Isnin, 13 September 2010

al-brangi

al-brangi


Mahathir dan 'Perkasa' feningkan Umno?

Posted: 12 Sep 2010 05:00 PM PDT

Sekarang Umno baru ter'sentak'...... Umno baru terkejut dari mengelamun.....Umno baru sedar, rupa-rupanya ber'dekat-dekat' dengan 'Perkasa' amat bahaya.

Pada mulanya dulu Umno ingatkan, 'Perkasa' boleh menarik semula sokongan Melayu pada Umno......rupa-rupanya 'Perkasa' bermain rentak sumbang.....sokongan kaum lain mula menyisihkan diri.

Setelah kecundang dalam beberapa siri PRK terutama yang terakhir di Sibu, barulah Umno sedar tanpa sokongan kaum Cina dan lain-lain, Umno tak kemana-mana, malah berkemungkinan besar akan 'hanyut' dalam keangkuhannya.

Dalam Umno mengarahkan ahlinya menjauhkan diri dari 'Perkasa'......mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir pulak berkata Umno perlu mendekatkan diri dengan 'Perkasa'.....kalau tidak Umno akan hilang sokongan melayu dalam PRU13 nanti.

Akar umbi Umno tentu bercelaru......hendak ikut arahan Presiden Umno atau nak ikut mantan Presiden Umno.

Nota:

......Umno perlu jauhkan diri dengan 'Perkasa'.....itu arahan jelas dari Presiden Umno...manakala Mahathir pula adalah penyokong kuat 'Perkasa' dan menyarankan Umno perlu rapat dengan 'Perkasa'......kalau ikut congak matematik mudah, senang saja.....Umno perlu menjauhkan diri dengan Mahathir?.....ada berani kaa?

Tiada ulasan: