Selasa, 21 September 2010

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


MEMBUSUK....

Posted: 20 Sep 2010 11:35 PM PDT

Isu umNO dan PERKASA semakin dihangatkan. PERKASA sendiri pada hakikatnya adalah benih ultra melayu yang lahir dari umNO. Untuk umNO menafikan bahawa PERKASA adalah anak hasil hubungan terlarang mereka adalah sesuatu yang hampir mustahil. Namun umNO terpaksa menafikan PERKASA adalah benih mereka kerana hubungan cinta dengan MCA dan MIC akan terjejas dengan perangai PERKASA. Cemburu PERKASA terlalu tinggi buat bangsa selain melayu.


umNO dalam masa yang sama masih ada cinta kepada PERKASA kerana PERKASA adalah anak hasil hubungan cinta berkurun umNO dengan kekasih awalnya….melayu. Najib yang nampaknya bernafsu pelbagai bangsa (mungkin termasuk antarabangsa dan antara benua) seakan lari dari PERKASA walaupun kalau DNA dibuat memang jelas PERKASA adalah anak umNO. Membunuh dan meletupkan PERKASA dari dunia adalah sesuatu yang hampir mustahil bagi Najib.


PERKASA sangat perlu untuk umNO terutama di negeri melayu dan di kawasan Melayu khususnya di kampong tradisi dan rancangan tanah berkelompok yang selama ini menjadi nadi yang masih berdenyut untuk umNO. Namun kehadiran PERKASA di persada Negara dicurigai oleh bangsa lain yang sedang ditagih oleh Najib. Wajah sesumpah yang dimainkan umNO selama ini tak mampu ditutup lagi kerana perkembangan pesat teknologi maklumat yang berjaya menerobos pelusuk kampong dan tanah rancangan. Maka sikap terbaik ialah Najib mengelak diri dari membicarakan soal kekasih gelapnya dalam umNO ini.


Kenyatan Tg Adnan terhadap PERKASA merupakan satu kenyataan yang memanaskan punggung Brahim Ali. Kenyatan itu menyebabkan perbalahan terbuka antara dua pertubuhan ini terus bersambut. Ia mungkin satu lakonan dua puak ini namun ia turut membingungkan akar umbi melayu. umNo sebenarnya sedang mencari identity dan jati diri sebenar mereka.

Maklumat yang dipaparkan media alternative menunjukkan betapa jelasnya kekeliruan indentiti umNO. Mereka marah Pakatan Rakyat membantu bangsa selain melayu, akhirnya mereka yang membantu. Mengamuk pasal orang bukan Islam PAKATAN Rakyat yang masuk masjid dan surau tetapi terlupa itulah yang dibuat rakannya dari MCA dan MIC selama ini. Mungkin kerana memang pemimpin umNO jarang menjengah surau dan masjid. Kalau ditegur..taku MCA dan MIC kata…kami pergi sebab kamu tak pergi…lagi malu…


Pemimpin umNo dilihat keliru samada menyokong atau menentang PERKASA. Ada yang suka, ada yang marah dan benci. Yang marah kerana PERKASA dilihat menentang aspirasi dan slogan Najib satu Malaysia. Khairy yang tak pernah dipedulikan oleh Najib mengambil kesempatan menghentam PERKASA yang selama ini mengkritik Khairy. PERKASA mengkritik Khairy kerana tahu Najib tak suka Khairy…. Khairy mengkritik PERKASA kerana tahu Najib tersekat kerongkong dengan kelantangan PERKASA. Dua duanya nak mengampu Najib!


Lebih menarik … Tun Mahathir yang menjadi mentor Najib turut menyokong Brahim dan pertubuhannya. Mahathir adalah bapa Mukhriz yang dilantik menjadi timbalan menteri sekalipun kalah dengan Khairy…… Ini masa Khairy menghimpit pendirian Mukhriz terhadapPERKASA. Mukhriz pastinya tersepit antara pendirian Najib bosnya atau Mahathir ayah dan juga mentornya.


Semua ini adalah titik perpecahan dalam umNo. Ianya retakyang kian muncul belahnya. Jika dulu retak itu dilindungi oleh media yang penipu, kini tiada lagi tirai ajaib yang mampu menzahirkan watak umNO dan isi perutnya yang membusuk hingga ke kepala…

JEMPUTAN ......

Posted: 20 Sep 2010 08:07 PM PDT

LAUT TERBELAH...FENOMENA ALAM

Posted: 20 Sep 2010 07:28 AM PDT

laut terbelah di korea selatan


Dizaman nabi musa laut terbelah menjadi satu kisah utama dan hari ini allah membuktikan bahawa laut terbelah hasil mukjizat nabi musa boleh dilihat di dunia hari ini. cuma yang membezakannya adalah berlainan tempat dan waktu berlakunya laut terbelah. Pulau Jindo mengesahkan dan membuktikan bahawa laut terbelah tidak mustahil bagi allah. keajaiban laut terbelah boleh disaksikan di pulau jindo.fenomena ajaib dizaman ini berlaku iaitu dalam masa sejam dan berlaku 2 hingga 3 kali setahun. laut terbelah akan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8km.

Salah satu fenomena yang tidak kurang menariknya adalah kejadian laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo. Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.

Kejadian itu pasti mengingatkan kita terhadap kisah Nabi Musa yang 'membelah laut' bagi membawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun. Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter. Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali 'Jindo Yeongdeung Festival' atau Pesta Laut Terbelah Jindo. Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April.

Acara itu juga membolehkan pelancong menikmati pelbagai pengalaman di laut dan menyaksikan pemandangan unik serta budaya Jindo. Pesta itu diserikan dengan lagu rakyat Jindo dan tarian khas Korea, Ganggangsullae, turut dipersembahkan. Tarikan lain sepanjang pesta itu termasuk pertunjukan bunga api, pertunjukan laser, persembahan muzik tradisional serta permainan dram. Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu.

Malah, siapa yang mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain."Inilah keajaiban yang tidak mungkin disaksikan di tempat lain. Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya. Tiada perkataan dapat menggambarkan ketakjuban melihat hidupan laut seperti kerang, kepah dan hidupan marin yang sebelum ini hidup di dasarnya, tiba-tiba timbul," kata pelancong tempatan, Cho Eun-Jun yang dipetik media tempatan, baru-baru ini.

Hakikatnya, tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan fenomena itu sehinggalah pada 1975, apabila seorang duta Perancis ketika itu, Pierre Randi, melawat Korea Selatan dan menulis mengenainya dalam sebuah akhbar negaranya.Namun, seperti juga banyak kejadian aneh lain, ada kisah atau kepercayaan rakyat tempatan di sebalik fenomena itu. Ia dikaitkan dengan sebuah kampung di Jindo yang diserang harimau yang menyebabkan penduduk berlari ke pulau Modo untuk berlindung. Malangnya, seorang wanita tua, Pong, yang tidak berdaya tertinggal. Dalam keadaan serba tersedak dia memohon bantuan Dewa Laut, yang kemudian memisahkan laut dan membantu wanita malang itu lari daripada haiwan liar berkenaan.

Apabila laut itu terbelah, ramai penduduk yang berlari ke Modo, memainkan gong dalam usaha mereka mencari wanita berkenaan. Dia, bagaimanapun meninggal dunia tetapi sebelum mati, wanita berkenaan sempat membisikkan: "Doaku dimakbulkan. Laluan laut terbuka dan aku dapat melihat kamu semua. Kini, harapanku sudah terlaksana. Aku boleh meninggal dengan tenang." Nama asal daerah itu, Hodong, kemudian ditukar kepada Hoedong, bermakna 'Kampung Orang yang Kembali', bagi mengingati kisah Pong.Selain di Korea, kejadian itu turut dipopularkan di Jepun, selepas penyanyi wanitanya, Dendo Yomishi, menghasilkan lagu fenomena Jindo itu pada 1996.

Kisah Nabi Musa belah samudera

Fenomena laut terbelah dua bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku pada zaman Nabi Musa yang ketika membawa pengikutnya yang taat kepada Allah melarikan diri daripada kekejaman Firaun, pemerintah Mesir. Namun begitu, besar perbezaan dengan apa yang berlaku di Korea Selatan kerana perkataan terbelah dan membelah itu sendiri membawa makna berlainan. Kejadian laut terbelah di Korea Selatan berpunca daripada faktor saintifik sedangkan keupayaan Nabi Musa membelah Laut Merah pada tanggal 10 Muharam dengan tongkatnya adalah disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda.


Kekejaman Firaun yang mengaku dirinya Tuhan sudah sampai di kemuncak, menyebabkan Nabi Musa membawa pengikutnya lari untuk mengelak daripada diseksa. Pelarian membawa mereka ke tepi Laut Merah. Sekali pandang, Nabi Musa dan pengikut baginda bakal menjadi habuan kebuasan Firaun kerana terperangkap - di depan laut dan di belakang pula tentera Firaun semakin mendekati.Namun Allah SWT mempunyai perancangan tersendiri untuk menyelamatkan Rasul serta makhluk-Nya yang beriman. Allah mengarahkan Nabi Musa mengetuk tongkat baginda, yang sebelum itu berjaya membuatkan ahli sihir Firaun ketakutan selepas menjelma menjadi ular besar menelan semua ular yang dijelmakan ahli sihir berkenaan, ke laut.

Dengan izin-Nya, Laut Merah itu terbelah dua, menyediakan laluan untuk Nabi Musa dan pengikut baginda menyeberang dengan selamat. iraun dan bala tenteranya yang ghairah mahu membunuh Nabi Musa dan pengikut baginda akhirnya masuk ke dalam perangkap maut apabila laut kembali bersatu sebaik mereka berada di tengah-tengah dan selepas Nabi Musa dan pengikut baginda sudah selamat tiba di tebing.

Bukti kejadian itu diungkap oleh seorang pakar arkeologi, Ron Wyatt, yang mendakwa menemui beberapa roda kenderaan perang purba di dasar Laut Merah. Katanya, ia mungkin sebahagian sisa kenderaan perang tentera Firaun yang tenggelam ketika mengejar Nabi Musa. Katanya, selain roda kenderaan perang berkuda, Wyatt bersama pasukannya turut menemui tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan itu mengukuhkan dakwaan ia adalah sisa tulang tentera Firaun apatah lagi hasil kajian yang dilakukan di Universiti Stockholm ke atas tulang berkenaan mengesahkan ia berusia sekitar 3,500 tahun, sama waktu kejadian Nabi Musa membelah Laut Merah berlaku.

Apapun, kedua-dua kejadian itu berlaku atas kehendak Allah SWT yang cuma mengarahkan laut terbelah mengikut jadual, dan itulah yang akan terjadi.

INFO: Laut terbelah Jindo


  • Berlaku dua kali setahun iaitu sama ada Mac atau Mei serta Julai.




  • Secara saintifik, kejadian itu disebabkan penurunan mendadak paras air laut akibat pertembungan air pasang dan surut secara serentak.




  • Ia juga disebabkan tarikan graviti antara bulan dan matahari.




  • Fenomena itu berlaku selama sejam dan mendedahkan sebahagian dasar lautannya yang membentuk laluan menghubungkan daratan Jindo dan pulau sekitarnya.




  • Menjadi antara acara tarikan utama pelancong ke Korea Selatan, setiap tahun.
  • MELAKA ...BUAYA...DAN ANAK BUAYA...

    Posted: 20 Sep 2010 05:07 AM PDT



    Melaka adalah bandaraya bersejarah. Sejak kecil saya telah mengenali Melaka sebagai sebuah bandar yang baik untuk dilawati jika kita ingin melihat tinggalan sejarah Negara. Sayangnya yang saya temui ialah tinggalan penjajah, bukan tinggalan kegemilangan kesultanan melayu Islam di Melaka. Sejarah gemilang Islam di Melaka telah pupus oleh kegemilangan kerajaan Portugis yang dipaksakan ke atas rakyat negeri Melaka.

    Melaka juga dikenali sebagai sebuah negeri yang paling banyak memiliki buaya di taman buayanya. Di Perak dulu juga ada Taman buaya di Taman Tasek SM Noor yang kini tinggal bekas. Namun melaka begitu popular dengan buayanya... Melaka seakan berbangga dengan buaya kerana saya masih ingat replika buaya ketika memasuki negeri Melaka semasa sekolah dulu. Entah masih ada atau tidak replika itu saya tak tahu walau saya pernah ke Melaka baru baru ini. tapi tidak ke taman buaya.

    Buaya Melaka menjadi bahan gurauan ketika tercetusnya kes seorang remaja di bawah umur dengan Ketua Menteri Melaka pada ketika itu... Rahim Tamby Chik yang sedang buat "Comeback" malapnya kini. Saya masih ingat bagaimana kes remaja bawah umur itu dihantar ke Pusat pemulihan akhlak kerana kes seks. Bekas ketua Menteri itu adalah subjek tuduhan utama dan akhirnya di bebebaskan setelah beberapa remaja lain dikatakan mengaku pernah bersama remaja perempuan tersebut.

    Cerita ini tidak terhenti di sini kerana nenek remaja perempuan itu menuntut keadilan agar yang bersalah didakwa dan bukan menutup kes dengan menghantar cucunya ke Pusat pemulihan akhlak. Lim Guan Eng yang ketika itu Wakil Rakyat di Melaka telah memperjuangkan isu ini hingga di masukkan ke penjara... Tiada tuduhan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka itu di mahkamah... beliau akhirnya direhatkan sebelum kembali semula di arena politik Melaka.

    Kini Melaka sekali lagi mencipta sejarah... ia juga berkaitan dengan remaja yang terlibat dengan seks luar nikah. Jika dulu ketua menterinya dikaitkan dengan tuduhan melakukan seks dengan remaja di bawah umur, kini ketua menterinya bersimpati untuk membantu remaja terutama bawah umur yang mengandung dengan menyediakan sekolah... Ia pertama di malaysia. Melaka kini bukan lagi memelihara buaya, tetapi terpaksa memelihara anak yang lahir dari kerja buaya...

    Walau mengundang pelbagai kecaman dan pujian rakyat..beliau meneruskan apa yang disifatkan cita cita murni itu. Tak ramai mufti yang berminat atau berani membuat komen berbanding dengan isu politik. Ada mufti yang menolak politik kini sangat berminat mengulas isu politik..tapi jarang sekali menyentuh isu yang sensitif bagi pemerintah...

    Saya tidak berminat untuk mengulas baik atau buruknya sekolah tersebut... kerana saya lebih berminat dengan tulisan Almarhum Fathi Yakan yang menyebut... kerja kita bukan menanggung beban dan memperbaiki masalah yang lahir dari kesan kerosakan sistem tetapi kerja kita ialah memperbaiki sistem yang rosak... selagi kita berterusan menanggung kerja menyelesaikan masalah yang lahir dari sisitem yang rosak...kita akan berterusan menanggung masalah kerana masalah akan terus bertambah.... kerja kita ialah memperbaiki SISTEM YANG ROSAK!

    Posted: 20 Sep 2010 02:27 AM PDT

    Apa punya hampeh mamat sekoq ni... Tak pasal pasal tuduh Kerajaan Pulau Pinang bagi duit judi kat orang tua... lepas tu kata pulak bukan tuduh tapi minta penjelasan... Kalau minta penjelasan..telefon la tanya...yang bangang sangat buat kenyataan terbuka tu apasal???

    Dia ingat Pakatan Rakyat macam umNO. Tak kira halal haram..duit judi semua nak sapu... Nasib baik judi bole sepak tak jadi sebab rakyat tentang...kalau tak mungkin duit tu le jadi bonus hari raya kakitangan awam agaknya... Ni mungkin terpaksa cover dengan saman skoqkut... pasal saman ekoq pun kena lawan... dapatla 500... kalau tidak mungkin 1000 kut...

    Buat Rizal ... cari la glamour cara lain..buat malu muka je bile Guan Eng yang bukan Islam jawab macam ni....


    PERAI - Kerajaan Negeri menafikan pemberian wang ihsan kepada rakyat Pulau Pinang adalah daripada hasil judi.

    Sambil menyifatkannya sebagai satu fitnah, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, ia jelas menunjukkan UMNO dan 'cybertroopers'nya sedang berganding bahu dengan niat mahu mensabotaj serta menjatuhkan imej Kerajaan Negeri dengan melemparkan tuduhan tidak berasas itu.:

    Beliau menegaskan bahawa wang yang diberikan kepada rakyat adalah hasil daripada penjimatan Kerajaan Negeri dan juga antirasuah yang diamalkan.

    "Saya tidak tahu sama ada antirasuah itu halal atau haram bagi UMNO. Mungkin mereka pro rasuah, sebab itulah mereka kata antirasuah ini haram.

    "Saya juga ingin bertanya siapa yang meluluskan lesen judi? Kerajaan Negeri atau Pusat? Jadi, janganlah menuding jari kepada orang lain kerana empat jari lagi akan terkena pada diri sendiri," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Pusat Khidmat Komuniti DAP Jalan Baru, dekat Taman Supreme di sini, semalam.

    Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri II yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, P Ramasamy.

    Menurutnya, UMNO kini ketandusan idea menyebabkan mereka sentiasa mereka-reka cerita dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan nama Kerajaan Negeri.

    "Saya percaya rakyat di negeri ini tidak akan termakan dengan kata-kata UMNO dan berharap agar mereka dapat melihat sendiri keadaan UMNO yang sebenar," katanya.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan Pemuda UMNO yang mahu Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana untuk agihan wang ihsan RM100 kepada warga emas dan RM1,000 untuk kategori pengurusan jenazah yang dilaksanakan di negeri ini sejak beberapa bulan lalu adalah daripada sumber perjudian.

    Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dakwaan yang disiarkan blog www.pisau.net itu menimbulkan keresahan terutama kepada warga emas dan waris si mati.

    "Kita bukan menuduh Kerajaan Negeri menggunakan wang daripada sumber hasil judi tetapi kita minta mereka beri penjelasan kerana perkara ini menjadi percakapan rakyat.

    "Penjelasan berkaitan sumber wang serta bukti amat dinantikan oleh rakyat dan jika didapati pendedahan itu tidak betul kita hendak lihat Kerajaan Negeri ambil tindakan terhadap penulis blog berkenaan," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas majlis rumah terbuka anjuran UMNO Bahagian Kepala Batas di Kompleks Budi Penyayang, Kepala Batas, kelmarin.:

    TOYOL LEPAS RAYA...

    Posted: 20 Sep 2010 02:17 AM PDT

    Mungkin ini kesan cerita hantu sempena raya... Kisah toyol yang ditangkap di Lunas berjaya meredakan kebimbangan sebahagian penduduk sekitar... Bukan senang nak tangkap toyol...kata orang kena tabur kacang hijau... tapi toyol moden dah pandai... mungkin kerana bercuti lama sempena puasa ...toyol ni dah hilang skill...

    LUNAS - Seorang remaja berusia 14 tahun yang sebelum ini digelar toyol ditangkap ketika cuba memasuki sebuah rumah di Taman Lobak sekitar jam 2 petang melalui bumbung. Penjenayah itu berjaya ditangkap ahli Pertubuhan Prihatin dan Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) yang kebetulan membuat rondaan di sekitar kawasan itu.

    Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, sejak beberapa bulan lalu penduduk di sekitar taman itu sering mengadu mereka sering kehilangan barang dan rumah dicerobohi tetapi tidak berjaya menangkap penjenayah berkenaan.

    Selain Taman Lobak terdapat beberapa taman perumah lain berisiko terlibat dalam jenayah pecah rumah, ragut dan samun antaranya Taman Seroja. Menurutnya, tidak menafikan sehingga kini masih ada dalam kalangan penjenayah terlibat dalam kes seumpama itu berjaya melepaskan diri. PPKM bersama polis akan memantau permasalahan berlaku di sekitar taman perumahan untuk memastikan kejadian seumpama ini dapat dibanteras.

    Sehingga kini, PPKM berjaya menangkap beberapa penjenayah terlibat dalam kegiatan itu dan akan terus membuat rondaan selama 24 jam bagi mencegah perlakuan jenayah seumpama ini daripada terus berlaku.

    Selain itu, PPKM akan bekerjasama dengan polis membendung kegiatan ini.(sinar harian)

    Tiada ulasan: