Tukar Tiub |
- BERIAT SEDIH SELURUH NEGARA
- 47 TAHUN PROJEK GAGAL
- INTERNET DAN YOUTUBE MENGUBAH NEGARA KU
- HANYA SATU SANDIWARA
- NAK KONTROL LAGI
- ELLLO ORANG ORANG PENCEN
- PECAH BERITA !!!! ELLLO ORANG ORANG PENCEN
- LAPORAN DARI DEWAN NEGARA
| Posted: 03 Aug 2010 11:16 AM PDT |
| Posted: 03 Aug 2010 11:01 AM PDT ANAK JATI SABAH BANGUN MELAWAN ![]() SIPAUN : TIADA PENYESALAN BANTAH SABAH SERTAI MALAYSIA – mkini nota: 47 tahun kemudian tidak ada sesalan menentang malaysia. 47 tahun sabah yang terkaya menjadi yang tercorot 47 tahun di bawah hegemoni gerombolan 47 tahun warga sabah makin di asak pendatang luar jual kad pengenalan jual untuk duit jual untuk undi jual orang sabah bacalah sejarah pandangan anak sabah ini beri penghormatan kepada pandangan ini: Selepas 47 tahun pembentukan Malaysia, bekas naib pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Simon Sipaun lebih yakin bahawa tentangannya agar Sabah tidak menyertai persekutuan Malaysia adalah betul. "Malah jika menyertai Malaysia adalah perkara yang betul, ia datang sepuluh tahun terlalu awal bagi kami," kata Sipaun kepada kira-kira 500 peserta di forum tertutup berjudul, 'Formation of Malaysia, a Promise Revisited and the Way Forward', di Kota Kinabalu, pada hujung minggu lalu. Forum ini anjuran Yayasan Warisan Borneo (BHF) dengan kerjasama Common Interest Group Malaysia (CigMa), dan beberapa NGO. Spektrum yang luas Sipaun berpendapat ketika pada 1962 lalu, Britain sepatutnya menetap untuk sepuluh tahun lagi. Atau pilihan lain adalah bagi Sabah meredeka terlebih dahulu bagi tempoh masa yang sama sebelum memutuskan sama ada untuk menyertai Malaysia. Pada forum itu, beliau mengimbau semula tentangan ketika itu. Katanya, dia hanya berusia 25 tahun pada masa itu tetapi tidak ragu-ragu menyuarakan pandangannya kepada Tun Donald Stephens, yang merupakan Huguansiou (ketua tempatan) bagi suku kaum KadazanDusunMurut. Pandangannya itu disampaikan kepada Stephens melalui seorang pemimpin masyarakat tempatan yang juga membawa beberapa isu lain. Menurut Sipaun, beliau terharu apabila mendapati Stephens juga sependapat dengannya bahawa Malaysia sebenarnya bukan untuk Sabah. Bantahan Sipaun melangkaui spektrum yang luas. Beliau memberi amaran bahawa Malaysia hanya akan menyaksikan "pemindahan kuasa penjajah di Sabah dan Sarawak daripada United Kingdom kepada Malaya". Kebebasan sebenar Katanya lagi, Sabah sepatutnya menikmati kebebasan yang sebenar sebagai negara berdaulat dengan pemerintahan sendiri dan diikuti dengan kemerdekaan. Sipaun juga memberi amaran Sabah, seperti juga Sarawak tidak mempunyai orang yang layak serta berpengalaman untuk berunding dengan Malaya dan Singapura. Malah, beliau juga mencadangkan Sabah ke meja rundingan seorang diri tanpa perwakilan kerajaan British jika pungutan suara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan rakyat mahukan persekutuan Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah. Beliau kemudiannya difahamkan bahawa pungutan suara itu menunjukkan bahawa hanya satu pertiga rakyat di Sabah dan juga Sarawak memilih menyertai Malaysia. Jumlah yang sama menentangnya dan selebih mereka memilih untuk mencapai kemerdekaan sendiri terlebih dahulu. "Apa yang menghairankan saya sehingga hari ini ialah mengapa Stephens menukar fikirannya dan memilih malaysia selepas berjumpa dengan Lee Kuan Yew," soal Sipaun. |
| INTERNET DAN YOUTUBE MENGUBAH NEGARA KU Posted: 03 Aug 2010 10:53 AM PDT DI INDONESIA NEGARA KU JADI TERANG BULAN ![]() KESAL REMAJA TAK HORMAT LAGI NEGARA KU Menteri Besar, Ahmad Said kesal dengan sikap sesetengah generasi muda di negeri ini yang tidak menghormati lagu kebangsaan dan tidak menghargai perjuangan untuk memerdekakan negara. Beliau berkata, sikap seumpama itu mencerminkan terhakisnya kecintaan mereka terhadap negeri dan negara di samping kurang jati diri sebagai anak watan. Malah katanya, jika sikap seumpama itu meluas, mereka sebagai generasi pewaris tidak akan menghiraukan segala ancaman terhadap bangsa dan negara yang bakal melenyapkan segala nikmat kemerdekaan. "Generasi sekarang ini juga sudah tidak segan-silu melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan keharmonian negara dan tidak berusaha memupuk semangat perpaduan antara kaum. "Sepatutnya mereka memupuk semangat setiakawan sesama warga negara dan menghormati pemimpin silam yang bertungkus-lumus berjuang untuk memerdekakan negara," katanya. NOTA: kita sepatutnya secara jujur memberitahu kepada anak anak muda tentang sejarah lagu negara ku. dimana asal usulnya. tahun 60an, 70an, 80an dan 90an langsung tidak ada perbincangabn tentang lagu negara ku. apabila muncul internet dan maklumat meledak dan ditambah pula dengan youtube maka persepsi terhadap lagu negaraku telah berubah. lalu kita diberitahu lagu ini lagu peranchis – melula moon – di ciplak dari indonesia. lagu ini bernama terang bulan. lalu kita dapat mendengar rakaman awal memula moon. justeru jika anak muda kurang hormat – anak tua lah yang silap kerana tidak jujur dengan sejarah. persoalan sekarang apakah kita akan terus dengan memula moon atau memulakan lagu baru dan sejarah baru |
| Posted: 03 Aug 2010 10:46 AM PDT HANYA BIAWAK YANG KENAL MAMAK LIDAH BERCABANG ![]() PERBICARAAN LING : MADEY SEDIA BERI KETERANGAN Mahathir Mohamed berkata beliau sanggup memberi keterangan pada perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik yang didakwa memperdayakan jemaah menteri, jika dipanggil berbuat demikian. "Jika seseorang diperlukan beri keterangan di mahkamah, dia mesti berbuat demikian...tak boleh kata tak nak," kata Mahathir selepas pelancaran Yayasan Universiti Petronas, hari ini. Bagaimanpun Mahanthir tidak pasti apabila diajukan soalan sama ada beliau rasa yang dirinya diperdayakan oleh Ling berhubung pembelian tanah untuk projek "Mega Distribution Hub". KAH KAH KAH woit… KITA JANGAN MUDAH LUPA…. kah kah kaH... kah kah kah… MUNKEEE INI PERNAH KATA DIA SANGGUP DI PANGGIL KES ANWAR…. kah kah kah.. kah kah kah… CIKUN … TAK BERANI DATANG KE MAHKAMAH…. kah kah kah.. woit… LEPAS TU KATA MAHKAMAH TAK PANGGIL…. kah kah kah woit… KALI INI TEATER INI PUN SAMA…. kah kah kah… kah kah kah… INI SANDIWARA… PANGGIL UNTUK JADI X-TRA PUN OKAY…kah kah kah.. woit…. JADI PAK PACAK PUN OKAY…. kah kah kah… nota: pelik tetapi benar ling liong sik ini boleh tipu madey cakap bukan main terrer tapi kena tipu oleh cukong kah kah kah nota: pelik tetapi benar wira dunia ketiga ditipu oleh apek cukong kah kah kah |
| Posted: 03 Aug 2010 10:38 AM PDT JAMBATAN DIBAKAR - BODEK PUNYA PASAL I CHANGE MY MOOD ![]() EMPAT AKTA KAWAL MAKLUMAT BERANKAI DALAM LAMAN WEB - melayau Persidangan Dewan Negara dimaklumkan kesemua jenis kandungan berangkai termasuk kandungan laman web di internet adalah tertakluk kepada empat akta yang telah digubal di negara ini. Rais Yatim berkata, undang-undang berkenaan adalah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM). AKM 1998 mengandungi beberapa peruntukan mengenai kandungan terlarang termasuklah Seksyen 211 dan 233 yang melarang pemberian kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain. KAH KAH KAH… kah kah kah… MENYAKIT KAN HATI?… kah kah kah.. woit… KALAU SAKIT HATI HARGA BARANG NAIK MACAM MANA?... kah kah kah… woit… JELIK SIFATNYA?.... KALAU GEMOK PENDEK DAN HODOH GAMBAR ADA DALAM AKHBAR MACAM MANA?.... kah kah kah… woit… LUCAH?.... LUCAH MACAM MANA?.... BERBILION LAMAN PORNO… kah kah kah.. woit…. SUMBANG NI MACAM MANA?.... MENYANYI SUMBANG TAPI MASIH NAJK MENYANYI MACAM MANA?.... kah kah kah… nota: kalau dah bakar jambatan boleh bukan internet tak? kah kah kah nota: i change my mood but i really want to change my wife kah kah kah |
| Posted: 03 Aug 2010 01:20 AM PDT BEBERAPA JAM KEMUDIAN ! Datuk Abdul Aziz Moh Noh bekas ADUN UMNO dan pembantunya seorang perempuan telah ditembak mati pagi ini. Bekas YB UMNO ini ialah YB untuk Permatang Selangor. Bekas YB UMNO berumur 64 tahun. Bekas YB UMNO ini menjadi YB pada tahun 2004 -2008 Pembantunya dikatakan seorang pembantu muda. Kejadian pembuhunan bekas YB UMNO ini berlaku jam 10. 00 pagi tadi di atas jalan raya tidak jauh dari tempat perhentian rehat Sungai Buluh. |
| PECAH BERITA !!!! ELLLO ORANG ORANG PENCEN Posted: 02 Aug 2010 11:43 PM PDT INGATAN UNTUK YB YB DAN ORANG ORANG PENCEN ! jaga jaga sikit jaga duit kwsp jaga jaga anak dan cucu jaga jaga kerbau dan lembu bulan puasa nak datang jangan sibuk dengan awek muda bahaya kah kah kah ! ello abang aziz apa khabar? ada sehat? ada baik ? ada makan roti ? pandu baik baik bulan puasa nak sampai nanti naas pulak ! |
| Posted: 02 Aug 2010 10:14 PM PDT JANGAN BONGSAIKAN FIKRAH ANAK MUDA ![]() AUKU DAN PENGLIBATAN POLITIK MAHASISWA Semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini, empat orang mahasiswa UKM telah ditahan oleh kerana mempunyai risalah sebuah Parti dalam kenderaan mereka. Mereka Hilman Idham, Woon King Chai, Azlin Shafina Adzha dan Muhammad Ismai. Mereka dari Jurusan Sains Politik dan merupakan antara yang terbaik dalam pelajaran. Selepas disiasat mereka dilepaskan oleh pihak polis tanpa apa-apa tuduhan. Akan tetapi, selepas itu mereka didakwa oleh UKM dan mungkin dihukum. Mereka didakwa di bawahSeksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia. Keempat-empat pelajar ini pergi ke Hulu Selangor untuk memerhati proses perjalanan Pilihan Raya Kecil yang lalu. Yang menarik berkenaan kes ini ialah ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor berlangsung mereka sedang menduduki kursus 'Analisa Pilihanraya' di Jabatan Sains Politik, UKM. Tujuan mereka turun padang adalah untuk meninjau keadaan bagaimana kempen pilihanraya di negara ini dijalankan. Malangnya, apa yang sepatutnya dipuji sebagai inisiatif yang baik dijadikan jerat untuk memerangkap mereka. Apa yang menghairankan adalah golongan mahasiswa mempunyai kebebasan yang terbatas berbanding rakan-rakan sebaya mereka yang gagal melanjutkan pelajaran. Kenapa kerana kebolehan mereka untuk menuntut ilmu di Universiti mereka dinafikan kebebasan untuk menyertai kegiatan politik? Bukankah ini mencabul hak asasi mereka? Mahasiswa sudah lama berjuang menentang AUKU, akan tetapi buat sekian lama perjuangan ini agak sunyi, kerana tiada mahasiswa yang didakwa di bawah akta ini. Kali terakhir adalah kes di Universiti Malaya; seramai 9 orang mahasiswa daripada Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUM) dan Kelab Debat Bahasa Cina yang membawa masuk "ahli politik" ke dalam kampus. AUKU hari ini adalah salah satu warisan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada tahun 1975, selaku Menteri Pelajaran ketika itu beliau mengemukakan pindaan kepada akta ini selepas berlakunya demonstrasi besar-besar ajuran gerakan mahasiswa pada tahun 1974. Demonstrasi tersebut dianjurkan bagi membela nasib petani-petani miskin di Baling, Kedah. Mengikut akta ini, mahasiswa berhak mengundi, tetapi tidak boleh melahirkan sokongan mahupun bangkangan terhadap mana-mana parti politik. Mereka tidak boleh menjadi sukarelawan parti politik, tidak boleh hadir ceramah politik dan tidak boleh meyimpan risalah politik. Ini tidak masuk akal sama sekali. Bukankah perbuatan mengundi itu sendiri satu bentuk sokongan dan bangkangan? Hak berpolitik wujud bersama hak mengundi. Kedua-dua hak ini adalah saling berkait, Tidaklah wajar untuk kita menghalang pelajar-pelajar yang layak mengundi daripada menyokong atau membangkang mana-mana parti, bahkan bertanding dalam pilihanraya. Jika pelajar-pelajar kita mahu menerajui negara, jika mereka mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara, maka mengapa harus kita menghalangnya? Anehnya pelajar-pelajar kita di luar negara – di Britain, Australia, Mesir dan lain-lain - bebas untuk melibatkan diri dalam politik negara kita. Mereka boleh menganggotai kelab penyokong Umno dan menghadiri Perhimpunan Agung Umno. Kenapakah pelajar dalam negara tidak boleh diberikan hak serta kebebasan yang sama? Apa perbezaan pelajar luar negara dengan di dalam negara? Mengapa rakyat kita di tanahair sendiri dirampas kebebasan mereka? Hakikat bahawa AUKU tidak boleh berkuatkuasa di luar negara tidak harus menjadi alasan. Soalnya: kenapa perlu akta ini? Undang-undang menurut akta ini dilihat bertentangan sama sekali dengan amalan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan kita melindungi hak dan kebebasan warganegara untuk rakyat berpersatuan, bersuara dan mengundi. Masa depan sesebuah negara sebahagiannya tergantung kepada anak muda khususnya mahasiswa sebagai masyarakat terpelajar. Tidakkah kita semua bersetuju golongan mempunyai peranan besar untuk menentukan masa depan negara dan bangsa kita? Negara sebenarnya memerlukan tokoh-tokoh yang mempunyai idealisme, sifat yang baik dan matang dalam membuat sebarang keputusan. Malangnya akibat AUKU keadaan dan budaya dalam kampus pada hari ini tidak akan melahirkan pemimpin yang kita kehendaki. Apabila mahasiswa tidak diberi peluang untuk membuat keputusan, maka mereka hanya akan belajar membuat keputusan ketika mereka diperlukan memimpin negara kelak. Universiti hari ini harus berubah dan berperanan sepertimana yang seharusnya. Peranan dan falsafah universiti itu harus dikembalikan dengan perubahan. Kata Tun Razak pada Ogos 1970, "… universiti mempunyai tugas mengajarkan kebijaksanaan dan bukan sekadar kemahiran, membentuk sahsiah dan bukan sekadar mengajarkan pengetahuan teknikal.". Sebagaimana kita mahu mengembalikan kegemilangan Dewan Negara yang mulia ini kita perlu kembalikan juga kegemilangan mahasiswa. Pihak Kerajaan tentu sedar jua bahawa masa depan negara adalah di tangan pelajar-pelajar kita. Kita tidak harus mengongkong perkembangan minda dan syahsiah mereka. Hak dan kebebasan mereka yang asasi tidak harus dikekang.. Justeru itu adalah wajar jika AUKU dimansuhkan. Ucapan S. Husin Ali di Dewan Negara 03 Ogos 2010 |
| You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan