Era Pasca |
| Aiyoooo adik itu VK Lingam ada orang dendam kaaaa?? Posted: 07 Aug 2010 08:45 PM PDT gambar untuk peringatan nih.... Sebab Moosa Hassan kata da lame kes nih, soo kene tutup KES la... KUALA LUMPUR 7 Ogos – Polis mengesahkan identiti seorang lelaki yang dibunuh di sebuah stesen minyak di Bandar Tasik Puteri di Serdang adalah adik bongsu Datuk V. K. Lingam. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, perkara itu disahkan oleh abang mangsa, Datuk V. Sivaparangothai yang telah menuntut mayat V. Rajendran di Hospital Serdang pada Rabu lalu. Beliau berkata, setakat ini, pihaknya telah menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan kira-kira pukul 11 malam pada 3 Ogos lalu. Katanya, suspek ditahan semasa membuat laporan polis berhubung kematian mangsa. "Kenyataan yang dibuat suspek bagaimanapun dilihat bercanggah dengan kejadian sebenar dan pihak polis terpaksa menahannya. "Bahan bukti yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa telah ditemui dan 16 saksi telah memberi keterangan. "Kita sedang memburu dua lagi rakan suspek berusia 30-an yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan itu," katanya dalam laman sosial Facebook di sini hari ini. Lingam sebelum ini dikaitkan sebagai individu yang dirakam dalam klip video berhubung perbualan seorang lelaki mengaturkan pelantikan dan kenaikan pangkat hakim. Klip video itu yang didedahkan pada 2007 mencetuskan kontroversi kerana menjejaskan integriti badan kehakiman hingga menyebabkan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat klip video tersebut. Peguam itu bagaimanapun menafikan segala tuduhan tersebut. Pada 3 Ogos lalu, Rajendran dipukul sehingga mati oleh tiga lelaki yang dikenali di Bandar Tasik Puteri, Serdang, akibat disyaki menyeleweng duit kutipan sebuah kuil. |
| ceramah shamsul amk diganggu polis Posted: 07 Aug 2010 07:42 PM PDT Aku ingat umno Johor kuat,kebal dan tak lut untuk ditikam..rupanya hampehh!! apa yang berlaku umno johor pengecut,tak gentle,pondan,guna polis untuk memaksa ceramah dihentikan.... klau bercakap fuiihh!! saya anak jati johor takkan termakan hasutan pembangkang..tapi apa dah jadi? umno johor dalam ketakutan untuk menghadapi pilhanraya 13 dan segala macam cara dilakukan untuk membenteng asakan dari pakatan rakyat dan salah satu cara adalah seperti video dibawah ini.. |
| You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan