Rabu, 11 Ogos 2010

Justice For All

Justice For All


KL pernah dibom amerika???

Posted: 11 Aug 2010 08:23 PM PDT

Najib Buat Lawak Di Bulan Puasa

Posted: 11 Aug 2010 07:42 PM PDT

Ramadan: Najib ingatkan peniaga jangan naikkan harga barang

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ingatan kepada para peniaga supaya tidak menaikkan harga barang dan makanan sewenang-wenang pada bulan Ramadan ini.

Perdana Menteri berkata, larangan itu bertujuan untuk menjaga kepentingan umat Islam di negara ini yang mula berpuasa mulai esok.

Pada masa yang sama, beliau juga menasihatkan umat Islam di negara ini agar berbelanja secara berhemah dan tidak melakukan pembaziran bagi mengelak masalah hutang selepas Aidilfitri kelak.

"Para peniaga dilarang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang kerana Ramadan adalah bulan untuk kita menginsafi diri terhadap kesusahan orang lain," katanya dalam perutusan sempena bulan Ramadan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyeru seluruh umat Islam di negara ini agar bermuhasabah diri dengan bersolat, membuat kebajikan dan memperbanyak ibadah kepada Allah di sepanjang bulan mulia ini.

Katanya, rakyat Malaysia bertuah kerana dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang tenang berbanding umat Islam di negara lain yang menderita akibat bencana alam dan peperangan.

Menyentuh mengenai usaha kerajaan untuk memperkasa negara, Perdana Menteri berkata, kerajaan kini memberi tumpuan khusus kepada nilai kreativiti, daya inovasi serta perancangan strategik.

Najib berkata, nilai tersebut penting dalam usaha kerajaan untuk memacu ekonomi negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang stabil, kompetitif dan berpendapatan tinggi.

Menurut beliau, antara perancangan strategik yang sudah dilaksanakan kerajaan adalah memperkenalkan gagasan 1Malaysia.

"Gagasan ini dijana melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang berinovasi Model Baru Ekonomi (MBE) dan bermatlamat menjayakan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) serta Wawasan 2020," katanya

Ayam Naik Kerana UMNO Najib..

Posted: 11 Aug 2010 07:00 PM PDT

RAMAI peniaga menganggap kenaikan harga ayam adalah perkara biasa pada awal Ramadan tetapi kesannya terpaksa ditanggung oleh orang ramai.

-----------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Kenaikan harga ayam pada minggu pertama bulan Ramadan berlaku lagi dengan para pembeli di beberapa negeri terpaksa membayar sehingga RM7.50 atau 70 sen melebihi harga biasa bagi setiap kilogram sejak kelmarin.

Senario itu dikatakan gambaran awal bahawa harga ayam boleh mencecah RM10 sekilogram menjelang Syawal selepas harganya kini ditentukan oleh pasaran dan bukan lagi sebagai barangan kawalan sejak 15 Julai lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, keputusan itu diambil memandangkan bekalan ayam semakin stabil.

Bagaimanapun, kesannya kini ramai penjual mendakwa tersepit di antara harga pemborong yang lebih tinggi serta menjadi sasaran kemarahan pelanggan.

Dalam tinjauan Kosmo! di Kuala Terengganu semalam, ayam dijual RM7.50 sekilogram berbanding RM6.90 iaitu kenaikan sebanyak 50 sen.

Peniaga ayam di Pasar Bukit Besar yang dikenali sebagai Pok berkata, kenaikan itu terpaksa dibuat memandangkan mereka membeli pada harga semakin tinggi daripada pemborong.

"Ada dua pemborong ayam yang aktif di Kuala Terengganu dan hampir kesemua peniaga mendapatkan bekalan daripada mereka," katanya.

Di Pulau Pinang, tinjauan di Pasar Bayan Baru pula mendapati ayam dijual di antara RM6.90 hingga RM7.20 sekilogram berbanding RM6.50 sebelum ini.

Keadaan sama juga berlaku di Pasar Awam Tun Sardon apabila pengguna terpaksa membayar lebih 70 sen kerana harga ayam dijual mencecah RM7.20 sekilogram berbanding RM6.50 sebelumnya.

Benarkah Mat Said & Deris Jusoh Sudah Insaf???

Posted: 11 Aug 2010 06:10 PM PDT

Apakah benar Ahmad Said anti Idris Jusoh?

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Sekalung tahniah buat Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. Dalam seminggu dua ini, beliau ditakdirkan melalui beberapa detik membanggakan sebagai peneraju negeri yang tidak sunyi dari gugatan dan gigitan para pendukung partinya sendiri.

Mendahului senarai pencapaian positif itu tentunya anugerah Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang diterimanya sempena ulang tahun ke-48 Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 20 Julai lalu. Istiadat penganugerahan disempurnakan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah, Kuala Terengganu, Khamis (5 Ogos).

Dengan darjah diterimanya itu, beliau kini bergelar "Datuk Seri". Beliau adalah satu-satunya pemimpin politik yang diberikan gelaran "datuk". Lebih bermakna lagi, majlis penganugerahan darjah kebesaran ini adalah yang pertama dalam masa tiga tahun, juga yang pertama sejak Ahmad menjadi Menteri Besar.

Kebetulannya anugerah itu tiba ketika beliau mengorak langkah positif memperbaiki imejnya, terutama di kalangan anak-anak buahnya sendiri. Dalam tempoh beberapa minggu lalu, satu demi satu penyelesaian dicapai kerajaannya dalam menangani beberapa projek bermasalah tinggalan menteri besar digantinya.

Contohnya, kerja membersihkan sisa runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dijadualkan bermula 26 Julai lepas, setelah ia terbiar sejak runtuh pada 2 Jun 2009.

Membiarkan sisa runtuhan dalam keadaan begitu sebegitu lama telah memberikan imej negatif kepada negeri. Ia sesuatu yang memalukan, apatah lagi stadium itu terletak hanya sepadang dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Setiap pesawat yang turun-naik di situ, termasuk yang membawa pelancong dan pemimpin luar seakan menyediakan perkhidmatan percuma meneliti runtuhan itu dari udara

Hal itu turut menjadi isu politik. Cakap-cakap yang laris kedengaran mendakwa Ahmad sengaja melengah-lengahkan kerja pembersihan sisa runtuhan dan pembaikian bumbung itu. Kononnya beliau berhasrat memalukan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga seteru utamanya dalam politik negeri.

Projek menelan belanja hampir RM300 juta itu memang perancangan Idris. Beliau malah sering menobatkan kemunculan stadium itu sebagai salah satu "Impian Menjadi Realiti" oleh kerajaan pimpinannya dulu.

Justeru, ada yang mendakwa, bertolak daripada sentimen anti-Idris, Ahmad sengaja membiarkan sisa runtuhan itu disaksikan sepuasnya oleh semua pihak. Ahmad dikatakan sengaja melambatkan usaha membaikpulihnya agar ia diingati sebagai bukti kegagalan projek dirancang Idris.

Bagaimana pun persepsi negatif itu sedikit terpadam baru-baru ini apabila kerajaan negeri akhirnya memberi kontrak kepada sebuah syarikat pembinaan dari Setiu, Syarikat Azimat Berkat Sdn Bhd untuk melaksanakan kerja pembersihan sisa runtuhan itu secara percuma.

Kerajaan hanya memberi sisa runtuhan itu sebagai kos gantian tanpa melibatkan sebarang bayaran.

Kehadiran Ahmad ke Besut minggu lalu juga menambah nilaian positif kepada usahanya mengikis imej anti-Idris. Selaku pangkalan kekuatan bekas menteri besar itu, tidak semua pendukung Umno di Besut dapat menerima kepemimpinan Ahmad, sama ada dalam parti mahu pun kerajaan, hingga kini.

Bagaimana pun persepsi itu dikatakan semakin berubah. Dalam kunjungannya ke bandar Jertih, pusat ekonomi daerah Besut pada Selasa (3 Ogos), Ahmad merasmikan Medan Selera Jertih yang baru dinaiktaraf dengan kos RM3 juta.

Di kesempatan itu juga beliau membuat lawatan ringkas ke Jertih Souq, projek bazaar moden di tengah bandar itu yang terbengkalai sejak lebih setahun lalu. Media mendedahkan bahawa kerja-kerja pembinaannya telah pun dimulakan semula.

Isu utama di sini ialah projek disantuni Ahmad hari itu merupakan tinggalan Idris. Sepertimana kes runtuhan stadium tadi, terbengkalainya pembinaan Jertih Souq juga dibauri dakwaan kononnya ia disengajakan Ahmad, di atas sentimen anti-Idris. Lebih setahun ia terbiar menjadi bahan tutur warga setempat, selama itu jugalah sentimen anti-Ahmad di kalangan penyokong kuat Idris disemarakkan.

Kunjungan Ahmad minggu lalu boleh dianggap perkembangan positif baginya mengikis imej anti-Idris, terutama yang bersarang di fikiran pendukung Umno Besut. Bagaimana pun, ia masih jauh dari mendamaikan kekecewaan anak-anak buahnya di daerah itu.

Idris sendiri secara terbuka pernah mendakwa Ahmad sengaja meminggirkan projek dicetuskannya. Selain Jerteh Souq, beliau turut menyebut ura-ura kerajaan negeri membatalkan hasrat membina kampus Universiti Darul Iman Malaysia (UDM – kini UniSZA) yang dirancangnya di Taman Ilmu Besut.

Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Besut pada 11 Julai 2010 pula menyentuh satu lagi projek yang menjadi bahan pertembungan hasrat antara Ahmad dan Idris, iaitu isu Kompleks Imtiaz di Bukit Keluang, Besut. Umno Besut mendesak kerajaan negeri mengekalkan kompleks tersebut sebagai premis baru Sekolah Menengah Imtiaz Besut, sedangkan Ahmad dikatakan berhasrat menjadikannya kolej Yayasan Terengganu.

Tidak syak lagi, dua pertembungan itu adalah antara puluhan lagi sebab yang menyukarkan Ahmad mengikis imej anti-Idris pada dirinya, sepertimana dipercayai sebahagian ahli Umno. Bukan sahaja di Besut, tetapi di seluruh Terengganu.

Macam2 Zaman Najib..Bangla Nak Bunuh Diri Kerana Tiada Cuti

Posted: 11 Aug 2010 05:13 PM PDT

Ugut terjun bangunan

SUNGAI PETANI: Seorang pekerja warga Bangladesh di sebuah restoran nasi kandar cuba membunuh diri dengan meletakkan parang di lehernya sambil mengugut untuk terjun dari tingkat tiga restoran tempat kerjanya dipercayai kecewa tidak dibenarkan bercuti oleh majikannya untuk menemui keluarga sempena Ramadan ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit tiba-tiba menjerit meminta pasportnya yang disimpan majikan sambil mengugut mahu membunuh diri jika permintaannya tidak dilayan.

Menurut saksi yang enggan dikenali, selepas permintaan lelaki itu tidak dilayan, dia tiba-tiba berlari membawa pisau di tangannya menaiki tingkat atas bangunan itu sebelum memanjat ke bahagian bumbung lalu mengugut untuk terjun.

Katanya, selepas kira-kira 20 minit, beberapa anggota polis tiba di tempat

kejadian tetapi gagal memujuknya turun.

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya dipujuk sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat setengah jam kemudian, katanya.

Bukti Jelas Tan Sri Khalid Pemimpin Berjiwa Rakyat

Posted: 11 Aug 2010 10:00 AM PDT

Khalid Ibrahim tak pernah bayar saya untuk memujinya. Dan hari ini, mungkin pujian ini dianggap ikhlas dari saya.

Setelah membuka facebook beliau, saya sedar bahawa jelas beliau seorang pemimpin berjiwa rakyat. Memang berbeza 100 peratus dari MB UMNO Selangor dahulu. Buat Khalid Ibrahim, tahniah dan anda memang layak duduk kerusi panas mb Selangor. Usah hiraukan dedalu parasit yang cuba menyingkirkan anda. Teruskan fokus majukan Selangor sebagai negeri berkebajikan dan sejahtera. Rakyat yang dahagakan kasih sayang pemimpin, sudah pasti rindukan anda sebagai Menteri Besar mereka..

 

Muhyiddin Kepanasan Bila Najib Dah Habis Enjoy Bercuti

Posted: 11 Aug 2010 08:57 AM PDT

Menjelang kepulangan PMNajib ke tanahair,Timbalannya Muhyiddin membuat dua ulasan. Barangkali 2 ulasan ini sebagai"penyedap hati" maupun "pelepas diri" akibat kenyataannya semasa PM Najib bercuti di luar negari.

Muhyiddin terpaksa mencipta beberapa isu agar PM Najib "lupa" tentang kenyataanya menyokong Dr.Mahathir yang mengkritik slogan Najib 1Malysia.

Pertamanya, Muhyiddin cipta isu ,"lontar batu sembunyi tangan" berkenaan penggunaan gambar Sultan Johor dalam kain rentang PKR. Muhyiddin dengan "kebodohan dan gelojohnya" menyeru PKR minta maaf kepada Sultan Johor sedangkan polis masih menyiasat.

Terkini, Pengerusi PKR Johor mendedahkan kerja jahat ini dilakukan oleh bekas MB Johor. Tentunya yang dimaksudkan oleh beliau adalah Muhyidin.Rekod menyatakan semasa isu Mahathir menghina Raja-Raja Melayu,Muhyiddin adalah MB Johor.

Muhyiddin juga sekonyong-konyong menjelang kepulangan Najib dari bercuti mengaku setia terhadap PM Najib.Beliau membuat pengauan itu semasa merasmikan pelancaran sebuah buku bertajuk "Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia" hari ini.

Nada beliau mengulangi "ayat-ayat cinta" Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim semasa era Mahathir. Kesemua mereka "ditendang" oleh Mahathir, sifu Najib. Tidak mustahil Muhyiddin bakal alami mimpi ngeri ini. - sumber

Inilah Kali Pertama Saya Sokong KJ

Posted: 11 Aug 2010 08:13 AM PDT

KJ, Pakatan bidas Kabinet kekal larang mahasiswa sertai politik

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin secara terbuka menyifatkan keputusan Kabinet untuk tidak membenarkan pelajar universiti menyertai parti politik sebagai satu pemikiran ketinggalan zaman.

Pendirian yang sama dilahirkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Terdahulu Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata Kabinet memutuskan untuk menggugurkan peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar universiti tempatan daripada menyertai politik secara aktif.

Bulan lalu, Timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau akan membawa perkara itu mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang.

Tetapi ia ditolak sebelum ia dibawa ke mesyuarat tertinggi Umno.

Saifuddin berkata sudah tiba masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terlibat dalam politik.

Walaupun akta itu dipinda pada tahun 2008 di mana penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dibenar menyertai pertubuhan politik setelah mendapat kebenaran Naib Canselor, beliau berkata akta itu perlu dikaji semula.

"Keputusan Kabinet untuk membolehkan pelajar universiti menyertai parti politik adalah (langkah) tidak berani dan pemikiran ketinggalan zaman," kata Khairy menerusi Twitter sejurus selepas keputusan Khaled diumumkan.

Kemudian beliau menambah: "Ini bayangan kepada Kabinet: Anda mahukan undi golongan muda, mula dengan mempercayai mereka."

Kata Khairy, ekoran pandangan lama bahawa pelajar universiti adalah mereka yang antikerajaan, bukan bermakna keputusan seumpama itu mutkamad selama-lamanya.

"Misalnya, pelajar antikerajaan dari Oxford pada 1990-an, kini Ketua Pemuda Umno. Macam mana?" katanya.

Anwar pula berkata "larangan mahasiswa berpolitik (adalah keputusan) jumud, usang dari pimpinan autoritarian Umno-BN."

"Mahasiswa perlu didedah dengan ilmu, teroka," kata Ketua Pembangkang ini.

Sebelum Khaled mengumumkan keputusan itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya tidak terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengenai larangan mahasiswa melibatkan diri dalam politik kepartian dikekalkan.

"Tan Sri Muhyiddin memberikan justifikasi bahawa larangan tersebut kekal kerana mahasiswa masih terikat kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti.

"Kenyataan beliau ini hanya membuktikan bagaimana Umno-BN, secara terancang, mahu membonsaikan minda mahasiswa yang satu ketika dahulu menjadi jurubicara masyarakat," katanya.

Kata beliau, "apakah bezanya dengan kalangan guru yang kini dibenarkan berpolitik jika hendak diberikan hak yang sama kepada mahasiswa dan juga para pensyarah universiti?"

Kata beliau, AMK yakin dan percaya puncanya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana sekiranya hak yang sama diberikan kepada mahasiswa, maka sudah pasti isu-isu rakyat yang kritis akan didepani oleh mahasiswa dengan begitu aktif sehingga melemaskan Umno-BN.

"AMK mencabar Umno-BN melalui Tan Sri Muhyiddin untuk mengharamkan atau menamatkan operasi Kelab Umno mahupun Kelab Aspirasi yang ditaja Umno di universiti awam dan swasta seluruh negara dan luar negara yang secara jelas membuktikan keterlibatan Umno ke dalam kampus.

"Demikian juga Tan Sri Muhyiddin dicabar mengheret Puteri Umno ke mahkamah kerana secara terbuka beraktiviti di dalam kampus, yang terbaru di UiTM Shah Alam melibatkan pelancaran Skuad VOGUE Puteri Umno Malaysia," katanya.

Kata beliau, AMK juga mencabar Ketua Pemuda Umno dan MCA yang selama ini berdegar-degar mempertahankan hak mahasiswa berpolitik untuk tampil menyatakan pendirian secara terbuka tanpa sebarang dolak dalih di sebalik alasan akur dan taat kepada kepimpinan parti.

"Realitinya, mahasiswa merupakan ejen perubahan massa. Mewujudkan budaya ketakutan ke atas mahasiswa di Malaysia, hanya mengesahkan apa yang dinukilkan oleh penyair Indonesia lewat puisinya Takut '66 Takut '98, "Presiden (Perdana Menteri) Takut Pada Mahasiswa," katanya.

MasyaAllah..Ibu tak kisah anak berzina sampai dapat 4 anak.

Posted: 11 Aug 2010 07:35 AM PDT

PUTRAJAYA: Seorang ibu tergamak 'berkongsi dosa' dengan anak lelaki kesayangannya apabila membiarkan pemuda itu bersekedudukan dengan teman wanita di rumahnya lebih tiga tahun sehingga menghasilkan empat zuriat haram.Perbuatan pasangan berusia awal 20-an itu terbongkar selepas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendapat maklumat mengenai salah laku mereka menyerbu sebuah rumah di Serdang, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Lebih mengaibkan, ketika disoal siasat, pasangan terbabit dengan selamba memberitahu penguat kuasa Jais mereka bersekedudukan sejak sekian lama kerana tidak mempunyai masa untuk berkahwin secara sah dan mendaftarkan perkahwinan.

Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop, berkata pasangan terbabit dipercayai bersekedudukan sejak lebih tiga tahun lalu sehingga memperoleh empat anak hasil zina yang berusia tiga, dua, setahun serta paling bongsu tiga bulan.

"Penduduk di kawasan itu tertipu dengan perbuatan pasangan terbabit yang dipercayai menggunakan rumah ibu mereka untuk tinggal secara haram sehingga melahirkan anak luar nikah.

"Kebanyakan penduduk menyangka pasangan terbabit sudah bernikah dan mengadakan majlis perkahwinan di tempat lain," katanya.

Shahrom berkata, dia terkejut dan hairan dengan sikap ibu lelaki terbabit yang langsung tidak mempedulikan dosa dilakukan anak di rumahnya.

Menurutnya, ibu terbabit boleh dianggap bersekongkol dengan anaknya bagi mengelak kegiatan tidak bermoral terbongkar.

"Saya percaya sikap ibu yang tidak kisah dan sayangkan anaknya itu secara berlebihan mendorong dia membenarkan anaknya bersekedudukan sehingga beberapa tahun," katanya.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki terbabit bekerja manakala 'isteri tidak halal' itu menjadi suri rumah sepenuh masa di rumah ibu mentuanya.

Menurut Shahrom, semua cahaya mata pasangan terbabit tidak memiliki sijil lahir dan beliau diberitahu, semua anak itu disambut 'bidan misteri' di kawasan berkenaan tanpa merujuk klinik atau hospital berhampiran.

"Mereka berbuat demikian untuk mengelak salah laku mereka diketahui pihak berkuasa. Perbuatan pasangan terbabit boleh menimbulkan masalah kepada anak mereka yang sudah pasti sukar untuk memasuki alam persekolahan kerana tiada sijil lahir yang sah," katanya.

Shahrom berkata, pihaknya menahan pasangan terbabit dan membawa mereka ke pejabat Jais di Shah Alam untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan Jais.

Menurutnya, pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 25, Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana melakukan persetubuhan haram dan Seksyen 29 akta sama kerana melakukan khalwat.

"Kami juga akan memanggil ibu dan bapa pasangan wanita terbabit bagi mengenal pasti punca kegiatan itu berlaku," katanya.

Dibanding Ezam Dan Anjing..Rakyat Lebih Percaya Pada Anjing Daripada Ezam..

Posted: 11 Aug 2010 07:06 AM PDT

Perbualan telefon: Wan Azizah selar Ezam

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memberi amaran kepada Senator Ezam Mohd Noor bahawa beliau berdepan dengan tindakan undang-undang jika terus memfitnahkannya.

Wan Azizah merujuk kepada laporan portal berita Agenda Daily, di mana Ezam (kiri) dilaporkan mendakwa beliau diarahkan olehnya supaya menghalang lelaki daripada mendekati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga adalah ketua pembangkang.

Ezam dilaporkan berkata waktu itu Wan Azizah bernada cemas ketika membuat pesanan supaya "sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia…"

"Wan Azizah, minta malam itu saya jangan keluar dari rumah selagi budak lelaki itu ada di rumah…untuk pastikan Anwar tidak berdua," kata bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah itu.

Perbualan telefon itu berlaku ketika Wan Azizah berada di Washington manakala Anwar pula di kediaman mereka ketika itu di Bukit Damansara semasa bercuti daripada tugasan mengajarnya di Amerika.

"Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu.

"Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami," kata Wan Azizah dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini hari ini

Menurut Presiden PKR itu, pada asalnya, beliau enggan melayan sebarang kenyataan Ezam tetapi kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan namanya secara peribadi, beliau memberi amaran kepada Ezam supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

"Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah dan Mahkamah Syariah." katanya lagi.

Menurut Agenda Daily lagi, Ezam terus mempertahankan pendiriannya itu dan mencabar Wan azizah membuat sumpah laknat.

Ezam sebelum ini adalah orang kanan Anwar dan pernah menjadi setiausaha politik bekas timbalan perdana menteri itu.

Beliau menyertai Umno semula pada Mei 2008 dan sejak itu melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Anwar khususnya pada pilihan raya kecil dan terbaru di pentas ceramah 'Selamatkan Selangor'.

Sayfoooooool Terperangkap????

Posted: 11 Aug 2010 05:30 AM PDT

Sayfooooooooool...orang kata ko salah memilih . Sa(kenapa tak pilih yang tudung hitam tu)ya kata ngko buat pilihan yang betul, cuma masa yang tak sesuai. Biarlah fitnah ngko menang dulu..barulah bercinta dengan pendakwaraya. Nasib baik si pasangan kekasih tak dakwa ngko macam ngko dakwa Anwar..kalau tak tentu haru biru pula..

Israel APCO Yahudi Memang Laknatullah

Posted: 11 Aug 2010 04:11 AM PDT

Lebih 12,000 budak ditahan

ZAYTUNA - Sekurang-kurangnya 12,000 kanak-kanak dan remaja Palestin di bawah umur 18 tahun ditahan Israel sejak 1967.

Menteri Hal Ehwal Banduan Palestin, Issa Karaka berkata, mereka masih ditahan di beberapa penjara di Israel.

"Kanak-kanak dan remaja itu diberi layanan buruk, didera dan tidak dibicarakan secara adil. Malah, tindakan Israel memenjarakan remaja dan kanak-kanak adalah bertentangan undang-undang antarabangsa," kata menteri dari Pihak Berkuasa Palestin (PA) itu di Zaytuna, Tebing Barat pada 6 Ogos lalu.

Katanya, rejim Zionis sengaja menahan dan mendera kanak-kanak dan remaja Palestin untuk mematahkan semangat juang generasi muda itu.

Kalau Nak Kahwin, Perlu Ada SPM Dulu

Posted: 11 Aug 2010 03:26 AM PDT

Bakal pengantin muda perlu lepasi SPM

KOTA BHARU 10 Ogos - Pasangan muda yang ingin berkahwin perlu dipastikan sekurang-kurangnya sudah mencapai tahap pendidikan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar (gambar) berkata, perkahwinan pada usia muda tidak wajar digalakkan kerana tanggungjawab kepada pelajaran adalah perkara yang harus diutamakan terlebih dahulu.

Beliau berkata, dengan pendidikan yang baik ia boleh membantu pasangan muda yang bakal berkahwin membentuk keluarga yang baik, sekali gus mengelak keruntuhan institusi kekeluargaan yang menjadi punca kepada pelbagai gejala sosial termasuk buang bayi.

"Secara umumnya saya tidak setuju tetapi sesetengah orang ada keperluan untuk kahwin (pada usia muda) contohnya kerana masalah keghairahan yang tidak boleh dikawal.

"Kita tidak patut galakkan kerana mereka paling kurang sepatutnya melepasi SPM, tetapi kalau ada masalah kita perlulah beri kemudahan untuk mereka berkahwin," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau ditemui selepas merasmikan Bengkel Nafas Baru dan Kempen 'Tok Sey' Merokok di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini, hari ini.

Wan Ubaidah diminta mengulas cadangan membenarkan perkahwinan bawah umur bagi mencegah gejala sosial kalangan generasi muda.

Mengenai keperluan mengadakan sekolah untuk pelajar hamil, beliau berkata, langkah pencegahan adalah perkara utama yang mesti diberi perhatian bagi menghadapi isu seperti penzinaan dan buang bayi yang semakin berleluasa dalam masyarakat.

Katanya, penerangan kepada remaja tentang keburukan pergaulan bebas dan kempen menutup aurat sepatutnya diperbanyakkan supaya gejala sosial yang berlaku tidak berulang dan bertambah parah.

"Cadangan sekolah pelajar hamil itu sebenarnya pandangan orang yang tidak berfikir untuk mencegah, bagaimanapun keadaan sekarang memang kita perlu ada tempat khusus untuk remaja terlanjur tetapi penekanan mesti diberikan kepada aspek pencegahan," katanya.

Beliau berkata, walaupun masalah remaja terlanjur dan buang bayi di negeri ini mungkin tidak seteruk negeri lain, pihaknya sudah menubuhkan jawatankuasa untuk ke sekolah-sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi membantu guru membimbing pelajar.

"Kita akan fokus terlebih dahulu kepada pelajar perempuan supaya mereka mempunyai lebih jati diri mengelak diri daripada terjebak dengan perkara negatif.

" Penzinaan hanya akan berlaku bila ada persetujuan dua pihak, jika perempuan lebih terjaga maka si lelaki tidak akan berani pergi lebih jauh," katanya.

Perompak Sama Peroswah..Sudah Temtu Bergaduh

Posted: 11 Aug 2010 02:58 AM PDT

Pakatan: Benar wujud, keretakan hubungan Najib-Muhyiddin bukan satu rahsia

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menegaskan dakwaan wujudnya keretakan dalam hubungan antara Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah "benar dan memang wujud", dan bukan satu rahsia besar. Sehubungan itu, kata pemimpin-pemimpin yang dihubungi, suasana itu menggambarkan ketidaktentuan Umno sama ada Barisan Nasional (BN) benar-benar boleh kekal berkuasa dengan pembaharuan dibawa oleh perdana menteri.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Zaid Ibrahim berkata, walaupun Muhyiddin menjelaskan panjang lebar bahawa kedua-dua mereka mempunyai hubungan baik sehingga kini, memang wujud keretakan dalam gandingan Najib dan Muhyiddin.

Malah kata beliau, keadaan itu sudah tentu akan memberi kesan besar kepada BN untuk mendapatkan balik sokongan dan memulihkan kedudukannya selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13.

"Memang wujud keretakan. Sesiapa sahaja boleh melihat," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin yang juga timbalan kepada Najib di Umno menolak khabar angin kononnya beliau mengalami krisis hubungan dengan bosnya Najib.

Katanya, hubungannya dengan Perdana Menteri adalah baik dan sokongannya kepada Najib tidak perlu dipertikai dan diragui semua pihak.

"Saya nak sebutkan kerana saya terasa terpanggil bila Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) kata kepada saya, dalam muka akhir itu (buku Najib Tun Razak-Melakar Transformasi Malaysia) gandingan mantap "Najib-Muhyiddin" dan itu sudah disahkan.

"Cuma saya nak maklumkan memang tidak ada pihak yang harus meragui sokongan padu yang saya berikan kepada Perdana Menteri sejak awal lagi sampai sekarang ini," katanya ketika majlis pelancaran buku "Najib Tun Razak-Melakar Transformasi Malaysia".

Muhyiddin berkata khabar angin yang mengatakan bahawa hubungannya tidak baik dengan Najib itu sengaja ditimbulkan "pihak sebelah sana".

Zaid berkata, selepas pilihan raya umum 2008 ramai beranggapan bahawa Umno akan kembali kukuh setelah memaksa bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan pucuk kepimpinan.

"Ia (keretakan) memang benar, ia bukan satu perkembangan baru dalam Umno," katanya.

"Pada masa yang sama mereka menyalahkan Pak Lah. Muhyiddin sudah tentu akan menyalahkan Najib," katanya.

Bekas menteri kerajaan persekutuan yang menyertai PKR tahun lalu memberitahu The Malaysian Insider bahawa tindakan-tindakan Muhyiddin yang bercanggah dengan dasar 1 Malaysia adalah manifestasi ketidaktentuan Umno ke aras polisi-polisi Najib.

"Muhyiddin adalah manifestasi ketidaktentuan lama Umno... memang tipikal bagi Umno bertindak macam ini.

"Najib mempunyai banyak pendedahan Barat dan liberal dalam dasar-dasarnya dalam sesetengah perkara. Muhyiddin adalah produk timbalan perdana menteri kelahiran tempatan," katanya.

Oleh itu kata beliau, sudah pasti akan wujud perselisihan di kalangan kedua-dua pemimpin itu.

Jelas Zaid, wujud pandangan berbelah bahagi dan tidan menentu bahawa pembaharuan dibawa oleh Najib adalah perlu untuk Umno mendapatkan semula hala tuju masa lalu dan sokongan rakyat.

Zaid juga membidas Muhyiddin yang mendakwa Pakatan Rakyat adalah punca kepada tanggapan bahawa wujudnya keretakan hubungan antara Najib dan Muhyiddin.

"Saya merasakan ia satu alasan yang begitu cetek," katanya.

"Pak Lah hendak membawa pembaharuan tetapi beliau ditolak oleh musuh dari Umno sendiri," katanya.

"Apa bezanya sekarang? Saya tidak fikir orang Umno bersedia untuk perubahan.

"Idea mereka ialah memperkukuhkan kedudukan mereka menerusi kawalan, menerusi dominasi orang Melayu," kata Zaid.

Dalam pada itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua menyoal mengapa Muhyiddin mahu menuding jari ke arah Pakatan Rakyat.

"Mengapa salahkan kami. Jika anda mahu meletakkan kesalahan pada orang lain, salahkan diri anda dulu dan juga Tan Sri Dr Koh Tsu Koon," katanya.

Pua berkata, Koh yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawba untuk merangka program transformasi kerajaan (GTP), yang turut menghasilkan konsep 1 Malaysia bagi menggambarkan elemen "Malaysia pertama, soal kaum kedua."

"Mengapa timbalan perdana menteri kelihatan berbeza dalam memahami konsep 1 Malaysia? Ini kerana bagi beliau konsep 1 Malaysia sudah gagal," katanya.

Pua menambah, Muhyiddin cuba menafikan dakwaan keretakan antara beliau dan Najib kemungkinan kerana perdana menteri sudah tidak gembira dengan timbalannya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Sosialis DAP Anthony Loke berkata, tindakan Muhyiddin menunjukkan yang timbalan perdana menteri sudah bimbang dengan apa yang diperkatakan oleh rakyat mengenai dirinya.

"Beliau mula bimbang dengan tanggapan tentang diri beliau, tentang tindakan-tindakannya.

"Jika tiada masalah mengapa hendak membuat penjelasan," katanya.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar tindakan Muhyiddin tidak mempertahankan konsep 1 Malaysia apabila Dr Mahathir mengkritik menunjukkan sikap 'membelakangi' kepimpinan negara.

"Muhyiddin seharusnya telah mempertahankan konsep 1 Malaysia apabila Dr Mahathir mengkritiknya berbanding bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh bekas perdana menteri.

"Orang boleh melihat bahawa dengan menyokong Dr Mahathir dan bukannya mempertahankan Najib, konsep 1 Malaysia sebenarnya telah gagal," kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Ini Kerja Siapa Ni???Tapi Janganlah Tuduh UMNO Dulu...

Posted: 11 Aug 2010 02:15 AM PDT

Ini kerja siapa ni. Perlu penyiasatan rapi, supaya UMNgOk tidak dituduh dalang lakukan semua ini..

Kamera tersembunyi dijumpai di pejabat MB S'gor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjumpai sebuah kamera tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21, bangunan SUK di Shah Alam, pada jam 6 petang semalam.

Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri. Tambahnya, beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis.

Abdul Khalid berkata kamera itu yang dijumpai berada di belakang langsir di pejabatnya dikesan selepas ia berbunyi kerana kadar baterinya semakin lemah.

Serentak dengan penemuan itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga mengarahkan supaya kawalan keselamatan di bangunan SUK itu diperketatkan.

Ali Rustom perlu malu..Kes Buang Bayi Di Melaka Pada Bulan Ramadhan

Posted: 11 Aug 2010 12:39 AM PDT

Bayi dibuang di bulan ramadhan. Memang zaman pemerintahan Najib penuh dengan masalah dan bala bencana. Manusia langsung tak takut dengan perintah Allah. Buat Ali Rustam, malulah sikit kerana kejadian tu berlaku kat Melaka. Kembalilah pada kebenaran dan bertaubatlah. Laksanalah hokum islam. Jelas cadangan sekolah mengandung hanyalah mengarut semata-mata. Dah la masalah buang bay tak selesai, membazir pulak tu..
Bayi baru dilahirkan ditemui hidup di dalam tong sampah MELAKA 11 Ogos – Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui masih hidup di dalam tong sampah di sebuah kilang di Ayer Keroh di sini awal pagi ini.
Tangisan bayi tersebut disedari seorang pengawal kilang berkenaan yang ketika itu sedang bersahur kira-kira pukul 5.15 pagi.
Ekoran itu, polis menahan sepasang kekasih yang merupakan pekerja kilang yang merupakan pekerja kilang terbabit, kedua-duanya berusia 18 tahun dan dipercayai ibu bapa bayi berkenaan. – Utusan

Bye-Bye Liong Sik

Posted: 10 Aug 2010 11:44 PM PDT

Ketika Mahathir Mohamad mengambil alih tampuk pemerintahan, beliau tampil sebagai Perdana Menteri yang "lemah". Kemudian, beliau semakin mendominasi dan mengukuhkan kuasanya. Antara beberapa orang kanan yang menyumbang ke arah pendominasiannya termasuklah Bendahari UMNO Daim Zainuddin, Setiausaha Agung Mohamed Rahmat dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Megat Junid.

Nama-nama yang tersebut di atas bukan sahaja menyempurnakan misi yang diamanahkan oleh Mahathir kepada mereka, iaitu transformasi ekonomi, menentukan halatuju rencana, dan menekan mereka yang berbeza pendapat. Apa yang penting, mereka dipercayai oleh Mahathir Mohamad yang sentiasa sangsi terhadap orang lain, dan diberi peluang untuk menjalankan tugas secara berdikari.

Mereka sentiasa rendah diri, tidak bertanding untuk jawatan tinggi, dan pada masa yang sama, mengelakkan diri daripada terlalu terserlah sehingga dianggap mengancam kedudukan tuannya. Segala-gala ini "syarat" kejayaan orang-orang kanan ini.

Selain UMNO, Mahathir juga bersepakat dengan pimpinan "rakan parti", tampil sebagai satu pasukan untuk mencipta "keajaiban ekonomi pada awal tahun 1990-an". Ling Liong Sik dari MCA, Samy Vellu dari MIC, Lim Keng Yaik dari Gerakan, malah Taib Mahmud dari PBB berjaya menjana jentera parti untuk mengerah sokongan bukan Melayu pada saat-saat yang genting, terutamanya pada PRU ke-10 tahun 1999, untuk menyelamatkan Mahathir Mohamad.

Berjasa terhadap Mahathir dan UMNO

Apa yang berlaku telah berlalu. Selepas Mahathir, tiada lagi pimpinan yang mendominasi dalam kuasanya. Sama ada Abdullah Ahmad Badawi mahupun Najib tidak mempunyai orang kanan yang boleh ditaruh kepercayaan. Abdullah lebih bergantung kepada menantunya, Khairy Jamaluddin, daripada anggota kabinetnya. Najib tidak menampakkan perbezaan, apabila beliau melantik sepupunya Hishammddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri.

Parti komponen Barisan Nasional yang lain pula berdepan dengan masalah ketandusan generasi baru. Setelah berlalunya dua pemilihan parti, keparahan MCA masih tidak terawat sehingga kini. Undi dari komuniti Cina tidak mungkin kembali ke pangkuan BN, melainkan jikalau keajaiban berlaku.

Ling Liong Sik adalah antara pemimpin politik veteran yang berjasa untuk UMNO. Beliau diberikan amanah penting pada saat-saat yang genting, walaupun bukannya "berisi" sangat, atau bercita-cita tinggi, tetapi nasibnya agak baik.

Ekonomi Malaysia masih bertunjangkan bahan mentah dan industri ringan pada peringkat awal Mahathir Mohamad menyandang jawatan Perdana Menteri. Selepas penswastaan, sumber negara telah disalurkan untuk kepentingan politik. Ling Liong Sik memberi sokongan sepenuhnya sepanjang proses transformasi ekonomi ini, dan semestinya juga dimanfaatkan daripadanya. Jikalau tidak, bagaimana pula nilai harta anaknya mencecah billion ringgit pada usia yang muda?

Ling Liong Sik cuba menguji pola pandangan akar umbi masyarakat Cina pada peringkat awal beliau menerajui MCA. Maka, beliau mengambil pendirian yang agak keras dalam sesetengah isu seperti peruntukan untuk kampung baru Cina, pertikaian Akta Pendidikan dan cukai tanah Bukit Cina di Melaka. Ling pernah protes senyap terhadap rakannya dalam kabinet dengan pengambilan cuti.

Bagaimanapun, beliau gagal bertahan lama, apabila manfaat daripada dasar ekonomi Mahathir semakin hari semakin menghakis ketabahan dalam dirinya sendiri. Tiada lagi prestasi yang memahat ingatan orang ramai daripada Ling selepas zaman 1990-an.

Pada asasnya, dua strategi yang digunakan oleh Ling semasa zamannya adalah, pertama, beliau bergantung kepada Fong Chan Onn (bekas Naib Presiden MCA) dan tink tank MCA, INSAF di peringkat partinya, menjurus kepada pemahaman dan penguasaan Ling terhadap dasar negara (biarpun lemah dari segi pelaksanaan kerana dibelenggu struktur kuasa dalam BN).

Dari segi akar umbi parti pula, Ling menyerah kepada adik beradik Ong Ka Ting (dengan Ong Ka Chuan), yang berasal dari pendidikan aliran bahasa Cina. Kemudian adik beradik Ong ini diimbangi pula oleh Chua Soi Lek dan Chor Chee Heong yang berasal dari pendidikan aliran bahasa Inggeris.

Pengambil-alihan Nanyang Holdings

Sememangnya, kita tidak harus melupai pencerobohan yang dibawa oleh Ling Liong Sik dalam ruang kebebasan akhbar. Pada Mei 2001, MCA di bawah Ling menongkah arus suara rakyat untuk mengambih alih Nanyang Holdings (yang memiliki Nanyang Siang Pau, China Press dan majalah lain-lain). Keputusan ini telah menyempitkan ruang kebebasan akhbar.

Tycoon balak dan media, Tiong Hiew King (gambar kiri) akhirnya dimanfaatkan apabila MCA melepaskan saham yang dikuasainya kepada Tiong, yang menjurus kepada penggabungan konglomerat media menjadi Media Chinese International Limited, hari ini. Dari segi ini, Ling amat berjasa kepada Tiong, dan Media Chinese International Limited semestinya membalas jasa Ling.

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang hangat dipertikaikan sekian lama ini akhirnya membawa kejutan apabila bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik menjadi orang pertama bergelaran "Tun" didakwa di mahkamah. Bagaimanapun, hampir tiada analisa atau komentar yang bernas disiarkan di Sin Chew Daily (akhbar di bawah Media Chinese International Limited) yang kononnya mempunyai pengaruh di kalangan jutaan pembaca. Seandainya dibandingkan, Utusan Malaysia danOriental Daily menyiarkan lebih tulisan dalam isu ini. Kita semua tahu puncanya.

Selepas Ong Ka Ting mengambil alih tampuk pimpinan, orang-orang dari sekta Ling Liong Sik telah "dipancung" dari jawatan masing-masing. Bukan sahaja ahli politik yang tampil di atas pentas politik, malah tink-tank Ling juga dipancung. Pengarah INSAF, Steven Wong telah beralih ke Institut Kajian Strategi Antarabangsa (di bawah naungan kerajaan), penyelidik Ong Kian Ming pula menyertai tink-tank Gerakan dan Stanley Koh pula menggunakan pentas Malaysiakini untuk melontarkan kritikan terhadap adik-beradik Ong.

Setelah tujuh tahun berundur dari pentas politik, Ling melalui zaman "layanan dingin" oleh adik beradik Ong Ka Ting dan Ong Ka Chuan, kemudian cuba diasingkan pula semasa zaman Ong Tee Keat menjadi Presiden. Ling sebenarnya menemui cahaya apabila anak buahnya Chua Soi Lek "hidup semula dari kematian" dalam politik.

Biarpun begitu, skandal PKFZ telah mencetuskan kemarahan yang meluap-luap di kalangan rakyat. Dalam satu minggu ini, hampir tiada orang yang berani bersuara mempertahankan Ling di media arus perdana. Malah konglomerat media Tiong memilih juga untuk mendiamkan diri.

Bagaimanapun, Ling telah menjadi penyumbang kepada sistem autoritarian yang dibina Mahathir. Ling Liong Sik tunduk sepenuhnya kepada pemerintahan diktator Mahathir, memilih untuk "buat tak nampak" penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan. Ling sering mengingatkan masyarakat Cina bahawa Cina adalah kaum minoriti. Walaupun beliau mungkin membebaskan diri akhirnya dalam skandal PKFZ ini, namun tetap gagal menutup realiti bahawa pencerobohan lebih daripada pembinaan semasa zaman pemerintahannya.

Seandainya Najib tidak memberi laluan kepada siasatan sepenuhnya dalam kes ini, berikutan kekhuatiran ditentang kuasa lama dalam UMNO, ataupun takut kredibilitinya terjejas, maka tugas ini harus diamanahkan kepada pengundi -- menyapu keluar BN dari rumah dalam PRU akan datang, dan mengucapkan selamat tinggal kepada era Ling Liong Sik.- merdeka review

Apa??? Noh Omar Alim-Alim Kucing??

Posted: 10 Aug 2010 10:55 PM PDT

Noh alim-alim kucing: Hasan Ali

SHAH ALAM - Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mendesak supaya pusat-pusat hiburan di negeri itu ditutup sepanjang bulan Ramadan.

"Pemimpin berkenaan seolah-olah 'alim-alim kucing' kerana mencabar ianya ditutup sepanjang bulan Ramadan sahaja.

Katanya, setiap bulan adalah haram bagi semua aktiviti maksiat bukan bulan Ramadan sahaja.

"Ini menunjukkan betapa ceteknya ilmu agama pemimpin-pemimpin UMNO. Bulan Ramadan baru nak tunjuk alim," katanya.

Sebelum ini, Noh mencabar Kerajaan Negeri Selangor supaya menutup semua pusat hiburan dan rumah urut di negeri itu bagi menghormati bulan Ramadan dan mengelakkan tuduhan Pas berada di bawah telunjuk DAP.

Malah Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo juga pernah mencabar kerajaan negeri Selangor menutup premis perjudian dan rumah urut.

Bung Terlepas Juga Daripada Dipenjara

Posted: 10 Aug 2010 09:43 PM PDT

Terlepas juga akhirnya ngko Bung. Nasib baik mahkamah kat Negara ini berstatus ayam. Semua pemimpin UMNO yang buat jenayah, seboleh-bolehnya Mahkamah akan cuba elak untuk hokum pemimpin BN itu. Apapun jika bung kena penjara 1 bulan, sudah tentu ia akan gemparkan negara dan pengundi Kinabatangan. Walapun hukuman itu tak terjumlah kepada PRK, kerana syarat Perkara 48 perlembagaan kita hanya tetapkan hukuman penjara 1 tahun ke atas dan denda 2 ribu 1 sen ke atas sahaja, baru ada prk. Selamatlah ngko Bung. Tahniah
Bung Moktar terlepas hukuman penjara kes poligami
SHAH ALAM 11 Ogos – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin hari ini berjaya mengetepikan hukuman penjara sebulan yang dikenakan terhadapnya pada Mei lepas bagi kesalahan berpoligami tanpa kebenaran selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menerima rayuannya.
Ketua Hakim Syarie Selangor, Mukhuddin Ibrahim bagaimanapun memerintahkan ahli politik dari Sabah itu membayar denda RM1,000, dan jika gagal berbuat demikian, akan dikenakan penjara enam bulan.
Pada 19 Mei lepas, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhi hukuman penjara sebulan terhadap Bung Moktar, 51, kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan pelakon Izette A. Samad, 31, di rumah No. 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam 16 Disember tahun lepas.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. – Bernama

Isu Porno..Malaysia Tak Malu Dengan Indonesia Ker??

Posted: 10 Aug 2010 09:28 PM PDT

Indonesia sekat akses empat juta laman porno

JAKARTA: Kerajaan Indonesia mengumumkan akan menyekat capaian kepada empat juta laman lucah di internet selepas menerima desakan masyarakat secara berterusan berhubung perkara itu, khususnya dalam usaha melindungi golongan remaja daripada bahaya pengaruh pornografi.

Sekatan capaian itu meliputi semua laman yang mengandungi bahan pornografi seperti capaian persenggamaan normal mahupun yang di luar tabie, aksi bogel, penampilan visual alat kelamin dan simbol pornografi.

Menteri Komunikasi dan Penerangan Tifatul Sembiring berkata langkah itu yang diambil bersempena Ramadan, adalah selaras dengan kehendak undang-undang antipornografi Indonesia yang diluluskan 30 Oktober 2008.

Pada masa ini sekitar 90 peratus laman porno disekat caopaianya, kami akan

melakukannya bertahap-tahap sehingga semuanya disekat, katanya pada sidang media di Jakarta, Selasa. BERNAMA

 

Tiada ulasan: