Rabu, 4 Ogos 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


sabda si tua kutuk tak mampos mampos....Jangan bebankan skandal PKFZ kepada PM

Posted: 04 Aug 2010 11:16 AM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri yang mentadbir negara semasa berlakunya skandal penyelewengan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) perlu memikul sesetengah tanggungjawab tetapi perlu ada batasannya.

Beliau berkata tidak wajar sekiranya membebankan Perdana Menteri dengan semua perkara kerana terdapat sesetengah isu yang tidak diketahuinya. Justeru, adalah tidak wajar untuk salahkan Perdana Menteri sekiranya beliau tidak tahu mengenai perkara berkenaan.

Beliau juga bertambah pendakwaan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik sedang dijalankan dan oleh itu, beliau tidak boleh membuat spekulasi.



penyapu sial

betul kata Tun M, tak boleh dihimpunkan pada najib sahaja soal PKFZ. Di samping itu ingin aku ingatkan juga soal berbillion duit negara yang lesap masa dia memerintah pun perlu dihempuk juga atas kepala dia. Jangan sedap-sedap mengganyang khazanah negara dan bagi kat anak beranak dan kroni-kroni , lalu dia nak lepas tangan. SPRM jangan jadi kuda kayu, kaku tak boleh bergerak dan berfikir.

Ini manusia yang dah banyak menjahanamkan bangsa dan negara harus di siasat sampai ke lubang kubur.
Ingat Dr. M, dosa kamu terlalu banyak pada bangsa, agama, rakyat dan negara. Kalau kamu tak mohon maaf dan maaf kamu diterima oleh semua orang, mati kamu bak kata pepatah jawa mati konyol je. Orang yang panjang umur kata orang banyak dosa dan Allah bagi peluang kat dia untuk bertaubat.

BN sebenarnya timbulkan kekecohan di DUN ...sanggup rampas mandat yang di berikan oleh rakyat PERAK kepada PR

Posted: 04 Aug 2010 10:51 AM PDT

Nizar timbulkan kekecohan dan dihalau keluar dari Dewan

Adun Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak berhenti-henti melakukan kekecohan semasa menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) diarahkan keluar oleh Speaker Datuk R Ganesan.

Pada mulanya, Mohamad Nizar cuba membahaskan usual Rang undang-undang perbekalan tambahan 2010 tetapi akhirnya menimbulkan kekecohan apabila menjadikan sidang DUN sebagai pentas ceramah politik. Beliau meneruskan ceramahnya itu selama sejam dan hanya berhenti apabila diarahkan keluar oleh Speaker.

Sebelum Mohamad Nizar dihalau keluar, Speaker sudah berkali-kali memberi amaran kepadanya supaya duduk tetapi arahan berkenaan dihiraukan sama sekali. Kedegilannya itu menyebabkan beliau dihalau keluar dan digantung sehari daripada sidang DUN.

Setelah beliau dihalau keluar dari sidang DUN, semua ADUN pakatan pembangkang juga bertindak meninggalkan dewan mengikut Mohamad Nizar. Kali ini merupakan kali ketiga pakatan pembangkang memboikot sidang DUN sejak kehilangan pentadbiran negeri.


penyapu sial

Biar sepuluh kali dihalau keluar tidak mengapa dari jadi barua UMNGOK yang rakus. Kehadiran kamu di DUN untuk membela rakyat yang tertindas, so bersuaralah untuk rakyat. Setakat pencacai-pencacai UMNGOK tu jangan dipedulikan. Yang menilai kamu adalah rakyat. Bukan banjingan-banjingan tu. Sampai masa rakyat akn menjatuhkan mereka semua.

tentera upahan dan ramalan "sotong" senjata UMNO-BN mengekalkan kuasa....!!!!!

Posted: 04 Aug 2010 10:38 AM PDT

Keberadaan Umno sehingga kini adalah kerana 'tentera upahan' yang dibayar untuk mempertahankan parti itu agar kekal berkuasa.

ketika negara sedang menyaksikan tindakan keras diambil oleh polis terhadap pelbagai program anjuran pelbagai pihak khasnya Pakatan Rakyat.

Ia dikatakan dibuat berdasarkan arahan agar menyekat semua program Pakatan Rakyat termasuklah majlis memperingati 50 tahun ISA di seluruh negara dan Himpunan Warga Felcra Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak, Changkat Lada, Pasir Salak.

36 telah ditangkap polis di majlis memperingati ISA di seluruh negara termasuk di Kota Bharu manakala 16 di perhimpunan Felcra di Pasir Salak.

Umno sekarang hidup dengan tentera upahan.Itulah realitinya. Bukan aqidah atau ideologinya yang memenangkan Umno tetapi jentera kerajaan

Bagaimanapun, , masyarakat tidak akan boleh ditipu Umno untuk selama-lamanya.

Apa yang perlu adalah kita sabar dalam perjuangan disertakan dengan kerja kuat. Sejarah pilihan raya khasnya pilihan raya kecil di negara ini membuktikan PR akan menang di kawasan yang  kuat dan banyak cawangan,

Sebagai contoh kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Gantang kerana kerja kuat dan cawangan PAS yang banyak di situ.

kita tidak patut  percaya kepada teori sebegini termasuk ramalan sotong  dan kita  yakin kalau kita kerja keras dan betul strateginya kita akan menang lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Kita juga  menyeru umat Islam di negara ini memberikan peluang kepada PAS  pula untuk mentadbir negara bagi menggantikan Umno yang sudah diberi peluang lebih 50 tahun.

Melayu dan Islam tetap menjadi teras politik di negara ini. Sudah lebih 50 tahun Umno diberi peluang untuk mentadbir dengan konsep ketuanan Melayu berlandaskan sekularisme barat dan Islam hanya hadir tanpa kuasa.

Kita rasa sudah tiba masanya Melayu kembali kepada Islam dan memilih PAS untuk menggantikan Umno bagi mentadbir negara ini.

Kerajaan BN sekarang sengaja memberikan subsidi kepada rakyat dalam keadaan yang sangat sedikit.

Subsidi ini sekadar untuk membolehkan rakyat hidup tetapi rakyat tidak boleh berlari. Ia sengaja dibuat untuk mengawal rakyat.

niat jahat PR atau niat jahat BN nak menipu rakyat yang gagal....!!!!

Posted: 04 Aug 2010 10:27 AM PDT

Niat buruk pembangkang untuk jatuhkan kredibiliti BN gagal

Rancangan pakatan pembangkang untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undang Negeri (DUN) Perak gagal apabila mereka mendakwa pembentangan usul perbekalan tambahan akan menyebabkan peningkatan defisit bagi Bajet 2010 sehingga RM104 juta.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, rancangan untuk menjatuhkan kredibiliti BN diketuai oleh Adun Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin apabila beliau berkata Perak akan berada dalam keadaan defisit. Namun niat buruk itu gagal apabila Dr Zambry berjaya membuktikan Perak mampu mencapai bajet seimbang pada tahun 2010.

Pihak pembangkang terkejut apabila disampaikan bahawa perbelanjaan tambahan tidak menyentuh langsung rizab sebanyak RM800 juta milik kerajaan negeri. Justeru, niat buruk pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan negeri gagal.

Akhirnya, pihak pembangkang cuba mengalihkan perhatian dengan cubaan untuk menjadikan sidang DUN sebagai pentas ceramah politik. Beliau berkata demikian setelah Speaker Datuk R Ganesan menggantung Mohammad Nizar daripada sidang DUN semalam apabila cuba mencetuskan kekecohan.


penyapu sial

Nak tanya sikit pada si Zombi ni, Mana pergi pelaburan berbillion ringgit dari negara Amarika Latin yang kamu sebutkan dulu. Kalau tak silap mencecah 8 hingga 10 billion. Mana pergi? Tipu tipu tipu rakyat sampai akhir hayat kamu. Macam Dato Tapa juga nak tipu rakyat. Kata pertumbuhan pelaburan asing jejak 10%. Tapi bila dikorek hanya 1.3 billion je. Jauh ketinggalan dari Indonesia, Thailand, Singapura bahkan Vietnam sekali pun.
Kerajaan pusat dapat 1.3 billion saja tapi si Zombi ni nak mainkan lagu karut marut. Orang warak lebam di dahi je, tapi kau satu badan lebam sebab tu kuat menipu. Lepas pilihanraya 13 ini kau duduk kat pangkur dan tebar roti perata je yaaaaaa.

Tiada ulasan: