Jumaat, 13 Ogos 2010

SharpShooter

SharpShooter


Guan Eng mahu saman Utusan

Posted: 13 Aug 2010 01:25 AM PDT

Lim Guan Eng memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kumpulan Utusan kerana mendakwa menyiarkan berita fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu mahu mengharamkan Bazar Ramadan di Komtar.

Sehubungan itu, Lim telah meminta peguam Karpal Singh mempertimbangkan tindakan saman ke atas Utusan Malaysia.

"Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah miminta peguamnya, Karpal Singh mempertimbangkan sama ada tindakan saman boleh diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita fitnah ke atas Ketua Menteri (kononnya) telah mengharamkan Bazaar Ramadan di Komtar.

"Peguam beliau akan mengkaji laporan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia mulai 7 hingga 11 Ogos 2010, yang menyiarkan berita palsu menyemarakkan sentimen perkauman dengan menyatakan Ketua Menteri menindas peniaga Melayu dengan menghalang bazar ramadan," kata Setiausaha Akhbar Lim, Cheong Yin Fan dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Bazar Ramadan di Komtar terus dibenarkan, katanya.

"Hanya pengelola, Naib Pengerusi Persatuan Perniagaan Komtar (KMA) Mohamad Ghani Abdul Jiman dilarang masukkan gerai kerana tidak bayar sewa kepada Penang Development Corporation (PDC), pengurus Komtar. Mana boleh masukkan gerai tanpa membayar wang sewa?

"Yang lebih teruk lagi ialah pengelola telah pun kutip wang daripada peniaga tetapi tidak serahkan kepada PDC sehingga hari ini," katanya.

Setiausaha akhbar itu berkata, demi menutup kegagalan KMA bayar wang sewa yang telah pun dikutip daripada peniaga kepada PDC, satu isu perkauman telah dicetuskan bahawa Bazar Ramadan dihalang dan peniaga Melayu ditindas.

"Sehingga sekarang tidak ada satu sen pun dibayar kepada PDC.

Kata beliau, ini bukan kali pertama akhbar berkenaan menyiarkan berita "bohong bulat-bulat bahawa Ketua Menteri menindas orang Melayu."

"Pada mulanya Ketua Menteri tidak ingin membuat saman kerana rasa ini adalah politik benci dan ganas oleh mereka yang anti-Pakatan Rakyat.

"Akan tetapi kerana ia diulang-ulangi, maka langkah ini terpaksa diambil untuk mendedahkan kepada orang ramai tipu muslihat dan niat jahat Utusan Malaysia," katanya.

Kata beliau, Ketua Menteri sedia menerima cabaran Ghani dengan tabah hati dan keyakinan serta anggapnya sebagai suatu ujian daripada Tuhan untuk melawan kemungkaran dan fitnah.

"Ini adalah kerana kerajaan negeri yakin rakyat dapat bezakan di antara benar dan salah, hak dan batil, antara maaruf dan mungkar," katanya lagi.

Kelmarin, Ghani mencabar Lim untuk membuat laporan polis terhadapnya atas kesalahan pelanggaran kepercayaan — dan pertaruhkan jawatan masing-masing.

Ghani berkata beliau mahu polis melakukan siasatan menyeluruh terhadapnya sambil menawarkan diri untuk melepaskan jawatan sebagai naib pengerusik KMA jika terbukti bersalah atas tuduhan itu.

"Tapi jika saya tidak bersalah, saya mahu Lim Guan Eng letak jawatan," kata Ghani.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

UMNO gila talak

Posted: 13 Aug 2010 01:13 AM PDT



Pemuda Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah mengadakan satu sidang akbhar di Komtar untuk memberi jaminan bahawa Bazaar Ramadan di Komtar sedang berjalan lancar. Mereka telah menyediakan lebih-kurang 150,000 keping risalah untuk menerangkan hal sebenar kepada warga Pulau Pinang.

Ketua Penerangan PAS, Zulkifli Ishak mengecam perbuatan Utusan dan UMNO sebagai mengapikan isu perkauman. Beliau berkata UMNO bagai gila talak.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Jadual Anwar di Pulau Pinang hari ini

Posted: 12 Aug 2010 08:12 PM PDT

Jadual Anwar 13 Ogos 2010 (Jumaat)

12.30 tgh - Solat Jumaat di Masjid Jalan Baru, Prai.

5.30 ptg - Melawat Pasar Ramadhan Masjid Perda, Bukit Mertajam.

7.40 mlm - Buka Puasa/Maghrib/Tazkirah di Surau Taman Sutra (Dun Seberang Jaya)

8.45 mlm - Solat Isyak/Tarawikh/Moreh di Masjid Kuibang Ulu, Penanti.

11.00 mlm - Program di Up Town Perda, Bukit Mertajam


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ezam rela disaman.

Posted: 12 Aug 2010 03:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Senator Ezam Mohd Nor hari ini mempertahankan pendiriannya bahawa beliau pernah diminta Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar membantu "menghalang seorang lelaki daripada mendekati" suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipercayai sekitar 2006.

Sehubungan itu bekas ketua Angkatan Muda Keadilan tersebut juga berkata, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada Dr Wan Azizah, Presiden PKR, jika merasakan telah difitnah dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak fitnah, saya tidak fitnah... apa lagi ini bulan puasa, saya tidak memfitnah," kata Ezam ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

"Datuk Seri Wan Azizah ada hak untuk mengambil tindakan undang-undang, itu hak beliau... jika ada tindakan undang-undang, saya sedia menghadapi tindakan itu, sebab saya tidak buat fitnah," katanya lagi.

Ezam mengulas kenyataan Dr Wan Azizah semalam yang memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika terus memfitnah kononnya beliau pernah meminta bantuan agar "menghalang seorang lelaki daripada mendekati" Anwar, yang kini berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh sedekad ini.

Dr Wan Azizah berkata, Ezam terus menabur fitnah berhubung perkara itu terhadap beliau selaku isteri kepada Anwar sejak menyertai Umno tahun lalu.

Ezam dilaporkan menyentuh isu berkenaan ketika ceramah jelajah Umno Selangor baru-baru ini.

Selain itu beberapa blog pernah melaporkan Ezam berkata demikian, bantuan yang didakwa diminta oleh Dr Wan Azizah sekitar 2006, dua tahun selepas Anwar dibebaskan dari penjara.

Dr Wan Azizah berkata beliau sebenarnya enggan melayan sebarang kenyataan Ezam yang dibuat "hasil menerima upah pimpinan Umno."

"Walau bagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama saya secara peribadi, saya mengingatkan beliau supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

"Sekiranya beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke mahkamah dan Mahkamah Syariah," kata Dr Wan Azizah.

Ezam berkata beliau berharap sempena bulan puasa Dr Wan Azizah akan bercakap benar dan memikirkan tanggungjawab kepada rakyat khususnya umat Islam tentang siapa sebenarnya Anwar.

"Saya minta beliau bercakap benar, saya sedia bersumpah kalau beliau menafikan, tetapi saya juga mahu beliau turut bersumpah.

"Pagi ini emak saya sendiri, yang Datuk Seri Wan Azizah selalu panggil sebagai bonda, ketika Anwar masih di penjara, menelefon saya menasihatkan Wan Azizah agar melakukan tanggungjawab, bercakap benar," katanya lagi.

Sharpshooter :- Teringat sumpah Ezam dan sumpah Mak Ezam...




Sk - Seperti piring hitam lama, bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu mengulangi dakwaan kononnya Dr Wan Azizah pernah bercakap dengan nada cemas dalam satu panggilan telefon kepada Ezam dari Washington satu ketika dahulu.

Perkara itu timbul apabila Ezam yang kebetulan berada di rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara, Kuala Lumpur memberitahunya ada seorang lelaki lain turut berada di dalam rumah itu.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: