D'Perbatasan |
- DEB dan nasib orang Cina
- Pakatan Rakyat Perlu Perjelas Komitmen Ke Putrajaya Kepada Rakyat
- Mengapa Pinjam Wang KWSP RM3 Bilion Jika Kewangan Felda Kukuh?
- Pendakwaan Terhadap Anwar Salah, Hakim Didesak Gugur Kes Serta Merta
- Perkasa ugut Umno hilang undi Melayu jika layan tuntutan MCA
- Bela Melayu Pulau Pinang dalam kerangka kerajaan
- Mungkin Ini Antara Punca Felda Bankrap !
- Khazanah belanja RM10 bilion kuasai Parkway
- Najib terdesak pujuk komuniti Cina
- Menepuk Air Di Dulang…
| Posted: 15 Aug 2010 07:33 AM PDT Ada banyak kisah benar yang diketahui ramai tentang kejayaan kaum Cina di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam konteks ini, DEB bermaksud sistem pilih kasih dan naungan orang-orang yang berkuasa. Sepertimana dinyatakan oleh adik Perdana Menteri, Nazir Razak (gambar kiri), DEB telah bersimpang dari tujuan asal yang diilhamkan oleh Allahyarham Abdul Razak, ayahanda kepada Najib dan Nazir. Apa yang tidak dinyatakan oleh Nazir ialah bahawa DEB telah sekarang menjadi satu sistem yang korup, tidak mempunyai akauntabiliti kepada rakyat dan diselubungi rahsia sehingga hanya mereka yang berkuasa dan korup mendapat faedah terbesar dari DEB.Yang sedih, pagar diharapkan, pagar yang makan padi. Orang Melayu menaruh harapan kepada UMNO untuk menjaga kepentingan bangsa; tetapi dibawah sistem DEB yang dikorupkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, ada juga beberapa orang Cina yang berjaya meraih kekayaan. Ini termasuk Vincent Tan, Francis Yeoh, anak muda 28-tahun Jho Low (Low Taek Jho) dan Liew Kee Sin dari SP Setia. Bagaimana mereka berjaya melalui DEB? Kita harus tahu. Orang Cina harus tahu supaya mereka pun boleh berjaya dan menjayakan DEB. Encik Liew, yang penuh dengan pujian untuk DEB, mengakui bahawa beliau adalah salah seorang yang berjaya melalui DEB. Beliau adalah pegawai biasa dalam salah satu bank dagangan yang kecil sehingga beliau berkawan dengan dua orang peguam – Rashid Manaf and Zaki Azmi (sekarang Ketua Hakim Negara). Kedua, Rashid dan Zaki tidak mempunyai latar belakang dalam alam perniagaan. Syarikat perundangan mereka pun besar tapi tidak lah boleh membuat seseorang rakan kongsinya kaya. Tetapi apabila mereka dilantik sebagai peguam untuk UMNO, dan bersahabat dengan pemimpin-pemimpin UMNO seperti Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin dan Ketua MIC Samy Vellu, maka perniagaan mereka pun mulai mengalami kecemerlangan. Bukankah SP Setia sebelum ini dipunyai SPK yang dikendalikan oleh sahabat Mahathir iaitu Abdullah Ahmad (Kok Lanas) dan Ramli Khushairi? Liew, Zaki dan Rashid membeli syarikat ini, dengan habuan diberi kepada Dollah Kok Lanas, dan yang lain itu, seperti kata orang, "the rest is history". Perlu di ingatkan bahawa satu ketika dahulu, SPK adalah kooperatif yang mana pegawai kerajaan dan ahli-ahli UMNO menjadi tuan yang punya. Vincent Tan (gambar kanan) berjaya kerana beliau dapat meyakinkan sahabat beliau, Mahathir Mohamad, yang Perdana Menteri ketika itu, untuk menswastakan Sports Toto kepada beliau, kerana kononnya, disebabkan judi itu haram, orang Melayu dan kerajaan tidak boleh terlibat dalam penjudian. Tetapi beliau memilih orang Melayu untuk menjadi partner beliau - anak saudara Mahathir yang ketika itu bertugas sebagai pengurus besar agensi berita Nasional, Bernama. Anak saudara Mahathir ini baik orangnya tetapi tidak lama selepas itu, beliau menamatkan perkongsian itu dan saya rasa beliau tidak dapat apa-apa pun. Inilah nasib orang Melayu yang menjadi rakan kongsi orang Cina yang pintar saperti Vincent Tan. Vincent semestinya harus disenaraikan sebagai salah satu cerita kejayaan DEB, seperti juga Liew.Ayah kepada Francis Yeoh, Yeoh Tiong Lay, memulakan syarikat pembinaan yang tidak begitu menyerlah selama 30 tahun. Tetapi ini semua bertukar apabila Francis, yang berkawan dengan Mahathir, berjaya dapat kontrak membina hospital di Semenanjung Malaysia pada tahun 1980-an. Kemudian, Mahathir memberi kontrak paling mewah kepada keluarga YTL - IPP dengan bayaran yang paling lumayan sehingga kini dalam sejarah pengswastaan tenaga elektrik. Tenaga Nasional terpaksa membeli eletrik dari YTL dengan harga tinggi itu, biar tenaga itu diperlukan atau tidak. Macam mana tak buat duit? Pelanggan terpaksa beli, mahu atau tidak, dengan harga paling tinggi. Pengerusi TNB ketika itu, Ani Arope, membantah perjanjian itu tetapi disingkir oleh Mahathir. Hari ini, YTL mempunyai rezab wang sebanyak RM9 bilion dan ianya digunakan untuk apa? Membeli syarikat jana kuasa di Singapuura, membeli separuh daripada Pulau Sentosa di Singapura, dan membeli tanah dengan harga yang paling mahal di Orchard Road. Satu lagi kejayaan DEB. Oh ya...siapa rakan kongsi Bumiputra Francis? Mungkin Mokhzani dan Mukhriz Mahathir boleh jawab soalan itu.... Kata orang bahawa pemuda 28 tahun Jho Low adalah sahabat baik Perdana Menteri Najib Razak; atau pun isteri beliau; atau mungkin pun anak sulung Rosmah. Beliau berada di sana, sini dan mana-mana. Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada akhbar The Star kerana berjaya mendapat temuramah eksklusif dengan anak muda yang berjaya ini. Entah siapa yang mengarah mereka membuat temu-ramah ini....Jho selalu kelihatan bersama PM Najib. Semasa pelancaran 1Malaysia Development Fund oleh PM, dia ada; semasa PM bercuti di Monte Carlo tahun lalu, dia ada; dan mereka juga bersama sama di St. Tropez dua minggu lalu. Ahkbar dari luar negara membuat laporan dan andaian bahawa anak muda Jho (kawasan mesra wanita glamor, Paris Hilton) ada penglibatan dalam mendapat Kerajaan Malaysia memberi jaminan kepada 1Malaysia Development fund. Bagaimana Kerajaan dan Perbendaharaan Malaysia boleh setuju kepada skim meminjam RM5 bilion dengan bayaran terlalu tinggi faedah terlalu tinggi 5.75% tak masuk akal. Ini bererti jika 1MDB gagal membayar hutangnya, kerajaan akan menanggung hutang interest payment melebihi RM2.4 bilion dari kadar yang lazim? Dan sekarang ini kawan kawan dalam sektor Bank bercakap tentang kononnya dalam akaun tahunan 1MDB menunjukkan bahawa hanya masih ada RM4.3 bilion dari jumlah asal RM5 bilion. Di mana agaknya RM700 juta dibelanjakan? Itulah dia - Jho Low, suatu lagi kejayaan Dasar Ekonomi Baru (NEP). Jadi orang orang Cina tahu sebenarnya bagaimana mahu mendapat untung besar dengan menggunakan Dasar Ekonomi Baru. Tak payahlah Liew Kee Sin (gambar kanan) bimbang. Tetapi berapa ramaikah orang Cina yang ada kaitan dan hubungan intim dengan pemimpin besar UMNO untuk mendapat peluang ini? Itulah persoalannya. Bukankah lebih baik kita ada sistem pemerintahan dan dasar ekonomi yang terbuka dan adil kepada semua lapisan rakyat? Dan adil kepada semua kaum? Dengan cara itu, peluang besar dan keemasan boleh juga dicapai oleh rakyat biasa. Tak payahlah mereka mesti ada hubungan baik dengan UMNO, atau pihak aristokrat atau pegawai tinggi kerajaan. Sepatutnya sudah memadai rakyat semua kaum yang mahu berjaya hanya memerlukan kebolehan dan azam tinggi untuk berjaya. Malangnya di negara bertuah ini, peluang utama hanyalah kepada mereka yang terpilih.*Tulisan ini dipetik dan disunting daripada blog Zaid Ibrahim Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. |
| Pakatan Rakyat Perlu Perjelas Komitmen Ke Putrajaya Kepada Rakyat Posted: 15 Aug 2010 03:44 AM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat harus diberikan penjelasan mengenai komitmen kerajaan Pakatan Rakyat mewujudkan urus tadir kerajaan yang baik dalam usaha memegang tampuk pentadbiran pusat di Putrajaya.Beliau berkata demikian ketika ditanya peserta Seminar Ekonomi Perspektif Muda di sini semalam berhubung dasar dan langkah yang diambil Pakatan Rakyat bagi mengelakkan amalan seperti rasuah dan ketirisan sepertimana yang dilakukan kerajaan Umno-Barisan Nasional pada masa ini. "Keyakinan kita adalah kerana komitmen kita yang cukup jelas dan ia harus bermula dengan pimpinan. Kita tahu ketirisan RM21 bilion, ketirisan daripada rasuah, daripada kos yang meningkat dan amalan boros. Contoh rasuah PKFZ, Bakun. Ketirisan bina stadium, runtuh. Semua ini kerana tidak ada pertanggungjawaban. Ini berkaitan isu 'good governance'. "Bila kita bicara soal 'good governance', rakyat tidak faham, mereka cuma kira harga barang dan pendapatan. Jadi kita harus beri penjelasan bahawa 'good governance' itu dapat menyelamatkan puluhan bilion ringgit setahun," kata Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor di hadapan kira-kira 200 peserta seminar terbabit. Menurutnya, ekonomi bersandarkan pasaran harus dipertahankan sekiranya ekonomi Malaysia mahu berkembang dan mempunyai daya saing. Ini kerana ekonomi pasaran mampu mengundang pelaburan hasil daripada insentif pelaburan dan ketelusan dalam pentadbiran. "Ketelusan ini bermakna penafian tender secara terus dan perundingan cara berpakat dengan syarikat kroni harus dihentikan," kata beliau merujuk kepada pemberian subsidi besar syarikat IPP yang seharusnya dapat menampung subsidi bagi keperluan rakyat. Anwar turut menjelaskan mengenai sistem perundangan syariah di negara ini, peningkatan mutu sistem pendidikan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tanpa meminggirkan bahasa ibunda yang lain. Anwar pada masa yang sama turut ditanya peserta mengenai sistem pengangkutan awam, perlaksanaan sistem e-perolehan bagi mempercepatkan proses perniagaan, dan insentif kerajaan negeri mewujudkan 'career fare' bagi menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan menganggur. "Saya akan cadangkan supaya kepada Menteri Besar kendali dan mengarahkan beberapa tindakan segera mengadakan sebagai satu 'fare', tetapi dalam 'fare' itu dijelaskan tentang soal e-perolehan, soal modal, soal peniaga dan mikro kredit yang telah tertangguh pelaksanaannya," jelasnya. Mengenai sistem pengangkutan awam, Anwar berkata sistem pengangkutan sedia ada harus diperbaiki setanding dengan negara maju yang lain. Mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu turut ditanya berhubung persediaan Pakatan Rakyat bagi menyediakan pelapis berkualiti yang mampu menerajui Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Menurut Anwar, urus tadbir dan pengurusan GLC harus memiliki kebertanggungjawaban yang tinggi bagi mengelakkan berlaku kerugian dan peningkatan kos yang akhirnya menyebabkan berlakunya kerugian seperti yang dialami Felda dan Sime Darby. Beliau turut menjawab soalan peserta seminar mengenai masalah yang dihadapi mahasiswa berhubung pinjaman perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Akta Universiti dan Kolej (Auku) serta tuntutan agar universiti di negeri pentadbiran Pakatan Rakyat memberikan kuasa autonomi kepada mahasiswa. "PTPTN ini, pelajar yang betul-betul miskin harus kita bantu. Tidak munasabah bayaran pinjaman dengan faedah, bayaran itu haruslah semasa graduan itu mampu membayarnya. Sekarang ini sistem ini tidak meringankan, orang pinjam kerana tidak ada pilihan. "Soal Auku, apa yang saya lakukan semasa menjadi Menteri Pendidikan di peringkat akhir ialah memperkenalkan akta pendidikan baru yang dengan sendirinya membatalkan Auku, dan deraf itu tidak dapat kita bentangkan. Saya fikir pendekatan itu sangat baik kerana Auku ini ketinggalan zaman yang mempamerkan satu sistem yang merendahkan martabat mahasiswa," kata Anwar lagi. Oleh Rusnizam Mahat |
| Mengapa Pinjam Wang KWSP RM3 Bilion Jika Kewangan Felda Kukuh? Posted: 15 Aug 2010 03:27 AM PDT Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr Tan Kwee Kwong mendakwa kekuatan dan kedudukan kewangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak sebagaimana digambarkan Umno-Barisan Nasional apabila agensi itu terpaksa meminjam RM3 bilion daripada kerajaan.Malah Felda juga didakwa tidak lagi mampu membuat pembayaran kepada kontrak yang dilantik untuk mengurus tanah perladangannya sekali gus terjerumus dalam bebanan hutang kepada mereka. Dr Tan berkata sekiranya benar Felda tidak mengalami masalah hutang yang banyak dan kesempitan kewangan mengapa ia tidak melunaskan pinjaman yang dibuat daripada kerajaan. Menurut beliau, banyak aduan diterima mengenai kegagalan Felda untuk membuat bayaran kepada kontraktor yang menjalankan projek di tanah rancangan. "Ada kes di mana sebuah syarikat kontraktor telah lama berurusan dan menjalankan projek bagi pihak Felda di seluruh Semenanjung. Yang peliknya, angka hutang Felda kepada syarikat tersebut telah mencecah RM3 juta, dan sudah 8 bulan syarikat itu tidak menerima bayaran. Kalau Felda ada banyak wang, apa sebabnya tidak bayar kepada kontaktor itu? Beliau menegaskan dakwaan ini bukan hanya cakap kosong dan bersandarkan kepada langkah Perdana Menteri melancarkan program yang dinamakan 'Felda Global Venture' untuk memacu agensi itu menjadi pemain dalam industri perladangan dunia. "Peruntukan sebanyak RM3 bilion telah digunakan, termasuk wang yang dipinjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan jaminan kerajaan. Sekiranya kewangan Felda kukuh dan ada banyak simpanan, mengapa mereka menggunaan wang KWSP ini?" soal beliau lagi. Sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan membuat pengakuan di dalam Dewan Rakyat bahawa rizab tunai Felda menjunam daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM 1.35 bilion pada 2009. Oleh Sidiqin Omar |
| Pendakwaan Terhadap Anwar Salah, Hakim Didesak Gugur Kes Serta Merta Posted: 15 Aug 2010 03:16 AM PDT Hakim perlu mengunakan budi bicaranya untuk mempertimbangkan keraguan yang munasabah (benefit of doubt) di dalam perbicaraan Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengugurkan kes ini dengan serta merta. Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata ini berikutan keengganan pendakwa raya menjelaskan hubungan di antara pengadu dan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan Timbalan Pendakwa Paya, Farah Azlina Latif.Kegagalan ini kata beliau menyebabkan kes tersebut menjurus kepada pendakwaan yang salah atau 'mistrial'. "Apa yang berlaku di tahap ini bukan lagi ketidakaturan dari segi pendakwaan dan sebagainya. Sebelum ini kita berkata mengenai fitnah dan sebagainya. Melihat kepada perkembangan terbaru di dalam kes apabila pendakwa raya enggan menjelaskan mengenai hubungan di antara Saiful dan Farah, bagi saya itu merupakan satu perkara yang amat asas atau 'fundamental' dalam pendakwaan dan mengakibatkan 'mistrial'," tegas beliau kepada Suara Keadilan. Tambah beliau lagi, apabila kes sebegini mencapai tahap pendakwaan yang salah, keadilan tidak mungkin akan tercapai walaupun prosiding kes berlangsung sehingga penghujung. Ini kerana pendakwaan ke atas Anwar telah dimulakan dengan satu kerosakan kepada proses keadilan itu sendiri kata Yusmadi. "Dakwaan ke atas Anwar tidak kukuh sejak bermulanya kes ini, ia boleh diibaratkan seolah-olah 'pokok' itu rosak daripada pangkalnya. Maka, apabila melihat kepada perjalanan kes, ianya amat jelas bahawa bahan bukti dan 'rule of the game' juga telah dicabuli. "Kesimpulan yang boleh saya katakan ialah ini adalah 'mistrial' dan apabila 'mistrial' berlaku, kes itu perlu digugurkan ataupun lebih mudah lagi pihak pendakwa raya perlu menarik balik kes tersebut," jelas Yusmadi yang juga merupakan seorang peguam. Kata beliau, dakwaan terbaru oleh penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai hubungan sejenis Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh, menguatkan lagi kepincangan kes ini Khairil terbabit dalam perbicaraan yang sedang berjalan. "Saya merasakan perkara tersebut perlu dijelaskan kerana ia membawa akibat langsung ke atas kertas pendakwaan dan bukti-bukti yang dikemukakan, maka hakim perlu menilai semula sama ada kes ini patut diteruskan oleh pendakwa raya menggunakan bukti-bukti yang kita katakan sudah tercemar atau 'tainted evidence'," tegas beliau. Selanjutnya Yusmadi menjelaskan, pendedahan hubungan Saiful-Khairil akan mengguatkan lagi asas pendakwaan salah. Hakim disarankan menggunakan budi bicaranya untuk menilai dan membuang kes Fitnah II. "Dan apabila berlakunya keadaan sebegini, Anwar berhak menuntut gantirugi yang sewajarnya dari segi kerosakan reputasi dan maruah diri, keluarga dan kerjaya beliau," kata Yusmadi lagi. Kata beliau walaupun perbicaraan masih dalam peringkat pendakwaan tetapi hakim melalui budi bicaranya boleh mengugurkan kes tersebut sekiranya mendapati kepincangan dalam pendakwaan dan keseluruhan kes. "Jika kes ini diteruskan juga sehingga akhir, tidak mungkin keadilan dapat dicapai kerana imej pendakwaraya tercemar, bukti tercemar dan apatah lagi dalam kes ini, asas pembelaan adalah konspirasi dan ini menguatkan lagi pembelaan bagi Anwar. "Maka dalam kes ini hakim perlu menggunakan budi bicara, di bawah asas 'benefit of doubt' dan apabila mentafsirkan kes ini, faktanya harus memihak kepada Anwar," jelas beliau lagi. Tambah Yusmadi lagi, terdapat 'maxim' atau pepatah perundangan yang menyatakan adalah lebih baik melepaskan orang yang bersalah daripada menghukum orang yang tidak bersalah. "Dalam hal ini, pada pendapat saya hakim perlu menggunakan pendekatan ini kerana jelas di dalam perbicaraan kali ini, ketiadaan bukti kukuh, pendakwaan yang bercelaru dan bukti yang dikemukakan juga tercemar. Mempertimbangkan situasi ini, hakim perlu mengugurkan kes ini," tegas beliau. Perbicaraan bersambung esok dengan hakim memutuskan permohonan pasukan pembelaan untuk menggugurkan kes. |
| Perkasa ugut Umno hilang undi Melayu jika layan tuntutan MCA Posted: 15 Aug 2010 02:58 AM PDT Datuk Ibrahim Ali memberi kata dua agar kerajaan tidak melayan tuntutan-tuntutan 'melampau' Kongres Ekonomi Cina Malaysia semalam, jika tidak ia akan kehilangan sokongan orang Melayu dalam pilihan raya umum ke-13."Sekiranya kerajaan meneruskan tuntutan Kongres Ekonomi Cina Malaysia tersebut, maka kepentingan kaum Bumiputera yang digariskan dalam Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) akan menjadi retorik semata-mata. "Sekiranya kerajaan tidak segera memperbetulkan hal ini, saya yakin Umno akan menerima padah pada pilihan raya umum akan datang," kata Presiden Perkasa itu pada sidang media di sini hari ini. Kata beliau jika ia berlaku orang-orang Melayu akan menolak kerajaan pimpinan sekarang. "Mereka melahirkan rasa marah terhadap tindakan kerajaan dalam beberapa perkara terutamanya soal ekonomi orang Melayu. "Jika tidak mereka akan kehilangan sokongan orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang," katanya. Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika tidak diperbetulkan tidak mustahil kerajaan Barisan Nasional (BN) akan jadi seperti kata pepatah Melayu "yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir." "Dalam usaha untuk menarik bukan Melayu sokong Barisan Nasional, pengundi-pengundi Melayu akan kecewa dan lari kepada parti lain. "Ini hakikat yang akan berlaku," katanya. Jadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri perlu bertindak tangani perkara ini, kata Ibrahim yang menubuhkan Perkasa selepas pilihan raya umum ke-12. Mengulas lanjut, Ibrahim (Gambar Kanan)berkata, Perkasa dan Majlis Perundingan Melayu akan mengadakan sidang meja bulat tergempar bagi membincangkan secara terperinci mengenai isu berkenaan."Kita akan mengadakan persidangan meja bulat ini pada 29 Ogos bagi membincangkan agenda ekonomi Bumiputera dan 12 perkara yang diluluskan oleh Kongres Ekonomi Cina," katanya. Wakil rakyat itu turut kesal dengan kenyataan Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Razak yang akhir-akhir ini banyak keluarkan kenyataan yang menyentuh hal berkaitan ekonomi termasuk orang Melayu. "Beliau (Nazir) mengatakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai "bastardisation", Apa maksud "bastardisation"? "Kalau DEB gagal itu soal pelaksanaan tetapi soal matlamat dan cara untuk mencapai tahap 30 peratus dengan mengekalkan tindakan kesungguhan itu mesti diteruskan. Adakah itu juga dianggap "bastardisation"?," soalnya. Semalam Nazir mengambarkan DEB sebagai sesuatu yang telah "dipernyataan-haramkan" dan menyimpang daripada tujuan asalnya. "DEB seolah-olah dilihat seperti dipernyataan-haramkan (bastardisation)," katanya pada sessi soal jawab selepas menyampaikan cermahnya pada Kongres Ekonomi Cina semalam. Mengenai Permit Import (AP), Ibrahim menyifatkan Nazir tidak memahami matlamat AP yang dikeluarkan kepada Bumiputera. "Nazir (Gambar kiri ) juga mengatakan beliau tidak bersetuju untuk menghapuskan kuota Permit Import (AP) Bumiputera terutamanya dalam bidang permotoran. "Beliau juga mengatakan ini kerana beliau sendiri tidak ada AP. Saya percaya beliau tidak memahami matlamat AP yang dikeluarkan kepada Bumiputera," katanya.Beliau berkata, AP diwujudkan untuk menolong Bumiputera dalam industri permotoran dan automotif di negara ini. "Ini kerana rangkaian kedai alat ganti dan ejen-ejen dipegang bukan Melayu jadi dengan cara keluarkan AP ia banyak membantu orang Melayu berjaya dalam bidang automotif dan akhirnya hasil daripada kejayaan dilaburkan dalam bidang lain. "Sepatutnya hak keistimewaan seperti ini patut dikekalkan oleh kerajaan dengan merujuk kepada hak keistimewaan orang Melayu di bawah Fasa 153 Perkara 4 iaitu hak istimewa orang Melayu," katanya. Pada sidang media hari ini, Ibrahim mengecam Kongres Ekonomi Cina Malaysia semalam yang menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat. "Dalam 12 perkara yang dibuat semalam saya bagi pihak Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya termasuk meminta kerajaan supaya mengurangkan ekuiti 30 peratus Bumiputera," katanya. Kata Ibrahim, keputusan itu jelas memperlihatkan sikap mereka yang tidak ada akal budi dan berterima kasih kepada orang Melayu dan Bumiputera yang selama ini bertolak ansur begitu rupa atas ikatan yang dinamakan sosio kontrak dalam asas Perlembagaan dan isu ini sangat sensitif kepada orang Melayu. "Ia amat melampau dan memperlihatkan tamak kerana sasaran 30 peratus yang diminta mewakili 67 peratus majoriti rakyat di negara ini," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kongres Ekonomi Cina Malaysia yang menuntut hak ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat-peringkat. Semalam, Kongres Ekonomi Cina Malaysia mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai. Tuntutan itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres ekonomi yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelah pagi tadi. |
| Bela Melayu Pulau Pinang dalam kerangka kerajaan Posted: 15 Aug 2010 02:47 AM PDT Orang Melayu Pulau Pinang mesti dibela dalam kerangka kerajaan bukan kerangka pembangkang, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa.Jelasnya, menjadi lebih mudah seandainya segala masalah yang selama ini sukar diselesaikan diatasi dengan mengadakan perbincangan dalam Majlis Pakatan Rakyat atau terus ke pejabat Ketua Menteri. "Orang Melayu kena dibela di Pulau Pinang jangan biarkan mereka hilang pedoman yang akhirnya kucar kacir dan tidak menentu. PAS pula ada kemampuan sekarang memandangkan kita berada dalam kerajaan walaupun satu kerusi," tegasnya ketika merasmikan Munaqasah Ucapan Dasar Presiden PAS di Kompleks An-Nahdoh, Penanti tengah hari tadi. Menurutnya, melalui kerangka dalam kerajaan banyak isu yang membabitkan orang Melayu diselamatkan antaranya berjaya memberhentikan sementara projek untuk memberikan ruang perbincangan antara penduduk dan pemaju. "Satu lagi kejayaan ialah dapat menyatukan dua pihak yang selama ini tidak pernah duduk semeja semata-mata kerana latar belakang politik. "Ketiga ialah pertemuan dengan Ketua Menteri dan beliau sebagai ketua kerajaan setuju untuk menyelesaikan masalah yang membabitkan perkampungan Melayu atau meletakan dasar pembangunan yang menguntungkan orang Melayu sendiri," jelasnya. Katanya, antara kejayaan sepanjang berada dalam Pakatan Rakyat ialah orang Melayu memperolehi tanah perkuburan di Jelutong apabila dua seksyen dikemukakan."Jangan melayan suara sumbang yang boleh merencatkan pergerakan kita untuk menang tetapi bersama membantu meningkatkan kefahaman bahawa sebuah kerajaan memerlukan berbagai pendekatan, bukan cara lama yang boleh merosakan parti," tambahnya dalam program anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang. Program yang dihadiri oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub itu juga menyarankan agar merapatkan hubungan antara parti gabungan dalam Pakatan Rakyat supaya lebih menyerlah pada pilihanraya umum ke 13 kelak. PAS, kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu, mesti memainkan peranan lebih agresif kerana Umno bukan lagi dahan untuk orang Melayu bertaut. "Bagi merealisasikan keadaan itu, PAS kena ke hadapan kerana tanpa penglibatan PAS sukar untuk kita mengharapkan kemenangan," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri. |
| Mungkin Ini Antara Punca Felda Bankrap ! Posted: 14 Aug 2010 11:08 PM PDT Dalam keadaan golongan peneroka bergelut dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk mendapatkan hak mereka dan layanan yang lebih adil, dan juga kemungkinan agensi itu bankrap, pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor didakwa menikmati gaji, imbuhan serta elaun berjumlah RM2 juta setahun.Mendedahkan perkara ini, Naib Presiden KEADILAN Sivarasa Rasiah melontar cabaran kepada Dr Mohd Yusof bersifat telus dan mendedahkan kepada rakyat jumlah ganjaran sebenarnya yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda. Bercakap pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana hari ini, Sivarasa berkata daripada maklumat diterimanya, pendapatan yang diterima Dr Mohd Yusof tersebut gaji serta elaun. "Saya nak tanya kepada beliau berapa jumlah ganjaran yang diperoleh sebagai Pengerusi Felda yang turut mengawal anak-anak syarikat Felda? "Betul atau tidak pendapatan beliau termasuk gaji dan elaun mencecah sehingga RM2 juta setahun?" kata beliau. Sivarasa menjelaskan walaupun ini satu dakwaan tetapi Dr Mohd Yusof perlu menjawab dakwaan tersebut sama ada benar beliau menerima gaji dan elaun sebanyak itu. "Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau. "Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi. "Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun. Adakah ia ada mencecah RM2 juta," kata Sivarasa. Isnin lalu seramai 766 peneroka dari Rancangan Felda Serting dan gugusan Raja Alias menyaman agensi itu RM200 juta atas dakwaan menipu dalam kiraan perahan minyak sawit Sumber : Sidiqin Omar (Suara Keadilan) p/s: Apalah yang nak dibanggakan RM350 sebagai saguhati duit raya, berbanding RM 2 juta? Hasil titik peluh ratusan ribu peneroka yang menggoldol hutan belantara puluhan tahun dahulu menjadi ladang komoditi telah menjadikan pengurusi Felda seorang jutawan setiap tahun. Mungkin sekarang ini Dr Mohd Yusof telah menjadi juta-jutawan sedangkan warga Felda menambah hutang demi menaik taraf rumah usang puluhan tahun. Tidak salah untuk menjadi seorang juta-jutawan. Tetapi janganlah menipu rakyat yang sesusah peneroka, dengan mengurangkan jumlah keuntungan dalam perahan minyak sawit. Menipu dalam perniagaan adalah begitu hina pada pandangan sesiapa pun, tambahan pula golongan yang ditipu itu merupakan golongan yang hidupnya serba serderhana. Ini menjadikan si penipu itu dua kali hina. Berbalik kepada gaji dan elaun seorang pengurusi badan agensi kerajaan yang mencecah 2 juta, adakah ini mustahil apabila dibandingkan pula dengan gaji seorang CEO kepada Syarikat Air Negeri Selangor? Mengikut maklumat yang diperolehi, CEO Syabas mempunyai gaji dan elaun mencecah 4 ratus ribu sebulan yang menjadikan pendapatan tahunannya lebih kurang 5juta,sila rujuk di sini. Fikir-fikirkanlah. adakah kita hidup untuk memberi kesenangan kepada penyangak dan penyamun...? |
| Khazanah belanja RM10 bilion kuasai Parkway Posted: 14 Aug 2010 09:47 PM PDT Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan adakah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) boleh dianggap cerdik dan amanah apabila berbelanja lebih RM10 bilion untuk menguasai Parkway Holdings Ltd (Parkway).Akhbar tempatan melaporkan kononnya pesaing Khazanah, Fortis Healthcare Ltd, "mengaku kalah" selepas Khazanah menaikkan harga tawaran untuk mengambil alih Parkway, sekali gus muncul sebagai pembida tunggal utama. Sedangkan, urusniaga itu memberikan keuntungan sebanyak S$116.7 juta atau kira-kira RM272.0 juta kepada dua beradik yang menguasai Fortis, iaitu Malvinder Singh and Shivinder Singh. Kesemuanya, Khazanah telah berbelanja lebih RM10 bilion untuk menguasai Parkway. Parkway Holdings Limited adalah syarikat penjagaan kesihatan yang disenaraikan di Singapore Stock Exchange. Syarikat itu menguruskan 16 hospital dengan lebih 3,400 katil di Asia. Mahfuz mempersoalkan, dengan modal RM10 bilion itu, berapa pulangan boleh dapat setahun. "Adakah ini pelaburan yang baik dan beramanah kepada rakyat Malaysia? Duit mereka telah dibelanjakan lebih RM10 bilion oleh Khazanah kononnya untuk menguasai Parkway termasuk memberi durian runtuh RM272.0 juta kepada dua beradik yang kononnya mengaku kalah itu. "Adakah Parkway boleh bayar dividen 10 peratus setahun?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan. Mahfuz berkata, lebih baik RM10 bilion itu digunakan untuk beli emas kerana harga emas ada peluang naik 30 peratus dalam tiga tahun. Beliau tidak yakin pelaburan Khazanah itu adalah pelaburan yang baik kerana umum mengetahui bahawa kekuatan negara kita adalah dalam sektor elektronik, elektrikal, teknologi maklumat, minyak dan gas serta komoditi seperti kelapa sawit, koko, getah dan balak."Jika kita mengeksport barangan tersebut dan kita dapat dolar hasil dari jualannya, munasabahlah kalau kita laburkan RM10 bilion dalam bidang yang kita ada kemahiran," kata Mahfuz. Lebih dari itu, katanya lagi, kita boleh mengadakan usahasama dengan syarikat-syarikat multinasional yang memang cekap dalam bidang-bidang tersebut. "Contohnya dengan kekuatan komoditi yang kita ada, kita adakan usahasama dalam bidang makanan halal dengan Nestle," katanya. Mahfuz juga mempersoalkan limpahan ekonomi yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia dengan pelaburan RM10 bilion itu. "Berapa orang rakyat Malaysia dapat pekerjaan? Berapa industri kecil dan sederhana Malaysia yang dapat jadi vendor? Adakah jawapannya kosong?" beliau mempersoalkan. Sedangkan, katanya, kalau RM10 bilion dilaburkan untuk mengadakan usahasama dengan syarikat multinasional untuk membuka kilang elektronik misalnya, lima kilang elektronik mungkin boleh diwujudkan dengan anggaran 2,000 orang boleh mendapatkan pekerjaan bagi setiap kilang. Kalau buka kilang petrokimia pula, katanya lagi, tiga kilang mungkin boleh dibuka dengan RM10 bilion itu dengan anggaran 3,000 orang boleh mendapatkan pekerjaan bagi setiap kilang. "Pelaburan dalam Parkway itu ternyata mengakibatkan kerugian peluang atau opportunity loss kepada rakyat Malaysia," katanya. Ketika diminta mengulas tentang semakin tersebarnya tuduhan dungu terhadap Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, Mahfuz hanya sekadar bertanya: "Adakah itu bermakna (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) adalah bapa segala dungu kerana beliau adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah?" |
| Najib terdesak pujuk komuniti Cina Posted: 14 Aug 2010 09:42 PM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terdesak apabila membuat kejutan dengan merayu komuniti Cina di negara ini agar mempercayai beliau sebagai pemimpin yang menjaga kepentingan mereka. "Saya anggap tindakan terdesak oleh seorang pemimpin yang sudah hilang punca dan arah untuk menarik sokongan bangsa Cina bagi mengekalkan kuasa BN," kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim.Ketika berucap pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur kelmarin, Najib berkata seperti ayahnya, beliau adalah juga pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan akan melakarkan apa yang terbaik kepada semua. Menurut Khalil, pujukan yang dibuat oleh Najib menghiasi politik tanah air yang menyaksikan kaum Cina terus menolak perjuangan sempit MCA, satu parti yang satu masa dulu dikatakan mewakili kaum itu. Katanya, penolakan kaum Cina kepada gerakan di Pulau Pinang sehingga memberi laluan kepada Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Pulau Mutiara itu membuktikan orang Cina sudah sangat bosan dan tidak percaya dengan perjuangan yang dilakukan oleh parti-parti Cina dalam komponen BN. Malah, ujarnya tsunami politik dalam PRU ke 12 juga merupakan berubahnya sokongan majoriti kaum Cina kepada calon-calon Pakatan Rakyat sehingga keputusan tersebut menghasilkan 4 negeri yang selama ini dikuasai oleh BN berubah kepada Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor di samping terus kekal di Kelantan. Pakatan Rakyat juga menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen, katanya. "Sesudah itu beberapa siri piliharaya kecil (PRK) menyaksikan sokongan orang Cina kepada Pakatan Rakyat terus kekal malah bertambah. "Terakhir BN dimalukan di PRK Sibu walaupun Najib menyogok kepada sekolah Cina sebanyak RM18 juta dan menjanjikan RM5 juta lagi pada malam terakhir kempen. Calon BN tetap dimalukan untuk sekian kalinya," ujarnya. Baginya yang juga Adun Titi Serong, ucapan manis oleh Najib tidak akan melupakan tragedi pada satu masa yang tercatat dalam sejarah politik tanah air apabila Najib pernah mengucapkan sesuatu yang sangat mengguris hati orang Cina. "Apakah PRU ke 13 semakin hampir bila Najib sudah sampai ke tahap sekarang dengan cuba pujuk memujuk kaum Cina supaya yakin kepadanya?" "Seingat saya inilah sejarah dan satu-satunya pemimpin Umno yang ditolak oleh rakyat sehingga kena bertindak memujuk rakyat supaya menyokongnya," katanya lagi. Selepas menyentuh mengenai Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Program Transformasi Kerajaan dalam ucaptama pada Kongres Ekonomi Cina itu, Najib berkata beliau memerlukan 'kritikan membina' daripada semua pihak, termasuk Umno, MCA dan parti komponen BN yang lain. "Seperti leluhur saya, saya akui saya adalah pemimpin untuk semua rakyat Malaysia. Keprihatinan anda adalah keprihatinan saya - bukan sebaliknya. "Saya telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk melakarkan apa yang terbaik untuk masa depan bersama kita. Tetapi saya hanya boleh berjaya dengan sokongan aktif dan penyertaan anda," katanya. Katanya, masyarakat Cina perlu berperanan penting dalam membantu menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. |
| Posted: 14 Aug 2010 09:35 PM PDT Soal ekonomi dan kesejahteraan rakyat bukan soal senda gurau. Ia perkara serius dan meskipun kadangkala perbincangan mengenainya dirasakan sedikit sukar dengan angka-angka dan 'istilah ekonomi', namun perkara ini tetap harus menjadi perhatian semua, lebih-lebih lagi aktivis politik.Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berhubung jumlah pelaburan langsung asing (FDI) baru-baru ini mengejutkan. Ternyata, sejak tahun lalu, Malaysia kehilangan jumlah pelaburan asing yang besar sekali dan dikatakan paling teruk meski dibandingkan dengan Indonesia dan Thailand. Pelaburan Dunia 2010 PBB mencatatkan Malaysia kehilangan lebih RM19 bilion! Saya kira, jumlah terburuk sejak negara ini merdeka, lebih 50 tahun lalu. Dengan yang demikian, banyak industri dan perniagaan yang terjejas. Kesan langsung tentunya peluang pekerjaan juga tidak bertambah seiring dengan penambahan jumlah pekerja dalam negara. Kita mulai ragu, sasaran pertumbuhan 5-6 peratus tahun ini juga hanya dakyah politik oleh Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri. Sehingga saat ini, tidak ada tanda-tanda di mana sasaran berkenaan dapat dicapai; sementara yang berlaku sebaliknya. Maka tidak hairanlah bagaimana kerajaan terpaksa mencari helah mencabut subsidi, yang diistilahkan kononnya sebagai 'penyusunan semula subsidi' untuk mengaburi mata rakyat. Apapun istilahnya, dasar baru pemerintah itu menyebabkan peningkatan harga petrol dan gula baru-baru ini, sementara pada bila-bila masa akan menyusul pula peningkatan harga barangan harian lainnya, kesan daripada 'penyusunan semula subsidi'. Mustahil dan tidak masuk dek akal sama sekali selepas ini apabila harga bawang, lada, ikan dan susu, misalnya, tidak meningkat dengan peningkatan harga petrol sedangkan semua barangan berkenaan dibawa dengan kenderaan yang menggunakan petrol mahupun diesel. Janji kerajaan untuk mengekang kenaikan barangan harian hanya untuk mententeramkan perasaan kita, walhal realiti hidup yang akan ditempoh rakyat jelata, semakin dan semakin memburuk. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seorang pekerja yang barangkali mempunyai keluarga dan tinggal di Kuala Lumpur dengan pendapatan di bawah RM1,500. Ditambah kalau ada isteri dan anak-anak, betapa sukar sekali kehidupan keluarga itu ketika ini. Lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan yang hanya beberapa bulan ke hadapan. Elit politik yang berkuasa, termasuk menteri-menteri memang tidak terasa, malah mereka tidak pernah mengenal pun bau pasar basah di mana tempat membeli ikan. Golongan pertama yang terasa bebannya tentulah rakyat biasa. Lalu tidak hairan jugalah tatkala rakyat semakin dihimpit kepayahan, elit politik yang berkuasa itu masih membebelkan isu politik dan perebutan kuasa. Tentunya adalah sesuatu yang tidak manis sama sekali apabila kita saksikan semakin hari semakin keterlaluan pula mereka menyerang Negeri-negeri Pakatan Rakyat. Tidak ada dalam seminggu di mana empat negeri itu - sama ada Selangor, Pulau Pinang, Kedah mahupun Kelantan, yang tidak menjadi sasaran serangan mereka di media perdana. Kalau di Selangor sekarang heboh isu kecurian pasir, ditunjukkan foto dalam media perdana kawasan kecurian itu berlubang sangat besar, hendak saya sebutkan, mustahil dalam tempoh pemerintahan Pakatan di Selangor yang tidak sampai tiga tahun, boleh berlubang sampai begitu. Ia menjadi sebegitu teruk tak lain tak bukan akibat sudah dikorek sekian lama, jauh sebelum KEADILAN dan Pakatan memerintah Selangor. Ibarat pepatah lama, usahlah 'menepuk air di dulang, nanti terpercik ke muka sendiri'! Inilah bezanya antara 'Kerajaan Rakyat' dengan kerajaan yang semakin terbelit dengan rasuah, korupsi dan salah guna kuasa sehingga gagal mengurus ekonomi untuk kesejahteraan rakyat jelata. Yang kita bentangkan fakta; sementara nampaknya golongan elit yang penguasa serta kuncu-kuncunya terus asyik bermain di dalam kancah fitnah dan segala kata nista. |
| You are subscribed to email updates from DPerbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





.jpg)
.jpg)
.jpg)






.jpg)
.jpg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan