:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
- PRK DUN GALAS : UMNO BAKAL BUAT?
- SERENGAN MAHATHIR TERHADAP 1MALAYSIA NAJIB?
- PEMILIHAN PKR : SOKONG SIAPA?
| PRK DUN GALAS : UMNO BAKAL BUAT? Posted: 27 Sep 2010 02:53 AM PDT ADUN Galas, meninggal dunia di Kampung Baru. Didoakan, agar beliau digolongkan dari kalangan orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Namun, jangan dilupa, DUN Galas bakal berhadapan dengan Pilihanraya kecil. ISU YANG BAKAL UMNO MAINKAN Secara ringkas, dianggarkan beberapa isu yang bakal dimainkan oleh UMNO dalam PRK itu. ia adalah seperti berikut; pertama : isu cek 4bilion Mungkin mereka akan menyebarkan gambar pemberian cek itu dengan cara mengangkat banner atau papantanda. Walau isu ini tidak benar, tetapi sengaja UMNO lakukan demikian untuk melahirkan PERSEPSI. kedua: kelantan kononnya mundur ini adalah isu turun temurun yang sejak dahulu lagi dimainkan oleh UMNO. ketiga: hak melayu kononnya terhakis. isu ini, akan di'sub'kan kepada PERKASA. UMNO akan jadi penyokong sahaja terhadap isu ini. ISU KEBIMBANGAN UMNO pertama : 1 Malaysia - 1 Israel Rakyat kelantan adalah rakyat yang mempunyai sensitif agama yang cukup kuat. Israel bukan isu bangsa disisi rakyat kelantan, tetapi ia adalah isu agama. kedua : UMNO tak bagi DAP faham islam alasannya mungkin sama. Rakyat kelantan mempunyai kehendak islam tersebar. kerana majoriti mereka amat hormat kepada Islam. walau mereka tidak beramal dengan islam, tetapi mereka tidak mahu anak bini mereka, malahan orang lain meninggalkan islam. ketiga : minyak kelantan isu royalti minyak adalah isu hak rakyat kelantan. Ia diperkukuhkan lagi dengan sokongan tengku razaligh terhadap hak rakyat kelantan itu. Jika UMNO menyatakan royalti ditukar kepada wang ehsan, ia hanya mengembirakan ketua-ketua bahagian UMNO dan yang berkepentingan dengan ketua bahagian itu sahaja. adapun secara majoriti rakyat kelantan, isu wang ehsan yang bakal dimainkan oleh UMNO akan makan tuan. UMNO KENA INGAT pun begitu, UMNO kena ingat bahawa rakyat kelantan mempunyai pendirian yang unik. antaranya; pertama : melayu perkara kedua Jika UMNO bermain isu melayu sebagai isu asasi, ia adalah satu kesilapan yang cukup besar. Ini kerana, pada rakyat kelantan, perkara yang paling penting pada mereka adalah islam. Adapun melayu, ia adalah perkara kedua. kedua : politik mereka seperti politik orang cina Politik orang cina adalah silent Killer. Mereka membunuh sesuatu parti, bukan dengan cara mempamerkan, tetapi mereka mempamerkan sesuatu yang lain, tetapi yang tersembunyi dalam hati mereka adalah sesuatu yang lain. ekoran itu, UMNO jangan syok sendiri apabila ada rakyat kelantang yang memegang bendera UMNO/BN, maka itu menandakan mereka bakal mengundi UMNO/BN. ketiga: mereka sangat jaga hak atas nama rakyat kelantan isu penafian hak royalti yang bertukar kepada wang ehsan, adalah isu yang amat memberi kesan pada sentimen rakyat kelantan. Ia adalah bom yang paling kuat dalam membinasakan sokongan rakyat kelantan terhadap UMNO. sekian Wallahu 'Alam Al-bakistani - Sri Indah [b] Sg buloh 27 September 2010 * 6:09 petang |
| SERENGAN MAHATHIR TERHADAP 1MALAYSIA NAJIB? Posted: 26 Sep 2010 04:42 PM PDT |
| Posted: 26 Sep 2010 04:30 PM PDT [1] Semua ahli layak mengundi. Amalan ini, sudah diamalkan oleh PKR, tetapi belum lagi oleh PAS. Apakah PAS berani melakukan perubahan seperti itu? Jika diharapkan kepada keberanian, susah hendak menilai. Tetapi, jika terdapat desakan demi desakan, ia tidak mustahil sampai satu ketika, semua ahli PAS layak mengundi akan terlaksana dalam pemilihan PAS. Secara demokrasi, ia merupakan satu perkara yang sihat. Jika hanya segelintir sahaja boleh mengundi [perwakilan sahaja], ia mudah dipengaruhi dari pemimpin yang malas dan jumud. Tetapi, jika semua ahli layak mengundi, ia adalah satu perkara yang bahaya bagi pemimpin yang malas dan jumud itu. Justeru, pemimpin yang cerdik dan rajin, pasti akan mendapat tempat dalam sesuatu pemilihan. Secara peribadi aku melihat, sekiranya budaya demokrasi sihat ini diamalkan dalam PAS juga, tidak mustahil PAS dapat mendominasi PR, dan seterusnya melayakkan PAS mengepalai Pakatan rakyat dalam menguasai Putrajaya. Namun, jika budaya 'perwakilan sahaja layak mengundi' dikekalkan, usaha untuk PAS mendominasi PR agak susah berlaku, malahan tidak salah mungkin jika dikatakan mustahil ia berlaku. Namun, tidak dinafikan bahawa jika keadaan semua ahli layak mengundi ini, pasti terdapat sedikit sebanyak kekacauan. Mungkin sabotaj dari pihak musuh, atau desakan dan bentuk ugutan dari sebilangan pihak. Difikir secara rasional, tindakan melihat sedikit perkara negatif lalu menafikan banyak perkara yang positif, adalah perkara yang ditolak oleh akal yang sihat, malahan tertolak dari sudut syariat. Mana mungkin disebabkan ramai orang dilanggar kereta, maka kita semua hendak haramkan penggunaan kereta. Tetapi, tindakan yang paling tepat adalah, meletakkan undang-undang yang ketat, atau peraturan yang kemas bagi mengelakkan berlaku perkara negatif terhadap sesuatu sistem yang dicipta dan digubal. Maka begitujuga sistem demokrasi yang melayakkan semua ahli mengundi dalam sesuatu pemilihan parti. Tidak dinafikan, memang terdapat sedikit gambaran negatif, tetapi ia tidak wajar dijadikan sebagai alasan untuk menolak sistem yang sememangnya terdapat banyak perkara positif berbanding negatif. Jika ditolak juga, ia adalah perkara yang terkeluar dari neraca berfikir secara rasional, malahan secara Islam. [2] Dalam kes PKR yang sedang sebuk berlaku pemilihan dalam parti mereka, kita dapati budaya demokrasi sihat ini sudah mula merempuh masuk dalam jiwa ahli-ahli mereka. Kempen-kempen dilakukan dengan begitu meriah sekali, disamping tidak dinafikan bahawa terdapat sedikit kekacauan. Di dapati, jawatan presiden tidaklah sehangat mana. Tetapi, apabila meneropong kepada jawatan Timbalan Presiden, didapati kerusi itu agak panas dibicarakan oleh media massa. Secara peribadi, aku menilai PKR ini hidup berfaktorkan Anwar Ibrahim. Tanpa Anwar Ibrahim, susah hendak menilai kemeriahan PKR seperti yang berlaku pada hari ini. Apabila keadaan ini berlaku, ia merupakan satu kebimbangan. Iaitu, jika diandaikan Anwar Ibrahim masuk penjara, atau terpaksa ke luar negara atas arahan mahkamah dengan beberapa pentuduhan yang sedang dihadapi, tidak mustahil musim gerhana bagi PKR akan menimpa. Keadaan ini sudah terjadi, semasa Anwar Ibrahim sedang merengkok dalam sangkar besi di Sungai Buloh yang lalu. Justeru, merenggangkan PKR dari Anwar adalah perlu. Dengan maksud, PKR perlu berdiri sendiri, tanpa berharap kepada individu yang bernama Anwar Ibrahim. Ia bukan bermakna PKR akan mati tanpa Anwar Ibrahim, tetapi tidak mustahil PKR akan berada dalam tahap yang terlalu lemah, tanpa Anwar Ibrahim. Lantaran itu, PKR perlu mempunyai tokoh yang mampu merentasi parti, sepertimana rentasan parti yang dilakukan Anwar Ibrahim. Jika pimpinan-pimpinan yang terlantik nanti, masih lagi bergantung dibawah ketiak Anwar Ibrahim, ia merupakan satu gambaran kebimbangan terhadap keteguhan sebuah parti yang bernama PKR untuk masa akan datang. Sekian p/s : aku yakin, orang PKR berfikiran terbuka. Ekoran itu, aku memberi komen sebegini. Wallahu 'Alam Al-Bakistani - Sri Indah [b] Sg Buloh 27 September 2010 * 7:23 pagi |
| You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan