RAKYAT MARHAEN |
- Mahasiswa dilarang sertai parti politik: DAPSY kutuk keputusan kabinet
- Kabinet 'tak matang' larang mahasiswa berpolitik...sebab kabinet dapur Bik Mama...!!
- Perang info: MCA ludah ke udara, kata MB
- Projek landasan pesawat KK, rosak hidupan laut
- Mahasiswa berpolitik: Saifuddin sedia temui sesiapa termasuk Pemuda PAS
- MP DAP Tony Pua terima peluru M-16, nota ugutan..kat Malaysia nie M-16 sape guna ah..!!!
- MP PJ Utara terima ancaman, sebutir peluru...budaya politik baru di zaman Bik Mama...!!!
- Demam Pemilihan PKR bermula
- Bukan mati dalam iman kalau bunuh diri.......
- Raja Sumpah...la ni dah jadi sesumpah@sampah..!!
- TPM, Menteri, Polis Dan JPJ Perlu Didakwa Menghina Mahkamah
- DAP: Stop the dam constructions
- DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : DUDUK BERSAMA ORANG-ORANG MUNAFIK ATAU FASIK UNTUK BERAMAH TAMAH
- Kenyataan Tan Sri Muhyiddin biadab, berniat jahat.
- 1Malaysia +1PM or 1Funny Malaysia +1 Funny PM
- Signature, handwriting on 'note' not Beng Hock's, says his family...ha.ha..AG..!!!
- Ayam Ramadan semakin mahal..tak pe Sokong BN..Barang Naik...!!! apa de hal...
- Tumbangkan Dinasti Taib Mahmud.
- Sejarah Perpaduan PAS + UMNO yg perlu anda tahu....
- Race card won’t add Umno’s Malay votes, analysts say
- Pemuda PAS ajak Saifuddin bincang idea politik IPTA
- Saifuddin tetap bawa idea benar pelajar berpolitik ke MT Umno 27 Ogos
- Tun Mahathir ketinggalan gerabak
- Kelab Umno, Puteri Umno Ada Imuniti Atas Auku
- Nik Aziz tolak tanggapan perkongsian Pas-DAP tidak ikhlas
| Mahasiswa dilarang sertai parti politik: DAPSY kutuk keputusan kabinet Posted: 11 Aug 2010 09:05 PM PDT DAPSY berasa amat kesal dan mengutuk keputusan Kabinet pada hari ini yang terus melarang pelajar universiti daripada menyertai parti politik. Ini merupakan satu keputusan yang amat retrogresif dan mendukacitakan aspirasi golongan muda khususnya pelajar-pelajar di Institusi Penggajian Tinggi Awam (IPTA). Keputusan ini terus menafikan hak pelajar universiti tempatan dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak berpersatuan kepada setiap warganegara Malaysia. Keputusan kabinet pada hari ini menunjukkan bahawa Barisan Nasional langsung tidak mendengar pandangan rakyat khususnya golongan muda yang ingin melihat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan dan kebebasan akademik dikembalikan di kampus universiti tempatan. Keputusan ini juga membuktikan bahawa sayap Pemuda Barisan Nasional khasnya Pemuda UMNO dan Pemuda MCA semakin hilang taringnya kerana suara mereka yang mendesak supaya pelajar universiti dibenarkan untuk menyertai parti politik langsung tidak diberi pertimbangan oleh kerajaan.Malahan, suara Timbalan Menteri Penggajian Tinggi, Saifuddin Abdullah yang jelas ingin membawa perubahan ini juga tidak diendahkan oleh Menterinya sendiri. DAPSY akan terus mendesak supaya AUKU dimansuhkan dan kebebasan pelajar universiti dikembalikan. DAPSY yakin bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan, agenda mendemokrasikan IPTA akan diberi perhatian yang serius dan kebebasan pelajar universiti termasuk menyertai parti politik akan dikembalikan.Keputusan kabinet hari ini akan menyemarakkan lagi semangat mahasiswa tempatan untuk bangkit membawa perubahan politik dan Barisan Nasional akan diberikan satu pengajaran yang lebih pahit oleh golongan muda pada pilihanraya umum yang ke-13 kelak. *Kenyataan media oleh Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dan Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook pada 11 Ogos 2010. | |||
| Kabinet 'tak matang' larang mahasiswa berpolitik...sebab kabinet dapur Bik Mama...!! Posted: 11 Aug 2010 09:05 PM PDT Keputusan jemaah menteri yang melarang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat dalam parti politik seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, semalam, disifatkan sebagai "tidak matang". M
"Kerajaan perlu melihat mahasiswa sebagai warganegara yang berumur 21 tahun ke atas diberi hak, partisipasi (dalam politik), berhimpun dan memberikan pandangan. "Kami kecewa dengan keputusan kabinet yang tidak membina (semangat) mahasiswa, sebaliknya lebih bersifat untuk membunuh semangat mahasiswa. "Jika seksyen 15 AUKU (Akta Univeristi dan Kolej Universiti) membenarkan mahasiswa berpolitik dengan izin naib canselor, maka seksyen ini jugalah digunakan untuk mendakwa mahasiswa dalam mahkamah. Di mana hak mahasiswa?" soalnya. Shazni Munir yang juga pelajar Universiti Malaya mengulas mengenai keputusan jemaah menteri semalam yang memutuskan bahawa mahasiswa tidak dibenarkan terlibat dalam politik kepartian. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dilaporkan berkata seksyen 15, AUKU yang dipinda baru-baru ini, sudah memadai dalam konteks membenarkan mahasiswa mengambil bahagian dalam politik kepartian selepas mendapat kebenaran naib canselor. Me
"Jadi mereka yang tidak menjadi mahasiswa, mereka lebih beruntung kerana berumur 21 tahun, bebas terlibat dengan politik dan berhimpun. "Di mana kerajaan meletakkan mahasiswa sebagai agen intelektual. Ruang (berpolitik) harus diberikan lebih luas seperti berdebat dengan menteri atau NGO," katanya. Mengulas mengenai mahasiswa diwajibkan memohon kebenaran daripada naib canselor sebelum menyertai poltik, Shazni Munir berkata sepatutnya perkara tersebut tidak perlu. Mohon restu mak, ayah "Sepatutnya mereka memikirkan untuk menaikkan kedudukan universiti ke tahap global dan antarabangsa. Memadai memohon restu mak dan ayah. Kenapa nak susah-susah nak minta izin kepada naib canselor," katanya.
"Ini soal rakyat Malaysia, soal hak dan kebebasan mahasiswa," katanya. Sementara itu, pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Ahmad Wafi Sahedan berkata beliau menyambut baik keputusan jemaah menteri itu kerana berpandangan kerajaan telah mengambil kira pelbagai faktor sebelum memutuskan perkara berkenaan. Ahmad Wafi berkata walaupun kerajaan tidak membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik kepartian, kumpulan itu mempunyai saluran lain untuk terlibat dengan kegiatan masyarakat. "Pindaan AUKU memberi peluang untuk menjadi mahasiwa berwibawa dan lebih bagus dengan terlibat dengan NGO untuk menyelesaikan isu-isu kemasyarakatan," katanya. Tegasnya, mahasiswa perlu menjadi satu golongan yang mempunyai pendirian dan tidak dipengaruhi serta bebas mengkritik mana-mana pihak. Ahmad Wafi merupakan yang juga yang dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (MPMUSM). | |||
| Perang info: MCA ludah ke udara, kata MB Posted: 11 Aug 2010 09:02 PM PDT Apalah sangat RM15 juta untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat Selangor jika dibandingkan dengan "nasihat RM70 juta Apco" "hanya untuk memberitahu bagaimana menyampaikan mesej".
Justeru, Khalid (kanan) berkata, dakwaan MCA bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyalahgunakan wang pembayar cukai bagi kekal dalam kuasa, boleh disifatkan sebagai 'meludah ke muka sendiri'. "Apabila Umno, MCA atau MIC berkata begini (membazir), mereka ibarat meludah ke udara, akhirnya jatuh ke muka sendiri," katanya. Pada 26 Julai lalu, Khalid mengumumkan peruntukan itu bagi memberikan lebih maklumat supaya rakyat dapat membuat keputusan lebih bijaksana. Menurutnya, dana itu akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portal TVSelangor, Selangor Kini (termasuk versi cetak) dan mewujudkan radio negeri sendiri. Ketika diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam kelmarin, Khalid berkata peruntukan untuk 'perang maklumat' itu hanya mewakili satu peratus perbelanjaan negeri, bersamaan satu sen untuk setiap rakyat Selangor. Katanya, langkah itu terpaksa diambil kerana kerajaan persekutuan telah "menghianati" mereka dalam menyediakan sokongan komunikasi. "Kamu hendak kata ini (untuk tujuan) politik? Ya (benar), tetapi siapa yang mulakan dulu?" Soalnya kembali. | |||
| Projek landasan pesawat KK, rosak hidupan laut Posted: 11 Aug 2010 09:01 PM PDT KOTA KINABALU: Sebuah lagi projek yang sensitif terhadap alam sekitar di Sabah terbantut hingga boleh menyebabkan kerajaan menanggung kerugian yang besar di samping berlakunya kerosakan kepada kehidupan rakyat dan hidupan laut di kawasan itu. Pendedahan ini timbul ekoran kontroversi yang menyeliputi logi tenaga arang batu di Lahad Datu di mana kerajaan cuba melancarkannya baru-baru ini. Kerajaan mengakui minggu ini bahawa kerja-kerja menambak tanah laut yang sedang dijalankan di bahagian pantai bandar Kota Kinabalu bagi meluaskan landasan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu telah terganggu akibat pencemaran terhadap alam sekitar. Ketika membuat lawatan ke tapak tersebut, Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha berkata, masalah teknikal telah menangguhkan projek pengluasan landasan bernilai RM1.4 bilion itu. Beliau tidak pasti sama ada projek itu dapat disiapkan mengikut tarikh baru, Mac tahun depan dan ini akan mengakibatkan kos tambahan (cost overrun) akibat kelewatan. Di antara masalah yang dihadapi ialah kesan yang tidak pasti terhadap Taman Marin Tunku Abdul Rahman yang mengelilingi sekumpulan pulau, terdiri dari Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug, kira-kira 20 minit perjalanan dengan bot dari sini. Kawasan pelancungan tercemar Menurut Presiden Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (Sepa) Wong Tack, kehidupan marin dan batu karang di kawasan pelancungan yang terkenal itu telah tercemar. "Penduduk yang tinggal di sepanjang pantai juga terlibat kerana hakisan telah mula nampak di kawasan-kawasan di mana rumah-rumah mereka dibina berhampiran dengan laut," katanya. Sementara itu, Kong mengaku bahawa kerja-kerja penambakan tanah laut dan keperluan kepada laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang ditetapkan oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar telah membantutkan kerja. "Ini berpunca dari kerja-kerja mengorek dan kaedah pelaksanaan. Kami sedang mencari jalan penyelesaian yang segera terhadap masalah ini dan perkara ini telah dibawa kepada pengetahuan ke peringkat tertinggi kerajaan," katanya. "Para kontraktor projek ini telah membincangkan masalah dengan para pegawai dan Kementerian Kewangan," tambah beliau. Apa yang Wong ingin tahu, sama ada kerajaan mencuba untuk mengenepikan keperluan laporan EIA dan terus melaksanakan projek itu. "Sudah terdapat hakisan tanah di Kampung Contoh (berjiran dengan lapangan terbang). Para penduduk berkata, rumah-rumah telah runtuh dan ombak yang menghempas pantai kini adalah lebih kuat dari masa dahulu. "Perunding dan kontraktor sepatutnya dipersalahkan kerana tidak menjangka dan meramalkan masalah ini akan timbul," katanya. | |||
| Mahasiswa berpolitik: Saifuddin sedia temui sesiapa termasuk Pemuda PAS Posted: 11 Aug 2010 08:59 PM PDT ![]() Saifuddin berkata beliau menerima permintaan daripada beberapa pihak untuk membincangkan isu penglibatan mahasiswa dalam politik. — Foto Bernama "Saya akan menemui mereka atas kapasiti sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno," kata beliau lagi. Ahli Parlimen Temerloh ini juga berkata, beliau juga ada menerima permintaan daripada beberapa pihak lain berhubung isu semasa ini. Bagaimanapun Saifuddin enggan berkongsi identiti pihak-pihak terbabit yang turut mempelawa beliau. Ketika ditanya sama ada akan menemui mereka serentak dalam satu pertemuan, Saifuddin menjelaskan, ia bergantung kepada mereka. "Kalau hendak diadakan sekali pun pun OK, tiada masalah," katanya lagi sambil menekankan, sekarang adalah masa yang sesuai untuk kerajaan melihat kemungkinan membebarkan mahasiswa menyertai politik. Berita The Malaysian Insider awal pagi ini menyebut, Dewan Pemuda PAS Pusat mempelawa Saifuddin untuk mengadakan perbincangan bersama bagi mengkaji penglibatan mahasiswa dalam politik negara. Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Al-Tantawi berkata, pihaknya membuat pelawaan itu ekoran rentetan daripada sikap keterbukaan ditonjolkan oleh Saifuddin bagi memberi lebih ruang demokrasi kepada golongan mahasiswa di Malaysia. "Dewan Pemuda PAS melihat isu kebenaran mahasiswa untuk berpolitik adalah satu polisi yang matang dan ia menyuburkan lagi semangat demokrasi di Malaysia," kata beliau. Nasrudin menambah, perbincangan bersama dengan golongan pemuda terutamanya daripada Pakatan Rakyat juga perlu disebabkan perkara tersebut mempunyai kaitan dengan ruang lingkup sistem parti politik yang dihadapi pada hari ini. Dalam reaksi pagi ini, Saifuddin juga mengesahkan beliau akan membawa idea berkenaan ke perhatian Majlis Tertinggi Umno hujung bulan ini. "Ya, saya akan mengetengahkan pandangan membenarkan mahasiswa menyertai politik," katanya. Majlis Tertinggi Umno dijadual mengadakan mesyuarat bulanannya 27 Ogos ini. Dalam mesej menerusi Twitter lewat malam tadi, Saifuddin berkata, beliau "menantikan mesyuarat MT 27 Ogos (ini) untuk membawa isu-isu politik dan pelajar." Reaksi itu dikeluarkan selepas laporan awal menyebut Kabinet telah menolak idea membenarkan mahasiswa menyertai politik secara aktif. Laporan awal Bernama petang semalam menyebut Kabinet bersetuju melarang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat dalam parti politik. Laporan itu yang memetik Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin ditarik balik beberapa jam kemudian. Ekoran laporan awal media termasuk berita SMS keluaran beberapa akhbar, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin secara terbuka menyifatkan keputusan Kabinet untuk tidak membenarkan pelajar universiti menyertai parti politik sebagai satu pemikiran ketinggalan zaman. Pendirian yang sama dilahirkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam kenyataan awal 27 Julai lalu, Saifuddin berkata beliau akan membawa cadangan itu mesyuarat MT Umno akan datang. Saifuddin berkata sudah tiba masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terlibat dalam politik. Walaupun akta itu dipinda pada tahun 2008 di mana penuntut IPTA dibenar menyertai pertubuhan politik setelah mendapat kebenaran Naib Canselor, beliau berkata akta itu perlu dikaji semula. | |||
| MP DAP Tony Pua terima peluru M-16, nota ugutan..kat Malaysia nie M-16 sape guna ah..!!! Posted: 11 Aug 2010 08:58 PM PDT ![]() Peluru yang dihantar ke pusat khidmat Pua digambarkan dengan sekeping duit syilling. — Gambar ehsan Lim Lip Eng "Tony Pua Kiam Wee. Anda sangat berani sekarang? Lebih baik anda berhati-hati," kata nota itu. "Kami tahu tentang keluarga anda, rumah anda, pejabat anda, kereta anda," tambah nota itu. Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat di balai polis Damansara semalam oleh salah seorang pembantu Pua. "Kenyataan kedua-dua kami telah diambil (oleh polis)," kata Pua lagi, | |||
| MP PJ Utara terima ancaman, sebutir peluru...budaya politik baru di zaman Bik Mama...!!! Posted: 11 Aug 2010 08:56 PM PDT Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menerima surat ugutan untuk mengancamnya petang semalam. Turut dimuatkan dalam sampul surat berkenaan adalah sebutir peluru yang masih belum digunakan.
Surat berkenaan berbunyi: "Lu banyak berani? "Sekarang lu mau apa? "Jalan sekarang mau tengok depan, belakang, kiri, kanan bawah dan atas. "Apa pasal? "Lu punya keluarga, rumah, pejabat, kereta - WHT ....004, wa sudah mau. "Sendiri mau ingat. Lu fikirlah sendiri," Pembantunya itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira dua jam selepas itu. Beliau yang tidak mahu dikenali itu diiringi oleh Pua dan peguam DAP, Lim Lip Eng yang juga ahli parlimen Segambut. Dalam aduan berkenaan, pembantunya itu berkata, peluru logam dan "surat berbau ugutan" itu didakwa ditujukan kepada Tony dan keluarganya. Cap pada kiriman yang dialamatkan ke pejabatnya di Damansara Utama itu menunjukkan ia telah dihantar daripada Tangkak, Johor, kata Pua. Polis telah mengesahkan peluru itu adalah buatan tempatan dan ia untuk kegunaan senapang M16. Bercakap da
Pua yang menyifatkan insiden itu sebagai "tindakan pengecut" juga berkata, perbuatan itu mungkin berpunca daripada pandangan yang diutarakannya dalam satu majlis dialog pada 26 Julai lalu. Jelasnya, dalam dialog Bajet 2011 kerajaan Selangor itu, beliau telah mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan diskaun Bumiputera untuk memberi hartanah mewah. "Isu ini kemudiannya dimainkan oleh Utusan Malaysia dan Umno," katanya lagi dalam sidang media yang turut dihadiri Dr Dzulkefly Ahmad dan Nurul Izzah Anwar. "Apa-apa yang saya cadangkan itu sepatutnya boleh didebatkan dalam suasana terbuka. "Tidak ada cara yang boleh menjustifikasi tindakan seperti ini," katanya lagi. Sebelum ini, Pemuda Umno Selangor pada 4 Ogos lalu, juga membuat laporan polis terhadap ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu kerana menganggap cadangan berkenaan berbahaya dan berbaur hasutan serta mencabuli perlembagaan persekutuan serta kontrak sosial. Pada Mei 2008, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor juga menerima surat ancaman bunuh dan sebutir peluru. | |||
| Posted: 11 Aug 2010 06:51 PM PDT Aku baru nak warm-up tentang pemilihan PKR, member aku dari Malaysiakini, Jimadie dah potong trip. Dia pi tanya Khalid dengan Zaid pasai pemilihan PKR.(sini dan sini)Tapi ada satu perkara yang menarik. Pada 6 Ogos lalu, Malaysiakini kata "No one, except for Mustapha Kamil Ayub of Perak, albeit privately, has so far expressed their candidacy for the deputy presidency of PKR. It's election time later this year. " Kemudian aku tulis kat Ureka.asia, "Aku rasa….apabila tiba hari pertandingan, hanya dua calon saja akan bertanding. Kalau tengok kat sini, antara Zaid dengan Azmin. Mustaffa akan menarik diri bila Azmin masuk…dan deal dengan Azmin supaya meyokongnya untuk jawatan Naib Presiden." kata Pak Akop. Tapi hari ni nama Mus dah tak ada dalam senarai ramalan Malaysiakini. "With Zaid seemingly out of the picture, the three most likely to be vying for the No 2 post will be PKR vice-president Azmin Ali, Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim and incumbent deputy president Syed Husin Ali. Mus dah cabut ka? Kalau betul, naik la saham Pak Akop. Tapi bila Malaysiakini kata Zaid tak nak bertanding, yang tu aku garu kepala. Aku nak bertaruh dengan Christine Chan teh tarik dan nasi kandaq. Aku tetap kata Zaid akan lawan Azmin. Khalid cuma acah saja. Khalid tak akan mampu menewaskan Azmin. Sebab Khalid no 4, Azmin no 9. Yang boleh lawan Azmin, Zaid saja. Kalah menang belum tentu, tapi paling kurang ada fight. Kalau Azmin lawan Khalid, round pertama Khalid akan tumbang. Aku bukan nak sokong sesiapa atau nak tentang sesiapa. Sapa nak bertanding pun, mampuih pi la.Aku cuma buat analisa berdasarkan signs and mattermatics dan teori Pak Akop. Setakat ni, Khalid dan Azmin sudah memulakan permainan. Khalid kata Azmin perlu belajar lagi. Dari segi pengurusan, aku setuju dengan Khalid. Azmin kena belajar banyak lagi. Masa pilihanraya Hulu Selangor, semua bendera dan poster dibawah jagaan Azmin. Semua bendera sudah ada di Tropicana, tapi sampai hari penamaan calon, Azmin masih belum mahu mengeluarkan bendera tersebut. Semasa kempen, Azmin cabut. Hanya muncul bila dah nak habis tempoh kempen. Khalid jadi Pengarah Pilihanraya, dan bila bendera dan poster tak ada, orang marah Khalid. Sedangkan yang bertanggungjawab diatas kelewatan itu ialah Azmin. Azmin tak gentleman. Sepatutnya dalam keadaan begitu, Azmin patut bantu parti untuk menang, tapi dia tak mau Zaid menang kerana Zaid bakal menggugat prospek dia dalam parti. Azmin juga tak mau Khalid jadi popular, sebab itu juga akan menggugat dia. Tapi nak sabotaj semasa PRK, memang tak patut. Malah semasa Zaid sibuk berkempen, ada sekumpulan pemimpin PKR Selangor bermesyuarat, "patut atau tidak Zaid menang." Itu pasai bila kalah, aku tak salahkan BN kerana menipu, tapi aku salahkan parti dan jentera. Khalid kata Azmin patut belajar lagi. Tapi aku juga kata, Khalid juga perlu belajar banyak lagi. Kalau nak diukur dari segi performance kerja, aku akan undi Khalid. Tapi Khalid tak popular dan dalam pemilihan nanti, populariti akan menjadi tonggak kemenangan. Ramai orang kutuk Khalid, sehinggakan dalam Kongres pun teruk Khalid kena kutuk. Ramai yang mahu Khalid digugurkan dan digantikan dengan Azmin sebagai Menteri Besar. Tapi pasai apa Anwar tak mahu ganti Khalid? Anwar tak mahu peristiwa di Perak berlaku di Selangor. Anwar membuat kesilapan di Perak dan dia tak mau mengulang perkara yang sama di Selangor. Kalau dia ikut cakap Azmin, dia bodoh. Tapi bila dia ikut cakap Matsamankati, dia pandai. kah..kah.kah. Bila Pakatan Rakyat memerintah Perak, Haji Ismail menjadi Pengerusi PKR masa tu. Jamal dan Osman tak suka kat Hj. Mail sebab Hj. Mail ni bengkeng sikit. Walaupun begitu, Anwar lebih suka dengar cakap Hj. Mail dari mendengar cakap Jamal. Jamal cuba cari kabel yang kuat sikit, dan dia jumpa Azmin. Azmin bekerja dibelakang tabir, dan mempengaruhi Anwar supaya Hj. Mail digantikan oleh Hj. Osman. Hj. Osman memang geng Azmin dan Jamal. Dan Anwar mendengar cakap Azmin. Tak sampai tiga bulan Hj. Osman jadi Pengerusi PKR Perak, Perak lingkup apabila Jamal dan Osman melompat. Itu kali kedua Anwar terkena dengan Azmin. Kali pertama semasa dalam Umno. Azmin jadi pemegang diari merah, tapi dia tidak mampu mempertahankan Anwar dari serangan Mahathir. Mungkin ada orang akan kata, Azmin merupakan anak kesayangan Anwar. Tapi bagi aku, Anwar dah tak percaya kat sapa-sapa pun. Semua yang mengkhianati Anwar adalah orang-orang kesayangannya. Ezam, Ruslan Kassim, Zahrain, Zul Nordin, Salehuddin Hashim…siapa lagi yang dipercayaai Anwar? Mungkin Saifuddin Nasution. Ramai orang tidak tahu…ataupun tak mahu percaya bila aku tulis tentang Hasan Ali di Selangor. Pemimpin PKR selangor tau apa yang berlaku sebaik saja selepas PRU 2008, apabila Hasan Ali berlari keistana Selangor dengan Khir Toyo untuk menubuhkan kerajaan. Pada masa itu, Anwar sedang memikirkan siapa yang patut menjadi Menteri Besar Selangor. Kalau bagi kat Azmin, Pakatan Rakyat Selangor lingkup sebab Hasan Ali memang tak ngam dengan Azmin. Itu sebab Anwar lantik Khalid Ibrahim. Dan selepas lebih dua tahun, Pakatan Rakyat Selangor masih kukuh kerana Khalid berjaya menjinakkan Hasan Ali. Itu sebab Anwar masih memerlukan Khalid. Dan itu juga sebabnya mengapa Khalid berkata, "Azmin perlu belajar banyak lagi". Azmin juga perlu bertanggungjawab diatas kejatuhan Perak kerana mendengar cakap Jamal dan menaikkan Hj. Osman yang tidak mampu mengurus PKR Perak dengan baik. Azmin perlu belajar lagi, bukan hanya mahu memperkukuhkan kedudukan politiknya sahaja. Aku pasti, mesti ada orang akan tanya aku, " kalau Azmin teruk macam tu, pasai apa hang kata Azmin masih boleh menang kalau berlawan dengan Khalid?" Yang ni Khalid kena belajar dari Azmin. Azmin paling lama dalam PKR. Dia tahu kekuatan dan kelemahan PKR. Kebanyakan ahli-ahli dan pemimpin Cabang PKR di luarbandar. Ramai dari mereka buta internet dan hanya berinteraksi dengan pemimpin melalui ceramah. Dan Azmin mengeksploit peluang ini. Kalau tanya kepada pemimpin PKR luarbandar siapa pemimpin PKR pilihan mereka, sudah tentu Azmin. Tetapi dibandar, terutamanya di Selangor, ramai yang suka Khalid. Dan yang menarik, mereka yang suka Khalid adalah ahli-ahli bawahan, manakala pemimpin peringkat cabang tak suka kat Khalid sebab tak dapat projek. So, siapa pilihan anda? Jangan buat keputusan lagi. Tunggu siri 2 dan 3 dalam Malaysiakini. Dan lepas itu, kita tunggu jawapan dari Azmin pulak. Macam ni la baru best. Oleh MSK. | |||
| Bukan mati dalam iman kalau bunuh diri....... Posted: 11 Aug 2010 06:46 PM PDT (sebagai peringatan dan iktibar) Hadits-Hadits tentang larangan bunuh diri Hadits 86. (Shahih Muslim) Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw., bersabda : "Siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusukannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka, untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti (berulang-ulang) ke neraka, untuk selama-lamanya." Hadits 87. (Shahih Muslim) Dari Tsabit bin Dhahhak ra, dari Nabi saw., sabdanya : "Tidak wajib bagi seseorang melaksanakan nazar apabila dia tidak sanggup melaksanakannya." "Mengutuk orang Mu'min sama halnya dengan membunuhnya." "Mengadakan tuduhan bohong atau sumpah palsu untuk menambah kekayaannya dengan menguasai harta orang lain, maka Allah tidak akan menambah baginya, bahkan akan mengurangi hartanya." Hadits 88. (Shahih Muslim) Dari Tsabit bin Dhahhak ra, katanya Nabi saw., sabdanya : "Siapa yang bersumpah menurut cara suatu agama selain Islam, baik sumpahnya itu dusta maupun sengaja, maka orang itu akan mengalami sumpahnya sendiri. "Siapa yang bunuh diri dengan suatu cara, Allah akan menyiksanya di neraka jahanam dengan cara itu pula." Hadits 89. (Shahih Muslim) Dari Abu Hurairah ra, katanya : "Kami ikut perang bersama-sama Rasulullah saw., dalam perang Hunain. Rasulullah saw., berkata kepada seorang laki-laki yang mengaku Islam, "Orang ini penghuni neraka." Ketika kami berperang, orang itu pun ikut berperang dengan gagah berani, sehingga dia terluka. Maka dilaporkan orang hal itu kepada Rasulullah saw., katanya "Orang yang tadi anda katakan penghuni neraka, ternyata dia berperang dengan gagah berani dan sekarang dia tewas." Jawab Nabi saw., "Dia ke neraka." Hampir saja sebahagian kaum muslimin menjadi ragu-ragu. Ketika mereka sedang dalam keadaan demikian, tiba-tiba diterima berita bahwa dia belum mati, tetapi luka parah. Apabila malam telah tiba, orang itu tidak sabar menahan sakit karena lukanya itu. Lalu dia bunuh diri. Peristiwa itu dilaporkan orang pula kepada Nabi saw. Nabi saw., bersabda, : "Kemudian beliau memerintahkan Bilal supaya menyiarkan kepada orang banyak, bahwa tidak akan dapat masuk surga melainkan orang muslim (orang yang tunduk patuh). Hadits 90. (Shahih Muslim) Dari Syaiban ra., katanya dia mendengar Hasan ra, bercerita : "Masa dulu, ada seorang laki-laki keluar bisul. Ketika ia tidak dapat lagi menahan sakit, ditusuknya bisulnya itu dengan anak panah, menyebabkan darah banyak keluar sehingga ia meninggal. Lalu Tuhanmu berfirman : Aku haramkan baginya surga." (Karena dia sengaja bunuh diri.) Kemudian Hasan menunjuk ke masjid sambil berkata, "Demi Allah! Jundab menyampaikan hadits itu kepadaku dari Rasulullah saw., di dalam masjid ini." Audi Yudhasmara | |||
| Raja Sumpah...la ni dah jadi sesumpah@sampah..!! Posted: 11 Aug 2010 06:41 PM PDT Sungguh besar risiko dan ancaman bagi orang yang berdusta dan berbohong dalam sumpahnya, sebab itu Islam mengingatkan umatnya agar hati-hati dalam bersumpah dan jangan biasakan diri bersumpah. Jangan bersumpah tentang ini dan itu tanpa keperluan. Kebiasaan bersumpah akan menyebabkan orang merasa tidak bersalah ketika berdusta dalam sumpahnya sehingga akhirnya terjebak dalam ancaman hadis di atas. Bahkan Allah SWT berfirman: "Dan janganlah kamu mengikuti orang yang selalu bersumpah, lagi hina." (QS. Al-Qalam:10) Rahsia kerajaan yang kuat atau masyarakat yang maju adalah terletak pada tertegaknya hukum yang adil. Sudah menjadi bukti sejarah, bahawa kehancuran umat-umat terdahulu, adalah kerana tidak berlaku tertegaknya hukum yang adil.Jika pemimpin buat salah, orang "kuat" atau berduit, walaupun kejahatan yang besar, bahkan merugikan masyarakat terbanyak, hukum tidak ditegakkan. Namun jika yang buat salah itu rakyat marhaen, walaupun kecil kesalahannya, segera hukuman ditegakkan dengan seberat-beratnya. Rasulullah Saw. bersabda: "Wahai manusia!, ketahuilah bahwa kehancuran umat terdahulu adalah karena mereka tidak menegakkan hukum dengan adil. Jika yang mencuri –berperkara- dari golongan terpandang, mereka biarkan. Namun jika yang mencuri itu orang yang tidak punya, mereka secara tegas menegakkan hukum. Demi Allah, jika Fatimah putri Muhammad –anak beliau sendiri- mencuri, pasti saya potong tangannya." (HR. Bukhari) "Demi Allah" sebagai sebuah ucapan yang mengawali sumpah sering kita dengar untuk membuktikan bahwa sesuatu itu benar atau tidak benar.Sesungguhnya, Allah Ta'ala melarang sumpah dijadikan sebagai alat menipu, "Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu diantaramu yang menyebabkan tergelincir kaki(mu) sesudah kokoh tegaknya dan kamu rasakan kemelaratan (didunia) karena kamu menghalangi (manusia) dari jalan Allah dan bagimu azab yang besar." (QS. An-Nahl :94). Dari Abu bakar r.a, Rasulullah Saw bersabda: "Maukah kalian semua jika kuberitau tentang dosa paling besar diantar dosa-dosa paling besar ?" kami menjawab " sudah tentu wahai Rasulullah." lalu, sambil berbaring beliau Saw bersabda: "Pertama, syirik kepada Allah, lalu durhaka kepada orang tua…" lalu tiba-tiba Rasulullah duduk tegak dan bersabda: "yang ketiga sumpah palsu dan saksi palsu. "Rasulullah terus mengulang-ulang yang ketiga ini sampai para sahabat gemetar dan berkata: "seandainya Rasulullah diam" karena takutnya para sahabat mendengarkan kata sumpah dan saksi palsu yang diulang terus menerus oleh Rasulullah." (Hr. Bukhari Muslim). Betapa beratnya dosa dengan sumpah palsu apalagi untuk mengaibkan orang lain demi untuk kepentingan peribadi. Jauhilah sumpah palsu dan raja sesumpah. Amizudin Ahmat (Din Binjai) | |||
| TPM, Menteri, Polis Dan JPJ Perlu Didakwa Menghina Mahkamah Posted: 11 Aug 2010 06:39 PM PDT Kabinet hari ini memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari ini hingga 28 Feb tahun depan.Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (kanan) berkata keputusan itu diambil setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri. Tempoh itu diambil kira berikutan musim perayaan bermula dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya. "Namun tidak ada diskaun akan diberi kepada notis-notis sedia ada yang masih belum diselesaikan dan notis itu juga tidak akan dihapus kira," katanya. "Pada masa yang sama kepada mereka yang disenarai hitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya." Katanya selepas 28 Feb 2011, tindakan senarai hitam itu akan dilaksanakan semula. "Saya nasihatkan bahawa mereka yang mempunyai notis-notis itu perlu menjelaskan sekaligus atau secara ansuran." "Untuk mereka yang membayar dan menyelesaikan notis-notis itu dalam tempoh masa kelonggaran ini, mereka tidak akan dikenakan markah demerit. "Sistem yang lebih terperinci supaya mereka yang mempunyai notis yang belum selesai, berapa lama mereka boleh memperbaharui lesen memandu dan untuk memperbaharui cukai jalan akan ditentukan dalam satu dua hari ini," katanya. - Bernama
Ulasan GB Setelah tersedar bahawa mereka salah, maka kabinet memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya. Alasannya: setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri! Tergelak pun ada sedangkan sebenarnya mereka kecut apabila menyedari sokongan mereka terhadap tindakan saman ekor itu "menghina mahkamah" yang telah pun memutuskan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan adalah salah dan bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan. TPM, Menteri, Polis dan JPJ menyangka mereka kebal undang-undang, tapi sebenarnya mereka bebal undang-undang! Keempat-empat pihak tersebut perlu diheret ke mahkamah untuk didakwa sebagai menghina keputusan mahkamah sekalipun kabinet telah memutuskan menarik balik tindakan menyenarai-hitamkan pesalah trafik kerana keempat-empat pihak tersebut BELUM memohon maaf di atas kenyataan-enyataan mereka. | |||
| DAP: Stop the dam constructions Posted: 11 Aug 2010 06:30 PM PDT By Joseph Tawie KUCHING: Sarawak DAP wants an immediate halt to the construction of 11 dams in the state as only companies belonging to Chief Minster Abdul Taib Mahmud's family members stand to benefit. "Both Cahaya Mata Sarawak (CMS) and Naim Cendera are owned by family members of the chief minister. "CMS is the sole supplier of cement in Sarawak, while Naim Cendera is a construction company; only these two will benefit," said Chong Chieng Jen, state DAP secretary. "The people of Sarawak and the taxpayers will not only lose but will also be held to ransom," he added. Besides the Bakun and Murum dams now under construction, the government intends to build 11 more dams including the Baram and Bengoh dams. "These dams are impractical and economically not viable. Trees will be destroyed, the eco-systems affected and the natives displaced," said Chong, the Bandar Kuching MP. "The future of our children will be bleak as the state coffers will be depleted to build these dams." Excess supply He said that there is no point in building more dams as the current power needs of the state are only 900MW, which was more than sufficient. "With power supply from the Bakun and Murum dams, the power capacity in the state will be increased to 2,400MW. "This exceeds our needs. Since we do not need so much power, all these electricity will go to waste. "Nor can we export power to the Peninsula as the construction of undersea cables is too expensive," he said, adding that the Peninsula has an excess of 40% power and does not require electricity from Sarawak. Chong also urged the state government to reduce the industrial and commercial tariff of electricity in the state, as electricity generated by the Bakun dam is much cheaper, he said. | |||
| DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : DUDUK BERSAMA ORANG-ORANG MUNAFIK ATAU FASIK UNTUK BERAMAH TAMAH Posted: 11 Aug 2010 06:29 PM PDT 2 Ramadhan 1431H.Oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid 5. DUDUK BERSAMA ORANG-ORANG MUNAFIK ATAU FASIK UNTUK BERAMAH TAMAH Banyak orang lemah iman sengaja bergaul dengan sebagian orang fasik dan ahli maksiat, bahkan mungkin bergaul pula dengan sebagian orang yang menghina syariat Islam, melecehkan Islam dan para penganutnya. Tidak diragukan lagi, perbuatan semacam itu adalah haram dan membuat cacat aqidah. Allah berfirman, "Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika setan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zhalim itu sesudah teringat (akan larangan itu)." (Al-An'am: 68) Karenanya, jika keadaan mereka sebagaimana yang disebutkan oleh ayat di muka, betapapun hubungan kekerabatan, keramahan dan manisnya mulut mereka, kita dilarang duduk bersama mereka. Kecuali bagi orang yang ingin berda'wah kepada mereka, membantah kebatilan atau mengingkari mereka, maka hal itu dibolehkan. Adapun bila hanya diam, atau malah rela dengan keadaan mereka, maka hukumnya haram. Allah berfirman, "Jika sekirannya kamu ridha kepada mereka maka sesungguhnya Allah tidak ridha kepada orang-orang yang fasik itu." (At-Taubah: 96) | |||
| Kenyataan Tan Sri Muhyiddin biadab, berniat jahat. Posted: 11 Aug 2010 06:24 PM PDT Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) membidas keras kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaitkan penyebaran kain-kain rentang yang memaparkan gambar DYMM Sultan Johor sehingga menimbulkan kemurkaan Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Ibrahim. Kenyataan Tan Sri Muhyiddin sebagaimana yang dilaporkan melalui segmen berita di Saluran Astro Awani nyata sekali merupakan satu kenyataan yang biadap dan mempunyai niat yang jahat. Ini kerana kenyataan tersebut dibuat dalam keadaan penafian terbuka telahpun dibuat oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng sendiri. Malah AMK Negeri Johor melalui Ketua, Zabidie Abas telahpun membuat laporan polis berhubung penyiaran kain rentang yang bermotif jahat ini pada 8 Ogos 2010.Zabidie dijangka memberi keterangan di IPD Kluang pada petang ini susulan laporan polis yang dibuat beliau terdahulu. Tindakan provokatif seumpama ini bukan sesuatu yang luar biasa di dalam politik Umno. Saban waktu khususnya sewaktu Pilihanraya Kecil, puluhan malah ratusan kain-kain rentang yang bersifat provokatif dan berunsurkan perkauman dipasang di merata-rata kawasan sehingga mencetuskan ketidakselesaan masyarakat setempat. Ini termasuklah dengan apa yang berlaku di Hulu Selangor baru-baru ini,di mana gambar calon Keadilan yang di'super impose' oleh pihak tidak bertanggungjawab. AMK menuntut agar Tan Sri Muhyiddin menarik semula tuduhan melulu beliau dan AMK menggesa agar Umno memohon maaf secara terbuka kepada DYMM Sultan Johor di atas penghinaan yang telah dilakukan. Rakyat Johor semakin terbuka dan menerima Keadilan dan Pakatan Rakyat, justeru provokasi sebegini bukanlah sesuatu yang mustahil dilakukan Umno yang sememangnya kini terdesak bergelut dengan krisis kepercayaan rakyat yang semakin merudum dengan parah. (Shamsul Iskandar Mohd Akin ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan) | |||
| 1Malaysia +1PM or 1Funny Malaysia +1 Funny PM Posted: 11 Aug 2010 06:23 PM PDT For goodness sake, Mr. Prime Minister Najib, you are getting funnier by the day. I thought only clowns are funny, they like to talk nonsense make people laugh and that's about it, no further action required of them. Are you, Mr. PM, going the way of the clown? You have control over all the print media and they are churning out a lot of glorifying news about your capabilities, 1Malaysia Concept, New Economic Model (NEM), National Key Result Areas (NKRA), Key Performance Indicators (KPI), efficiency, excellence, meritocracy, bla bla bla, almost everyday and you still find it not sufficient? Do you really need to publish an expensive book to explain further because the public are still laughing from reading what they read in the media? What the public requires is your political will to implement the real spirit of 1Malaysia, the sense of belonging, of offering equality, fairness, socio-economic justice, mutual respect to all Malaysians regardless of race or creed. And stop playing the race supremacy game, please. We do not need any further talk or publication of books from you - just put into action what you have already preached thus far. Is it that hard to do? So stop acting like a clown and instead perform like a real Prime Minister, for which you are paid a hefty salary by the people. One of the reasons for the publication of your book is "to refute the various slander made by certain groups against the government and national leaders". If there is any slander, why not sue those who slander you or is what they say the plain truth but you term it slander and this is why you cannot take them to court? Before you blame others for your own failure, please look at your own backyard. You do not even have full support from your own deputy, party leaders and members, and you even allow Malay NGOs to force you to retreat from implementing what you preach. As a concerned citizen who loves this country, I wanted to see a sincere Prime Minister who dares to talk and walk at the same time without any hesitation. A Prime Minister with only one face that will not tolerate any kind of racist remarks or racism. A Prime Minister who truly wants to fight corruption and will not interfere with the work of the MACC, allow them to report to Parliament and give them the power to prosecute. A Prime Minister that allows freedom of speech by removing the Printing Presses and Publications Act 1984 and allow peaceful rallies. A Prime Minister who will not hesitate to take action against his own ministers who abuse their power, especially the home ministry, police and the judiciary. A Prime Minister who will not allow detention without trial and immediately ABOLISH the Internal Security Act (ISA). A Prime Minister who will carefully select his Cabinet, fill it with people of integrity, honesty, capability and knowledge befitting his position. A Prime Minister who will practice true democracy. Can you act upon all the above, Mr. Prime Minister? | |||
| Signature, handwriting on 'note' not Beng Hock's, says his family...ha.ha..AG..!!! Posted: 11 Aug 2010 06:22 PM PDT In a dramatic turn of events, the family of Teoh Beng Hock has disputed the handwriting on the note that Attorney-General Gani Patail claims was a "suicide" note, saying it was obvious the signature and the writing was not Beng Hock's. "The family pointed out to me multiple discrepancies in the handwriting in the note, which mainly includes Chinese characters and some words in English, which are in stark contrast to the handwriting of Teoh Beng Hock, both in Chinese and English, in documents written by him before his untimely and tragic death," their lawyer Karpal Singh said in a statement. "Even his purported signature is far from his signature on documents he executed before his death." Karpal had shown a copy of the note to the family on Tuesday to get their approval for appointing a handwriting expert to give evidence at the inquest. "The fact that the Attorney-General himself had doubts about the note initially brings into sharp focus the necessity of ensuring the note is authentic," Karpal said. Grave national suspicion Indeed, Gani had created a furore on Monday when he suddenly tried to introduce the note as evidence in the inquest. A press statement relating how his chambers came across the note and why they withheld it despite having allegedly discovered it in Beng Hock's sling bag last October created even more public confusion and anger. "I cannot understand why a suicide note was found in TBH's bag, purportedly apologizing to his boss for disclosing important information," Gerakan leader Hsu Dar Ren wrote in his blog. "I thought all belongings of his were kept by the department the moment he was called in. His hand-phone was with the department and was not returned to him, so did the department keep his bag too? In that case, how could he write something and put it inside the bag if the bag was already in the custody of the department?" Victim of an Umno plot
Yet, the interrogation was intensive, extending into the wee hours of the next morning. Another witness who was there at the same time as Beng Hock has complained he was tortured during interrogation. It is widely believed that Beng Hock also suffered the same sort of dubious interrogation techniques. His body was found outside the MACC building around 2pm on July 16, which was also the very day he was due to register his marriage with his fiancĂ©. They were expecting their first child. "This is a life of somebody, somebody's life - a young man, smart, due to get married very soon, hauled up by MACC and decided, 'no I'm going to kill myself' - there must be a reason," said Opposition Leader Anwar Ibrahim. Covering up the Umno-MACC conspiracy The MACC has been accused of conspiring with top Selangor Umno leaders including former mentri besar Khir Toyo in a bid to regain control of the state government. It has denied torturing Beng Hock and claims he committed suicide - right from day one even before the note was discovered. Government pathologists say Beng Hock died as a result of injuries from a fall from a great height – believed to be from the 14th floor office of the MACC building. However, renowned Thai forensic expert Dr Pornthip Rojanasunand has said there was 80 percent chance of homicide. She is due to testify at the inquest on August 18. Speculation is also rife that Prime Minister Najib Razak may have bowed to the hawks within his Umno party to cover up for the MACC due to the manner in which news of the existence of the 'note' was first leaked through Umno blogs, Senator Ezam Mohd Noor in Parliament and how the government-controlled press has repeatedly front-paged reports of Beng Hock's "suicide". Hence, the sudden introduction of the dubious "suicide" note especially given that Pornthip's testimony is likely to further dent the MACC's case. They are pleading to be absolved from blame while the Teoh family is seeking a 'homicide' verdict from the coroner's court. "We have gone through the inquest for a year and they want to raise this now, one week before Dr Pornthip takes the stand," said Gobind Singh Deo, another lawyer for the Teoh family. | |||
| Ayam Ramadan semakin mahal..tak pe Sokong BN..Barang Naik...!!! apa de hal... Posted: 11 Aug 2010 06:10 PM PDT ![]() RAMAI peniaga menganggap kenaikan harga ayam adalah perkara biasa pada awal Ramadan tetapi kesannya terpaksa ditanggung oleh orang ramai. KUALA LUMPUR - Kenaikan harga ayam pada minggu pertama bulan Ramadan berlaku lagi dengan para pembeli di beberapa negeri terpaksa membayar sehingga RM7.50 atau 70 sen melebihi harga biasa bagi setiap kilogram sejak kelmarin. Senario itu dikatakan gambaran awal bahawa harga ayam boleh mencecah RM10 sekilogram menjelang Syawal selepas harganya kini ditentukan oleh pasaran dan bukan lagi sebagai barangan kawalan sejak 15 Julai lalu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, keputusan itu diambil memandangkan bekalan ayam semakin stabil. Bagaimanapun, kesannya kini ramai penjual mendakwa tersepit di antara harga pemborong yang lebih tinggi serta menjadi sasaran kemarahan pelanggan. Dalam tinjauan Kosmo! di Kuala Terengganu semalam, ayam dijual RM7.50 sekilogram berbanding RM6.90 iaitu kenaikan sebanyak 50 sen. Peniaga ayam di Pasar Bukit Besar yang dikenali sebagai Pok berkata, kenaikan itu terpaksa dibuat memandangkan mereka membeli pada harga semakin tinggi daripada pemborong. "Ada dua pemborong ayam yang aktif di Kuala Terengganu dan hampir kesemua peniaga mendapatkan bekalan daripada mereka," katanya. Di Pulau Pinang, tinjauan di Pasar Bayan Baru pula mendapati ayam dijual di antara RM6.90 hingga RM7.20 sekilogram berbanding RM6.50 sebelum ini. Keadaan sama juga berlaku di Pasar Awam Tun Sardon apabila pengguna terpaksa membayar lebih 70 sen kerana harga ayam dijual mencecah RM7.20 sekilogram berbanding RM6.50 sebelumnya. | |||
| Tumbangkan Dinasti Taib Mahmud. Posted: 11 Aug 2010 06:05 PM PDT Yang ini pulak sejak dulu, kini dan mungkin jika tiada perubahan dalam PRU Sarawak akan terus bermaharajalela membelasah segala hasil bumi negeri Sarawak untuk kepentingan diri dan ahli keluarganya sahaja. Orang Sarawak ramai yang maklum akan kebobrokan malaun bernama Taib Mahmud ni, tapi mereka sendiri yang merelakannya... nak buat macam mana lagikan. Setiap kali PRU asyik nak pangkah/undi semua parti komponen BeEnd di Sarawak nih, kena ugut sikit dah kecut... Sekali ini, cuba buat perubahan "one's and for all" tumbangkan semua Parti Komponen BeEnd di Sarawak dan merdekakan negeri Sarawak dari tangan2 perompak BeEnd ini. Dan lihatlah hasilnya nanti. Ayuh tumbangkan Dinasti Taib Mahmud dari mukabumi Sarawak.... Baca di sini. | |||
| Sejarah Perpaduan PAS + UMNO yg perlu anda tahu.... Posted: 11 Aug 2010 06:04 PM PDT Pendapat umum perpaduan PAS-UMNO PAS dari mula menganjurkan jalan berpegang kepada al-Quran dan Sunnah,sepatutnya tiada org melayu dan Islam menentangnya,tetapi UMNO yg terdiri dari Melayu dan Islam it kata PAS sesat.Sehingga anjuran supaya UMNO dan PAS bersatu sekarang,UMNO masih belum menarik tuduhan mengatakan PAS itu sesat. Selepas PAS menghadapi ancaman Pemuda UMNO tahan lasak menjelang pilihanraya umum 1969 Perikatan kalah di Pulau Pinang,tidak dapat menubuhkan kerajaan di Perak dan Selangor.Tun Razak menjemput Datuk Asri mewujudkan perpaduan,mengadaka kerajaan campuran Perikatan PAS tahun 1973 dan pembentukan BN setahun kemudian.Bila BN dan UMNO kukuh ,PAS disingkirkan dari BN dan Kelantan ditawanya. Apabila UMNO berpecah antara Team A dan Team B tahun 1983,UMNO mengirim polis merisik supaya baik PAS berpakat dengan Team A dari bekerjasama dengan Team B.Mengapa UMNO,Dr Mahathir cuba berbaik dengan PAS? Bagi mengelakan Kelantan dan Pusat jatuh ke tangan Angkatan Perpaduan Ummah. Apabila Anwar Ibrahim dipecat hujung 90an,timbul semula tohmah kononya PAS mahu bekerjasama dengan DAP yg menentang Melayu dan Islam tetapi tidak mahu berdamai dengan UMNO yg sesama Melayu dan Islam.Mengapa UMNO menimbukan isu itu?Bimbang kuasanya terlucut.Betul .Tahun 1999 BN kalah di Terengganu dan tahun 2008 BN kalah di Kelantan,Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor. Dengan pembentukan Pakatan Rakyat yg bertambah padu,dengan negara dramal bankrap sebelum 2020,duit negara pun bertambah tidak ada,minyak,gas dan gula naik,maka tiada jaminan UMNO menang senang,bahkan lebih senang dikalahkan.Maka ditakut-takutkan org Melayu dan Islam. Kata Tunku Abdul Rahman ketika dia menyokong Parti Semangat 46 bekerjasama dengan PAS dlm kempen pilihanraya kecil Pantai Merdeka yg ditandingi oleh Datuk Muslim dari PAS,adanya org Melayu dlm beberapa parti politik tidak boleh dikatakan org Melayu berpecah,kerana amalan demokrasi menggalakan kita berada dlm parti politik yg berbeza. Tunku menolak pendapat UMNO pimpinan Mahathir ,wujudnya PAS dan S46 adalah memecahkan org Melayu .Parti politik tidak memecahkan umat tetapi yg memecahkanya ialah diskriminasi,penindasan dan kezaliman. Sesudah lebih 50 tahun BN berkuasa,kerajaan pimpinan UMNO itu tidak dapat meletakan org Melayu di tempat yg sepatutnya,bahkan dasar diskriminasinya yg zalim itu menjadi semua rakyat tidak terbela.Tetapi kewujudan PAS bersama Anwar Ibrahim dlm Pakatan Rakyat ,mulai dilihat sebagai satu kuasa yg dpt menjadi alternatif bagi membela Melayu dan rakyat seluruhnya melalui dasar keadilan yg dipeloporinya. Tawaran bersatu dengan UMNO kepada PAS adalah helah menariknya dari Pakatan Rakyat .Ia helah bagi membinasakan Pakatan Rakyat. Dalam tawaranya itu UMNO tidak pula menyatakan kegagalan dan kezalimanya .Ia mahu PAS berkongsi dengan kezaliman dan penindasanya.Jika PAS setuju,PAS akan pikul biawak hidup dan segala kebusukan UMNO sambil mengekalkan kezalimanya dan kebusukan itu. | |||
| Race card won’t add Umno’s Malay votes, analysts say Posted: 11 Aug 2010 06:02 PM PDT ![]() Umno is attempting to make Lim the face of anti-Malay chauvinism. — file pic It continued the diatribe yesterday, calling on Malay rights groups in the state to hold weekly demonstrations at the state secretariat, emulating the practice of federal opposition leaders in Kuala Lumpur. UKM's Professor Agus Yusoff, however, warned that the party should focus on winning the support of the non-Malays that it lost in Election 2008. "Penang is a non-Malay-majority state. If Umno wants to hold weekly demonstrations, for example, it will backfire," Agus told The Malaysian Insider. He said most Malay voters are loyal supporters of either Umno or the Pakatan Rakyat (PR) parties. "The Malays have made up their mind who to vote for. They are very compartmentalised. There will be no significant swing to the other side. The real issue for BN is to win back the support of the non-Malays," said the political analyst. "But looking at the current development it is still very hard for BN to get back their support," he added. "They have to find ways to get their support, fanning racial sentiments would not help," he said. His colleague, Professor Samsul Adabi Mamat, however, said the campaign on Malay political survival was necessary to inform members of the community who are not aware of the adverse impact of losing political power. "The Malays' fear of losing political power started soon after Election 2008 and it continues until today, especially in states where DAP has strong influence over the government. But of course it is not felt by the Malays in PAS because they are comfortable with Pakatan Rakyat," said Samsul Adabi. "There is a strong basis for this concern as the Bumiputeras only form about 56 per cent of the population. A split in the community because of Umno-PAS would affect the Malays," said the political scientist. He said even if the issues raised do not help Umno secure more Malay votes, it would at least make PAS leaders realise their duties. "Raising this issue would at least enlighten the Malays who are in their comfort zone, when PAS leaders share the same concern they would act accordingly as an assemblyman or an MP," said Samsul Adabi. "The proposal for a unity government, for example, reflects such a concern," he said. "It may not necessarily translate into votes, but it should at least enlighten the community, that is more important," he added. Penang PAS, however, has refused to be dragged into the issue, arguing that it would not affect the party. "This has been Umno's strategy for the past two years, turning everything into a racial issue, but PAS will not play the racial game," said state PAS deputy chief Dr Mujahid Yusof. "The Komtar case, for example, it does not concern the majority of the Malays, it was only a technical issue turned racial by Umno," he said, referring to the allegation that the state was preventing Malay traders from setting up Ramadan stalls inside the building. It resulted in a demonstration by more than 100 traders led by Komtar Merchant Association (KMA) vice-chairman Mohamad Ghani Abdul Jiman at Komtar early this week. Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin also said the state government had victimised Malay traders. The Penang Development Corporation (PDC) had clarified that the Malay traders were not being discriminated and that the issue arose from the failure of KMA to pay rent it had collected from the traders. "They portray DAP as anti-Malay, try to divide PAS and break Pakatan Rakyat," said Mujahid. "They have been organising similar demonstrations before. If they really can make an impact we would not have been around anymore," he said. | |||
| Pemuda PAS ajak Saifuddin bincang idea politik IPTA Posted: 11 Aug 2010 05:58 PM PDT ![]() Nasrudin berkata isu kebenaran mahasiswa untuk berpolitik adalah satu polisi yang matang. — gambar fail Mengulas lanjut, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Al-Tantawi berkata, pihaknya membuat pelawaan itu ekoran rentetan daripada sikap keterbukaan ditonjolkan oleh Saifuddin bagi memberi lebih ruang demokrasi kepada golongan mahasiswa di Malaysia. "Dewan Pemuda PAS melihat isu kebenaran mahasiswa untuk berpolitik adalah satu polisi yang matang dan ia menyuburkan lagi semangat demokrasi di Malaysia," kata beliau. Nasrudin menambah, perbincangan bersama dengan golongan pemuda terutamanya daripada Pakatan Rakyat juga perlu disebabkan perkara tersebut mempunyai kaitan dengan ruang lingkup sistem parti politik yang dihadapi pada hari ini. "Justeru, Dewan Pemuda berpendapat perkara ini bukan semata-mata untuk kepentingan semua parti, bahkan ia adalah untuk membina idealisme mahasiswa di samping menekankan jatidiri dan komitmen mereka kepada masa depan negara," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan. Saifuddin dijangka akan terus membangkitkan idea tersebut pada mesyuarat Majlis Teringgi Umno 27 Ogos ini walaupun dilaporkan Kabinet telah menolaknya. Usaha beliau itu pertama kali dibangkitkan pada 27 Julai lalu. Loke menjelaskan DAPSY amat kesal dan mengutuk keputusan Kabinet yang terus melarang pelajar universiti daripada menyertai parti politik. "Ini merupakan satu keputusan yang amat retrogresif dan mendukacitakan aspirasi golongan muda khususnya pelajar-pelajar di Institusi Penggajian Tinggi Awam," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah. Menurut Loke, keputusan ini terus menafikan hak pelajar universiti tempatan dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak berpersatuan kepada setiap warganegara Malaysia. "Keputusan Kabinet (semalam) menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) langsung tidak mendengar pandangan rakyat khususnya golongan muda yang ingin melihat Akta Universiti dan Kolej Universiti dimansuhkan dan kebebasan akademik dikembalikan di kampus universiti tempatan," katanya. Kata beliau, keputusan itu juga membuktikan bahawa sayap Pemuda BN khasnya Pemuda Umno dan Pemuda MCA semakin hilang taringnya kerana suara mereka yang mendesak supaya pelajar universiti dibenarkan untuk menyertai parti politik langsung tidak diberi pertimbangan oleh kerajaan. "Malahan, suara Timbalan Menteri Penggajian Tinggi, Datuk Saifuddin yang jelas ingin membawa perubahan ini juga tidak diendahkan oleh Menterinya sendiri. "DAPSY akan terus mendesak supaya AUKU dimansuhkan dan kebebasan pelajar universiti dikembalikan. "DAPSY yakin bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan, agenda mendemokrasikan IPTA akan diberi perhatian yang serius dan kebebasan pelajar universiti termasuk menyertai parti politik akan dikembalikan," katanya lagi. | |||
| Saifuddin tetap bawa idea benar pelajar berpolitik ke MT Umno 27 Ogos Posted: 11 Aug 2010 05:57 PM PDT ![]() Khairy menyifatkan keputusan Kabinet semalam sebagai ketinggalan zaman. — gambar fail Dalam mesej menerusi Twitter lewat malam tadi, Saifuddin yang juga anggota MT berkata beliau "menantikan mesyuarat MT 27 Ogos untuk membawa isu-isu politik dan pelajar." Reaksi itu dikeluarkan selepas laporan awal menyebut Kabinet telah menolak idea membenarkan mahasiswa menyertai politik secara aktif. Laporan awal Bernama petang semalam menyebut Kabinet bersetuju melarang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat dalam parti politik. Laporan itu yang memetik Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin ditarik balik beberapa jam kemudian. Ekoran laporan awal media termasuk berita SMS keluaran beberapa akhbar, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin secara terbuka menyifatkan keputusan Kabinet untuk tidak membenarkan pelajar universiti menyertai parti politik sebagai satu pemikiran ketinggalan zaman. Pendirian yang sama dilahirkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam kenyataan awal 27 Julai lalu, Saifuddin berkata beliau akan membawa cadangan itu mesyuarat MT Umno akan datang. Saifuddin berkata sudah tiba masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terlibat dalam politik. Walaupun akta itu dipinda pada tahun 2008 di mana penuntut IPTA dibenar menyertai pertubuhan politik setelah mendapat kebenaran Naib Canselor, beliau berkata akta itu perlu dikaji semula. "Keputusan Kabinet untuk membolehkan pelajar universiti menyertai parti politik adalah (langkah) pengecut dan pemikiran ketinggalan zaman," kata Khairy menerusi Twitter sejurus selepas keputusan Khaled diumumkan. Kemudian beliau menambah: "Ini bayangan kepada Kabinet: Anda mahukan undi golongan muda, mula dengan mempercayai mereka." Kata Khairy, ekoran pandangan lama bahawa pelajar universiti adalah mereka yang antikerajaan, bukan bermakna keputusan seumpama itu mutkamad selama-lamanya. "Misalnya, pelajar antikerajaan dari Oxford pada 1990-an, kini Ketua Pemuda Umno. Macam mana?" katanya. Anwar pula berkata "larangan mahasiswa berpolitik (adalah keputusan) jumud, usang dari pimpinan autoritarian Umno-BN." "Mahasiswa perlu didedah dengan ilmu, teroka," kata Ketua Pembangkang ini. | |||
| Tun Mahathir ketinggalan gerabak Posted: 11 Aug 2010 05:57 PM PDT Parti Islam Semalaysia (PAS) menyifatkan Tun Dr Mahathir orang yang ketinggalan kereta api dalam ulasan politik negara pada hari ini. Beliau menuduh bahawa kerjasama PAS dan DAP tidak ikhlas, hanya untuk mendapat sokongan orang china. Hebat sungguh Tun Dr Mahthir yang boleh membaca keikhlasan PAS, mungkin makamnya sudah sampai ke maqam mushahadah yang boleh tilik hati perut orang. Apakah salah PAS dan Pakatan Rakyat berpakat untuk menegakkan keadilan yang dilihat oleh semua kaum bahawa dasar BN tidak lagi menjamin keharmonian dan pengagihan kekayaan kepada mereka yang berhak dibela. Umno yang tidak dapat menyembunyikan penindasan sesama bangsa dan agama. Perjuangan "umno putera" seolah khazanah negara ini milik mereka sahaja. Tun Dr Mahathir memberi pandangan kononnya PAS tidak ikhlas dalam Pakatan Rakyat, beliau hendak samakan sikap jahat yang ada pada beliau dengan apa yang ada kepada PAS. Janganlah peragai buruk beliau hendak disamakan dengan PAS. Ketika beliau berkuasa dahulu, Tun Dr Mahathir jika bercakap di pentas antarabangsa, memang hebat. Beliau pernah mendapat gelaran "Adi Wira Jagat" oleh puak pengampu dalam umno. Beliau menjadi hero mengecam dunia barat yang tidak demokratik dan melanggar hak asasi manusia, sedangkan negara yang beliau pimpin waktu itu demokrasi dimatikan dan beratus mereka yang ditangkap dan disumbat dalam penjara kemunting tanpa bicara di bawah ISA. Zaman beliau permit Harakah digantung penerbitan, ceramah diharamkan, royalti di Terengganu ditarik balik, mufti dipecat, ulamak dikecam, bantuan perkapita Sekolah Agama Rakyat (SAR) ditarik. Pas berpandangan Tun Dr Mahathir semakin resah dengan perkembangan politik negara, yang sudah meninggal pemikiran politik perkauman yang beliau warisi. Generasi muda yang terdedah dengan maklumat terbuka mahu mewujudkan kerajaan yang telus dan adil. Paling menakutkan sekali ialah jika Pakatan Rakyat berkuasa di peringkat pusat, inilah yang menjadi mimpi ngeri beliau. Maka beliau cuba hendak menimbulkan keraguan kepada pengundi China terhadap kejujuran PAS. Dalam masa yang sama menakutkan pengundi Melayu supaya menjauhi PAS, kerana menjadi kuda tunggangan DAP. Pas berpendapat Dr Mahathir seorang yang cukup kecewa dengan parti yang beliau pernah terajui selama 22 tahun. Beliau cuba hendak mengalihkan isu yang melanda negara pada hari ini samaada dari segi politik, ekonomi, kehakiman dan keruntuhan sosial di kalangan remaja. Kita mendoakan semoga Allah panjangkan umurnya untuk melihat kesan daripada dasar yang beliau laksanakan dan warisi kepada pengganti beliau sehingga rakyat dihimpit dengan berbagai masalah di negara ini. Sebelumnya Tun Dr Mahathir cuba hendak bela secara membuta tuli kerajaan BN kerana pelaburan langsung asing (FDI) yang lari daripada negara ini. Beliau mengatakan kebanyakan negara dan syarikat asing tidak mempunyai wang untuk dilaburkan di luar negara, sebaliknya mereka juga ingin melabur di negara sendiri berikutan kadar pengangguran yang tinggi di tempat masing-masing. Walaupun hakikatnya di negara-negara jiran FDI lebih baik daripada Malaysia. Menurut Laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.nMalaysia yang tersenarai dalam kumpulan ASEAN 5 ketinggalan dengan negara Indonesia, Filifina, Thailand dan Singapura. Beliau membela hanya kerana mahu berterima kasih kepada Najib kerana melantik anak beliau Mukriz menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu kementerian yang bertanggungjawab menarik pelaburan asing ke dalam negara. Tun Dr Mahathir juga kena membuktikan supaya Tun Abdullah Ahmad Badwi tidak menempelak beliau, kerana dulu beliau mengecam jikalau Tun Abdullah letak jawatan maka umno dan negara akan maju. Sekarang Tun Abdullah mampu senyum dan biarkan Tun Mahathir terjun dengan labunya. Yakinlah PAS mampu menggantikan umno di negara ini insyaAllah. Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat | |||
| Kelab Umno, Puteri Umno Ada Imuniti Atas Auku Posted: 11 Aug 2010 03:53 PM PDT Malah terkini, menurut Angkatan Muda KEADILAN, Puteri Umno di bawa masuk ke dalam kampus UiTM untuk pelancaran program VOGUE Puteri Umno Malaysia. Justeru itu AMK menganggap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong larangan mahasiswa melibatkan diri di dalam politik kepartian dikekalkan sebagai bukti Umno-Barisan Nasional secara terancang mahu membonsaikan minda mahasiswa yang satu ketika dahulu menjadi jurubicara masyarakat. "AMK mencabar Umno-BN serta Muhyiddin untuk mengharamkan atau menamatkan operasi Kelab Umno mahupun Kelab Aspirasi yang ditaja Umno di IPTA/IPTS seluruh negara dan luar negara yang secara jelas membuktikan keterlibatan Umno ke dalam kampus. Demikian juga Muhyiddin dicabar mengheret Puteri Umno ke mahkamah kerana secara terbuka beraktiviti di dalam kampus, yang terbaru di UiTM Shah Alam melibatkan pelancaran Skuad VOGUE Puteri UMNO Malaysia," kata Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam satu kenyataan semalam. AMK juga mencabar Ketua Pemuda Umno dan MCA, Khairy Jamaluddin dan Datuk Dr Wee Ka Siong yang selama ini berdegar-degar mempertahankan hak mahasiswa berpolitik untuk tampil menyatakan pendirian secara terbuka tanpa sebarang dolak dalih di sebalik alasan 'akur dan taat kepada kepimpinan parti'. Shamsul berkata Muhyiddin mahu golongan mahasiswa terus diperbodohkan dalam kekangan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku). "Apakah bezanya dengan kalangan guru yang kini dibenarkan berpolitik, jika hendak diberikan hak yang sama kepada mahasiswa dan juga para pensyarah universiti? "AMK yakin dan percaya, puncanya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana sekiranya hak yang sama diberikan kepada mahasiswa, maka sudah pasti isu-isu rakyat yang kritis akan didepani oleh mahasiswa dengan begitu aktif sehingga melemaskan Umno-BN. "Realitinya, mahasiswa merupakan ejen perubahan massa. Mewujudkan budaya ketakutan ke atas mahasiswa di Malaysia, hanya mengesahkan apa yang dinukilkan oleh penyair Indonesia lewat puisinya 'Takut '66 Takut '98, Presiden (Perdana Menteri) Takut Pada Mahasiswa'," kata Shamsul. | |||
| Nik Aziz tolak tanggapan perkongsian Pas-DAP tidak ikhlas Posted: 11 Aug 2010 03:38 PM PDT KOTA BHARU 11 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menolak kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan kerjasama Pas dan DAP bukan satu perkongsian yang ikhlas. Beliau sebaliknya mempersoalkan sejauh mana keikhlasan hubungan antara UMNO dan MCA. "Yang UMNO dengan MCA itu ikhlaskah? Pas bila baik dengan UMNO, UMNO mamah Pas, dia telan Pas, jadi nak buat apa lagi," katanya ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu dalam blog http://chedet.co.cc. Menurut Dr. Mahathir, tindakan Pas itu bukanlah satu perkongsian yang ikhlas sebaliknya parti itu hanya ingin mendapatkan sokongan dan undi kaum Cina semata-mata. Dr. Mahathir dalam blognya itu turut menyifatkan tindakan Pas bersekongkol dengan DAP sebagai contoh jelas hipokrasi masih menebal dalam politik di negara ini. Sementara itu, ditanya sama ada Pas akan mengurangkan kempen politiknya sepanjang bulan Ramadan ini, Nik Abdul Aziz berkata, ia terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin dan aktivis parti. Katanya, Pas adalah sebuah parti berdaftar dan bebas membuat kegiatannya pada bila-bila masa. "Kaedah kempen itu atas masing-masing, saya dalam ceramah saya jarang sebut parti, kecuali dalam majlis parti sendiri. Program lainnya saya tekankan Islam, ekonomi cara Islam, akidah cara Islam, sosial cara Islam. "Politik dalam Islam adalah sedaging. Islam tidak boleh bergerak tanpa berpolitik dan politik pula mesti turut Islam, amalan politik Islam lebih demokratik daripada sistem demokrasi yang ada," katanya. |
| You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Keputusan kabinet pada hari ini menunjukkan bahawa Barisan Nasional langsung tidak mendengar pandangan rakyat khususnya golongan muda yang ingin melihat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan dan kebebasan akademik dikembalikan di kampus universiti tempatan. Keputusan ini juga membuktikan bahawa sayap Pemuda Barisan Nasional khasnya Pemuda UMNO dan Pemuda MCA semakin hilang taringnya kerana suara mereka yang mendesak supaya pelajar universiti dibenarkan untuk menyertai parti politik langsung tidak diberi pertimbangan oleh kerajaan.
DAPSY akan terus mendesak supaya AUKU dimansuhkan dan kebebasan pelajar universiti dikembalikan. DAPSY yakin bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan, agenda mendemokrasikan IPTA akan diberi perhatian yang serius dan kebebasan pelajar universiti termasuk menyertai parti politik akan dikembalikan.

























Tiada ulasan:
Catat Ulasan