Selasa, 14 September 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


MAHADHIR DAN DINAR EMASNYA

Posted: 14 Sep 2010 07:22 AM PDT

Bookmark and Share
1. Izinkan saya jelaskan pandangan saya terhadap kegunaan dinar emas yang saya cadangkan.

2. Saya telah cadang dinar emas digunakan untuk dagangan antarabangsa sahaja. Saya tidak pernah cadang dinar emas diguna sebagai matawang mana-mana negara untuk kegunaan harian.

3. Walaupun harga emas lebih stabil daripada matawang, tetapi nilai emas juga bergerak. Semasa Perjanjian Brettonwoods satu auns emas bernilai $35 Dolar Amerika. Tetapi sekarang satu auns emas bernilai $1,300 Dolar Amerika. Ini bermakna nilai Dolar telah jatuh degan teruk. Namun untuk dagangan antarabangsa Dolar masih diguna.

4. Jika satu syiling emas diberi nilai 1 Ringgit hari ini umpamanya dan kemudian nilai emas meningkat maka sudah tentu pemilik syiling emas tidak akan gunanya untuk membeli-belah dengan bernilai satu Ringgit. Mereka akan guna wang kertas 1 Ringgit. Syiling emas akan disimpan.

5. Lama kelamaan semua dinar emas yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa akan hilang dari pasaran. Walau banyak mana sekali pun pihak berkuasa mengeluar dinar emas akhirnya akan habis emas yang disimpan. Inilah yang berlaku pada Amerika Syarikat yang pada satu masa memiliki 80 peratus daripada simpanan (reserve) emas dunia.

6. Mekanisma yang lain akan diguna untuk dagangan antarabangsa dengan dinar emas. Simpanan matawang emas tidak perlu dalam bentuk syiling tetapi sebagai bata atau jongkong emas yang nilai-nilai akan mengikut harga emas dalam pasaran.

7. Bayaran untuk dagangan akan dibuat oleh bank pusat setelah dihitung nilai eksport dan nilai import antara dua negara. Jika import melebihi eksport maka negara berkenaan akan bayar dengan nota kredit bersamaan jumlah nilai emas sebanyak kelebihan nilai import tolak nilai eksport.

8. Jika pada bulan hadapan eksportnya ke negara berkenaan melebihi nilai import maka bayaran untuk kelebihan ini boleh dibuat dengan nota kredit bulan lepas.

9. Dengan cara ini tidak ada keperluan membayar dengan emas walaupun emas menentukan nilai barangan yang didagangkan. Hanya bayaran dibuat untuk lebih atau kurangnya eksport dengan import secara total dengan negara-negara berkenaan tiap bulan atau minggu. Jika nilai import adalah sama dengan eksport, bayaran tidak perlu dibuat. Ia menjadi dagangan secara barter (tukar barang).

10. Dengan menggunakan emas untuk menentukan nilai dagangan, Dolar Amerika yang jelas tidak stabil tidak perlu digunakan lagi. Permainan oleh penyangak matawang juga akan terhenti

SUSPEK PEMBUNUH SOSILAWATI SAH PENGKAGUM BN MIC?..HA HA BACA BRO BACA RUGI T BACA

Posted: 14 Sep 2010 02:02 AM PDT

KAHAH LENDIR BRO..BLOG PENCACAI UMNO CAKAPPPPPP SUSPEK ORANG PAKATAN MEH BACA NI..SUSPEK PENYUMBANGKEPADA ACARA MIC BN BRO.. CAKAPPLA...

PENCINTA DAN PENYUMBANG SERTA PENGKAGUM BN RUPANYA..

PATUTLA DAPAT GELAR DATO...

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah yang turut mengunjungi keluarga jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya  di Taman Harmonis, Gombak, berkata beliau mengucapkan tahniah kepada pihak polis atas kejayaan menahan suspek kes itu.
"Kita minta polis siasat dengan terperinci kejadian ini dan jangan bagi satu peluang pun untuk penjenayah terlepas di mahkamah nanti. Kezaliman dan kekejaman seperti ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Menteri itu turut mendedahkan yang beliau pernah duduk bersebelahan suspek dalam satu majlis penyampaian sumbangan kepada Orang Asli di Banting pada 8 September lalu di mana suspek merupakan penyumbang utama hamper dan pelbagai barangan pada majlis itu.
Beliau berkata pada pertemuan itu, suspek turut menyuarakan hasrat untuk menyertai MIC.
"Pada waktu itu, saya katakan kepada beliau, kenapa tidak memandangkan beliau seorang yang berpendidikan dan ditambah lagi sebagai peguam.
"Tapi sekarang, setelah tahu dia (suspek), saya ...sampai tidak boleh tidur bila memikirkan saya pernah duduk dan berbual dengannya," katanya. – Bernama

Tengku Muhamad Faris Sebagai Sultan Kelantan Sah - Nazri

Posted: 13 Sep 2010 11:59 PM PDT

13 Sept - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata kerajaan persekutuan menganggap pelantikan Tengku Mohamad Faris sebagai sultan Kelantan, sebagai sah.
"Ia termasuk di bawah bidang kuasa Majlis Perajaan Negeri. Dan kerajaan persekutuan menerima apa saja keputusan majlis itu," kata beliau yang juga Menteri undang-Undang.
Nazri merujuk kepada kes di Negeri Sembilan dua tahun lalu apabila kerajaan tidak masuk campur dalam urusan Majlis Perajaan Negeri yang dianggotai oleh empat Undang walaupun memilih selain daripada waris lelaki terdekat Sultan sebagai pewaris takhta.
Nazri turut menyatakan mahkamah juga tiada kuasa untuk mencampuri urusan majlis berkenaan.
Minggu lalu, para peguam yang dilaporkan mewakili Sultan Tuanku Ismail Petra yang gering menyerahkan dua permohonan ke Mahkamah Persekutuan untuk menghalang sebarang percubaan untuk melucutkan takhta beliau

POLIS TEMUI SOSILAWATI SECARA KEBETULAN? SERBU LAIN DAPAT LAIN?

Posted: 13 Sep 2010 10:14 PM PDT

"Saya tiba di KLIA pada 8 September lalu dan membuat laporan di Balai Polis Banting. Saya turut memaklumkan suami menyebut beliau dibawa ke ladang milik seorang peguam di Banting," katanya.

Difahamkan, berdasarkan maklumat Usharani itulah polis menyerbu Ladang Gadong sebelum menemui lokasi Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar

UMNO ATAU PEKEMBAR? HAKIKATNYA MEREKA HIPOKRIT

Posted: 13 Sep 2010 08:54 PM PDT

PAS mencabar Umno agar menukar singkatan namananya dalam bahasa Inggeris 'United Malay National Organisation' kepada bahasa Melayu iaitu Pertubahan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar).

Menurut timbalan pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tindakan itu bagi memastikan orang Melayu memahami agenda politik Umno.

Katanya, di kawasan pedalaman, kebanyakan orang Melayu tidak faham apa itu Umno kerana ia dalam bahasa Inggeris.

Malah menurut Nizar, ada juga di kalangan ahli Umno sendiri tidak tahu dan memahami singkatan bagi nama Umno itu.

Menteri besar Perak yang disingkirkan itu berhujah jika Umno ikhlas berjuang untuk masyarakat Melayu termasuk mempertahankan bahasa dan budayanya, adalah amat menghairankan bagi mereka mengekalkan nama dalam bahasa penjajah.

"Tidak perlu malu bagi menggantikan nama Inggeris - Umno dengan versi Melayu - Pekembar untuk mencerminkan agenda politik mereka," kata Nizar.

Menurut beliau Umno sebenarnya adalah parti perkauman dan juga hiprokit kerana menggunakan nama Inggeris untuk memperkenalkan budaya dan bahasa Melayu.

Dakwanya setelah mencapai kemerdekaan 53 tahun, Umno tetap merupakan sebuah parti rasis kerana hanya memperjuangkan hak Melayu sedangkan PAS bergelut untuk kepentingan Islam dan juga bukan Islam.

Nizar berucap di sebuah ceramah baru-baru ini di Kampung Batu Enam, Selama di Perak.

Pada ucapannya itu, beliau juga membidas tindakan kerajaan dan mepersoalkan mengapa pembelajaran tulisan Jawi dikeluarkan daripada sistem pendidikan di sekolah-sekolah.

Katanya, akibat tindakan itu, sebahagian besar generasi muda tidak boleh membaca dalam tulisan Jawi dan menyukarkan pembelajaran Al-Quran dan agama kerana kebanyakan bahan berkenaan adalah dalam bahasa Arab yang menggunakan tulisan Jawi.

BELI KEREPEK 2 SEPTEMBER: ITULA SOSILAWATI HABARNYA

Posted: 13 Sep 2010 07:46 PM PDT

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/09/kes-bunuh-sosilawati-beliau-mungkin.html
Sosilawati kali terakhir dilihat berada di Banting pada 2 September lalu ketika membeli kerepek.


ayat diatas sangat mencurigakan akalku...boleh semua tafsirkannya

mengapa mengapa?

MAHADHIRKAH YANG MENGHANCURKAN DAN MELEMAHKAN MELAYU YANG SEBENARNYA!!!?!!1

Posted: 13 Sep 2010 09:44 AM PDT

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dihantui mimpi ngeri atas dosa lampaunya kerana melakukan banyak kesilapan besar membohongi rakyat terutama berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membabitkan orang Melayu selama 22 tahun mentadbir negara. 

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata Dr Mahathir kini seolah-olah diselubungi rasa amat bersalah sehingga menyebabkan beliau ketakutan disebabkan formula Model Ekonomi Baru (MEB) yang di bawa dan diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih buruk berbanding DEB semasa zamannya. 

Ini kerana MEB berlandaskan acuan untuk membangunkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi melalui pendekatan lebih inklusif berdasarkan meritokrasi tetapi pada masa yang sama meminggirkan kepentingan golongan Bumiputera. 

"Mahathir pada jangkaannya mengharapkan dasar MEB yang diperkenalkan Najib adalah dasar yang lebih baik dan dapat memulihkan semula kegagalan yang telah beliau lakukan kepada golongan Bumiputera semasa era pentadbirannya dahulu.

"Sebaliknya apa yang berlaku, MEB tidak langsung menyentuh mengenai kepentingan mahupun cara untuk melindungi kaum Bumiputera. Sebab itu kita melihat Mahathir sering memberikan kritikan terhadap Najib sehingga dalam masa sama menampakkan beliau sebenarnya sedang menghalang Najib daripada meneruskan agenda pelaksanaan Model Ekonomi Baru di negara ini," katanya Azankepada Suara Keadilan.

Beliau mengulas berhubung kritikan Dr Mahathir dalam blognya 24 Ogos lalu yang menghentam dasar meritokrasi dan menganggap mereka yang menyokongnya sebagai keliru.

"Mahathir yang kita kenali amat pintar dalam strategi politik dan bijak memainkan emosi manusia dalam isu seumpama ini.

"Beliau mempunyai mesej tertentu untuk dirinya menebus dosa dan membersihkan tangannya daripada kekotoran yang dilakukannya kepada orang Melayu selama 22 tahun pemerintahannya

"Orang Melayu telah tercicir, lumpuh dan mundur hampir dalam semua sektor kehidupan, sosio-ekonomi, sosial, bahasa Melayu, pendidikan bahkan agama Islam," tegas Azan lagi.

Tiada ulasan: