RAKYAT MARHAEN |
- Kah... Kah... Kah... Melayu atau Cina??
- PAS Bakal Kecundang Di Terengganu Dan Selangor
- Sentimen Perkauman, Strategi lapuk UMNO/BN
- Ambil alih tempat UMNO Salahuddin Ayub: PAS perlu lebih proaktif
- SAYA TIDAK TERGODA DGN KEMEWAHAN-KHIR...KHAKAHA
- Negara Berkebajikan: Pengumuman Guan Eng tepat
- BN kena sedar kerajaan pun ada ajal
- Wujudkan modul khas keluarga bahagia elak pasangan muda bercerai
- Hubungan romantis: Mahkamah Tinggi tolak permohonan Anwar gugur kes liwat
- Pakatan pembangkang semakin kemaruk kuasa ..macam kat Selangor sekarang..!!! gila talak...!!!
- All alone at the top
- Biar Betul : - 'Pemimpin Umno berkelahi buat rakyat bosan'
- Cyber Wars - The Empire strikes back
- Mana ada orang kafir setuju dengan Islam..tapi ramai Melayu benci Islam....!!
- Noh Omar Jolok Sarang Tebuan.
- Umno Selangor semakin murah
- Maruah peneroka bukan RM350
- Kerajaan mungkin kuat kuasa penapis kandungan Internet? Telah dijangka...Cybertrooper UMNO gagal...Plan B maa...!!!
- Itu tak betul…ha..ha.ha..!!!
- Jangan menyimpang perjuangan
- Pasir haram: Khir cabar Khalid buktikan BN terlibat
- Cubaan Ridhuan Tee untuk menjadi Melayu Umno...
- Bab-Edh-Dhra, Lokasi Azab Kaum Luth
- Dalam Cerdik Ada Sengalnya.
- Bajet Boros Untuk Kroni Hadapi PRU-13
| Kah... Kah... Kah... Melayu atau Cina?? Posted: 15 Aug 2010 08:07 PM PDT ![]() Kah... Kah... Kah.... Kah... Ibrahim Ali Perkosa 'naik syeikh' lagi. Kali ini dia warning boss 1Malaysia, si Najib. Fuulaamakk... marah bebenor dia pada Najib, sebab... Najib bagi muka sama olang Cina hingga boleh menjejaskan kedudukan dan kepentingan bangsa Melayu. Baca sini. Weh.... Najib dah tersepit!! Dia perlukan sokongan kaum Cina untuk menang PRU13. Orang Cina ni..... politikal will mereka kaw giler-giler. Tengok apa jadi pada PRU12. Kalau tak ada talian hayat Sabah dan Sarawak.... UMNO/BN dah bungkus!! Orang Cina Semenanjung dah tolak mereka. Sebab tu.... sekarang ni kena buat sesuatu untuk tarik mereka semula agar sokong BN melalui MCA. Pada Najib, bangsa Melayu, no problem. Senang jer nak handle.... Pada dia Melayu senang jer diperbodoh dan diperlemah. Buat ler macam pun pada bangsa Melayu..... last-last mereka akan sokong UMNO jugak. Sebab.... pada Melayu yang bodoh, hanya UMNO saja yang pandai dan boleh memerintah. Kuasa UMNO jer yang boleh jaga kepentingan mereka. But.... but... but.... itu pandangan Melayu bodoh. Melayu cerdik berbeza pendapat dan pandangan, ya?? UMNO is a liability kepada bangsa Melayu!! Ai... takkan Perkasa tak tahu yang selama ini pun, dah lunyai Melayu kena perkosa oleh para pemimpin UMNO?? Melayu la ni dah ibarat tinggal.... seluar dalam jer. Aha.... seluar dalam yang itu pun, dah koyak rabak. Semuanya, akibat kerja tangan para pemimpin UMNO sendiri. Durjananya mereka!!. So.... tak yah berlakon Perkasa oi!! Apa yang bangsa Melayu kena buat sekarang.... ialah jadi cerdik sikit untuk survival mereka. Faham realiti keadaan masyarakat Malaysia sekarang dan adaptkan diri. Caranya mudah ....... Jadikan keadilan sebagai teras sokongan kita. Bukan keadilan untuk satu-satu kaum dalam satu-satu bidang saja tetapi keadilan hakiki seperti yang disarankan oleh Islam. Semua bangsa rasanya mahukan keadilan..... iaitu meletakkan sesuatu ditempatnya yang betul. Settle... semuanya. Dan sekarang... yang berjuang ke arah itu ialah Pakatan Rakyat. Sebab itu.... ramai rakyat pelbagai kaum di Malaysia, dah mula jatuh cinta dengan PR. Itu sebenar yang menggusarkan UMNO/BN hingga terpaksa melakukan pelbagai helah untuk meraih semula sokongan rakyat. Bagi pihak seperti Perkasa, yang masih berada dalam kerangka politik kuno iaitu politik perkauman yang berteraskan kepentingan kaum..... mereka akan rasa tertekan dengan apa yang Najib buat. Mereka sentiasa akan terasa insecure dengan nasib masa depan mereka. Sebab.... mereka dah terbiasa 'hidup' bertongkat dan berpayung. Terlalu dependen dan padahnya... mereka mula diserang sakit jiwa iaitu sentiasa dihantui perasaan insecure. Lantas.... Ibrahim Ali Perkosa pun mula gelabah dan memberi kata dua kepada Najib. Fuuhhh.... garang bunyinya. Beri muka pada Cina dan kamu akan kehilangan sokongan bangsa Melayu!! Ngkorang ingat.... Najib ambil pot ke, amaran Tok Ketua Perkosa ni?? Pooodahh!! Tak der mana nyer... Aku rasaler.... Perkasa ni berdrama jer. Drama yang bertemakan "I help you.... You help me" Perkasa tackle orang Melayu dengan mempermainkan perasaan mereka. Biar mereka kompius. Dan, Najib pulak.... tackle kaum Cina. Phyco mereka dengan perkara apa yang menarik hati mereka iaitu... ekonomi. Win their hearts and their minds.... dengan harapan sokongan kaum Cina akan kembali kepada mereka. Ibrahim Ali, seperti yang semua kita sedia maklum... politically dah kaput. Pelik.... apa sebenarnya yang dia kejar?? Apa yang Perkasa boleh buat untuk really tolong dan ubah nasib bangsa Melayu?? Nothing.... selain melalak, macam anjing menyalak bukit!! Sebenarnya.... bangsa Melayu yang kena sedar dan ubah serta perbaiki kelemahan diri. Kesedaran itu mesti datang dari dalam diri bangsa Melayu itu sendiri. Terima realiti dan jangan mengharap lagi pada mereka yang tak peduli dan pentingkan diri sendiri. Sedarlah.... yang pemimpin UMNO ini hanya mempergunakan 'Melayu' untuk kepentingan diri mereka. 'Melayu' adalah survival dan talian hayat mereka untuk terus berkuasa. Kuasa yang memberi lesen kepada mereka untuk terus rakus mengaut harta kekayaan negara buat diri dan kroni mereka. by A Mum Of Three Mohd | ||
| PAS Bakal Kecundang Di Terengganu Dan Selangor Posted: 15 Aug 2010 08:01 PM PDT
Ulasan GB Bagi GB, PAS masih leka dengan kemenangan silam dan parti masih diterajui oleh pemimpin-pemimpin pemalas dan pengamal budaya kepimpinan Pak Lah. Pemimpin PAS yang ada bukan saja tidak pro-aktif, malah tidak innovatif, tidak kreatif malah lansung tidak ambil pusing bab-bab menjadi teladan di dalam kepimpinan, lantas parti menjadi lemah dan tidak bergerak ke hadapan. Tanya kini, apa yang dah mereka lakukan untuk parti selama ini? Berapa minit yang diperuntukkan untuk berfikir dalam sehari untuk parti berbanding untuk hal-hal kepentingan diri dan famili? Apa landmark yang mejadi bukti sumbangannya selama ini untuk parti? Ada tak berfikir contohnya bagaimana nak wujudkan lebih ramai teknokrat Islam, usahawan Islam, mengumpulkan pakar-pakar IT dan telekomunikasi bagi membantu parti, menjadikan negara sebagai hub untuk pusat Ilmu mengenai pemerintahan Islam? Illekkk... Paling tinggi adakan kuliah di surau tempat sendiri. Macam UMNO juga, bincang bab feqah sampai ke pagi. Wudhu sah tak sah jika tahi cicak jatuh ke dalam baldi. Tak berganjak dari dulu sampai kini. Tetapi mereka (yang jumud) ini handal-handal belaka. Sebab, All The President's Men! Presiden suka orang semacam ini sebab ampunya lebih. Ada pula pemimpin cuba menunjukkan dirinya "terlebih kreatif", mencari jalan mudah untuk mencapai kemenangan sehingga melakukan tindakan yang bertentangan lansung dengan Perlembagaan parti dan yang tidak diamalkan oleh Rasulullah seperti idea "kerajaan perpaduang" yang telah digagalkan Allah s.w.t. Pemimpin jenis ini ramai di Selangor dan di Terengganu. Di Selangor paling teruk, diterajui oleh seorang pemimpin berbudaya UMNO yang melakukan kerja-kerja gelap dan kemudian pandai memutar lidah menjustifikasikan tindakannya. Beliau pengamal budaya cantas mencantas dalam PAS. Awal-awal lagi dua pemimpin yang mengkritiknya dicantas dari Dewan Harian, Khalid dan Shaari. Pemimpin tertinggi PAS termamsuk Pengerusi Disiplin membiarkan beliau bermaharaja lela. Kerana apa? Satu gangsi - UG namanya! UG dah mati kata mereka. Tapi timbul cerita pertemuannya dengan seorang mufti UMNO-APCO yang mendedahkan petualang sebenar parti. GB mendapat makluman, sebagai YDP Negeri, beliau yang ada kuasa mencadangkan nama-mana calon untuk negerinya akan mencantas beberapa YB daripada dicalonkan semula untuk parlimen dan DUN di negeri tersebut (termasuk Khalid dan Shaari) untuk digantikan dengan calon-calon pilihannya. Itu merupakan sebab utama nanti jika PAS tewas di dalam PRU akan datang. Bagi rencana kedua oleh sdra amdang81 dari Pemuda Terengganu yang cuba mempertahankan tindakan PAS Terengganu di dalam usaha melakukan pendaftaran pengundi baru, GB lihat ia tidak lebih sebagai satu sikap bodoh sombong seorang Pemuda PAS Terengganu. ![]() Mengapa GB berkata demikian? Tengok. Mengapa SPR buat pengumuman yang Terengganu hanya tinggal 12.3% yang belum berdaftar? Supaya PAS leka untuk melakukan kerja2 tersebut... kerana ketika ini UMNO sudahpun mendahlui PAS dari segi pendaftaran dan bilangan. Bagi negeri-negeri lain pula seperti Selangor, Johor, Perak, Sarawak dan Kelantan - kesemua negeri-negeri itu sebenarnya negeri yang merbahaya buat UMNO - BN. SPR mendedahkannya supaya nanti rakyat jangan terperanjat jika di tahun hadapan angka pendaftaran pengundi baru meningkat mendadak... siapa melakukannnya? SPR sendiri! GB membuat tuduhan di bulan mulia? Sembah sujud kepada Allah untuk diperlihatkan kebenarannya. InsyaAllah kita akan diberikan jawapannya. Marah dengan GB kerana mengkritik pemimpin parti? Mudah, pecat saja GB dari menjadi ahli parti. Mungkin lagi aman dan lagi cepat parti bersemadi? | ||
| Sentimen Perkauman, Strategi lapuk UMNO/BN Posted: 15 Aug 2010 07:46 PM PDT SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) menyalakan bara sentimen dalam kalangan orang Melayu sebagai strategi lapuk.Naib Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, BN/UMNO heboh mahukan orang Melayu bersatu sebagai kaum majoriti tetapi isu salah guna kuasa, rasuah dan kecurangan hanya ditutup sebelah mata. "Persoalannya, bersatu untuk apa? Kita tidak rela kalau perpaduan bangsa hanya untuk membenarkan pimpinan elit UMNO menggunakan kuasa mereka dengan mengamalkan rasuah dan memperkaya diri sendiri. "Seandainya orang Melayu termakan umpan dan bersatu menyokong kecurangan ini, maka musibah akan melanda bangsa dan negara kelak," kata Azmin dipetik dalam laman blognya www.azminali.com. Menurutnya, perpaduan perlu mempunyai asas dan tidak boleh digunakan untuk perkara yang mengongkong individu. "Ini kerana ia bertentangan dengan jaminan Tuhan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan maruah yang perlu dijamin. "Kita bersyukur apabila orang Melayu kini cukup matang dan tidak mudah terperangkap dalam polemik diskaun 7 peratus Bumiputera untuk belian tanah dan rumah mewah. "Masih terdapat pelbagai inisiatif dan subsidi untuk golongan kaya tetapi malang apabila subsidi rakyat dihakis sehingga ayam dan gula di dapur juga semakin mahal," katanya. Beliau yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, perkara yang perlu dikaji ialah rumah mampu dimiliki rakyat pada harga yang munasabah terutama majoriti orang Melayu. "Lihat sahaja kualiti rumah untuk rakyat miskin dengan dapur yang sempit, kamar tidur bersiling rendah, bilik mandi dipasang dengan jubin yang tidak berkualiti, tiada padang permainan dan jumlah rumah yang terlalu padat. "Ini adalah realiti sebenar kesempitan dan himpitan hidup yang menimpa majoriti orang Melayu di setiap bandar ketika tanah dan kawasan strategik diberikan kepada tauke-tauke dan kroni mereka," katanya. | ||
| Ambil alih tempat UMNO Salahuddin Ayub: PAS perlu lebih proaktif Posted: 15 Aug 2010 07:42 PM PDT Bagi menggantikan UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan nasib masyarakat Melayu dan Islam dalam negara ini, maka PAS perlu lebih proaktif bagi mengambil alih kepimpinan tersebut. Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, PAS bukannya sebuah parti kecil lagi, malah merupakan sebuah parti yang memperjuangkan nasib semua rakyat yang memerlukan pembelaan. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS di Kompleks An-Nadhoh, Penanti, Bukit Mertajam tengahari semalam. Salahuddin (gambar kanan) juga berkata, PAS harus memandang ke hadapan bagi menerajui kepimpinan bersama dengan PKR dan DAP yang berganding dalam Pakatan Rakyat (PR)."Bagi mencapai realiti ini, maka kepimpinan dan juga ahli PAS perlu mendokong konsep yang diamalkan iaitu sidiq, amanah, tabligh dan fatanah yang merupakan ciri-ciri penting bagi menuju ke arah kejayaan tersebut." Beliau berkata lagi, "PAS telah meletakkan dirinya sebagai sebuah parti Islam yang lebih inovatif dalam membawa produk baru yang mampu dimanfaatkan kepada semua golongan masyarakat dalam negara ini." Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, untuk menjadikan hasrat melangkah ke Putrajaya satu realiti, maka reformasi dalam perjuangan PAS adalah salah satu perkara utama yang perlu mendapat keutamaan semua ahli dan pendokong PAS. Beliau berkata, Lim Guan Eng sepatutnya diberi peluang dan ruang untuk merealisasikan hasrat beliau menjadikan sistem pentadbiran Khalifah Umar sebagai satu perkara yang akan membawa kejayaan dalam pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. "Guan Eng perlu mengambil pendekatan untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa DAP mampu untuk menganjak paradigma yang lebih baik di bawah kepimpinan beliau jika dibandingkan dengan kepimpinan Lim Kit Siang." "Sekiranya beliau mampu untuk membuktikan bahawa kepimpinan yang ingin diterapkan berdasarkan kepada kepimpinan yang telah dibawa oleh Khalifah Umar itu adalah satu sistem yang boleh memberi keadilan dan kesejahteraan kepada rakyat, maka barulah DAP dapat keluar dari kerangka dan persepsi negatif sesetengah pihak," katanya lagi. Mujahid: Manakala Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dalam ucapannya menyarankan kepada ahli PAS supaya membuang persepsi negatif bahawa PAS adalah pembangkang di Pulau Pinang. "Dalam banyak isu UMNO dan Barisan Nasional (BN) cuba menjadikan isu masyarakat Melayu sebagai modal politik mereka bagi mengaut simpati masyarakat Melayu yang sememangnya semakin tipis menyokong mereka," katanya. Mujahid yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata, isu tanah perkuburan di Jelutong yang selama ini telah 15 tahun tidak dapat diselesikan oleh UMNO dan BN. Namun begitu dalam tempoh Kerajaan PR memerintah Pulau Pinang, PAS telah mengorak langkah bagi mengatasi masalah ini bagi manfaat masyarakat Melayu dan umat Islam khususnya dalam kawasan tersebut. "Hasil dari perbincangan yang telah dilakukan maka kita meminta supaya pihak kerajaan negeri menekankan kepada pemaju dasar untuk menempatkan semula penduduk di kampung yang terlibat dengan projek pembangunan. Sekiranya ini dapat dilakukan maka persepsi bahawa kerajaan negeri mengusir masyarakat Melayu dapat ditangkis," tambahnya lagi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah kepimpinan Pemuda, Muslimat dan PAS Negeri Pulau Pinang. | ||
| SAYA TIDAK TERGODA DGN KEMEWAHAN-KHIR...KHAKAHA Posted: 15 Aug 2010 07:39 PM PDT ![]() Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo - dalam reaksinya terhadap kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai pentadbirannya dari 2001-2008 - menyifatkan menteri besar Selangor itu "bercakap merapu seumpama orang nyanyuk". KAHAKHA....INI SUDAH KURANG AJAR... NI MACAM PERLI MAHATHIR...KHAKAHA.. DUK DIAM2 DAH LE MAT TEMPE... DUK DALAM BANGLO 24JUTA...KHAKHAKHA NANTI TERSALAH CAKAP MAHATHIR TERASA..WOOO... NOH OMAR...MAT KOTAK TUNGGU MASA NAK TENDANG LU...KAHKAHA LU KENA SERANG TARAK SAPA MAU TOLONG LU...KAHKAHKHA... KATA KETUA PEMBANGKANG SELANGOR...KHAKAH MANA BALACI LU....KAHKHAKAH BAIK LU PIKIR MACAM MANA NAK ELAK DRP KENA MASUK MAKAMAH KES PKFZ...KAHKAHA ROSMAH SUDAH TENDANG LING LIONG SIK....KAHKAHA... LU TUNGGU MASA JE...KAHKAHKA BAIK LU PERGI DISNEYLAND DRP MENGATA MAHATHIR..KAHKAH | ||
| Negara Berkebajikan: Pengumuman Guan Eng tepat Posted: 15 Aug 2010 07:31 PM PDT KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Pengumuman DAP mengenai ganjaran kepada rakyat sekiranya Pakatan Rakyat (PR) membentuk kerajaan Persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang adalah bertepatan dengan konsep negara berkebajikan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Dalam pilihan raya ke-12 yang lalu, PAS menawarkan sebuah pemerintahan menggunakan falsafah Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan untuk kebajikan rakyat awam.Jumaat lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan, jika PR membentuk kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang, kerajaan baru itu akan membuat bayaran RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas. Di samping itu, kata Lim lagi, kerajaan PR juga akan menghapuskan amalan saman ekor yang menyenaraihitamkan pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka. "Kami juga akan membekalkan wifi percuma di seluruh Malaysia," kata Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang. Sambil mengalu-alukan pengumuman itu, Mahfuz berkata, falsafah Negara Berkebajikan yang dikemukakan oleh PAS sangat wajar dipeluaskan. "Bagi pihak PAS, di negeri-negeri di mana PAS menerajui pemerintahan, kita berusaha melaksanakan falsafah negara berkebajikan ini melalui Skim Takaful Kafalah," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Di Kelantan, katanya, kerajaan negeri membelanjakan antara RM3 hingga RM4 juta setahun bagi membayar premium insurans takaful untuk rakyat yang mencapai umur 60 tahun ke atas menerusi Skim Takaful Kifalah. Skim Takaful Kifalah (warga emas) adalah suatu peruntukan khusus membabitkan semua warga emas rakyat Kelantan yang berumur 60 tahun ke atas tanpa mengira jantina, keturunan, bangsa dan agama. Menurut Mahfuz, rakyat yang berumur 60 tahun ke atas hanya diminta mengisi borang insurans takaful tersebut, kemudian kerajaan negeri yang membayarnya. Di Kedah pula, katanya, kerajaan negeri dibawah pimpinan PAS telah memperuntukkan sebanyak RM3.6 juta bagi membiayai skim Kafalah bagi tahun 2010 mulai awal tahun ini. Tujuannya ialah membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pengurusan jenazah, kata Mahfuz. Melalui Skim Falah di Kedah, katanya, waris akan menerima RM500, namun begitu pendapatan isi rumah haruslah kurang daripada RM720 bagi melayakkan mereka tersenarai dalam kategori ini. Menurut Mahfuz, sesuai dengan falsafah Negara Berkebajikan, skim itu tidak mengambil kira ideologi politik mana-mana pihak keranaia adalah usaha kerajaan negeri membantu golongan yang tidak berkemampuan. | ||
| BN kena sedar kerajaan pun ada ajal Posted: 15 Aug 2010 07:27 PM PDT KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Pemimpin Barisan Nasional (BN) kena sedar dan hendaklah menerima hakikat bahawa sebuah kerajaan ada ajal, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. "Perjuangan seperti roda, ada ketika berada di atas dan ada ketika berada di bawah," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.Sehubungan itu, katanya PAS menyambut baik cadangan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang menasihat parti politik supaya membuang budaya politik negatif dan mewujudkan suasana yang lebih selesa dan harmoni. Beliau berkata, Tsu Koon dengan ikhlas menyatakan perkara itu terjadi terutama selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, di mana politik dendam antara satu sama lain. Justeru, tambahnya PAS mengharapkan supaya Tsu Koon membawa idea itu ke Majlis Tertinggi BN supaya anggota komponen BN pandai menghormati keputusan rakyat dalam sebuah negara demokrasi yang telah memilih parti-parti yang bertanding. PAS juga, katanya mengharapkan nota peringatan yang diberikan oleh Presiden Gerakan itu akan memberikan satu sinar baru dalam politik Malaysia. "Biarlah tunjuk kematangan berpolitik setelah negara hendak menyambut kemerdekaan kali ke 53. Janganlah berpolitik seperti negara baru mengenal tamadun dan kemajuan. Ini, katanya kerana menjadi adat dalam sesuatu perlawanan ada pihak yang kalah dan menang. "Hormatlah semangat federalisme yang telah diterima pakai di negara ini. Buanglah sifat tidak menghormati undang-undang dan perjanjian seperti hak royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu," katanya lagi. PAS, tambahnya menasihatkan supaya pemimpin Umno dan BN hendaklah belajar menjadi pembangkang yang baik, seperti yang telah dialami oleh PAS. Katanya, pemimpin BN perlu belajar daripada PAS dalam sepak terajang politik. Beliau berkata, PAS pernah bersama dengan kerajaan di peringkat pusat pada tahun 1970, sehingga ditendang keluar daripada BN. PAS juga, katanya pernah memerintah di Kelantan, kemudian kalah, setelah memerintah 18 tahun sejak 1959. Namun, ujarnya berkat kesabaran, maka rakyat memberi kepercayaan kembali pada tahun 1990 hingga kini. Menurutnya lagi, PAS pernah menang di Terengganu pada 1959 kemudian jatuh melalui undi tidak percaya 1961, kemudian menang pula pada 1999 dan kalah 2004. "Inilah roda putaran perjuangan PAS dalam sebuah negara demokrasi. Walaupun PAS sedar perjalanan demokrasi yang penuh tempang namun PAS tetap menyuburkan demokrasi, kerana ini adalah satu jalan untuk PAS merealisasikan cita-cita perjuangannya," katanya. Malangnaya sikap ini tidak ada kepada umno/bn, yang tidak sabar dan tidak tahu menjadi pembangkang. | ||
| Wujudkan modul khas keluarga bahagia elak pasangan muda bercerai Posted: 15 Aug 2010 07:17 PM PDT August 16, 2010 16 OGOS — Peningkatan kes perceraian di kalangan pasangan muda di negara ini wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak. Keruntuhan rumah tangga ketika usia perkahwinan masih terlalu muda tentunya memberikan pelbagai kesan negatif, bukan saja terhadap pasangan terbabit, malah anak yang dilahirkan seterusnya masyarakat. Keadaan itu jika dibiarkan boleh menjejaskan matlamat kerajaan untuk mewujudkan keluarga bahagia sebagai institusi penting dalam membina masyarakat penyayang yang menjadi asas kepada keharmonian negara.Kita tidak menafikan, ada pasangan sudah lama berkahwin sebahagiannya turut berakhir dengan perceraian, tetapi bilangannya kecil berbanding pasangan muda. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merekodkan 949 perceraian berlaku antara Januari hingga Disember tahun lalu membabitkan pasangan muda berusia antara 26 hingga 30 tahun. Berkahwin pada usia terlalu muda, tanpa persediaan fizikal dan mental mencukupi menyebabkan mereka gagal mengemudi bahtera rumah tangga dengan sempurna. Ramai yang memilih jalan mudah bagi meleraikan kekusutan rumah tangga menerusi perceraian, walaupun mereka tahu ia amat bercanggah dengan tuntutan agama Islam. Pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah kelmarin mendedahkan antara faktor utama peningkatan kes perceraian pasangan muda ini kerana hubungan cinta tidak direstui ibu bapa serta kurang didikan agama. Kebanyakan pasangan muda tidak bersedia sepenuhnya untuk mendirikan rumah tangga menyebabkan mereka kurang matang membezakan kewajaran tindakan mereka itu. Berdasarkan kajian yang dijalankan Dr Fadzilah, sebanyak 80 peratus pasangan muda yang berkahwin melafazkan perceraian berikutan hubungan dihalang keluarga, malah ia menyebabkan punca pertengkaran pasangan. Manakala, 65 peratus pasangan muda lagi bercerai disebabkan asas pendidikan agama yang longgar seperti tidak bersolat, tiada pegangan agama yang betul dan kurang pengetahuan dalam membentuk keluarga berasaskan ajaran Islam. Tentunya, ada 1,001 macam alasan mengapa perceraian berlaku. Dengan perkembangan teknologi terkini membolehkan pasangan melafazkan cerai lebih mudah seperti menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS), internet, e-mel, laman web sosial dan sebagainya. Pernyataan lafaz cerai melalui SMS, meskipun sah mengikut hukum syarak, akan timbul pula isu lain iaitu membabitkan kesahihan si pengirim yang boleh dipertikaikan. Namun, undang-undang negara berhubung perceraian pasangan Islam adalah jelas, seperti termaktub dalam Akta Keluarga Islam yang diselaraskan di seluruh negara, sesiapa yang melafaz cerai tanpa kebenaran Mahkamah Syariah, boleh dikenakan tindakan undang-undang. Walaupun jodoh, ajal dan rezeki seseorang itu ditakdirkan Allah SWT, namun manusia perlu berusaha untuk menanganinya agar tidak berlaku perceraian. Pelbagai kursus perkahwinan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam negeri dan agensi berkaitan, perlu dimantapkan lagi bagi mengurangkan kes perceraian terutama di kalangan pasangan muda. Kita percaya tempoh dua atau tiga hari berkursus tentunya tidak mencukupi untuk mengharungi kehidupan sebenar berumah tangga. Oleh itu, satu modul khas keluarga bahagia perlu dibentuk dan diperkemaskan lagi agar menepati situasi kehidupan pasangan muda masa kini. Apa yang kita mahu pengisian dalam sesuatu kursus itu harus menepati kehendak pasangan muda agar mereka lebih sedar akan tanggungjawab selepas berkahwin. Berkahwin bukanlah untuk sehari dua atau bertujuan melepaskan nafsu serakah semata-mata. Ini bermakna mereka tidak boleh sewenang-sewenang melafazkan perkataan cerai terhadap pasangan masing-masing. | ||
| Hubungan romantis: Mahkamah Tinggi tolak permohonan Anwar gugur kes liwat Posted: 15 Aug 2010 07:08 PM PDT August 16, 2010 KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Mahkamah Tinggi pagi ini menolak permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta agar digugurkan tuduhan liwat terhadapnya ekoran hubungan romantis antara saksi utama Mohd SaifulBukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan itu pagi ini. Anwar membuat permohonan itu pada 2 Ogos lalu. Ini merupakan kali kedua Anwar berusaha untuk membatalkan tuduhan itu, dan kini beliau mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Saiful dan Farah Azlina. | ||
| Pakatan pembangkang semakin kemaruk kuasa ..macam kat Selangor sekarang..!!! gila talak...!!! Posted: 15 Aug 2010 07:03 PM PDT Jamhariah Jaafar August 16, 2010 16 OGOS — Rakyat terutama yang pernah menyokong pembangkang sehingga memberi gabungan pakatan pembangkang di empat negeri untuk memerintah, sudah pasti melihat dengan serius gelagat pemimpin parti yang menjulang kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 atas slogan 'kuasa rakyat' kerana nyata mereka akhirnya turut menjadi 'gila kuasa'.Malahan, kelemahan itu turut diakui ramai pemimpin pembangkang termasuk penyokong kuat mereka dan mereka bukan sekadar semakin hilang hala tuju, malahan kritikan dan kutukan rasuah yang hebat dilemparkan kepada parti pemerintah kini berbalik kepada mereka. Dalam tempoh dua tahun saja, semakin ramai pemimpin pembangkang ketiga-tiga parti menunjuk belang masing-masing – ada yang menyalahgunakan kuasa, bertelingkah untuk membuktikan siapa lebih berpengaruh, tidak segan silu mengamal kronisme dan nepotisme, malahan amalan rasuah turut berleluasa. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan saja terus cuba membatalkan kes liwat dan sehingga hari ini tertangguh lebih 20 kali, tapi turut mengheret kesnya ke gelanggang antarabangsa dengan mengguna pengaruh teman lamanya di Washington. Usaha bekas Timbalan Perdana Menteri itu menggunakan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al-Gore; bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz dan bekas Duta AS ke Malaysia, John Mallot mendapat tempelakan seorang penulis, Roy Thinnes yang dengan sinis berkata: "Gore dan Wolfowitz berkelakuan seolah-olah Anwar adalah Nelson Mandela, bukan seorang oportunis.... dan sesumpah (chameleon) yang pakar dalam seni memperdayakan orang." Thinnes yang menulis mengenai tiga sahabat ini, berkata Anwar, orang yang dipertahan Al Gore bukan saja menyerang Perdana Menterinya sendiri, Datuk Seri Najib Razak, bahkan turut mengkritik Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, yang dianggap lemah kerana tidak cukup lantang mengutuk Israel. Kata penulis ini, Anwar mengutuk kaum Yahudi kerana menguasai segala-galanya termasuk Kerajaan Malaysia sehingga mencetus perasaan tidak puas hati Washington. Tidak cukup dengan gelagat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini yang cuba menggugat keharmonian negara dengan menggunakan pengaruh di gelanggang antarabangsa, partinya sendiri bergolak dengan pergelutan kuasa di kalangan orang kanannya. Setiap orang tahu betapa Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor yang diketuai PKR kini mengalami pergelutan kuasa serius antara Menteri Besarnya, Datuk Seri Khalid Ibrahim serta orang kanan Anwar, Mohamed Azmin Ali yang menjadi Pengerusi PKR Selangor. Itu belum ditambah kerenah pemimpin PKR lain seperti Datuk Zaid Ibrahim yang ketika ini 'merajuk' sehingga tidak mahu bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti November depan. Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor yang baru berusia dua tahun empat bulan ini juga menunjuk tanda ketidaksepakatan antara parti gabungan, di samping berlaku penyalahgunaan kuasa, rasuah dan isu moral yang serius — membabitkan ketiga-tiga parti gabungannya — PKR, DAP dan PAS. Ramai tersenyum sinis apabila penyokong kuat pakatan pembangkang dalam buruan, Raja Petra Kamarudin, meluahkan kekecewaannya terhadap perangai pemimpin semua parti gabungan ini yang tidak mengambil masa lama untuk melupakan janji mereka kepada rakyat Malaysia. "Seorang pemimpin PAS pernah memberitahu saya: 'Apa bezanya antara PAS dan Umno atau pakatan pembangkang dan Barisan Nasional? Rasuah juga wujud dalam parti pembangkang seperti ia berlaku dalam parti pemerintah. "Saya menjawab, mungkin dalam PAS atau PKR, tapi sudah pasti bukan dalam DAP. Pemimpin PAS itu hanya tersenyum dan sekarang saya tahu mengapa," kata anak raja dalam buruan ini meluahkan kekecewaan di dalam blognya, terhadap isu rasuah yang turut berlaku di kalangan pemimpin DAP. Apa yang pasti, bukan seorang dua penyokong pembangkang membidas pemimpin mereka kerana melupakan rakyat yang memberi kuasa, bahkan semakin ramai kecewa melihat pemimpin yang diharap dapat membuat perubahan kepada landskap politik negara kini leka dan asyik dengan usaha mengejar kehebatan kuasa peribadi masing-masing. Pepatah Inggeris mengenai power corrupt, absolutely power corrupt absolutely nyata berlaku dengan mudah tanpa mengira siapa mereka dan kelakuan 'gila kuasa' dan 'cakap tak serupa bikin' pembangkang memang dijangka sejak dari awal. Rata-rata yang menang Pilihan Raya Umum Ke-12 tempoh hari adalah manusia biasa. Tidak ramai yang memiliki kemewahan dan kesenangan hidup seperti Anwar, Azmin atau Zaid. Apa lagi pemimpin PAS sebelum ini ramai sekadar menjadi pendakwah bebas atau orang biasa, yang dalam melaksana operasi parti pun mengharap derma orang ramai. Jadi perkara pertama yang dilakukan sudah pasti untuk mendapat sedikit kekayaan untuk keselesaan hidup masing-masing. Tapi takkan kaum keluarga dan handai taulan hendak dilupakan — maka kekayaan di negeri yang diperintah sudah pasti diagihkan sesama sendiri. Manakala, pemimpin pembangkang yang kaya raya dan mereka yang sudah beberapa penggal menjadi wakil rakyat pula bagai dirasuk hanya satu impian iaitu merampas Putrajaya walau apapun kosnya. Dalam menggapai impian, mereka sudah pasti akan melakukan apa saja untuk merosakkan imej kerajaan pemerintah hari ini... apa saja sehingga sanggup melihat rakyat pelbagai kaum yang selama ini hidup aman dan damai, diselubungi dengan perasaan saling curiga, tidak puas hati dan membenci antara satu sama lain. — Berita Harian | ||
| Posted: 15 Aug 2010 06:56 PM PDT By Zainal Epi KUALA LUMPUR: Najib Tun Razak needs help. Najib is all alone. The prime minister cuts a lonely figure at the top as he surveys the dismal scene below: his coalition forces – the Barisan Nasional – are not backing his pet projects and concepts. Neither are the Malays. He is carrying his causes on his shoulder and walking a solitary path while all about him his "soldiers are going in different directions". They are not following his orders, they are deviating from the targets. Najib needs support for his ambitious goals but so far, nothing is coming his way. He has pulled many rabbits out of his hat but two are close to his heart: 1Malaysia and the New Economic Model (NEM). The NEM is a bold plan to "transform the Malaysian economy to become one with high income and quality growth by 2020". Najib was all fired up with this mission and thought he would receive unqualified support from all, especially the Malays. But a Malay right-wing NGO led by a firebrand named Ibrahim Ali shot the down the NEM. He simply told Najib to his face that the Malays have rejected the NEM for its perceived threat to their special economic rights. The maverick politician was not a voice in the wilderness. He commands wide support among the Malays who loved his extreme pro-Malay views. Even Umno members have drifted to his camp in droves. If the Malays did not fall in love with the ugly NEM, they also did not swoon over the 1Malaysia beauty. At first the concept was greeted with a roar of approval, mostly from the non-Malays. But soon its beauty faded as the Malays turned against it, seeing it as an insidious attempt to destroy the the interests of the Malays while championing the causes of the non-Malays. The other races read nothing sinister in 1Malaysia and were quite enthusiastic about it, even calling for equal opportunities for all. They believe the call to unity also means giving all races access to opportunities in the various fields of endeavour. Testing the waters Maybe Najib was testing the waters to see if his beloved 1Malaysia would be embraced wholeheartedly when he introduced it to the public. To his dismay, the response from the Malays was not encouraging. Perkasa especially smelled something fishy about the whole show. It did not like all this talk about unity since this can translate into equality for all to the detriment of the Malay status. His isolation continues to grow. Even former prime minister Dr Mahathir Mohamad had distanced himself from Najib when he questioned the 1Malaysia concept. Matters didn't help when Najib's second in command Muhyiddin Yassin himself seems to put his Malayness first and Malaysian identity second. Najib is caught in a bind: the Malays do not share his message of unity when the underlying theme is equality which they feel will sound the death knell for their special place in the country. By degrees, the Malays are becoming cynical: If 1Malaysia treat all races equally then why the need for vernacular schools since 1Malaysia calls for a united Malaysian race with one language? But then the Chinese and the Indian communities will not give up their vernacular education. Are the other BN leaders helping out to translate NEM and 1Malaysia into reality? The consensus is that even Najib's partners are not doing enough to get the message across to their communities. The MCA is only pushing for a level playing field while the MIC is pressing for more rights. The two are drifting away from Najib. Najib is all alone even among the civil servants – the backbone of the country. Their chief Sidik Hassan had recently issued a memo directing all civil servants to report to their superiors any recommendation letters from politicians for favours. Najib appears unable to intervene or put the number one civil servant in his place. It has been the practice ever since independence for politicians who are MPs or assemblymen or ministers to submit recommendations to the government on behalf of their constituents. As elected representatives, they are looked upon by their voters as the link to the all-important civil service force. Without their recommendations, voters will find it difficult to get civil servants to approve their application for, say, scholarship or a place in public universities for their children. A recommendation is more often than not a passport to success. With a recommendation, civil servants can verify the applicants' background. But now with the directive from Sidik, civil servants will not dare entertain the applications. For Najib, the Sidik directive can only spell more troubles ahead. The directive has effectively diluted the role of elected representatives as the link to the voters who are party members and supporters of the ruling coalition. Forlorn battle Najib had more bad news with Felda as he is fighting a forlorn battle to explain the plantation's financial position to allay fears that it had gone bankrupt. It appears to be a losing case. Umno information chief Ahmad Maslan, who is also Deputy Minister in Prime Minister's Department, had said Felda would sue Suara Keadilan for making the allegation but until today no action was taken. Words have it that Felda is collecting all the data before bringing the case to court but bloggers and some Malay observers are sceptical that this would happen. "I spoke to several people in Felda and until today, I have not seen anything in the court," said one blogger. Several other issues are pushing Najib into a corner. His attempts to get back the states lost in the 2008 general election are turning out to be a one-man show – his allies are too busy squabbling among themselves to join forces with him. Instead of conducting programmes to help party members and supporters understand Najib's new policies, the fractured coalition is more interested in seeking equality for all races from Najib. In their haste to champion the cause of their respective communities, they fail to see that they are supposed to enhance Najib's position by strengthening his policies. They failed to work alongside Najib to explain his policies that could enhance and strengthen unity and the economy. In Umno, Najib is alone trying to strengthen the party while division heads continue to advance their own agenda to stay on in their posts. With just two years to go to the next general election, Najib is still walking alone in the corridors of power. He alone is struggling with a heavy baggage filled with many unresolved issues –Altantuya Shaariibuu, Scorpion submarines, Sime Darby, Felda, cronyism... and the list goes on. Indeed, Najib is all alone at the top. | ||
| Biar Betul : - 'Pemimpin Umno berkelahi buat rakyat bosan' Posted: 15 Aug 2010 06:49 PM PDT Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Umno Terengganu, ketua badan perhubungannya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta pemimpin Umno supaya berhenti berkelahi sesama sendiri kerana rakyat sudah bosan dengan kerenah mereka.
Bahagian itu dilihat bermasalah setelah empat ADUN dalam kawasan Parlimen itu, tidak menghadiri persidangan perwakilan yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 16 Julai lalu. Politik sesama sendiri, tegas Hishammuddin, perlu dihentikan dan tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha membangunkan negara. "Kita ada banyak lagi kerja untuk membina negara dalam dunia yang semakin sempit dan mencabar kini," katanya semalam, lapor Bernama.
Hishammuddin berkata pemimpin yang melakukan sesuatu yang tidak berkisar kepada realiti politik hari ini, akan dinilai peranan mereka oleh pucuk pimpinan terutama dalam pilihan raya umum akan datang. "Apabila kita nak menentukan barisan yang akan bersama-sama dengan kita pada pilihan raya umum ke-13 nanti, saya percaya semua ini akan diambil kira oleh pucuk pimpinan untuk menengahkan calon yang boleh diterima rakyat," katanya. Katanya apa yang berlaku di Setiu menunjukkan Terengganu tidak terkecuali daripada menghadapi masalah yang perlu ditangani dengan baik. "Kita tidak ambil tindakan terhadap mereka. Dalam hal ini jangan kata pihak pembangkang pun tidak ada masalah dalaman, tetapi kerana mungkin belum berkuasa, mereka dapat menyembunyikannya daripada orang ramai," katanya. | ||
| Cyber Wars - The Empire strikes back Posted: 15 Aug 2010 06:37 PM PDT Marcus Koon Political cyber wars loom. The 'evil Empire' has decided to strike back. It has taken enough flak and now it's planning to gather its cyber-troopers in greater number to counter the 'Rebel Alliance'.The coalition forces of the Empire – Umno and MCA - have announced plans to seriously wage the propaganda wars against the Pakatan Rakyat alliance in cyberspace. The two Barisan Nasional coalition parties have been laggards in the struggle to win the people's hearts and minds on the Internet, relying mainly on their mainstream media to do the talking. But many people are not buying what they are publishing. They are going online to get the alternative news and views. Recent polls have indicated that about 60 percent of Malaysians do not trust what they read in the mainstream media which are mainly controlled by Umno and MCA. A survey has revealed that one in five Malaysians or 20 percent have access to online news portals where "freedom of expression" has become the norm. Universiti Putra Malaysia communication lecturer Ishak Abdul Hamid told Bernama the Opposition had capitalised on the new media as a campaigning tool effectively since 1999 although BN had the mainstream media at its disposal. It appears now that it's not enough to stay in the mainstream. The Empire has realised it has to widen its thrusts by opening up a wider propaganda front - and cyberspace is where the action will be. According to Umno secretary-general Tengku Adnan Tengku Mansor, as reported by Bernama, the last five years have seen various accusations being hurled at the party to the point that Umno was seen as having no morals. Tengku Adnan reportedly said: "Umno is depicted as a party that is only fit to be stepped on...I am saddened by this situation. . .We are not asking much...just to be recognised for what the party has done all this while, the good it has done for the people." If anything, some observers believe Umno is feeling the heat and need to level the playing field online. Hence, Umno is now seeking out its "cyber friends" to come forward and help to boost its image which has come under ever increasing attacks from the other side. One way that Umno could gather its cyber forces is through the social networking site Facebook where it has more than 4,500 friends and 3,800 fans – which by cyber standard is not much to shout about. Some A-list bloggers have more Facebook friends and fans than Umno. Meanwhile, Umno Youth, Puteri Umno and some pro-Umno activists are reportedly joining forces to take the battle to cyberspace and counter the "slander and lies" posted there by the Opposition. In tandem with the Umno cyber plan, MCA president Dr Chua Soi Lek reportedly has also suggested plans to hire a number of anonymous cyber-troopers from its Johor division to conduct this joint offensive against the PR. An online news portal reported Chua on Sunday as saying "We admit that we are weak in this area compared to them. They have been successful in confusing the rakyat as lies have become the truth and vice-versa." How would the Pakatan Rakyat react to the gathering political storm in cyberspace? The MCA bid to engage anonymous cyber-troopers was brushed off by PKR chief strategist Tian Chua who told Malaysia Chronicle: "In fact, we are surprised by MCA, doesn't it have the confidence to criticize us in the open. It should survey the Chinese community who will tell them it is better to spend time on educating Umno rather than attacking PKR and Pakatan." As reported on Malaysia Chronicle, DAP secretary-general Lim Guan Eng said: "We have no resources compared to Umno and we can only depend on the cyber citizens who love freedom, truth and justice to fight the battle with us." Pundits have recognized that the Internet has become an important platform for political communication and anyone who fails to acknowledge the role of the New Media will be "left dead in the water." Surveys have revealed that about 1.8 million new voters are expected to join the electoral roll in the next general election. There are about 16 million Internet users in Malaysia against 10.9 million voters in the 12th general election in 2008. It is pertinent to note that the exponential growth of the Internet especially with the younger generation coming online has not been lost on the Opposition to use it as their new campaign platform. And they have been relatively more successful than the BN. Recent comments by BN party leaders are indicative that they are acknowledging the "wake up" call. Considering that the Opposition had a headstart in their cyberspace campaigns with substantial support from the Internet community, it will be interesting to see how the Empire strikes back in the coming days. In Star Wars, Jedi Master Obi-Wan Kenobi said to Luke Skywalker of the Rebel Alliance: "The Force will be with you. Always". In these Cyber Wars, people will watch with bated breath to see which side the Force will bestow its favour. | ||
| Mana ada orang kafir setuju dengan Islam..tapi ramai Melayu benci Islam....!! Posted: 15 Aug 2010 06:30 PM PDT Bagi yang bukan mukmin amalannya sama sahaja. Yang berzina tetap dengan agendanya. Yang minum arak tetap juga dengan agendanya. Yang berjudi tetap juga dengan agendanya, yang makan rasuah tetap juga dengan agendanya dan bagi yang makan riba tetap juga dengan agendanya. Halal haram tiada beza bagi mereka. Dalam bulan puasa seorang mukmin dapat merasakan kaAgungan nikmat Allah SWT yang dianugerahkan kepada manusia, iaitu nikmat Al-Quran. Dia dapat merasakan kelebihan serta pengawasan Allah SWT. Kitab suci Al-Quran diturunkan untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya ini. Justeru itu waktu malamnya akan dihabiskan untuk beribadat, merenungi serta bersyukur kepada Allah SWT. Selain daripada itu dalam bulan ramdhan juga terdapat malam Lailatul Qadar, iaitu malam memperingati turunnya Al-Quran yang merupoakan bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang diberi hidayah serta berpegang teguh dengan metodologinya, maka sesungguhnya dia telah diberi hidayah kepada kebaikan seluruhnya dan telah mencapai kedudukan yang paling tinggi sama ada didunia mahupun diakhirat. Sebenrnya seorang mukimin itu hatinya sentiasa sebak dengan hakikat iman, menjadi insan rabbani yang hatinya terdapat cetusan dari cahaya Ilahi. Kemudian dia menyedari kekuasaan Allah SWT lalu berusaha melaksanakan metodologinya dalam kehidupan. Kekuatan seorang mukmin itu tidak boleh dikalahkan kerana dia disokong oleh kekuatan Allah SWT. Seorang mukmin juga akan terus berjuang menentang pengaruh kejahatan sehingga dia menemui Tuhannya sama ada dengan kemenangan atau syahid. Sebuah hadis Qudsi daripada Rasulullah SAW Firman Allah yang bermaksud: "Tiada yang lebih aku sukai dari hambaku yang berusaha mendekati aku selain daripada ia melakukan apa yang difardukan keatasnya. Dan begitulah hambaku mendekatiku dengan mengerjakan perkara perkara sunat sehingga aku mencintainya. Apabila aku mencintainya maka aku adalah pendengaran yang ia mendengar dengannya dan pengelihatannya yang ia melihat dengannya dan tangannya yang ia mengancam dengannya dan kakinya yang ia berjalan dengannya. Apabila aia meminta padaku maka aku akan memberinya dan apabila ia berlindung denganku maka aku akan melindunginya" (Riwayat Al-Bukhari). Namun bercakap pasal orang kafir mempersenda-sendakan Islam ini tidaklah pelik. Kerana itulah perangai orang kafir. Itulah sikap orang kafir. Mana ada orang kafir baik sangka dengan Allah SWT. Orang kafir pasti buruk sangka dengan Allah SWT sejak dahulu sampai hari kiamat. Macam juga syaitan. Mana ada syaitan boleh baik sangka dengan musuhnya. Yang peliknya orang melayu yang mengaku beragama islam turun memainkan peranan mempersenda sendakan Islam. Misalnya Tun Mahathir Mohammad semasa jadi presiden UMNO dan perdana menteri terang terang mempersenda sendakan Islam. Bukan dia seorang sahaja malahan yang duduk dibelakangnya turut ikut serta mempersenda sendakan Islam agama yang mereka anuti. Apa dia kata kepada Islam? Jika hudud dilaksanakan maka "kudunglah tangan tangan orang Melayu".Bila tiada tangan macam mana hendak bekerja untuk cari makan dan menyara hidup keluarga? Mereka Islam sanggup hina agama sendiri. Bukan setakat itu sahaja, malah ada yang lebih berani dan mengatakan, "kalau hendak makan sup tangan pergilah ke kelantan". Yang paling menyayat hati kita ada yang tergamak yang mengatakan "kalau mahu maju tinggal dahulu Islam ini".Ini jelas telah menghina agama Islam. Oleh itu saya tidak pelik jika orang kafir yang ada di negara ini mempersenda sendakan Islam dan perlembagaan, kerana itu adalah kerja mereka. Malahan itulah perjuangan mereka melalui agenda menghapuskan umat Islam siatas muka bumi Allah ini sepertimana yang pernah dilakukan oleh kerajaan Rusia dahulu. | ||
| Posted: 15 Aug 2010 06:11 PM PDT Gua memang dah lama menyampah dengan menteri sekoq ni, berlagak baik macam malaikat tapi lari ikut pintu belakang, cabar sana cabar sini tapi dia sendiri pun tak betul. Kat bawah tu... ada cerita menarik pasal malaun sekoq ni... ntah betul atau tidak wallahuaklam, tapi kalau tak betul pasti ada penafian kan..., itulah orang tua2 dulu pernah berpesan, jangan sesukahati jer... nak jolok sarang tebuan, kan dah kena sengat.. Terbongkarnya nostalgia YB Noh Omar di Pulau Carey ketika menjadi guru tempoh hari adalah mengukuhkan cerita-cerita tabiat busuk YB Noh Omar ketika melancung ke luar negeri khususnya ke Medan,Hadyai dan beberapa tempat exotik di dalam dunia ini. Gua rasa jijik pula nak bercerita kisah karut marut malaun yang bernama Noh Omar ni, lu orang sambung baca kat sini jelah. Selain daripada itu, gua nak bertanya juga kepada Menteri KDN dan KPN, apa sudah jadi dengan kes adik kepada Noh Omar yang di cekup di Sabah atas kesalahan mengedar dadah. Dah masuk mahkamah belum..??? Apa keputusan hukumannya, kena hantar Simpang Renggam kah...? Kena Penjara seumur hidup kah..??? Kena gantung sampai mati kah...??? Atau kes itu senyap dan adiknya bebas setelah diselamatkan oleh abangnya yang berjawatan menteri kah.. kah... kah... kah.... kah.... ????
Kalau ikutkan dari hasil tangkapan, wajib di jatuhkan hukuman mandatori gantung sampai mampus, tapi kalau dah adik menteri... mungkin ada sikit sebanyak budi bicara, cerita belakang lorong kot... kih..kih..kih... kalau orang biasa2... dah lama padam beb... perghhh... macam haramjadah jer... bunyinya kan...??? Kepada rakyat Selangor, khususnya penyokong serta ahli parti umnoApco yahudi laknatullah yang setia dan totok karat biru dan merah, lu orang sudah kenal kan...??? Siapa Noh Omar sebenarnya, macam ni punya makhluk yang lu orang nak angkat jadi pemimpin... di angkat pula jadi menteri..??? hahaha... buta kayu betullah lu orang semua. Sebab tu mantan presiden lu orang pernah cakap dan lu orang masih bebal dan bodoh mengalahkan lembu, mantan presiden lu orang pernah cakapkan dulu "Jika di letakkan tunggul kayu sekalipun ahli atau penyokong umnoApco pasti akan pangkah juga" ha..ha..ha... itulah level mentaliti lu orang, ada akai letak kat tumit kaki. IkutSukaAku. | ||
| Posted: 15 Aug 2010 06:07 PM PDT Isu Umno mahu mempolitikkan masjid di bulan Ramadhan ini terus hangat. Siang tadi saya menerima panggilan bertalu-talu dari berbagai pihak menyatakan bantahan terhadap cadangan Umno Selangor untuk mengadakan majlis berbuka bersama PM (yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor) di Masjid Nurul Ehsan, Kg Medan, Petaling Jaya. Malah petang tadi saya telah menemani Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali bersama Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Sdr Khairuddin Othman bertemu dengan Dato' Menteri Besar di rumah beliau bagi melahirkan kebimbangan PAS Selangor terhadap apa yang berlaku. Sedang kami berada di rumah MB berbagai pihak bertandang ke masjid berkenaan termasuklah kontraktor yang mahu memasang khemah tetapi dihalang oleh pihak pimpinan masjid. Pimpinan Umno Selangor turut berada di masjid kononnya untuk berunding. Tanpa segan-silu mereka mengguna dan menjual berbagai nama untuk melanggar masuk mengguna masjid, termasuklah nama MB, EXCO Agama malah nama istana pun turut dibabitkan. Mujurlah pihak pimpinan masjid menghadapi isu ini dengan tenang dan membenarkan kami dan MB merundingkan suatu penyelesaian terbaik demi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Hakikatnya Umno Selangor mahu guna masjid. Surat permohonan atas nama parti itu diserahkan kepada Nazir masjid. Pihak masjid keranan menjunjung titah Tuanku Sultan telah menolak permohonan itu kerana masjid tidak boleh digunakan bagi tujuan politik. Itu bukan arahan MB atau EXCO Agama, itu perintah Tuanku sendiri. Jangankan Umno, PAS dan PKR pun tidak pernah membuat sebarang permohonan begitu untuk guna masjid di Selangor ini! Saya masih ingat semasa Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam tahun lalu, Pengarah JAIS mentah-mentah menolak permohonan bagi membenarkan YAB Mursyidul Am dan YB Presiden PAS berkhutbah dimana-mana masjid di Selangor. Lalu apa istimewanya Umno yang merupakan parti pembangkang di Selangor ini? Kalau pusat-pusat, kemudahan dan bangunan milik kerajaan Persekutuan, pimpinan kerajaan negeri diharamkan menjejak kaki, apa pula istimewa Umno di pusat-pusat, kemudahan dan bangunan milik negeri. Saya difahamkan apabila ditolak oleh Nazir, maka Umno Selangor mengguna apa sahaja talian hayat yang tinggal pada mereka, walaupun tanpa mengiku peraturan untuk memastikan agenda mereka itu dapat diteruskan juga. Surat Umno ditukar dengan surat dari Pejabat PM dan kali ini diserah terus kepada JAIS. Apakah mereka ini sudah hilang pertimbangan sehingga menjadi jahil dan buta peraturan. Mengapa dari awal tidak buat permohonan rasmi? Jika PM mahu turun sepatuntnya Pejabat PM menghubungi Pejabat MB, tidakkah itu sopan dan mengikut saluran namanya? Kenapa perlu digunakan surat berkepala Umno, ditandatangani oleh SU Kerja Umno Negeri dialamatkan kepada Nazir.........beginikah cara Umno mengurus diri mereka? Akhirnya setelah berunding, kata putusnya pihak negeri memberikan laluan tetapi bersyarat. Antaranya tiada sepanduk dan bendera Umno dibenar dikibarkan, tiada ucapan politik, semua pimpinan setempat termasuklah ahli parlimen, ADUN, ahli majlis dan lain-lain mesti diundang dan paling penting sekali majlis itu nanti mesti dianjurkan oleh pihak JAIS dan bukan parti politik. Saya mendengar sendiri arahan yang diberi oleh Dato MB kepada Dato Setiausaha Kerajaan Negeri melalui telefon. Kemudiannya Dato Hasan menghubungi Nazor masjid memberikan arahan yang sama, kata Dato Hasan yang dibenar memberi ucapan adalah Nazir dan PM. Malah apabila saya bertanya kepada Dato MB, bagaimana jika Noh Omar berucap, bagaimana jika Ezam Md Nor berucap? Kata Tan Sri mereka tiada tauliah, tidak boleh, jika bercakap juga kita tangkap! Walaupun berat kita terima keputusan negeri, tetapi kita wajib memastikan yang pihak pemohon mematuhi semua peraturan yang disebutkan di atas. Kepada ahli kariah Masjid Nurul Ehsan, raikanlah mereka tetapi berwaspada jika ada pihak-pihak lain selain yang dibenarkan itu berucap,ambil tindakan. | ||
| Posted: 15 Aug 2010 06:04 PM PDT 1. Setelah masyarakat peneroka bangkit menuntut hak yang diperah oleh Felda selama ini sehingga peneroka bukan sahaja berani membawa kes tuntutan mereka ke mahkamah , bahkan mereka telah menang beberapa kes tuntutan terhadap Felda seperti di Felda Kemahang. 2. Felda juga berdepan dengan tuntutan hak RM 80 juta oleh pihak peneroka Felda di Moakil Labis . Saya mendapat maklumat akan ada beberapa daerah lagi selepas ini , peneroka Felda akan menfailkan tuntutan hak mereka setelah sekian lama keringat mereka diperah secara salah oleh pihak Felda . 3. Hak penempatan generasi kedua Felda mari belum diurus dan diselesaikan dengan baik termasuk layanan wajar belum diberikan kepada peneroka yang tidak menyerahkan pengurusan tanam semula ladang sawit mereka kepada Felda . Peneroka yang tanam sendiri ladang mereka [ kerana tidak mahu lagi membelenggu diri dengan hutang baru setelah hutang lama memakan masa berpuluh tahun untuk diselesaikan ] seperti dianak tirikan . 4. Sejak sekian lama Felda berniaga dan membuat untung ratusan juta ringgit di atas keringat peneroka yang membanting tulang di ladang - ladang mereka tanpa mereka pula mendapat pulangan yang sewajarnya , malah hidup dibelenggu hutang yang dipaksa oleh Felda ke atas mereka , kini menyaksikan kebangkitan peneroka Felda dan generasi keduanya . 5. Gusar terhadap perkembangan ini , kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengisytiharkan penganugerahan "gula - gula" raya sebanyak RM 350 kepada peneroka yang bersama Felda dan RM 150 kepada peneroka yang tidak bersama Felda . 6. Inilah kali pertama sebagai generasi kedua Felda setelah menetap di Felda sejak tahun 1979 saya mendengar ada 2 kategori peneroka iaitu peneroka yang bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda . Sebahagian peneroka menjadi anak emas mereka lalu dapat gula - gula besar bernilai RM 350 dan peneroka yang menjadi anak tiri mereka hanya mendapat gula - gula kecil bernilai RM 150 . 7. Sampai bila mereka mahu membiarkan peneroka - peneroka ini "rongak gigi" memakan gula - gula setiap kali menjelang musim dekat pilihanraya . Peneroka di alam "kanak - kanak" dulu bolehlah disuakan gula - gula agar mereka berhenti menangis dan menjerit . Kini peneroka sudah dewasa dan matang . Mereka mula nampak hak mereka yang diragut malah menyedari bahawa hak mereka tidak sekadar berjumlah RM 350 atau RM 150 . 8. Saya menganggap pemberian gula - gula ini bukan hadiah Felda atau kerajaan sempenan hariraya tetapi satu penghinaan Felda atau kerajaan kepada rakyat menjelang hari raya dan pilihanraya . 9. RM 350 erti tidak sampai RM 1 satu hari untuk tempoh setahun . Bagaimana untuk sekian lama tempoh peneroka ditindas dan dinafikan hak mereka ? Hari ini , anak - anak kita nak pergi ke sekolah , kalau hanya diberi RM 0.50 akan membuatkan si anak bermasam muka , kerana memikirkan apalah yang boleh dibeli olehnya dengan wang sebanyak RM 0.50 sehari kecuali air masak sejuk . 10. Kali ini Felda pula cuba membuatkan penerokanya bermasam muka dengan gula - gula bernilai RM 350 yang entah untuk tempoh berapa tahun ? Peneroka sendiri tentunya tahu berapa nilai maruah mereka , malah saya yakin peneroka juga tahu bagaimana mahu mempertahankan maruah mereka . Apa yang pasti , Maruah peneroka Felda bukan sekadar RM 350 ......... Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. | ||
| Posted: 15 Aug 2010 05:56 PM PDT KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Pentadbiran Najib telah memulakan kajian untuk meletakkan penapis Internet bagi menghalang laman-laman yang tidak diingini sejak dua minggu lalu meskipun kerajaan sebelum ini pernah membatalkan usaha yang sedemikian setahun lalu ekoran bantahan orang ramai. The Malaysian Insider difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah meminta firma KPMG agar menjalankan "Kajian Mengenai Penggunaan Internet Dengan Positif dan Selamat" awal bulan ini untuk menilai antara lain pelaksanaan penapis Internet dan kesan pelbagai kaedah kepada pengguna Internet Malaysia dan ekonomi Malaysia. Pengkritik berpendapat bahawa penapis Internet bertentangan dengan undang-undang jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC) selain dilihat tidak efektif. "Ia satu langkah membazir wang pembayar cukai. Bagi setiap kaedah untuk mengawal Internet, akan ada cara lain untuk akses," kata Dhillon Andrew Kannabhiran, ketua pegawai eksekutif firma keselamatan Internet Hack in the Box kepada The Malaysian Insider dalam komennya tahun lalu. Pada 6 Ogos 2009, The Malaysian Insider menyiarkan berita bahawa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Datu Seri Utama Dr Rais Yatim sedang mengkaji kemungkinan meletakkan penapis untuk menghalang kandungan yang tidak sesuai menerusi laman web, sebagaimana dilakukan oleh China dengan menghasilkan perisian khas "Green Dam". Bagaimanapun Rais telah menolak laporan seumpama itu bahawa kerajaan mahu mereka bentuk perisian untuk menyekat sesetengah laman web di Internet yang telah digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan bahan hasutan dan pembohongan. Bagaimanapun, beliau berkata walaupun beberapa kajian telah dijalankan mengenai perkara ini, kerajaan tidak mempunyai aplikasi yang tersirat setakat ini. Katanya, Malaysia mengamalkan kedaulatan undang-undang dan dengan itu mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara ini perlu bertanggungjawab. Laporan itu turut dinafikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemudian. Akhir bulan lalu, Rais memberitahu bahawa kementeriannya akan menjadikan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung keperluan menapis bahan pornografi di internet sebagai "perisai baru" untuk menangani gejala negatif itu yang semakin berleluasa. Kata Rais, kementerian akan mencari kaedah terbaik bagi menangani masalah itu tanpa disalahertikan oleh sebarang pihak yang kononnya mengagungkan kebebasan maklumat tanpa batasan di Internet. "Saya amat mengalu-alukan pandangan Tun (Dr Mahathir) kerana selama ini kami keseorangan dalam hal menyajikan maklumat di internet. Lebih ramai pemimpin menyuarakan hal ini, lebih mudah bagi kami. "Dengan menggunakan tuntutan undang-undang (bagi menangani bahan pornografi), ada sahaja pihak yang cuba menyalahertikan. Sebenarnya, kita ada Seksyen 265, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menangani hal ini," katanya. Kajian kali ini bermula dengan penerangan kepada pegawai-pegawai dari lapan penyedia perkhidmatan Internet (ISP) pada 8 Ogos lalu. MCMC memberitahu kesemua firma ISP bahawa ia akan mengadakan lawatan bersama KPMG untuk mendapatkan maklumat. Difahamkan lawatan itu dijadualkan antara 9 dan 12 Ogos lalu tetapi belum lengkap lagi. Dalam suratnya bertarikh 2 Ogos, yang dilabel sebagai "rahsia", MCMC juga menyenaraikan 23 soalan bagi ISP untuk menjawab. Salah satu soalan yang dikemukakan menyentuh tentang jenis atau kategoti kandungan yang ditapis, dengan pilihan jawapan yang disenaraikan termasuklah edar dadah, pornografi dan penyeludupan manusia. | ||
| Posted: 15 Aug 2010 04:33 PM PDT Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien menafikan dakwaan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said kurang memberi sokongan terhadap program anjuran UMNO Terengganu. Serentak dengan itu beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu mengajak semua pemimpin UMNO negeri itu menilai kelemahan diri masing-masing termasuk yang pihak menegur dan ditegur bagi menguatkan kepimpinan parti di negeri itu. "Yang penting sekarang kita semua ada tugas masing-masing, mana yang sempat kita lakukan, buat saja kerana ianya tidak berkisar pada kepentingan peribadi mana-mana pihak kerana yang penting ialah parti,"katanya. Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan Agendadaily tentang ada pihak yang menganggap Ahmad Said kurang memberi sokongan terhadap program anjuran UMNO Terengganu di sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Terengganu di Kuala Terengganu, petang Ahad. Menjawab soalan mengenai empat pemimpin yang tidak hadir semasa Timbalan Presiden UMNO,Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan mesyuarat agung UMNO Bahagian Setiu baru-baru ini, Hishammuddin berkata UMNO Terengganu tidak terkecuali dari masalah yang perlu ditangani dan sekiranya hendak diambil tindakan sudah tentu banyak lagi bahagian yang perlu diambil tindakan. "Kita tidak ambil tindakan terhadap mereka.Dalam hal ini jangan kata pihak pembangkang pun tidak ada masalah dalaman, tetapi kerana mungkin belum berkuasa, mereka dapat menyembunyikannya daripada orang ramai," katanya. Hishammuddin menegaskan pucuk pimpinan akan menilai mereka yang melakukan sesuatu yang tidak berkisar kepada realiti politik hari ini dalam menentukan barisan bagi berdepan pilihan raya umum ke 13 nanti. "Dari sudut kepimpinan masing-masing dan akhirnya bila hendak menentukan barisan bagi berdepan pilihan raya umum ke 13, semua ini akan diambilkira terutama dalam usaha untuk mengetengahkan pemimpin-pemimpin yang boleh diterima oleh rakyat, saya percaya orangramai sudah bosan melihat kita berkelahi sesama kita," tambahnya. Diminta mengulas titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung generasi baru yang sudah jauh fahaman salasilah dan asal-usul sejarah tanahair, Hishammuddin berkata, "memang itu merupakan satu yang tepat sekali kerana dalam keadaan politik kebencian dan cubaan menanam kemarahan serta politik keghairahan untuk jawatan, asal-usul dan sejarah diketepikan semata-mata hendak sesuatu." Katanya, "bagaimana kita hendak memastikan bahawa nilai-nilai pengajaran dan pelajaran untuk membina sebuah negara yang merdeka serta berdaulat ini terutama dalam mempertahankan institusi raja sebagai contohnya, institusi keselamatan juga kini dicemuh dan diserang merupakan sesuatu yang bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak-pihak pemimpin politik tetapi juga diharap dapat disedari rakyat seluruhnya." "Ini merupakan agenda yang tidak boleh dilaksanakan dengan sekelip mata tetapi saya sedar bahawa ianya penting dalam hendak memastikan bahawa kita merdeka dan bebas tetapi dalam kebebasan dan juga hak yang dilaung-laungkan itu ada had dan batasannya dalam kita membina sebuah negara bangsa. "Sejarah dan nilai-nilai tadi penting supaya anak-anak kita faham bahawa jangan kerana kita hendakkkan perubahan, kerana kita marah dan kerana kita hendak berpolitik sehingga apa yang kita telah bina selama ini kita 'bakar' begitu saja dan selepas itu kita ralat," tambahnya. Beliau menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sentiasa konsisten, bukan populis dan bukan tidak sanggup menggadaikan kedudukan agamanya, bangsanya, perpaduan yang telah kita bina selama ini, belajar daripada sejarah semata-mata kerana kuasa. Tetapi dalam gelanggang politik seperti yang kita bincang hari ini, kita akan bincang apa saja untuk memastikan kedudukan kita kekal dalam konteks kepimpinan negara. Diminta mengulas tentang suara yang membuat tuntutan bercanggah dengan semangat penyatuan warga di negara ini, Hishammuddin berkata, "bila terdapat tuntutan yang menjuruskan kepada perpecahan dan berkisar serta berbaur perkauman dan keagamaan, dalam konteks ini kita tidak lari daripada pendirian asas kita, iaitu perkara yang telah diterima dulu lagi." Bagaimanapun Hishammuddin melahirkan rasa kecewa bila ada yang seagama dan sebangsa sanggup menidakkannya kerana politik. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan Agung UMNO 2010 memberitahu wakil Terengganu akan berucap membahas ucapan dasar Presiden dan usul-usul yang akan dibentangkan disamping Konvensyen UMNO Terengganu akan diadakan sebelum perhimpunan UMNO. Selepas itu Hishammuddin menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat bersama warga pendidik, ibubapa dan murid-murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam di Wakaf Mempelam. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Pengarah Pilihan Raya Parlimen Kuala Terengganu Datuk Wan Farid Wan Salleh, Pengerusi MARA Datuk Seri Idris Jusoh dan pemimpin UMNO Terengganu. AD. | ||
| Posted: 15 Aug 2010 04:31 PM PDT KUALA TERENGGANU 15 Ogos – MCA diingatkan supaya tidak mengambil pendirian menyimpang daripada apa yang diperjuangkan bersama rakan-rakan lain di dalam Barisan Nasional (BN). Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, parti itu tidak boleh 'melarikan diri' daripada apa yang disepakati selama ini. Katanya, MCA tidak seharusnya kelihatan seperti menentang kesepakatan itu terutama membabitkan sesuatu isu seperti apa yang berlaku sekarang. "UMNO dulu bila berdepan ancaman dan cabaran Pas, kita buat keputusan dalam ruang politik kita. Jangan melebihi apa yang diperjuangkan Pas dalam sesuatu isu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu di sini petang ini. Hishammuddin berkata demikian sewaktu diminta mengulas mengenai tindak-tanduk MCA ketika ini yang dianggap sesetengah pihak seperti menyokong DAP terutama berkaitan desakan membabitkan kepentingan bumiputera. Beliau menarik perhatian, dalam usaha mengatasi pengaruh DAP, MCA tidak harus melakukan satu lagi kesilapan besar. "Sekarang kita lihat bagaimana Pas sanggup lakukan apa saja termasuk menidakkan kedudukan Islam yang diperjuangkan olehnya selama ini apabila membabitkan sesuatu isu," ujarnya. | ||
| Pasir haram: Khir cabar Khalid buktikan BN terlibat Posted: 15 Aug 2010 04:29 PM PDT KUALA LUMPUR 15 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar supaya menunjukkan bukti bahawa kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini melakukan perlombongan pasir secara haram. Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo ketika melemparkan cabaran itu berkata, dakwaan Abdul Khalid mengenai perkara itu dalam temu bual yang disiarkan oleh Malaysiakini disifatkan 'merapu dan merepek.' Menurut beliau, apa yang pasti Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor itu sendiri 'merompak' wang rakyat dengan menjadi orang tengah dalam industri perlombongan pasir di negeri itu. "Pasir dilombong atas tanah kerajaan tetapi royalti yang diterima oleh pejabat tanah hanya RM3 satu tan metrik, sama seperti royalti pasir atas tanah persendirian. "KSSB ambil lagi RM4 tanpa perlu melakukan apa-apa kerja kecuali menyediakan draf perjanjian dan mencari kontraktor. "Kerajaan sebagai tuan tanah hanya mendapat RM3 bagi setiap tan metrik pasir dikeluarkan, manakala KSSB sebagai broker mendapat RM4. Apakah ini bukan merompak wang rakyat?'' soalnya di dalam blog www.drkhir.com. Abdul Khalid ketika ditemu bual oleh portal berita berkenaan baru-baru ini mendakwa Mohamad Khir sebagai tidak berbuat apa-apa kebaikan kepada Selangor dan tidak layak menjadi menteri besar. Mengulas lanjut Mohamad Khir mengakui semasa mentadbir Selangor sebelum ini, pentadbirannya tidak begitu sempurna. Namun jelasnya, beliau meninggalkan pentadbiran dengan kedudukan kewangan negeri yang jauh lebih tinggi di samping pencapaian anak syarikat kerajaan negeri yang kesemuanya mencatatkan keuntungan termasuk mempertingkatkan kecekapan pihak berkuasa tempatan (PBT). Itu semua, katanya, dapat dilaksanakan kerana beliau mewarisi kerajaan yang baik daripada pimpinan sebelumnya dan hanya perlu melakukan pembetulan serta perubahan seiring dengan kehendak semasa. "Pencapaian-pencapaian itu diakui sendiri oleh fakta-fakta yang didapati melalui Kajian Daya Saing Negeri Selangor oleh Perbadanan Produktiviti Negara dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). "Mungkin Abdul Khalid perlu bertanya siapa yang mewujudkan Science Park 2 yang telah menghasilkan berbilion ringgit pelaburan. "Di bawah pentadbiran siapa Selangor mencapai kemajuan pesat? Mungkin beliau perlu ambil sedikit masa melihat fakta-fakta pencapaian negeri sejak 2001-2007 sebelum bercakap merapu. "Jika Abdul Khalid ada keberanian, beliau juga perlu menggunakan model yang sama untuk membuat kajian semula dan melihat perbandingan antara 2007 dan sekarang, baru kita boleh berhujah adakah kerajaan beliau lebih baik daripada kerajaan BN sebelum ini,'' tegasnya. Mohamad Khir seterusnya mengajak semua pihak untuk melihat apa yang telah Abdul Khalid lakukan sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor, selain memberi air percuma menggunakan wang yang diwarisi dari kerajaan sebelum ini. "Seingat saya sudah hampir RM70 bilion jumlah projek yang diumumkan beliau sejak menjadi menteri besar. Namun, yang masuk ke Selangor sejak pentadbiran beliau hanya RM6 bilion,'' katanya. | ||
| Cubaan Ridhuan Tee untuk menjadi Melayu Umno... Posted: 15 Aug 2010 04:21 PM PDT ![]() Malaon ni antara badut-badut UMNO yang suka buat lawak slapstik. Dia ni pun setaraf dengan Ezam , untuk menjadi pencacai barua murahan UMNO untuk menyerang kaum Cina. Kalau Ezam diperintah oleh Ketua Penyamun untuk serang DSAI. Malaon Ridhuan Tee ni diperintah oleh Ketua Penyamun untuk serang orang Cina. Mengapa Ridhuan Tee ini badut sarkis UMNO ? Aku pulak akan mempertikai orang Cina dan India yang cuba berlakon jadi Ahli UMNO !!! Ridhuan Tee ni adalah insan yang pelik , walaupun Penyamun UMNO yang Racist pagi petang siang malam memaki Kaum Cina dengan pelbagai label. Malaon ni boleh menyerang kaum dia sendiri atas dan berhujah seakan-akan kau tu Melayu !!! Ini la lawak yang selalu dibuat oleh Reezal Naina Merican !!! Aku takkan tertipu dengan badut-badut Penyamun UMNO yang memakai topeng nih !!! Aku geli melihat Cina belaan Penyamun UMNO cuba nak juangkan naseb orang Melayu. Wei Ridhuan Tee ! Dalam kamus UMNO kau itu seorang Cina yang akan di pandang hina oleh orang UMNO. Kalaupun pagi petang siang malam kau jilat Penyamun UMNO ! Jangan la kau nak cuba-cuba nak jadi macam Melayu UMNO, getik aku melihatnya. Kalau dalam PKR atau PAS atau DAP kamu dialu-alukan untuk menjadi ahli Parti. Tetapi dalam parti Perkauman UMNO kamu tu hanya lah seorang Cina yang tidak sah untuk menjadi ahli UMNO. Cuba kau isi borang UMNO hantar dekat Tengku Nan , aku ingat borang keahlian kau akan dibawa ke MT UMNO dulu .... kah kah kah A PATHETIC CHINESE UMNO BARUA !!!! Oh , maybe you are not that pathetic , tapi mungkin sebab dah banyak Projek IKIM yang kau sapu kan ? Terlupa plak aku....... CINA BARUA UMNO ADALAH SEHINA-HINA PENCACAI !!!!!! HUMBANKAN CINA PENCACAI UMNO !!!! BARU DAPAT DUIT GERAN DARI JPM DAH JADI BARUA !!! APA PUNYA HINA KAMU NI !!!! by MB Warrior | ||
| Bab-Edh-Dhra, Lokasi Azab Kaum Luth Posted: 15 Aug 2010 04:17 PM PDT ![]() ![]() Perlakuan homoseks terjadi sejak ribuan tahun lalu. Inilah yang dilakukan oleh kaum Nabi Luth yang gemar melakukan perbuatan terkutuk itu. Oleh itu Nabi Luth a.s diutuskan oleh Allah SWT di daerah Palestin berdekatan Laut Mati, secara tepatnya di Sodom dan Gomorah, untuk memberi peringatan kepada kaumnya yang sesat itu. Namun peringatan Nabi Luth menjadi sia-sia. Mereka diazabkan oleh Allah SWT dengan menterbalikkan bumi serta dihujani batu belerang terbakar secara bertubi-tubi. Setelah beribu tahun terkubur, kini jejak atau sisa-sisa kehancuran umat Nabi Luth berjaya ditemui oleh pakar arkeologi di sekitar Laut Mati. Pada permulaannya, penelitian dilakukan oleh William Albright, seorang pakar arkeologi pada 1924 di berhampiran Laut Mati. Beberapa orang yang bersama William Albright mencari sisa-sisa Kota Sodom dan Gomorah, hingga akhirnya mereka menemui tapak purbakala Bab-Edh-Dhra (disebut: Babhedra). Peninggalan umat Nabi Luth di sekitar Laut Mati ini diperakui lagi dengan ulasan National Geographic edisi Desember 1957. Paul Lapp dan Thomas Schaub, melakukan penggalian kembali di sekitar Laut Mati pada 1967. Seterusnya penggalian diteruskan oleh Werner Keller, seorang ahli arkeologi Jerman di sekitar Laut Mati. Sumber: Republika | ||
| Posted: 15 Aug 2010 04:15 PM PDT Meronda sana meronda sini "blogwalking", terjumpa dengan link ini. Berminat pulak gua melihatkan dalam cerdik beliau ada juga sengalnya Timb. Ketua Dewan Pemuda PAS ni. Berkaitan jawapan kenyataan beliau itu gua sokong seratus peratus supaya umno mulakan dahulu di negeri pemerintahan mereka, barulah tuding jari kepada negeri pemerintahan Pakatan Rakyat. Dalam konteks ini, Noh Omar memang bodoh dan bangang melantun-lantun. Maklumlah hidup dalam dunia sekularisme manalah tau bab dan urusan ugama nih.... setakat sembang macam tong taik kosong boleh laaa... itu pun boleh jadi menteri... Kepada Noh Omar, tak perlulah nak suruh orang lain buat dahulu. Apa kata masing-masing buat dahulu? Ini seperti gaya politik lepas tangan jer.... kononnya siapa yang buat dulu dialah juara kepada rakyat. Bodoh punya menteri umnoApco ni... formula yang mudah pun tak boleh di selesaikan, nak jadi hero tak bertempat akhirnya membodohkan diri sendiri. Sama jer... cibainya dengan Khir Toyol Penyapu... Kalau macam inilah gayanya berpolitik akhirnya rakyat yang menjadi mangsa kerana saling salah-menyalahkan, penyudahnya habuk pun tarak, setakat sembang politik jelah. Dari pemerhatian gua, sekarang ini kebanyakkan rakyat dah tak kisah pemerintahan samada di bawah PR atau BN, tetapi pastilah kayu ukurnya kepada Pakatan Rakyat, kerana rakyat kini menuntut kepada perubahan Kerajaan. Tidak mungkin rakyat masih mahu mempertahankan Keraaaaajaan korup seperti BeEnd setelah melihat segala kerakusan dan penindasan dari segi ekonomi, perkauman dan pelbagainya. Apatah lagi dengan segala pembaziran wang rakyat yang di sakau oleh pemimpin2 BeEnd seolah-olah ianya dibelanjakan seperti wang/duit mak bapak mereka. Rakyat sekarang hanya peka dengan masalah ekonomi dan sosial yang semakin hari semakin membimbangkan. Jika situasi politik salah menyalahkan dan cabar mencabar masih sebegini, lebih rela mencabar pihak lain tanpa melaksanakan sesuatu di pihak sendiri. Rakyat pasti akan menghukum lu orang semua. Sekarang ini kelebihan "mood" rakyat berpihak kepada Pakatan Rakyat dan membenci Barisan Nasional, jadi ambillah kesempatan ini bagi membuktikannya kepada rakyat. Apa yang gua katakan tentang dalam cerdiknya Timb. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) ada pula bodohnya, sebabnya kerana dalam usaha cabar mencabar ini, takan dia tak tahu Undang-Undang. Lesen Perniagaan Pusat Hiburan dan Rumah Urut dikeluarkan oleh kerajaan negeri. Sepatutnya beliau mewakili PAS mendesak setiap negeri Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil tindakan tersebut terlebih dahulu. Jangan cakap ikut sedap mulut jer.... nak batalkan? apa yang susah sangat.., kalau Noh Omar dari parti umnoApco yahudi laknatullah tu dah bangang melantun-lantun dengan kebodohannya, lu orang pula (DPPP) janganlah ikut bangang sama. Justeru itu... setiap negeri di bawah Pakatan Rakyat mulakan dulu penutupan dan pembatalan lesen Pusat Hiburan dan Rumah Urut, biar terjegil mata puak2 parti haramjadah umnoApco yahudi laknatullah melihatnya. Biar tercabar kemaluan diorang semua, yang hanya pandai berpura-pura selama ini, bercakap dan mencabar soal Islam, padahal sebelum ini bangsat2 dari parti haramjadah yang mengaku Islam terutamanya si Noh Omar tu di mana...???? Melepak dalam Disko The Summit ke...??? Baghal... wal unta punya manusia yang bernama Noh Omar. Kesimpulannya, Pakatan Rakyat buat dulu dan buktikan. Melalui Pakatan Rakyat i.e PAS sememangnya menentang pembukaan dan pemberian lesen tersebut dalam negeri Pakatan Rakyat, manalah tahu selepas ini negeri-negeri lain pun akan ikut serta. Dan hasil penilaian terhadap tindakan tersebut biarlah rakyat yang menentukannya. Baru ada akai beb... Janganlah ambik sikap, "lu buat dulu, lepas ni aku pulak buat". Hanya dalam tajuk ini, memang gua katakan bengong punya Timb Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP). Cuba contohi kepala otak Khalid Samad, tak banyak cakap atau cabar sana sini... sudah beri cadangan untuk memindahkan kilang Carlsberg yang terletak di pintu masuk Shah Alam ke Pulau Indah (Westport), kalau boleh tutup terus lagi bagus... Syukur Alhamdulillah gua ucapkan... Tetapi di sebabkan ianya berkaitan dengan kontrak atau perjanjian dengan Keraaaajaan Persekutuan dan Akta2 Kastam Dan Eksais yang berkaitan maka usaha untuk menutup secara total operasi kilang tersebut mungkin mengambil masa yang panjang dan pelbagai kerenah birokrasi yang terpaksa di tempuhi oleh Kerajaan Negeri... pada gua tidak menjadi masalah, selagi usaha ke arah penutupan itu masih di teruskan. Contohnya seperti kes Syabas, kalau gua ada RM8 billion sudah tentu gua pinjamkan pada Kerajaan Negeri Selangor untuk ambil alih Syarikat Air berkenaan untuk kepentingan rakyat Selangor. Apa barang nak mengkayakan kroni umnoApco yang gajinya sendiri hampir RM5 juta setahun. Di sebabkan banyak sangat campur tangan dan menjadi jembalang peliharaan umnoApco selama ini... itu yang menyusahkan proses pengambilalihannya dan menyusahkan rakyat. Jadi kepada pemimpin2 Pakatan Rakyat, proaktif sikit laaaa..., seperti apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan mengeluarkan wang emas dan perak, sehingga membuatkan Kerajaan Barisan Nasional mengelabah beruk tak tentu arah, hinggakan Awang ntah Adek siapa pun gua tak tau dah jadi macam kera tertelan belacan... ha..ha..ha... Itu baru di namakan politik... ketuk... dan ketuk... dan ketuk... sampai umnoApco/BeEnd yahudi laknatullah terduduk tak sempat nak bernafas lagi dah... kalau boleh cari jalan supaya dapat ketuk kuat2 bagi mampus cepat sikit.... senang di hantar ke sini... Dari Penjajah British mereka datang, kepada Penjajah British mereka kembali... kah..kah..kah.... IkutSukaAku | ||
| Bajet Boros Untuk Kroni Hadapi PRU-13 Posted: 15 Aug 2010 04:14 PM PDT Bajet tersebut juga dilihat sebagai bajet persiapan kewangan Umno/BN Terengganu bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. "Kita membacanya diadada akhbar dan kita melihat analisa serta komentar tentang bajet tamabahn itu, kkita melihat sebenarnya bajet tambahan itu lebih kepada bajet pilihanraya bagi mengukuhkan kedudukan mereka (Umno/BN),"kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf arRawa. Menurutnya, perbelanjaan besar dalam keadaan akaun hasil negeri Terengganu yang defisit (kurangan) akan menguntungkan pihak tertentu sahaja dalam mengagih-agihkan kontrak. (Gambar - Turut hadir dalam majlis Iftar Ramadhan adalah Bendhari PAS kemaman, Tuan Haji Johan dan bekas Exco kerajaan Terengganu, Ustaz Awang Dagang) Oleh itu, beliau bependapat impak maksimum dan keberkesanan dari perbekalan tambahan sebanyak RM220 juta itu tidak akan berlaku. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khusus berkenaan Bajet besar kerajaan Terengganu, selepas menghadiri Majlis Iftar Ramadhan yang dianjurkan oleh Pemuda PAS kemaman dan MTD Chukai, disini semalam 14 Ogos. Dr. Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut hairan, bagaimana pemimpin Umno/BN terengganu mendakwa bahawa kemiskinan di negeri Terengganu telah berjaya dikurangkan. Sedangkan dalam perbekalan tambahan yang dibentangkan dalam Sidang DUN terengganu baru ini dilaporkan bertujuan untuk membasmi kemiskinan. Mengulas perkara yang sama, Penolong Setiausaha PAS terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata bajet tersebut adalah untuk memberi kekayaan kepada para kroni bagi memastikan calon-calon pilihanraya akan datang terdiri dari kumpulan pro kepada Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said. "Bajet ini merupakan satu perbelanjaan yang boros yang sudah menjadi agenda Umno dan BN dan saya yakin bajet ini memberikan keayaan kepada kroni-kroni (Dato' Seri) Ahmad Said,"ujar Hanafiah. Menurutnya, bajet tersebut juga adalah manifestasi perbalahan antara dua kumpulan yang pro kepada MB dan yang pro kepada bekas MB, Dato' Seri Idris Jusoh. |
| You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Salahuddin (gambar kanan) juga berkata, PAS harus memandang ke hadapan bagi menerajui kepimpinan bersama dengan PKR dan DAP yang berganding dalam Pakatan Rakyat (PR).
Dalam pilihan raya ke-12 yang lalu, PAS menawarkan sebuah pemerintahan menggunakan falsafah Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan untuk kebajikan rakyat awam.
"Perjuangan seperti roda, ada ketika berada di atas dan ada ketika berada di bawah," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

















Tiada ulasan:
Catat Ulasan