SharpShooter |
- Qazaf terhadap senatak Ezam
- Perkasa perkosa Chua Soi Lek
- Duit Raya dari kerajaan Pakatan Rakyat P.Pinang
- Semboyan ISA telah berbunyi
Posted: 19 Aug 2010 12:01 AM PDT Gara-gara tulisannya di laman Twitter, Ezam Mohd Nor kini diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan membuat tuduhan qazaf terhadap bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Aduan tersebut akan dikemukakan oleh Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin - regu lama Ezam dalam sayap parti itu - kepada bahagian penguatkuasaan JAWI petang ini. Beliau yang juga pengerusi PKR Melaka berkata, aduan tersebut dibuat berdasarkan empat tulisan ringkas Ezam di laman blog mikro itu, antaranya: "Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seorang isteri sanggup biarkan suaminya fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat." " Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shamsul memberitahu, beliau akan hadir ke pejabat JAWI pada jam 2.00 petang ini dengan diiringi beberapa pemimpin sayap itu dan aktivis PKR. Sementara itu The Malaysian Insider melaporkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin mahu membuat laporan qazaf terhadap Senator Ezam Mohd Nor ekoran kenyataan-kenyataan berhubung kes liwat kedua dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Shamsul Iskandar berkata, laporan ke atas Ezam yang juga bekas AMK dibuat di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997. Laporan akan dibuat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan petang ini. "Berdasarkan beberapa kenyataan media dan juga menerusi 'Twitter', Ezam membuat kenyataan mengaitkan Anwar dengan perbuatan meliwat dan juga mendakwa isterinya Datuk Seri Wan Azizah," kata Shamsul Iskandar ketika dihubungi. Salah satu mesej Twitter yang dikeluarkan pada 11 Ogos lalu, berbunyi, "Azizah lindungi Anwar sebagai isteri, OK, tidak boleh subahat biar Anwar fitnah yang lain untuk tutup kesalahan sendiri sebab Azizah tahu hal yang sebenar." Maklumat mengenai aduan yang hendak dibuat disiarkan menerusi blognya hari ini. Shamsul Iskandar berkata, Seksyen 41 merujuk kepada tindakan mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa empat saksi lelaki. Kata beliau, laporan itu juga ada kaitan dengan tindakan Ezam mencabar Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat sumpah berhubung kenyataannya bahawa isteri Anwar pernah meminta bantuannya menghalang seorang lelaki daripada menghampiri Ketua Umum Pakatan Rakyat itu. Dalam kenyataan pada 12 Ogos lalu, Ezam mempertahankan pendiriannya bahawa beliau pernah diminta Dr Wan Azizah agar membantu menghalang seorang lelaki daripada mendekati suaminya sekitar 2006. Ezam menambah, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang Dr Wan Azizah jika merasakan telah difitnah dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Saya tidak fitnah, saya tidak fitnah... apa lagi ini bulan puasa, saya tidak memfitnah," kata Ezam ketika dihubungi The Malaysian Insider sebelum ini. Dr Wan Azizah berkata, Ezam terus menabur fitnah berhubung perkara itu terhadap beliau selaku isteri kepada Anwar sejak menyertai Umno tahun lalu. Ezam dilaporkan menyentuh isu berkenaan ketika ceramah jelajah Umno Selangor baru-baru ini. Selain itu beberapa blog pernah melaporkan Ezam berkata demikian, bantuan yang didakwa diminta oleh Dr Wan Azizah sekitar 2006, dua tahun selepas Anwar dibebaskan dari penjara. Dr Wan Azizah berkata beliau sebenarnya enggan melayan sebarang kenyataan Ezam yang dibuat "hasil menerima upah pimpinan Umno." Lagi berita tentang Ezam di sini dan di sini. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | |||||
Posted: 18 Aug 2010 07:25 AM PDT Perkasa telah memperkosa Chua Soi Lek dan telah membuat laporan polis. Bukan yang diperkosa membuat laporan polis tetapi yang memperkosa buat laporan polis. Tetapi sama saja keduanya....2 x 5, 5 x 2.. Kita jangan tertipu dengan lakonan mereka, mereka adalah pelakon terbaik. Ini adalah petanda semboyan ISA telah berbunyi. Mereka memukul gendang, kita jangan pula menari. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | |||||
Duit Raya dari kerajaan Pakatan Rakyat P.Pinang Posted: 18 Aug 2010 07:12 AM PDT Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri. Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini. Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri. "Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang. "Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik," kata ketua menterinya, Lim Guan Eng. Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia. Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa. Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang. Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | |||||
Posted: 18 Aug 2010 04:25 AM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak laporan Utusan Malaysia kononnya 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia sekiranya kerajaan gagal menangani isu perkauman yang bebas diperdebatkan secara terbuka sekarang. Katanya, ia tidak lain daripada percubaan terakhir Umno yang kini sudah tenat untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Melayu. "Saya tak mahu layan Utusan," katanya kepada wartawan pada sidang media di ibupejabat PKR di Tropicana Petaling Jaya hari ini. Menurut Anwar Umno yang sekarang kehilangan pengaruh untuk memerintah negara, mula dilihat memainkan sentimen perkauman. "Kita berhadapan dengan satu parti yang sudah tenat dan tahu kehilangan dukungan dan pengaruh orang Melayu dan rakyat. Dalam rencananya yang bertajuk "Benar, 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia", penolong ketua pengarang I, Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan menulis 'perang' kali ini lebih besar daripada tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja. Men Cara ugut "Ini cara ugut, menakutkan orang supaya kes kezaliman, rasuah itu ditutup. Saya tidak percaya ketegangan ini parah melainkan ia sengaja dimainkan oleh orang-orang berkepentingan," tegas Anwar. Katanya, sekiranya ada pihak tertentu cuba menghilangkan semua peruntukan orang Melayu-Islam atau hak Raja-Raja Melayu, beliau menggesa supaya pihak polis supaya menyiasat dakwaan tersebut. Utusan disaman RM50 juta Dalam perkembangan berkaitan, ketua penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga hadir pada sidang media itu berkata surat tuntutan sudah diserahkan kepada akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan yang dianggap berniat jahat yang mendakwa Anwar membayar agensi berita luar negara, Cable News Network (CNN) untuk liputan berita. "Sekiranya pihak defendan gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari yang diserahkan hari ini, pihak peguam akan membawa kes ini ke mahkamah untuk saman fitnah RM50 juta," kata Latheefa. Pada 10 Julai lalu Utusan menyiarkan artikel bertajuk "Anwar Didakwa Bayar CNN" yang menjadi asas kepada tindakan undang-undang yang diambil Anwar terhadap akhbar tersebut. Sementara itu, ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria perlu mendedahkan kandungan 'perlembagaan baru' yang didakwanya itu dan melaporkannya kepada polis untuk disiasat. Mufti harus buat laporan polis Beliau yang dipetik HarakahDaily berkata PAS terkejut dengan kenyataan Harussani bahawa ada pihak tertentu cuba menggantikan perlembagaan persekutuan bagi menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam perlembagaan sekarang. "PAS mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis," katanya. Malahan, jelasnya konvensyen Pakatan Rakyat pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk mempertahankan perlembagaan persekutuan, Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera sejajar dengan perkara 153. Selain itu, Pakatan juga berikrar mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau. "Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama," katanya. Sharpshooter : Semboyan ISA telah berbunyi.... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan