Rabu, 18 Ogos 2010

pemuda cheh

pemuda cheh


Mari tolak tahyul gila Umno - "Umno kalah, Melayu kalah"

Posted: 17 Aug 2010 11:01 PM PDT


Oleh Mohamad Sabu
Pandangan tahyul, 'Umno kalah Melayu kalah' harus dibuang jauh ke lautan luas kerana pandangan seumpama itu merupakan satu tafsiran mengarut dakwa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu. Katanya, kepimpinan Umno lazimnya membuat kenyataan sekiranya Umno kalah pasti masyarakat Melayu akan hidup dalam suasana kelam kabut atau tertekan sebagaimana zaman Jepun adalah tahyul gila buatan parti Melayu itu. 



Padahal, jika Umno kalah, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) iaitu parti yang seagama dengan kepimpinan Umno pula akan memegang tampuk pemerintahan serta meneruskan kelangsungan perjuangan tapi berlainan pendekatan.

"Bila Umno kalah, PAS dan KeADILan pula yang akan teruskan perjuangan tapi kali ini bukan macam Umno yang berkepentingan dan kroni. Kita akan urus tadbir negara dengan lebih baik," tambahnya semasa berucap dalam program ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS 
di Dataran Komplek An-Nadhoh, Penanti.

Beliau bertanya, adakah PAS atau KeADILan bukan Melayu dan kenapa rakyat bila tidak menyokong Umno, Melayu boleh hilang atau mundur. Lihatlah di Singapura ujarnya, Melayu tidak menjadi pemerintahan pun kenapa negara tersebut lebih membangun dari Malaysia di segenap aspek. Umno sanggup mengertak supaya orang Melayu tidak mengundi PAS atau KeADILan yang digambarkan sebagai petualang bangsa kerana mengadai maruah kepada kaum lain.

"Sekarang ini, biarlah Umno dan Barisan Nasional (BN) nak gelarkan apa pun kita jangan peduli. Kita patut pandang ke depan dengan satu matlamat mendaki Putrajaya kerana jalan tersebut boleh menyelamatkan maruah negara yang sudah tercalar di mata dunia," tegasnya yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah.

Rakyat wajar menilai kepimpinan PAS di Kelantan, Trengganu sebelum tewas pada Pilihan Raya ke-11 lalu dan terkini di Kedah. Apakah PAS gagal melaksanakan tanggungjawab mentadbir dengan baik? Tegas Mohd Sabu, memandangkan pemikiran politik masyarakat Malaysia terutamanya Cina dan India telah meningkat, ini membuatkan Umno macam 'cacing kepanasan' kerana sampai kini masih belum berjaya menembusi tembok Pakatan Rakyat atau sekurang-kurangnya menciptakan keretakan.

Kini dakwanya, Umno memainkan rentak yang sama iaitu isu Melayu untuk bersatu dengan PAS kerana bimbang DAP bersikap anti Melayu yang boleh mengundang parah seandainya Melayu tidak diselamatkan. Umno tegasnya, mempergunakan Mufti Perak untuk kepentingan politik sempit padahal peranan Mufti wajar menasihati tingkah laku kepimpinan Umno yang terlalu banyak penyelewengan sehinggakan rakyat terpaksa menolak kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

"Mufti pun jadi kalut sekarang ini. Nak satukan PAS dan Umno. Saya dengar 'geli' bila sebut tentang kerjasama PAS dan Umno. Nak kerjasama macam mana, depan ajak elok dengan senyuman sampai ke telingga tapi di belakang mereka panah kita dengan anak panah berbisa. Lupakanlah kerjasama itu kerana yang penting biar Umno karam manakala kita daki Putrajaya bersama parti dalam Pakatan Rakyat, " tegas beliau dengan nada tinggi. Berceramah sama pada majlis berkenaan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Dengki, punca dinar Kelantan ditentang - Nik Aziz

Posted: 17 Aug 2010 10:52 PM PDT

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan mempolemikkan penggunaan dinnar emas dan dirham perak di Kelantan adalah disebabkan sifat hasad dengki dan pihak tertentu.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak melihat penentangan penggunaan dinar dan dirham tersebut mempunyai asas yang kuat selain dendam politik Umno terhadap kerajaan PAS negeri itu.


"Tetapi kerana hasad dengki menyebabkan mereka menentang walaupun yakin perlaksanaan itu betul.

"Mereka pertikai atas dasar politik semata-mata walaupun dengan hujah yang kabur," ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Jelasnya, sepatutnya perkara itu tidak menjadi isu apatah lagi kepada orang Islam kerana dinnar emas dan dirham perak sudah diguna sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di JKR 10, di sini semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang berhasrat untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam.

Namun menurutnya, mungkin kerana sikap anti Islam dan hasad dengki yang mendalam, mereka terpaksa melawan dan menentang pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

"Mereka terus melatah kerana berasa sengal dengan usaha kerajaan Kelantan berusaha melaksanakan syariat Islam termasuk sistem kewangan," ujarnya.

Usaha Kelantan mengeluarkan dinnar emas dan dirham perak jelasnya adalah bagi menjaga sistem kewangan agar tidak berterusan dimonopoli barat.

Negara Islam katanya perlu membuktikan kepada barat bahawa Islam mempunyai mata wangnya sendiri.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga akan mengeluarkan sebuah buku mengumpulkan pandangan-pandangan alim ulama berhubung penggunaan dinnar emas dan dirham perak.

Buku yang bakal disusun oleh kerajaan negeri itu juga akan mengumpulkan hasil tulisan dari kitab-kitab jawi dan Arab yang telah mendedahkan masaalah kewangan dalam Islam.

Masyarakat Kelantan antara yang gemar membeli dinnar dan dirham untuk simpanan terutama golongan wanita.

Dalam usaha menggalakkan penggunaannya, Tuan Guru memberitahu akan membayar zakat fitrahnya tahun ini dan masa akan datang menggunakan dinnar.

Polis bakal lancar sisatan ke atas timbalan menteri

Posted: 17 Aug 2010 10:09 AM PDT

Pihak polis bakal melancarkan siasatan ke atas seorang timbalan menteri setelah menerima laporan mengenai salah laku seksual termasuk didakwa terlibat dalam kegiatan pelacuran dengan membekalkan gadis-pelajar kolej kepada kelas atasan.

Laporan itu diterima apabila seorang ahli politik yang berusia kira-kira 50-an dari Ipoh membuat dakwaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kelmarin mengenai salah laku seksual timbalan menteri berkenaan. 

Timbalan menteri berkenaan didakwa memulakan khidmat pembekalan pelacur gadis bawah umur dan juga terbabit dalam pengedaran dadah setelah berakhirnya pilihan raya umum 2008.  Ahli politik yang tampil untuk membuat laporan itu mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti berhubung salah laku seksual berkenaan.

Beliau sebelum ini menerima surat layang yang dipercayai berasal dari seorang gadis yang pernah menjadi mangsa dalam kegiatan pelacuran berkenaan. Timbalan menteri itu didakwa membekalkan pelcaur kepada golongan atasan.

Dalam surat berkenaan, difahamkan bahawa timbalan menteri itu menyewa sebuah rumah di Gombak bagi aktiviti haram. Oleh kerana perbuatan haram suspek dipercayai berlaku di Ipoh, pihak polis Brickfields sudah menyerahkan kes berkenaan kepada polis Perak untuk siasatan lanjut. 

Tiada ulasan: