Anak Sungai Derhaka |
- Kes Bunuh Sosilawati: Waris Semua mangsa jalani ujian DNA
- UMNO dan PERKASA.. sama-sama nak MAMPUS!!
- Kes Bunuh Sosilawati : Tamak punca pembunuhan?
- Ada pemimpin UMNO 'syok sendiri' ?
- Adakah detik kejatuhan Najib sedang bermula?
- Kes bunuh Sosilawati : Polis geledah firma guaman tertuduh
- Pemilihan PKR : Syed Husin sahkan tak pertahan Kerusi Timbalan Presiden
- Kes Bunuh Sosilawati : Polis buka semula SEMBILAN kes lama
- Kes Bunuh Sosilawati : Wanita India bongkar ladang maut
- Kes Bunuh Sosilawati : Mereka Juga DISEMBELIH..
- Kes Bunuh Sosilawati : Cangkuk diguna untuk membunuh
- Kes Bunuh Sosilawati : Mayat dibakar guna Tahi Lembu dan Petrol
- Kes Bunuh Sosilawati : Beliau mungkin selamat jika empat aduan awal diselesai?
- Kes Bunuh Sosilawati : Kalaulah tertuduh telah menyertai MIC...
- Pemilihan PKR : Jangan Mendakwa Mendapat Restu Saya - DSAI
| Kes Bunuh Sosilawati: Waris Semua mangsa jalani ujian DNA Posted: 14 Sep 2010 08:28 AM PDT KUALA LUMPUR, 14 Sept – Waris keempat-empat mangsa bunuh dan bakar di Banting, Selangor menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu mengenalpasti identiti mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.Kesemua mereka termasuk ibu pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, Satinah Mokhtar, 50-an dilihat berada di HKL sejak pukul 1 tengah hari sebelum meninggalkan hospital itu satu setengah jam kemudian ditemani anak bongsunya, Azlan Shah Aziz, yang merupakan adik tiri Noorhisham berlainan bapa, serta seorang anggota keluarga mangsa yang tidak dikenali. Turut kelihatan salah seorang anak perempuan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya. Kesemua mereka sebelum itu dilihat memasuki Balai Polis Dang Wangi dengan disertai isteri Noorhisham, Suzana Radim Pangat, 38, kira-kira tiga jam untuk memberi keterangan berkaitan hal peribadi mereka bagi membantu siasatan. Sementara itu malam ini difahamkan merupakan malam terakhir kenduri tahlil diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang sejak Ahad lepas. Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. Reuters |
| UMNO dan PERKASA.. sama-sama nak MAMPUS!! Posted: 14 Sep 2010 06:38 AM PDT Ini adalah artikel yang disiarkan oleh sebuah Blog yang menyokong UMNO menyentuh tentang isu pertelingkahan UMNO dan PERKASA yang mana disifatkan oleh sesetengah pihak hanyalah sandiwara.. Perbalahan UMNO/ PERKASA membunuh diri masing-masing. Lanjutan kepada apa yang saya tulis dalam 'posting' saya semalam saya sukacita memberikan pandangan peribadi saya terhadap apa yang sedang berlaku diantara UMNO/BN dengan PERKASA.Dengan selaran yang dilemparkan kepada PERKASA dan pemimpinnya Ibrahim Ali, dengan sendirinya PERKASA nampak sebagai satu NGO yang digeruni oleh BN dan UMNO. Jika tidak geruni masakan PERKASA dijadikan 'target' selaran oleh pemimpin UMNO dan MCA. UMNO menunjukkan garangnya dengan kenyataan-kenyataan Ketua Pemudanya, Khairy yang tidak habis waktu dan masa membidas Ibrahim Ali dengan 'name calling' yang saya anggap keterlaluan datang dari seorang yang mempamirkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang hebat. Tindakkan pemimpin UMNO dan BN memutuskan untuk berputus arang dengan PERKASA sudah pasti memberi sumbangan yang bukan sedikit kepada kejatuhan UMNO dan seterusnya BN. Masalahnya jika kesemua pemimpin-pemimpin UMNO bersatu untuk menjauhkan PERKASA, mungkin UMNO boleh memberikan 'consequence' yang 'negative' terhadap PERKASA, tetapi hakikatnya ada dikalangan pemimpin besar UMNO memainkan jari-jaru kecil mereka dengan memberikan sokongan sencara senyap-senyap kepada PERKASA; baik dari moral dan belanja penyelengaraan badan NGO yang berbau politik itu. Kos untuk bergerak untuk PERKASA bukannya kecil. Tetapi untuk menyalahkan UMNO menyelar PERKASA juga tidak wajar kerana UMNO benar-benar terjejas dengan apa yang dilakukan oleh NGO itu. Akhirnya UMNO ditempatkan diposisi yang tersepit, tetapi UMNO sebagai sebuah parti tentulah terpaksa menentukan sikap dengan kehadziran badan yang dipelopori Ibrahim Ali ini. PERKASA dengan 'attribute' dan penampilan sebagai kumpulan 'ultra', telah menjadikan MCA rakan kongsi pemimpin UMNO dalam politik dan perniagaan itu merasa terancam telah menyalahkan UMNO kerana membiarkan PERKASA menjadi perkasa, maka MCA juga memberikan reaksi yang sama 'chauvinistic' dengan PERKASA untuk mendapatkan dokongan dari bangsa Cina. Seperti UMNO, MCA juga mempunyai masalah yang besar dengan bangsa yang dipimpinnya. Orang-orang Cina lebih cenderung untuk memberikan dokongan kepada DAP. DAP yang selama ini dimomokkan dengan imej negatif oleh media massa sudah tidak lagi mempunyai masalah untuk diterima rakyat terutamanya bangsa Cina. Malahan orang Melayu juga sudah mula menerima parti ini sebagai parti yang tidak seburuk yang dimomokkan oleh pemimpin BN dan media massa sejak berdekad yang lalu. Malahan dalam isu PERKASA yang mana MCA begitu vokal menyebabkan MCA pula dianggap sebagai parti yang sangat 'chauvinistic'; melebihi DAP. Malahan usaha yang dilakukan oleh DAP untuk meletakkan beberapa calun Melayu diperingkat Parlimen dan Dun-Dun diseluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang telah dapat mengambil hati ramai pengundi-pengundi Melayu. Dalam keadaan orang Melayu yang sedang tidak berpuas hati terhadap MCA, sedikit sebanyak kompromi dari DAP mereka (Melayu) akan memberikan dokongan kepada DAP dengan agak mudah. Apa kah kemungkinan yang akan berlaku kepada PERKASA? Didalam sesuatu pergaduhan yang menag juga akan merasakan kesakitannya. Bagi PERKASA ianya akan hanya membantu mengurangkan undi BN dengan pergaduahn secara terbuka ini. PERKASA sedang melakukan apa yang kita tidak terkejut dilakukannya; iaitu untuk berdedia meletakkan calun-calun dalam pilihanraya yang akan datang. Ramai diantara pemimpin-pemimpin PERKASA sedang membuat 'sampling survey' untuk menilai samada mereka akan mendapat sokongan orang ramai jika mereka meletakkan calun-calun bebas menetang BN dan PR dalam pilihanraya yang akan datang. Dalam politik negara kita selalunya calun-calun bebas hanyalah merupakan calun perosak undi melainkan calun itu ada keistimewaan khusus yang boleh membawa kemenangan kepada mereka. Dalam sejarah adalah nama seperti Cik Gu jabar dari salah satu kawasan DUN yang telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri diatas keistimewaan nama beliau dan tiket bebas. Beliau hanya boleh menang diatas tiket bebas dan beliau telah tewas dalam pertandingannya buat penggal yang keempat apabila beliau bertanding dengan tiket parti PEKEMAS. Tetapi dalam keadaan sekarang rakyat tidak akan memilih mana-mana calun bebas kerana calun bebas akan hanya dianggap sebagai pengacau kepada parti-parti yang serius bertanding. Dr Mahathir pun kalah didalam pertandingan untuk menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu walaupun telah menjadai Perdana Menteri selama 22 tahun, apa tah lagi jika beliau bertanding diatas tiket bebas dalam pilihanraya umum misalnya. Jika ada pun yang berkemampuan untuk dipilih sebagai calun bebas dikalangan yang ada pada hari ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah diGuaMusang bagi UMNO dan Anwar Ibrahim diPermatang Pau dari PKR. Jadi jika PERKASA bercita-cita untuk meletakkan calun bebas didalam pilihanraya nanti ianya hanyalah mimpi disiang hari. Bagi saya PERKASA mesti kekal sebagai NGO yang memperjuangkan apa yang sekarang dilalaikan oleh UMNO. Jika itu pendirian kekal PERKASA maka NGO itu akan menjadi NGO yang mempunyai 'consequence' yang penting untuk menentukan siapa yang akan berkuasa selepas ini. Bagi PERKASA ianya patut tetap dengan pendiriannya untuk memperjuangkan orang Melayu seperti yang telah dilakukan oleh UMNO dulu dulunya. Hanya sekarang ini sahaja UMNO dan pimpinan sudah merasa takut untuk memperjuangkan bangsanya. Pemimpin UMNO sekarang penuh dengan kepura-puraan; depan orang Melayu cakap mereka berlainan jika mereka bercakap dihadapan bangsa asing. Ini merupaka 'indication' jelas yang pimpinan UMNO sudah tidak lagi 'berpelir' dan sentiasa berada didalam keadaan was-was dalam menentukan arah tuju perjuangan mereka. Bagaimana tidak was-was jika pemimpin-pemimpin UMNO sendiri mempunyai isu-isu besar masing-masing. Bagaimana hendak menyuruh anak berjalan betul jika mereka sendiri berjalan benkang bengkok. Masakan seseorang itu mampu berjalan lurus diatas jalan yang bengkok. Sebaliknya tidak ada sesiapa pun boleh berjalan bengkok diatas jalan yang lurus. Kita tunggu sahaja apa yang akan UMNO lakukan kepada ahli-ahlinya yang menjadi orang-orang kuat PERKASA ini. Mungkin UMNO kena tunggu arahan dari MCA dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakkannya terhadap PERKASA. Khairy mungkin terpaksa tunggu arahan Wee Ka Siong dulu. Aspan Alias |
| Kes Bunuh Sosilawati : Tamak punca pembunuhan? Posted: 14 Sep 2010 04:47 AM PDT KUALA LUMPUR 13 Sept – Desakan meminta supaya suspek utama iaitu peguam bergelar Datuk mengembalikan wang miliknya dipercayai menjadi punca jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersamanya dibunuh dengan kejam. Akibat dihantui rasa tamak, suspek yang berusia 41 tahun itu dikatakan enggan memulangkan wang tersebut dan hilang sifat kemanusiaan sehingga tergamak membunuh keempat-empat mangsa. Difahamkan, Sosilawati telah menggunakan khidmat firma guaman suspek untuk mengemukakan tender tawaran untuk membeli sebidang tanah di Pulau Pinang. Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan tanah terbabit dipercayai gagal menyebabkan Sosilawati menuntut supaya wang miliknya berjumlah jutaan ringgit yang sudah diserahkan kepada suspek dipulangkan. Menurut sumber, berikutan desakan oleh jutawan kosmetik itu, suspek akhirnya mengatur pertemuan dengan Sosilawati di pejabatnya di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu kononnya untuk memulangkan wang milik mangsa. Namun, bagi memastikan dirinya tidak ditipu, Sosilawati dikatakan membawa bersama pemandu yang juga pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, untuk menemaninya berjumpa dengan suspek. Difahamkan, suspek yang mungkin tidak menyangka Sosilawati membawa ramai pembantu kemudian mengajak kesemua mangsa pergi ke ladang miliknya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting untuk berbincang di situ kerana kononnya pejabat guamannya sudah ditutup. Sebaik sahaja tiba di ladang yang terlindung itu, semua mangsa telah ditahan sebelum dibunuh oleh suspek bersama beberapa konco-konconya yang kini turut ditahan oleh polis. Setakat ini, polis sudah pergi ke rumah dan pejabat suspek untuk melakukan siasatan terhadap dokumen yang dimilikinya termasuk beberapa buku cek yang ditemui di pejabat guamannya. Lidah Rasmi UMNO? |
| Ada pemimpin UMNO 'syok sendiri' ? Posted: 14 Sep 2010 04:08 AM PDT Semalam dan hari ini bila membaca Utusan yang juga dikenali sebagai lidah Rasmi UMNO (aku baca saja tapi tak beli.. harap maklum) terasa seperti membaca akhbar Pro Pakatan Rakyat pula.. manakan tidak banyak laporan yang mereka siarkan yang menyokong PERKASA menyerang pentadbiran Najib.. Ada pihak yang mengatakan ini semua kerja Mahathir, kerana Utusan itu dikuasai atau dipengaruhi oleh Mahathir.. lagipun menurutnya lagi hampir kesemua yang berada di dalam Lembaga Pengarah Kumpulan Utusan ketika ini dikaitkan dengan kem Dr Mahathir. Dan Pengerusi Eksekutif Utusan sekarang Tan Sri Mohamad Hashim Ahmad Makaruddin adalah seorang yang rapat dengan Dr Mahathir dan pernah menjadi setiausaha politik beliau.- baca di SINI Ini pula laporan yang mengatakan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata keputusan menjauhkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunjukkan masih ada pemimpin UMNO yang 'syok sendiri' dan tidak memikirkan masa depan parti. Kesiannn depa.. syok sendiri rupanya.. ***************************************************** Bukti ada pemimpin 'syok sendiri' Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN pengarang@utusan.com.my Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata, tindakan tersebut juga seolah-olah memperlihatkan UMNO masih meletakkan garis pemisah antara orang Melayu yang mempunyai sentimen tinggi terhadap bangsa dan orang Melayu yang hanya pentingkan diri. Sambil menyokong kenyataan dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Hamdi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu berharap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak terus membuat kenyataan yang hanya akan menjauhkan orang Melayu daripada semangat asal penubuhan UMNO. "Jangan letak garisan pemisah antara orang Melayu dalam UMNO dan dalam Perkasa. Jangan sebab nak jaga hati kaum lain, kita ketepikan golongan Melayu yang ada sentimen tinggi sayangkan bangsa sendiri. "Beliau (Tengku Adnan) sepatutnya sedar bahawa orang Melayu di dalam Perkasa masih sayangkan UMNO. Hakikatnya, UMNO belum pulih sepenuhnya untuk mengasingkan diri daripada kelompok Melayu lain," katanya di sini, hari ini. Semalam, Dr. Mahathir berkata, keputusan UMNO menjauhkan diri daripada Perkasa boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Kata bekas Perdana Menteri lagi, meskipun ia tidak membabitkan jumlah yang besar tetapi kesannya terhadap peluang Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan kemenangan tetap ada. Tengku Adnan yang mempengerusikan mesyuarat BN sebelum ini berkata, UMNO tidak akan menyokong Perkasa atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN. Mengulas lanjut, Hamdi menegaskan, kewujudan Perkasa yang berjaya menarik penyokong di kalangan orang Melayu sepatutnya dijadikan iktibar oleh UMNO dalam memperkemaskan perjuangan agenda bangsa. "UMNO merupakan sebuah parti Melayu, jika sebagai sebuah parti Melayu, UMNO tidak mendapat sokongan di kalangan orang Melayu sendiri adalah sukar untuk kita mempertahankan kerusi yang ada," katanya. Lidah Rasmi UMNO? |
| Adakah detik kejatuhan Najib sedang bermula? Posted: 14 Sep 2010 02:49 AM PDT Keghairahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membela Perkasa dan kelantangan Utusan Malaysia menyanggah saranan Najib agar Umno menjauhkan diri dari Perkasa dikaitkan dengan pengaruh Dr Mahathir terhadap surat khabar berbahasa Melayu berkenaan. Adakah Dr Mahathir mendokongi agenda ini bagi merosakkan imej Najib dan membantu menaikkan imej Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lebih disenangi beliau? Perkasa: Utusan, Mahathir Berpihak Kepada Muhyiddin KUALA LUMPUR, 14 SEPT- Kegagalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengawal media naungan Umno memihak kepadanya dalam isu Pertubuhan Pribumi Perkasa(Perkasa) bukanlah kelemahan pentadbirannya semata-mata. Tetapi ia berkaitan dengan perbalahan di dalam Umno di antara orang nombor satu dan nombor dua parti Melayu itu. Keghairahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membela Perkasa dan kelantangan Utusan Malaysia menyanggah saranan Najib agar Umno menjauhkan diri dari Perkasa dikaitkan dengan pengaruh Dr Mahathir terhadap surat khabar berbahasa Melayu berkenaan. Untuk rekod sehingga berita ini ditulis Utusan sudah dua hari berturut-turut menyediakan muka surat penuh yang melaporkan sokongan orang Melayu terhadap Perkasa. Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar adalah tidak mustahil Dr Mahathir mendokongi agenda ini bagi merosakkan imej Najib dan membantu menaikkan imej Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lebih disenangi beliau. Dr Mahathir sebelum ini menyatakan Muhyiddin lebih layak menjadi Perdana Menteri kerana keberaniannya mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur selepas kegagalan Umno dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu. Sejak kebelakangan ini dalam beberapa isu terutama yang membabitkan isu rundingan berkenaan kepentingan Malaysia di Singapura(isu penyerahan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad) kurang disenangi oleh beliau. Bagi Dr Mahathir, Perdana Menteri itu terlalu berlembut dengan pihak Singapura. Atas isu-isu inilah menurut Mahfuz menjadi antara faktor yang menyebabkan bekas Perdana Menteri paling lama berkuasa itu untuk berpihak kepada Muhyiddin. "Hujahnya mudah, Dr Mahathir memang terkenal sebagai seorang yang sanggup melakukan tindakan politik yang luarbiasa bagi memenuhi agendanya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana beliau terdedah kepada isu-isu lama(semasa menjadi Perdana Menteri) yang boleh menggugat kedudukan beliau," kata Mahfuz. Tegas Mahfuz lagi, sepanjang memerintah Mahathir tidak ada rekod yang cemerlang membela orang Melayu. Semua hak Melayu tergadai semasa di bawah pemerintahannya. Berkenaan dengan trend sokongan Utusan terhadap Dr Mahathir, menurut satu sumber yang rapat dengan pihak Utusan. Senario itu bukan sesuatu yang ganjil, menurutnya hampir kesemua yang berada di dalam Lembaga Pengarah Kumpulan Utusan ketika ini dikaitkan dengan kem Dr Mahathir. Pengerusi Eksekutif Utusan sekarang Tan Sri Mohamad Hashim Ahmad Makaruddin adalah seorang yang rapat dengan Dr Mahathir dan pernah menjadi setiausaha politik beliau. "Bukan satu masalah yang besar bagi Dr Mahathir untuk mempergunakan Utusan untuk kepentingan politiknya. Walaupun Najib cuba memasukkan orang-orangnya didalam Utusan tetapi masih belum mampu menyaingi pengaruh Mahathir dalam membuat keputusan penting terutama perkara yang membabitkan Mahathir," dakwanya yang enggan mendedahkan identiti ketika dihubungi TV Selangor. TV Selangor |
| Kes bunuh Sosilawati : Polis geledah firma guaman tertuduh Posted: 14 Sep 2010 12:03 AM PDT Sepasukan polis dilihat tiba di pekarangan firma guaman, yang terletak di Jalan Kemboja 33, Off Jalan Sultan Alam Shah di sini kira-kira 10.45 pagi, namun beredar lima minit kemudian apabila gagal membuka pintu pejabat berikutan kunci yang tidak sesuai. err.. macam pernah dengar saja salah bawa kunci ni.. Kes bunuh Sosilawati : Polis geledah firma guaman milik peguam bergelar Datuk 2010/09/14 BANTING: Polis hari ini menggeledah pejabat firma guaman milik peguam bergelar Datuk di sini bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan hingga membawa kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. Sepasukan polis dilihat tiba di pekarangan firma guaman, yang terletak di Jalan Kemboja 33, Off Jalan Sultan Alam Shah di sini kira-kira 10.45 pagi, namun beredar lima minit kemudian apabila gagal membuka pintu pejabat berikutan kunci yang tidak sesuai. Polis kemudian dilihat kembali ke firma itu kira-kira 30 minit kemudian bersama seorang lelaki, yang berpakaian lokap warna ungu, dipercayai peguam bergelar Datuk itu. Peguam berumur 41 tahun itu adalah seorang daripada lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Selepas lebih satu jam berada di firma milik suspek, polis dilihat membawa keluar peralatan seperti CPU dan beberapa dokumen sebelum membawa keluar suspek dari pejabat itu kira-kira 12.30 tengah hari. Laporan sebelum ini menyebut, firma guaman berkenaan adalah lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek, dan abunya dibuang ke sungai berhampiran. Firma itu difahamkan menjadi lokasi urus niaga suspek dan mangsa. Bernama |
| Pemilihan PKR : Syed Husin sahkan tak pertahan Kerusi Timbalan Presiden Posted: 13 Sep 2010 11:42 PM PDT PETALING JAYA, 14 Sept — Senator Dr Syed Husin Ali mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti November ini.Sebagaimana dijangkakan dan pernah dimaklumkan kepada The Malaysian Insider awal tahun ini, Syed Husin berkata, sudah sampai waktunya untuk berundur meskipun pelbagai pihak meminta beliau terus bertanding. Beliau sebenarnya bercadang untuk berundur pada 2007 tetapi dipujuk bertanding sekali lagi dan menang tanpa cabaran. "Akhir-akhir ini ramai juga pemimpin pusat, negeri, cabang dan anggota biasa yang menghantar SMS atau emel dan menelefon meminta bahkan menggesa saya agar bertanding. "Macam-macam hujah mereka kemukakan. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka," kata beliau dalam kenyataan bertulis. Pemimpin berusia 74 tahun ini menambah sebenarnya beliau ingin melihat orang yang lebih muda dan aktif menggantikan tempatnya. "Walaupun dalam umur tepat 74 tahun minggu depan, insya-Allah, saya terkadang merasa belum tua lagi. "Saya ingin menumpukan lebih banyak masa kepada menulis. Selain isteri, anak dan cucu ini merupakan cinta utama saya," katanya. Justeru, ada yang berpendapat bahawa pengumuman Syed Husin hari ini akan menjadi penentu sama ada Naib Presiden Azmin Ali yang baru-baru ini menerima sokongan daripada 20 ahli Parlimen dan majoriti ADUN dari Selangor dan Negeri Sembilan akan bertanding ataupun sebaliknya. Kerusi itu kemungkinan disaingi tiga lagi calon termasuk ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak turun gelanggang. Selain Azmin dan Zaid, dua lagi pemimpin yang dijangka turun gelanggang ialah Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub dan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Dr Muhd Nur Manuty. Kesemua 218 cabang PKR akan mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing mula 17 September ini. Semalam, kepimpinan PKR Kedah mahu kesemua cabang di negeri itu mencalonkan Anwar bertanding jawatan presiden pada pemilihan kali ini. Syed Husin AliBagi jawatan timbalan presiden PKR negeri itu akan membuat pengumuman dalam sehari dua ini khususnya selepas Syed Husin mengumumkan pendiriannya hari ini. Minggu lalu Majlis Muafakat Kepemimpinan PKR Selangor mengesyorkan agar Anwar dan Wan Azizah bertanding jawatan timbalan presiden ataupun mengekalkan status quo semasa. Dalam kenyataannya, Syed Husin menamah, sudah lama beliau membayangkan hasrat mahu mengundurkan diri daripada jawatan timbalan presiden apabila sampai waktunya. "Saya telah berbincang dengan keluarga, beberapa orang pemimpin parti dan juga sahabat rapat. Kini saya mengambil keputusan tidak akan bertanding," kata beliau. Syed Husin menegaskan, keputusannya tidak bererti beliau akan meninggalkan politik ataupun Parti sepenuhnya. "Saya menceburkan diri dalam politik dengan memasuki Parti Rakyat Malaysia pada 1958. "Saya menyandang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat semenjak 2003. Politik dan perjuangan untuk rakyat sudah menjadi darah daging saya. "Oleh itu tidak mudah bagi saya meninggalkannya begitu saja," katanya. Sehubungan itu Syed Husin berkata beliau berharap agar PKR pusat, Wanita dan Angkatan Muda akan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang komited kepada asas-asas perjuangan parti seperti termaktub dalam perlembagaannya, menghormati disiplin organisasi parti, sudah teruji merentas duri dan ranjau perjuangan, bergerak secara berpasukan, menentang amalan korupsi dalam segala bentuk dan mendukung nilai akhlak yang tinggi. "Terserahlah kepada anggota-anggota parti bagi menentukan siapakah yang mereka mahu menjadi pemimpin. "Cara pemilihan, yang baru diperkenalkan oleh PKR dengan memberi setiap anggota satu undi adalah cara yang demokratik. "Jikalau tidak silap saya, parti ini merupakan satu-satunya parti politik dalam dunia yang mengamalkan cara ini. "Adalah penting cara ini dilaksana dan diamalkan oleh setiap calon yang bertanding dan setiap anggota yang mengundi dengan cara yang adil, bersih, telus dan bebas dari korupsi politik wang," katanya lagi. The Malaysian Insider |
| Kes Bunuh Sosilawati : Polis buka semula SEMBILAN kes lama Posted: 13 Sep 2010 09:55 PM PDT KUALA LUMPUR, 14 Sept — Polis dilaporkan sedang menyiasat dan membuka semula fail sembilan kes lama — yang mirip modus operandi pembunuhan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pengiring beliau yang disahkan mati kelmarin. Siasatan awal polis menunjukkan kesemua mereka dibunuh dan kesan mayat dihilangkan menggunakan cara yang sama. Foto Bernama Akhbar The Star hari ini melaporkan, kesemua yang dilaporkan hilang setakat dikaitkan dengan dua peguam adik-beradik yang ditahan berhubung kes Sosilawati. Kebanyakan kes lama membabitkan peguam. Kedua-dua adik-beradik berkenaan dikatakan suspek utama kes empat mangsa terbaru ini yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir meninggalkan Kuala Lumpur 30 Ogos lalu. Kelmarin, polis berkata pihaknya sedang menyiasat empat kes lama yang dilaporkan tahun lalu termasuk membabitkan seorang warganegara India ekoran pengakuan daripada suspek yang ditahan. Akhbar The Star memetik Ketua Polis Pulau Pinang Timbalan Pesuruhjaya Datuk Wira Ayub Yaakob melaporkan, pihaknya akan membuka kes pembunuhan melibatkan seorang peguam R Thinakaran yang mati dibunuh pada 27 Julai 2009, peguam sivil kanan Datuk S.P. Annamalai pada 6 November 2007, peguam Chew Sien Chee, 39, pada 2 Mac 2000, peguam jenayah S. Pathmanathan, 29 pada 19 Oktober 1997 dan Triptipal Singh, 60 pada 15 Oktober 1992. Akhbar itu juga berkata polis sedang menyiasat laporan orang hilang sepanjang tempoh 36 bulan lalu tetapi kebanyakan aduan dibuat tidak cukup bukti yang kukuh. Laporan New Straits Times pula melaporkan kesemua empat mangsa terbaru mati selepas mereka dikelar oleh pembunuh mereka. Sosilawati dikatakan menemui peguam-peguam terbabit untuk mendapatkan semula wang pendahuluan berhubung urusan jual beli sebidang tanah di Bukit Jambul, Pulau Pinang yang telah gagal. Sosilawati dijanjikan wang yang mencecah jutaan ringgit itu akan dipulangkan tetapi perlu menemuinya di firma mereka di Banting. Bagaimanapun peguam adik-beradik berkenaan dikatakan terkejut apabila mendapati Sosilawati datang bersama pegawai bank dan peguam sedangkan mereka menjangkakan Sosilawati hanya akan datang bersama pemandunya. Mereka sepatutnya mengadakan pertemuan di firma peguam tetapi disebabkan pejabat tutup mereka bertemu di ladang ternakan yang terdiri daripada kemudahan mewah dan canggih. Kesemua empat mereka dikatakan dibunuh pada hari yang sama. Laporan sebelum ini menyebut mereka dipukul sampai mati dan kemudian dibakar. Sementara itu, Berita Harian menyebut, senjata berbentuk cangkuk diguna untuk membunuh Sosilawati sebelum dibakar. Akhbar itu melaporkan perkara tersebut didedahkan oleh seorang suspek berusia dalam lingkungan 20-an semalam, yang turut membawa polis ke tempat senjata berkenaan dan beberapa barang peribadi mangsa dibuang di bawah jambatan Sungai Kanchong Laut. Akhbar yang sama juga melaporkan bahawa 'ladang maut' itu yang terletak di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dipercayai dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mewah. Pusat penternakan itu juga mempunyai chalet dan rumah kelab yang dipercayai lengkap dengan bar dan sistem hiburan canggih termasuk bilik karaoke. Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar. Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat. Selain Sosilawati, pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Mengenai motif kejadian tragis itu, Bakri berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati. Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati. Malah menurut Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu. The Malaysian Insider |
| Kes Bunuh Sosilawati : Wanita India bongkar ladang maut Posted: 13 Sep 2010 09:43 PM PDT Seorang suri rumah itu yang menetap di Ramapuram, Chennai mendakwa suaminya, Allal Kathan Muthuraja, 34, tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.Muthuraja antara empat individu yang hilang sejak setahun lalu selepas berurus niaga dengan peguam bergelar Datuk di Banting. Isteri jejak suami hilang selepas jumpa peguam 18 Januari lalu KUALA LUMPUR: Isteri ahli perniagaan dari Chennai, India, S Usharani, 24, bimbang suaminya yang hilang sejak 18 Januari lalu turut menerima nasib sama seperti jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya. Suri rumah itu yang menetap di Ramapuram, Chennai ketika dihubungi Berita Harian, semalam, mendakwa suaminya, Allal Kathan Muthuraja, 34, tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati. "Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), suami menelefon dan memberitahu beliau dijemput dua beradik itu. Mereka saling mengenali sejak 10 tahun. "Dalam perbualan itu, selain bertanyakan khabar anak perempuan kami berusia tiga tahun, beliau juga memberitahu dua peguam terbabit akan membawanya ke ladang milik mereka di Banting. "Keesokan harinya (19 Januari), saya cuba menghubungi telefon bimbit suami beberapa kali tetapi gagal. "Saya bimbang keselamatan suami lalu menghubungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, namun tiada maklum balas sehingga sekarang," katanya. Muthuraja antara empat individu yang hilang sejak setahun lalu selepas berurus niaga dengan peguam bergelar Datuk di Banting. Usharani berkata, pada 12 Februari lalu, beliau menerima panggilan misteri seorang lelaki yang mendakwa dirinya polis dan memaklumkan suaminya ditahan polis kerana kesalahan memiliki dadah. "Dia meminta RM1 juta untuk membantu menyelesaikan kes itu, bagaimanapun saya tidak mempedulikannya. Pada 20 Februari, saya menerima satu lagi panggilan daripada seorang yang turut memperkenalkan dirinya sebagai polis dan meminta RM1 juta untuk tujuan sama. Dia meminta RM500,000 sebagai pendahuluan. "Saya keliru dengan kedua-dua panggilan itu dan sekali lagi hubungi pejabat pesuruhjaya di Kuala Lumpur untuk mendapat kepastian sama ada suami ditahan polis seperti didakwa, namun tiada jawapan," katanya. Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang ke Malaysia. "Saya tiba di KLIA pada 8 September lalu dan membuat laporan di Balai Polis Banting. Saya turut memaklumkan suami menyebut beliau dibawa ke ladang milik seorang peguam di Banting," katanya. Difahamkan, berdasarkan maklumat Usharani itulah polis menyerbu Ladang Gadong sebelum menemui lokasi Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan laporan Usharani, tetapi enggan mengulas lanjut. Sementara itu, sumber polis memberitahu nasib empat mangsa yang hilang belum dapat dipastikan, namun tidak menolak kemungkinan mereka menerima nasib seperti Sosilawati dan rakan. "Pasukan forensik dan Jabatan Kimia masih meneruskan siasatan termasuk mencari spesimen dan bukti berkaitan empat mangsa itu. "Suspek dipercayai menjadikan ladang mereka yang lengkap dengan chalet, blok pejabat dan rumah kelab sebagai lokasi bertemu dan memperdayakan mangsa mereka. "Ia bukan sekadar ladang sawit dan kandang ternakan, tetapi lengkap dengan semua kemudahan. Lokasinya yang terpencil dan dikelilingi tembok setinggi dua meter menyukarkan kegiatan mereka dikesan," katanya. Berita Harian Online |
| Kes Bunuh Sosilawati : Mereka Juga DISEMBELIH.. Posted: 13 Sep 2010 09:00 PM PDT 2010/09/14 BANTING: Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal, Sosilawati Lawiya, 47, lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam. di Sungai Kanchong Laut, semalam. Sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu. "Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan. "Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut," katanya. Dalam sidang akhbar kelmarin, Sosilawati bersama tiga mangsa lain disahkan dibunuh kejam di ladang persendirian milik suspek utama yang terletak di Sungai Gadung, Tanjung Sepat. "Bagaimanapun, polis berjaya mengesan suspek utama bergelar Datuk berusia 41 terbabit dan adiknya berusia 38 tahun sebelum kedua-dua mereka ditahan di rumah mereka yang terletak di Taman Cempaka, kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu. "Setakat ini, polis menemui pisau yang digunakan untuk tujuan pembunuhan terbabit selepas melakukan pemeriksaan rapi di kawasan sungai dan parit berhampiran tapak ladang berkenaan malam Ahad lalu," kata sumber itu. Berdasarkan maklumat dikumpul, pisau terbabit dibuang ke dalam sungai bersama abu mayat mangsa bagi menghilangkan bukti jenayah kejam dilakukan. "Pisau milik kumpulan pembunuh itu ditemui selepas salah seorang suspek yang ditahan memberikan maklumat kepada polis. Setakat ini, polis percaya, pisau itu digunakan untuk membunuh semua mangsa berkenaan" katanya. Menurutnya, dalam operasi kelmarin, polis Unit Forensik Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur melakukan siasatan rapi terhadap lokasi kejadian manakala anggota polis dari Jabatan Kimia Bukit Aman melakukan pemeriksaan di kawasan Sungai Panchau di sini. Difahamkan polis turut menemui sisa pembakaran antaranya tulang dan tisu tubuh yang boleh dikaitkan dengan identiti mangsa yang hilang. Sementara itu, pasukan penyelam polis meneruskan usaha menyelam di dasar Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah bagi mencari objek yang boleh dikaitkan dengan kes pembunuhan berkenaan, semalam. Dalam sidang akhbar kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin memberitahu empat mangsa berkenaan dipercayai diseksa, dibelasah, selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah. Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah. Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh. Susulan kes itu, polis memberkas lapan suspek termasuk dua wanita antara Jumaat hingga Ahad lalu membabitkan suspek berusia 19 hingga 45 tahun. myMetro |
| Kes Bunuh Sosilawati : Cangkuk diguna untuk membunuh Posted: 13 Sep 2010 08:43 PM PDT Senjata berbentuk cangkuk sepanjang 30 sentimeter dikatakan digunakan untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sebelum mangsa dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.Gambar: ANGGOTA forensik bersama jam tangan (dalam bulatan) yang ditemui ketika mencari bukti kes bunuh Sosilawati di Sungai Kanchong Laut. Perkara itu didedahkan salah seorang suspek berusia dalam lingkungan 20-an semalam, yang turut membawa polis ke tempat senjata berkenaan dan beberapa barang peribadi mangsa dibuang di bawah jambatan Sungai Kanchong Laut. Dalam operasi bermula jam 4.30 petang yang turut mendapat bantuan Unit Penyelam Pasukan Gerakan Marin, polis bagaimanapun hanya menjumpai seutas jam tangan dipercayai milik seorang mangsa, manakala cangkuk berkenaan gagal ditemui. "Pasukan penyelam yang mencari semua bahan bukti itu, termasuk senjata terbabit, menghadapi kesukaran kerana air sungai terlalu keruh dan cetek," katanya. Beliau berkata, operasi mencari bahan bukti itu terpaksa dihentikan, kira-kira 7 malam berikutan keadaan gelap. Kelmarin, polis menemui beberapa spesimen, termasuk tulang dipercayai milik mangsa yang dibuang dalam Sungai Mesuk dan Panchau. Beberapa barang peribadi mangsa turut ditemui daripada beberapa suspek dan di tempat kejadian, termasuk jam tangan Sosilawati. Pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, terbongkar selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa sejak 30 Ogos lalu. Sementara itu, tinjauan di firma peguam terbabit di Jalan Sultan Alam Shah di sini, mendapati premis itu ditutup dan diletakkan garisan polis, petang semalam. Difahamkan, premis itu adalah lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek. Sumber memberitahu firma guaman itu dipercayai lokasi urus niaga di antara suspek dan mangsa dilakukan sebelum ini, manakala tinjauan di rumah suspek utama di Taman Cempaka di sini mendapati ia tidak berpenghuni dan berkunci. Dalam perkembangan berkaitan, ibu bapa dua beradik peguam itu dipercayai tiba di tanah air malam kelmarin selepas sebulan bercuti di India sebaik dimaklumkan mengenai penahanan kedua-dua anak mereka. Berita Harian |
| Kes Bunuh Sosilawati : Mayat dibakar guna Tahi Lembu dan Petrol Posted: 13 Sep 2010 08:10 PM PDT by Greenboc Mangsa, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki dipercayai telah dibakar menggunakan tahi lembu dan petrol, satu kaedah tradisional amat berkesan untuk menghancurkan satu badan manusia dan menghasilkan abu di antara 30 minit hingga sejam.Badan manusia yang sederhana mengambil masa kira kira dua atau tiga jam untuk membakar sepenuhnya apabila berada dalam sebuah keranda atau relau, dengan kepanasan 1,100°C. Kaedah tradisional ni yang berasal dari India, melibatkan penggunaan tahi lembu yang dilumur pada tubuh dan mencurahkan minyak petrol utk dibakar. Satu gas dibebaskan dari tahi lembu dapat meningkatkan kepanasan yang tinggi dan dapat memusnahkan tubuh badan serta menghasilkan abu dengan cepat. Kesannya, hanya tinggal femur (tulang paha) dan tulang pelvis yang masih utuh.
|
| Kes Bunuh Sosilawati : Beliau mungkin selamat jika empat aduan awal diselesai? Posted: 13 Sep 2010 10:56 AM PDT Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan apakah kemungkinan tragedi yang menimpa empat mangsa ini termasuk Datuk Sosilawati dapat dielakkan jika polis telah dapat bertindak dengan tegas sejak awal sebaik sahaja menerima laporan mengenai suspek utama tahun lalu.. Kes Sosilawati: Mangsa mungkin selamat jika empat aduan awal diselesai? KUALA LUMPUR, 13 Sept - Beberapa pihak mempersoalkan apakah kemungkinan nyawa jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dapat diselamatkan jika polis telah menyelesaikan empat aduan termasuk membabitkan seorang ahli perniagaan dari India yang didakwa hilang sebelum ini."Yang saya mempersoalkan ialah apakah kemungkinan tragedi yang menimpa empat mangsa ini termasuk Datuk Sosilawati (gambar) dapat dielakkan jika polis telah dapat bertindak dengan tegas sejak awal sebaik sahaja menerima laporan mengenai suspek utama tahun lalu?" kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider hari ini. Sehubungan itu kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini, pihak polis perlu memberi penjelasan terperinci status laporan yang dibuat terhadap suspek utama yang kini dikaitkan dengan pembunuhan Sosilawati sepanjang tahun lalu. "Polis mengakui mereka pernah menerima aduan mengenai kehilangan sebelum ini termasuk laporan mengenai kehilangan seorang warga India. "Oleh itu saya hendak bertanya apa tindakan polis ke atas aduan-aduan ini... apakah hasil siasatan ke atas aduan-aduan itu," kata beliau. Mahfuz menambah, apakah suspek utama ini kemungkinan tidak dapat ditangkap sekiranya tragedi terbaru ini tidak berlaku dengan suspek akan kekal bebas. "Nampaknya suspek ini hanya dapat ditangkap selepas Sosilawati dan tiga lagi mangsa sudah menjadi abu," kata beliau lagi. Dua orang peguam adik-beradik termasuk seorang yang bergelar "Datuk" yang dipercayai menjadi "dalang" kejadian pembunuhan Sosilawati dan tiga mangsa lain yang dibunuh, dibakar dan abu mereka dibuang ke dalam sungai. Semalam, polis juga mendedahkan pihaknya ada menerima aduan terhadap adik-beradik itu yang berusia 38 dan 41 tahun berhubung kehilangan tiga orang lain tahun lalu. Seorang jutawan dari Chennai, India dikatakan pernah terlibat dalam perniagaan usaha sama dengan adik-beradik berkenaan. Mengikut laporan media, ahli perniagaan berkenaan dikatakan telah dipujuk agar datang ke Malaysia tahun lalu dan menyewa sebuah rumah di Bandar Sungai Emas, Banting. Ahli perniagaan itu dilaporkan kelihatan bersama adik-beradik berkenaan selama beberapa bulan sebelum hilang. Pada Februari lalu, keluarga ahli perniagaan berkenaan datang ke Banting tetapi tidak dapat berhubung dengannya. Keluarga berkenaan kemudian membuat laporan polis tetapi tidak ada perkembangan selepas itu. Semalam polis mengesahkan pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi selepas dilaporan hilang sejak awal bulan ini. Sosilawati kali terakhir dilihat berada di Banting pada 2 September lalu ketika membeli kerepek. Termasuk adik-beradik itu lapan orang ditahan setakat ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar. Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat. Selain Sosilawati, pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Mengenai motif kejadian tragis itu, Bakri berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati. Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati. Malah menurut Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu. Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka. Dalam kenyataannya, Mahfuz menambah, penahanan suspek utama ini juga ada kaitan dengan dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang berkata, polis tidak harus dikenakan tekanan dalam menjalankan tugas dan operasi mereka. "Apakah ini menandakan apa yang diperkatakan oleh Musa adalah betul, di mana polis menerima tekanan daripada pihak atasan," katanya. Musa memberikan kenyataan itu beberapa hari sebelum bersara semalam. Dalam pada itu, kenalan rapat Sosilawati menganggap peristiwa tragis dan kejam yang menimpa jutawan kosmetik itu sebagai sesuatu yang sukar diterima. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang merupakan rakan serta jiran Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak berkata selagi DNA tulang yang ditemui belum mengesahkan ia adalah Sosilawati, selagi itulah beliau masih berharap ada harapan untuk melihat rakannya itu pulang. "Saya masih berharap akan berlaku keajaiban dan sehingga belum dapat dipastikan saya tidak menganggap dia telah menjadi arwah," katanya ketika mengunjungi keluarga Sosilawati hari ini. Beliau berkata penduduk di sekitar Taman Harmonis yang prihatin atas apa yang menimpa Sosilawati telah membuat solat hajat sejak beliau dilapor hilang dan ia akan berterusan sehingga mendapat pengesahan. Bagi Datuk Suhaimi Ibrahim yang merupakan setiausaha politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pembunuhan yang berlaku itu sukar dipercayai kerana ia sesuatu yang sangat kejam, zalim serta tidak bertamadun. Beliau yang merupakan kenalan rapat Sosilawati sejak tujuh tahun lepas, berkata kali terakhir beliau dihubungi Sosilawati ialah pada 29 Ogos lepas iaitu sehari sebelum Sosilawati bersama tiga lagi mangsa ke Banting bagi urusan pembelian tanah. "Sosilawati menghubungi saya untuk berjumpa pada tarikh itu bagi mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai penjualan tanahnya di Bukit Jambul, Pulau Pinang tetapi saya tidak boleh menemui beliau pada hari itu kerana ada urusan lain dan saya maklumkan padanya untuk bertemu pada 31 Ogos," katanya. Beliau berkata pada 31 Ogos, beliau cuba menghubungi Sosilawati untuk mengesahkan pertemuan itu tetapi panggilannya tidak dijawab. "Sangat pelik bila dia tidak jawab telefon sebab Sosilawati jarang buat begitu, kalau ada 'miss call' dia akan cepat-cepat telefon semula. Pada 1 September saya cuba menghubungi beliau lagi tetapi telefonnya dimatikan," katanya. Beliau berkata pada pertemuan mereka sebelum bulan puasa, Sosilawati pernah memaklumkan kepadanya tentang tanah itu selain hasrat untuk menyenaraikan syarikatnya dalam bursa saham. "Beliau merupakan ikon wanita, beliau salah seorang pelopor usahawan kosmetik yang menjadi ikutan dan contoh pada usahawan lain," katanya. Sementara itu adik Sosilawati, Masturi Lawiya berkata malam ini solat hajat dan kenduri tahlil akan diteruskan di kediaman Sosilawati manakala solat hajat dan tahlil turut diadakan di rumah ibu bapanya di Batu Pahat semalam. Pengusaha stokis produk kecantikan Nouvelle Visages di Kampung Baru pula berkata beliau mengenali Sosilawati sejak tahun 1985 dan sepanjang perkenalan itu Sosilawati adalah seorang wanita yang baik hati dan dermawan. "Kali terakhir kami berjumpa sebelum Ramadan lalu dan amat sukar untuk mempercayai apa yang berlaku. Diharapkan anak-anak dan keluarga Sosilawati tabah dan redha dengan apa yang berlaku," katanya yang enggan namanya disiarkan. The Malaysian Insider |
| Kes Bunuh Sosilawati : Kalaulah tertuduh telah menyertai MIC... Posted: 13 Sep 2010 10:26 AM PDT Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah, Peguam bergelar Datuk yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain bercadang untuk menyertai MIC.. Nampaknya Murugiah awal-awal lagi telah menolak sebarang spekulasi yang akan mengatakan bahawa tertuduh menpunyai kaitan dengan MIC.. lebih kurang sediakan payung sebelum hujan lah.. Tetapi kenapa perlu beliau berkata demikian?? macam ada benda yang tak kena saja ni.. Jika benarlah apa yang Murugiah katakan itu,iaitu masih ada orang yang mahu menjadi ahli MIC cuba anda bayangkan.. adakah tertuduh itu akan ditahan oleh pihak berkuasa andaikata beliau adalah seorang ahli MIC yang mempunyai jawatan dan bergelar Datuk pula? Adakah kes ini akan berlalu begitu saja? seperti yang kita tahu mengenai kes Altantuya.. Peguam Disyaki Dalang Bunuh Sosilawati Mahu Sertai MIC Peguam bergelar Datuk yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain bercadang untuk menyertai MIC, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.Murugiah berkata, beliau bertemu dengan suspek pada program komuniti Hari Raya di Bukit Cheeding, Banting pada 8 September iaitu tiga hari sebelum suspek ditahan polis. "Saya dijemput untuk menyerahkan sumbangan yang ditaja beliau (suspek) untuk komuniti orang asli di kawasan itu. "Ia merupakan pertemuan kali pertama dengan dia. Saya lihat dia seorang yang pemurah dan peramah tetapi tidak menyangka di sebaliknya," katanya kepada media selepas mengunjungi rumah keluarga Sosilawati di sini. Murugiah berkata, pada awalnya tiada masalah bagi suspek untuk menyertai MIC kerana suspek merupakan seorang peguam berpendidikan tinggi. "Saya menasihatkan dia supaya mengisi borang keahlian dan perkara itu akan dimaklumkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu," katanya. Bagaimanapun jelasnya, MIC tetap tidak akan menerima suspek untuk menyertai parti sekiranya didapati tidak bersalah berikutan rekodnya sebelum ini dipertikaikan. Menurutnya, MIC mahukan pemimpin yang bersih dan bukan golongan seperti itu. "Kita hendak buat baik dengan orang, buat baik dengan rakyat, itulah pemimpin yang sepatutnya kita cari dalam parti," kata Murugiah. Beliau menambah, kemungkinan gelaran 'Datuk' suspek juga perlu disiasat kesahihannya agar tidak menyelewengkan pemikiran rakyat. mstar |
| Pemilihan PKR : Jangan Mendakwa Mendapat Restu Saya - DSAI Posted: 13 Sep 2010 10:11 AM PDT Kata DS Anwar Ibrahim.. adalah hak anggota memilih berdasarkan prinsip perjuangan parti. Saya menginginkan persaingan yg sihat, dengan semua calon yang dikemuka mematuhi etika pemilihan sepenuhnya dan tidak mendakwa mendapat restu saya. Beliau juga tidak akan menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam parti. Jalani Tanggungjawab Demokratik Dengan Etika By Anwar Ibrahim Parti Keadilan Rakyat memperkenalkan sistem pemilihan yang demokratik; memberi ruang kepada setiap anggota menentukan calon pilihan mereka.Maka di atas pundak setiap anggota dibebankan tanggungjawab untuk memastikan idealisme perjuangan dan tuntutan reformasi terus dipertahankan dengan penuh rasa tanggungjawab. Prinsip tersebutlah yang kelak menjadi asas pertimbangan, dan bukannya tuntutan luaran atau sogokan. Kaedah etika pemilihan wajib dipatuhi semua. Rakan2 serta pemimpin di peringkat akar umbi juga melahirkan keprihatinan dan melontarkan beberapa cadangan tambahan buat pertimbangan pimpinan. Maka sesuai ditegaskan bahawa adalah hak anggota memilih berdasarkan prinsip perjuangan parti. Saya menginginkan persaingan yg sihat; dengan semua calon yang dikemuka mematuhi etika pemilihan sepenuhnya dan tidak mendakwa mendapat restu saya. Saya juga tidak akan menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam parti. ANWAR IBRAHIM |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan