Justice For All |
- Orang Gila Je Yang Percaya Sayfooooooool Dil*wat
- Macam2 Zaman Najib : Menyamar Demi Fulus
- Ayah Dajal..Semuanya Salah UMNO
- Adik VK Lingam Corect...Correct Dibunuh
- Bantah Kontrak Musa Hassan Disambung
- Banjir Di Eropah Ragut 7 Nyawa
- Ular 55 Kaki Ditemui Di China
- Sebijik Macam UMNO...Presiden Pakistan Ke Luar Negara Walaupun Negara Dilanda Banjir
- Luahan hati Bekas Pengerusi NUJ Utusan Meloya
- Sidang Dun Perak..15 Minit Je Lulus 80 Juta
- tragedi 3 beradik remaja eksiden mati serentak!!
- 1/3 Pekerja M'sia Bergaji Bwh RM700 (Paras Kemiskinan = RM720)
- Ameno Penyebab Islam Dihina
| Orang Gila Je Yang Percaya Sayfooooooool Dil*wat Posted: 07 Aug 2010 08:14 PM PDT Memang benar konspirasi...kalau tak, takkanlah Sayfoooool berani nak bercinta dengan pasukan pendakwaraya, yang mewakili Kerajaan UMNO di bawah ghani petail Pihak Pembelaan Ada Asas Pertikai Keterangan Saiful Dalam Mahkamah Pihak pembelaan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang mempunyai asas kukuh untuk memohon bagi mempertikai atau 'impeach' terhadap segala keterangan yang diberikan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan di dalam mahkamah selama ini atas dakwaan beliau telah bersekongkol atau melakukan 'complicity' dengan pihak pendakwaan. Menurut pakar Perlembagaan, Dr Samarudin Rejab justeru itu permohonan pihak pembelaan untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya diberi perhatian dengan serius oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memandangkan kes tersebut kini menimbulkan lebih banyak keraguan dan persoalan. Kata beliau pihak pembelaan sebelum ini sentiasa menyatakan bahawa tuduhan yang dibuat oleh saksi utama, Saiful merupakan satu konspirasi politik di peringkat tertinggi dan dakwaan hubungan sulit antara timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif dan Saiful kini menguatkan lagi persepsi tersebut. "Apa yang menimbulkan persoalan, kes hubungan intim antara pengadu, Saiful dan ahli pasukan pendakwa raya, Farah Azlina dengan jelas menunjukkan bahawa konspirasi politik itu juga melibatkan pihak pendakwaan. "Oleh yang demikian, permohonan pihak pembelaan supaya segala tuduhan terhadap Anwar sewajarnya digugurkan," kata Dr Samarudin. Tambah beliau, agak aneh semua permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan maklumat dan keterangan daripada pihak pendakwaan terpaksa dipohon dan dirayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan tetapi sebaliknya hubungan romantis antara saksi utama dan pihak pendakwa raya berkemungkinan besar telah mendedahkan segala dokumen kertas siasatan dan keterangan pihak pendakwaan kepada pihak ketiga. "Di manakah letak keadilan dari sudut perundangan di dalam kes ini?," soal beliau. -SK |
| Macam2 Zaman Najib : Menyamar Demi Fulus Posted: 07 Aug 2010 07:24 PM PDT Macam orang Melayu UMNO nih..sanggup menyamar demi fulus Romeo 'warak' KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang dilamar untuk berkahwin akhirnya menjadi mangsa tipu seorang lelaki 'warak' yang menggunakan himpunan kata pedoman serta doa ayat suci di Internet untuk memikat mangsa supaya menyerahkan wang. Lelaki itu yang kerap tampil berserban selain tidak lekang bibirnya mengungkap himpunan hadis menyebabkan ramai gadis mudah jatuh cinta kerana menyangka dia benar-benar alim dan boleh dipercayai. Namun, mangsa yang dijerat melalui laman sosial Facebook atau Tagged hanya menyedari niat sebenar suspek 'romeo Internet' itu selepas wang dalam akaun mereka 'disedut' sedikit demi sedikit. Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Lin, 30-an, berkata, taktik itu menyebabkan dia rugi hampir RM20,000 tunai selepas diperdaya menyerahkan nombor akaun bank kepada lelaki berkenaan. Katanya, dia mengenali lelaki itu melalui laman sembang Internet dan tertarik dengan personalitinya yang kerap melontarkan nasihat berbentuk keagamaan selain bijak memberikan tazkirah berhubung masalah hidup. "Buah fikiran bernas diselangi doa menyebabkan saya tertarik dengan tanggapan dia lelaki matang dan benar-benar mahu membantu wanita bermasalah," katanya. Katanya, lelaki itu dikenali sebagai Abdullah, 30-an, menawarkan diri membantu menyelesaikan masalah dihadapinya terutama membabitkan ansuran tertunggak rumah dan kereta. "Saya bersetuju menemuinya di kawasan rawat dan rehat Sungai Buloh buat kali pertama selepas saling berbalas e-mel dan SMS sejak beberapa bulan lalu. "Pertemuan kali pertama itu menyebabkan hati saya berdegup kencang apatah lagi dengan penampilannya berjubah selain wajahnya yang agak kacak. Lebih memeranjatkan apabila dia tanpa segan silu meluahkan perasaan kononnya jatuh cinta terhadap saya pada pandang pertama. "Dia kemudian merayu dan meminta saya menerima cintanya sambil menyatakan hasrat mengahwini saya dalam tempoh terdekat," kata mangsa ketika ditemui wartawan Harian Metro, semalam. Katanya, dia benar-benar terkejut dengan lamaran mendadak itu apatah lagi menyedari mereka masih di peringkat awal perkenalan dan baru bersua muka. "Ini menyebabkan saya dibuai perasaan, ditambah dengan kesungguhannya mahu melangsaikan semua hutang rumah saya di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, yang mencecah RM50,000. "Kebaikan ditunjukkannya menyebabkan saya tambah jatuh hati apatah lagi selepas kerap diberi tazkirah agama berikutan dia mengaku pernah menjadi guru agama. "Malah, dia kerap bertanya saya sama ada solat lima waktu saya cukup atau sebaliknya," katanya. Menurutnya, pada masa sama 'teman lelakinya' itu memintanya menyerahkan nombor akaun bank dan angka laluan rahsia sistem perbankan dalam talian miliknya. "Dia memberi alasan bahawa itu untuk bagi memastikan perbelanjaan kewangan saya dapat diselaraskan selain dipantau bagi mengelak pembaziran. "Namun, dakwaan asalnya untuk menguruskan kewangan saya menjadi sebaliknya apabila wang dalam akaun bank saya 'disedut' sedikit demi sedikit. Malah, surat gadaian barang kemas saya turut diambil dan ditebus tanpa pengetahuan saya," katanya. Menurutnya, dia turut rugi apabila RM3,000 tunai yang diberikan untuk upah haji turut dikebas lelaki berkenaan selain wang simpanannya mencecah RM20,000. "Saya pernah bertanya berhubung kehilangan wang itu namun dia memberi pelbagai alasan tidak munasabah. Malah, janjinya untuk berkahwin dalam tempoh terdekat hanya omong kosong," katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi, di sini. Lin berkata, dia terkejut apabila beberapa mangsa lain di laman sembang sosial di Internet juga mendakwa ditipu lelaki sama. |
| Ayah Dajal..Semuanya Salah UMNO Posted: 07 Aug 2010 06:39 PM PDT Ayah dajal. Mungkin kerana ilmu agama cetek dan keadaan rumah yang tidak berbilik kerana kemiskinan. Dan faktor paling penting, kerana kegagalan UMNO buat hukum hudud untuk mencegah perbuatan zina ini.. Anak cuba lawan KOTA KINABALU: "Ayah arah saya masuk ke dalam kelambu sebelum menarik tangan saya. Saya cuba melawan, namun dimarahi serta diugut akan dipukul jika bersuara, menyebabkan saya terpaksa berdiam diri. MANGSA...(dari kiri) Nana, Mimi dan Meme mendakwa dirogol bapa mereka. Peristiwa itu kali pertama berlaku ketika dia seperti biasa menyiapkan tempat tidur ayahnya di ruang tamu rumah, awal Januari lalu. Bagaimanapun, rutin harian itu bertukar menjadi malapetaka dalam hidupnya apabila ayahnya yang mabuk merogolnya sebaik pulang ke rumah selepas menikmati air 'setan' di rumah rakan berhampiran.
Lelaki 'dajal' itu dikatakan tidak tahan melihat aksi anak gadisnya membongkok memasang kelambu dengan berpakaian tidur.
Kejadian menimpa Mimi dan dua adik perempuannya terbongkar apabila akhbar awal bulan lalu mendedahkan seorang petani berusia 43 tahun melarikan diri ke dalam hutan berhampiran rumah selepas disyaki merogol mangsa sejak awal tahun ini. Lelaki itu bagaimanapun ditahan pihak berkuasa apabila kembali ke rumah akibat kelaparan beberapa hari kemudian. Dia dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan merogol dua daripada tiga anaknya. Mimi seterusnya menceritakan, kedua-dua adiknya berusia 13 dan 11 tahun terjaga daripada tidur akibat terdengar bunyi pelik sebelum melihat kelibat ayah yang tidak berpakaian menindihnya. "Ayah yang terkejut melihat kelibat mereka di luar kelambu segera melepaskan saya sebelum menyuruh kami masuk ke bilik," katanya. Sejak itu ayah mereka seolah-olah mendapat 'lesen' dan hampir setiap malam Mimi menjadi pemuas nafsu lelaki bertopeng syaitan itu. "Malah, kedua-dua adik saya juga menjadi mangsa. Kami diugut supaya tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa. Saya cuba melarikan diri, tetapi ayah menemui saya sebelum memukul dan membelasah saya," katanya kepada Metro Ahad. Adik Mimi yang mahu dikenali sebagai Nana, 13, pula berkata dia kali pertama menjadi mangsa rogol bapanya awal Mei lalu. "Pada hari itu adik dan kakak di sekolah manakala saya di rumah berdua bersama ayah. Ketika saya hendak ke bilik air untuk mandi dan bersiap ke sekolah pada sesi petang, tiba-tiba ayah terus menarik saya ke dalam bilik," katanya. Nana cuba melawan tetapi ayahnya lebih kuat, menyebabkannya tidak mampu melepaskan diri. "Bermula detik itu ayah sering merogol saya ketika adik dan kakak ke sekolah, dan pada waktu malam dia melakukan perkara sama dengan kakak walaupun saya dan adik bongsu ada di bilik sama," katanya. Lelaki itu yang berpisah dengan isterinya lima tahun lalu, tinggal bersama tiga anak perempuan dan dipercayai merogol mangsa di rumah sejak awal tahun ini. Kronologi Kes > 30 JUN 2010: Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof menerima laporan yang mendakwa seorang petani berusia 43 tahun merogol tiga anak kandungnya berusia 11, 13 dan 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Talangkapas. Perbuatannya terbongkar selepas seorang mangsa secara tidak sengaja menceritakan kejadian itu kepada ibu saudaranya yang tinggal berhampiran rumah sebelum membuat laporan polis. > 1 JULAI 2010: Gerakan memburu suspek dijalankan selepas dia gagal ditemui di rumahnya, dipercayai melarikan diri ke hutan berhampiran. Lelaki itu yang bercerai dengan isterinya kira-kira lima tahun lalu itu diburu selepas tiga anak kandung yang tinggal bersamanya mendakwa dirogol suspek sejak awal tahun ini. > 3 JULAI 2010: Selepas tiga hari menyembunyikan diri, suspek dicekup polis di rumahnya ketika menyelongkar dapur untuk mencari makanan. |
| Adik VK Lingam Corect...Correct Dibunuh Posted: 07 Aug 2010 06:01 PM PDT Mangsa bunuh ialah adik V.K. Lingam KUALA LUMPUR 7 Ogos – Polis mengesahkan identiti seorang lelaki yang dibunuh di sebuah stesen minyak di Bandar Tasik Puteri di Serdang adalah adik bongsu Datuk V. K. Lingam. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, perkara itu disahkan oleh abang mangsa, Datuk V. Sivaparangothai yang telah menuntut mayat V. Rajendran di Hospital Serdang pada Rabu lalu. Beliau berkata, setakat ini, pihaknya telah menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan kira-kira pukul 11 malam pada 3 Ogos lalu. Katanya, suspek ditahan semasa membuat laporan polis berhubung kematian mangsa. "Kenyataan yang dibuat suspek bagaimanapun dilihat bercanggah dengan kejadian sebenar dan pihak polis terpaksa menahannya. "Bahan bukti yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa telah ditemui dan 16 saksi telah memberi keterangan. "Kita sedang memburu dua lagi rakan suspek berusia 30-an yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan itu," katanya dalam laman sosial Facebook di sini hari ini. Lingam sebelum ini dikaitkan sebagai individu yang dirakam dalam klip video berhubung perbualan seorang lelaki mengaturkan pelantikan dan kenaikan pangkat hakim. Klip video itu yang didedahkan pada 2007 mencetuskan kontroversi kerana menjejaskan integriti badan kehakiman hingga menyebabkan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat klip video tersebut. Peguam itu bagaimanapun menafikan segala tuduhan tersebut. Pada 3 Ogos lalu, Rajendran dipukul sehingga mati oleh tiga lelaki yang dikenali di Bandar Tasik Puteri, Serdang, akibat disyaki menyeleweng duit kutipan sebuah kuil. |
| Bantah Kontrak Musa Hassan Disambung Posted: 07 Aug 2010 04:32 PM PDT Bantah sambung kontrak Musa SHAH ALAM – Tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, yang akan berakhir pada 12 September ini tidak wajar disambung. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayob berkata, pelapis baru perlu diberi peluang menerajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai menggantikan jawatan KPN sekarang. Menurutnya, ini bagi memberi peluang kepada orang kanan PDRM membawa perubahan dan motivasi yang lebih segar dalam pentadbiran PDRM agar lebih kukuh dan ke hadapan. "Tanpa sebarang sentimen, saya berpendapat adalah wajar tidak ada sambungan kontrak bagi membuka peluang kepada pemimpin baru yang akan membawa kreativiti untuk memajukan bahagian itu (PDRM)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam. Beliau tidak menafikan KPN mempunyai sumbangan kepada negara ini dan berpendapat apabila seseorang sudah menghampiri umur persaraan adalah wajar tidak ada penyambungan kontrak. Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng pula berkata, beliau dan beberapa ahli parlimen lain dalam Pakatan Rakyat (PR) sedang membuat perbincangan untuk mengemukakan bantahan awal pembaharuan kontrak KPN sebelum perkara itu diputuskan. Menurutnya, bantahan itu sama ada dalam bentuk petisyen atau pun memorandum kepada pihak-pihak yang berkenaan. "Banyak faktor yang tidak melayakkan beliau (Musa) daripada menyambung kontraknya. Kita akan membuat bantahan ini atas beberapa sebab, khususnya yang berkaitan tahap keselamatan negara ini sepanjang berada di bawah kepimpinan beliau (Musa). "Hakikatnya, kes jenayah di Malaysia menunjukkan peningkatan tinggi, walaupun kerajaan mengumumkan kejatuhan kadar jenayah," katanya. Lip Eng berkata, kenyataan yang dikeluarkan PDRM berkenaan kadar jenayah di negara ini semakin menurun adalah tidak benar. Menurutnya, statistik PDRM hanya berdasarkan laporan yang dibuat orang ramai kepada polis tanpa mengambil kira kes yang tidak dilaporkan. "Saya berani cabar kerajaan atas kenyataan ini. Kerajaan boleh mendapatkan maklum balas daripada rakyat sehingga ke peringkat akar umbi untuk membuktikan statistik penurunan jenayah mereka itu betul atau tidak. Dengan cara ini kita boleh tahu statistik mereka (PDRM) atau statistik rakyat yang lebih betul. "Saya yakin statistik dikeluarkan PDRM tidak tepat kerana ia berdasarkan laporan semata-mata. Orang awam sudah kecewa dan tidak mahu membuat laporan polis," katanya. |
| Banjir Di Eropah Ragut 7 Nyawa Posted: 07 Aug 2010 03:49 PM PDT Banjir di Eropah ragut 7 nyawa WARSAW, Poland 8 Ogos - Bencana banjir dan hujan lebat yang melanda Poland, Jerman dan Republik Czech telah meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa. Lenka Moravconva, jurucakap perkhidmatan penyelamat di selatan Republik Czech berkata, tiga orang mati daerah persempadanan antara Poland dan Jerman semalam. Lebih 1,000 orang penduduk, sebahagiannya melibatkan mereka yang berada di kawasan bawah dua empangan telah dipindahkan berikutan kenaikan paras air yang mendadak. Penduduk di bandar Chrastava dan Frydlant yang telah ditengelami air telah diselamatkan oleh helikopter polis dan tentera dari bumbung rumah mereka. Tiga kem musim panas untuk kanak-kanak juga telah dipindahkan. Pusat kajicuaca memberi amaran hujan lebat dijangka akan berterusan sehingga esok dan polis pula berkata, banjir yang melanda timur Jerman telah meragut tiga nyawa di negeri Saxony. Kira-kira 2,000 orang penduduk telah pindah meninggalkan rumah kediaman mereka berikutan tanah runtuh dan banjir besar yang melanda barat Kanada. kejadian tanah runtuh itu telah mewujudkan empangan seluas 300 meter sepanjang dua kilometer di Maeger Creek dekat Pemberton kira-kira 250 kilometer ke utara Vancouver, British Colombia. Arahan berpindah telah dikeluarkan selepas beberapa jam berlaku tanah runtuh awal kelmarin kerana tasik yang ada di situ akan bocor dan melepaskan bendungannya dengan lebih laju. Pegawai operasi kecemasan daerah, Ryan Wainwringht semalam berkata, masih terlalu awal untuk mengatakan bila arahan perpindahan akan ditarik balik. Punca kejadian tanah runtuh itu bagaimanapun belum diketahui. |
| Posted: 07 Aug 2010 08:50 AM PDT Foto di atas menunjukkan ular sepanjang 55 kaki ditemui di dalam hutan di negera China. Foto tersebut disiarkan dalam laman web People's Daily, akhbar rasmi Parti Komunis China. Akhbar tersebut mendakwa ular tersebut salah satu daripada dua ular gergasi yang ditemui oleh pekerja ketika membersihkan kawasan hutan untuk membuat jalanraya di luar kawasan Guiping City, Semenanjung Jiangxi. Berdasarkan keterangan pekerja ia ditemui secara tidak sengaja. Ketika sedang membersihkan kawasan hutan untuk kali ketiga operator jentolak menemui kesan darah pada tanah yang dikorek. Setelah disiasat pekerja tersebut menemui ular besar yang sudah mati. Pada waktu yang sama ular gergasi berwarna emas juga ditemui dengan mulutnya yang sudah menganga luas untuk menyerang. Pemandu jentera yang menemuinya hampir lumpuh ketakutan dan pekerja-pekerja yang lain bertempiaran lari meneyelamatkan diri masing-masing. Mereka kembali semula ketempat kejadian dan mendapati seekor ular gergasi telah mati dan seekor lagi yang berwarna emas telah melarikan diri. Akhbar People's Daily mendakwa lagi operator jentolak yang menemui ular tersebut mengalami trauma yang dahsyat dan mengalami serangan jantung akibat ketakutan yang amat sangat. Operator tersebut akhirnya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Ular yang mati itu berukuran 55 kaki panjang ( 16.7m ) dan beratnya hampir 300kg. Usianya diangarkan 140 tahun. Walau bagaimanapun pegawai kerajaan di Guiping menyatakan ulat gergasi tersebut bukanlah haiwan asal di kawasan terbabit.-momokstation |
| Sebijik Macam UMNO...Presiden Pakistan Ke Luar Negara Walaupun Negara Dilanda Banjir Posted: 07 Aug 2010 08:00 AM PDT Sebijik macam perangai pemimpin UMNO Presiden Pakistan diselar
SUKKUR - Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari dibidas kerana meneruskan lawatan rasmi ke negara-negara Eropah semasa negaranya dilanda banjir paling buruk dalam tempoh 80 tahun. Penduduk dan pemimpin tempatan melahirkan rasa kecewa atas sikap tidak prihatin yang ditunjukkan Zardari semasa negara itu sedang bergelut dengan bencana alam yang mengorbankan lebih 1,600 nyawa dan menyebabkan lebih empat juta penduduk hilang tempat tinggal. Di wilayah Sindh yang paling terus dilanda banjir, pihak berkuasa sudah memindahkan lebih 500,000 penduduk. "Banjir semakin buruk di bahagian utara Pakistan dan sebelas lagi daerah di Sindh mungkin akan banjir jika hujan monsun berterusan. "Bandar Sukkur dijangka akan banjir pada Sabtu (hari ini) manakala kawasan penduduk sepanjang Sungai Indus juga berisiko tinggi," kata Hazrat Mir dari Jabatan Meteorologi. Ketua pembangkang, Nawaz Sharif berpendapat, wang yang digunakan untuk menguruskan lawatan Zardari ke Eropoh sepatutnya disalurkan kepada mangsa banjir yang menderita. Ini pula gambar-gambar penderitaan rakyat Pakistan |
| Luahan hati Bekas Pengerusi NUJ Utusan Meloya Posted: 07 Aug 2010 07:19 AM PDT Salahkah saya cuma nak bantu orang Melayu? Saya bukan pejuang yang hebat, bukan juga pemimpin kesatuan sekerja yang masyhur, saya cuma pernah mencurahkan bakti dalam sebuah kesatuan sekerja bernama Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia dengan jawatan Timbalan Setiausaha Agung dan juga Pengerusi NUJ cawangan Utusan Melayu (M) Bhd. yang menaungi lebih 300 ahli- ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang bekerja untuk akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Utusan Melayu dan Kosmo!
Sebagai Pengerusi NUJ Utusan Melayu, saya diberikan amanah oleh Majlis Eksekutif kesatuan, barisan exco dan ahli-ahli untuk membela nasib mereka dengan mempertahankan hak-hak pekerja sedia ada di samping mencari formula ke arah memeterai perjanjian bersama (CA) yang akan menjurus kepada kenaikan gaji, elaun kenderaan serta penambah-baikan beberapa faedah lain untuk kakitangan Kumpulan Utusan. Pada asasnya, perjuangan NUJ Utusan Melayu adalah sangat ringkas untuk difahami: mempertahankan hak-hak sedia ada sambil memperjuangkan beberapa perkara agar sejajar dengan NUJ cawangan lain di negara ini. Mempertahankan hak-hak sedia ada seperti kos perubatan pekerja, kenaikan gred automatik, kos bersalin pekerja dan lain-lain hak kebajikan yang terbaik di kalangan syarikat-syarikat tempatan. NUJ Utusan Melayu sangat bertuah kerana banyak hak-hak kebajikan yang dinikmati ini tidak boleh ditandingi oleh mana-mana syarikat termasuk dalam bidang penerbitan atau penyiaran tempatan. Perjuangan NUJ Perjuangan pula adalah melibatkan beberapa perkara yang bersifat kontemporari dan berubah mengikut masa seperti kenaikan tahunan yang diputuskan untuk tempoh dua tahun sekali dalam CA, elaun kenderaan serta tuntutan perbatuan dan beberapa elaun lain yang menerima kesan kenaikan di persekitaran tempatan. Bagi saya, perjuangan ini lebih kepada membantu orang Melayu yang menjadi kawan, rakan sekerja dan mereka yang saya lihat dan jumpa setiap hari kerana rata-rata lebih 95% daripada warga Utusan Melayu ialah orang Melayu yang terdiri dari pelbagai lapisan umur, kelas sosial dan keturunan. Dalam perjuangan ini, saya "tersadong" di pertengahan jalan apabila dibuang kerja sebagai wartawan Utusan Melayu (M) Bhd. setelah didapati bersalah atas pertuduhan menfitnah syarikat berdasarkan laporan berkenaan kesatuan yang disiarkan oleh portal berita, Malaysiakini.com dan harakahdaily.net. Dibuang kerja atas tuduhan fitnah syarikat Sedikit latar belakang, kedua-dua portal berita itu menyiarkan usaha NUJ Utusan Melayu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meminta badan tersebut menyiasat invois pembelian tiang gol milik syarikat yang bernilai sekitar RM160,000 dengan aduan tersebut dibuat atas bukti-bukti yang serba lengkap dan sahih.
Apa yang pasti, keputusan untuk ke SPRM itu adalah atas persetujuan dan mandat yang diberikan oleh barisan exco dan saya selaku Pengerusi NUJ Utusan diberikan amanah untuk mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan berkenaan dan oleh kerana nama saya disebutkan dalam artikel-artikel berkenaan, maka saya didapati menfitnah syarikat dan seterusnya dibuang kerja. Di sini juga saya menjadi lebih keliru kenapa saya dibuang kerja sebagai wartawan sedangkan artikel-artikel itu tidak langsung menyebut saya sebagai wartawan yang membuat laporan SPRM sebaliknya dipetik sebagai Pengerusi NUJ Utusan Melayu. Lagipun, siapa lagi kalau bukan sesebuah kesatuan yang sepatutnya meminta pihak berkuasa menyiasat sekiranya wujudnya kesangsian dalam pengurusan kewangan syarikat yang boleh memberi kesan langsung dalam soal kenaikan gaji dan masa depan syarikat sebagai periuk nasi kepada ribuan kakitangannya. Atas kewajaran ini, saya menfailkan kes saya di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bagi mencari keadilan di atas tragedi yang menimpa saya dan kesannya ke atas pemimpin kesatuan sekerja masa depan dalam mendepani segala tindakan yang boleh diambil ke atas pemimpin kesatuan sekerja ekoran tindak-tanduk dalam perjuangannya. Penghargaan saya kepada barisan exco NUJ Hari ini, NUJ Utusan Melayu sudah mempunyai barisan pemimpinan yang baru dan saya berharap dan menadah tangan berdoa agar segala hak dan kepentingan ahli-ahli kesatuan terus terpelihara dan semoga CA yang dimeterai nanti akan memberikan nikmat baru dalam kehidupan warga Utusan yang rata-ratanya orang Melayu yang menjadi kepala keluarga bagi ratusan keluarga masyarakat Melayu. Menceritakan pengalaman dibuang kerja, saya ingin melahirkan penghargaan kepada barisan exco NUJ Malaysia dan NUJ Utusan Melayu yang tidak mengiktiraf keputusan syarikat membuang kerja dan masih mengiktiraf saya sebagai Timbalan Setiausaha Agung NUJ Malaysia dan Pengerusi NUJ Utusan Melayu sekalipun kerjaya saya sebagai wartawan telah dimusnahkan. Pada masa yang sama, barisan exco turut memberikan sokongan moral dan menghulurkan bantuan ketika saya dibuang kerja di ambang menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu. Apa yang lebih "menderitakan" ialah kehilangan atau penurunan potensi dan peluang untuk mendapat pekerjaan baru walaupun telah menghadiri lebih enam temuduga dan menghantar puluhan surat permohonan pekerjaan di banyak syarikat sama ada media atau perhubungan awam dan sebagainya bukan sahaja kerana rujukan individu yang perlu disertakan malah berita saya dibuang kerja yang tersebar meluas di internet. Ketika ini, saya masih tidak mempunyai pekerjaan tetap selepas hampir setahun menganggur setelah dibuang kerja dalam bulan Ramadhan yang lalu dan kedatangan Ramadhan tahun ini sedikit sebanyak mengimbau semula kenangan tragedi serta dugaan terbesar dalam hidup saya setelah dibuang kerja serta-merta kira-kira setahun yang lalu walaupun hampir 10 tahun memerah keringat sebagai wartawan.
Menurut pegawai Perhubungan Industri (IR) di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya yang mengendalikan kes pembuangan pekerjaan saya di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, pihaknya kini sedang menunggu kata putus dari menteri terbabit sama ada kes saya ini akan ke Mahkamah Perusahaan atau dibuang sahaja. Pada masa ini, saya cuma mampu berdoa agar saya mendapat keadilan sewajarnya dengan menadah tangan meminta agar Allah Taala membuka pintu hati Menteri Sumber Manusia, S. Subramaniam untuk mengarahkan kes ini diadili di Mahkamah Perusahaan bagi menentukan sama ada tindakan buang kerja ke atas saya ini adalah sah di sisi undang-undang ataupun tidak. *Amran Ahmad ialah bekas Pengerusi NUJ Utusan Melayu. |
| Sidang Dun Perak..15 Minit Je Lulus 80 Juta Posted: 07 Aug 2010 06:25 AM PDT Sidang sekadar rubber stamp lulus RM80 juta IPOH, 5 Ogos: DAP meminta Kerajaan BN Perak mengemukakan rang undang-undang untuk menetapkan tempoh masa minimum persidangan dewan negeri supaya badan perundangan tersebut tidak dijadikan rubber stamp semata-mata demi memenuhi agenda peribadi sesuatu pihak sahaja. Demikian ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming (gambar) dalam satu kenyataan medianya di sini semalam.
Beliau melahirkan perasaan kesal dengan tindakan kerajaan negeri hanya bersidang setengah hari untuk meluluskan rang undang-undang perbekalan tambahan yang melibatkan RM80 juta wang rakyat tanpa memberi peluang berbahas yang mencukupi kepada ahli-ahli dewan. Selasa lalu, BN mengadakan sidang Dewan Negeri cuma satu hari untuk meluluskan enakmen perbekalan tambahan yang menyaksikan Perak mengalami belanjawan defisit yang tinggi RM104 juta. Persidangan tersebut juga menyaksikan Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin diusir keluar dari dewan kerana tegas mempertahankan hak untuk bersuara untuk rakyat. Akibat pengusiran tersebut, semua 27 orang ahli dewan dari Pakatan Rakyat mengambil ketetapan meninggalkan dewan sebagai tanda protes. Nga Kor Ming, yang juga merupakan Setiausaha DAP Negeri Perak berkata, adalah tidak masuk akal bahawa persidangan dewan yang begitu penting hanya berlangsung satu hari sahaja. Beliau mengutuk keputusan Menteri Besar BN, Datuk Seri Dr Zamry Abd Kadir yang enggan bersidang empat hari seperti mana yang diminta oleh Pakatan Rakyat supaya semua ahli dewan diberi peluang untuk berucap. "Berani kerana benar, takut kerana salah. Jika tidak buat salah, mengapa BN begitu takut mendengar suara rakyat dari Pakatan Rakyat," jelasnya. Menurutnya lagi, adalah tidak munasabah apabila selaku Ketua Pembangakang Dewan Negeri, Datuk Seri Nizar hanya diberi masa 15 minit oleh Datuk G Ganesan untuk berucap dalam membahas rang undang-undang yang melibatkan wang RM80 juta. Semua ahli dewan lain pula hanya diberi masa 10 minit di mana amalan kuku besi sedemikian adalah bertentangan dengan prinsip asas sistem demokrasi berparlimen, tegasnya. "Parlimen mengambil masa 40 hari berdebat untuk meluluskan bajet, tetapi sidang Dun Perak cuma satu hari sahaja, saya percaya ini satu lagi rekod dunia. "Sepanjang masa persidangan, microphone Aun Pakatan ditutup, media diletak dalam bilik berasingan dan dikurung di atas bangunan seperti akuarium, seluruh dewan dikerumuni oleh anggota polis, kini dewan negeri sudah tidak dapat berfungsi dan demokrasi juga terkubur dalam Negeri Perak berikutan rampasan kuasa," katanya lagi. Mengikut konvensyen Parlimen dan amalan biasa, Ketua Pembangkang sentiasa diberi penghormatan dan masa yang secukupnya untuk berhujah. Sebagai contoh, katanya Lim Kit Siang pernah berbahas selama lebih 10 jam di Dewan Rakyat ketika beliau menjawat jawatan Ketua Pembangkang Parlimen tetapi di Perak, ia hanya 15 minit sahaja. Beliau juga menegur tindakan kerajaan negeri membenarkan pihak kurang bertanggungjawab menggantungkan sepanduk mengecam pembangkang dengan perkataan kejam di perkarangan bangunan kerajaan negeri. Tindakan sedemikian menunjukkan penyokong BN adalah cetek pemikiran dan kurang matang, katanya. Demi membela hak bersuara dan memastikan dewan perundangan berfungsi secara sihat, beliau menggesa supaya semua kerajaan negeri mencontohi Dewan Rakyat, menetapkan had minimum waktu bersidang, supaya institusi perundangan dapat memainkan peranan memeriksa kuasa eksekutif yang diketuai oleh kerajaan negeri. |
| tragedi 3 beradik remaja eksiden mati serentak!! Posted: 07 Aug 2010 05:33 AM PDT Mereka lambai serentak' MARAN: "Saya sudah janji nak bawa mereka beli baju raya Jumaat ini (hari ini) di Kuantan, namun hajat itu tidak kesampaian," kata Muhamed Falzal Yusuf, 37, yang semua tiga anaknya terbunuh dalam kemalangan selepas Perodua Kancil dinaiki mereka bertembung sebuah BMW di Kilometer 47.5 Jalan Temerloh-Bandar Jengka, malam kelmarin. REMUK...keadaan kereta Perodua Kancil yang dinaiki mangsa. Muhamed Falzal berkata, ketika bertemu ketiga-tiga anaknya, Isnin lalu, dia berasa sedikit aneh apabila mereka secara serentak melambai tangan kepadanya sebelum dia pulang ke tempat kerjanya di Kuala Lumpur.
" Pada hari itu saya sudah rasa macam ada yang tak kena apabila mereka melambai saya serentak kerana sebelum ini mereka tidak pernah buat begitu," katanya yang berasal dari Felda Jengka 8, di sini. Tiga anak Muhamed Falzal yang terbunuh dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu ialah Fatin Atikah, 16, Fatin Atifah, 15, dan Muhammad Faiz Danial, 6. Turut maut rakan mereka, Muhammad Azlan Abdul Talib, 21, dari Felda Jengka 14, di sini. Seorang lagi rakan mereka, Shawal Ruddin Hambali, 19, dari Felda Jengka 14 patah paha kiri, manakala pemandu BMW berkenaan, Nor Fazidah Abd Majid, 45, dari Felda Sungai Tekam, Jerantut, cedera di pinggang dan kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh. Menurut Muhamed Falzal, hubungan mereka anak-beranak memang rapat dan setiap kali pulang ke rumah pada hujung minggu dia pasti meluangkan masa bersama tiga beradik itu. "Ketika dalam kereta, saya lihat wajah mereka begitu sayu seolah-olah bersedih apabila saya hendak berangkat meninggalkan mereka. "Saya tak sangka itu rupa-rupanya lambaian terakhir mereka kepada saya sebagai tanda perpisahan kami anak-beranak," katanya. Fatin Atikah yang memandu Perodua Kancil milik ibu saudaranya itu maut di tempat kejadian bersama Muhammad Azlan manakala Fatin Atifah dan Muhammad Faiz disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jengka (HJ). Ketika kejadian, lima sahabat itu dalam perjalanan pulang dari Hoshas selepas menziarah ibu Muhammad Azlan yang menghidap penyakit batu karang. Muhamed Falzal berkata, dia yang ketika itu berada di Kuala Lumpur bergegas pulang ke rumahnya di Jengka 8 selepas isterinya, Rosiah Muhamad Ismail, 35, memaklumkan berita sedih itu kira-kira jam 9 malam. Katanya, dia pada mulanya tidak percaya tiga anaknya maut serentak dalam tragedi itu dan menguatkan hati menghadapi saat paling sedih dengan memandu pulang ke rumahnya. "Pilu hati saya mengenangkan tragedi sedih ini, apatah lagi saya sudah berjanji membawa mereka beli baju raya di Kuantan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini apabila saya pulang dari Kuala Lumpur," katanya yang sepatutnya pulang ke rumahnya, semalam. Pekerja sebuah syarikat kontraktor elektrik di ibu negara itu berkata, setiap tahun dia membuat persiapan awal membeli baju raya untuk anaknya, namun kali ini rutin itu sudah berakhir dengan tragedi menyayat hati. "Saya dan isteri menganggap kejadian ini sebagai ketentuan Allah yang mesti saya tempuhi walau segetir mana pun," katanya. Jenazah ketiga-tiga beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Jengka 8 selepas Zuhur, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin, berkata siasatan mendapati BMW dipandu Nor Fazidah dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh Perodua Kancil dinaiki anak Muhamed Falzal dan rakan mereka. Menurutnya, akibat pertembungan itu, semua mangsa dalam Perodua Kancil tersepit sebelum dikeluarkan orang ramai. Katanya, Fatin Atikah pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Jengka 16 maut di tempat kejadian bersama Muhammad Azlan manakala Fatin Atifah dari sekolah sama dan Muhammad Faiz disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HJ. Ahmad Johari berkata, jenazah semua mangsa dituntut keluarga masing-masing selepas bedah siasat di HJ, malam kelmarin. |
| 1/3 Pekerja M'sia Bergaji Bwh RM700 (Paras Kemiskinan = RM720) Posted: 07 Aug 2010 04:42 AM PDT HAMPIR 34 PERATUS PEKERJA PEROLEH PENDAPATAN BAWAH GARIS KEMISKINAN KUALA LUMPUR: Satu kajian oleh Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja dalam negara mendapati bahawa hampir 34 peratus daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700. Hampir 34 peratus pekerja peroleh gaji bawah garis kemiskinan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata kajian Perolehan Pekerjaan Nasional 2009 memberi penekanan terhadap soal pentingnya tahap gaji ini dinaikkan, terutama selepas kementerian itu mendapati bahawa sukar untuk menyerahkan soal gaji pekerja kepada kuasa pasaran semata-mata. Beliau turut merujuk kepada kajian Bank Dunia yang mendapati bahawa pergerakan gaji di Malaysia hanya mencatatkan pertumbuhan 2.6 peratus setiap tahun sejak 10 tahun lalu berbanding dengan peningkatan kos hidup dalam tempoh itu. "Kerajaan pada dasarnya bersetuju supaya gaji ini perlu dinaikkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Garis kemiskinan dalam negara ketika ini ditetapkan pada tahap pendapatan bawah RM720 sebulan. Subramaniam berkata, kebanjiran pekerja asing adalah antara beberapa sebab kenapa gaji pekerja tidak meningkat dengan ketara sejak 10 tahun lalu. "Kerja-kerja yang memerlukan kemahiran tinggi pasti menuntut gaji yang tinggi, namun dalam banyak keadaan majikan tidak membayar gaji berdasarkan kemahiran, sebaliknya bergantung kepada pekerja asing yang tidak berkemahiran," katanya. Semalam, Subramaniam selepas menutup satu bengkel mengenai gaji minimum berkata beliau akan membentang cadangan Kementerian Sumber Manusia berhubung gaji minimum nasional kepada Kabinet hujung Oktober ini. Pelbagai pandangan berkaitan gaji minimum dibangkitkan dalam bengkel itu, dengan ada sesetengahnya merasakan bahawa perlaksanaannya akan memberi kesan terhadap daya saing, perkembangan gaji di samping tidak dapat merapatkan jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin dalam negara, manakala di pihak lain pula merasakan bahawa langkah itu akan meningkatkan produktiviti di samping memberi keadilan buat pekerja. Dr Subramaniam berkata, sekiranya kerajaan bersetuju terhadap cadangan gaji minimum itu, satu peruntukan rang undang-undang yang baru akan diperkenalkan bagi meliputi semua aspek liputan, pihak berkuasa, badan penasihat, perlaksanaan, dan lain-lain lagi. "Satu Majlis Nasional berhubung gaji minimum juga akan dibentuk bagi memastikan pelaksanaan gaji minimum yang lancar," katanya. Kementerian Sumber Manusia dijangka menyiapkan laporannya berhubung gaji minimum nasional itu dalam masa empat bulan sebelum ia dapat dibentangkan ke Kabinet. Dr Subramaniam berkata, pihak kementerian masih belum memutuskan sekiranya perlu diwujudkan mekanisma gaji minimum nasional, wilayah atau sektor. "Ia terpulang kepada Kabinet untuk memberikan kami hala tujunya," katanya. Satu pungutan suara yang dilaksanakan oleh kementerian itu bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung gaji minimum menunjukkan bahawa daripada 434 responden, 76 peratus bersetuju supaya kerajaan melaksanakan gaji minimum untuk semua sektor. - BERNAMA |
| Posted: 07 Aug 2010 03:29 AM PDT Perangai Buruk UMNO Dan Kuncu2 Membuatkan Islam Di Pandang Rendah Parti rakan Umno MCA semakin berani memperlekeh Islam, ini semua gara2 perangai buruk Umno sendiri, pemimpin Umno tidak mempraktik kan ajaran Islam sebenar dalam tingkah laku dan amalan kehidupan harian. Umno yang selama 50 tahun lebih mengetuai KERAjaan, banyak perkara2 yang bertentangan dengan Islam di lakukan sewenang2 nya di tambah dengan pemimpin nya sendiri mempersendakan Islam, jadi tidak heran lah kalau rakan parti non muslim dalam BN menganggap Islam amalan Umno tiada beza dengan parti2 komponen nya, 2 x 5 jah. Walau pun ada Tok Batin, 4oulama dan chif2 ugama dalam KERAjaan, tapi mereka gagal menterjemah kan imej sebenar Islam yang di tinggalkan Rasulullah, ini lah bahaya nya ulama2 pengampu yang memikirkan gaji dan perut semata2, dengan memperdagangkan Islam hanya untuk kelompok tertentu saja. Imej Islam tercalar teruk akibat dari keceluparan soi lek ini, Umno mesti bertanggungjawap dalam kes ini, ini kerana UMNO dan BN mempunyai jentera, kuasa dan profesional dalam memartabat kan Islam, tapi sayang Umno Parti sekular kebangsaan politik suku ugama suku, terpaksa menggadai Islam semata2 untuk menjaga hati rakan nya dalam BN demi untuk berkuasa dan menjahannam kan negara. Ayuh penganut Islam semua, nyah kan Umno dari tampuk pemerintahan pada PRU13 nanti, kerana ternyata Umno tidak bolih di harap lagi. Kepada Pengundi Parlimen LABIS khas nya melayu Islam Felda, anda telah tersilap langkah, kini senjata makan TUAN, sebelum anak nya mewakili anda, anda telah mempopularkan BACUL soi lek ini, PRU13 anda perlu menebus dosa2 anda dengan tidak membenarkan keturunan soi lek dari mewakili anda, Ayuh gerak kan kerja kearah itu sebelum Allah Taala menjemput anda kembali kepada Nya.- anak murai |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






.jpg)






.jpg)
















.jpg)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan