Sabtu, 7 Ogos 2010

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Bukan nak jaga Melayu, tapi jaga Umno

Posted: 07 Aug 2010 06:52 PM PDT

BACHOK, 8 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dakwaan kononnya Umno sebagai parti pembela Melayu hanya retorik setelah merasai semakin terhimpit.
"Parti sekular jaga Malaysia ni hampir 60 tahun dah. Akhirnya bila dia tua sekarang ini dia minta tolong kita pula jaga dia. Dia baik sangat nak jaga perpaduan Melayu, bukan nak jaga Melayu, tapi nak jaga Umno.
"Jaga Melayu lain, jaga Umno lain. Kelantan diduduki oleh orang Melayu, tapi apa dia buat? Dia buat JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) di Kelantan sebagai tempat tadah duit daripada pusat.
"Kalu betul dia nak jaga Melayu dia salur terus ke kerajaan. Kerajaan PAS Kelantan ini pun orang Melayu, bukan orang lain, bukan Korea, bukan Yahudi atau sebagainya," katanya.
Mengulas lanjut, Menteri Besar itu mendakwa tuduhan kerajaan Islam tidak mampu membawa kemajuan sengaja dicetuskan oleh golongan sekular bagi mengancam kepada proses pengembangan Islam secara keseluruhan.
Beliau berkata, bahkan itulah juga antara punca menyebabkan orang bukan Islam terasa jauh dengan Islam.
"Apa tidaknya, apabila mereka cuba hendak rapat dengan Islam, dikatakan Islam mundur, Islam tidak dapat membawa kemajuan.
"Benda-benda begini telah menimbulkan masalah dalam masyarakat hasil daripada ajaran sesat golongan sekular terhadap Islam," ujarnya.
Beliau juga menjelaskan tidak berminat untuk melayan mana-mana individu mencabarnya untuk berdebat dalam sesuatu isu khususnya tentang Islam kecuali ia membabitkan pemimpin dari kalangan Umno.
"Saya lawan umno. Saya tak lawan individu tertentu. Bukan kerja saya lawan budak-budak kampung," katanya semasa ditemui selepas menyempurnakan akad nikah anak Setiausaha PAS kawasan, Huzaimi Che Hussien, semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah yang mencabar berdebat sekiranya apa yang didakwanya adalah tidak benar.
Abdullah kerap mengkritik Mursyidul Am PAS itu kerana berpendapat telah mengeluarkan kenyataan yang seringkali menyebabkan timbulnya kekeliruan di kalangan umat Islam.
Mengulas lanjut, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengibaratkan tindakan Abdullah tidak ubah seperti individu yang hanya "menumpang semangkuk" dan tidak perlu dilayan.
"Ikut dialah, saya nak debat dengan Umno. Umno lawan saya.
"Ibarat kalau kata Joe Frazier nak lawan Muhammad Ali, dia (Muhammad Ali) akan terima, tapi kalau Muhammad Ali nak lawan orang macam saya dia akan kata menang awaklah.
"Begitulah juga saya, ambil ke dialah (Abdullah). Dia hanya nak tumpang semangkuk," katanya.
Tuan guru Mursyidul Am menyempurnakan akad nikah anak kedua Huzaimi di Masjid Muhammadi Bachok yang turut dihadiri Yang Dipertua PAS kawasan, Datuk Omar Mohamed.

Syed Husin: Dominasi Umno lemahkan BN, usah cuba pujuk PAS

Posted: 07 Aug 2010 06:19 PM PDT


Oleh Radzi Razak

August 08, 2010
Pemimpin Pakatan Rakyat (dari kiri) Mahfuz Omar, Husam Musa, Syed Husin dan Ngeh Koo Ham pada majlis pelancaran Tabung Impian Rakyat Malaysia di Stadium Malawati malam tadi. — Gambar oleh Choo Choy May
SHAH ALAM, 8 Ogos — Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Senator Dr Syed Husin Ali mendakwa kerjasama antara 13 komponen Barisan Nasional (BN) sebagai lemah dan tidak akan bertahan disebabkan status Umno yang terlalu mendominasi ikatan itu.
Sehubungan itu kata Syed Husin, cubaan memujuk PAS agar keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) adalah langkah sia-sia kerana gabungan tiga komponen ini, yang ditubuhkan April 2008, jauh lebih kukuh berbanding BN.
"Majlis ini menghantar mesej jelas terutama kepada umno dan pemimpinnya, (Datuk Seri) Najib (Razak) bahawa Pakatan adalah satu badan kukuh dan kuat yang boleh menjatuhkan mereka," kata Syed Husin ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mega Tabung Impian Rakyat Malaysia (Tiram) di Stadium Malawati di sini malam tadi.
Tabung itu dilancarkan pada majlis itu.
Malah, Syed Husin mendakwa Umno bertanggungjawab dalam memecahbelahkan kaum dan agama di negara ini.
Beliau memberi contoh betapa Umno menggunakan media tajaan mereka untuk menggambarkan seolah-olah pemimpin PR sering berkelahi dan bertelagah.
"Mereka guna media tunjuk seolah Pakatan Rakyat sering bergaduh, dan pecah belah.
"Itu sebabnya ada beza antara hubungan PAS-DAP dan Umno-MCA," jelas Syed Husin yang mewakili Ketua Umum PR dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan merujuk kepada masalah dalaman semasa BN.
Syed Husin juga berkata, Umno sanggup menggunakan agama dan hubungan kaum bagi mendapatkan undi rakyat.
"Mereka guna agama dan perhubungan kaum untuk menyubur (sikap) pecah belah di kalangan Pakatan Rakyat, itu sebabnya mereka cakap tentang agama untuk mempertahankan agama tetapi mereka yang bertanggungjawab memecahbelahkan institusi Melayu," tegas beliau.
Dalam pada itu, Majlis Makan Malam Mega Tiram mengumpulkan lebih RM35,000 termasuk hasil sumbangan derma dan jualan tiga potret Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Aziz dan karikatur hasilan Zunar.
Jumlah ini melebihi sasaran asal penganjur iaitu dalam lingkungan RM20,000.
Nik Aziz yang sepatutnya melancarkan tabung itu tetapi tidak hadir kerana dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian kerana kepenatan.
"Dia letih... kalau biar rehat di rumah nanti orang datang melawat, tak dapat rehat dengan sempurna. Jadi dibawa ke hospital," kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan diwakili oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar manakala Penasihat DAP Lim Kit Siang pula diwakili Datuk Ngeh Koo Ham iaitu pemimpin jawatankuasa eksekutif parti itu dan Ahli Parlimen Beruas.
Tiram ditubuhkan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti boleh membentuk kesedaran dan mendidik masyarakat tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai rakyat di negara yang mengamalkan demokratik.
Dalam pada itu, Penasihat Tiram, Datuk Husam Musa pula berkata, tabung ini mampu memberikan harapan dan menyampaikan maklumat benar kepada rakyat dengan mempertahankan prinsip demokrasi.
"Hasrat kami adalah untuk bergerak dengan lebih efektif untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat, bukan saja untuk pilihan raya umum akan datang," ujar Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.
Tiram turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang anggota mereka mati ditembak polis termasuk Aminulrasyid Amzah, 15 dan keluarga Ibrahim Libya yang terbunuh dalam peristiwa Memali.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menganggap program Tiram berjaya dan permulaan kepada usaha menjadikan negara ini lebih bebas daripada amalan-amalan yang bertentangan dengan prinsip demokrasi.
"Ini merupakan usaha serius yang perlu dilakukan demi negara. Asas kita adalah prinsip keadilan yang menerangi semua," ujar beliau.

Biro Kelab Umno Luar Negara Sedia Pelan Strategik Pantau Kegiatan Pelajar Luar Negara..Umno boleh..Pakatan tak boleh..!!!

Posted: 07 Aug 2010 06:12 PM PDT


KUALA LUMPUR: Biro Kelab Umno Luar Negara akan menyediakan pelan strategik bagi memantau dan mengenal pasti faktor yang mengakibatkan terdapat penuntut Malaysia di luar negara yang cenderung tidak menyokong kerajaan.
Pengerusi biro, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pelan itu dijangka siap bulan depan untuk membolehkan Umno mencari pendekatan baru mendekati penuntut agar tidak menentang kerajaan.
"Kita mahu tahu kenapa jadi begitu, adakah kerana kurang perhatian kerajaan, kelemahan jabatan penuntut atau pendekatan tersendiri yang dimainkan pihak kedutaan Malaysia di luar negara," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis induksi dan makan malam pelajar baru United Kingdom dan Ireland di sini Sabtu, Ahmad Shabery berkata beberapa faktor juga perlu diteliti sama ada ia berkaitan faktor personaliti, organisasi, isu serta tohmahan pembangkang terhadap Umno dan kerajaan.
"Orang tidak menyebelahi kerajaan bukan kerana pembangkang baik, mungkin kerana personaliti (seseorang) dikaitkan dalam kerajaan yang boleh menimbulkan keresahan sehingga pergi kepada pembangkang," kata Ahmad Shabery yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno.
Majlis induksi dan makan malam anjuran kelab berkenaan dihadiri 100 pelajar. - BERNAMA

Gantung Loceng Di Leher Kucing

Posted: 07 Aug 2010 06:08 PM PDT


Tidaklah istimewa sangat tulisan ketua ulama muda Umno seperti yang tersiar dalam Malaysiakini. Tulisan itu tidak lebih sekadar menjustifikan kemasukan beliau dan rakan-rakannya ke dalam parti sekular itu.


Kalau ingin dikatakan istimewa juga, tulisan itu diselang-seli dengan maksud ayat-ayat al-Quran, hadis dan ungkapan para ulama terdahulu yang dipetik daripada kitab-kitab muktabar mereka.

Ya, tulisan ulama. Kalau tidak diselang-seli dengan itu semua, tentulah tulisan itu sama sahaja dengan tulisan bukan ulama dalam Umno.

Lagi pun, beliau adalah ulama muda. Tentulah sangat perlu ulama muda membuktikan kepada pemimpin Umno bahawa mereka bukan calang-calang ulama. Penguasaan ilmu mereka mesti dibuktikan dengan keupayaan memetik dan menyedut pelbagai ungkapan daripada kitab-kitab terdahulu.

Ketua ulama muda ini menganggap kemasukan beliau ke dalam Umno sebagai perjuangan. Cuma beliau tidak menggunakan ungkapan jihad. Kalau ungkapan itu digunakan, tentu lebih gah.

Pernahkah ketua ulama muda Umno ini bertanya dirinya sendiri, apakah yang ingin diperjuangkannya melalui Umno? Perjuangan Islam, perjuangan Melayu, perjuangan keadilan, perjuangan ketelusan, atau apa lagi?

Kalau perjuangan Islam, Islam bagaimana? Kalau perjuangan Melayu pula, Melayu mana? Kalau perjuangan keadilan atau ketelusan, adakah wujud semenjak sekian lama tunas-tunas keadilan dan ketelusan di dalam Umno yang boleh mereka bajai?

Bagaimana kalau saya katakan, Umno adalah parti zalim? Adakah para ulama Umno ini punya hujah untuk menolaknya?

Saya katakan, ketua ulama muda ini ibarat seseorang yang memiliki sebatang mancis api. Dia berhasrat mencerahkan sebuah bangunan besar dengan mancis sebatang itu. Pada masa yang sama pula angin bertiup sangat kencang.

Mampukah dia menahan mancis itu daripada terpadam? Atau, mampukah dia menghentikan tiupan angin? Atau, akhirnya dia akan teraba-raba kegelapan dan kedinginan sedangkan anak mancis telah terpadam dan angin pula terus bertiup kencang?

Bagi ketua ulama muda Umno ini, Umno tidak perlu dituding dengan kesalahan yang dilakukan. Parti-parti lain juga turut melakukan kesalahan. Umno perlu dinasihati dan bukan sibuk mengintip kesalahannya.

Sebenarnya, kesalahan Umno tidak perlu diintip. PAS dan PKR tidak perlu mengupah jasus untuk mengintai kesalahan Umno. Daripada orang asli yang tinggal di hutan sampai kepada pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya, semuanya tahu kesalahan bahkan jenayah Umno.

Kesalahan itu pula bukan kesalahan kerana 'tersalah' tetapi kesalahan 'sengaja'. Adakah ketua ulama muda Umno ini tidak membaca laporan Ketua Audit Negara? Atau, dia tidak membaca pendedahan yang dibuat oleh pelbagai media termasuk media antarabangsa?

Adakah ketua ulama muda Umno ini turut mempercayai dan membenarkan konspirasi ke atas bekas TPM, sedangkan al-Qardhawi sendiri tidak berpendirian sebegitu?

Adakah ketua ulama muda ini turut ingin berkongsi jenayah dan dosa tuduhan meliwat tanpa empat saksi?

Atau, ketua ulama muda Umno ini menganggap rasuah, jenayah bunuh, jenayah kurung, jenayah menyiksa yang dilakukan sekian lama oleh Umno sebagai bukan jenayah? Dia ingin turut sama memikul dosa semua itu?

Kalau ketua ulama muda ini punya bahu yang gagah dan sanggup memikul sama, silakan.

Selanjutnya, ketua ulama muda Umno ini mengaku letih dengan kritikan dan sindiran kepadanya apabila dia masuk Umno. Dia menganggap kritikan dan sindiran itu sebagai ujian untuk orang beriman.

Pelik juga, mengapa dia memilih ujian melalui menyertai Umno? Mengapa tidak memilih ujian dengan menjadi penentang Umno? Dia pun tahu, ujian ada dimana-mana, tetapi ujian melalui penyertaan ke dalam Umno yang dipilih, mengapa?

Saya rasa ketua ulama muda Umno arif jawapannya seperti saya dan orang lain juga. Dia juga perlu menilai semula, adakah apa yang dihadapinya apabila menyertai Umno adalah ujian? Atau, itu adalah bala.

Ketua ulama muda Umno ini turut mengaku bahawa dia tidak mempunyai upaya mengubah Umno. Mengubah wanita Umno supaya memakai tudung pun dia tidak berupaya. Hujahnya, hidayah bukan di tangannya.

Baginya, Umno rosak kerana beberapa idividu jahat dalam Umno. Rasuah, tolak hudud dan mata duitan bukan dasar Umno.

Benar, hidayah bukan di tangan manusia termasuk nabi-nabi. Tetapi, bumi ini berputar berdasarkan sunnah atau undang-undang. Tidak ada sesuatu pun yang berlaku tanpa sebab. Sebab musabbab adalah sunnah Tuhan.

Sudah terlalu banyak sebab yang melayakkan Umno berubah menjadi parti seperti yang diharapkan oleh ketua ulama muda Umno ini. Mereka tewas di Kelantan semenjak 1990. Sepatutnya itu sudah cukup untuk membuat Umno sedar, namun itu tidak berlaku.

Bahkan, kesombongan dan kesumbingan parti itu semakin menjadi-jadi. Mereka tewas lebih teruk pada PRU terbaru, Umno tetap begitu juga.

Untuk pengetahuan ketua ulama muda ini, Umno bukan lagi sekadar dinasihati dengan suara tetapi dinasihati dengan kuasa rakyat melalui peti undi, parti itu tetap begitu juga.

Umno bukan dinasihati oleh seorang atau dua orang orang tetapi oleh jutaan rakyat. Bukan setahun atau dua tahun, tetapi sudah 20 puluh tahun. Bukan lagi oleh ulama muda, tetapi oleh semua kasta ulama.

Adakah Umno berubah? Kalau begitu ramai orang yang menasihati Umno, begitu lama parti itu dinasihati, Umno kekal begitu juga, adakah Umno akan berubah dengan nasihat ketua ulama muda Umno?

Akhirnya, bagi saya, kerja ulama muda Umno ini sama seperti kerja tikus yang berpakat untuk menggantung loceng di leher kucing. Kerja itu bagus, mulia, terpuji. Kerja itu adalah perjuangan. Ya, perjuangan menyelamatkan tikus seantero alam daripada menjadi mangsa kucing.

Persoalannya, bolehkah? Kalau boleh silakan. Dan, mari kita sama-sama menanti hasilnya.

DISKAUN TIADA DALAM PERUNTUKAN MEMBELI RUMAH..PENDIDIKAN ADA

Posted: 07 Aug 2010 05:59 PM PDT


INI KATA-KATA TUNKU ABDUL AZIZ



"Adalah jelas mereka yang digelar pemimpin Umno ini mempunyai fahaman sifar ataupun terhad, berhubung perlembagaan persekutuan kerana seboleh mungkin yang saya cuba, saya gagal mencari sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan bahawa Melayu atau bumiputera perlu diberikan hak untuk mendapat diskaun bagi membeli hartanah.

"Yang pasti, perlembagaan persekutuan tidak memperuntukkan bahawa Melayu berhak mendapatkan diskaun untuk membeli hartanah mewah yang bernilai jutaan ringgit," kata Abdul Aziz.


INI PULA APA YANG JELAS TONY PUA KATAKAN

Semasa sesi dialog belanjawan kerajaan negeri Selangor pada Julai lalu, Pua berkata diskaun bumiputera sepatutnya dihapuskan kerana ia langsung tidak berkaitan dengan usaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan golongan itu.


Berapa ramai pula yang dapat dikaun tersebut dan pemimpin Umno tidak membeli rumah kerana mereka membuat rumah yang lebih besar.


Yang aku tahu ialah peruntukan untuk mendapat pendiddkan secara percuma dan ini ada dalam perlembagaan persekutuan.Malangnya peruntukan ini tidak di aplikasikan kerana ramai pimpinan menjadi pengerusi berbagai institusi penddiikan swasta.

Maka Mahathir , pada waktu menjadi perdana menteri dengan dasar penswastaan yang melingkupkan hampir 30 billion dengan berbagai projek yang gagal,terutamanya mengangkut besi dan perwaja, mengunakan isu bahawa Melayu tidak perlu bergantung kepada kerajaan untuk mendapatkan peruntukan pendidikan , dan dalam masa yang sama kroni menjadi dan membuka kolej yang menjadikan orang melayu di kampung terpaksa menjual tanah untuk menghantar anak-anak ke Universiti.


Rasanya dasar kerajaan inilah yang patut di perdebatkan . Maka kerana itu PR membuat dasar bahwa jika di berikan kuasa untuk memerintah , dengan dasar berjimat dan berhemah tanpa ada korupsi, bukan sahaja orang Melayu akan mendapat pendidikan percuma , malahan golongan bukan melayu yang bijak dan cerdik akan di berikan bantuan untuk mendapatkan pendidikakn percuma di Universiti. Rakyat adalah aset besar untuk negara tanpa mengira kaum.


"Diskaun pembelian hartanah mewah adalah antara perkara utama yang disalah-gunakan di bawah Dasar Ekonomi Baru yang memerlukan pembaharuan bagi memastikan 40 peratus daripada bumiputera yang berpendapatan rendah mendapat manfaat daripada dasar afirmatif.

Penan issue riddled with misconception

Posted: 07 Aug 2010 05:56 PM PDT


By Joseph Tawie
KUCHING: Land Development Minister James Masing has accused NGOs of getting their information based on gossips and third rate information.
"That is why we want to talk to the NGOs. We want to clear this misinformation and misconception with regards to the Penans," he said, pointing out that the state government had nothing to hide.
"We are the government of this country and Penans are citizens of this country. It is our duty to ensure that they benefit from our development policies. And to say that we are not doing any thing for the Penans is not correct. That assumption must be corrected," he added.

He cited an example where the government spent RM1.4 million on 46 villagers from Long Wat for their 'pemali' (taboos) which were affected by the Murum dam.

"We look after them. We appreciate their culture and customs and the government gives them the priority to be employed in the dam," the Parti Rakyat Sarawak president told a press conference.

On the demand by the Penans for them to see the social and environmental impact assessment (SEIA) studies, Masing said that the reports had not been completed.

There were reports previously, but those reports had to be reviewed and revised as they hac to follow international standard.

"I can assure you that the methods of implementation in the Murum dam will be much better than in Bakun dam, because what is done here was not done in Bakun," he said.

On native customary rights land, Masing said PRS had set up a land task force to make recommendations to the government on how best to solve the problems concerning NCR land.

"NCR land problems are very important issues and party members want to know how the party can help solve such problems," he said.

The task force, he said, would submit its recommendations through the party to the government.

The setting up of this task force followed the government's announcement to survey NCR land in
the state that would help demarcate between the NCR land and state land.

"This will be a good start to solve the NCR problems," Masing stressed.

He estimated that some 300,000 ha of NCR land were now under oil palm plantations, pointing out that the government had earmarked another 300,000 or more ha to be planted with oil palm.

UPSR and PMR
On the abolishment of UPSR and PMR examinations, Masing said that his party's stand
was that it was not a good decision.

"These examinations have embodied our belief in the principle of having a centralised achievement measurement system at several stages of our education.

"There is nothing wrong in this belief but there is obviously much to be improved in our examination systems' effectiveness in measuring the intended results of our formal education process," he said.

"We believe that pointing at the alleged shortcomings of UPSR and PMR distracts us from the real weakness in our formal education process, that is, the school syllabus.

"The school syllabus should be studied and reviewed first in order to determine whether it does clearly lay down what schooling in Malaysia need to impart to the students from their first day at school to the day their levels of achievement are measured by our examination system," he added.

Isu hak Melayu bagai jolok sarang tebuan

Posted: 07 Aug 2010 05:50 PM PDT



8 OGOS — Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, dari DAP mencadangkan supaya diskaun Bumiputera untuk hartanah komersial dan kediaman mewah di Selangor dihapuskan. Alasannya, ia mampu memberi persaingan dan menarik pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.
Cadangan itu menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat. Artikel ringkas ini cuba untuk mengulas isu cadangan ini dari sudut implikasi ekonomi dan sosial. Pandangan di sini merujuk kesannya ke atas ekonomi dan sosial kerana kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.
Dalam menilai sesuatu dasar seperti cadangan menghapuskan diskaun Bumiputera, kita harus melihat dari segi kos dan faedah pelbagai pilihan yang ada supaya warga dalam masyarakat demokrasi dapat membuat pilihan lebih baik sebelum sesuatu polisi itu dilaksana atau digantikan.
Seperti diketahui, Dasar Ekonomi Baru (DEB) bermatlamat secara umumnya menghapuskan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi mengelak pengenalan sesuatu kaum berasaskan fungsi ekonomi.
Dalam mencapai matlamat menyusun semula masyarakat ini, antara strateginya ialah menambah pemilikan Bumiputera dalam bentuk hartanah melalui potongan harga khas atau diskaun yang diberikan kepada mereka.
Memang tidak dinafikan, berdasarkan teori ekonomi, sebarang herotan (distortion) pasaran menyebabkan ketidakcekapan dalam pasaran kerana menyebabkan agihan sumber tidak cekap.
Dalam konteks ini, wujudnya dualisme dalam harga pasaran hartanah yang menyebabkan wujud ketidakcekapan dan halangan kepada daya saing ekonomi negara. Ia dikatakan sebegitu disebabkan herotan ini, pasaran perumahan kurang penawaran daripada tahap optimumnya. Inilah dimaksudkan Pua agaknya apabila dia mengatakan dapat menarik pelabur memanfaatkan sektor hartanah di Selangor jika diskaun untuk Bumiputera dihapuskan.
Bagaimanapun, untuk menyatakan tanpa diskaun Bumiputera ini, pasaran secara automatik menjadi kompetitif dan berdaya saing adalah satu kenyataan yang simplistik. Ekonomi bukan semudah itu.
Banyak faktor bertindak balas dalam pasaran. Antaranya, kestabilan politik dan sosial mempengaruhi prestasi sesebuah ekonomi (dalam konteks negara kita, faktor keharmonian kaum sangat penting).
Kalau kita lihat pencapaian Bumiputera dalam pemilikan harta jauh daripada apa yang disasarkan dan ia amat jauh ketinggalan berbanding pemilikan kaum Cina.
Berdasarkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), 2006-2010, yang diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi, pada 2007, pemilikan oleh Bumiputera hanya 15.7 peratus bagi bangunan dan 29.2 peratus bagi kategori kompleks perniagaan berbanding masing-masing 72.6 dan 69.4 peratus dimiliki kaum Cina.
Jika dilihat dari segi pemilikan premis perindustrian ia lebih mendukacitakan. Pemilikan Bumiputera hanyalah 3.5 peratus berbanding 87.2 peratus oleh kaum Cina.
Oleh itu, jika diskaun Bumiputera hartanah komersial dihapuskan, matlamat memperbetulkan ketidakseimbangan dalam pemilikan hartanah pasti tidak tercapai malah akan melebarkan lagi jurang ekonomi antara kaum.
Keadaan ini pasti merapuhkan keharmonian kaum dan sosial seterusnya kestabilan negara. Apabila ini berlaku, bagaimana kita boleh menumpukan kepada kesejahteraan ekonomi? Perlu diingatkan satu daripada objektif Wawasan 2020 ialah melahirkan masyarakat adil dengan keseimbangan ekonomi antara kaum.
Ahli ekonomi Britain, Dudley Seers, pernah berkata pembangunan bukan hanya pertumbuhan ekonomi semata-mata. Ia membabitkan kedua-dua aspek ekonomi dan sosial.
Beliau menilai pembangunan sebagai mengambil kira isu kemiskinan, pengangguran dan ketidaksamaan. Pandangan ini menunjukkan pembangunan perlu menguta-makan peningkatan dalam kesejahteraan sosial, bukannya sebagai hasil sampingan pertumbuhan ekonomi.
Bekas Canselor Jerman, Willy Brandt, atas kapasiti Pengerusi Isu Pembangunan Antarabangsa, pernah menulis bahawa pembangunan membawa bersamanya bukan saja idea peningkatan ekonomi malah peningkatan dalam maruah manusia, keselamatan, keadilan dan ekuiti.
Dalam hal ini, mesej yang ingin disampaikan ialah apa maknanya andai wujud pertumbuhan ekonomi yang pesat tanpa keseimbangan ekuiti. Lebih relevan lagi soalannya, apakah boleh wujud pertumbuhan ekonomi tanpa keseimbangan ekuiti?
Oleh itu, apa yang lebih penting akhirnya ialah bagaimana kita dapat meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi negara tanpa menjejaskan kestabilan politik dan sosial.
Bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, kita tidak boleh menjadikan ia sebagai alasan untuk menidakkan matlamat menjadikan ekonomi negara cekap dan kompetitif seperti yang digariskan dalam Model Baru Ekonomi (MBE).
Dalam konteks dasar penggalakkan pemilikan harta Bumiputera, mungkin dasar ini boleh disemak untuk kategori hartanah yang bernilai tinggi yang mana sudah dipastikan kategori ini hanya mampu dimiliki oleh golongan yang benar-benar tidak memerlukan diskaun. Mungkin juga, kadar diskaun untuk Bumiputera ini diberikan secara lebih regresif untuk nilai hartanah yang melebihi sesuatu tahap. Mungkin juga, insentif lain perlu dicari yang mana insentif ini tidak akan memberi kesan herotan kepada pasaran.
Mungkin juga, kita boleh memberi tempoh bertenang sebelum apa-apa perubahan dasar ini dilaksanakan. Apa yang harus kita fahami ialah sukar untuk mempertahankan dasar seperti ini selama-lamanya jika kita ingin menjadi negara yang cekap dan kompetitif seperti digariskan MBE.
Tidak dapat tidak, tiba masanya nanti, dasar seperti ini dihapuskan. Oleh itu, pada masa depan, Bumiputera perlu bersedia dengan keadaan tiada lagi campur tangan oleh kerajaan sebagai jaringan keselamatan. — Berita Minggu

Apa jasa PAS? — Awang Selamat

Posted: 07 Aug 2010 05:43 PM PDT


8 OGOS — Awang hairan apabila PAS berterusan mendakwa Umno tidak Islam atau kurang Islam setiap kali memperkatakan soal Islam. Padahal Umnolah parti paling berjasa kepada perkembangan syiar Islam di negara ini.
Umno jugalah yang paling ke hadapan dalam mempertahankan kesucian Islam. Terbaru dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. Umno turut menjadi parti Islam di negara ini membina paling banyak masjid, sekolah agama, universiti termasuk universiti Islam, memperkenalkan Tabung Haji dan pelbagai instrumen Islam dalam sistem perbankan dan insurans.
Peranan aktif Malaysia dalam dunia Islam yang diperakukan oleh masyarakat antarabangsa, juga adalah atas dasar Umno. Kesederhanaan pendekatan Umno membolehkan ramai bukan Islam di negara ini memeluk Islam terutama ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Rekod pencapaian itu belum mampu ditandingi PAS yang lebih banyak retorik. Bahkan Umno terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding PAS yang baru setahun jagung.
Ramai masih ingat betapa pemimpin PAS ghairah melabel bukan Islam sebagai kafir. Umno yang berbaik-baik dengan parti bukan Islam ditentang serta dituduh kafir. Bukan setakat itu sahaja, Umno konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain.
Dasar Umno juga membolehkan kaum minoriti di peringkat awal kemerdekaan berkongsi kuasa. Kaum minoriti juga boleh menguasai ekonomi, adalah atas kemurahan hati kepimpinan Melayu di bawah Umno.
Selain itu, Malaysia dijadikan model negara Islam termasuk oleh negara rantau Arab adalah kerana pengurusan yang cemerlang. Sebab itu, Awang hairan apabila ramai pemimpin PAS menolak idea permuafakatan dengan Umno kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat.
Anehnya PAS tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam. Pada Awang, PAS menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam. Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam lain. Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsafan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, mana-mana golongan yang menolak dan menyulitkan usaha ke arah perpaduan, akan menerima pembalasan. Rasulullah sendiri adalah pejuang perpaduan yang tidak meletakkan syarat dan batasan dalam usaha murninya. Meskipun baginda mendokong permuafakatan dengan penganut agama lain, namun teras kepimpinan baginda adalah mendahulukan perpaduan sesama umat Islam. — Mingguan Malaysia

Nik Aziz portraits raise funds despite his absence

Posted: 07 Aug 2010 05:40 PM PDT


By Neville Spykerman

The auction of three Nik Aziz portraits brought in RM11,500 during the fundraiser. — Picture by Choo Choy May
SHAH ALAM, Aug 8 — Datuk Nik Aziz Nik Mat was the star of Pakatan Rakyat's (PR) fund raising dinner last night, bringing more than RM10,000 despite being admitted to hospital in Kelantan for exhaustion.
His public appeal and popularity was evident when three portraits of the PAS spiritual leader fetched a total of RM11,500 during an auction for a special fund to help PR win federal power in the next general election.
Nik Aziz was initially scheduled to be among PR leaders attending the launch of the fund known as Tiram (the Malay acronym for the Malaysian People's Aspiration Fund).
However, Khalid Samad said Nik Aziz had to be admitted to Hospital Universiti Sains Malaysia in Kubang Kerian at about 6pm yesterday.
"He is suffering from fatigue and he was sent to hospital, so he can have uninterrupted rest," said the PAS Shah Alam MP.
A portrait of Nik Aziz in prayer, entitled Doa Syahdu, was purchased for RM6,000 by housewife Rosinah Mohammad.
Two other portraits of him smiling, entitled Seceria Suria Pagi, fetched RM3,000 and RM2,500 during the auction.
PR has set an initial target of collecting RM20 million to fund activities that will help create a better understanding of democracy.
Tiram advisor Datuk Husam Musa said the funds raise collected will also be used to promote change by keeping people informed.
"This includes rural communities in Sabah and Sarawak," said the Kelantan executive councillor.
During the dinner, bouquets of flowers and contributions were given to the families of those who died at the hands of the police.
These included the mother of 14-year-old Aminulrashid Amzah who was shot dead in April and family of A. Kugan, 23, who died while in police detention last year.
Two other families, who lost loved ones during the Memali massacre in1985, also received contributions.
Over 1000 people, among them PR MPs and assemblymen, attended the dinner at Stadium Melawati, which raised more than RM35,000.

Isu BlackBerry: Malaysia kekal bebas, pendirian diumum esok

Posted: 07 Aug 2010 05:39 PM PDT


Oleh Radzi Razak

Perkhidmatan BlackBerry semalam tergendala seketika di Arab Saudi. — Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Pengguna BlackBerry di Malaysia tidak perlu risau kerana negara akan "kekal bebas" walaupun beberapa negara lain termasuk Arab Saudi sudah mula mengambil langkah memantau penggunan peranti tersebut, kata Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Kementerian itu dijangka mengumumkan pendirian rasmi negara mengenai isu BlackBerry yang menjadi tumpuan global, esok.
Ketika memberikan jaminan "kekal bebas", Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang anak Gandum berkata, kerajaan berharap pengguna di Malaysia akan menggunakan kemudahan ini dengan bertanggungjawab.
"Setiap negara ada keperluan kebudayaan masing-masing.
"Malaysia kekal bebas dan berharap pengguna tidak menyalahgunakan sistem ini," kata beliau dalam respons ringkas menerusi SMS kepada The Malaysian Insider malam tadi.
Menteri Penerangan, Telekomunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Rais Yatim dijangka menjawab kebimbangan pengguna di negara ini esok.
Laporan Telegraph semalam menyebut Arab Saudi telah memutuskan untuk menggugurkan rancangan melarang komponen BlackBerry Messenger ekoran persetujuan dicapai oleh kerajaan itu dan pengeluarnya Research In Motion (RIM) semalam.
 Persetujuan itu melibatkan langkah menempatkan server BlackBerry di Arab Saudi, yang akan membolehkan kerajaan memantau mesej para pengguna, sekali gus menghilangkan kebimbangan pihak berkuasa bahawa perkhidmatan itu boleh digunakan untuk tujuan-tujuan "jenayah".
Kini servernya terletak di Kanada.
Seorang pegawai kawal sedia Arab Saudi berkata, ujian sedang dijalankan untuk menentukan bagaimana server BlackBerry akan ditempatkan di negara itu.
Penganalisis pula melihat keputusan itu akan membawa implikasi besar ke atas beberapa negara lain termasuk India dan Emiriah Arab Bersatu yang turut mempertimbangkan langkah yang sama.
Pengawal selia industri telekomunikasi Arab Saudi mengarahkan perkhidmatan BlackBerry digantung mulai kelmarin kerana pengeluar peranti tersebut gagal memenuhi syarat-syarat yang dikenakan.
Bagaimanapun itu disambung selepas empat jam terganggu sementara perbincangan diteruskan membabitkan kedua-dua kerajaan dan syarikat pengeluar BlackBerry.
Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CITC) dalam kenyataannya sebelum ini berkata, penyediaan perkhidmatan BlackBerry tidak memenuhi kriteria kawal selia dan syarat pelesenan yang ditetapkan oleh suruhanjaya itu.
Awal minggu ini, RIM menekankan bahawa perkhidmatan BlackBerry Messenger tidak akan menjejaskan keselamatan.
BlackBerry mempunyai lebih 700,000 pelanggan di Arab Saudi dan 500,000 di UAE, sebuah negara yang kini menjadi hab perniagaan terutama sekali di Dubai.
Indonesia juga sedang mengkaji soal penggunaan BlackBerry.
RIM menguasai pasaran 1.7 peratus penggunaan telefon bimbit di rantau Asia-Pasifik berbanding 48 peratus di Amerika Utara dan 20 peratus di peringkat global.

Melayu Ketagihan Seks... Keraaajaan Pulak Bangang...!!!!

Posted: 07 Aug 2010 05:35 PM PDT


Ini adalah sinambungan dari n3 "Sekolah HIV", jelik dan teramat jelik sekali apabila bangsa melayu masih menjuarai kedudukan teratas dalam perkara2 negatif. Bikin malu kaum jer... cisss hampeh betul...


Para pemimpin dalam keraaaajaan pula hanya tahu bercakap tapi tak serupa bikin, melalak... memekik.. melolong... bercakap memartabatkan bangsa melayu, terutamanya si umnoApco dan Perkasa... yang dua ni memang celaka besar gua cakap lu.. bercakap untuk meraih kepentingan politik saja. Tahap penyelesaiannya... kosong... infiniti.... habuk pun tarak dan malahannya semakin menjadi-jadi pula.
Jangan contohi akhlak seperti dalam gambar tersebut....

Jadi apakah bentuk penyelesaian yang boleh di ambil oleh keraaajaan dalam memulihkan akhlak serta membendung gejala tidak sihat ini terhadap kaum melayu???

Apatah lagi dengan mentaliti kebanyakkan orang2 melayu ini yang obses (taksub) terutama sekali apabila berbicara soal SEKS.... perghhh... orang melayu lah yang paling handal... sebutkan saja apa jenis barangan yang diperlukan... ke lubuk puaka pun orang melayu sanggup mencari...

Tidak keterlaluan jika gua mengatakan ini semuanya berpunca dari BUDAYA TONGKAT ALI. Kebanyakkan orang Melayu ini jika bersembang di kedai kopi, di pejabat baik lelaki mahupun wanitanya, sesama jiran tidak kira tua muda dalam gurauan pasti terselit perkara2 lucah, asyik fikir benda dalam kain - pagi, petang, siang dan malam. Ada sesiapa yang berani menafikan apa yang gua perkatakan ini...??? 

Dalam pada itu pula, dalam akhbar, telivisyen, radio, laman internet.. oppsss... dalam blog2 pun ada juga menyiarkan iklan segala jenis mak nenek seperti tongkat ali, kacip fatimah, manjakani, minyak lintah, nak besar nak tegang, nak sempit, nak pelbagai macam lagi. Ada juga yang buat banner, lekat di tiang2 elektrik dan kat pasaraya, bersepah-sepah jika di lihat.. dalam ertikata lainnya mempromosi ubat2 ransangan seks. 

Melayu2 jenis ini sudah termasuk dalam ketegori kes penyakit OBSESSION. Dalam terma agama ialah TAKZUB. Istilah yang jarang2 orang gunakan ialah KETAGIHAN SEKSsebabnya ramai yang tak mahu mengaku mereka2 itu dalam kategori Ketagihan Seksyang kronik, maklumlah orang Melayu sememangnya terkenal dengan sifat pemalu, tetapi dalam hal2 negatif sifat malu itu boleh letak tepi dulu.... ha..ha..ha... jenis malu tak kena pada tempat...

Gua ambil contoh paling mudah seperti apabila tiba hari Khamis malam Jumaat, mentaliti orang melayu ni... bukan terfikir untuk berzikir dan mengandakan ibadat tetapi berfikir dan berbicara untuk benda/perkara dalam kain. Sedangkan kalau malam Jumaat jatuh pada 13, 14 dan 15hb Islam, bersetubuh menjadi makruh kerana dilarang oleh Nabi Muhammad SAW (kenapa...? lu orang carilah sendiri sebabnya...)

Ada juga sesetengah melayu ini apabila melancong (travel) ke luar negeri atau negara, membuak-buak nafsu nak tawaf kawasan Red Light District. He..he..he... ramai lelaki melayu yang sebegini... terutamanya yang kaki Bangkok dan Haadyai.... ha..ha..ha... lepas tu bawak balik penyakit bagi kat bini di rumah... bodoh punya melayu yang spesis ini.

Secara ringkasnya, apabila orang-orang dewasa sibuk bercerita dan memaparkan kisah hebat.sedih berkaiatan ketagihan seks mereka ke khalayak umum di merata-rata tempat, akibatnya :
  • anak-anak yang sedang membesar pun terpengaruh dan atas naluri ingin tahu mereka pun nak cuba jugak, best atau tidak apa yang diperkatakan itu.
  • apalagi kepada remaja yang sedang meningkat naik, di mana hormon gatal mereka sedang membuak2, mereka pun suka nak test jugak.. nak pula yang sudah pandai I love You, You love Me... kesudahannya pasangan masing2 jadi bahan experiments... ringan2 dulu beb... lepas tuuuuu... three la jawapannya.... kah..kah..kah....
  • apatah lagi kepada yang belum berkemampuan untuk bernikah, hajat nak nikah, duit tak cukup, mak bapak aweks tak setuju dan bla..bla..bla... sang roket atau sang apam dah gatal mengila... akibatnya... lu orang sendiri pun boleh bayangkan....
Dari budaya KETAGIHAN SEKS ini, maka berpuncalah kepada budaya:
  • Seks Rambang - bermula dari perbuatan ini maka terjadinya...
  • Zina - dengan harapan dapat kahwin free... kalau tak dapat... natijahnya...
  • Buang anak
  • Bunuh anak
  • Ratusan ribu anak zina terhasil.... (nanti boleh bagi kepada Shahrizat... ha..ha..ha...)
Jika individu yang melakukannya jenis tak tahu menjaga kebersihan dan selalu bertukar2 pasangan, seperti juara melayu jenis penagih, mat rempit, bohsia bohjan dan yang seangkatan dengannya, maka implikasi seterusnya dengan mengundang penyakit seks seperti:

HIV, Hepatitis C, Herpes Simplex, Siphilis, Gonorrhea dan Cancer Cervix dari bakteria HPV (human papilloma virus ).



Dari implikasi di atas, maka keraaajaan secara mudah dan berotak singkat dengan ide bangang dari seorang Ketua Menterinya dan di sokong pula oleh Ketua Puteri umnoApco bersetuju untuk menubuhkan sekolah untuk remaja/murid  yang termengandung akibat gejala2 yang gua sebutkan di atas tadi.
  
Kesimpulannya, segala isu berkaitan keruntuhan akhlak muda mudi melayu dan penyakit dari aktiviti seks rambang yang sedang menyerang masyarakat Melayu ini berpunca dari siapa???
Nak kompelin kepada siapa..??? Nak kompelin kat keraaajaan... macam kat bawah ni jelah...

ha..ha..ha....'
IkutSukaAku

SB Kena Halau Cuba Intip Aktiviti KEADILAN

Posted: 07 Aug 2010 05:34 PM PDT


Oleh Fazli Othman


SHAH ALAM 8 Ogos - Identiti seorang anggota polis dipercayai daripada Cawangan Khas (SB) yang menyamar sebagai orang awam terdedah apabila cuba menyusup masuk bagi mengikuti serta mengumpul maklumat pada majlis taklimat anjuran Sekretariat Latihan dan Perkaderan (Selkad) di sini minggu lalu.

Anggota SB itu 'kantoi' apabila gagal menunjukkan bukti pengenalan diri apabila didesak petugas KEADILAN pada majlis taklimat yang disampaikan oleh pegawai Skuad Komunikasi Selangor (SKS) pada pukul 9 malam Khamis lalu.

Menyedari perkara tersebut, pegawai SKS bertindak menghalaunya daripada terus berada di premis Selkad dalam sesi taklimat yang diadakan pukul 9 malam Khamis lalu.

Sehubungan itu Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron membidas tindakan pihak polis yang dilihat menjadi alat politik Umno-Barisan Nasional untuk mengintip aktiviti KEADILAN di Selangor.

"Kita minta pihak polis supaya tidak menjadi alat atau orang suruhan Umno-BN, mereka hendaklah bertindak profesional dalam menjalankan tugas.

"Mereka sepatutnya tidak menjadi seperti orang suruhan atau anjing politik bagi menjaga kepentingan politik pemimpin jahat," tegas beliau kepada Suara Keadilan.

Tambah Dr Badrulamin, sejak insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 yang dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor sehingga membawa kepada era reformasi, pihak polis secara berterusan masih lagi bertindak secara tidak profesional dan hanya mengikut telunjuk pemimpin Umno-BN.

Sepatutnya tugas asasi pihak polis kata beliau adalah untuk menjaga keamanan dan ketenteraman awam bukan campur tangan dalam urusan parti politik.

Mengenai program penerangan diseluruh negeri Selangor, Dr Badrulamin berkata langkah penerangan balas kerajaan Pakatan Rakyat melalui SKS akan dimulakan pada hari pertama umat Islam berpuasa yang dijangka pada 11 Ogos.

Beliau berkata pihaknya memilih untuk membuat penerangan di semua masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi mengerjakan ibadat.

Tambah beliau, selepas kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk tujuan sistem penyaluran maklumat, pihaknya akan meningkatkan edaran akhbar rasmi kerajaan negeri, Selangorkini berkali ganda bagi menjawab dakwaan dan tohmahan pembangkang.

Lagi Bakal Dimasukkan Ke Dalam I.S.A

Posted: 07 Aug 2010 05:32 PM PDT



Sekarang timbul pula isu keselamatan dalam negara yang boleh menjejaskan ekonomi dan keselamatan. Keselamatan ini bukan datangnya dari kumpulan manusia sebaliknya keselamatan yang boleh menggugat negara adalah melalui sebuah telefon canggih Blackberry.

Jika ia berbahaya, adakah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri akan menyumbat telefon bimbit ini dalam penjara Kamunting keana mengancam keselamatan negara? Terpulang kepada kerajaan dan menetri I.S.A. Beberapa buah negara telah mengharamkan telefon cangih ini kerana mengancam keselamatan negara.

"Kami sedang melihat isu ini. Jika kami mendapati ia mendatangkan bahaya kepada ekonomi dan keselamatan kami, kami akan menghentikannya," kata akhbar El Khabar yang memetik Menteri Telekomunikasi Moussa Benhamadi semalam.

Tiga hari lalu, pengeluar BlackBerry, Research in Motion (RIM) menyatakan tekad untuk tidak akan menjejaskan keselamatan pengguna selepas dua kerajaan Teluk mengancam untuk menyekat perkhidmatan pentingnya.

Syarikat yang beribu pejabat di Kanada menyatakan yang ia "tidak akan mengambil mudah dalam soal integriti dan keselamatan BlackBerry."

Kerajaan UAE dan Arab Saudi bersedia mengharamkan fungsi 'Messenger', e-mel dan web atas sebab keselamatan yang berpunca dari kebimbangan ia mungkin digunakan untuk aktiviti haram.

Dalam kenyataannya, RIM mengakui ia membincangkan isu keselamatan dengan kerajaan tertentu, namun syarat perundangan kerajaan serta keperluan keselamatan dan privasi syarikat dan pengguna turut dipatuhi.

SEMUA CUKONG SOKONG DEB

Posted: 07 Aug 2010 04:25 PM PDT

AL- SHEIKH Al- SAHIBUL VINSEN TAN PENYOKONG KUAT DEB



JANGAN PERLEKEH SUMBANGAN DEB KEPADA BUMIPUTERA -melayau

Bumiputera diingatkan supaya tidak memperlekeh sumbangan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah membantu dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat Malaysia sehingga kini.

"Jangan memperlekeh DEB kerana dengan adanya dasar tersebut, kita dapat peluang untuk belajar sehingga ke tahap ini," katanya ketika merasmikan Seminar Rancangan Malaysia Ke-10 di sini hari ini.

KAH KAH KAH…

Woit… MEMANG TIDAK DI PERLEKEH…. Kah kah kah..

Kah kah kah… MEMANG SOKONG DEB…. Kah kah kah..

Woit… KALAU TAK ADA DEB MANA TOYO DAPAT RUMAH 24 JUTA…. Kah kah kah..

Woit… KALAU TAK ADA DEB … TENTU MAT TAISON TAK ADA KARONG DUIT… kah kah kah…

Woit… SEMUA SOKONG DEB…kah kah kah..

Kah kah kah… LIM GOH TONG SOKONG DEB .. kah kah kah..

Kah kah jah… VINCENT TAN SOKONG DEB…. Kah kah kah..

kah kah kah... ERIC CHIA SOKONG DEB... kah kah kah..

Kah kah kah..ANANDA KRISHNA SOKONG DEB… kah kah kah..

Woit… TAIK TERJULUR JULUR PUN SOKONG DEB…kah kah kah..

Woit… KALAU TAK ADA DEB.. TENTU MEREKA TAK KAYA RAYA…. Kah kah ka..

woit... LAGI LAMA ADA DEB... KLAGI KAYA CUKONG...kah kah kah
TT.

Tersurat:Nampak Bangang... Tersirat: Nampak Cerdik

Posted: 07 Aug 2010 04:24 PM PDT


Kenyataan Chua Soi Lek di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star semalam, telah mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Ada yang marah dan ada yang membisu. Ini kerana dia menyentuh tentang Islam. Kononnya.... Islam menyebabkan negara Islam dan umatnya tidak progresif dan korup. Baca di sini.

Apa yang dia kata secara umumnya mempunyai maksud yang tersurat. Ini yang buat orang marah dan melatah. Jangan cepat melatah... sebab ia keluar dari mulut orang yang tak tahu dan tak faham dengan Islam. Dari mulut kapior yang pastinya jahil Islam.

Kita patut kesiankan si kapior bernama Chua Soi Lek, dan salahkan UMNO. UMNO yang bertegas mengatakan Malaysia sebuah negara Islam tetapi telah gagal mentarbiahkan rakan kongsinya tentang Islam. Akibatnya.... mereka mempunyai persepsi yang negatif terhadap Islam dan negara-negara Islam.

Ah Lek... Ah Lek.... Dia ni tak tahu yang Islam itu sebenarnya indah... cantik.... adil.... dan sempurna sekali. Yang mencemarkan kesucian dan keindahan Islam ialah manusia yang diberi amanah untuk memerintah dan memartabatkan Islam di bumi Allah SWT.

Kejahilan... keangkuhan... kesombongan... ketamakan para pemimpin negara Islam yang lupa daratan apabila berkuasa, telah menyebabkan mereka mengkhianati amanah Allah SWT kepada mereka. Mereka menjadi pemimpin yang korup dan gila kuasa, gila harta dan kekayaan duniawi. Islam mereka tolak ketepi.... Islam hanya dijadikan alat untuk mereka terus berpaut pada kuasa. Ini mengundang murka Allah SWT dan apabila ini berlaku, negara-negara Islam hilang barakah dari Allah SWT. Akibatnya..... negara tak progresif dan rakyatnya menderita.

Adilkah sekiranya Islam yang dipersalahkan?? Bagi yang jahil tentang Islam seperti Chua Soi Lek, ya..... secara tersuratnya, dia menyalahkan Islam. Oleh sebab itu.... dia nampak bangang!! Dia nampak bangang, sebab dia tak paham.... sebab dia jahil tentang Islam!! Jadi.... kita tak boleh nak salahkan dia 100%.

But..... jika kita lihat kenyataan Soi Lek ini secara positif, ia mempunyai maksud tersirat. Sebenarnya.... dia menyindir rakan kongsi dia yang beragama Islam iaitu UMNO dan para pemimpinnya. Kalau dia sindir UMNO, bermakna dia sindir pemimpin Melayu yang memimpin negara Islam Malaysia. Di sinilah Chua Soi Lek nampak cerdik. Apek ini.... pukul anak sindir menantu!!

Bangsa Melayu Malaysia mundur.... terkebelakang.... tidak progresif.... bukan kerana 'apa' tetapi kerana 'siapa'. Yes.... Melayu Malaysia mundur kerana siapa? Kerana..... UMNO dan para pemimpinnya yang lupa daratan serta khianat kepada amanah Allah SWT dan amanah rakyat. UMNO parti yang korup, para pemimpinnya very korup dan UMNO yang menjadi tunjang kerajaan Islam Malaysia ialah sebuah kerajaan yang korup. Yang menjadi mangsa ialah negara dan bangsa Melayu.

UMNOlah sebenarnya yang menggunakan Islam demi kepentingan politik mereka. UMNOlah yang menggunakan Islam untuk meraih sokongan bangsa Melayu. Malah.... memang tepat sekali dakwaan Chua Soi Lek yang mengatakan, UMNOlah yang kini terlebih over Islamnya daripada PAS bagi memperbodohkan bangsa Melayu agar memberi sokongan kepada mereka. Ciiittt.... begitulah lahanatnya UMNO!!

PAS hanya diheret sama dalam isu ini, kerana PAS kini.... menjadi ancaman kepada MCA. MCA rasa terancam kerana kaum bukan-Melayu mula mendekati dan memberi sokongan mereka kepada PAS. PAS yang teras perjuangannya berlandaskan Islam cuba dimomokkan dengan gambaran yang negatif. Ini kerana PAS sinomin dengan Islam. Harapan apek ini..... kaum bukan-melayu, khususnya Cina akan takut untuk mendekati PAS dan kembali menyokong mereka.

Hello apek.... bangsa Cina bukan bodoh la!! Yang bodoh ialah Cina-MCA.... Cina-GERAKAN kerana masih mahu menjilat itu UMNO punya 'bontot', walaupun terang-terang UMNO sebuah parti yang rasis. Lu orang bangang, kerana dalam berpolitik, lu orang bersikap tidak pro-aktif terhadap perubahan masa dan demografi masyarakat di Malaysia. MCA di bawah pimpinan Chua Soi Lek.... kaku dan tidak berinovasi dalam politik. Sebab itu, MCA seperti UMNO.... sudah tidak relevan lagi!!

So... apa kita nak buat?? Yes...... REJECT mereka dalam PRU13 nanti!!

MCA MAIN ISU PERKAUMAN DAN AGAMA UNTUK PROVOK ORANG MELAYU

Posted: 07 Aug 2010 08:15 AM PDT


07 August 2010 ·

Presiden MCA, Chua Soi Lek cuba merangka strategi serampang dua mata untuk kepentingan MCA dan BN. Kenyataan beliau semalam yang menyatakan bahawa jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap, sebenarnya mempunyai tujuan dan strategi tertentu.

Beliau juga menambah bahawa perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

Dua kenyataan yang dibuat oleh 'Pelakon Video' ini adalah untuk menaikkan semangat orang melayu dan Islam supaya bersatu tanpa mengira parti politik. Soi Lek dan kepimpinan BN faham bahawa jika isu perkauman dan agama dimainkan oleh orang Cina dan bukan Islam sudah tentu orang Islam akan bersatu dan bangkit menentangnya.

Selain itu Soi Lek cuba menimbulkan keraguan di kalangan orang Cina yang semakin yakin dengan PAS. Jadi beliau sengaja membangkitkan persoalan samada PAS dapat membasmi rasuah andaikata dipilih menjadi kerajaan pusat bersama PR.

Strategi menggunakan isu agama dan perkauman seperti ini telah digunakan oleh Umno, MCA dan MIC sejak zaman berzaman. Kali ini BN melalui MCA sekali lagi mahu menggunakan isu ini untuk kepentingan BN.

Mereka tahu jika orang Melayu bersatu sudah tentu mereka akan bernaung di bawah Umno terutama rakyat yang tidak berparti.

Bagi saya Soi Lek dan pemimpin BN sebenarnya jauh ketinggalan. Di saat politik perkauman sempit sudah ditolak oleh rakyat, BN masih mahu mengamalkannya. Saya yakin rakyat Malaysia sudah matang dan masak dengan taktik serta strategi BN ini. Rakyat sudah membuktikannya pada PRU 12 dahulu apabila orang Cina dan India sudah tidak takut untuk mengundi PAS dan orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP.

BN sebenarnya tidak putus-putus merancang untuk memecah belahkan PR. Mereka tidak ada idea lain selain menggunakan isu sensitif seperti agama dan perkauman. Namun BN tidak sedar bahawa isu agama dan perkauman sudah tidak laku dan telah lama dibuang oleh rakyat Malaysia.

I Jump, You Jump, We Jump.... Tenggelam

Posted: 07 Aug 2010 08:13 AM PDT




16 September merupakan tarikh yang pernah dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia yang mengharapkan kemunculan fajar baru bagi negara ini. Everybody was very excited. Rakyat yang pro-UBN.... dan yang pro-rakyat apa tah lagi. Gedebak-gedebuk hati menantinya....

Heboh satu Malaysia dengan spekulasi sensasi yang kononnya.... ramai yang nak jump ship. Jump from a sinking ship to a more reliable ship. Yang dikatakan nak jump ialah puak-puak UBN. Anwar repeatedly claimed, yang dia sudah ada jumlah figure yang mencukupi untuk mengambil alih Putrajaya. But... in the end, anti-klimaks. '16 September' did not materialise. Upset betoi!!

Malang sekali.... 16 September yang sepatutnya boleh menjadi realiti, tetapi tenggelam begitu saja. Kononnya... angkara para pemimpin PR juga iaitu dalam kalangan yang lebih mementingkan semangat asobiyah untuk mengekalkan status quo politik Melayu.

Sekarang.... kecoh semula cerita misi PR untuk mengambil alih Putrajaya. Rumours bertiup kencang, kononnya pilihan raya akan diadakan dalam masa yang terdekat. Maka... semua pihak terutamanya Pakatan Rakyat mula mengatur langkah menggerakkan gerak kerja parti masing-masing bagi menghadapi kemungkinan berlakunya pilihan raya.

Pilihan raya kali ini.... penting kerana sasaran Pakatan Rakyat ialah Putrajaya. Kalau boleh, isyaAllah.... Putrajaya mahu kita tawan agar usaha-usaha untuk membaik pulih kedaaan dalam sistem pentadbiran negara yang sudah sangat pincang berjalan lancar tanpa gangguan UBN dan sekali gus memulihkan imej negara.

Ceramah diadakan di sana sini..... di serata pelusuk negara. Kita berceramah bagi mendedahkan kepincangan mereka.... Mereka pulak, menghantar lembu-lembu mereka yang bertopi merah untuk mengganggu gugat ceramah-ceramah kita dengan tujuan untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat. Mereka buat fitnah pada kita.... kita tangkis fitnah mereka. dengan fakta yang sahih. Itu sebab mereka takut.... Mereka sebenarnya dalam keadaan tersepit dan desperate.

Apabila mereka berceramah.... yang mendengar hanyalah para kerusi. Actually.... rakyat dah fed up dan bosan dengan pelbagai alasan dan tuduhan tak berasas mereka terhadap Pakatan Rakyat. Apa yang obvious..... di bawah pemerintahan kerajaan UBN, keadaan negara semakin teruk dan rakyat pula semakin sengsara. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan. Something must be done. What must be done?? How can we do it??

Well... of course, through the ballot box. Vote for change!! That's the only way. UBN jelas tidak akan berubah dan tidak ada will power untuk berubah. Peluang telah diberikan kepada mereka hampir 53 tahun, tapi... apa yang mereka buat?? Bodohkan rakyat dan kaut dan rompak harta dan duit rakyat untuk membesarkan tembolok mereka. Itu kerja jer mereka selaku wakil rakyat. Wakil rakyat taik kucing!!

So.... apakah kita harus terus bertolak ansur dengan sikap dan kelaku mereka yang buruk ini?? No!! We'll have to put a stop to all these nonsense. Say no and reject them in the next general election. Come what may.... mereka mesti ditalkinkan!!

Dengan pilihan raya yang dikatakan semakin hampir, apakah ada lagi gejala I jump... you jump.... we jump akan terus berlaku?? Peliknya, yang jump ialah dari pihak Pakatan Rakyat. Itulah bangangnya mereka yang jump ni.... Sepatutnya, mereka jump ke tempat yang selamat tetapi sebaliknya, mereka jump masuk kapal yang dah nak tenggelam. Ibarat jump dan masuk ke dalam kubur sendiri. Elok sesangat ler tu..... Bye.. Bye..!!

Untuk mengharungi ranjau dan duri menuju ke Putrajaya, mesti ada kerja sama dua hala. Rakyat dan para pemimpin Pakatan rakyat kena saling melengkapi. Pemimpin mesti peka , prihatin dan sensitif kepada kehendak dan suara hati rakyat dengan tulus dan ikhlas. Jadilah pemimpin parti yang sejati..... juara rakyat yang dihormati.... isyaAllah, rakyat akan all out untuk mempastikan kemenangan anda dalam PRU 13 nanti.

Tetapi.... kalau setakat menjadi wakil rakyat bermusim.... yang hanya nampak rakyat ketika musim pilihan raya saja dan yang hanya mengutamakan kepentingan parti dan kedudukan diri di dalam parti..... jangan haraplah nak dapat undi daripada rakyat. Rakyat hanya akan ucapkan bye... bye... kepada anda.

Jadi.... muhasabah diri dan tepuk dada tanya selera.

Diskaun juga untuk beli BMW, emas - Tunku Aziz

Posted: 07 Aug 2010 07:07 AM PDT

Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini membidas pemimpin Umno kerana mengkritik setiausaha publisiti DAP, Tony Pua yang mencadangkan pemansuhan tujuh peratus diskaun bumiputera untuk pembelian hartanah mewah.

Dalam satu kenyataan medianya, naib pengerusi DAP itu berkata dia terkejut melihat reaksi Pemuda Umno yang membuat laporan polis ke atas Pua berhubung cadangannya itu, manakala Perdana Menteri yang juga presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak terkecuali mengeluarkan kenyataan keras.

Pemuda Umno mendakwa cadangan Pua itu berbaur hasutan dan mencabuli perlembagaan persekutuan serta kontrak sosial. Sementara, Najib pula menuduh ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu mencetuskan rasa tidak puas hati dan menimbulkan rasa marah di kalangan orang Melayu serta mengancam keamanan awam.

"Adalah jelas mereka yang digelar pemimpin Umno ini mempunyai fahaman sifar ataupun terhad, berhubung perlembagaan persekutuan kerana seboleh mungkin yang saya cuba, saya gagal mencari sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan bahawa Melayu atau bumiputera perlu diberikan hak untuk mendapat diskaun bagi membeli hartanah.

"Yang pasti, perlembagaan persekutuan tidak memperuntukkan bahawa Melayu berhak mendapatkan diskaun untuk membeli hartanah mewah yang bernilai jutaan ringgit," kata Abdul Aziz.
Basmi kemiskinan?
Semasa sesi dialog belanjawan kerajaan negeri Selangor pada Julai lalu, Pua berkata diskaun bumiputera sepatutnya dihapuskan kerana ia langsung tidak berkaitan dengan usaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan golongan itu.
Diskaun berkenaan hanya menyaksikan pembeli rumah bumiputera menjadi orang tengah kepada pembeli bukan bumiputera yang mengambil kesempatan ke atas diskaun tujuh peratus untuk membeli hartanah mewah, kata Pua.

Menurut Abdul Aziz jika diskaun tujuh peratus itu begitu 'kardinal' untuk menjamin hak istimewa Melayu, diskaun yang sama sepatutnya diperluaskan kepada orang Melayu untuk membeli barangan mewah lain seperti "BMW, Porches, sistem hi-fi rumah, tiket kelas pertama penerbangan dan malah juga barangan kemas serta batu permata."

"Diskaun pembelian hartanah mewah adalah antara perkara utama yang disalah-gunakan di bawah Dasar Ekonomi Baru yang memerlukan pembaharuan bagi memastikan 40 peratus daripada bumiputera yang berpendapatan rendah mendapat manfaat daripada dasar afirmatif.
Disalah-guna Umnoputra

"Sehubungan itu, saya menyokong cadangan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) untuk menghapuskan diskaun berkenaan ke atas pembelian hartanah mewah tetapi menggunakan wang yang 'dijimatkan' itu bagi menubuhkan dana untuk membantu bumiputera yang miskin," katanya.
Menurut Abdul Aziz, 'kejahilan dan salah-guna' oleh Umno, menerusi sayap pemudanya adalah jelas mengkhianati peruntukan hak bumiputera bagi menjamin golongan 'Umnoputra' yang kaya dan berharta akan terus menikmati diskaun seumpama itu apabila membeli kediaman mewah mereka.

"Reaksi Umno jelas menunjukkan bahawa mereka tiada kebanggaan sendiri atau harga diri, kerana mahu terus mempertahankan manfaat yang diputar-belitkan itu dengan membelakangkan nasib golongan miskin dan yang memerlukan.

"Melayu sebagai satu bangsa harus berbangga kerana ada di antara mereka yang kini mampu memiliki hartanah seumpama itu dan kita mesti bangga yang kita boleh berdiri di atas khaki sendiri meskipun menghadapi 'handicap' (rintangan)."

Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang di Persidangan Integriti Kebangsaan 2010

Posted: 07 Aug 2010 06:54 AM PDT

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, Y.A.B. TUAN LIM GUAN ENG SEMPENA PERSIDANGAN INTERGRITI KEBANGSAAN 2010, 7 OGOS 2010 DI HOTEL EASTIN PULAU PINANG.


Kelihata Anwar Ibrahim menunjukkan muka garangnya..

1. Selamat datang ke Persidangan Intergriti kebangsaan Kalifah Umar bin Abdul Aziz 2010 yang bakal menfokuskan kepada Penciptaan Semula Pemerintahan Yang Baik.

2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi penganjur, Y.B. Abdul Malek Abdul Kassim dan barisan jawatankuasa yang telah menjayakan persidangan ini. Kepada para pembicara, saya percaya bahawa majlis ini bakal menyuntik pelbagai ilham demi kebaikan bersama.

3. Sebuah pemerintahan Kerajaan yang baik boleh digambarkan bagaimana sesebuah institusi awam menjalankan urusan awam serta penggunaan sumber awam di dalam usaha bagi menjamin realisasi hak asasi manusia. Tanpa pemerintahan yang baik di dalam sesebuah Kerajaan, visi untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandaraya yang menjadi lokasi pilihan pelabur, destinasi pilihan para pelancong dan habitat pilihan untuk kehidupan yang mapan boleh dilupakan.

4. Sebuah Kerajaan yang baik memerlukan beberapa bahan-bahan teras : pematuhan kepada undang-undang, pengukuhan pengurusan sektor awam, transparensi dan akauntabliti dan strategi yang sesuai bagi memerangi rasuah.

5. Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB yang berlangsung di Asia Pasifik sebelum ini menyatakan bahawa sesebuah Kerajaan yang baik memerlukan lapan karektoristik utama termasuk pembabitan berorientasikan konsensus ; akauntabel ; telus ; responsif ; efektif dan efisien ; adil dan inlusif dan patuh kepada kedaulatan undang-undang. Lazimnya, nilai-nilai ini menjamin bahawa aktiviti rasuah dapat diminimakan, pandangan kaum minoriti diambil kira dan suara-suara rintihan masyarakat didengar sebelum sesuatu keputusan dibuat sebagai responsif terhadap keperluan sekarang dan masa depan masyarakat.

6. Dengan ini, saya ingin memperjelaskan sebahagian karektoristik dinyatakan bagi sebuah pemerintahan Kerajaan yang baik :
a) Penglibatan
Penglibatan ataupun penyertaan perlu dimaklumkan dan diorganisasikan. Ini membabitkan dua aspek utama iaitu kebebasan berpersatuan serta berekpresi dan masyarakat awam terancang.

b) Kadaulatan undang-undang
Pemerintahan yang baik memerlukan rangka undang-undang yang adil dan dikuatkuasakan secara saksama. Pada masa sama, ia juga perlu merangkumi perlindungan penuh hak asasi manusia terutamanya terhadap kaum minoriti. Pelaksanaan undang-undang secara saksama memerlukan sebuah sistem kehakiman yang bebas dan pasukan polis yang tidak korup.

c) Transperansi
Transparensi bermakna bahawa keputusan yang dicapai dan langkah penguatkuasaan yang dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan ditetapkan. Pada masa sama, ia juga bermaksud bahawa ketercapaian serta penyaluran maklumat secara mudah menggunakan saluran media tertentu kepada mana-mana pihak yang bakal dipengaruhi oleh sebarang keputusan serta penguatkuasaan yang bakal dicapai.

d) Responsif
Pemerintahan yang baik memperuntukan sesebuah institusi melayani semua pemegang saham di dalam jangka masa ditetapkan.

e)Orientasi konsensus
Pemerintahan yang baik memerlukan pengantaraan sempurna bagi mencapai perspektif konsensus lebih meluas di dalam sebuah masyarakat yang berbeza fahaman.

f)Inkuiti dan keterbukaan
Kesejahteraan sesebuah masyarakat adalah bergantung serta memastikan bahawa semua ahli memiliki kepentingan dan tidak disisihkan di dalam aliran utama masyarakat.

g) Keberkesanan dan efisiensi
Keberkesanan bermakna proses dan penghasilan hasil menggunakan sumber kuasa yang ada demi memenuhi keperluan masyarakat. Efisiensi merangkumi penggunaan sumber asli secara kekal berasaskan perlindungan alam sekitar.

h) Akauntabliti
Akuantabliti kepada mana-mana pihak yang dipengaruhi oleh sesuatu keputusan dan tindakan. Akauntabliti tidak boleh dikuatkuasakan tanpa transparensi dan kedaulatan undang-undang.

7. Adalah tidak perlu mencipta semula sesebuah roda pentadbiran Kerajaan bagi menyesuaikan dengan konsep pemerintahan yang baik. Sebaliknya, apa yang diperlukan adalah kehendak politik.

8. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan urus tadbir berasaskan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) atau amar maaruf nahi mungkar. Sebagai sebuah Kerajaan CAT, kita mempraktikkan prinsip bahawa tidak mengira seekor kucing itu hitam ataupun putih selagi ia boleh menangkap tikus.

9. Dengan mengadaptasikan sistem tender terbuka dan melawan amalan-amalan rasuah secara berterusan dalam usaha mempromosikan nilai intergriti, Pulau Pinang telah berjaya mengubahh defisit anggaran RM35 juta pada tahun 2008 kepada rekod lebihan RM88 juta. Pada tahun 2009, dengan lebihan RM77 juta terhadap unjuran defisit RM40 juta. Lebihan ini membolehkan Kerajaan Negeri membayar dividen anti-rasuah secara tunai kepada golongan warga emas pada setiap tahun dan juga urusan pengurusan jenazah yang tidak pernah dipraktikkan sebelum ini.

10. Pencapaian Pulau Pinang lazimnya dipuji oleh Transparency International – Kerajaan pertama di Malaysia yang memperoleh pengktirafan tersebut. Saya yakin bahawa pemerintahan adalah satu set bahan asas yang memerlukan seseorang pemimpin dan sesebuah Kerajaan bagi membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada rakyat.

11. Sokongan rakyat adalah perlu bagi meyakinkan masyarakat umum mengenai manfaat sesebuah pemerintahan Kerajaan yang baik. Pemerintahan Kerajaan yang baik boleh dicapai melalui pembetukan peradaban yang menyokong nilai-nilai kebenaran, ketaqwaan kepada Tuhan yang mengganggap kehidupan sebagai bantuan timbal balik dan bukannya konfrontasi langsung.

12. Sebagaimana saya nyatakan, adalah tidak perlu mencipta semula sebuah roda pentadbiran – apa yang diperlukan adalah kehendak politik. Masyarakat hanya boleh diyakinkan bahawa sesebuah Kerajaan adalah serius apabila terdapat sebuah pimpinan contoh berasaskan kepimpinan efektif dan kukuh dengan nilai integriti dan perbelanjaan berasas.

13. Teladan dan contoh pemerintahan yang baik dapat dibuktikan melalui Kalifah Umar Abdul Aziz. Beliau telah memperkenalkan kepelbagaian reformasi ; pentadbiran, fiskal dan pendidikan. Inspirasi kejujuran dan integriti menjadi intipati kepada pemerintahan pendek beliau di dalam tempoh dua tahun. Sepanjang tempoh tersebut, pemerintahan beliau telah banyak mempengaruhi sejarah tamadun manusia.

14. Bayangkan bagaimana seorang yang jujur yang sanggup memadamkan lampu ketika melakukan kerja-kerja peribadi. Kita tidak akan terpesong sekiranya mengikut warisan yang diperturunkan oleh beliau di dalam mempromosikan corak pemerintahan yang baik di dalam pentadbiran kami.

15. Apa yang lebih membanggakan adalah nasihat Umar Abdul Aziz yang tidak meluluskan peruntukan bagi perbelanjaan dinding baru kerana ia umpama satu pembaziran. Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa mereka sepatutnya membina sebuah tembok keadilan yang tidak boleh dibinasakan.

16. Berasaskan faktor-faktor ini, saya sama sekali tidak setuju dengan kenyataan Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek yang menggambarkan negara-negara Islam secara negatif iaitu sebagai negara yang tidak progresif, korup, miskin dan terbelakang. Dr. Chua sepatutnya mendidik dirinya dengan mendalami sejarah tamadun Islam yang mencerminkan kegemilangan yang tidak hanya terhad kepada empayar global malah di dalam pembangunan seni, pembelajaran, pengenalan angka, algebra dan astronomi.

17. Negara Muslim menderita sebagaimana dialami oleh India dan China dahulu. Hanya ketika India dan China bebas, merdeka serta tidak lagi didominasi kuasa imperialis, barulah kedua-dua negara ini dapat menunjukkan potensi dan mengambil tempat di persada dunia sebagai kuasa ekonomi.

18. Saya percaya bahawa negara-negara Islam dapat meraih kembali kegemilangan mereka sebelum ini seperti China dan India. Sekiranya terdapat sebuah pemerintahan yang baik seperti Islam yang memiliki pusat pembelajaran, keadilan dan keunggulan di bawah pemerintahan Umar Abdul Aziz. Pilihannya adalah adakah kita akan mengikut model intergriti dan pemerintahan yang baik Umar Abdul Aziz atau model alternatif berasaskan rasuah dan diktator.

19. Kita mempunyai ramai pembicara terkemuka yang amat arif mengenai topik ini, maka, justeru, kita perlu segerakan dan tidak lagi perlu tunggu untuk berkongsi pandangan serta pengalaman dalam mempromosikan pemerintahan yang baik.

20. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutamanya Dato' Seri Anwar Ibrahim dan juga semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan serta kelancaran Persidangan Integriti Kebangsaan 2010.

Terima kasih.

LIM GUAN ENG

KERAJAAN 1M NAJIB ...hilang....

Posted: 07 Aug 2010 06:50 AM PDT



Hilang integriti Hilang kredibiliti .....apabila ...
1. Ditipu oleh penipu dari luar - APCO , Penasihat dan Perunding imej kerajaan 1M 2. Ditipu oleh penipu licik dari dalam negara sendiri - Dr Ling Liong Sik dalam kes PKFZ. 3. Ditipu oleh dua lagi penipu licik, PM Najib dan Razak Baginda dalam kes pembelian kapal selam yang kekadang boleh menyelam dan kekadang tidak.
Kesemua kes melibatkan sejumlah wang yg amat besar - hampir ratusan billion ringgit.
Semua tu duit kerajaan, duit negara, duit rakyat... Duit rakyat tu ialah duit kita. Duit kita telah dicurahkan sewenang-wenangnya kepada yang bukan hak. Sedangkan rakyat yang susah dan menderita masih ramai. Kalau lah duit tu dicurah untuk membantu rakyat miskin yang sentiasa mengharap, alangkah baiknya. Tapi malang berkali-kali....(bukan malang sekali....)
Wahai pemimpin2 UMNO /BN ! jangan ingat rakyat ini bodoh dan boleh diperbodohkan. Jangan ingat rakyat ini rabun dan boleh dibutakan. Kami sememangnya celik! Dan anak-anak kami mengajar kami lebih celik !
Ayuh rakyat Malaysia ! Mari kita tumbangkan kerajaan 1M / UMNO BN melalui peti undi..
Oleh : rahimothman

Pembangunan semula Kg Baru, penduduk serba salah

Posted: 07 Aug 2010 06:33 AM PDT

imagesg Muda Mohd Noor
KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Baru kini serba salah sama ada mahu menerima pelan  pembangunan kerajaan pusat atau kerajaan Selangor.
Mereka juga bimbang penduduk menjadi tidak sepakat dan berpecah belah angkara perkara tersebut.
"Penduduk menjadi semakin bercelaru, tidak tahu mana satu yang hendak ikut.

"Saya bimbang yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran," kata Mansor Usop yang tinggal di Jalan Raja Mahadi di Kampung Baru sejak 30 tahun lalu.
Beliau menambah, penduduk khususnya pemilik tanah tidak mendapat gambaran jelas mengenai pembangunan semula Kampung Baru.
Seorang lagi penduduk, Hatta Basir berkata, yang menjadi pertanyaan adakah penduduk terlibat sepenuhnya dalam pembangunan semula itu.
"Selepas urusan pengambilan tanah selesai, apa lagi hak kami di Kampung Baru?
"Adakah kami berhak dan mampu memiliki bangunan-bangunan besar yang akan dibina di Kampung Baru," katanya yang tinggal di sebuah flat di kampung itu.
Menteri Wilayah Persekutuan da Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin telah mengumumkan model pembangunan Kampung Baru berdasarkan pembangunan Makkah.
Kerajaan Selangor sebagai pihak pentadbir tanah Kampung Baru akan memberi taklimat kepada penduduk petang esok tentang rancangan pembangunan kerajaan negeri di kampung itu.

Tawaran menteri `bagus’ tetapi penduduk mahu rumah teres

Posted: 07 Aug 2010 06:31 AM PDT

images By B Nantha Kumar
PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia menggesa penduduk Bukit Jalil menerima tawaran bari Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) tetapi wakil penduduk  K Balakrishnan, mereka mahu rumah teres, bukannya  flat kos rendah yang ditawarkan kepada 41 keluarga.
Sebuah keluarga telah menerikma tawaran dengan membeli flat yang berharga RM80,000 dengan harga diskaun RM35,000.
Balakrishnan juga menafikan menteri menemui bekas pekerja ladang sebanyak 16 kali, cuma sekali perbincangan antara mereka.

"Kali terakhir kami menemui beliau pada 2 ogos. Dalam pertemuan itu,  Subramaniam tidak dapat membantu berhubung rancangan merobohkan rumah kami," beliau memberitahu FMT.
DBKL telah membuat tawaran baru kepada penduduk yang enggan meninggalkan rumah mereka. Penduduk akan menentang perobohan walaupun terpaksa berdepan polis anti rusuhan.
Khamis lalu, pendudk menghantar memorandum kepada pejabat perdana menteri dan beberapa yang lain meminta diberi masa untuk mempertimbangkan tawaran baru itu.
Masa dilanjutkan
Berikutan itu, Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Tun Razak telah mengarahkan perobohan ditangguhkan hingga penyelesaian dicapai.
Bagaimanapun,  Balakrishnan berkata walaupun masa dilanjutkan tidak bermakna penduduk akan menerima tawaran itu.
"Permintaan kami ialah rumah teres seperti diberikan kepada bekas pekerja ladang Kinrara. Adakah kami tidak layak mendapat rumah teres?" tanyanya.
Dalam sidang semalam, Subramaniam berkata, kementerian sedia untuk berunding dengan penduduk.
Beliau menambah kementrrian itu bersedia untuk bekerja dengan kementerian wilayah dan kesejahteraan bandar untuk menyelesaikan isu itu.
Mengenai tawaran baru DBKL, Subramaniam berkata: "Ia tawaran yang baik dan seharusnya diterima oleh penduduk."

Soi Lek kena belajar Islam dengan PAS

Posted: 07 Aug 2010 06:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu belajar Islam daripada ulama PAS yang terdiri daripada ulama yang beramal.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menasihatkan Soi Lek jangan belajar Islam daripada bukan ahlinya atau daripada musuh Islam.
Sehubungan itu, katanya PAS merasa simpati dengan kenyataan Soi Lek yang menyalahkan Islam kerana negara tidak maju.
"Kenyataan yang keluar daripada seorang yang kurang memahami Islam dengan lebih mendalam.
"PAS menyeru kepada beliau belajarlah Islam daripada ahlinya dan rujukan asalnya," ujarnya dalam satu kenyataan.
PAS juga, katanya mengingatkan Soi Lek supaya jangan melihat orang Islam yang memimpin negara ini, sebaliknya kena mengkaji Islam daripada sumber asal.
PAS, ujarnya tidak menafikan Chua tidak faham Islam kerana bersahabat dengan pemimpin Umno yang gagal menampilkan ciri Islam yang sebenarnya.
Tentunya, kata beliau, Soi Lek keliru dengan Islam yang dihayati oleh pemimpin Umno. Berlaku kecelaruan dalam fikiran beliau, mana satukah Islam yang sebenar.
"Kenapa pemimpin yang mendakwa diri mereka Islam tetapi terlibat dengan rasuah dan berbagai skandal yang memalukan orang Islam.
"Kenapa pemimpin yang mengaku diri sebagai seorang Islam isterinya tidak menutup aurat. Inilah yang disebut oleh hukamak 'Islam terlindung oleh orang Islam sendiri'," katanya.
Katanya, PAS yakin bukan Dr Chua sahaja yang keliru tentang Islam, kerana orang Islam gagal menampilkan Islam secara praktikal.
"Alhamdulillah PAS telah berjaya memecahkan tembok fobia terhadap Islam dalam Pakatan Rakyat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS," ujarnya lagi.

Projek Tipu Wang Rakyat : Pintu Gerbang Kebun Bunga Pulau Pinang Diroboh Minggu Depan

Posted: 07 Aug 2010 04:52 AM PDT

GEORGE TOWN, 7 Ogos (Bernama) -- Kerja meroboh pintu gerbang Kebun Bunga Pulau Pinang yang baru sahaja dibina akan dilakukan minggu depan, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata kerja meroboh pintu gerbang yang bernilai RM150,000 itu dibuat atas permintaan orang ramai dan bantahan badan bukan kerajaan yang mendakwa gerbang berkenaan tidak mesra alam.

"Kementerian akan membiayai dahulu kos meroboh kira-kira RM70,000 sebelum membuat tuntutan kepada pihak kontraktor yang membina gerbang tersebut," katanya kepada pemberita di sini.

Pintu gerbang berkenaan merupakan sebahagian daripada projek bernilai RM7 juta untuk mencantikkan kebun bunga itu.

Ng berkata berdasarkan kaji selidik yang telah dilakukan oleh Universiti Sains Malaysia pada Jun lalu, 71 peratus daripada 1,225 responden mahu gerbang tersebut dirobohkan.

Beliau berkata tempat pintu gerbang itu akan ditanam dengan bunga-bungaan.

-- BERNAMA

The Blood On Our Hands

Posted: 07 Aug 2010 04:14 AM PDT

teen
For some reason, we believe in the illusion that stiffer penalty alone will deter would-be criminals. In our society, mistakes must be punished, preferably severely, without ever finding out why a crime is committed in the first place.
By Hazrul D. Nizam (myargumentum.blogspot.com)
When cases of abandoned infants emerged in March this year, the Inspector-General of Police (IGP), Tan Sri Musa Hassan said, "The Malays, especially, are fond of looking down on those who get pregnant out of wedlock. This should not be the case as a mistake has already been done. Instead of condemning, they should help them." (Source: The New Strait Times)
Say what you want about the IGP but his comment then was spot on.  I must hastily add though, this tendency of looking down on those who get pregnant out of wedlock is not unique to Malay Muslim community. Judging from the responses to the recent cases of abandoned infants, I can safely say Malaysians generally do share similar position on this issue.
As with other 'cruel' and inhumane' acts (note the death penalty suggested for child rapists), most of us respond by suggesting stiffer punishment to arrest the ever rising cases of abandoned infants.  Question is, why is punishment the only solution in our society? For some reason, we believe in the illusion that stiffer penalty alone will deter would-be criminals. In our society, mistakes must be punished, preferably severely, without ever finding out why a crime is committed in the first place. It seems like we collectively decide to airbrush the reality and challenges of modern life and put in place an alternative version where people live a perfect life, make good decisions and share identical moral standards.  
Trouble is, Malaysia is not utopia. People make mistakes. So, what are the solutions?
Well, for a start, people need to understand that condemning does not help. Then the relevant government agencies should work with NGOs and the community to come up with a comprehensive plan to curb the rise of abandoned babies. The education side must also be looked into. Do our students have sufficient  knowledge about sex, STDs, pregnancies and related issues? How about sex education, then? Do we, as a community, have enough facilities that offer counseling and help to unwed mothers? It reflects badly on our society that a pregnant girl thinks throwing the baby into the river is the best option to handle a completely manageable situation. The baby may be illegitimate in the eyes of many, but one life lost is  one too many. 
I also feel that the Islamic Religious Council or whatever relevant agencies should be involved more in terms of counseling. Mosques could be used as a place for this purpose. It is a widely known fact that the cases are highest among Malays / Muslims community. I have a feeling this has something to do with lack of counseling facilities for Malays / Muslims unlike Non-Muslims who can go to churches and other religious establishments that deal with this issue. 

Tiada ulasan: