Khamis, 19 Ogos 2010

al-brangi

al-brangi


Adessssss Rezeki di bulan Puasa, dapat RM15,000.00......TOLONG BACA.....

Posted: 19 Aug 2010 12:55 AM PDT

Selepas Zohor tadi ada terima satu SMS yang seperti tertera di bawah:

Saya terfikir jugak, takkan semudah itu saya menang, tapi peraduan semasa isi borang dulu.....pejam mata pun boleh jawab soalannya.

Wow! Ini mesti rezeki dibulan puasa. Dalam kepala dah berangan-angan, kali ni duit raya anak-anak buah akan dapat RM100 sorang.

Kalau anak-anak buah RM100, anak sendiri sudah tentu RM1000......habis tu isteri?.....sudah tentulah isteri dapat lebih dari itu.....waduh.....

Tapi kata orang 'Nothing is free in this world'.

Saya cuba jadi seorang 'penyiasat' kerana sebelum ini pernah tetipu dengan 'gores n menang'......ades.....pilu hati ku mengenangkannya.

Dalam hati saya SMS itu hanya 0.001% saja yang saya percaya, lantas saya terus menelefon nombor 0148662838. Yang menjawab menanyakan nama saya. (kalau betul nama saya naik, sudah tentu nama saya ada dalam senarainya.)

Saya memberi nama saya dan menanya namanya. Namanya ialah Abdullah bin Ismail dengan bersuarakan macam cina muallaf.(maaf, bukan menghina muallaf)

Dia membenarkan yang saya dipilih seramai 30 orang daripada beribu-ribu yang memasuki pertandingan dulu.

Dia kata saya tidak perlu membayar cukai dan hanya perlu memberi nombor akaun bank. Saya bertanya, kenapa tak bayar pakai cek je.....lagi senang. Dia kata tak boleh.(lagi membuat saya syak)

Saya kata, nanti saya pastikan dulu, selepas itu baru saya hubungi semula. Dia kata ok je.

Saya pun terus hubungi Shell Customer Service Centre di talian 1-300-88-1808.

Pegawai Shell itu mengesahkan setiap pemenang akan dimaklumkan sendiri oleh Ibu Pejabat Shell, pemenang hanya perlu menunggu penerimaan cek dari posmen sahaja dan SMS yang saya terima tadi adalah PALSU

Haha. Orang macam itu memang ramai sekarang......lebih-lebih lagi dizaman 'penyelarasan harga' sekarang ni.

Lepas itu saya menghubungi talian itu sekali lagi (dalam hati ingin memakinya......tapi nasib baik 'puasa' menjawab.....'aku berpuasa'...), saya kata, "Pasal duit RM15,000.00 itu, terima kasih sajalah." Dia terus mematikan panggilan saya.

Hahahahaha. Itu macam punya orang ada kaa?

Nota:

Tujuan saya masukkan entry itu agar jangan senang2 terpedaya dengan tawaran palsu seperti ini.

Sebelum ini berapa ramai yang terpedaya dengan bomoh.....pastu kena cabul dan rogol lagi.

Berapa ramai yang terpedaya dengan perpindahan wang juta2 dari Mat Itam Afrika.....

Berapa ramai yang hilang puluhan ribu hanya tergoda dengan teman kenalan dari internet.

Nasib baik bagi al-brangi, puasa menjadi benteng penipuan.

RM15,000 bukan kecik duit woh.....tak apa mungkin selepas ini akan dapat betul2 punya duit dari rezeki yang tak tahu dari mana.....

Apa beza Zoo dengan Safari ye?......alahai.....

Posted: 18 Aug 2010 05:30 PM PDT

Betul tu, Mahkamah bukan Zoo.

Inilah kali pertama saya bersetuju dengan si Kambing UmnGok.

Kalau bukan Zoo, mungkin Safari kot.

Tapi apa beza antara Zoo dengan Safari?

Entah, masa kecik-kecik dulu, bila pergi Zoo, kita kat luar, Singa kat dalam sangkar.

Tapi bila tengok kat National Geographic, Singa kat luar, penonton (pemburu) kat dalam kereta.

Terbalik pulak ya......alahai.....

Betul ke kerana mulutnya 'badan'nya binasa?....alahai.....

Posted: 18 Aug 2010 03:45 AM PDT

Orang tua-tua kata 'Kerana pulut santan binasa'

Masa zaman kecil2 dulu, pernah gak tanya Mak, apa makna tu. Kalau masukkan beras pulut dalam santan......apa terjadi.....meletup macam masukkan mercun dalam batang paip ke?

Mak kata, bila dah besar......bila dah kahwin.....suruh isteri masukkan pulut dalam santan.

Sekarang pulak durian di sana sini. Ada durian 'Musang King', D24, 3-biji RM10, 4-biji RM10 dan bermacam-macam lagi. 'Musang King' diibarat macam Mechedihlah, D24 macam Kamerilah, 3-biji 10 macam Proton dan 4-biji 10 macam Maibi......haha.....

Apalagi sehari sebelum puasa hari tu, orang rumah beli yang 3-biji 10 je......dimasukkan santan pekat, ditambahkan gula merah, durian dimasukkan seulas demi seulas......diletakkan di ats api yang sederhana dan dikacau perlahan sehingga masak......pekat dan harum aromanya.

Di dapur sebelah lagi (hahaha rice cookerlah) dimasak pulut yang bercampur santan cair.

Disejukkan dan dihidangkan......memang betul kerana pulut santan binasa. Saya nak buat pembetulan kepada peribahasa itu......'Kerana pulut Santan Durian binasa'.....semuanya 'binasa',,,,,errrrrght...

Disambung balik peribahasa tadi, 'Kerana Mulut Badan Binasa'. Saya tanya lagi Mak saya.

Macam biasa, Mak hanya berkata, jangan cakap lebih2, jangan cakap sombong, jangan sakiti orang lain......nanti badan binasa.

Saya naik takut bila Cik Gu bertanya soalan, saya hanya jawab sikit je, takut badan jadi binasa. Cik Gu hanya senyum bila saya kata begitu.

Rupa-rupanya memang betul kata Mak saya dulu......kerana 'Mulutnya'.....Nanti 'Badan'nya 'Binasa'.

Kerana 'Mulut'nya nanti kerjanya 'melayang' .....tu baru betul-betul 'badan' 'binasa'.....alahai.....apa yang dikata dari 'Mulut'nya itu?.....Sila baca di SINI .

Tiada ulasan: