Rabu, 4 Ogos 2010

shalehudin

shalehudin


Jom 'Selamatkan Selangor' dari Umno, kah... kah... kah...

Posted: 03 Aug 2010 10:08 PM PDT

Giliran Pakatan 'Selamatkan Selangor'

Jimadie Shah Othman
Selepas kempen pusingan pertama 'Selamatkan Selangor' oleh Umno tamat Ahad ini, tiga hari kemudiannya giliran Pakatan Rakyat pula membuat serangan balas bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam 18 siri ceramahnya.

Menariknya, penerangan balas kerajaan Pakatan melalui Skuad Komunikasi Selangor (SKS) akan dimulakan pada hari pertama umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan - dijangkan 11 Ogos.

Pada masa yang sama, Umno - melalui Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) - pula memilih berehat sepanjang bulan yang mulia itu sebelum menyambung semula kempen fasa kedua nya selepas hari raya Aidilfitri yang dijangka pada pertengahan September.

"Kita (Pakatan) akan mulakan kuliah di masjid-masjid seluruh Selangor. Kita akan edarkan risalah penerangan.

"Paling kurang pun, kita minta buat tazkirah sekurang-kurangnya 30 minit," kata pengarah penerangan di pejabat menteri besar Selangor Badrul Amin Bahron.

Katanya pihaknya memilih membuat penerangan di masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi beribadat.

Tiada ulasan: