Isnin, 13 September 2010

alkerohi

alkerohi


Boleh percayakah statistik polis ?

Posted: 13 Sep 2010 03:37 PM PDT

Sesekali terjadi bencana, masyarakat mula gelabah. Tidak kira bencana semulajadi atau bencana buatan manusia.

Sejak dahulu lagi saya kurang percaya dengan statistik polis. Itu sebabnya saya mencadangkan diwujudkan jawatankuasa peringkat daerah bagi mengkaji samada laporan yang dibuat kepada polis sudah betul-betul selesai.

Ahli jawatankuasa ini boleh terdiri dari ketua masyarakat, pesara-pesara, orang awam, kakitangan swasta dan sebagainya.

Polis di daerah-daerah sepatutnya sekurang-kurangnya tiga bulan atau enam bulan
sekali membentangkan kes dalam jawatankuasa tersebut.

(Klik untuk baca)
Jika tidak, apa yang berlaku dalam kes-kes sebelum Sosilawati - beberapa orang yang dibunuh, dibakar dan dihilangkan - kesnya juga mungkin akan dianggap selesai oleh polis.

Apabila kita mendampingi masyarakat, baru kita tahu banyak kes-kes yang dilaporkan kepada polis masih belum selesai atau tergantung di atas pelbagai faktor termasuk campur tangan pihak ketiga dan ketidakcekapan sedangkan statistik polis membayangkan yang indah-indah belaka.

Kerajaan perlu bertindak segera untuk menjadikan statistik polis sebagai satu kenyataan.

Sosilawati : Polis tidak upaya kerana politik?

Posted: 12 Sep 2010 08:36 PM PDT


Kes kehilangan dan pembunuhan Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain menarik perhatian ramai sejak seminggu dua yang lalu.

Dikatakan peguam bergelar Datuk yang disyaki dalam pembunuhan ini mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan seringkali terlepas dari pendakwaan sedangkan sebelum ini pernah melakukan perkara yang sama.

Adakah polis Malaysia tidak cekap atau adakah campurtangan pihak ketiga juga dalam ketidakupayaan polis mendakwa 'peguam' berkenaan.

Cara pembunuhan hampir-hampir sama dengan Altantunya wanita Mongolia. Seorang dibunuh, dibakar dan dibuang ke dalam air dan seorang dibunuh, diletup dan ditinggalkan di atas bukit.

Tiada ulasan: