuskan hubungan mereka dengan PERKASA," katanya. "Saya percaya ini satu lagi gimik pilihan raya BN untuk memerangkap orang bukan Melayu...dan strategi untuk menarik sokongan kumpulan konservatif kanan Melayu yang selama ini dipinggirkan oleh golongan sederhana dan patriotik Melayu yang memegang kuasa," kata Nga (gambar kanan)yang juga ahli parlimen Taiping.Awal minggu ini, BN berkata ia akan menjauhkan dirinya daripada PERKASA kerana ia boleh menjejaskan usaha untuk memenangi semula sokongan bukan Melayu. Setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor yang bercakap bagi pihak parti itu berkata, parti Melayu itu tidak akan mengaitkan dirinya dengan PERKASA selepas menerima tekanan daripada parti-parti komponen BN, yang bimbang dengan pendirian pertubuhan itu yang didakwa bersifat rasis. |
| Mahathir Sesal Tak Sudah Hancurkan Masa Depan Melayu Posted: 12 Sep 2010 11:04 PM PDT Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dihantui mimpi ngeri atas dosa lampaunya kerana melakukan banyak kesilapan besar membohongi rakyat terutama berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membabitkan orang Melayu selama 22 tahun mentadbir negara. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata Dr Mahathir kini seolah-olah diselubungi rasa amat bersalah sehingga menyebabkan beliau ketakutan disebabkan formula Model Ekonomi Baru (MEB) yang di bawa dan diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih buruk berbanding DEB semasa zamannya. Ini kerana MEB berlandaskan acuan untuk membangunkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi melalui pendekatan lebih inklusif berdasarkan meritokrasi tetapi pada masa yang sama meminggirkan kepentingan golongan Bumiputera. "Mahathir pada jangkaannya mengharapkan dasar MEB yang diperkenalkan Najib adalah dasar yang lebih baik dan dapat memulihkan semula kegagalan yang telah beliau lakukan kepada golongan Bumiputera semasa era pentadbirannya dahulu. "Sebaliknya apa yang berlaku, MEB tidak langsung menyentuh mengenai kepentingan mahupun cara untuk melindungi kaum Bumiputera. Sebab itu kita melihat Mahathir sering memberikan kritikan terhadap Najib sehingga dalam masa sama menampakkan beliau sebenarnya sedang menghalang Najib daripada meneruskan agenda pelaksanaan Model Ekonomi Baru di negara ini," katanya Azankepada Suara Keadilan. Beliau mengulas berhubung kritikan Dr Mahathir dalam blognya 24 Ogos lalu yang menghentam dasar meritokrasi dan menganggap mereka yang menyokongnya sebagai keliru. "Mahathir yang kita kenali amat pintar dalam strategi politik dan bijak memainkan emosi manusia dalam isu seumpama ini. "Beliau mempunyai mesej tertentu untuk dirinya menebus dosa dan membersihkan tangannya daripada kekotoran yang dilakukannya kepada orang Melayu selama 22 tahun pemerintahannya "Orang Melayu telah tercicir, lumpuh dan mundur hampir dalam semua sektor kehidupan, sosio-ekonomi, sosial, bahasa Melayu, pendidikan bahkan agama Islam," tegas Azan lagi. Kesan dasar Perdana Menteri keempat itu menurut Azan telah memangsakan majoriti orang Melayu dan Bumiputera kecuali segelintir golongan atasan, kroni dan elit Umno yang mengaut kekayaan secara rakus. Paling parah kata beliau ialah orang Melayu yang tinggal di luar bandar dan kawasan setinggan dalam bandar termasuk juga orang bukan Melayu yang berada dalam kelompok yang sama. Jelas Azan lagi, DEB yang bermula pada 1970 sehingga 1990 sepatutnya telah berjaya meningkatkan ekuiti ekonomi orang Melayu kepada 30 peratus sebagaimana sasaran tetapi dalam tempoh 22 tahun Dr Mahahtir menerajui negara yang mampu dicapai hanya 19 peratus sahaja. Sehubungan itu, Azan meramalkan sekiranya Najib masih mahu melaksanakan MEB, besar kemungkinan Dr Mahathir akan membongkarkan satu rahsia besar yang telah disembunyikannya selama lebih dua dekad berkaitan DEB dalam masa terdekat. "Apabila Mahathir menyembunyikan sesuatu fakta, bermakna dia membohongi rakyat Malaysia selama lebih 22 tahun malah mungkin 30 tahun. "Antara igauan ngerinya, Mahathir sama sekali tidak boleh melupakan tentang dasar Pandang Ke Timur yang berkait dengan Jepun dan Taiwan. "Sekarang Jepun sedang membongkarkan satu-persatu berhubung usahasama negara itu dengan Mahathir dahulu yang menyebabkan negara itu gagal dan dilanda masalah ekonomi dan akhirnya rakyat menolak kerajaan waktu itu (Parti Liberal Demokrasi) dan menukar pemimpin mereka. Azan berkata akibat budaya rasuah, nepotisme dan kronisme yang dibenarkan berleluasa di bawah pentadbirannya Dr Mahathir kini terpaksa melalui kehidupannya sekarang dengan penuh penyesalan. "Oleh sebab itu, Mahathir tidak sanggup dirinya disumpah oleh rakyat Malaysia untuk kali kedua. Cukuplah berpuluh tahun dia menipu rakyat. Dia juga tidak mahu pisang berbuah dua kali di bawah pentadbiran Najib," ulas beliau. Beliau kini dilihat menyokong kuat kumpulan ekstremis Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menyebabkan sokongan terhadap Umno-Barisan Nasional dikalangan pengundi bukan Melayu semakin merosot. |
| Istiadat pemasyhuran Sultan Kelantan bukan rampasan kuasa Posted: 12 Sep 2010 10:57 PM PDT stiadat pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru hari ini tidak harus dianggap sebagai satu rampasan kuasa, sebaliknya akan menamatkan ketidaktentuan di negeri itu yang berlarutan sejak lebih setahun, kata pakar perundangan Prof A. Aziz Bari."Tidak timbul soal rampas kuasa atau menjejaskan konsep raja berperlembagaan kerana apa yang dilakukan jelas mengikut peruntukan dan falsafah di sebaliknya. "Saya fikir ia patut dilakukan sejak awal lagi," kata beliau dalam ulasannya hari ini. Sementara istiadat itu diadakan peguam Sultan Kelantan semalam memaklumkan bahawa dua petisyen telah difailkan di Mahkamah Persekutuan semalam, dipercayai bersangkut paut dengan pelantikan sultan yang baru menggantikan Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra yang gering sejak awal tahun lalu. Ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa ini berkata, "perlu diingat bahawa letak jawatan dan dipecat adalah biasa dalam sistem beraja." "Ini pernah berlaku di Malaysia ketika zaman British selepas Perang Dunia Kedua yakni di Selangor, Perlis dan Terenggganu. Begitu juga di Brunei dan United Kingdom," kata beliau lagi. Kekanda Sultan Kelantan Tengku Merjan Sultan Yahya Petra berkata pemasyhuran Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan pagi ini — sekitar 11.30 pagi ini — boleh disifatkan sebagai cubaan rampasan kuasa. Tengku Merjan berkata ini kerana Perlembagaan negeri menyatakan pemerintah Kelantan hanya boleh digantikan dengan tiga cara sahaja iaitu sultan mangkat, menghilangkan diri dari Kelantan tanpa alasan kukuh lebih daripada setahun ataupun sultan turun dari takhta. Katanya, sebarang tindakan menyingkirkan Tuanku Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan di luar daripada cara yang ditetapkan oleh Perlembagaan negeri adalah satu kudeta dan boleh dikategorikan sebagai penderhakaan di bawah Kanun Keseksaan. "Esok (hari ini) bakal menjadi hari yang sedih kepada sistem pemerintahan beraja di Malaysia sekiranya konspirasi tersebut berjaya menyingkirkan baginda," kata beliau. Aziz berpendapat suasana tidak menentu ekoran kegeringan Sultan perlu ditamatkan dan apa yang akan dilakukan pagi ini dengan memasyhurkan, yakni melantik Pemangku Raja sebagai sultan baru tepat. "Yakni dalam konteks perlembagaan dan juga kestabilan negeri Kelantan. Ia juga penting dalam menjaga nama baik konsep raja berperlembagaan supaya imej berebut takhta dan berkelahi sesama adik-beradik dapat dihentikan," kata Aziz. Pakar perundangan ini berpendapat, langkah yang diambil Majlis Perajaan Negeri adalah penting supaya proses pentadbiran oleh kerajaan negeri tidak terjejas. "Sultan memainkan peranan penting dalam proses ini," kata beliau. Aziz juga berpendapat bahawa istiadat pemasyhuran pagi ini dibuat berdasarkan peruntukan yang baru digazetkan. "Pada saya ini setakat menjelaskan; tanpa peruntukan ini pun Majlis Perajaan Negeri yang mempunyai kuasa dan peranan penting dalam melantik dan memecat sultan boleh melantik sultan yang baru," katanya. Aziz menambah, sebagaimana Majlis Raja-Raja dalam konteks Yang di-Pertuan Agong, Majlis Perajaan Negeri Kelantan adalah kuasa tertinggi yang perlu bertindak dalam keadaan-keadaan yang genting. Sehubungan itu kata beliau, keputusan dan tindakan Majlis Perajaan Negeri tidak boleh dipersoalkan di mahkamah. "Ini telah diakui oleh mahkamah sendiri dalam banyak kes. Kes-kes yang lalu, contohnya, yang melibatkan cabaran ke atas Yang di-Pertuan Agong (1987) dan Sultan Terengganu (1996) dan terbaru di Kelantan (2009) jelas menunjukkan keengganan mahkamah untuk menyemak dan campur tangan dalam pertikaian takhta," katanya. Malah menurut Aziz, sebagai ketua agama Islam jawatan sultan perlu dilihat dalam konteks Islam. "Kesihatan sultan jelas tidak memenuhi syarat untuk baginda terus kekal sebagai sultan yang merupakan ganti khalifah. Amirul mukminin perlu sihat tubuh badan dan Sultan Ismail jelas tidak memenuhi syarat itu. "Dan, dengan wujudnya beberapa orang waris, Tengku Faris sebagai yang terkanan, ganti sultan perlu dilantik. "Tidak timbul soal rampas kuasa atau menjejas konsep raja berperlembagaan kerana apa yang dilakukan jelas mengikut peruntukan dan falsafah di sebaliknya," katanya lagi. Majlis Perajaan Negeri mengadakan majlis pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan pagi ini menggunakan undang-undang yang baru yang diwartakan Julai lalu. Langkah itu dilihat bakal mencetuskan satu lagi krisis perlembagaan negeri itu. Istana Kelantan berada dalam krisis selepas Tuanku Ismail Petra gering sejak awal tahun lalu. The Malaysian Insider difahamkan istiadat itu akan diadakan mengikut Perkasa 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), yang diwartakan 22 Julai lalu. Sultan Kelantan gering sejak Mei 2009, menyebabkan Majlis Perajaan Negeri menamakan Tengku Muhammad Faris Petra, putera berusia 35 tahun, sebagai pemangku raja tahun lalu. Istiadat pemasyhuran akan berlangsung di Balairong Seri Istana Balai Besar pada pukul 11.30 pagi. "Majlis Perajaan Negeri akan meneliti laporan-laporan perubatan dan juga laporan pemerhatian beberapa imam bahawa Sultan sudah tidak boleh menjalankan tugas sebagai seorang raja," kata satu sumber Istana Kelantan kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada undang-undang baru. Perkara 23A yang akan digunakan dalam istiadat ini berbunyi "Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat." "Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini." Difahamkan, kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). Perkara 3(2) pula meyentuh syarat-syarat iaitu: - (a) naik takhta kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu; - (b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal raja kepada kakhta kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri; - (c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada takhta Raja itu atau bakal raja ataupun bakal-bakal rajanya; - (d) pelantikan dan sifat ketua-ketua pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan - (e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja, bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain." Selain itu, maklumat yang diperoleh juga menyebut, selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja Kelantan kepada ayahanda dan bonda, baginda telah memutuskan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Oleh Prof Aziz Bari |
| Calon Oxford Diperlukan Untuk Ketua AMK !! Posted: 12 Sep 2010 10:34 PM PDT ![]() Blog Ini Menyokong Perjuangan CheguBard ! |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan