SharpShooter |
- Ekor...ekor....dan ekor....
- Sivagi The Boss - Tawan Putrajaya bukan mustahil
- Jangan salahkan Islam - Guan Eng
- Jelas kes liwat 2 Anwar satu konspirasi
| Posted: 07 Aug 2010 08:23 PM PDT Ini gambar bontot lembu bukan bontot Saiful. Bontot lembu ada ekor, bontot Saiful?Kalau mai Penang sup ekor Penang Road memang tip top. Ini pula namanya kaki ekor. Apa judi sekali pun yang melibatkan nombor, orang panggil nombor ekor. Kalau kena kaki ekor ni payah cakap, sanggup beratur sampai tak malu langsung.Pi tikam ekor pun pakai Baju Melayu. Memang sah Melayu haprak. Mana ada tikam ekor jadi kaya yang pasti taukeh nombor ekor kaya raya sebab itu Najib suka sangat dan menjadi PM yang paling banyak luluskan judi ekor termasuk judi bola. ![]() Ini lagi teruk. Puja nombor ekor. Percaya pada bomoh ekor. Rosak aqidah Islam. Syirik namanya menyekutukan Allah. Yang pasti bomoh ekor pun boleh kaya raya sebab tipu kaki ekor. Gambar ini pula bukan kaki ekor tetapi saman ekor namanya. Isu saman ekor memang panas sekarang.Rejim Rosmah Najib gunakan saman ekor sebab duit dah tak berapa banyak dah...Negara akan bangkrap tahun 2019 tetapi akan maju pada 2020. Pakatan Rakyat lantang nyatakan bantahan saman ekor dan kalau isu ini Pakatan Rakyat menang sudah pasti sokongan rakyat akan bertambah pada Pakatan Rakyat. Pemuda UMNO baru perasan perkara ini sebab itu depa pun tumpang sekaki suarakan bantahan saman ekor. Alahai Pemuda UMNO.. Lu fikir la sendiri.... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Sivagi The Boss - Tawan Putrajaya bukan mustahil Posted: 07 Aug 2010 07:56 PM PDT ![]() Anwar PM pabila Pakatan menang Oleh - TAN SRI ABDULLAH AHMAD Walaupun tempoh pilihanraya umum ke 13 masih jauh lagi sekali sekala teka teki timbul. Macam-macam andaian, berbagai tangkapan walaupun yang bercakap itu tegas Speaking 'has only the vaguest notion what he is talking about'. Itulah keistimewaan seorang pemerhati, komentator, penganalisis, tukang karut dan busy body politik. Kenapa mahu jadi interfering busy body? Bila PRU 13 diadakan itu adalah hak mutlak perdana menteri Najib Razak. Tempoh masih ada tiga tahun lagi. Waras kah Najib perjudikan (tempoh) untuk mendapat 'mandat peribadi' - baru memimpin setahun jagung? Benar pengganti Kevin Rudd, Julia Gillard, telah membubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya umum hanya baru sebulan menjadi perdana menteri. Itu Australia. Kita Malaysia. Lanskap politiknya berbeza. Jangan apa yang dikejar (tempoh lima tahun baru, mandat peribadi) berciciran dan yang ada (tiga tahun lagi yang diwarisinya dari Badawi) terampas! Ramai manusia tergoda dengan iklan untuk membeli barang-barang yang tidak diperlukan. Lebih teruk merchandise yang tidak baik. Begitu juga dengan populariti, kalau pun populariti itu benar, ramai tergoda dengannya. Janganlah tergoda! Hendak laba langsung rugi! Ketua MCA, Dr Chua Soi Lek, hanya mahu menakutkan orang Cina apabila dia berkata andainya Pakatan Rakyat menang dalam PRU 13, calon PAS akan jadi PM, bukan dari Keadilan atau DAP, satu pendekatan dan kenyataan takuk lama, dan lebih buruk pula kerana dia membuat kenyataan itu di Kelantan. Cina Kelantan arif berpolitik! Dalam politik, pentadbiran, perniagaan, media, sukan dan pendidikan dan apa jua pun bidang yang terpenting adalah kualiti pucuk kepimpinan bukan parti walaupun parti juga mustahak. Pada kepimpinan atau leadership ada satu sahaja pilihan: satu dasar yang wajar dan baik. Setelah keputusan diambil pemimpin itu mesti dapat pula meyakini rakyat dengan apa yang telah ditetapkan bahawa ia (dasar) itu baik, adil dan dilaksanakan dengan berani dan pantas - suka atau duka. Inilah makna political leadership, ini elemen yang kritikal dan yang wajib ada pada pemimpin itu bagi kebaikan bangsa, watan, agama dan masa kemuka. Pemimpin yang bersifat begitulah yang kita wajib cari dan pilih. Najib mahu mempertahankan jawatannya yang 'dipusakai' dari Badawi (amat wajar), Anwar Ibrahim pula mahu merampasnya (tidak salah dalam sebuah demokrasi). Itu sahaja pilihan yang akan datang, Najib atau Anwar? BN atau PR? Anwar, timbalan perdana menteri yang ke empat tidak sempat jadi PM bermula dengan Tun Dr Ismail Abdul Rahman, (meninggal dalam jawatan), Musa Hitam (merajuk langsung berhenti), Ghaffar Baba (kalah pada Anwar sebelum berperang!) dan Anwar dipecat oleh Dr Mahathir mentornya satu ketika. Adalah bijak bagi mereka yang belum membuat keputusan meninjau kembali cara kenaikan Najib dan kejatuhan Anwar. Dalam lain perkataan mengesani evolusi, pendekatan mereka sehingga kedua-dua berada di tahap sekarang. Saya mengenali kedua-dua dari dekat. Persona public dan persona private mereka. Kedua-dua pernah menjadi timbalan perdana menteri, menteri belia dan sukan, menteri pelajaran dan kewangan - bahkan Najib masih menteri kewangan. Ramai tentu ingat pendekatan yang berbeza! Rakyat mahu bukan sahaja kestabilan, kemakmuran, keadilan juga satu-satu yang kreatif dan resilient (boleh bertahan). Kita masih dalam perjalanan kearah satu imbangan (balance) antara governance yang baik dengan perlaksanaan berani dan adil peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan. Selepas 52 tahun merdeka kita masih belum mencapainya! Benar, amat benar seperti kata pepatah Cina: lebih lama masa diperlukan bagi mendidik manusia dari menanam pokok – atau it takes much longer to grow a person than to grow a tree. Ramai orang bercita-cita mahu jadi PM, bermimpi lebih ramai lagi; berangan-angan jumlahnya lebih besar walaupun tidak realistik. Apa pun tidak kah terlintas di hati mereka ini walaupun tidak jadi PM seseorang itu boleh juga mempengaruhi dasar-dasar negara melalui berbagai cara dan sumbangan? Apa pun biarlah mereka terus berangan-angan. Selagi bernafas selagi itulah ada harapan! Lanskap politik kita sudah berubah, sedang berubah dan akan berubah begitulah juga geopolitics wilayah dan dunia. Kita jangan bergembira dengan masa silam, kita mesti berubah deras – bersatu padu, bersedia menerima cabaran yang mencabar dan sengit kini dan akan datang. ![]() Dalam politik tiada yang mustahil. Dulu Anwar bakal PM - dibuang dan dipenjarakan. Kini ketua pembangkang. Krisis kewangan dan ekonomi 1997 – 1998 diikuti pergolakan politik - kedua-duanya incendiary (kebakaran) dan personal mengakibatkan perpecahan dalam UMNO, parti pemerintah. Kesannya berlarutan sehingga sekarang. Apa pun jangan lupa Najib bukan calang-calang perdana menteri. Kedua-dua pendekar: Najib pendekar elak jauh, Anwar pendekar lidah! Mereka akan menunjukkan kependekaran masing-masing dalam PRU 13, pertarungan hidup mati kedua-dua (dalam dunia politik!) Pihak yang banyak ilmu, ramai jemaah, banyak dana, lebih ramai pendeta politik yang berpengalaman tegas Speaking 'will make the difference'. Kita harus memahami sejarah, situasi sekarang, trends akan datang dan mempunyai perspektif yang terang. Besar kemungkinan China muncul sebagai kuasa mega lebih awal lagi dari dijangka dan begitulah juga berakhirnya unipolariti. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Jangan salahkan Islam - Guan Eng Posted: 07 Aug 2010 11:58 AM PDT ![]() Lim: Jangan salahkan Islam, saya berpendapat ia tidak adil. Sehubungan itu Lim berkata Dr Chua sedang cuba untuk mengalihkan tumpuan daripada masalah akar umbi sebenar, yang dilihat ditujukan kepada Umno selaku komponen utama Barisan Nasional (BN). "Jangan salahkan Islam, saya berpendapat ia tidak adil," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Sebaliknya menurut Lim, Dr Chua sewajarnya mengemukakan persoalan-persoalan yang serius seperti perjudian sukan dan kalimah Allah kepada Umno. Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menghadiri sidang media itu bersetuju dengan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP. Anwar berkata, Dr Chua dengan jelas memperlihatkan keangkuhan dan kejahiannya ekoran kenyataan beliau semalam. "Pada pemikiran saya, dia seorang pemimpin yang tidak boleh diterima dalam pakatan (seperti BN)," kata beliau sambil menambah, pemimpin-pemimpin yang ingin menyelamatkan negara harus berusaha untuk memperluaskan pengetahun mereka tentang agama-agama yang lain. Oleh itu kata beliau, adalah penting bagi bukan Islam memahami sumbangan masyarakat Islam dan begitu juga sebaliknya. Lim berkata Dr Chua perlu memahami bahawa ketamadunan Islam bukan semata-mata terletak pada aspek kuasa empayar, tetapi juga dapat dilihat dalam bentuk keagungan keseniaan, pembelajaran, astonomi dan algebra. "Negara-negara Islam berhadapan dengan masalah yang sama pernah dialami oleh China dan India sebelum ini," katanya ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Integriti Khalifah Umar Abdul Aziz di sini hari ini. "Hanya apabila India dan China bebas, merdeka dan tidak didominasikan oleh kuasa penjajah, mereka berupaya untuk sedar potensi mereka dan membawa keagungan mereka ke persada dunia," katanya. Dalam kenyataan semalam, Dr Chua membidas Umno dan PAS kerana menggunakan agama untuk bersaing mendapatkan sokongan orang Melayu. Malah beliau mendakwa Malaysia juga kini terperangkap sebagai negara "berpendapatan tengah" lebih 10 tahun. Bekas menteri kesihatan itu berkata persaingan antara kedua-dua parti Melayu Islam itu telah membawa negara ke arah "dasar-dasar yang tidak progresif." Dr Chua memberitahu MCA juga mendapati Umno menjadi semakin konservatif sejak kebelakangan ini. Umno-BN kehilangan kerajaan lima negeri pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu. Bagaimanapun dalam reaksi segera semalam, pemimpin-pemimpin Umno dan PAS 'bersatu' membidas Dr Chua kerana menuduh kedua-dua parti Melayu Islam itu menggunakan agama untuk meraih sokongan orang Melayu sejak kebelakangan ini. Sehubungan itu mereka memberi Dr Chua amaran bahawa beliau berhadapan dengan risiko mencetuskan reaksi balas daripada kaum Melayu. Sharpshooter :- Tidak ada pemimpin kaum Tionghua lain yang bukan beragama Islam di Malaysia seperti Lim Guan Eng.Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepadanya...amin... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Amizudin Ahmat (Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Jelas kes liwat 2 Anwar satu konspirasi Posted: 07 Aug 2010 11:41 AM PDT PUTRAJAYA 6 Ogos - Keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur bagi membantu pembelaannya dalam perbicaraan Fitnah II, membuktikan kes ini tidak lagi mengambil pendekatan undang-undang, tetapi bertindak di luar amalan perundangan Malaysia dan negara Komanwel serta sekali gus mengesahkan teori konspirasi. Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menjelaskan mendapatkan bahan bukti adalah asasi pihak yang dituduh dan keputusan mahkamah mencerminkan prinsip ini telah dinodai. Apatah lagi permohonan Anwar dibuat selaras dengan peruntukan Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah yang dipinda pada 2006 yang membenarkan pendakwaan mendedahkan bukti kes secara automatik sebelum perbicaraan. "Tidak pernah terjadi sebelum ini pihak pembelaan dinafikan hak ke atas dokumen berkaitan sedangkan ia merupakan prinsip asas, iaitu pihak yang didakwa mempunyai hak penuh untuk membuat pembelaan sebaik mungkin. "Ada wujud satu pepatah perundangan yang mengatakan 'Adalah lebih baik melepaskan sepuluh orang yang bersalah, daripada menghukum seorang yang tidak bersalah,'" kata beliau. Yusmadi menjelaskan, mahkamah sepatutnya memberikan 'benefit of doubts' atau 'keraguan pertuduhan' kepada mereka yang didakwa kerana keraguan yang muncul sepanjang perjalanan kes tersebut memungkinkan kes ini digugurkan. Tegas beliau perkembangan yang berlaku dalam perbicaraan tersebut setakat ini secara jelas mengesahkan teori dan persepsi wujudnya konspirasi untuk menjatuh dan mencemar karier politik Ketua Umum KEADILAN itu. Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Clement Allan Skinner hari ini menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan nota perubatan daripada tiga doktor HKL. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan