Biaqpila |
- Cek RM4 bilion: Kelantan senarai hitam l’DA World
- Kes Sosilawati: Waran tangkap ketua Pemuda PKR, MP Kapar diberi amaran
- Ahli PKR Jangan Peduli Kepada Pengacau
- Sosilawati mati teraniaya: Nik Aziz
- Pembunuhan Altantuya, Sosilawati Ada Persamaan
- Maksiat Atas Jejantas
- Harga tokek 400gram sama dengan harga Toyota Alphard Vellfire?
- Pesta mabuk sambut raya di Desa Pandan
| Cek RM4 bilion: Kelantan senarai hitam l’DA World Posted: 22 Sep 2010 03:00 PM PDT Rizal Tahir ![]() KOTA BHARU, 22 Sept: Kerajaan Kelantan akan menyenaraihitamkan sebuah syarikat yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu berikutan pengumuman sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri atau parti juga tidak pernah melantik Nik Din Nik Mat, yang juga adiknya mewakili beliau menerima replica cek berjumlah RM4 bilion pada majlis makan malam baru-baru ini. Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini sebentar tadi. Menurutnya lagi, Syarikat I'DA World Group Sdn Bhd (l'DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya. "Saya tak hantar langsung wakil saya untuk menerima cek, malah media yang mendakwa penerima itu adalah wakil saya, karut belaka," ujarnya. Kerana itu, katanya syarikat berkenaan akan disenaraihitamkan. Beliau bagaimanapun mengakui pemilik syarikat terbabit ada bertemu dengannya di rumah dan pejabat, namun ianya tidak membincangkan pasal perlantikan wakilnya hadir pada majlis itu nanti. Dua malam lalu, syarikat I'DA World telah mengumumkan sumbangan RM4 billion kepada PAS Kelantan pada majlis makan malamnya yang diadakan disebuah hotel. Replika cek berkenaan disampaikan oleh pengerusi eksekutif syarikat terbabit, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Nik Din yang juga adinda Tuan Guru. Bagaimanapun, semalam Nik Din menafikan beliau mewakili mana-mana pihak. Katanya, kehadiran beliau hanya memenuhi jemputan peribadi dari syarikat tersebut. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ketika ditemui memberitahu tindakan syarikat terbabit boleh menjejaskan kerajaan negeri. Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut khususnya berhubung motif perkara itu. "Ianya akan menjejaskan parti dan kerajaan. Kita semua tak hadir pada majlis itu sebab memang tak pernah bincangpun," ujarnya. HD |
| Kes Sosilawati: Waran tangkap ketua Pemuda PKR, MP Kapar diberi amaran Posted: 22 Sep 2010 09:30 AM PDT ![]() SHAH ALAM, 22 Sept – Polis memberi amaran kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin bahawa waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya jika terus mengelakkan diri daripada memberi keterangan berhubung dakwaannya yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya (gambar). Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Shamsul Iskandar sepatutnya hadir di balai polis jika benar mempunyai bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaannya itu. "Shamsul sendiri tahu keterangannya diperlukan polis bagi membantu siasatan kes ini, namun dia masih tidak muncul dan telefon bimbitnya pula ditutup sekarang. Kalau ada bukti, datang kepada polis dan sahkan dakwaannya itu ... kita beri peluang. "Polis akan keluarkan perintah mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah jika enggan untuk hadir membantu siasatan polis. Bagaimanapun, tindakan mengeluarkan waran tangkap terhadap Shamsul Iskandar adalah sebagai langkah terakhir jika polis masih gagal hubungi beliau," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan Balai Polis Bergerak dan Motosikal oleh Sime Darby Property Bhd kepada Polis Kontinjen Selangor dekat sini, hari ini. Pada majlis itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) yang diubahsuai menjadi balai polis bergerak dan tiga buah motosikal jenis Honda Wave 100cc yang kesemuanya bernilai RM617,250 diserahkan kepada polis oleh Pengarah Urusan Sime Darby Property Bhd (Sime Darby), Tunku Datuk Putra Badlishah Tunku Annuar. Media sebelum ini melaporkan, Shamsul Iskandar menerusi siaran berita portal TV Selangor pada 13 Sept lepas mengaitkan kepimpinan tertinggi pasukan polis sebagai yang didakwa terbabit dalam pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga lagi rakannya. Sosilawati, 47, bersama pemandu, Kamarudin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang 30 Ogos lepas sebelum ditemui mati dibunuh di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. Khalid juga memberi amaran kepada Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam supaya tidak mengganggu siasatan polis dengan membawa isteri ahli perniagaan warga India yang dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini, S. Usharani ke lokasi pembunuhan Sosilawati. "Polis sudah pun merekodkan keterangan Usharani pada 8 September lepas dan akan meminta beliau datang semula dengan anaknya untuk membantu siasatan kita lagi termasuk untuk mengambil sampel DNA. "Jadi, mana-mana ahli politik jangan cuba menjadi pegawai penyiasat dengan mencampuri urusan kita. Kalau jadi ahli politik buatlah kerja untuk membantu rakyat bukannya buat kerja polis," katanya. Suri rumah itu yang menetap di Ramapuram, Chennai ketika dihubungi media sebelum ini, mendakwa suaminya, Allal Kathan Muthuraja, 34, tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati. Sementara itu, dalam majlis berasingan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor menyampaikan penghargaan kepada Khalid atas kejayaan polis menyelesaikan kes Sosilawati. Yang Dipertuanya, Abdullah Mansor berkata, Sosilawati dan tiga rakannya itu adalah anggota biasa Perkasa daerah Klang sejak pertubuhan itu ditubuhkan. – Bernama |
| Ahli PKR Jangan Peduli Kepada Pengacau Posted: 22 Sep 2010 03:00 AM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar ![]() PEMILIHAN kepimpinan dalam PKR yang sedang berlangsung kini mendapat perhatian semua pihak. Bukan saja ahli parti itu serta para pemerhati politik tanah air, tetapi ia juga mendapat perhatian dan intipan berterusan dari bekas-bekas ahli parti berkenaan. Beberapa orang dari mereka turut sama mengulas dan mencaturkan keputusan pemilihan itu. Antara bekas anggota parti berkenaan yang sudah berkokok termasuklah Ezam Mohammad Noor, Nalakarupan, Zulkifli Nordin, Anuar Shaari dan beberapa yang lain. Mereka juga jadi panas punggung dan tidak sedap duduk. Kenapa? Jawabanya mereka perlu mencampuri urusan bekas parti mereka itu kerana bimbang parti mereka itu akan kuat seterusnya dapat membentuk kerajaan bersama Pas dan DAP dalam pilihan raya umum akan datang. Jadi untuk memastikan kedudukan mereka tidak terancam maka PKR perlu dikucar kacirkan. Mereka yang berjiwa kecil sangat takut kepada perkembangan itu. Jadi dengan apa cara sekalipun mereka akan menganggui PKR. Dari sudut lain kepedulian dan keperihatinan mereka itu memberi gambaran yang PKR kini semakin sihat dan gemuk. Ada petunjuk rakyat menerima PKR dan akan bersatu menyokong Pakatan Rakyat. Mereka perlu kucar kacirkan atau memberi imej buruk kerana pangkal perjuangan Pakatan Rakyat berada dalam PKR. Semua tindak tanduk mereka itu untuk memburukkan Anwar Ibrahim. Ertinya mereka masih percaya dan yakin bahawa pengaruh dan aura Anwar masih berbisa dan ia perlu dimusnahkan. Walaupun usaha berterusan untuk memusnahkan Anwar namun Anwar tidak mudah untuk kojol. Di sinilah kekuatan yang ada kepada Anwar. Bekas ketua Angkatan Muda PKR, Ezam berkata PKR kini dikuasai oleh Anwar Ibrahim dan keluarganya. Azmin adalah orang Anwar Ibrahim. Ezam cuba memberi penjelasan apa yang orang semua sudah jelas dan faham. Apakah salahnya kalau keluarga Anwar memiliki dan menguasai PKR. Tidak salah. Ezam sudah tidak boleh diharap untuk memimpin kerana ia sudah melarikan kerana takut kepada hanya seorang manusia bernama Azmin. Berdepan dengan Azmin, Ezam umpama ayam jantan kampung yang takut berlaga, dengar kokokkan lawan sudah lari melintasi tiga buah padang. Sia-sia orang mengangkat Ezam sebagai pahlawan refomrasi kerana dengan rakan sendiri pun dengki dan takut. Jadi kalau PKR dikuasai Anwar, Azizah atau Azmin, Ezam tidak perlu kesal dan gunda gulana kerana memang tidak ada siapa hendak berlawan ataupun boleh mengatasinya (Azmin). Kalau Ezam sendiri yang dianggap hero penjara, hero kena tangkap dan hero kena dakwa pun takut apa lagi diharap kepada para pengais pagi makan pagi dan pengais petang makan petang dalam PKR ataupun yang menjadikan diri mereka sebagai kumpulan 10 budak hitam. ![]() Dalam tindakan demokrasi ini bekas timbalan PKR Gombak, Bakar Ninggal (foto) itu lebih baik dan berani dari Ezam. Bakar tidak suka kepada Azmin berkali ganda dari Ezam tetapi Bakar tidak tinggalkan parti. Dia ambil keputusan berani seperti memacung tengkok sendiri untuk berdepan dengan Azmin. Bakar lebih faham dan profesional dalam politik berbanding dengan Ezam. Bakar tahu dia akan kalah berdepan dengan Azmin. Tetapi beliau masih ada semangat demokrasi. Beliau tidak mencaci Azmin di luar gelanggang tetapi mengasak Azmin di dalam gelanggang. Orang seperti Bakar inilah yang perlu disanjung dan dipuji kerana keberanian dan sikap demokratik dan gentlmennya. Kalaupun Bakar kalan (dan akan kalah pun), tetapi Bakar tetap dianggap hero berbanding dengan Ezam. Ezam perlu malu kepada Bakar atas sikap berani dan bertanggungjawab untuk menumbangkan Azmin secara halal. Kalau ada masa Ezam perlu ke rumah Bakar untuk mempelajar politik darinya. Kepada ahli dan penyokong PKR usahlah rungsing dan mudah panik. Percayalah kokokkan mereka di luar parti tidak akan membawa apa-apa makna. Ahli PKR jangan dengar mereka kerana suara mereka bukan suara perpaduan ataupun pandangan yang membina bagi memperkukuhkan PKR. Suara dan kritikan mereka ialah untuk mejahamkan parti berkenaan. Mereka bersuara bagi pihak musuh PKR iaitu Umno. Tidak mustahil kalau Umno telah mengupah para pengacau ini. Saya mendapat tahu ada pihak tertentu dari Umno sedang memonitor pemilihan dalam PKR dan mahu memastikan orang tertentu kalah ataupun menjadikan PKR berkucah dan berbalah sesama sendiri. Ahli dan penyokong PKR hendaklah faham jarum halus yang menyusup dalam parti mereka ini. Begitu juga dengan gelagat seorang lagi bekas ahli parti berkenaan bernama RS Jenapala yang beriya hendak mengadakan sidang akhbar setiap Isnin mengkhritik ketidakadilan dalam parti. Siapa dia untuk berbuat demikian. Apabila beliau dinafikan untuk bertanding jawatan timbalan ketua beliau marah sedangkan dia bukan ahli PKR. Kalau orang waras dia tidak akan mencampuri urusan rumah tangga orang lain, kalau pun dia sendiri tidak ada rumah. Wajar beliau dinafikan bertanding. Bukan itu saja kalau ada undang-undang membolehkan seseorang pengacau parti lain dibuang daerah maka beliau patut dibuang ke luar dearah. Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail Jenapala ini sudah lama dipecat dari menjadi ahli parti berkenaan. Kekalutan dalam PKR masa kini boleh diatasi sekiranya setiap dari mereka yang bertanding terus menjaga tata susila berorganisasi dan tidak membuat provokasi berlebihan. Mereka juga perlu memperbetulkan nawaitu masing-masing. Apa yang dikejar kini bukan jawatan dan kedudukan tetapi bersepakat untuk menuju ke Putrajaya. Tidak ada guna kalau seseroang boleh jadi timbalan presiden atau naib presiden tetapi parti kalah dalam pilihan raya. Setakat memegang dayung kalau perahu tidak ada kita tidak akan dapat menyeberang samudra. Makanya semua pihak harus memfokuskan kepada matlamat itu bukannya mencari populariti diri masing-masing dengan pelbagai jawatan. msomelayu.blogspot.com DD |
| Sosilawati mati teraniaya: Nik Aziz Posted: 22 Sep 2010 01:00 AM PDT ![]() GOMBAK - Kediaman keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis di sini terus menerima kunjungan pelbagai pihak semalam, termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am Pas itu tiba jam 12.55 tengah hari, diiringi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. Nik Abdul Aziz, yang mewakili rakyat Kelantan, mengucapkan takziah kepada anak-anak dan saudara-mara Allahyarham dan meminta mereka bersabar menerima ujian. Turut berada di kediaman itu ialah bekas suami Allahyarham, Buhari Mohamad. "Arwah mati teraniaya. Jadi kita minta dosa-dosanya Allah ampunkan dan pahalanya dilipatgandakan. "Kita melawat ertinya kita bercakap-cakap sesuatu yang boleh menenangkan hati keluarga, sama ada nak bawa wang atau nak bercakap sahaja. Itu menjadi kewajipan orang Islam. Lebih-lebih lagi bila berlaku kematian tragis seperti ini, lagilah mustahak untuk kita datang melawat," katanya. Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan bahawa setiap manusia perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kematian dengan mengerjakan segala amalan soleh di dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat. "Kita ini kepunyaan Allah, Allah bagi nyawa dan Allah juga yang ambil nyawa kita. Kewajipan masa hidup ini kita siapkan bekalan untuk masuk kubur, bukan dengan duit, makanan, tapi dengan pahala dan doa kita," katanya. Buhari berkata, beliau terharu dengan kunjungan Nik Abdul Aziz dan Salahuddin dan ucapkan terima kasih kepada mereka. SH |
| Pembunuhan Altantuya, Sosilawati Ada Persamaan Posted: 21 Sep 2010 11:00 PM PDT Oleh Fazli Othman ![]() SHAH ALAM 21 Sept - Pembunuhan kejam terhadap ahli perniagaan terkemuka, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakan beliau menimbulkan persoalan di kalangan rakyat berhubung motif pembunuhan yang dilihat mempunyai banyak persamaan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lepas. Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata kes Altantuya sehingga kini masih lagi menjadi misteri dan hangat diperkatakan di kalangan rakyat dam masyarakat antarabangsa. Malah kes Altantuya telah sampai ke peringkat antarabangsa di mana ia kini sedang disiasat secara serius oleh mahkamah Perancis berhubung skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Kedua-dua kes ini mempunyai persamaan dan perbezaannya, iaitu ianya dilakukan secara kejam, di mana Sosilawati dibakar manakala Altantuya diletupkan dengan bom C4 dan perbuatan ini sudah pastinya bukan dilakukan oleh orang biasa. "Dalam kes Altantuya, suspek utama ketika itu, Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungkait dengan orang politik yang berpengaruh dan aspek ini ada persamaan dengan kes Sosilawati. Menurut laporan media suspek utama dikatakan mempunyai hubungan dengan pemimpin tinggi MIC dan Barisan Nasional. "Pihak tertentu seolah-olah cuba menutup perkara tersebut daripada pengetahuan rakyat dan telah menimbulkan kemusykilan," kata Tian Chua kepada Suara Keadilan. Berhubung polis tindak polis bertindak dengan cekap dan pantas menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik itu, Tian berkata beliau tidak mempertikaikannya tetapi apa yang membingungkan adalah tindakan susulan mengenai motif pembunuhan kedua-dua kes itu yang sehingga kini menjadi misteri. "Betul, Najib memberikan pujian kepada pihak polis yang bertindak cepat berhubung kes pembunuhan Sosilawati yang dianggap sebagai kes berprofil tinggi. Ini kerana Sosilawati tidak ada kena-mengena dengan beliau, sebab itulah beliau tidak kisah pihak polis bertindak tegas. "Tetapi dalam kes Altantuya, beliau seolah-olah tidak kenal siapa Razak Baginda, Najib nampaknya tidak telus dan tidak boleh menjawab persoalan yang bermain di dalam kotak pemikiran rakyat," tegas Tian Chua lagi. SK |
| Posted: 21 Sep 2010 09:00 PM PDT ![]() PAKAIAN dalam wanita ditinggalkan bersepah di atas jejantas di Mersing, semalam. MERSING 20 Sept. - Penduduk di daerah ini runsing dengan gejala maksiat yang semakin berleluasa hingga terdapat pasangan remaja sanggup menjadikan sebuah jejantas di sini sebagai sarang melakukan kegiatan tidak bermoral dan seks bebas. Baru-baru ini, pihak penguat kuasa Majlis Daerah Mersing (MDM) mengesan satu sudut di atas jejantas berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mersing dijadikan lokasi kegiatan negatif itu. Anggota penguat kuasa MDM yang membuat pemantauan telah menjumpai pakaian dalam wanita yang ditinggalkan di atas jejantas tersebut dipercayai tidak sempat dipakai kerana tergesa-gesa untuk melarikan diri. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata penduduk berpendapat, masalah itu berlaku kerana terdapat dua kain rentang atas jejantas tersebut yang menutupi pandangan orang ramai seterusnya memberi peluang kepada mereka yang tidak bermoral untuk melakukan maksiat. Selain itu, lokasi berkenaan didapati amat terlindung daripada pandangan umum dan sebab itu ia strategik bagi pasangan yang melakukan maksiat. Penduduk memberitahu, mereka tidak perasaan dan mengetahui gejala itu berlaku di lokasi tersebut kerana memang menjadi kebiasaan kenderaan memberhentikan kereta di bawah jejantas berkenaan untuk berehat. Pengerusi Persatuan Anggota Wanita dan Suri Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Mersing, Datin Khalizah Kahar memberitahu, perbuatan tidak bermoral dan memalukan tersebut sepatutnya tidak berlaku, apatah lagi di tempat awam begitu. "Saya berasa sedih dan terkejut dengan sikap remaja sekarang yang terlalu berani melakukan maksiat tanpa segan dan takut akan kesan yang mereka terima, malah tidak takut kepada ibu bapa dan Tuhan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Beliau menasihatkan remaja terbabit agar berhenti melakukan perbuatan berkenaan dan menjaga moral serta adab kerana mereka adalah pelapis negara pada masa depan. Sementara itu, seorang penduduk, Rosnani Bustani, 39, berkata, dia kesal dengan kejadian tersebut dan berharap ia tidak akan berlaku lagi. "Sudah tentu perkara itu dilakukan oleh golongan muda yang tiada hubungan yang sah dan tidak memikirkan kesan buruk yang akan berlaku kepada mereka,'' katanya. |
| Harga tokek 400gram sama dengan harga Toyota Alphard Vellfire? Posted: 21 Sep 2010 07:00 PM PDT ![]() Gambar dari blog Keadilangerik. Seekor Cicak Tokek Mencecah Puluhan Ribu Ringgit HARGA BELI: KOREAN MASTER DEALER MEMBELI TOKEK SAIZ BESAR: >BERAT 200 Gram KE ATAS = RM3,000 >BERAT 250 Gram KE ATAS = RM5,000 >BERAT 280 Gram KE ATAS = RM8,000 >BERAT 300 Gram KE ATAS = RM150,000 >BERAT 500 Gram KE ATAS = RM500,000 - RM4 JUTA >BERAT 1 KG KE ATAS = RM5 JUTA - RM10 JUTA HARGA TERKINI GERMANY BROKER: 220GM-249GM = RM5000 250GM-279GM = RM10,000 280GM-299GM = RM20,000 300GM-499GM = RM300,000.00 500GM-999GM = RM900,000.00 1 KG KE ATAS = RM5 JUTA - RM20 JUTA TOKEK BATU 500GM - 2KG = RM30,000 - RM60,000 (Sumber) Tanggapan luar biasa telah diberikan oleh masyarakat mengenai tokek yang ternyata benilai tinggi. Masyarakat berbondong-bondong memburu tokek ataupun memelihara sambil berharap dapat menjual tokek dengan ukuran yang besar dan berharga tinggi. Namun sampai sekarangpun masih banyak yang tidak mengerti untuk apa tokek diperjual belikan dan apa khasiat sebenarnya. Sebuah fakta baru dalam dunia pengubatan ilmiah/bukan magic bahwa ternyata tokek mengandung suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. fakta ini muncul seperti pada kejadian empedu beruang yang ternyata juga mengandung zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap uji klinis tahap 1telah menunjukkan hasil yang signifikan. zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghambat pertumbuhan kanker/metastasis sel kanker, melawan HIV dan H1N1 viral. Mari kita semua mengharapkan yang terbaik bagi umat manusia dengan ditemukannya sistim pengobatan ini. Tokek adalah nama umum untuk menyebut cecak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada jenis tokek rumah berikut. Tokek rumah adalah sejenis reptil yang masuk ke dalam golongan cecak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain hewan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggris). Sumber: Wikipedia ajaibbenar |
| Pesta mabuk sambut raya di Desa Pandan Posted: 21 Sep 2010 05:00 PM PDT ![]() BERHIBUR...sebahagian peserta menonton persembahan dalam gig terbabit. KUALA LUMPUR: Hampir 100 remaja punk dan skinhead menyertai gig atau 'Pesta Mabuk Raya' anjuran mereka di Desa Pandan di sini, Sabtu lalu, kononnya bagi melepaskan ketagihan selepas sebulan berpuasa. Peserta gig itu yang kebanyakannya remaja Melayu tanpa segan silu meneguk arak di khalayak ramai sambil melayan lagu didendangkan kumpulan 'underground' yang bermula seawal jam 4 petang hingga 11 malam. Apabila semakin ramai yang mabuk, pada kira-kira jam 9 malam berlaku pergaduhan termasuk ada yang membaling botol arak. Menurut sumber, kekecohan itu menyebabkan segelintir penonton lari keluar dari bangunan berkenaan kerana bimbang terkena balingan botol. "Pergaduhan itu berlaku hampir 30 minit sebelum dileraikan penganjur, namun tiada kecederaan serius dilaporkan," katanya. Sumber itu berkata, gig terbabit dianjurkan sempena menyambut Aidilfitri dan terbuka kepada kumpulan punk dan skinhead saja. "Selain jemputan melalui pengedaran poster, penganjur juga menjemput mereka melalui laman sembang di Internet," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai perhimpunan haram itu dan menghantar sekumpulan anggota ke tempat kejadian pada kira-kira jam 11 malam. "Dalam pemeriksaan itu, 10 peserta berusia 18 hingga 25 tahun yang disyaki berada dalam pengaruh dadah dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan. "Namun, hanya seorang disahkan positif dadah jenis methamphetamin dan akan ditahan untuk tindakan lanjut," katanya. HM |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan