. |
| Terikini Langsung Dari Istana Balai Besar Posted: 12 Sep 2010 09:29 PM PDT Sudah Sah Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Kelantan MAKLUMAT yang baru saya terima majlis pengistyharan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan telah pun selamat diadakan. Majlis itu bermula jam 12:21 minit tengah hari sebaik keberangkatan tiba Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Menurut SMS yang dihantar oleh seorang wakil rakyat, upacara pagi ini diadakan berikutan persidangan Majlis Perajaan Kelantan (MPK) yang diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan (SUK) jam 9:00 pagi ini. Menurut SMS itu pada majlis itu juga Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat pengistyharan rasmi pada menjalankan Kuasa-kuasa 29A bersetuju memilih berkuat kuasa hari ini, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan adalah Tengku Muhammad Fariz Petra. Pengistyharan itu diakhirnya dengan takbir sebanyak tiga kali sebagai menjujung duli. "Dengan pengistyharan itu maka rasmilah Tengku Muhammad Faris sebagai sultan. Majlis ringkas di Istana Balai Besar itu disudahi dengan doa oleh Mufti Kerajaan Kelantan," demikian lapor wakil rakyat berkenaan. Turut hadir pada upacara ringkas di Istana Balai Besar itu ialah Pengerusi MPK ahli-ahlinya, para pembesar negeri, Menteri Besar dan para wakil rakyat. Daulat Tuanku! [wm.kl 12:30 t/hari 13/09/10] |
| Posted: 12 Sep 2010 07:31 PM PDT Iktibar Atas Kematian Kejam Sosilawati? APA lagi yang boleh dikatakan, Sosilawati bersama tiga rakannya telah mati. Menyedih dan memilukan kerana kematian mereka tragis. Seperti mana menurut polis, sebelum nyawa mereka terpisah dari jasad, mereka terlebih ditahan, dipukul sehingga mnati kemudian dibakar. Abunya pula dihanyutkan ke dalam sebuah sungai. Apa lagi bentuk kematian paling tragis dari itu. Sebelum ini kita pernah mendengar kekejaman yang menimpa seroang ahli politik bernama Mazlan Idris. Beliau mati apabila disembelih kemudian anggotanya dikerat 16 atau 18 oleh penjenayah perempuan bernama Monapandi bersama dua pembantunya termasuk si suaminya Apandi dan Jurimi.Selepas itu kita dengar pula kematian pragawati dari Mongolia bernama Altantuya. Altautya dibunuh mungkin ditembak kemudian mayatnya diletup menggunakan C4. Bommmm... berkecai. Kedua kejadian itu Mazlan dan Altantuya dikira masih belum kejam. Sebab, sebanya mereka tidak dibakar dan abunya tidak dihanyutkan ke sungai. Sosilawati adalah orang Islam. Jenazah orang Islam tidak dibakar dan abunya tidakdihanyutkan ke sungai macam Hindu dan atau Buddha. Maat orang Islam dimandikan kemudian disembahyang dan dibawah ke kubur. Apabila kematian Sosilawati dan rakannnya itu (tidak berdosa), dengan cara itu ia sungguh kejam dan trajiskan. Babak dalam filem pun tidak ada sekejam itu. (Mungkin selepas ini ada kerana mengambil idea dari kejadian itu). Iya penjenayah tidak ada hati perut. Mereka juga tidak ada perikemanusiaan. Kalau mereka ada akal, ada hati perut dan ada perikemanusiaan mungkin pembunuhan tidak akan berlaku. Pembunuh sebenarnya lebih gila daripada orang yang tidak waras. Betapa gilanya tindakan orang gila tetapi ia masih ada ruang senggangnya. Bila ia tidak diserang gila dia kembali norma. Tetapi pembunuh Sosilawati dan rakan itu asalnya orang waras. Yang terjadi sudah terjadi. Yang tinggal hanya nama dan kenangan. Apa yang berlaku perlu dijadikan sempadan dan diambil iktibar darinya oleh semua orang. Melihat apa yang menimpa jutawan kosmetik itu saya dapat simpulkan beberapa simpulan berikut: 1. Kalau hendak menjalankan urusniaga kenal pastikan orangnya dulu. Seeloknya minta pandangan dan nasihat daripada mereka yang berpengalaman. Jangan jalankan urusan niaga bersendirian, kalau kita seorang jutawan harus gunakan perantaran. 2. Dalam kes-kes membabitkan wang tunai jutaan ringgit, hendaklah minta polis memberi bantuan kawalan keselamatan tambahan. Sahkan dulu apa-apa yang hendak dibeli itu menerusi agensi yang sah. Kalau tanah sahkan dengan pejabat tanah terlbih dahulu. 3. Hidup jangan bergalagak besar. Usah cerita mengenai kekayaan kita kepada orang ramai. Jangan takabur dan suka membesarkan diri. Bermegah dengan kecantikan, kehebatan dan kekayaan satu dosa. Ikut rasmi padi makin berisi makin merunduk. 4. Jangan mudah percaya kepada profesyen seseorang. Hari ini manusia sudah tergamak melakukan apa saja untuk hidup mewah. Penjenayah bukan lagi bermisai, rambut panjang atau berwajah huduh seperti dalam filem. Tetapi pembunuh juga smart dan kacak berkereta besar dan kelihatan pemurah. 5. Sebaik hendak melakukan sesuatu yang besar atau luar biasa, buatlah sembahyang istikharah terlebih dulu kalau kita seorang Islam. Kepada keluarga Sosilawati dan tiga yang lain diucapkan takziah, redhalah atas apa yang berlaku dan anggaplah ianya ada hikmah tersendiri di sebalik takdir itu. Setiap yang bernyanwa itu pasti akan mati. Sehubungan itu tahniah kepada Polis Diraja Malaysia dibawah pimpinan ketuanya baru Ismail Omar berjaya merungkaikan pembunuh itu dalam kadar segera. [wm.kl.10:30 am 13/09/10] |
| Berita Sejukpanas Dari Kelantan Posted: 12 Sep 2010 06:22 PM PDT Tengku Faris Petra Dimasyurkan Sebagai Sultan Kelantan Pagi Ini? [terkini] 11:14 Mesyuarat khas Exco Kelantan baru selesai. Wakil Rakat Pas yang berada di JKR 10 telah selesai diberi taklimat. Mereka kini sedang bergerak ke Istana Balai Besar, yang jaraknya kira-kira 2 setengah km untuk menghadiri satu upacara istimewa di sana. BEBERAPA orang wakil rakyat Pas kini berada di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10, Kampung Sireh Kota Bharu. Pada masa ini Exco sedang mengadakan mesyuarat khas di SUK. Satu taklimat ringkas akan disampaikan ekoran keputusan mesyuarat khas berkenaan kepada para wakil rakyat Pas. ISTANA Balai Besar di Kota Bharu akan menjadi tumpuan hari ini. Hari ini akan berlangsung satu majlis di istana penuh bersejarah itu di mana kemungkinan pemasyuran Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan.Walaupun tidak ada apa-apa perkhabaran dan pernyataan rasmi dikeluarkan berhubung upacara yang akan berlangsung itu namun tanda-tanda dilangit dan dibumi menunjukkan akan berlaku sesuatu yang mengejutkan satu pihak di Istana berkenaan dan bakal mengembirakan rakyat Kelantan seluruhnya. Pada masa ini kesemua wakil rakyat Kelanhtan sudah mula bergerak menuju ke Kota Bharu untuk menghadiri upacara di istana berkenaan yang tidak dimaklumkan kepada mereka apakah tujuannya. Difahamkan wakil rakyat menerima jemputan lewat malam tadi menerusi SMS yang meminta menghadirkan diri ke Istana Balai Besar. Sebahagian wakil rakyat lain pula dijemput menghadiri majlis makan tengah hari bersama Pemangku Raja, Tengku Mohamad Faris. Seorang wakil rakyat dihubungi berkata beliau menerima jemputan malam tadi menerusi SMS, tanpa diketahui apakah tujuannya. "Saya terima jemputan malam tadi dan kini sudah mahu bertolak ke Kota Bharu," jelas wakil rakyat berkenaan. Sementara itu seorang lagi wakil rakyat memberi tahu beliau menerima jemputan agar menghadiri majlis makan tengah hari bersama Pemangku Raja. Bagaimana pun katanya beliau menjawab tidak dapat hadir kerana berada di Kuala Lumpur walaupun beliau kini sedang terbang ke Kota Bharu. Ahli mesyuarat kerajaan negeri (Exco) seperti mana dimaklumkan semalam mengadakan mesyuarat khas pagi ini. Majlis di Balai Besar dijangka akan berlangsung jam 11:30 pagi. [wm.kl. 9:25 am 13/09/10] |
| You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan