Jumaat, 13 Ogos 2010

Era Pasca

Era Pasca


NIK AZIZ tunai JANJI pada skuad Bola Kelantan

Posted: 13 Aug 2010 03:03 AM PDT

34 pemain bola sepak Kelantan tunai umrah


KOTA BHARU, 11 Ogos: Hasrat Menteri Besar membawa pemain pasukan bola sepak Kelantan menunaikan umrah selepas layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim lepas menjadi kenyataan  apabila mereka berlepas ke Makkah Sabtu lalu. 

Rombongan tersebut diketuai anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

"Ini inisiatif yang pertama dan terulung yang diberikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di atas kejayaan pasukan Kelantan muncul naib juara Piala Malaysia.

"Sokongan kerajaan negeri kepada pasukan Red Warriors terbukti meski pun selama ini ada pihak cuba hendak memisahkan hubungan baik di antara kedua pihak. 

"Kita sentiasa bersama Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (Kafa) dan pemain, bahkan mendoakan kejayaan buat pasukan Kelantan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Rombongan Kafa disertai seramai 34 pemain dan pegawai. Turut sama ahli Majlis Kafa.

Mereka dijadual bermalam di Kaherah selama tiga hari sebelum menyambut Ramadan di Madinah dan Makkah.

Selain mengerjakan umrah pemain Kafa dijangka mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab bola sepak di sana.

Abdul Fattah berkata, usaha pihak tertentu memisahkan hubungan baik kerajaan negeri dengan Kafa tidak menjadi kenyataan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri memberitahu Menteri Besar sentiasa mendoakan kejayaan pasukan Kelantan.

"Insentif ini diharap dapat merapatkan lagi hubungan kerajaan negeri dan pemain-pemain. Pakej umrah ini diharap memberi suntikan semangat baru kepada pemain Kelantan.

"Ibadat umrah dapat meningkat jati diri pemain. Ketika mengerjakan umrah pemain diharap memperbanyakkan tadarus al-Quran," katanya.

Rombongan terbabit dijangka pulang ke tanah air pada 18 Ogos ini.

umno tetap nak tegakkan fitnahnya..

Posted: 13 Aug 2010 12:57 AM PDT




kah..kah..kah..memang dah cakap umno ni makin hari makin bodoh,dah cukup bodoh bebal lak tu tak cukup lagi dicampur bangang...dah spisis balik ke sekolah rendah ataupun memang blogger umno ni tahap sekolah rendah jer...
korang umno kalau nak tipu pun biar lerr. real ckit ini tahap bodoh cipan pun tak macam tu..

aku nak tunjukkan sedikit kesilapan pada banner yang korang buat..

1.MENYOKONG PENUH..Woii!! ini ayat umno selalu pakai pada banner2 korang ni nak tipu rakyat afrika boleh laa..

2.CHUA JUI MENG CALON MENTERI BESAR JOHOR..kah..kah..kah ini lagi lawak,betul2 bangsa umno ni bodoh perlembagaan ...tak reti nak heja,tak tau undang2 dan kita tahu klau ayat2 bodoh macam ni memang datang dari bangsa umno..

nak perkukuhkan lagi siap buat gambar super impose...ni kalau tunjuk kat orang umno yang bodoh2 ni mesti percaya gila babi punya nii...


CUPING : Bila bangsa umno ni nak jadi cerdik?

AWANG ADEK...NI ADEK SIAPA? AWANG IMPORT MANA?

Posted: 12 Aug 2010 11:51 PM PDT


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang, tidak timbul soal mata wang alternatif atau tidak walaupun hanya untuk urusan jual beli di negeri itu.-BERITA HARIAN


KAHKAHA....BUKAN MAMAT NI KE YG UMUM LULUS JUDI?...KHAKHA
JUDI APA CERITA...?APA SUDAH JADI....? KEJAP LULUS KEJAP XLULUS?
KAHAKHAKH.....SEMUANYA BELUM MUKTAMAD...

APA LAH BODOH SGT NI... RINGGIT YANG KITA DUK GUNA NI
BEDASARKAN MATA WANG DOLLAR.... HARGA DOLLAR JATUH...
RINGGIT PUN JATUH...XKE MANGKUK NAMANYA TU....

TARAK BACA SEJARAH KE? INI MATA WANG EMAS...ENGKAU BAWAK
2KG EMAS DI MALAYSIA... BAWAK PI LONDON...FRANCE...ATAU MANA2 TEMPAT PUN
DALAM DUNIA NI... BERAT EMAS ITU TETAP 2KG...TIADA MANIPULASI...

TU LA...SIDANG OIC PI HANTAR PAKLAH SURUH JADI PENGERUSI...
SEMUA NEGARA ISLAM DUK BINCANG NAK KEMBANGKAN WANG EMAS
DIKALANGAN NEGARA ISLAM...HANG TIDOQ....

YANG HANG TAU... JUDI VINCENT TAN HALAL...KAHKAHAHK

Berite Perak Kite - Zambry buat taik lagik....

Posted: 12 Aug 2010 06:36 PM PDT

IPOH, 12 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang sekali lagi membuat laporan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pemimpin Umno peringkat bahagian.
Lih Kang mendedahkan bahawa sebidang tanah yang sedang diusahakan oleh para penternak ikan hiasan dan petani telah diluluskan kepada sebuah syarikat milik seorang pemimpin Umno berkenaan.
Menurut beliau, jawapan bertulis Dewan Undangan Negeri telah mengatakan bahawa sebidang tanah seluas 50 ekar yang terletak di Kampung Sungai Itek, Gopeng, telah diberikan kepada sebuah syarikat yang bernama Safura House of Diamond Sdn Bhd.
Tujuan kelulusan tanah tersebut adalah untuk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT).
(Gambar: Lih Kang menunjukkan laporan kepada SPRM.)
"Setelah meneliti laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kami dapati satu fakta yang amat mengejutkan, iaitu salah seorang pemegang saham merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Gopeng," ujarnya.
Katanya, pengusaha-pengusaha di tanah tersebut telah membuat banyak kali cubaan untuk memohon tanah, namun semua permohonan mereka ditolak tanpa diberi sebab.
Kerajaan negeri di bawah Datuk Seri Zambry Abd Kadir, ujarnya tidak memberikan tanah kepada para petani tetapi memberi kepada pemaju adalah suatu tindakan yang tidak berperikemanusiaan.
"Apatah lagi, kerajaan negeri memberikan tanah tersebut kepada kroninya. Ini adalah satu kes rasuah (salahguna kuasa) yang jelas," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri mengecam sekeras-kerasnya kerakusan kerajaan itu.
Beliau berkata, sekiranya perbuatan itu tidak dihentikan, ramai lagi rakyat akan menderita kerana mereka akan diusir keluar dari tanah yang sedang mereka usahakan sekarang.
Lih Kang juga menyeru SPRM agar mengambil tindakan yang tegas terhadap orang yang bertanggungjawab atas kes itu.
"Ini adalah kes salah kuasa yang kedua selepas berlakunya skandal penyelewengan tanah di Kampung Sungai Itek juga, di mana Ketua Umno Bahagian Umno Gopeng telah diberikan kuota 10 lot tanah kampung tersusun," katanya lagi.
Ini, ujarnya menunjukkan bahawa Umno Barisan Nasional telah mereput hingga ke terasnya, sehingga pimpinan-pimpinan peringkat bahagian pun sudah rakus dan rasuah.
Untuk mencegah kejadian itu daripada berlaku lagi, beliau menggesa agar Zambry dibekukan jawatannya selaku Pengerusi Jawatankuasa Tanah sepanjang siasatan kes itu dijalankan di samping membatalkan kelulusan Safura House dan memberikan tanah kepada para petani.
Di samping itu, katanya wakil rakyat Pakatan Rakyat dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa tanah supaya satu sistem check and balance akan wujud.
Selain itu, Datuk Dr. Mah Hang Soon yang merupakan satu-satunya Exco bukan Umno perlu menjelaskan kenapa beliau tidak menghalang kes itu daripada berlaku.

Tiada ulasan: